December 23rd, 2011

Bencana besar jika gagal mengawal lidah

'SEBAB pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.’ Begitulah pepatah Melayu lama peninggalan warisan budaya sosial Melayu yang memperingatkan setiap individu dalam masyarakat agar peka dengan impak negatif yang berpunca daripada mungkar lidah.


Meskipun pepatah berkenaan sekian lama kita fahami, namun ada kalangan mukmin yang memandang ringan dalam aspek memelihara dan menjaga lidah. Banyak suruhan dan perintah Allah seperti ibadah solat, puasa dan haji mampu kita laksanakan dengan baik. Malah kita begitu komited sekali menjayakan ibadah yang disuruh Allah itu. Tetapi mengapa dalam bab menjaga lidah ini kita menjadi lalai dan pandang sebelah mata sahaja? Banyak sudah berlaku krisis sosial antara individu dengan individu yang lain berpunca angkara buruk tutur kata dilontarkan. Misalnya perbuatan mengumpat insan yang lain ataupun mengada-adakan cerita tidak benar. Hal ini jika ditinjau perspektif psikologi jelas akan meninggalkan kesan kejiwaan negatif. Atas soal itulah awal-awal lagi Islam menunjukkan agar umatnya berwaspada dengan kurniaan teragung buat manusia ini, iaitu lidah.


Saidina Ali Abi Talib ada berpesan, “Bagi orang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan yang sia-sia, sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara yang berhikmah.” Apa yang dimaksudkan mutiara yang berhikmah itu? Ya, sudah tentu menggunakan lidah untuk berbicara soal agama, mengajak yang makruf dan mencegah yang mungkar. Juga mengeluarkan pendapat yang akan memberikan motivasi bermanfaat buat teman atau mungkin menggunakannya untuk memberikan nasihat dalam soal kehidupan beragama yang betul. Rasulullah ada menjelaskan bahawa kesilapan akibat keterlanjuran lidah akan mengundang bencana besar di akhirat kelak. Kata Baginda, “Sesiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Sesiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan sesiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya.” (Hadis riwayat Abu Naim) Pesan Baginda lagi, “Seorang mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk yang keji dan yang ucapannya kotor.” (Hadis riwayat Bukhari) Soalnya sekarang, berapa ramai yang ambil peduli aspek yang dinasihatkan Rasulullah itu? Jadi, kita seharusnya insaf bahawa aspek menjaga lidah dengan mempergunakan kepada saluran bermanfaat sangat perlu difokuskan. Jangan biarkan lidah kita sebagai tempat bersarangnya syaitan dan konconya. Ini kerana lidahlah menjadi salah satu kegemaran syaitan untuk menjerumuskan manusia mukmin ke lembah kederhakaan kepada Allah.

Islam memberi dua pilihan kepada umatnya bagaimana kaedah memanfaatkan lidah dikurniakan Allah. Satu, berkata-kata yang baik dan berguna untuk insan lain. Kedua, pendekatan berdiam diri sahaja.


Biarlah rakan kita mengatakan yang kita jenis pendiam dan hendak tunjuk alim dengan kaedah berdiam. Biarkan sahaja. Ini kerana cara berkenaan akan mengelakkan diri kita digolongkan sebagai orang yang tipis imannya. Ingatlah akan kata-kata Rasulullah ini, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Hadis riwayat Bukhari-Muslim) Mukmin yang bijak dan berhemah dalam memanfaatkan lidahnya diberikan jaminan Rasulullah dengan ganjaran syurga Allah. Kata Rasulullah, “Sesiapa yang menjamin untukku memelihara apa yang ada di antara dua gerahamnya (lidah) dan yang ada di antara dua kakinya (kemaluan), maka akan kujamin baginya syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan at-Tirmidzi). Fikirlah secara mendalam peringatan Rasulullah itu kerana lidah diletakkan pengkhususan utama dalam mendapat ‘surat izin’ Allah masuk ke syurga-Nya. Cuai dan alpa dalam memeliharanya bermakna kita akan gagal melepasi piawai sebagai seorang yang beriman dan bertakwa yang sebenar-benarnya.


Seandainya selama ini kita terbiasa sangat dengan perbuatan dikutuk Allah dengan mengeluarkan kata-kata kotor, berumpat nista terhadap orang lain, mencipta cerita yang mengaibkan, mengadu domba demi kepentingan diri ataupun bertikam lidah sehingga mencetus pertelingkahan, maka kita sepatutnya memberhentikan serta-merta sambil mengambil langkah pembetulan diri dengan bertaubat.

Dilihat dari sudut psikoneurolinguistik, masalah penyalahgunaan lidah apabila bercakap mengeluarkan perkataan kotor, bertabiat buruk dengan mengumpat atau mengada-adakan cerita terhadap pihak lain ditafsirkan sebagai satu pelencungan kewarasan dalam berfikir dan bertindak.


Dari sudut psiko-sosiologi pula menjelaskan sikap jiwa yang kurang stabil dan mempunyai ego secara keterlaluan. Jadi, munasabahlah Allah begitu menekankan kepada hamba-Nya supaya berhati-hati dalam menggunakan lidah agar jiwa dan gaya berfikir waras dan penuh kebijakan dapat dipamerkan setiap mukmin.


Justeru, kita jangan hanya unggul dengan ibadah wajib dan sunat, sebaliknya juga terbilang dengan nilai sahsiah peribadi yang mahmudah. Ingatlah dan sematkan di hati bahawa kita akan mati seterusnya akan dibawa ke muka pengadilan Allah yang Maha Adil di Padang Mahsyar nanti. Ketika itu buku catatan amal ditunjukkan kepada kita. Apakah sanggup kita lihat buku amalan kita penuh dengan kes penyalahgunaan lidah. Sanggupkah kita? Mengeluarkan tutur kata yang baik juga adalah amal soleh dan Allah akan memberikan ganjarannya di akhirat kelak. Allah berfirman, “Orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu penghuni syurga, sedang mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah ayat 82). Firman Allah lagi, “Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki dan wanita, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya sedikitpun.” (Maksud surah An-Nisa ayat 124). Sepatutnya kedua-dua ayat Allah ini kita baca dan renungi selalu supaya kita tidak menyalahgunakan nikmat kurniaan Allah kepada kita, termasuk dalam hal memelihara lidah itu.

Penulis seorang guru.


Oleh Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar


Sumber:
My Metro Setempat Minda

Bekas Menteri Tan Sri Hamid Othman Meninggal Dunia

 KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman telah meninggal dunia pada lebih kurang jam 5 petang Jumaat.

Allahyarham berusia 72 tahun.

Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Hal Ehwal Agama Islam sebelum dilantik sebagai Senator dan kemudiannya anggota Dewan Rakyat.

Abdul Hamid dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sik sehingga tamat darjah lima pada tahun 1952.

Kemudiannya beliau menyambung pelajarannya di sekolah berpengantar Bahasa Arab di Madrasah AI-Nahdah Bukit Besar sehingga tahun 1954.

Di bawah asuhan Shaik Othman Al-Yunusi atau lebih dikenali sebagai 'Pak Man Bukit Besar' ini, beliau telah terpilih untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak sehingga tahun 1956.

Kecemerlangannya sebagai pelajar telah membuka peluang kepada beliau untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang pada tahun 1959 sehingga tahun 1962 dan berjaya memperolehi Sijil Tinggi Agama dan Diploma Pendidikan.

Abdul Hamid juga berjaya memperolehi 'Lower Certificate of Education' dan Sijil Senior Cambridge secara persendirian.

Pada tahun 1961, beliau mendapat tawaran pertama biasiswa Kerajaan Malaysia untuk belajar di Universiti AI-Azhar bersama empat orang lagi pelajar Malaysia di dalam jurusan Sarjana Muda Perundangan Islam.

Abdul Hamid kemudiannya telah ditawarkan biasiswa di bawah Skim Latihan Tenaga Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di University of St Andrew, Scotland dan di sana beliau telah memperolehi ijazah doktor falsafahnya.

Pada tahun 1995 beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam.

Pada tahun 2001 beliau telah dilantik sebagai penasihat agama bertaraf menteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dari tahun 2005 hingga 2009, beliau juga turut dilantik ke jawatan yang sama kepada Perdana Menteri Ke-6, Tun Abdullah Ahmad.

Selepas bersara dari politik sepenuhnya, beliau telah dilantik sebagai penasihat hal ehwal Islam kepada Kumpulan Maju.

Sejarah Kerjaya:

> Guru di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Rahimah Klang.

> Beliau telah ditukarkan untuk mengajar di Kolej Islam Kelang (1970-1971)

> Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau dengan rasminya dilantik menjadi Pengetua Maktab Perguruan Islam yang pertama (1977).

> Beliau telah diberi mandat untuk menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan(1981-1984).

> Mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam.

> Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Penasihat Agama kepada Perdana Menteri.

> Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Penglibatan Politik:

> Memenangi Pilihanraya Umum 1990.

> Ahli Majlis Tertinggi UMNO 


Sumber:
mSTAR Online: Berita Jumaat Sisember 23, 2011
Anak-Anak Kedah: Tan Sri Haji Abdul Hamid Bin Haji Othman

Ceremony that’s all about tradition

The title Dato’ Seri Amar Diraja exists in many states, but in Negri Sembilan, he is foremost amongst the Orang Empat Istana – the senior palace adat officials who are charged with ensuring that ceremonies are conducted properly.

AS promised, the Penang Junior Orchestra performed in the lobby of the Istana Besar Seri Menanti last Saturday.

The audience comprised people of various musical inclinations but all were enthralled by the sound, enthusiasm and promise shown by the 75-strong orchestra who somewhat miraculously occupied only a third of the lobby area.

Older relatives verified that it was easily the largest ensemble of players to ever accommodate that space since the construction of the palace in 1930, and at first there were concerns about the volume.

Maestro Woon Wen Kin, the conductor, assured me that once the space was filled, the dynamics would be faithful to the ear and enriched by the wooden floor.

He was absolutely right.

The children were nervous at first but that turned into excitement and, by the interval, supreme confidence.

Closing one’s eyes, the remainder of the programme – a selection of pieces from My Fair Lady, a Malay dance suite (which got several aunts humming and itching to leap to their feet), Bizet’s Farandole from L’Arlésienne and Holst’s Jupiter from The Planets – suggested that members of this junior partner of the Penang Symphony Orchestra will grow up to be just as accomplished as the latter.

Shouts of “encore” succeeded in extracting a Chinese folk tune.

And then, even the closing rendition of the state anthem was followed by an unusual outburst of applause.

I was extremely pleased by the outcome.

This was only the second concert in the Istana lobby – the first, featuring the Malaysian Philharmonic Orchestra Chamber Group, was inspired by a trip to the courts of the Ottoman sultans last year and coincided with the first anniversary of the installation of the Yang di-Pertuan Besar – but relatives were already asking about the next one!

However, the most important people in the audience were the music teachers and principals of the schools nearby.

I hope that after witnessing what a group of under-16s (and some were five-year-olds!) can produce – with the necessary self-discipline, multi-ethnic cooperation and maturity required – they have been inspired to want to create student orchestras in their schools.

Yayasan Munarah, the royal foundation, is ready to help make this happen.

The next morning, the Balai Kecil next to the lobby saw a very different event take place.

It was the Istiadat Mengadap for the new holders of the titles of Dato’ Seri Amar Diraja and Dato’ Bangau.

In this ceremony, the appointees are presented to court officially for the first time.

The title Dato’ Seri Amar Diraja exists in many states, but in Negri Sembilan he is foremost amongst the Orang Empat Istana, the senior palace adat officials who are charged with ensuring that ceremonies are conducted properly and ensuring proper treatment of the royal regalia.

Often, ceremonies begin and conclude with the words of the Dato’ Seri Amar Diraja, framed only by the playing of the state anthem.

By tradition, he and another of the Orang Empat Istana must be from the Batu Hampar clan, while the two others come from the Tanah Datar clan.

This is because these clans assisted Raja Melewar when he first arrived in Negri Sembilan in the 18th century.

Earlier this year, the dedicated and very affable 14th Dato’ Seri Amar Diraja passed away, triggering a process of selecting a candidate that was confirmed last Sunday.

Dato’ Bangau, on the other hand, is the title of the Lembaga of the Suku Seri Lemak Minangkabau in the Adat Lingkungan area, which surrounds Seri Menanti.

If you recall your history lessons you may remember that Lembagas are chieftains who play a part in the election of an Undang, who in turn elect the Yang di-Pertuan Besar.

However, this does not apply within the Adat Lingkungan area that comes under the personal jurisdiction of the Yang di-Pertuan Besar.

Still, the Lembaga is elected from within the clan and has responsibilities to that clan, in line with ancient Minangkabau democracy.

The use of a type of bird (a bangau is an egret) in the title does evoke some interesting theories as to its (possibly pre-Islamic) etymology.

As you can imagine, the short but highly symbolic ceremony was replete with adat.

Not a single politician was pre­sent: there was no need.

Indeed, one could say that before the Rulers were Malaysian monarchs, or members of the Conference of Rulers, or Heads of Islam, or chancellors of universities, or Colonels-in-Chief, or patrons of charities and the arts, or before they were even “Malay Rulers” – they were, first and foremost, guardians of adat.

For those who continue to cherish the uniqueness of the Adat Perpatihof Negri Sembilan, this guardianship role remains paramount.

To abandon it would be an inconceivable dereliction of duty.

ROAMING BEYONG THE FENCE By TUNKU 'ABIDIN MUHRIZ
Source:
The STAR Home News Opinion Friday December 23, 2011