February 23rd, 2014

Wahai perempuan, jaga maruah suami kalian

BRO pernah mengingatkan kaum perempuan dalam ruangan ini supaya bijak membezakan kehidupan sebelum dan selepas berkahwin. Jangan ingat antara kahwin dan tak kahwin sama sahaja, banyak bezanya.

Dulu masa gadis mereka bebas buat apa sahaja tiada siapa nak larang tetapi sekarang kita sudah ada suami, jadi kena buat perangai elok-elok jangan dok main belasah sahaja.

Minggu ini, Bro nak nasihatkan pula kepada kaum perempuan khususnya isteri-isteri orang supaya bijak menjaga maruah suami dan jangan sesekali mendedahkan aib suami, apatah lagi melakukan perbuatan yang boleh memalukan suami.

Bro dapati ramai perempuan yang tidak tahu menjaga maruah suami. Ada antaranya sanggup menceritakan segala masalah rumah tangga sama ada melalui laman sosial atau ketika berbual-bual.

Semua perkara yang sepatutnya menjadi rahsia suami isteri sudah menjadi pengetahuan umum. Bagi Bro, isteri seumpama ini tak tahu hukum-hakam agama atau dia sengaja berbuat demikian untuk memalukan suaminya.

Kalau hendak bergaduh suami isteri atau ada masalah rumah tangga selesaikan secara berhemah bukannya cerita kat semua orang. Bro tahulah perempuan ini emosional tetapi biarlah bertempat. Tak ada faedah pun hendak mengaibkan suami sendiri kerana ia hanya mendatangkan dosa.

Selain berkaitan masalah, ada pula perempuan yang buat sesuka hati walaupun sudah menjadi isteri orang. Kalau dia tu kaki mengumpat sampai beranak pinak pun perangai tu tak boleh nak ubah, satu taman perumahan dia nak ambil tahu.

Kadang kala dia bawa cerita fasal suami dia dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk atau membanggakan diri, tetapi orang pun tahu sejauh mana kehebatan atau kemampuan suaminya.

Malah ada pula yang memalukan suami apabila bangga tak bertempat dengan menceritakan bagaimana dia bergaduh dengan mak mentua.

Bagi Bro, perempuan yang bergaduh dengan mak mentua ni ada masalah mental. Tak kiralah apa pun mak mentua kita buat, sepatutnya kita bersabar dan berserah kepada Allah SWT.

Bro tahulah tak semua mak mentua baik, tetapi kadang kala mak mentua baik pun, ada pula menantu macam hantu. Perempuan yang suka cerita dia bergaduh dengan mak mentua ni tak faham ke dosa pahala.

Apa yang paling Bro simpati orang akan anggap suami dia tidak ada maruah kerana biarkan si isteri bergaduh dengan maknya.

Bro hanya cerita beberapa kes sebagai contoh tetapi Bro percaya banyak lagi perangai pelik yang dilakukan oleh perempuan yang tanpa mereka sedari telah mencemarkan maruah suami mereka.

Perempuan yang bergelar isteri orang sepatutnya berhati-hati, tidak kira setinggi mana pun jawatan yang mereka sandang. Begitu juga kalau mereka sekadar menjadi suri rumah, dalam situasi apa pun di mana sahaja, mereka mesti menjaga maruah suami hatta atas ranjang sekali pun.

Kalau tidak tahu hendak menjaga maruah suami, baik jangan kahwin, bujanglah sampai akhir hayat senang begitu, dosa pun tak buat. Ini tidak bila dah kahwin perangai tak mahu berubah, pakai baju masih macam gadis terdedah sana terdedah sini, mulut tak ubah dari mulut longkang jadi pula mulut `kolam kumbahan', apa saja dia rasa nak cakap dia cakap. Perempuan macam ini hanya memalukan si suaminya sahaja.

Bro akui kadang kala perempuan jadi macam tu sebab si suami tak berani nak tegur. Suami ni malas nak bising-bising, takut nanti si isteri naik hantu menjerit-jerit habis satu kampung dengar.

Lagi pun lelaki ni tak macam perempuan, nak bercakap 24 jam sehingga dalam tidur pun boleh bercakap. Lelaki lebih suka selesai masalah dengan cara berhemah dan bukannya dengan ‘memecah barang’ di rumah!

Bro mintalah kepada perempuan-perempuan supaya berusahalah untuk menjadi isteri yang baik tidak kira di mana pun kita berada termasuklah di pejabat.

Kalau mereka berperangai buruk, yang akan menerima tempiasnya ialah suami mereka, orang akan terfikir siapalah lelaki malang yang menjadi suami perempuan itu. Dah pasti mana-mana perempuan tidak mahu pandangan seumpama ini wujud.

Jadi Bro nak minta perempuan-perempuan supaya selain pandai menjaga maruah suami, jagalah juga tingkah laku.

Ingatlah apa pun berlaku apabila sudah berkahwin ‘syurga kalian di bawah telapak kaki suami’.

Berusahalah menjadi isteri solehah dan ibu mithali, jangan sekadar menjadi isteri disebabkan sudah berkahwin dan menjadi ibu disebabkan sudah mengandung. - JUMPA LAGI- Bro Tompok


Kucing Jantan Utusan Malaysia Rencana 20140223

Kassim Ahmad, skeptisisme dan birokrat agama

SAYA bimbang apabila membaca kenyataan demi kenyataan oleh beberapa birokrat agama yang bersepakat mengecam tokoh pemikir Kassim Ahmad. Saya bertambah bimbang apabila mereka tidak melangkah setapak ke depan untuk melihat secara mikro punca isu seumpama anti hadis ini.

Yang lebih serius dan bahaya sekarang ialah fenomena skeptisisme agama (religious scepticism). Fenomena ini telah lama wujud dan Kassim Ahmad hanyalah sebahagian daripada mereka yang skeptikal terhadap Islam.

Skeptisisme agama dalam definisi longgarnya ialah mempunyai persepsi sinis terhadap agama, bukan sahaja Islam malah terhadap agama lain juga. Mereka ini juga ragu-ragu terhadap Islam kerana realiti yang berlaku tidak seperti yang dibaca, dipelajari ataupun diasuh di sekolah dan sebagainya mengenai Islam. Banyak yang bertentangan, mereka jadi keliru dan akhirnya skeptikal terhadap Islam.

Mereka telah hilang keyakinan kepada golongan yang digelar ulama, institusi kehakiman Islam dan pengemudi birokrat agama yang tidak bertindak seperti termaktub dalam Islam. Misalnya masih wujud pilih kasih dalam mengambil tindakan, tidak memperlihat ketegasan untuk turut mengemudi negara dengan menegur sesetengah pemimpin dan yang lebih buruk ada ulama membiarkan diri menjadi bahan jual beli di pasar politik.

Di Barat, skeptisisme agama adalah satu cabang kajian akademik oleh ahli sosiologi dan teologi mengenai sikap sinis dan ragu-ragu terhadap agama Kristian. Tetapi tidak semestinya yang skeptikal terhadap agama menolak kewujudan Tuhan dan antiagama. Ini satu gerakan massa tetapi individu bukanlah puncanya. Skeptisisme agama bukan satu cetusan, sebaliknya satu tindak balas. Maknanya, Kassim Ahmad bukan mencetuskan tetapi memberikan tindak balas terhadap sesuatu yang berlaku dalam lingkungan agama, sistem dan institusi agama.

Isunya kenapa wujud golongan yang bersikap sinis kepada agama? Inilah yang perlu ditanyakan kepada birokrat agama dan untuk menangani skeptisisme agama tidak semudah menangkap atau mengurung orang idealis seperti Kassim Ahmad.

Apabila Kassim Ahmad dikatakan menyeleweng daripada ajaran Islam, ini adalah satu tindak balas. Perkara inilah yang sepatutnya diuruskan, sebab musabab tindak balas yang berlaku dan ditujukan kepada siapa? Saya tidak pasti adakah birokrat agama sedar atau tidak kewujudan skeptisisme agama. Sebab secara umumnya mereka kelihatan selesa, cuma sesekali diganggu oleh orang seperti Kassim Ahmad.

Menyalahkan

Kita memang ada undang-undang, apa lagi Islam termaktub dalam Perlembagaan sebagai agama Persekutuan. Tetapi kalau birokrat agama kita selalu melihat ke luar tingkap, mereka akan bersetuju bahawa ada yang lain lebih menuntut tumpuan.

Skeptis melihat sesetengah ulama kita sangat pasif, tidak berfikir di luar kotak, angkuh dengan kuasa dan menolak mentah-mentah apabila ada gagasan yang menongkah arus tanpa diberi ruang bicara. Inilah yang selalu disuarakan terutama oleh generasi muda.

Sebab itulah kita tidak boleh menyalahkan sepenuhnya golongan yang sinis terhadap kebesaran Islam. Mereka mempunyai sebab misalnya dalam Islam ada tertulis bahawa agama ini memuliakan dan memberikan keadilan kepada wanita.

Tetapi realitinya terdapat sesetengah institusi kehakiman Islam dan birokrat agama malah ulama telah memberikan persepsi serong terhadap Islam. Buktinya ketidakadilan terus berlaku kepada wanita, misalnya bertahun-tahun malah ada yang berbelas tahun digantung tidak bertali apabila menuntut cerai.

Menuntut nafkah daripada bekas suami pula kerap kali menjadi suatu yang traumatik kepada wanita. Ini kerana kerenah birokrasi dan juga birokrat agama. Kalau tangga mahkamah syariah boleh bercakap, tanyalah berapa banyak masa dan wang dihabiskan untuk mendapatkan hak yang terbantut kerana penyakit ‘ada undang-undang tetapi tidak dikuatkuasakan.’

Apakah hujah untuk menangkis tanggapan bahawa Islam menganiaya wanita dan meletakkannya di kelas tiga? Kalau benar Islam memuliakan dan memberi keadilan kepada wanita kenapa masih ada yang terus dianiaya? Apakah yang dilakukan birokrat agama dalam perkara ini? Jadi, salahkah kalau ada yang skeptikal terhadap Islam?

Birokrat agama mesti bertanggungjawab apabila wujud pemikiran begini dalam kalangan masyarakat. Dalam banyak perkara, saya tidak setuju dengan pergerakan seperti Sisters In Islam (SIS). Tetapi kita tidak dapat menafikan suara-suara ketidakpuasan hati yang disampaikan melalui SIS untuk menuntut keadilan bagi pihak wanita yang teraniaya tidak boleh dipandang dengan persepsi negatif secara total. Ia seharusnya menjadi cabaran kepada birokrat agama untuk terus mempertingkatkan keupayaan dan memperlihatkan ketinggian Islam sebagai cara hidup yang sesuai untuk semua manusia. Banyak cara yang lebih matang dalam menghadapi golongan berfikiran seperti ini.

Tetapi apabila birokrat agama mendiamkan mereka yang skeptikal terhadap agama dengan pelbagai hukuman yang ada kalanya makin menjauhkan mereka kepada kebenaran Islam, momentum kebencian mereka kepada agama semakin besar. Maka kita tidak boleh menyalahkan mereka yang bergantung harap kepada SIS yang pada fahaman mereka sentiasa berjuang membela wanita teraniaya.

Malah tidak ada gunanya menyalahkan sepenuhnya Kassim Ahmad yang skeptikal terhadap sesetengah ulama dan birokrat agama. Marilah kita sama-sama menggali akar permasalahan, ini lebih baik daripada hanya memotong pucuknya yang akan tumbuh apabila tiba waktu.



Ku Seman Ku Hussain Utusan Malaysia Rencana 20140223

Gagal interaksi nas al-Quran secara tepat

Tajsim adalah fahaman yang mempercayai Allah memiliki anggota badan, tetapi bagi mereka anggota badan yang ada pada Allah tidak sama dengan makhluk. Oleh itu, sesiapa berfahaman seperti ini dikira menganut fahaman tajsim.

Dari sudut kronologi perkembangannya, fahaman ini sudah merentasi beberapa peringkat waktu dan keadaan.

Pada mulanya fahaman ini dikembangkan oleh pendeta Yahudi dan seterusnya diperjuangkan pula oleh paderi Kristian dalam versi berbeza.

Namun, akhirnya fahaman ini turut menjangkiti sekelompok umat Islam yang jahil mengenai ilmu Islam dan bahasa Arab.


Mereka turut terpengaruh dengan fahaman tajsim kerana gagal berinteraksi dengan nas al-Quran dan sunah secara tepat sama ada nas berkenaan mengandungi ketinggian dari sudut gaya bahasanya mahupun ketinggian dari sudut maknanya. Golongan berpegang dengan fahaman tajsim dikenali sebagai mujassimah.

Penyelewengan akidah tajsim

Sungguhpun fahaman tajsim dipegang golongan mujassimah umat Islam berbeza dengan versi Yahudi atau tajsim Kristian (iaitu ketuhanan triniti), namun mereka tetap dikira sebagai kelompok sesat kerana melakukan visualisasi (mengkhayalkan) zat Allah, sedangkan Allah Maha Suci daripada sebarang zat, sifat atau perbuatan makhluk termasuk daripada memiliki anggota badan.

Kewujudan golongan mujassimah sentiasa dibanteras ulama Islam sejak zaman-berzaman. Namun, ada segelintir ulama yang menganut fahaman tajsim bersembunyi di sebalik mazhab Hanbali sehingga mereka bertindak menconteng arang kepada mazhab berkenaan.

Hal ini jelas sebagaimana diterangkan Imam Ibn al-Jauzi al-Hanbali ketika mengkritik golongan mujassimah yang berselindung di sebalik mazhab Hambali sehingga merosakkan nama baik Imam Ahmad dan ulama Hanabilah yang agung.

Ternyata, sebahagian besar ulama Hanbali berlepas diri daripada fahaman berkenaan. (Ibn al-Jauzi al-Hanbali, 1999, Daf’u Syubah al-Tasybih bi Akaffi al-Tanzih, halaman 99)


Menjelaskan penyelewengan akidah satu kewajipan

Kesesatan sesuatu golongan perlu diperjelaskan oleh mereka yang mempunyai ilmu mengenainya. Jika fahaman sesat itu tidak dibendung, ia pasti akan mengundang fitnah lebih besar terhadap Islam dan umatnya.

Adapun sikap menyembunyikan ilmu dan mendiamkan diri daripada membanteras golongan sesat yang semakin berleluasa adalah sikap tercela.

Buktinya Allah berfirman yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar serta kamu pula beriman kepada Allah...”(Surah Ali Imran, ayat 110)

Sabda Rasulullah: “Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangannya (kekuasaan). Jika tidak mampu maka hendaklah dia mencegah dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka cegahlah dengan hatinya. Itu selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Rasulullah SAW juga bersabda bermaksud: “Orang yang menyembunyikan ilmunya seumpama orang yang menyembunyikan apa diturunkan Allah ke atas Muhammad SAW.” (Hadis riwayat Ibn Majah dan at-Thabrani dengan sanad daif tetapi maknanya sahih)

Berdasarkan dalil berkenaan, jelas kepada kita mereka yang tidak menegakkan kebenaran dan mendiamkan diri daripada membanteras suatu kesesatan adalah dikira tidak menegakkan yang makruf dan tidak juga mencegah kemungkaran.
Golongan ini dicela oleh syarak. Ini kerana penyelewengan dalam masalah akidah adalah sebesar-besar kemungkaran yang ada.

Justeru, fahaman tajsim atas nama apa sekali pun (seperti nama Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyah, Tauhid al-Asma wa as-Sifat dan lain-lain) sama ada dipromosi oleh golongan mana sekalipun perlu dibanteras kerana kesesatannya amat jelas menurut al-Quran, sunah dan ijmak ulama Ahli Sunah Waljamaah sejak zaman salafussoleh hingga kini.

Al-Quran dan sunah neraca kebenaran tertinggi, terutama dalam masalah membabitkan soal akidah.

Kita perlu menjelaskan setiap inci penyelewengan fahaman tajsim dan aliran pemikiran berasaskan kepada doktrin tajsim secara terbuka. Usaha ini perlu dilakukan bagi mempertahankan kemurniaan akidah Ahli Sunah Waljamaah.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun atas kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti as-sawadul a’zham (majoriti umat Islam). Sesungguhnya sesiapa yang terasing maka dia akan terasing dalam neraka.” (Hadis riwayat Ibn Majah) - Bersambung

Penulis ialah Penolong Setiausaha di Kementerian Dalam Negeri myMetro Kolumnis 17/02/2014

Doa, sangka baik jauhi kejahatan

Tahun lalu, kita digemparkan dengan penyebaran video pendek kes buli dalam kalangan pelajar sekolah di sebuah negeri di utara tanah air.

Video lebih dikenali dengan nama Lan Todak itu menjadi viral, khususnya di Facebook yang ditonton beribu-ribu kali atau mungkin mencecah ratusan ribu.

Beberapa hari kemudian, tersebar pula satu gambar suspek pesalah juvana dalam video itu dengan keadaan bergari. Video dan gambar itu menerima banyak maklum balas daripada rakyat Malaysia yang rata-rata mengecam dan menghamburkan kata-kata negatif terhadap mereka.

Terlalu sedikit komen positif boleh dilihat pada video dan gambar itu. Jarang membaca mereka yang menaip doa untuk remaja berkenaan. Mudah-mudahan orang yang membaca komen itu turut berdoa supaya mereka diberi hidayah.


Komen pula tidak terhad mengutuk pesalah juvana itu saja tetapi juga mengheret ibu bapa, sekolah, kerajaan dan pihak lain. Jika dibaca dalam ruangan komen ini, apa yang boleh disimpulkan ialah remaja berkenaan bakal melalui masa depan gelap.

Namun, begitu sebenarnya hakikat kebanyakan anggota masyarakat kita pada hari ini, membaca dan menilai sesuatu itu menggunakan pandangan mata dan nafsu.

Terlalu asyik mengutuk sehingga kadangkala terlupa betapa Allah Maha Pengampun, dan Allah juga sebenarnya Maha Memberi Hidayah.

Awal minggu ini, satu lagi berita mengenai remaja itu kembali menjadi viral di alam siber tetapi viral kali ini tidak sehebat dulu dan tidak banyak diperkatakan. Namun, berita kali itu sedikit sebanyak menyentuh hati sesiapa saja yang membacanya.

Jika tahun lalu, remaja berkenaan dikecam hebat, kali ini saya percaya dia menjadi sumber inspirasi kepada mereka yang mahu kembali kepada Tuhan. Kisah kematian seorang remaja yang terbabit dalam kes buli itu benar-benar menyentuh hati saya.

Remaja berkenaan dikhabarkan kembali ke rahmatullah selepas terbabit dalam kemalangan. Namun, melalui penceritaan, remaja berkenaan banyak berubah sejak ditangkap akibat kesalahan dilakukan.

Allahyarham dikhabarkan banyak melakukan kerja-kerja amal, rajin bersolat dan selalu memohon ampun dan maaf kepada ibu bapanya. Allahyarham dikhabarkan terlalu kesal dan insaf terhadap apa yang dilakukannya.

Teringat pula saya sebuah kisah yang berlaku pada zaman dulu. Kisah seorang ahli maksiat yang lanjut usia dan membunuh 100 orang sepanjang hidupnya.

Namun, mungkin ada sedikit kebaikan dilakukannya dan dipandang oleh Allah. Lalu Allah campakkan setitis hidayah kepadanya untuk menggerakkan hatinya kembali kepada Allah.

Ketika dalam keadaan penuh kesal dan insaf serta rasa ingin bertaubat, dia memulakan langkahnya untuk pergi ke satu daerah dan meninggalkan tempat lamanya. Tujuannya hanya satu iaitu mencari pengampunan Allah.

Namun, hajatnya tidak kesampaian apabila nyawanya dicabut malaikat Izrail di tengah perjalanan. Rohnya pula jadi perebutan di antara malaikat dari syurga dan neraka. Masing-masing mendakwa roh si mati adalah habuan mereka.

Lalu perkara ini ditentukan Allah dengan melihat jarak antara tempat lamanya, yang mana dia banyak membuat dosa dengan tempat baru yang dituju untuk bertaubat.

Ternyata jarak ke tempat baru itu sejengkal lebih dekat berbanding tempat lamanya. Allah memerintahkan si mati dibawa ke syurga kerana usaha dan niatnya untuk kembali kepada Allah.

Lihat betapa besarnya kuasa pengampunan Sang Pencipta Alam. Ketika ramai orang mencemuh, Allah lebih mengetahui isi hatinya. Ketika dunia seolah-olah menghalau dia pergi, Allah menjemput kembali kepada-Nya dengan kemuliaan.

Bersangka baiklah kepada manusia. Sentiasa doakan yang baik jika terbaca atau mengetahui kemungkaran dan kejahatan dilakukan seseorang itu.

Kita tidak tahu, mungkin pengakhiran hidup seseorang yang keji pada pandangan mata kita sebenarnya jauh lebih baik daripada pengakhiran hidup kita.


myMetro Kalam Imam Muda 23/02/2014

Harga al-Quran dijangka naik

Kuala Lumpur: Harga senaskhah al-Quran dijangka meningkat 50 peratus susulan penguatkuasaan pelekat hologram bagi kitab suci itu, mulai 1 Mac ini.

Hologram yang dijual dengan harga RM1 sekeping melalui Bahagian Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu wajib dilekatkan pada setiap naskhah.

Penerbit atau pencetak kitab suci yang gagal mematuhi peraturan yang diperkenalkan sejak 1 Ogos 2011 itu boleh didenda RM10,000 atau penjara.

Gesaan mansuh

Berikutan itu, Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) menggesa kerajaan memansuhkan penguatkuasaannya kerana ia membebankan penerbit dan umat Islam.

Malah, jualan al-Quran didakwa merosot sehingga 30 peratus sejak beberapa bulan lalu kerana peniaga memulangkan semula naskhah selepas diberi surat amaran oleh penguat kuasa KDN.

Presiden Penaja PQM, Sabariah Abdullah, berkata pelaksanaan hologram bukan jaminan ketulenan al-Quran kerana ia boleh dicetak rompak.

“Penerbit memerlukan tenaga kerja tambahan untuk melekatkan hologram sebelum dibungkus, sekali gus menyebabkan kos turut meningkat sehingga RM5 senaskhah.

“Malah, peraturan pembelian secara tunai juga menambah beban penerbit, terutama peniaga kecil,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Bendahari Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Malaysia (ACCIN), Mukram Mohd Taib.

Sehubungan itu, Sabariah berkata, PQM menghantar memorandum kepada KDN kelmarin, untuk mendapatkan penyelesaian.

“Kami berharap dapat membincangkan perkara ini dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kerana ia seolah-olah mengenakan cukai terhadap penerbitan al-Quran,” katanya.


Berita Harian Nasional 23/02/2014

Publishers of Quran want hologram ruling dropped

KUALA LUMPUR: Malaysian publishers of the Quran have urged the Home Ministry to scrap a new requirement for security holograms to be affixed on each copy of the Islamic holy book.

Sabariah Abdullah, pro tem president of the Al-Quran Publishers Association of Malaysia said the ruling, which came into effect yesterday, was not an effective way to ensure all copies were genuine and free from errors.





Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN,  membuat peraturan supaya semua Al Quran yang telah mendapat kelulusan dari KDN mestilah menampal  hologram pada al-Quran itu dan ianya diperkenalkan sejak tahun 2011 lyang dilengkapi beberapa ciri keselamatan berteknologi tinggi termasuk nombor siri untuk rujukan.

She said the new ruling would only burden smaller publishers with extra costs and could force them to raise prices by up to RM5 per copy.

“Thus, we urge the Government to abolish the hologram requirement altogether,” Sabariah said.

She added that instead of trying to make the Quran as easily and cheaply available as possible, the ruling would make it harder and more expensive to publish the holy book locally.

Locally published Quran are currently priced between RM10 and RM300 per copy depending on size and quality, with more than 500,000 copies produced annually by the association’s 80 members.

Under the new ruling, all publishers must buy the holograms from the ministry’s Quranic text division at RM1 per sticker and bear additional costs of affixing the stickers on each copy of the Quran.

Sabariah said there was no need for a new hologram as each copy was already required to be stamped with a seal of approval from the division, which also vets all imported copies.

The STAR Home News Nation 23/02/2014