November 17th, 2014

Koleksi Tanya lah Ustaz

Isteri Curang, Zina Suami Rakan

Assalamualaikum. Saya ingin minta pandangan ustaz tentang masalah yang saya hadapi sekarang. Saya telah berzina dengan ramai lelaki termasuk dengan suami kawan saya sendiri sehingga saya mengandung dan telah menggugurkan kandungan itu. Kawan saya telah tahu saya berzina dengan suaminya.

Sekiranya saya ingin bertaubat, adakah saya perlu minta maaf dengan kawan saya itu dan suami saya sendiri? Tolonglah saya selesaikan masalah saya ini.

* Mariati, Pasir Puteh, Kelantan

UKE: Puan Mariati, perbuatan berzina merupakan satu dosa besar di dalam Islam. Saya menasihatkan puan supaya bertaubat dengan taubat nasuha dan tidak boleh menangguh-nangguhkan bertaubat. Pada pendapat saya, di dalam memohon maaf kepada kawan Mariati adalah memadai bertaubat kepada Allah SWT kerana dibimbangi apabila Mariati memohon maaf secara terus kepada perempuan tersebut boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

Berbeza jika Mariati berhutang, mengumpat, memfitnah kepada perempuan tersebut maka wajarlah memohon maaf kepadanya kerana melibatkan diri perempuan tersebut. Di dalam kes ini, Mariati terlibat dengan suaminya, maka Mariati dan suaminya yang wajib bertaubat kepada Allah SWT. Memadailah memohon maaf kepada kawan Mariati secara umum apabila bertemu dengannya.

Solat puaskan hati suami

Assalamualaikum ustaz. Apakah hukum setelah bersolat jemaah Maghrib dengan isteri, dia berkata, “I solat ini hanya untuk memuaskan hati you sahaja”. Saya juga hendak tahu apa hukum suami menghantar isteri pergi makan malam dengan lelaki yang tidak saya kenal dan tidak diperkenalkan di sebuah hotel mulai pukul 7 malam hingga 9 malam. Isteri saya memakai baju jarang sehingga menampakkan tali baju dalam dan bertudung.

Saya ikut sahaja kehendaknya kerana tidak kuasa hendak bergaduh sebab isteri saya ini cepat naik angin dan sering bergaduh jika tidak ikut kehendaknya.

* Simon, Kampung Baru,

Kuala Lumpur

UKE: Saudara Simon, di antara solat yang diterima oleh Allah ialah ikhlas. Apabila tiada ikhlas, kita bimbang amalan kita itu tidak diteima oleh Allah. Maka perbetulkanlah niat. Solat hanya untuk Allah. Sebagai suami, hendakah memelihara kehormatan isterinya dan tidaklah boleh membiarkan isteri bergaul dengan lelaki yang bukan mahram. Perbuatan Simon membiarkan isteri berdua-duaan dan memakai pakaian yang kurang sopan adalah tidak cantik di dalam Islam.

Sepatutnya Simon sendiri berada di samping isteri apabila berlaku kes sedemikian dan memastikan isteri berpakaian dengan sempurna. Sebagai suami, anda wajib menjalankan tanggungjawab walaupun kadang-kadang menyakitkan hati isteri selagi mana kewajipan itu bersesuaian dari segi hukum agama. Jadilah seorang suami yang lembut tetapi tegas apabila berkaitan dengan hukum agama.

Berjasalah pada ibu

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin tahu siapa yang berhak mengangkat air sembahyang semasa emak sedang sakit. Adakah anak lelaki, anak perempuan atau menantu lelaki dan perempuan? Mak mentua saya sekarang sedang terlantar sakit dan tidak boleh bergerak sebab jatuh.

* Rina, Kuala Lumpur

UKE: Sesiapa juga boleh mengangkat air sembahyang untuk ibu ketika beliau sakit sama ada lelaki, perempuan, menantu lelaki atau menantu perempuan. Mungkin didahulukan, anak perempuan daripada anak lelaki atau menantu perempuan daripada menantu lelaki. Pendek kata, berjasalah kepada ibu dan ketika ibu sakitlah anak-anak perlu menunjukkan kasih sayang dan perhatian.

Setahun tanpa nafkah

Saya sudah berkahwin hampir dua tahun. Masalah saya ialah sejak kandungan saya berusia tujuh bulan sehingga anak kini sudah berusia setahun, suami saya langsung tidak menyentuh saya. Suami juga tidak pernah memberikan nafkah kepada saya. Apakah hukumnya ustaz?

* Amy, Muar, Johor

UKE: Puan Amy, wajib seorang suami memberi nafkah zahir dan batin terhadap isterinya dan berdosa jika suami mengabaikan perkara tersebut. Dalam hal ini, Puan Amy berhak menuntut hak dan mengadu masalah ini ke pejabat agama. Jangan takut untuk menyuarakan hak kerana Islam melindungi hak seorang wanita dan seorang isteri. Sabar, sabar juga tetapi sabar itu ada hadnya.

Status wali 
anak luar nikah

Assalamualaikum ustaz. Minggu lepas saya ada membaca hal anak luar nikah. Ustaz beritahu kalau perempuan itu tidak berkahwin, anak itu berbin atau berbintikan Abdullah. Soalan saya, bolehkah anak luar nikah berbin atau berbintikan nama lelaki itu sekiranya wanita itu berkahwin dengan lelaki yang menghamilkannya dan kalau anak itu hendak bernikah, bolehkah lelaki itu menjadi walinya?

* Hamba Allah, Kota Damansara, Selangor.

UKE: Perkara ini hendaklah dilihat pada tarikh mereka berkahwin dan tarikh melahirkan anak. Jika perkahwinannya dan tarikh melahirkan anak kurang dari enam bulan, maka tidaklah boleh dibin atau dibintikan kepada lelaki tersebut dan lelaki tersebut tidak boleh menjadi walinya jika anak itu anak perempuan. Walinya adalah wali hakim. Anak tidak sah taraf boleh diklasifikasikan di bawah tiga keadaan:

1) Anak itu ialah anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada hasil daripada zina atau rogol.

2) Anak yang dilahirkan kurang enam bulan dua lahzah Qamariah (bulan Hijriah) dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan syubhah.

3) Anak yang dilahirkan lebih dari enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui ikrar (pengakuan) mereka yang berkenaannya (suami isteri tersebut atau salah seorang daripada mereka dan tidak diingkari oleh pihak yang satu lagi) atau adanya empat orang saksi yang melihat berlakunya zina dan kesaksiannya pula memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.

Anak majikan bawa balik teman lelaki

Assalamualaikum ustaz. Saya orang Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah dengan sebuah keluarga Islam. Masalah saya ialah anak perempuan majikan saya sering membawa pulang teman lelaki bermalam di biliknya. Saya sudah beberapa kali menegur tetapi tidak diendahkan.

Apa yang menyedihkan saya, majikan pun tidak kisah anak perempuannya membawa teman lelaki pulang ke rumah. Saya hendak tahu berdosakah saya dan halalkah pendapatan saya kerana membiarkan maksiat berlaku dalam rumah tempat saya mencari rezeki?

* Suparti, Petaling Jaya, Selangor

UKE: Pekerjaan Suparti adalah harus dan pendapatannya adalah halal. Yang berdosa ialah anak majikan dan teman lelakinya dan ibu-bapanya yang melakukan perbuatan yang dilarang dan membenarkan perbuatan berlaku di dalam rumah mereka. Perbuatan Suparti menegur anak majikan tersebut adalah usaha yang bagus dan perkara seperti ini hendaklah berterusan dengan penuh hikmah. Saya yakin jika Suparti bijak di dalam berdakwah dengan anak majikan, lambat-laun perbuatan itu akan dihentikan. Suparti hendaklah sabar.

Hukum berpuasa pada 
10 Muharam

Saya hendak minta pencerahan daripada ustaz berhubung:

1) Adakah puasa sunat 10 Muharam (Asyura) yang kita ikut raikan merupakan amalam Syiah?

2) Betulkah doa awal dan akhir tahun merupakan bidaah yang mengikut amalan Syiah Ismailniah?

* Halid, Pontian, Johor

UKE: 1) Sunat ke atas umat Islam berpuasa pada 10 Muharam dan disunatkan juga berpuasa tasu’a iaitu pada 9 Muharam.

2) Harus berdoa pada akhir dan awal tahun Hijrah. Hukumnya adalah harus.

Cucu tiri mahram

Assalamualaikum ustaz. Saya ada membaca penjelasan ustaz berhubung soal mahram. Saya ingin tahu sama ada cucu tiri iaitu anak kepada anak tiri termasuk dalam mahram atau tidak?

UKE: Cucu tiri adalah mahram yakni haram dinikahi.

Utusan Malaysia Rencana Agama 16 November 2014 9:01 PM

Perlukan rawatan psikologi

Kes lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kini semakin berleluasa. Malah tanpa segan silu, golongan ini mengaku mereka LGBT.

Ambo buke bukan LGBT ok .... :p



HUSHIM SALLEH

Baru-baru ini hak transgender menjadi perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat. Ramai yang beranggapan transgender atau identiti gender dikaitkan dengan sifat fizikal seseorang yang dapat dicam melalui organ kelaminnya.

Pun begitu, terdapat sekumpulan minoriti yang mempunyai identiti gender yang tidak serasi dengan sifat fizikal kelaminnya.

Golongan ini sebenarnya telah lama wujud dan berada hampir di seluruh dunia. Istilah yang tepat untuk merujuk kepada mereka ialah ‘transgender’.




Fizik al mereka lelaki tetapi keinginan seksual mereka lebih kepada lelaki. – Gambar hiasan.

Adakah golongan ini sebenarnya mempunyai masalah mental atau terlalu mengikut kehendak naluri mereka sendiri?

Menurut Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh, dari firma Hushim Motivational & Counselling Consultancy (HMCC), dari segi psikologi, transgender dikaitkan dengan kecelaruan identiti.

“Fizikal mereka lelaki tetapi perasaan dan keinginan mereka lebih bersifat kewanitaan. Mereka suka berpakaian wanita dan melakukan kerja-kerja yang wanita selalu buat. Keinginan seksual mereka pula lebih kepada lelaki. Dalam pada itu, Islam mengiktiraf gender khusus secara alamiah yang disebut sebagai ‘khunsa’ yang dari bahasa Arabnya bermaksud ‘lembut’.

“Tetapi dalam konteks ini istilah berkenaan ditafsir lebih meluas sebagaimana yang tercatit dalam Kamus Dewan, pondan ialah lelaki yang memiliki sifat perempuan atau sebaliknya (perempuan yg memiliki sifat lelaki),” katanya.

Tambah Hushim, individu yang terlibat dan mengamalkan budaya songsang ini ialah manusia yang sakit jiwa. Ini kerana fizikalnya berbeza dengan keinginan sebenar dirinya.

Menurut Hushim, pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang mengalami masalah identiti gender.

“Berdasarkan kes yang saya kendalikan, kebanyakan masalah ini bermula pada usia kanak-kanak lagi. Dalam kes-kes tertentu, ibu bapa sendiri tidak menyedari masalah ini termasuk didikan mereka yang menyebabkan anak-anak lelaki cenderung kepada sifat wanita. Misalnya, ibu bapa yang inginkan anak wanita, akan menyarungkan anak lelaki mereka dengan pakaian wanita.

“Kemudian berlaku perubahan seksual diperingkat remaja hinggalah ke alam dewasa termasuk memakan pil hormon dan bergaul dengan rakan-rakan lain yang mempunyai masalah transgender seperti mereka. Kebiasaannya perubahan jantina daripada lelaki kepada wanita sama ada luaran atau pembedahan alat kemaluan mereka berlaku di alam dewasa. Pada peringkat ini, mereka mungkin ada duit dan berjumpa pula dengan rakan-rakan sejenis,” ujarnya.

Sebagai kaunselor, Hushim akan memberikan kaunseling diikuti pemulihan. Katanya, ramai klien yang mempunyai masalah transgender berjumpa dengannya untuk berubah sama ada kerana tuntutan kerjaya atau timbulnya rasa insaf. Kebanyakan akan berasa insaf pada usia matang iaitu 40-an.

Pun begitu, transgender sukar diselesaikan apabila seseorang itu sudah merubah fungsi seksual mereka. Ada kes kaunseling yang akan mengambil tempoh dua hingga tiga tahun untuk diselesaikan. Apabila berlaku perubahan fizikal seperti payu dara membesar, golongan ini akan berdepan dengan pelbagai cabaran. Misalnya, ada pesakit Hushim sendiri yang mahu menunaikan umrah mengalami masalah kerana mereka tidak boleh berpakaian seperti lelaki kerana susuk tubuh masih kelihatan seperti wanita.

“Sebagai umat Islam, saya juga akan menerapkan aspek kaunseling Islam. Mengubah jantina tetap salah di sisi Islam. Amalan dilaknat ini berlaku kerana tabiat. Mereka yang terjebak seronok dengan kenikmatan luar tabie. Sebab itu Allah melarang dan dalam al-Quran menjelaskan apabila seseorang sudah terjebak, gay dan biseksual ini umpama ketagih dadah.

“Dari segi ilmu kaunseling memang benar orang yang terlibat dengan budaya LGBT ialah orang sakit. Mereka sebenarnya sakit jiwa walau dikurnia mental yang bijak.

“Namun, tidak semua mereka yang transgender terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti pelacuran. Ada yang terdiri daripada golongan profesional. Pada siang hari, mereka mungkin mempunyai pekerjaan tetap dan malam mereka bertukar menjadi wanita. Ada pula yang bekerja dalam bidang kreatif seperti mak andam, jurusolek dan sebagainya,” katanya.

Tambah Hushim, kerajaan perlu meletakkan masalah ini sebagai keutamaan kerana selain memporak-peranda sistem kekeluargaan, masalah ini juga mengancam kedudukan Islam.

Ini bukan sahaja melibatkan proses pemulihan, Hushim turut merangka langkah penyuburan dan pencegahan.

“Bagi saya kerajaan kena buat satu modul bagi menghalang LGBT habis-habisan di peringkat awal sejak sekolah rendah lagi. Selain itu, yang paling bahaya peringkat sekolah menengah sebab mereka ini akan pergi ke universiti. Di universiti sudah ramai. Saya cakap terus-terang, di universiti sudah ramai golongan ini.

“Satu langkah yang konsisten perlu dilakukan semua pihak seperti yang kita buat khusus untuk pemulihan dan pencegahan dadah,” katanya.

Nasihat Hushim kepada golongan transgender yang ingin berubah, berjumpalah dengan kaunselor atau pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang kini sedang giat mencegah dan membantu golongan ini. Tambahnya, kehidupan transgender di sisi Islam tetap berdosa kerana melawan hukum Allah. Pun begitu, Hushim menyarankan masyarakat tidak menyisihkan golongan ini lebih-lebih lagi mereka yang mahu berubah.

Transgender - kecelaruan identiti

Mona (bukan nama sebenar) hidup di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur selama belasan tahun. Ya, hidupnya tidaklah seindah yang diimpiankannya. Fizikalnya sebagai lelaki namun luarannya wanita, memaksa Mona memilih kehidupan transgender atau lebih dikenali sebagi ‘mak nyah’. Kehidupan bergelumang dosa di Chow Kit membuatkan Mona terseksa. Pun begitu, keseronokan dengan godaan duniawi menjadikannya alpa. Sehinggalah suatu hari, dia jatuh di bilik air dan sakit.

Satu persatu dosa yang dilakukannya terbayang di pemikiran dan hanya satu yang dipohon kini iaitu pengampunan Allah.

Mujurlah, keluarga tercinta masih mahu menerimanya dan gembira kerana Mona mahu berubah.


Akhirnya dengan bantuan beberapa persatuan termasuk Persatuan Kebajikan Darul Modahish di bawah bimbingan rakannya, Mohd. Khariri, dia kembali ke jalan yang benar. Walaupun dia pernah terikut-ikut dengan ajakan kawan menjalani pembedahan membesarkan payu dara, jauh di sudut hatinya kini, dia mahu melupakan detik hitam tersebut. Mona mengakui, insan sepertinya masih mempunyai harapan jika ada kesungguhan.


“Saya mengakui golongan seperti kami mempunyai cabaran yang hebat lebih-lebih lagi jika mahu berubah. Cuma satu yang perlu diingat, apabila usia meningkat sudah tentu kita mahu berubah ke arah kebaikan.

“Kini jiwa saya semakin tenang dan Alhamdulillah keluarga saya memberi sokongan sepenuhnya. Kepada golongan mak nyah di luar sana yang ingin berubah, anda masih ada harapan. Yang penting, kita sendiri perlu ada keazaman dan kekuatan,” ujarnya.

Kisah Mona sebagai mak nyah bukanlah mahu menunjukkan mereka yang mengalami masalah transgender hanya terlibat dengan dunia seks dan pelacuran. Terdapat juga mereka yang mempunyai pekerjaan yang elok dan hidup seperti orang normal lain. Persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan mereka mengalami masalah transgender dan bolehkah mereka berubah?

Mengikut laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada Mei 2012, dianggarkan sembilan juta hingga 9.5 juta transgender di Asia Pasifik merupakan pembawa virus HIV dan 49 peratus daripada mereka berisiko untuk dijangkiti.

Perangkaan itu diperoleh daripada pengumpulan data kadar jangkitan di kalangan lelaki yang bertukar menjadi wanita di seluruh Asia Pasifik.

Laporan itu menyebut, golongan transgender turut menjadi mangsa keganasan dan prejudis, selain diberi peluang terhad dalam bidang pekerjaan serta tidak mendapat sokongan psikologi. Menurut laporan itu, golongan transgender cenderung untuk meninggalkan rumah pada usia muda ekoran tentangan daripada keluarga, selain berhenti sekolah akibat dibuli selain kekurangan peluang pekerjaan.

Memahami keputusan mahkamah

BARU- BARU ini, negara dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang telah membenarkan rayuan tiga orang ‘maknyah’ yang mencabar perlembagaan (constitutionality) Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan.

Mahkamah rayuan, yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Hishamudin Yunus, sebulat suara telah mendapati bahawa seksyen 66 enakmen tersebut sebagai tidak konsisten dengan Perkara 5, 8, 9 dan 10 Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, tidak mengikut Perlembagaan.

Seksyen tersebut memperuntukkan bahawa mana-mana lelaki yang memakai pakaian wanita atau berlagak seperti wanita di tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tiga mak nyah tersebut adalah secara fizikalnya lelaki. Namun, mereka bukan lelaki biasa. Mereka menghidapi penyakit yang dikenali sebagai gender identity disorder (GID). Pesakit GID ini, walaupun lahir secara fizikal sebagai lelaki tetapi dari mental mereka berasakan diri sebagai wanita. Maka mereka menunjukkan sifat-sifat wanita seperti memakai pakaian wanita dan bersolek.

Ada kenai ka ... ?


seksyen 66  macam nombor Damien Excocist :p

Untuk membuktikan sememangnya mempunyai penyakit tersebut, mereka telah mengemukakan laporan perubatan daripada tiga pakar yang berlainan. Menurut laporan-laporan yang dikemukakan, penyakit GID ini tidak boleh diubati dan tetap untuk sepanjang hayat. Laporan-laporan tersebut juga menunjukkan bahawa sifat kewanitaan mereka bertiga bukanlah sesuatu yang mereka pilih atau boleh ubah.

Kerajaan Negeri Sembilan langsung tidak menyangkal bukti perubatan yang dikemukakan. Mereka tidak mengemukakan bukti mereka sendiri untuk menyangkal bukti pakar pihak perayu-perayu.

Menurut prinsip asas undang-undang, keterangan yang tidak disangkal dianggap sebagai telah dibuktikan. Dalam erti kata lain, telah terbukti bahawa mereka menghidap GID.

Oleh yang demikian, ketiga-tiga mereka sering diganggu, ditahan, ditangkap dan didakwa oleh pihak berkuasa agama di Negeri Sembilan yang bertindak mengikut seksyen 66 kerana mereka dikatakan berpakaian atau berlagak seperti wanita. Mereka mengalami kesusahan untuk keluar dari rumah mereka dan menjalankan kehidupan seperti biasa kerana undang-undang tersebut dikuatkuasakan.


Atas dasar ini, perayu-perayu mendakwa bahawa kebebasan asasi mereka yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan telah dinafikan oleh seksyen 66 enakmen tersebut. Kebebasan mereka untuk meneruskan kehidupan (Perkara 5), kebebasan mereka untuk kesamarataan dan kesaksamaan (Perkara 8), kebebasan mereka untuk (Perkara 9) dan akhirnya kebebasan mereka untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat (Perkara 10(1)(a)) telah dilanggar oleh pihak berkuasa mengikut seksyen 66 tersebut.

Sekiranya terdapat pengecualian dalam seksyen 66 enakmen tersebut bagi mereka yang menghidap GID, ia mungkin boleh ‘diselamatkan’ dan seksyen itu tidak didapati unconstitutional. Malangnya, tidak ada pengecualian tersebut.

Walaupun negeri-negeri mempunyai bidang kuasa untuk menggubal undang-undang berkenaan dengan agama Islam, termasuklah undang-undang jenayah syariah seperti seksyen 66 enakmen tersebut, undang-undang yang digubal harus konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. Undang-undang syariah masih melalui proses penggubalan undang-undang yang sekular, iaitu melalui Dewan Undangan Negeri yang dianggotai oleh ahli Dun Muslim dan bukan Muslim.

Kes ini bukanlah untuk mencabar undang-undang Islam. Jika kita tolak ke tepi label ‘syariah’ pada enakmen tersebut, penilaian yang sama masih perlu dibuat ke atas undang-undang tersebut untuk menentukan keperlembagaannya.

Keputusan ini tidak bermakna hak LGBT kini diiktiraf oleh undang-undang. Ia tidak, seperti yang dimomok oleh sesetengah pihak, membuka pintu kepada perkahwinan sejenis, contohnya. Apa yang tiga orang mak nyah inginkan melalui proses undang-undang ini adalah untuk hidup sebagai manusia biasa, tanpa perlu diganggu dan dihukum setiap masa kerana penyakit yang mereka hidapi. *Penulis seorang peguam. Beliau juga peguam pemerhati yang mewakili Majlis Peguam semasa prosiding kes ini di mahkamah rayuan.

Si kafir masuk campur hal Islam

LIMA nyawa tidak berdosa melayang, berpuluh kenderaan musnah, banyak rumah rosak teruk, dan beratus penduduk berduka kerana kehilangan dan kemusnahan harta benda. Dalam sekelip mata kehidupan dilanda mala petaka.

Itulah yang terjadi di Lembah Bertam dan Ringlet Cameron Highlands Rabu lalu apabila hujan lebat turun tidak berhenti dan air sungai melimpah menyebabkan banjir lumpur. Sebenarnya kira-kira setahun lalu – 23 Oktober, 2013 – bencana yang serupa berlaku di tempat yang sama, mengorbankan empat orang. Ketika itu peringatan telah diberi mengenai kemungkinan berlaku lagi perkara buruk ini sekiranya kita tidak prihatin terhadap alam.

Tetapi seperti biasa kita selalu lupa kepada peringatan, kita tidak pernah belajar, dan kita terus degil dan angkuh terhadap alam. Sebab itu mala petaka berulang, kali ini lebih teruk dari setahun lalu.

Semua orang tahu salah satu puncanya ialah penebangan hutan di sekitar kawasan berkenaan. Seperti yang diakui sendiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob penerokaan haram tanah di situ dilakukan secara berleluasa.

Cakap mengenai penerokaan haram, tidak sahaja di Lembah Bertam dan Ringlet, banyak lagi kawasan hutan telah ditebang secara haram. Hutan dibotakkan sesuka hati, balak dikebas rakus pihak tidak bertanggungjawab. Anak cucu kita ditinggalkan kawasan botak dan gersang.

Peliknya penerokaan hutan secara haram terjadi di hadapan mata, sudah sekian lama, tetapi dibiarkan tanpa tindakan. Rasuah melanda pihak tertentu, kita semua akan menerima akibatnya!

*PELIK lagi menyakitkan hati! Peraturan untuk orang Islam, tetapi orang bukan Islam pula menyibuk tidak tentu fasal. Itulah yang terjadi apabila Kerajaan Pas Negeri Kelantan melakukan Operasi Gempur Aurat ke atas pekerja wanita Islam yang tidak memakai tudung.

Seperti yang dijelaskan di bawah peraturan yang baru dikuatkuasakan itu semua pekerja wanita Islam, termasuk yang bekerja dengan majikan bukan Islam, dikehendaki menutup aurat, termasuk bertudung kepala, jika tidak akan didenda RM500.

MCA menentang peraturan itu. Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata peraturan itu boleh menjejaskan peniaga komuniti Cina. Tidak masuk akal, apakah kaitan menutup kepala dengan peniaga Cina?

Naib Presiden parti itu, Datin Paduka Chew Mei Fun lebih mengarut apabila menentang peraturan tersebut atas alasan diskriminasi. Katanya berpakaian adalah hak individu.

Untuk makluman, menutup aurat adalah tuntutan Islam, bukan tuntutan parti politik. Adalah berdosa bagi mana-mana orang Islam – lelaki atau wanita – yang tidak mematuhi peraturan menutup aurat seperti yang telah disyariatkan.

Apa hak MCA untuk menghujah peraturan Islam? Tiong Lai dan Mei Fun bukan Islam, jadi lebih baik jangan masuk campur urusan dan peraturan Islam.

*WALAUPUN berlainan parti, Wanita Umno menyokong peraturan berpakaian yang ditetapkan di negeri Serambi Makkah itu. Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin meminta orang bukan Islam sensitif dengan isu ini.

Katanya, seperti yang dilaporkan media: “MCA perlu menghormati undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri terutama perkara yang melibatkan agama Islam kerana ia amat sensitif.”

Kurang pasti saya, apa yang MCA dan pihak bukan Islam lain susah hati sangat apabila ada peraturan menutup aurat. Sepatutnya mereka lebih prihatin dan bimbang dengan pendedahan betis, paha, pusat, ketiak dan punggung yang keterlaluan sekarang. Itu lebih berbahaya sebab boleh merangsang nafsu!

Tetapi di tempat kita banyak sangat orang bukan Islam ingin masuk campur hal-hal Islam, sehingga mengganggu-gugat dan menghalang pelaksanaan undang-undang Islam. Orang kafir yang tidak tahu mengenai hudud pun sibuk bercakap dan menentang hukum ALLAH itu. Mereka ingat mereka siapa?

*AKHIR kalam, berita dari Kabul menyebut Afghanistan membantah penggunaan model wanita sebagai hiasan dalam mana-mana kempen iklan. Tambah berita itu, banyak iklan menampilkan wanita muda untuk menarik perhatian pengguna.

Kerajaan negara itu berpendapat model wanita tidak boleh dieksploitasi bagi tujuan komersial, termasuk menggayakan fesyen, kerana itu dengan sendirinya merendahkan kedudukan kaum Hawa.

Saya tidak dapat membayangkan sekiranya peraturan yang sama dikuatkuasakan di tempat kita. Tentu produk kecantikan tidak menarik perhatian sekiranya digayakan oleh model lelaki. Susahlah ‘Kak Ton’ kalau macam itu! TOK PERAK SInar Harian Kolumnis 9 November 2014

Understanding the decision in the transgender case

RECENTLY, the Court of Appeal delivered a decision that rocked the nation. It allowed the appeal of three transgender persons who had challenged the constitutionality of Section 66 of the Negri Sembilan Syariah Criminal Enactment.

The Court, chaired by Justice Mohd Hishamudin Mohd Yunus, unanimously found that the said Section violated Articles 5, 8, 9 and 10 of the Federal Constitution and as such, unconstitutional.



Syahredzan Johan is a lawyer and appeared as amicus curiae in the case for the Bar Council. The views expressed are entirely the writer's own.

The Section provides that any Muslim male who is found to be wearing women’s attire or posing as a woman is guilty of an offence and may be punished by way of a fine of not more than RM10,000.00, or imprisonment of not more than 6 months or both.

The three appellants in the case are physically male. Yet, they are not like any normal male person. They, in fact, suffer from a medical condition known as "gender identity disorder" (GID). Those who suffer from GID, although they are born physically male, feel that they are women. They express themselves as women and exhibit mannerisms of the female gender, such as wearing women’s clothes and make-up.

The three appellants tendered medical evidence of their condition from no less than three experts. From the reports, it was established that GID is not "curable" and is permanent. The reports also established that the female mannerisms of the three appellants was not something they chose, nor could they do anything about it. The Negri Sembilan government, in responding to the suit brought about by the three appellants, did not rebut the medical evidence that was presented.

As a result of their medical condition, the three have constantly been harassed, arrested, detained and charged by the religious authority in Negri Sembilan, acting under Section 66 of the Enactment. It was difficult for them to even step out of their house and live their lives as normal persons as they were constantly subjected to the enforcement of the law.

Imagine, being punished for a medical condition that one can do nothing about. Imagine, if it was another medical condition that was criminalised, instead of GID.

Based on this, the appellants claimed that their fundamental liberties enshrined in the Federal Constitution had been violated by Section 66 of the said Enactment. They claimed that their right to life under Article 5, right to equality and non-discrimination under Article 8, freedom of movement under Article 9 and the right to freedom of speech and expression under Article 10(1)(a) have all been violated by the authority pursuant to the said Section 66.

Although the individual states have jurisdiction to enact laws pertaining to the religion of Islam, including Syariah criminal laws such as Section 66 of the Enactment, these laws must still be consistent with the highest law of the land - the Federal Constitution.

As stated by Datuk Dr Shad Saleem Faruqi in a recent article, it is the Constitution, and not the Syariah, that is the litmus test of constitutionality. Even though Article 3(1) of the Constitution declared that Islam is the religion of the Federation, this Article does not override all other constitutional provisions. Even Syariah enactments must fall within the ambit of the Constitution and must not deny the rights of minorities.

There is no proviso in Section 66 of the Enactment that excludes GID sufferers from the criminal sanctions. If there were such a proviso, it could be argued that the Section can be saved from being declared as unconstitutional. Yet, the law as it stood made no such distinction and thus violated the constitutional rights of GID sufferers such as the appellants.

This case should not be seen as a challenge to the Syariah. If we take away the Syariah label, the same principles should still apply to determine the constitutionality of the provision. Nor should this case be seen as acknowledging LBGT rights, such as "opening the doors" to same-sex marriages, as alleged by certain quarters. All that the three appellants were seeking through the due process of the law was simply to live as human beings, free from harassment and punishment for something they did not choose nor could do anything about.