November 9th, 2014

Fatwa di Selangor - SiS

Boleh dikatakan sejak dari era penjajahan lagi unsur-unsur perjuangan untuk mendapatkan hak kebebasan secara ekstrem sentiasa bertali arus dari satu generasi ke generasi berikutnya. Apa yang dimaksudkan dengan hak kebebasan mutlak ini termasuklah hak kebebasan berfikir hatta dari sudut pandang agama di mana si pejuang berpandangan ia mempunyai hak untuk menentukan bentuk pegangan dan kepercayaannya sendiri. Kemunculan kelompok penganut yang berpegang kepada ajaran songsang contohnya, juga merupakan sebahagian daripada elemen perjuangan hak kebebasan mutlak. Bahkan kelompok ini sampai ke tahap ekstrem dalam mempertahankan hak mereka.

Melihat kepada asas pegangan mereka ini sahaja kita sudah cukup faham bahawa kelompok liberal ini menjadikan pegangan kepada agama dan pengaruh institusi agama sebagai musuh nyata dan sasaran serangan mereka. Ini jelas berlaku di negara ini terutama sejak bermulanya alaf baru. Kita tidak boleh melupakan bagaimana pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diganyang lumat oleh kum­pulan liberal diketuai oleh sekelompok pejuang hak kebebasan yang menamakan diri mereka Sisters in Islam (SIS) melabelkan penguat kuasa JAWI sebagai penyangak agama (religious bigot) hanya kerana pasukan itu membuat serbuan ke atas sebuah kelab disko yang terletak bertentangan dengan tanah perkuburan Islam Jalan Ampang dengan tujuan untuk menyelamatkan umat Islam yang 'bermandi' arak pada satu malam tahun 2005.

Bahana keghairahan dan asakan pemikiran liberalisme ini turut disam­but dengan kemunculan golongan profesional yang turut menya­­lahgunakan nama Islam dalam pertubuhan mereka. Islam dikaitkan dengan rennaisance se­dangkan ia adalah suatu yang ter­pahat dalam perkembangan agama Kristian dan agak asing dengan Islam. Malang sekali lagi pengaruh pemikiran eksremis liberal ini berjaya menerjah ke dalam pemikiran mahasiswa yang turut terjebak dengan aliran politik baru negara. Sebuah parti politik yang suatu ketika dulu amat kuat mempertahankan keaslian dan keunggulan Islam juga turut terpengaruh dengan perkembangan pengaruh liberalisme hingga sanggup memecat seorang pemimpinnya yang cuba mengekang pengaruh liberalisme yang memperjuangkan hak kebebasan beragama bagi umat Islam termasuk hak untuk menjadi Kris­tian atau menukar agama. Semoga Allah mengampuni mereka dan mem­berikan hidayah untuk kembali kepa­­da ajaran Islam sejati menurut al-Quran dan Sunnah yang turut dikenali sebagai Ahlus Sun­nah Wal Jama’ah.

Terjebak

Persoalan pokok yang kita sedang hadapi pada hari ini adalah sejauh mana keberanian kerajaan bertindak secara serius terhadap pejuang ajaran sesat dan akidah songsang ini. Cukupkah sekadar melihat para mufti mengeluarkan fatwa? Bagaimana dengan pasukan penguat kuasa yang perlu membuat tindakan susulan setelah fatwa dikeluarkan? Hakikatnya terdapat pelbagai peruntukan dalam Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang boleh dikuatkuasakan untuk mengekang gerakan liberal yang merosakkan akidah umat Bahagian II enakmen berkenaan yang berkuat kuasa di semua negeri memberikan kuasa kepada pihak berkuasa agama untuk bertindak mengekang gerakan ekstremis liberalisme ini. Namun amat dike­sal­kan apabila pihak berkuasa aga­ma pula menjadi pak turut kepa­­da ahli-ahli politik yang terjebak dengan pemikiran sebegini. Mereka bertukar menjadi pengecut dan pak turut kepada ahli politik penganut fahaman liberalisme. Mereka tidak lagi merasakan naungan sultan sebagai ketua agama cukup untuk melindungi mereka bagi memastikan mereka mampu bertindak without fear and favour. Akhirnya pasukan ini dilihat hanya mampu menyerang artis berkhalwat tapi amat takut kepada gerakan liberal yang merosakkan akidah.

Berpuluh kepu­tusan mahkamah tertinggi negara yang berpihak kepada struktur institusi agama yang dilihat berkewajiban untuk memelihara keutuhan dan kesucian agama Islam sebagai agama negara dan agama negeri-negeri. Mahkamah Persekutuan pernah memutuskan dalam kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, bahawa hak kebe­­basan beragama bagi umat Islam di nega­ra ini adalah ter­takluk kepada undang-undang Sya­riah yang sedang berkuat kuasa di se­mua negeri. Namun begitu tiada siapa pe­duli apabila SIS mengetuai pelbagai pertubuhan dan parti politik menggesa dihapuskan undang-undang kawalan moral berteraskan agama. Sedangkan Perlembagaan memartabatkan agama Islam seba­gai agama negara. Ini adalah penyanggahan yang nyata terhadap keluhuran Perlembagaan.

Ketua Hakim negara seka­­­­rang, Tun Arifin Zakaria juga pernah memutuskan baha­wa undang-undang yang memperkenalkan sistem tauliah dalam penga­ja­ran agama adalah sah di sisi Perlembagaan. Justeru penangkapan seorang anak bekas mufti kerana berceramah tanpa tauliah di Negeri Sembilan adalah sah. Malah beliau juga mengungkapkan: “Kami berpendapat ia perlu pada waktu dan zaman ini bagi pihak berkuasa mengawal selia pengajaran atau ceramah agama bagi mengawal, jika tidak menghapuskan ajaran sesat. Integriti agama perlu dilin­dungi dalam apa cara jua...dan inilah tujuan seksyen 53 enakmen.

“Perkara 128 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Mahkamah Persekutuan kuasa eksklusif bagi menentukan isu atau perkara dalam mengamalkan bidang kuasa asalnya. Mungkin, saya perlu nyatakan di sini bahawa keputusan mahkamah ini mengenai isu itu mengikat kepada semua mahkamah di negara ini termasuk mahkamah syariah,” kata Tun Arifin.

Penegasan Mahkamah Perse­kutuan tentang usaha memelihara integriti agama tidak boleh hanya dilihat untuk mengekang pence­ramah agama sahaja. Ia turut me­­liputi kelompok liberal yang merosakkan agama. Apa saja yang mereka ungkapkan tentang ajaran Islam jika bercanggah dengan hukum syarak tetap menjadi kesalahan dan perlu disiasat dan didakwa. Jika tidak, fatwa tingal fatwa, penguatkuasaan tiada. Begitu juga kita lihat bagaimana SIS dan rakan-rakan NGO bukan Islam mereka terang-terang menuntut dihapuskan undang-undang jena­yah Syariah yang berkuat kuasa di negeri-negeri, langsung tidak dipedulikan oleh pasukan pendakwaan negara. Akta Hasutan seolah-olah sudah mati walaupun belum dihapuskan.

Sudah tiba masanya untuk kerajaan merenung dan bertindak selaras dengan komitmen Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong yang melafazkan sumpah atas nama Allah untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Kewajipan melafazkan sumpah ini termaktub dalam Perkara 37 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan yang dilakukan hanya kerana Islam adalah agama rasmi negara. Kewajipan untuk memelihara kesucian agama Islam ini bukan hanya tanggungjawab majlis-majlis agama negeri, malah ia turut jadi kewajipan kenegaraan berasaskan keudukan Islam sebagai agama rasmi dan negara dan agama negeri-negeri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri. Penulis ialah Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)Utusan Malaysia Rencana 09/11/2014

Kejutan Mahkamah Rayuan

Pada petang Jumaat 7 November 2014 lalu, saya dimaklumkan menerusi satu pesanan ringkas dari seorang sahabat tentang satu keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada hari itu yang me­nge­jutkan. Dalam keputusan yang dimaksudkan itu, Mahkamah Rayuan telah menyatakan bahawa seksyen 66 Enakmen Jenayah Sya­riah Negeri Sembilan 1992 adalah tidak sah dan batal kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 66 itu, yang mempunyai tajuk bidai “Lelaki berlagak seperti perempuan” menyatakan – “Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.” Seksyen 66 ini tidak melarang seorang wanita berpakaian seperti lelaki. Mengikut fakta kes berkenaan, pada 2 Februari 2012, tiga orang lelaki Muslim bernama Muhamad Juzaili Mohamad Khamis,26, Syukor Jani,28 dan Wan Fairol Wan Ismail,30 telah mencabar kesahan peruntukan terbabit di Mahkamah Tinggi (Sivil) Seremban.


Mereka menghujah peruntukan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan itu tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia merupakan satu diskriminiasi kepada insan seperti mereka. Dalam kes mereka yang difailkan di Mahkamah Tinggi (Sivil) Seremban, mereka telah menamakan empat responden, iaitu Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, Pengarah Penguatkuasa Syariah Negeri, dan Ketua Pendakwa Syariah Negeri. Mereka telah memohon perintah larangan untuk menghalang mereka ditahan dan didakwa di Mahkamah Syariah.

Kuasa perundangan negeri


Enakmen 1992 itu dibuat oleh Kerajaan Negeri Sembilan selaras dengan kehendak dan maksud Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa bidang kuasa perundangan negeri meliputi, antara lain “pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu…”


Enakmen 1992 itu mewujudkan beberapa kesalahan takzir, di mana hukumannya tidak boleh melebihi hukuman maksimum yang ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan, iaitu hukuman 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebat (ringkasnya, formula 3:5:6). Perlu disebutkan bahawa segala prosiding jenayah di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan adalah tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah syariah negeri, bukan mahkamah sivil. Oleh yang demikian, implikasi keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu itu amat besar sekali dimensinya.

Prosiding di Mahkamah Tinggi Seremban


Persoalan penting yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi (Sivil) Seremban (yang mendengar permohonan tiga lelaki Muslim itu) adalah sama ada mahkamah sivil ada bidang kuasa menghalang mahkamah syariah negeri menjalankan kuasanya seperti yang dinyatakan secara jelas dalam undang-undang negeri?


Atau dalam bahasa mudah, apakah mahkamah sivil masih ada kuasa untuk campur tangan dalam urusan mahkamah syariah di negara ini? Apakah kedudukan mahkamah sivil lebih tinggi daripada kedudukan mahkamah syariah negeri? Setelah mendengar permohonan tiga lelaki itu, Mahkamah Tinggi (Sivil) Seremban memutuskan bahawa mereka kesemuanya dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mematuhi undang-undang negeri serta ajaran agama Islam. Permohonan mereka ditolak. Terkilan dengan penolakan Mahkamah Tinggi Seremban inilah ketiga-tiga pemohon lelaki Islam ini telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Prosiding di Mahkamah Rayuan Putrajaya


Pada akhir prosidingnya pada Jumaat lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan (dianggotai Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan) memutuskan bahawa seksyen 66 Enakmen itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu terbatal. Keputusan disampaikan oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin. Keputusan Mahkamah Rayuan itu “disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah. Seperti dijangka, keputusan Mahkamah Rayuan itu diberi liputan meluas oleh semua akhbar tempatan.


Apa selepas ini? Saya kira kesemua empat responden dalam kes ini tidak akan berdiam diri. Pastinya mereka akan mendapatkan nasihat untuk mengatur dan merancang tindakan selanjutnya, iaitu memohon (leave) untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Ramai menjangka izin akan diberi.

Isu perundangan dan hukum


Keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu menimbulkan banyak persoalan undang-undang dan hukum. Dari sudut hukum, pastinya kita masih ingat hadis sahih yang berbunyi “Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” (hadis riwayat Al-Bukhari) dan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki” (riwayat Abu Daud).


Setiap umat Islam di negara ini pastinya merasakan bahawa hadis tersebut merupakan antara nas dan landasan kepada kesalahan takzir yang diperundangkan dalam seksyen 66 itu. Soalnya dari segi hukum, apakah wajar seksyen 66 itu menyebut “kecualian” bagi lelaki yang terbukti mengalami masalah kecelaruan identiti jantina (GID)? Dalam Islam, apakah kelompok GID boleh diberi 'pengecualian'? Hanya mereka yang arif dan pakar dalam hukum-hakam Islam boleh menjawab soalan ini.


Dari sudut undang-undang Perlembagaan, apakah keputusan ini bermakna Perlembagaan mengatasi hukum syarak? Kita perlu ingat bahawa ada perbezaan antara hukum syarak (yang berlandaskan al-Quran, Sunnah, dan sumber-sumber lain) yang tidak tertakluk kepada undang-undang buatan manusia termasuk Perlembagaan Persekutuan dengan perundangan bertulis buatan manusia yang dizahirkan dalam bentuk akta dan enakmen (yang tertakluk kepada ketinggian Perlembagaan Persekutuan). Ditinjau dari sudut hierarki perudangan negara ini, Enakmen Jenayah ini tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.


Apakah keputusan Mahkamah Rayuan ini bermakna sesuatu pro­siding yang berjalan di mahkamah syariah negeri boleh sentiasa di­per­soal oleh mahkamah sivil menerusi semakan kehakiman? Apakah pindaan tahun 1988 kepada Perkara 121 Perlembagaan, yang mewujudkan Fasal (1A) itu sudah tidak ada kesan lagi? Kalau Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu hanya melihat kes ini dari sudut Perkara 5, 8, 9 dan 10, apakah ini bermakna peruntukan-peruntukan ini mengatasi kehendak dan maksud Jadual Kesembilan Senarai II yang memberi kuasa perundangan kepada Kerajaan Negeri mewujudkan kesalahan takzir bagi umt Islam di negeri itu. Apakah kaedah pentafsiran yang wajar digunakan oleh mahkamah apabila Perlembagaan Persekutuan sendiri mengandungi peruntukan yang berkonflik atau bertentangan antara satu sama lain? Prof. Salleh Buang ialah penganalisis undang-undang. Utusan Malaysia Rencana 09/11/2014

Fahami objektif aurat

Kelantan sememangnya dikenali sebagai Negeri Serambi Mekah. Kira-kira 90 peratus penduduknya adalah orang Melayu beragama Islam. Malah sejak 24 tahun lalu, negeri ini diperintah oleh Pas yang menerapkan peraturan Islam dalam pentadbirannya secara beransuransur sesuai dengan dasar parti itu dan matlamat utamanya adalah untuk melaksanakan hukum hudud.

Namun sejak seminggu lalu, negeri ini mendapat perhatian terutama daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sister in Islam serta MCA, apabila tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melancarkan Operasi Gempur Aurat yang menyasarkan kepada wanita Islam yang tidak menutup aurat di Kota Bharu.

Polemik aurat di Kelantan semakin panas, apabila Kerajaan Pas Kelantan memberi amaran untuk membatalkan pertunjukkan Gadis Ular, Rahiza Abdul Rahman yang hanya memakai selendang dan mendedahkan sebahagian rambutnya ketika memulakan misi untuk tinggal bersama 60 ekor haiwan tersebut di Muzium Negeri Kelantan.

Namun berbeza pula dengan nasib seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang didakwa cuba mencuri sebuah motosikal tetapi telah diaibkan penduduk kampung apabila dibogelkan di khalayak ramai di pekarangan Masjid Pauh Lima, Binjai, Kota Bharu. Isu aurat ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat hari ini, justeru, wartawan Mingguan Malaysia, AZRAN FITRI RAHIM dan jurugambar, ROSNI MAS RI telah bertemu dengan Mufti Kelantan, Datuk Mo hamad Shukri Mo hamad bagi mendapatkan penjelasan tentang aurat mengikut pandangan Islam, golongan psikologi terbalik serta provokasi daripada bukan Islam.

MINGGUAN : MPKB-BRI baru-baru ini telah mengadakan Operasi Gempur Aurat khusus untuk golongan wanita Islam yang bekerja dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan. Penguatkuasaan tersebut dilakukan mengikut undang-undang kecil yang termaktub di bawah pihak berkuasa tempatan. Bagaimanapun tindakan itu telah mendapat kritikan daripada banyak pihak termasuk SIS dan MCA. Apakah pandangan Datuk terhadap kritikan ini?

MOHAMAD SHUKRI: Persoalan aurat bagi umat Islam tidak seharusnya ada ruang untuk dipertikaikan atau untuk ditolak sebab aurat adalah memang tuntutan yang jelas dalam agama.Aurat merupakan sebahagian daripada ajaran dan syariat Islam. Jadi tidak seharusnya ada pertikaian dari segi penutupan aurat dalam kalangan wanita Islam.Itu pun saya melihat di bahagian bidang kuasa, misalnya MPKB-BRI, mereka mengambil tindakan itu dalam bidang kuasa undang-undang kecil yang sudah pun diterima pakai, cuma sekarang baru tindakan diambil tetapi peraturan itu sudah lama ada.

Jadi ada dua isu di sini, satu aurat ini adalah sebahagian daripada ajaran Islam. Kedua, pelaksanaan terhadap peraturan dan undang-undang yang diluluskan oleh PBT. Kenapa kita mempertikaikan satu-satu peraturan yang dikuatkuasakan sedangkan kita tahu peraturan undang-undang dibuat adalah untuk mengawal, menjaga dan menjamin keselamatan khususnya keselamatan orang Islam sendiri.

Jadi kalau kita tengok tujuan tutup aurat, salah satu langkah Islam adalah untuk mengatasi persoalan gejala sosial seperti rogol tetapi ada orang berhujah katanya yang tutup aurat pun kena rogol juga. Wanita mempunyai satu nilai yang tinggi dan perlu dikawal serta diawasi. Contohnya barang-barang kemas itu bila bernilai, kita tidak dedahkan, kita simpan pada tempat yang selamat, kita letak di bank, tujuan untuk menyelamatkan barang bernilai itu.

Jadi dalam Islam menutup aurat adalah satu penghargaan kepada wanita supaya mereka ada harga diri, sekali gus boleh menyelamatkan wanita daripada menjadi mangsa serangan seksual. Jadi kalau kita kata yang tutup pun kena, kalau buka lagi banyak kena.

Bagaimana Datuk melihat tindakan MPKB-BRI dalam isu ini?

MOHAMAD SHUKRI: Itu satu penguatkuasaan yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat sebenarnya kerana sudah ada satu peraturan atau undang-undang. Kalau hanya ada undang-undang tetapi tidak dikuatkuasakan, undang-undang itu tidak memberi makna. Contohnya membuang sampah denda RM500 tetapi kalau orang buang sampah, kita tidak denda. Sebab itu, kebersihan bandar tidak terkawal.

Jadi sama juga kalau undang-undang kecil, sudah ada cara untuk menutup aurat orang Islam, tiba-tiba tidak tutup dan tidak ada penguatkuasaan maka peraturan itu tinggal peraturan sahaja.

Jadi apa yang diharapkan oleh Islam untuk menyelamatkan wanita dan perlu kita lihat bahawa banyak perkara kalau kita tidak faham memang kita marah.

Sebagai contoh, kenapa doktor beri suntikan dengan jarum besi dalam tubuh kita dan kita membenarkan pada hal cucuk itu sakit tetapi oleh kerana kita faham cucuk itu, walaupun sakit tetapi kita cepat bertindak untuk merawat sakit kita. Yang tidak faham sahaja akan marah kepada doktor. Bahkan kalau doktor tidak mahu cucuk pun kita mahu cucuk sebab kita faham dengan cara itu dapat menyembuhkan penyakit yang dihadapi.

Penguatkuasaan undang-undang pakai tudung ini, kalau masyarakat dan wanita kita tahu ini adalah penghargaan dan penghormatan tinggi Islam terhadap wanita untuk mengawal kehormatan, dia tidak akan marah.

Ini salah satu cara boleh mengurangkan gejala tidak sihat dalam masyarakat selain didikan lain, memang tidak bergantung kepada tidak tutup aurat sahaja, didikan-didikan lain sangat perlu.

SIS mempertikaikan tindakan Kerajaan Pas Kelantan menguatkuasakan undang-undang kecil menutup aurat dengan alasan wanita Islam perlu diberi kebebasan untuk menutup aurat ataupun tidak Bagaimana pandangan Datuk?

MOHAMAD SHUKRI: Selalunya kekeliruan dalam agama ini, adalah ayat tidak ada paksaan dalam agama. Sebenarnya ayat itu relevan dengan memaksa orang di luar Islam masuk Islam tetapi bagi mereka yang sudah masuk Islam, dia ada tanggungjawab.

Seorang polis, dia sudah jadi polis, maka dia tidak boleh kata, "apa arah-arah saya bertugas sana sini." Dia sudah jadi polis, dia kena ikut arahan.

Jadi tidak boleh kata beri kebebasan kepada wanita untuk bertudung ataupun tidak, sebab bertudung itu satu kewajipan dan pihak pemerintahan perlu ada kawalan dan penguatkuasaan.

Ada yang melihat penguatkuasaan menutup aurat itu dibuat secara terpilih dalam isu gadis ular tidak menutup aurat. Selepas perkara ini ditegur dalam media, Kerajaan Pas Kelantan baru bertindak memberi amaran supaya menutup aurat, apakah wujud pilih kasih?

MOHAMAD SHUKRI: Sepatutnya tidak ada pilih kasih. Maknanya kalau dikuatkuasakan di mana-mana saja dan saya fikir pihak berkuasa memang sudah ada arahan kepada pihak penganjur tetapi pelanggaran itu perkara biasa. Ada orang walaupun diarah, dia langgar juga.

Lampu isyarat merah tidak boleh jalan tetapi berapa ramai orang langgar. Itu bergantung kepada penguat kuasa. Kalau polis tahan kerana melanggar, dia tidak boleh marah kepada polis sebab dia telah melanggar peraturan.

Mungkin pada sesetengah orang fikir pakai skaf sudah tutup secara sempurna. Sedangkan yang sempurna adalah menutup keseluruhan kepala.

Sebelum ini, SIS banyak mengeluarkan kenyataan bertentangan ajaran Islam yang diamalkan di negara ini, bagaimana Datuk melihat tindak-tanduk pertubuhan ini?

MOHAMAD SHUKRI: Saya tidak sebut secara khusus kepada SIS, tetapi dalam masyarakat mutakhir ini dengan perkembangan teknologi maklumat, kita lihat dalam masyarakat kita sudah lama ada individu yang psikologi terbalik ini. Kita kata kanan, dia kata kiri.

Ini satu penyakit psikologi. Kita kata suka yang ini tetapi dia kata tidak suka yang ini. Itu yang berlaku, mana-mana masyarakat pun ada.

Satu lagi golongan yang 'anti establishment', yang duduk sudah berjalan, sudah diterima pakai, sudah jernih tetapi masih ada yang mengeruhkan.

Itu perkara biasa dalam masyarakat yang lebih-lebih lagi bila kita kata masyarakat sudah terbuka dan ingin mendapatkan kebebasan mutlak yang tidak ada had.

Pada hal dalam mana-mana peraturan dan agama pun dia tidak ada kebebasan secara mutlak. Sebagai contoh, kereta api hendak jalan dari Tumpat ke Singapura mesti ikut landasannya, tidak boleh ikut sebarang sahaja.

Jadi masyarakat yang suka terbalik ini telah menolak landasan-landasan ini. Itu yang jadi masalah.

Apabila golongan begini mendapat sokongan bukan Islam, adakah ini akan beri kesan buruk terhadap Islam?

MOHAMAD SHUKRI: Itu sudah tentu sebab Islam buka ruang untuk berbeza pandangan, tidak ada masalah tetapi dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Kita boleh berbeza pendapat dan pandangan tetapi dalam ruang lingkup yang dibenarkan bukan bebas-sebebasnya.

Dalam mana-mana institusi masyarakat ada peraturannya. Tengok parti sajalah, kalau dia menentang ketua, dia akan dipecat. Kenapa tidak kata beri kebebasan, parti mana pun kalau sudah melanggar peraturan parti, dia akan dipecat tetapi kenapa persoalkan Islam, tiba-tiba minta beri kebebasan.

Perkara ini terjadi mungkin disebabkan kerajaan yang ada ini lemah kerana sebelum ini tidak ada yang berani mempertikaikan Islam?

MOHAMAD SHUKRI: Saya tidak mengatakan pemerintahan sekarang ini lemah tetapi oleh kerana pemerintahan sekarang ini cuba membuat transformasi yang barangkali agak lebih terbuka. Oleh kerana itu, dalam Islam ada dua kaedah, buka pintu dan tutup pintu.

Jadi banyak dalam hukum Islam ini, ia walaupun tadinya harus tetapi kalau kita lihat boleh mendatangkan mudarat kita kena tutup pintu. Tadi benda itu halal tetapi sebab buka pintu jadi haram.

Dalam keadaan sekarang transformasi kebebasan untuk berbincang boleh tetapi biarlah dalam batas-batasnya.

Kalau dalam hukum yang kita sepakati pun kita hendak tolak, ini yang menjadi kacau. Hukum yang diterima pakai sekian lama, sebab itu saya sebut yang sudah dijernihkan oleh ulama silam tidak payah kita keruhkan lagi, yang keruh itu kena jernih tetapi ini tidak, yang jernih hendak dikeruhkan.

Pihak yang psikologi terbalik ini tidak berbincang atas pemikiran Islam. Kalau berpijak atas asas Islam, dia tidak akan psikologi terbalik dan tidak akan anti establishment.

Menyentuh tentang kes seorang remaja dipukul dan dibogelkan, mungkin masyarakat itu sendiri tidak ada kesedaran?

MOHAMAD SHUKRI: Betul dalam Islam ada tajuk-tajuk, semua bergerak atas tajuk, macam kita buat karangan, binatang ternakan saya berbeza dengan binatang peliharaan saya. Jadi kalau kita mengarang binatang ternakan saya, tiba-tiba dalam karangan kita tulis binatang peliharaan saya, kita gagal.

Dalam Islam ada tajuk dia, mencuri ada tajuk dia, mencuri dalam suasana sekarang kita tangkap pencuri itu dan kita serah kepada pihak yang berwajib untuk membawa ke muka pengadilan dan apa yang diputuskan oleh pihak mahkamah itu hukumannya.

Tetapi kalau mahkamah ada, peraturan ada, kita bertindak bersendirian dan memakai undang-udang di tangan kita, sudah tentu ia akan terdedah kepada lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Sebagai contoh, pencuri ini mesti dididik dengan hukuman tetapi siapa yang patut menghukum? Bukan individu atau kelompok yang patut menghukum, tetapi pihak yang bertanggungjawab kena menghukum. Bila kita ambil alih tugas pihak yang bertanggungjawab, maka kita telah melakukan kesalahan. Kita telah bertindak di luar bidang kuasa.

Akhlak Islam kalau kita sanggup dedah aib orang, Allah akan dedah aib kita. Itu kena pakai kaedah ini, siapa yang sanggup mendedahkan aib seseorang maka aib dia akan didedahkan oleh Allah SWT. Itu peringatan yang keras oleh Islam.

Dia bersalah dalam satu sudut tetapi kita yang mengaibkan dia melakukan kesalahan juga.

Jadi macam mana kita yang salah hendak selesai dengan benda yang salah. Kita hendak benda itu jadi baik, kita perlu melakukan yang baik dan bukan melakukan yang tidak baik. Mencuri tidak baik tetapi menelanjangkan orang juga tidak baik.

Adakah isu aurat dan kes ini akan memberi kesan buruk kepada Islam dan menimbulkan penentangan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan?

MOHAMAD SHUKRI: Pelaksanaan hudud akan dilaksanakan mengikut lunas tetapi tindakan orang Islam mengaibkan orang lain boleh mencerminkan orang Islam sendiri macam beraja di mata, bersultan di hati, kalau kita ikut perasan. Kita tidak boleh beraja di mata, bersultan di hati.

Ini katalah bogel, kalau nanti pakat pukul sampai mati, dia mencuri hukumannya bukan sampai mati. Macam mana agaknya dengan kita yang sudah membunuh.

Mungkin dengan tidak sengaja untuk membunuh, tetapi dalam Islam ada hukuman membunuh dengan tidak sengaja dan bunuh sengaja, tetapi dia akan jadi melampau. Hukuman tidak sepadan dengan kesalahan dan pada Islam kena bukti kesalahan itu.

Kita dapat lihat apa yang berlaku tadi masyarakat sudah hukum, pergi mahkamah kena hukum lagi. Kena dua hukuman atas satu kesalahan ini tidak mencerminkan keadilan.

Jadi kita bimbang orang menilai ini kehendak Islam, pada hal apa yang dilakukan oleh orang Islam ini bukan kehendak Islam.

Apakah nasihat Datuk kepada orang Islam yang mempertikaikan ajaran Islam seperti isu aurat dan bertindak di luar batas kemanusiaan ini?

MOHAMAD SHUKRI: Golongan ini telah membuka ruang kepada bukan Islam untuk mempertikaikan ajaran Islam.

Apabila melihat perkembangan mutakhir ini, nasihat saya ialah hentikanlah mempertikaikan ajaran agama yang sudah diterima pakai di negara ini. Lebih-lebih lagi kalau ada usaha melaksanakan tuntutan agama, jangan dalam kalangan orang Islam sendiri mempertikaikannya. Sepatutnya semua pihak melihat apa objektif daripada peraturan dan ajaran agama itu sendiri.

Jadi kalau ada individu yang hendak menentang, jangan sampai mengajak orang lain menentang sama. Kalau ada dalam kalangan umat Islam yang salah faham terhadap ajaran Islam ini, sepatutnya mencari pendekatan bagaimana untuk memahaminya.

Sekali gus saya merasakan ini harus menggerakkan ulama lebih laju dan pantas untuk menangani masalah yang berlaku dalam masyarakat. Dakwah yang lebih berkesan perlu digerakkan untuk menangani isu ini termasuk terhadap golongan psikologi terbalik ini.

Apakah Kerajaan Pas Kelantan harus meneruskan operasi menutup aurat ini?

MOHAMAD SHUKRI: Saya berpendapat semua usaha yang baik perlu diteruskan oleh semua pihak.

Pesanan Datuk kepada orang bukan Islam yang mempertikai apa yang diamalkan oleh umat Islam?

MOHAMAD SHUKRI: Bukan Islam sepatutnya tidak provokasi atau curiga terhadap ajaran Islam sebab dalam Islam kita diajar tidak menceroboh pegangan atau anutan agama lain.

Jadi kalau ajaran Islam mengkehendaki umatnya supaya tidak menceroboh pegangan dan anutan agama lain, maka kita mengharapkan mereka di luar Islam juga tidak menceroboh ajaran agama Islam ini. Utusan Malaysia Rencana Agama 09 November 2014 1:24 AM

Konservatif dalam dunia moden

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini kita sudah semakin banyak dihidangkan dengan pelbagai kenyataan, cabaran malah penghinaan tentang apa sebenarnya yang perlu dilakukan oleh rakyat negara ini terutama umat Islam dalam mengubah apa yang telah menjadi pedoman, nilai dan cara hidup kebanyakan kita.

Melihat kepada pelbagai gesaan dan tuduhan tentang apa yang sepatutnya ‘Malaysia’ lakukan terutama tentang idea keterbukaan serta cara hidup yang lebih liberal dan bebas dalam erti kata yang lebih luas, seolah-olah apa yang kita lakukan serta banggakan selama ini tidak lagi boleh diterima masyarakat. 
 Jika selama ini semua rakyat bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing walaupun Islam adalah agama Persekutuan, namun kini kita semakin terhimpit dengan idea dan amalan liberalisme yang semakin diangkat sebagai satu 'agama baru' yang membentuk cara berfikir di luar kongkongan agama. Maka ada pihak yang mahukan supaya keterbukaan ini perlu menjadi panduan dalam mengamal cara hidup baharu yang begitu berbeza dengan kebiasaan. Malah kebanyakan negara Islam sendiri sudah mengakui cabaran dan kekangan yang terpaksa ditempuhi dalam dunia moden yang lebih mengutamakan nafsu dan akal manusia kerana hak asasi manusia membenarkan begitu.

Lihat sahaja bagaimana manusia bernama Alvin Tan menunjukkan 'kemampuannya' melakukan apa sahaja yang dimahukannya atas nama hak asasi dirinya. Dia yang kini melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) semakin berbangga mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang tidak sepatutnya termasuk menghina pemimpin,

berbogel dan beraksi lucah menunjukkan dirinya kepada umum dan pelbagai lagi. Dalam keadaan kita masih belum memaafkan penghinaan yang dilakukan akibat 'ucapan hari raya bah kut teh', Alvin berterusan menghina dan bercakap sesuka hati tanpa mempedulikan sensitiviti dan perasaan orang lain. Adalah jelas dia tidak sesuai untuk tinggal di negara seperti Malaysia yang masih mempertahankan nilai-nilai hidup beragama serta menghormati orang lain.

Oleh itu apakah orang seperti ini yang 'berbangga' menikmati sepenuhnya hak asasi sehingga di luar batasan, yang mahu kita jadikan contoh serta teladan kepada masyarakat di negara ini. Kenapa ada manusia sebegini yang begitu galak memburukkan negara serta pegangan agama dan moral seolah-olah segala sistem dan kehidupan yang sedang dan pernah kita lalui tidak betul.

Mungkin Alvin melihat contoh beberapa pemimpin pembangkang di negara ini yang gemar mengadu kepada pemimpin kuasa dunia seperti Barack Obama, ketika datang ke negara ini beberapa bulan lepas seolah-olah apa yang dilalui mereka begitu buruk dan zalim.

Pandangan

Buruk pada pandangan me­­­reka kerana kita tidak me­ngikut kehendak mereka yang berfikiran bebas, liberal dan terlalu mengagung hak asasi manusia.

Hakikatnya kita perlu se­dar di bawah kepimpinan se­karang sudah banyak pe­rubahan dan transformasi te­lah dijalankan merang­kumi hampir semua aspek terutama dalam ke­bebasan bersuara dan hak asa­si ma­nusia. Namun bukan se­mua­nya boleh dibiarkan be­bas semahunya kerana kita hidup di negara yang berbilang aga­ma dan bang­sa.

A­pakah kerana kita me­no­lak amalan seperti LGBT dan pelbagai kelakuan song­sang lain seperti merusuh dan menghina maka kita dilabel sebagai zalim dan tidak demokratik.

Kalau dilihat sebelum ini, negara mempunyai rekod kepimpinan, demokrasi dan kehidupan yang baik di bawah Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Malaysia juga diiktiraf sebagai negara paling demokratik di ASEAN dan kebanyakan negara lain di dunia ketika kebanyakan jiran dan rakan di Asia masih bergelut dengan kezaliman kuasa tentera, demokrasi yang tercalar malah hak asasi manusia yang terpinggir.

Malah dalam kebanyakan hal kita jauh meninggalkan negara jiran, Singapura dalam soal hak asasi dan kebebasan walaupun rekodnya lebih baik dari segi ekonomi.

Lebih membanggakan kita menjadi contoh negara Islam yang progresif ketika banyak negara Islam lain dikuasi kelompok diktator dan oportunis politik dan agama. Dan ini semua dilakukan oleh Dr. Mahathir tanpa sokongan dan kehadiran mana-mana pemimpin dunia.

Oleh itu adalah memalukan mempunyai manusia seperti Alvin dan beberapa pemimpin pembangkang yang tidak habis-habis memburuk serta memalukan negara sendiri. Mereka ini pula 'mengadu' seolah-olah segala nikmat yang diperoleh di bumi bertuah selama ini tidak mencukupi dan seolah-olah minta diselamatkan.

Memang lebih baik manusia seperti Alvin ini keluar dari Malaysia kerana kita tahu tidak ada makna hidup baginya jika selama ini dia merasa terkongkong kerana tidak boleh mengarut, berlakon porno atau berbogel menunjukkan kemaluannya yang tidak 'seberapa'.

Mungkin baginya negara seperti AS dan pemimpin seperti Obama itu adalah penyelamat dunia yang mampu memberikan apa sahaja yang dimahukan. Kedangkalan mereka ini jelas kerana tiada siapa boleh menafikan negara seperti AS adalah rosak moral dan integritinya walaupun sering digambarkan sebagai sebuah negara yang bebas dan diimpikan. Namun hakikatnya akibat kebebasan dan impian yang hanya bertuhankan wang dan nafsu itulah yang telah menjadikan negara itu sebagai rosak dan hilang ketamadunannya.

Malangnya itulah harga demokrasi dan kebebasan yang dibanggakan mereka walaupun mendabik dada sebagai negara hebat dan kaya. Kita semua maklum tidak ada apa yang sempurna di dunia ini tetapi tidak bermaksud kita tidak boleh berubah demi mencari keserasian dalam kepelbagaian. Bagi mereka yang bersikap dangkal ini, segala apa yang tidak menurut kemahuan akan dianggap salah dan karut kerana itu makna demokrasi dan keadilan bagi mereka.

Namun perbuatan memburukkan negara seperti yang dilakukan beberapa kerat warga yang kita tahu moralnya sendiri buruk tidak perlu dilayan kerana ia akhirnya mencerminkan kematangan dan diri sebenar mereka. Tidak salah memilih menjadi konservatif dalam dunia moden kerana kita tahu bukan semua perkara boleh dijawab hanya berlandaskan akal dan pemikiran semata-mata. HAFI ZAHRIL HAMID Utusan Malaysia Rencana Agama 09 November 2014 1:23 AM

Mengekang ekstremis liberalisme

Boleh dikatakan sejak dari era penjajahan lagi unsur-unsur perjuangan untuk mendapatkan hak kebebasan secara ekstrem sentiasa bertali arus dari satu generasi ke generasi berikutnya. Apa yang dimaksudkan dengan hak kebebasan mutlak ini termasuklah hak kebebasan berfikir hatta dari sudut pandang agama di mana si pejuang berpandangan ia mempunyai hak untuk menentukan bentuk pegangan dan kepercayaannya sendiri. Kemunculan kelompok penganut yang berpegang kepada ajaran songsang contohnya, juga merupakan sebahagian daripada elemen perjuangan hak kebebasan mutlak. Bahkan kelompok ini sampai ke tahap ekstrem dalam mempertahankan hak mereka.

Melihat kepada asas pegangan mereka ini sahaja kita sudah cukup faham bahawa kelompok liberal ini menjadikan pegangan kepada agama dan pengaruh institusi agama sebagai musuh nyata dan sasaran serangan mereka. Ini jelas berlaku di negara ini terutama sejak bermulanya alaf baru. Kita tidak boleh melupakan bagaimana pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diganyang lumat oleh kum­pulan liberal diketuai oleh sekelompok pejuang hak kebebasan yang menamakan diri mereka Sisters in Islam (SIS) melabelkan penguat kuasa JAWI sebagai penyangak agama (religious bigot) hanya kerana pasukan itu membuat serbuan ke atas sebuah kelab disko yang terletak bertentangan dengan tanah perkuburan Islam Jalan Ampang dengan tujuan untuk menyelamatkan umat Islam yang 'bermandi' arak pada satu malam tahun 2005.

Bahana keghairahan dan asakan pemikiran liberalisme ini turut disam­but dengan kemunculan golongan profesional yang turut menya­­lahgunakan nama Islam dalam pertubuhan mereka. Islam dikaitkan dengan rennaisance se­dangkan ia adalah suatu yang ter­pahat dalam perkembangan agama Kristian dan agak asing dengan Islam. Malang sekali lagi pengaruh pemikiran eksremis liberal ini berjaya menerjah ke dalam pemikiran mahasiswa yang turut terjebak dengan aliran politik baru negara. Sebuah parti politik yang suatu ketika dulu amat kuat mempertahankan keaslian dan keunggulan Islam juga turut terpengaruh dengan perkembangan pengaruh liberalisme hingga sanggup memecat seorang pemimpinnya yang cuba mengekang pengaruh liberalisme yang memperjuangkan hak kebebasan beragama bagi umat Islam termasuk hak untuk menjadi Kris­tian atau menukar agama. Semoga Allah mengampuni mereka dan mem­berikan hidayah untuk kembali kepa­­da ajaran Islam sejati menurut al-Quran dan Sunnah yang turut dikenali sebagai Ahlus Sun­nah Wal Jama’ah.

Terjebak

Persoalan pokok yang kita sedang hadapi pada hari ini adalah sejauh mana keberanian kerajaan bertindak secara serius terhadap pejuang ajaran sesat dan akidah songsang ini. Cukupkah sekadar melihat para mufti mengeluarkan fatwa? Bagaimana dengan pasukan penguat kuasa yang perlu membuat tindakan susulan setelah fatwa dikeluarkan? Hakikatnya terdapat pelbagai peruntukan dalam Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang boleh dikuatkuasakan untuk mengekang gerakan liberal yang merosakkan akidah umat Bahagian II enakmen berkenaan yang berkuat kuasa di semua negeri memberikan kuasa kepada pihak berkuasa agama untuk bertindak mengekang gerakan ekstremis liberalisme ini. Namun amat dike­sal­kan apabila pihak berkuasa aga­ma pula menjadi pak turut kepa­­da ahli-ahli politik yang terjebak dengan pemikiran sebegini. Mereka bertukar menjadi pengecut dan pak turut kepada ahli politik penganut fahaman liberalisme. Mereka tidak lagi merasakan naungan sultan sebagai ketua agama cukup untuk melindungi mereka bagi memastikan mereka mampu bertindak without fear and favour. Akhirnya pasukan ini dilihat hanya mampu menyerang artis berkhalwat tapi amat takut kepada gerakan liberal yang merosakkan akidah.

Berpuluh kepu­tusan mahkamah tertinggi negara yang berpihak kepada struktur institusi agama yang dilihat berkewajiban untuk memelihara keutuhan dan kesucian agama Islam sebagai agama negara dan agama negeri-negeri. Mahkamah Persekutuan pernah memutuskan dalam kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, bahawa hak kebe­­basan beragama bagi umat Islam di nega­ra ini adalah ter­takluk kepada undang-undang Sya­riah yang sedang berkuat kuasa di se­mua negeri. Namun begitu tiada siapa pe­duli apabila SIS mengetuai pelbagai pertubuhan dan parti politik menggesa dihapuskan undang-undang kawalan moral berteraskan agama. Sedangkan Perlembagaan memartabatkan agama Islam seba­gai agama negara. Ini adalah penyanggahan yang nyata terhadap keluhuran Perlembagaan.

Ketua Hakim negara seka­­­­rang, Tun Arifin Zakaria juga pernah memutuskan baha­wa undang-undang yang memperkenalkan sistem tauliah dalam penga­ja­ran agama adalah sah di sisi Perlembagaan. Justeru penangkapan seorang anak bekas mufti kerana berceramah tanpa tauliah di Negeri Sembilan adalah sah. Malah beliau juga mengungkapkan: “Kami berpendapat ia perlu pada waktu dan zaman ini bagi pihak berkuasa mengawal selia pengajaran atau ceramah agama bagi mengawal, jika tidak menghapuskan ajaran sesat. Integriti agama perlu dilin­dungi dalam apa cara jua...dan inilah tujuan seksyen 53 enakmen.

“Perkara 128 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Mahkamah Persekutuan kuasa eksklusif bagi menentukan isu atau perkara dalam mengamalkan bidang kuasa asalnya. Mungkin, saya perlu nyatakan di sini bahawa keputusan mahkamah ini mengenai isu itu mengikat kepada semua mahkamah di negara ini termasuk mahkamah syariah,” kata Tun Arifin.

Penegasan Mahkamah Perse­kutuan tentang usaha memelihara integriti agama tidak boleh hanya dilihat untuk mengekang pence­ramah agama sahaja. Ia turut me­­liputi kelompok liberal yang merosakkan agama. Apa saja yang mereka ungkapkan tentang ajaran Islam jika bercanggah dengan hukum syarak tetap menjadi kesalahan dan perlu disiasat dan didakwa. Jika tidak, fatwa tingal fatwa, penguatkuasaan tiada. Begitu juga kita lihat bagaimana SIS dan rakan-rakan NGO bukan Islam mereka terang-terang menuntut dihapuskan undang-undang jena­yah Syariah yang berkuat kuasa di negeri-negeri, langsung tidak dipedulikan oleh pasukan pendakwaan negara. Akta Hasutan seolah-olah sudah mati walaupun belum dihapuskan.

Sudah tiba masanya untuk kerajaan merenung dan bertindak selaras dengan komitmen Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong yang melafazkan sumpah atas nama Allah untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Kewajipan melafazkan sumpah ini termaktub dalam Perkara 37 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan yang dilakukan hanya kerana Islam adalah agama rasmi negara. Kewajipan untuk memelihara kesucian agama Islam ini bukan hanya tanggungjawab majlis-majlis agama negeri, malah ia turut jadi kewajipan kenegaraan berasaskan keudukan Islam sebagai agama rasmi dan negara dan agama negeri-negeri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.   MOHAMAD HAFIZ NORDIN ialah Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Utusan Malaysia Rencana 09 November 2014 1:23 AM

No to ustaz as integrity officers

RELIGIOUS TEACHERS

I REFER to Nor Shahid Mohd Noor’s letter “Appoint ustaz as integrity officers” (NST, Nov 3). I understand his frustration that inspite of having the elite squad and state police, crime is still rampant in the country.

The writer believes that since an ustaz (religious teacher) is steeped in the knowledge of tawhid, taqwa, iman and aqidah, they make better integrity officers.

On paper, it appears to be that way. Unfortunately, the image of ustaz has been tainted of late with cases of ustaz being caught for khalwat (close proximity) and embezzlement.

In some instances, ustaz are arrogant and not forthcoming.

Being men of religion, we would expect them to show leadership by example. Alas, many women who go to the state religious departments to solve their problems come back no wiser, and sometimes, fuming mad.

The ustaz of the 1950s, 1960s and early 1970s were different. They were ethical and had integrity. That is why the public have high regard for them. Appointing an ustaz at sensitive government departments as integrity officers will not solve the problem of corruption as the ustaz will drown in the embedded sub-culture.

The best integrity officer is still the head of the department. Unfortunately, recently, a few heads of departments turned out to be harapkan pagar, pagar makan padi. Even in the Malaysian Anti-Corruption Commission, there is the occasional black sheep as is often reported by the media. Where money is concerned, it does not matter whether one is an ustaz or not. Corruption is a menace.

Where do we go from here? It’s best to learn from our neighbour, Singapore, how they did it. But then, what is good for the gander may not be good for the goose. It is about culture and political will.

Caning bribe givers and takers, as suggested by the writer, will not have any effect, as proven in China.

But it does not mean we must do nothing.

So far, the MACC has done a good job, but they can do better. A.L. Hafiz, Kuala Lumpur NST Letters 6 November 2014

Appoint ustaz as integrity officers

I REFER to the report, “Govt to deploy 100 new integrity officers”, (NST, Oct 29), in which the government will deploy them in all ministries and agencies, and plans to have 600 certified integrity officers within three to four years.

I hope the new officers are qualified ustaz, who could give religious counselling to officers in high-risk government enforcement agencies.

About a year ago, Bukit Aman formed an elite squad to go after kingpins, “tiger generals” and organised crime bosses.

The formation of the squad, comprising 400 highly-trained police officers, was a step in the right direction to dispel negative perception of not only the police force but also of government enforcement agencies.

No doubt, since then, they have done a good job of closing down many illegal activities in the country. However, there are recent reports of gambling dens in Ulu Sepetang and Malacca that were allowed to operate for years under the noses of enforcement officers. In other words, they are being protected.

That is why, in spite of having the elite squad and the state police, crime is still rampant in the country.

These criminals have raked in billions of ringgit in untaxed revenue. The government has also lost millions of ringgit in revenue that has been paid to “black sheep” enforcement officers as inducement not to take action.

What has been reported is shocking and, as usual, some heads of departments will come out either in defence of their agencies or dismiss the report as baseless.

There is a Malay saying, “Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata” (If it is not true, people will not talk about it). Instead of dismissing the allegations as unsubstantiated reports, the department heads should go down to the ground and investigate, and send the elite force to close down these illegal dens without fear or favour.

Fighting corruption is not only about finding loopholes and weakness in the system but also fighting the givers and the takers, who are the main culprits of bribery and corruption.

What is most important is to change the mindset and cleanse the souls of the “black sheep” in all enforcement agencies, of which, 95 per cent are made up of Malay-Muslim officers.

Their tawhid and taqwa, iman and aqidah need to be strengthened through religious counselling, seminars, courses, prayers, and repentance. This is to build their self-respect, instil in them a sense of responsibility, rebuild their moral values, inculcate in them the habits of good work, honesty and integrity from the Islamic perspective. It could also be greed, wanting to keep up with the Joneses, financial difficulties, family pressure, gambling and  womanising. The heads of department or senior officers must meet their lower-ranked staff to get to know them and find out their problems and difficulties. If this is done positively, I am sure we can curb corruption.

Impose a deterrent sentence, including whipping on the bribe givers and the takers, and offer handsome rewards to whistle-blowers and agency officers that offer information leading to the arrest and conviction of the culprits.

There must also be a concerted effort on the government’s part, especially enforcement agencies, to wipe out corruption.

Nor Shahid Mohd Noor, Petaling Jaya, Selangor NST Letters 3 November, 2014

Govt to deploy 100 new integrity officers

KUALA LUMPUR: More than 100 new chief integrity officers (CeIO) will be deployed next year in a bid to strengthen the integrity and administration of the government service.

The CeIOs will be attached to ministries and agencies, especially those with a high risk of corruption.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Paul Low announced this at a talk titled “Prospects and challenges facing ethics and integrity in public and private sectors” yesterday.

The new batch of CeIOs will join more than 180 CeIOs already present in several ministries and agencies. Low said the CeIOs are recruited by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

The recruits, from either outside the government or from within, are trained at the Malaysian Anti-Corruption Academy.

Low said the government planned to have 600 CeIOs within three to four years, but the recruitment had to be done in batches as the training required time.

“The CeIOs implement structural changes and reforms in the system, ensure compliance, receive complaints, identify risk areas prone to abuse and, if necessary, investigate claims of corruption.”

Low said the CeIOs worked openly and would also work closely with internal auditors, giving them direct access to the MACC, the auditor-general and himself.

Low said the CeIOs were part of a bigger picture, namely the Government Integrity Structure (Jitu).

The Jitu functions as a platform for department heads to air concerns, complaints and opinions related to integrity of the administration of their ministry and agencies.

Low said Jitu also acts as a platform to ensure the implementation of reforms related to integrity and good governance.

The Jitu consists of a committee that reports to the cabinet, CeIOs, as well as expert groups, such as the Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit and the Institute of Integrity Malaysia.

“The beauty of Jitu is that everything from the department-head level goes right to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who chairs the cabinet committee for Jitu.” NST Nation 29 October 2014