December 25th, 2014

Isu Yusuf Al-Qardawi

PEGIDA peralat agama Kristian


SEMEMANGNYA me­ngaib­kan umat Islam seluruh dunia apabila tokoh ulama teragung Dr. Yusuf Al-Qa­radawi mempunyai wa­ran tangkap yang dikeluarkan oleh po­lis antarabangsa (Interpol) atas per­mintaan kerajaan Mesir pimpinan Presiden Abdel Fattah al-Sisi.

PEGIDA~PEKIDA bunyi dan tindakan seakan sama ?

Lebih 10,000 penyokong pergerakan PEGIDA mengambil bahagian dalam perhimpunan di Dresden, Timur Jerman pada 15 Disember, lalu. – Agensi

Permintaan Kaherah tersebut berasaskan kepada dalil keputusan badan kehakiman Mesir yang mensabitkan Dr. Yusuf dengan kesalahan memudaratkan negara kerana terlibat secara langsung dengan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang telah diharamkan.

Sudah begitu pasti tindakan Abdel Fattah itu begitu mengecewakan umat Islam antarabangsa kerana disebabkan agenda politik Mesir, tokoh sarjana Islam dijadikan sebagai kambing hitam pula. Jika Islamophobia dikaitkan dengan prejudis masyarakat bukan Islam terhadap apa saja berkaitan Islam maka tindakan yang menimpa Dr. Yusuf amat memalukan kerana diperlakukan sesama Islam.

Tidak keterlaluan jika ungkapan Islamophobia dikatakan telah memasuki fasa baharu bukan kerana umat Islam menyalahgunakan agama untuk kepentingan agenda masing-masing seperti yang menimpa Dr. Yusuf, tetapi lebih berbahaya lagi apabila penganut agama lain mempergunakan agama mereka untuk memburukkan agama Islam hanya kerana kepentingan agenda politik. Senario sebegini kerap berlaku di beberapa negara Eropah dan paling serius sedang melanda Jerman.

Pada ketika ini wujud gerakan yang mengelar diri mereka sebagai Kumpulan Patriotik Eropah Menentang Pengislaman Barat atau lebih dikenali dengan nama singkatan PEGIDA di beberapa bandar utama Jerman.

Pada asalnya gerakan ini tidak mendapat sambutan apabila mula diperkenalkan pada Oktober lepas. Setiap kali perhimpunan diadakan kurang daripada 200 penunjuk perasaan hadir. Tetapi sejak dua minggu lepas momentum sambutan PEGIDA melonjak dengan sambutan lebih daripada 15,000 orang setiap kali perhimpunan.

Apa yang membimbangkan adalah PEGIDA telah dipergunakan oleh kumpulan berhaluan kanan dan neo-nazi untuk mencapai agenda perjuangan politik mereka. Selama ini mereka membantah dasar Berlin mengenai imigran dan pencari suaka yang dikatakan agak liberal terutama sekali jika membabitkan rakyat dari Iraq, Syria atau Afghanistan.

Sikap Xenophobia ini iaitu tanggapan prejudis terhadap sesuatu yang asing tidak mendapat sambutan dari rakyat Jerman kerana ia bertentangan dengan kehendak hak asasi manusia sejagat.

Jerman adalah negara paling tinggi menerima kehadiran pencari suaka dan kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS) bagi negara yang menerima pelarian imigran. Pada tahun 2013 Jerman menerima seramai 127,000 pencari suaka dan pada tahun ini kumpulan ini dijangka meningkat sehingga 200,000 orang.

Jika sebelum ini kebanyakan rakyat Jerman menyisihkan diri mereka dari pembabitan dengan kumpulan pelampau kerana tidak menepati ciri masyarakat bertamadun, tetapi kali ini tingkah laku Xenophobia bagaikan diterima dengan alasan agama Islam yang menjadi punca ancaman.

Kehadiran PEGIDA telah digunakan oleh kumpulan pelampau ini untuk menarik sokongan rakyat Jerman menyokong perjuangan mereka dengan ugutan kehadiran kumpulan imigran dan pencari suaka yang majoritinya beragama Islam adalah bahaya kerana mampu menghapuskan cara hidup Barat. Lebih membimbangkan lagi adalah agama Kristian telah dipergunakan dengan ugutan bahawa agama anutan imigran dan pencari suaka iaitu agama Islam mampu menghapuskan agama penduduk asal Jerman.

Sikap Xenophobia yang mempergunakan agama ini begitu ketara sekali kerana dalam setiap perhimpunan PEGIDA kebelakangan ini, unsur-unsur agama Kristian diselitkan seperti aktiviti menyanyi lagu Krismas. Mereka yang menyertai perhimpunan PEGIDA bertegas menyatakan mereka bukan penyokong kumpulan pelampau tetapi hanya mempertahankan cara hidup dan agama Kristian dari di rampas oleh agama Islam.

Tanggapan seperti ini diperkuatkan lagi dengan kehadiran dan perlakuan kumpulan militan Negara Islam (IS) walaupun hanya berkisar di negara Asia Barat tetapi tindakan beberapa individu yang dikatakan menyokong IS memberi persepsi bahawa aktiviti keganasan boleh melanda negara Barat. Paling terkini kejadian tebusan di Sydney telah menguatkan tanggapan bahawa kejadian di Australia boleh juga melanda Jerman.

Walaupun gerakan PEGIDA pada ketika ini hanya berkisar di bandar besar Jerman yang mempunyai ramai penduduk imigran Asia Barat tetapi jika tidak dibendung ia mampu merebak ke negara Eropah lain walaupun tidak mempunyai kehadiran imigran seramai Jerman.

Jika sikap Xenophobia ini dibiarkan melarat dan ditambah pula apabila ia dikaitkan dengan unsur agama Kristian, maka ungkapan Islamophobia akan menjadi satu perkara lazim dan sudah pasti memudaratkan penduduk beragama Islam yang menjadi minoriti terutama sekali di negara Barat.

Jika ini menjadi kenyataan maka sikap Xenophobia yang selama ini menjadi pantang larang kepada masyarakat Barat kerana dianggap sikap yang tidak bertamadun dan prejudis akan menjadi sesuatu yang lazim.

Penulis ialah Geostrategis Institut 
Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.



Waran tangkap Yusuf Al-Qaradawi satu penganiayaan terhadap ulama



KUALA LUMPUR 23 Dis.– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan perbuatan pihak tertentu yang cuba untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi tanpa asas dan siasatan merupakan satu penganiayaan terhadap golongan ulama.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, perkara itu bukan sahaja menyentuh sentiviti malah dikhuatiri akan menyebabkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.


Yusuf al-Qaradawi

“Kita juga berpandangan tuduhan yang melabelkan beliau sebagai militan dan menyeru kepada keganasan adalah tidak berasas.

“Buktinya, pemimpin ulama sedunia berkenaan telah menyatakan pendirian beliau terhadap deklarasi kekhalifahan Islam oleh ISIS pada 5 Julai 2014 yang lalu adalah melanggar syariah malah setiap pandangan dan fakwa beliau mempunyai asas yang tidak boleh dipertikai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Polis antarabangsa (Interpol) sebelum ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Yusuf selepas beliau dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan di Mesir.

Othman berkata, semua pihak harus mempertimbangkan ketokohan Yusuf sebagai ulama yang disegani dunia yang telah memberi sumbangan cukup besar dalam perundangan Islam, penulisan dan kefatwaan yang bersifat kontemporari serta sentiasa menjadi rujukan dan pengikut yang ramai.

Malah katanya, Malaysia pernah menobatkan Yusuf sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009 berdasarkan kriteria yang jelas antaranya keilmuan, kesederhanaan yang dipraktiskan selari dengan ajaran Islam termasuk menghormati sistem demokrasi yang harmoni.

“Malah sumbangan besar beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat global diiktiraf pelbagai pihak. Justeru kita mencadangkan agar pihak berkenaan menarik balik Notis Merah yang dikeluarkan terhadap Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi,” katanya.

Retract warrant against scholar, Interpol urged


PUTRAJAYA: Malaysia has called on Interpol to retract its arrest warrant against renowned Islamic scholar Professor Dr Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi.

Department of Islamic Development Malaysia director-general Datuk Othman Mustapha said the department condemned all forms of discrimination against any individual and the ummah.

‘The act of certain quarters to use the law to take action against Syeikh Yusuf, without basis or investigation, is a form of injustice against ulama (scholars).

“We are worried that such actions can incur the wrath of the ummah worldwide, as he is a highly respected contemporary scholar, who is a source of reference to Muslims,” said Othman yesterday.

Early this month, Interpol had issued a high-level alert, seeking the arrest of Syeikh Yusuf, who is wanted by Egyptian judicial authorities on allegations of incitement, providing assistance to commit premeditated murder, facilitating a prison escape, and involvement in arson, vandalism and theft.

Syeikh Yusuf has denied the allegations.

Othman said Malaysia was of the view that the accusations against Syeikh Yusuf were baseless.

The scholar, Othman said, had stated his stand against militancy, especially regarding the declaration of a caliphate by the militant Islamic State, which he said violated Syariah law.

“All parties should consider Syeikh Yusuf’s role as a scholar. He is recognised for his contributions to Islamic jurisprudence and literature, and the contemporary nature of the fatwa he issues.

“Malaysia also bestowed him with the ‘Tokoh Maal Hijrah’ title in 2009 for his knowledge and moderation in line with the teachings of Islam, including his respect for a harmonious democracy.”

NST 24 December 2014

Tindakan Interpol penganiayaan terhadap ulama
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berpandangan bahawa pengeluaran waran tangkap oleh Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap ulama tersohor Dr Yusuf al-Qaradawi tanpa asas yang kukuh sebagai penganiayaan terhadap ulama.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya sama sekali menolak sebarang usaha penindasan terhadap mana-mana individu dan umat Islam.


Othman Mustapha


“Tindakan pihak tertentu yang cuba untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap al -Qaradawi tanpa asas dan siasatan merupakan satu penganiyaan terhadap ulama.

“Perkara itu bukan sahaja akan mengundang sensitiviti umat Islam malah dikhuatiri akan menyebabkan kemarahan umat Islam seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, Jakim menggesa Interpol menarik semula notis merah yang telah dikeluarkan itu.

Othman berkata, al Qaradawi merupakan tokoh ulama kontemporari yang disegani dan dijadikan rujukan semasa bagi masyarakat Islam seluruh dunia.

Tambah beliau, tuduhan melabel tokoh ulama itu sebagai militan dan menyeru kepada keganasan adalah tidak berasas.

“Buktinya beliau (al - Qaradawi) telah menyatakan pendirian terhadap deklarasi kekhalifahan Islam oleh IS pada 5 Julai (2014) lalu adalah melanggar syariah malah setiap pandangan dan fatwa beliau mempunyai asas yang tidak boleh dipertikai.

“Semua pihak seharusnya mempertimbangkan ketokohan beliau sebagai tokoh ulama yang disegani dunia. Beliau bukan sahaja tokoh ilmuan malah memberi sumbangan yang cukup besar dalam perundangan Islam, penulisan dan kefatwaan yang bersifat kontemporari serta menjadi rujukan pengikut yang ramai,” katanya.

Malaysia juga pernah menobatkan al-Qaradawi sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada tahun 2009 sebagai pengiktirafan di atas sumbangan besar beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat global.

Tiada sebab al-Qaradawi dikehendaki
SHAH ALAM - Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya tidak bersetuju dengan tindakan Polis Antarabangsa (Interpol) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap ulama terkemuka dunia, Dr Yusuf al-Qaradawi selepas didesak kerajaan Mesir.

Menurutnya, tiada ‘hitam dan putih’ yang mengatakan tokoh ulama tersebut terlibat di dalam kegiatan jenayah seperti yang didakwa kerajaan Mesir.

Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi


“Walaupun ada ketika saya tidak bersetuju dengan pendapat beliau (al-Qaradawi), tetapi, tidak semestinya saya bersetuju dengan tindakan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, kelmarin.

Beliau meminta supaya kerajaan Mesir dan juga Interpol mengemukakan bukti kukuh sebelum mengeluarkan Notis Merah kepada al-Qaradawi.

“Sekiranya kita nak dakwa atau nak senarai hitam seseorang, kita perlu kemukakan bukti kukuh. Ini adalah undang-undang. “Sama seperti kes ini. Kalau mahu tangkap beliau, kedua-dua pihak perlu tunjukkan bukti dahulu,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan perlu memberikan pendirian mengenai isu ini namun bukan dalam keadaan terburu-buru walaupun pernah menganugerahkan al-Qaradawi sebagai tokoh Maal Hijrah pada tahun 2009

Buruk baiknya berkahwin muda

MUSIM cuti sekolah sudah hampir berakhir, maka ber­akhir juga musim majlis perkahwinan yang biasanya di­adakan sempena musim cuti. Per­kahwinan itu fitrah manusia yang ada rasa keinginan untuk hidup bersama pasangan yang halal de­ngan mengecap kebahagiaan dan keharmonian dalam rumah tangga; jika dipandu dengan ilmu dan di­jaga dengan betul.

Jodoh adalah ketentuan Allah SWT tetapi kita yang merancang untuk menyatukan dan mempertemukan jodoh. Berkahwin muda menjadi trend dalam masyarakat masa kini terutamanya dalam usia di bawah 18 tahun. Tidak terkecuali juga ada pasangan muda yang baharu berkahwin seawal usia 15 tahun dan 17 tahun, baru-baru ini.

Banyak kesan yang tidak baik apabila berkahwin muda dalam usia di bawah 25 tahun. Ini kerana pada usia tersebut tidak menunjukkan kematangan. Pada kebiasaannya selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seseorang pelajar itu akan melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah pertama sebelum mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan stabil.

Elton John Wedding 1984 with Renata Blauel

Elton John Wedding 2014 with David Furnish ... kalu ikut gambag Elten Jong yang kena boh :p

Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan apabila berkahwin muda. Antara kebaikannya bagi umat Islam bertujuan membanyakkan zuriat umat nabi Muhammad SAW. Dapat mengelakkan zina dan mengurangkan gejala sosial. Dapat memberi ketenangan hati, jiwa dan ketenangan hidup. Dapat melindungi agama dan bertakwa kepada Allah.

Ini dijelaskan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Kahwinlah dengan wanita yang mencintaimu dan yang mampu beranak. Sesungguhnya, Aku akan membanggakan kamu sebagai umat yang terbanyak.” (Riwayat Abu Daud).

Sementara itu, keburukannya pula adalah rumah tangga mudah mengalami perceraian kerana kurang ilmu, kurang pengalaman hidup, tiada kemahiran dan persediaan rapi. Tidak memiliki kewangan dan ekonomi yang stabil untuk menyara keluarga.

Nabi SAW bersabda: “ Wahai segenap pemuda, barang siapa yang mampu memikul beban keluarga hendaklah kahwin. Sesungguhnya, perkahwinan itu lebih dapat meredam gejolak mata dan nafsu syahwat, tetapi barang siapa yang belum mampu hendaklah dia berpuasa kerana (puasa itu) benteng (penjagaan) baginya.” (Riwayat Al Bukhari).

Dalam perkahwinan pemberian nafkah sama ada zahir atau batin adalah sedekah yang diberikan ganjaran pahala. Keindahan dan kebahagiaan dalam rumah tangga adalah impian semua insan yang berkahwin.

Ada cadangan supaya pasangan muda berkahwin pada usia 18 tahun ke atas dengan syarat sudah ada pekerjaan tetap dan mampu menyara keluarga.

Ini disebabkan dalam perkahwinan itu tersedia tanggungjawab yang berat dan besar.

Inilah gelombang dalam perkahwinan yang banyak pasangan tersadai dan terkapai di pantai dan karam di lautan hidup; disebabkan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Malah sebagai ibu bapa yang dapat mendidik anak-anak ke arah berakal budi cemerlang.

Era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga membawa gelombang dalam perkahwinan dan rumah tangga lebih besar dan mencabar dan tidak nampak oleh mata kasar. Hanya dengan ilmu, budaya kasih sayang mampu menguatkan sesebuah rumah tangga di pantai hidup dalam menempuh gelombang globalisasi.

Teknologi maklumat memudahkan manusia lalai, lupa akan tanggungjawab dan banyak godaan melalui media baharu yang pantas dan mengasyikkan. Inilah dugaan pertama yang perlu dihadapi oleh generasi muda yang baharu berkahwin. Selain itu, masalah ekonomi, keserasian, komunikasi dua hala memerlukan penyesuaian dan cara mengatasinya.

Jika golongan tua dahulu berkahwin hingga ke akhir hayat; tetapi orang sekarang berkahwin hanya dalam masa singkat. Perceraian amat mudah berlaku ibarat angin lalu. Semalam kahwin seminggu atau sebulan kemudiannya sudah berlaku keretakan dan perceraian.

Cendekiawan ada mengatakan bahawa hubungan suami isteri itu mestilah berasaskan kepada tiga perkara. Pertama, kecenderungan dan perasaan tenteram. Kedua, saling mencintai dan ketiga saling mengasihi dan menyayangi.

Dunia ini dikatakan laksana perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah suami dan isteri yang soleh dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Melaksanakan tanggungjawab, baik suami atau isteri mestilah seimbang dan dapat dilaksanakan dengan permuafakatan berlandaskan agama.

Mutiara cinta kasih dalam perkahwinan adalah penyesuaian dan kesepakatan antara kedua-dua pasangan suami isteri. Sentiasa beriman dan beramal soleh bagi menguatkan rumah tangga untuk mengelakkan gelombang globalisasi yang kuat dan hebat, malah dikatakan tanpa sempadan.

Selain itu, sentiasa berlaku adil dan baik terhadap keluarga dan sebagai suami sentiasa memuliakan isteri. Ini kerana memuliakan kaum wanita adalah tanda orang yang tinggi pekerti dan akal budi dalam kehidupannya. Sentiasa melaksanakan perlakuan baik kepada ahli keluarga terutama dalam urusan pakaian, makan minum dan pelajaran anak-anak.

Lantaran itu, Nabi SAW bersabda: “ Sebaik-baik manusia dalam kalangan kamu ialah orang yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.” (Riwayat Ibnu Hiban)

Perlu diingatkan, kerapuhan perkahwinan menyebabkan perceraian dan akhirnya melemahkan penyatuan keluarga dan ummah. Disebabkan ummah yang lemah dan tidak bersatu akhirnya memudahkan musuh atau pihak lain menguasai umat Islam.

Ini kerana salah satu tujuan perkahwinan itu adalah untuk meramaikan umat dan menguatkan penyatuan ummah. Pembentukan ke arah negara maju dan bertamadun mestilah bermula dari asas keluarga yang hebat dan berilmu pengetahuan. Ini juga adalah salah satu ciri-ciri masyarakat Islam yang kita idamkan.

Penulis ialah pengamal media, 
berkelulusan PhD Persuratan Melayu, 
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ahong santuni Muslimah Cina

Bilangan imam perempuan, yang dikenali sebagai Ahong semakin meningkat di China, terutamanya di Wilayah Autonomi Ningxia Hui.


Semai ilmu dan hak wanita mengikut Islam

Peranan imam wanita atau Ahong di wilayah autonomi Ningxia telah berjaya mengangkat martabat Muslimah.

Sehingga kini, lebih 80 imam perempuan di Ningxia telah dilesenkan oleh kerajaan.

Mereka mengepalai Muslimah dalam solat di masjid, mengajar mereka membaca al-Quran, budaya Islam dan menawarkan pelbagai perkhidmatan keagamaan berkaitan Islam.

Ahong turut menjadi pengantara membabitkan pertikaian domestik, selain berkempen bagi meningkatkan kesedaran wanita mengenai hak mereka.

Seorang daripada mereka, Jin Meihua, 50, yang tinggal di Wuzhong, Ningxia wilayah autonomi Hui di China.

Selepas menyediakan sarapan pagi untuk keluarganya, dia bergegas ke masjid yang terletak beberapa minit dari rumahnya bagi memimpin bacaan al-Quran.

Di masjid itu, berpuluh-puluh wanita Islam menunggu setiap pagi untuk mengikuti kelas pengajian al-Quran dan bimbingan agama oleh Jin selama dua jam.

Terdapat lebih 3 760 masjid berdaftar dan 8 000 imam di wilayah itu, menurut laporan Agensi Berita Xinhua, dan mereka menyediakan perkhidmatan kepada 2.32 juta orang Islam yang tinggal di Ningxia, satu pertiga daripada penduduk di wilayah tersebut.

Kampung halaman Jin, Wuzhong antara kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk etnik Hui yang beragama Islam, berbanding bandar lain di China.

“Kemunculan imam wanita itu telah memenuhi permintaan kaum Muslimah bagi pendidikan agama dan juga memberi manfaat kepada kestabilan dan keharmonian masyarakat Islam.

“Fenomena itu bertepatan dengan permintaan wanita Islam yang semakin meningkat kesedaran mereka terhadap hak sama rata,” kata Pengarah Biro Etnik dan Agama Wuzhong, Ma Yuzhong.

Sekatan hak wanita

Di Ningxia, kebanyakan wanita yang berkahwin muda telah dinafikan peluang bagi memperoleh pendidikan dan pekerjaan.

Sekatan itu turut meliputi soal-soal berkaitan dengan agama. Mereka tidak dibenarkan berdoa di masjid-masjid dengan jemaah lelaki.

Ternyata status wanita Islam itu menimbulkan kemarahan Jin Meihua dan dia berjanji untuk mengubahnya. Sebab itulah, apabila berusia 30 tahun, dia membuat keputusan untuk menjadi seorang iman perempuan.

Selain itu, Jin yang berkahwin pada usia 18 tahun dan mempunyai tiga orang anak tetapi jiwanya tetap rasa kosong.

“Saya rasa susah hati. Sebagai seorang wanita saya diberitahu untuk tidak melakukan itu dan ini. Saya tidak boleh bekerja. Saya tidak dapat pergi ke masjid.

“Saya ingin tahu apa yang boleh saya lakukan dan apa yang saya tidak boleh lakukan sebagai seorang wanita Islam, dan bukan hanya diberitahu oleh orang-orang lain,” kata Jin.

Seperti Muslimah lain, Jin mula membaca ayat-ayat al-Quran semasa masih kanak-kanak. Tetapi tidak tahu makna sebenar.

Untuk memahami al-Quran, Jin perlu belajar bahasa Arab . Dia merayu kepada seorang imam tua bagi membenarkannya belajar di masjid dan iman tua itu setuju mengajarnya.

Namun, laluan untuk menjadi seorang imam tidak mudah. Ramai, termasuk suaminya, sering menyarankannya agar melupakan cita-citanya itu.

“Saya pernah terfikir untuk menyerah kalah. Saya mahu menyembunyikan diri jauh ke dalam gunung dan berteriak apabila terlalu banyak tekanan, tetapi keinginan saya untuk membantu wanita lain yang hidup dalam kesengsaraan yang sama seperti saya telah menghalang saya berbuat demikian,“ kata Jin.

Jin mengambil peperiksaan iman yang dianjurkan oleh kerajaan tempatan pada tahun 1996, bersama-sama dengan 400 iman lelaki.

Beliau merupakan seorang daripada empat wanita yang mengambil peperiksaan. Dia mengalir air mata apabila mendapat tahu telah lulus peperiksaan itu.

Sekarang, Jin telah menjadi imam perempuan selama 18 tahun dan telah mengajar beratus-ratus pelajar perempuan. Antara pelajar beliau telah mengikuti jejak langkahnya itu adalah Ma Hongmei, 44.

Imam, tidak kira jantina, tidak dibayar oleh kerajaan atau masjid. Tetapi empat imam perempuan di temuramah oleh Global Times berkata bahawa wang adalah tidak penting.

“Ramai wanita di sini adalah buta huruf. Jika kita membantu mereka untuk memahami kitab suci al-Quran dan ajaran-ajaran agama, mereka boleh menerima lebih banyak penghormatan dalam kalangan keluarga dan jiran,” kata Ma.

Ma mempunyai lebih 40 pelajar, kebanyakannya wanita pertengahan umur dan warga tua.

Pembelajaran Bahasa Arab adalah satu proses yang panjang dan ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk fasih membaca al-Quran.

Walaupun cabaran itu, rata-rata pelajarnya mendapati kelas itu memberi manfaat.

“Ia telah mengajar kita bagaimana untuk menjadi wanita Muslim yang baik.

“Ia juga memberikan kita satu kerangka moral, supaya kita boleh berkelakuan baik. Ia memperkayakan kami,” kata imam wanita berusia 60-tahun, Zhang Yongzhong.

Selain daripada peranan keagamaan, mereka mengajar tentang perancang keluarga berdasarkan dasar-dasar kerajaan.

“Iman perempuan mempunyai pelbagai tugas. Mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengajar ilmu agama, undang-undang dan sains sosial, serta dasar etnik dan agama,” katanya yang juga Timbalan Pengarah Biro Wuzhong terhadap Etnik dan Agama.

Perkukuh kedaulatan Islam

Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum tahun 2014 melabuhkan tirainya. Tahun 2015 pula sedang mengintai dengan penuh harapan dan dugaan bagi umat Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya. Azam dan iltizam memenuhi gerak hati kebanyakan insan yang berikrar memperbaiki diri bagi menghadapi tahun mendatang.

Usaha memartabatkan Islam perlu diteruskan pada tahun baharu

Bukan sekadar sambutan tahun baru, ketibaan tahun 2015 perlu dimanfaatkan untuk memartabatkan Islam. - Gambar hiasan

Kemunculan tahun baru ini seharusnya menjadi pemangkin minda kita memikirkan apakah yang telah berlaku sepanjang tahun dan bagaimanakah pula kita akan menghadapi tahun baru nanti. Segala suka dan duka yang berlaku hendaklah dijadikan teladan dan sempadan kepada kita.

Tiada guna tahun berlalu tanpa apa-apa manfaat yang kita peroleh. Tiadalah manfaatnya tahun berlalu tanpa kita memperbaikinya untuk masa-masa akan datang.

Dari sudut tindakan pula sudah pasti tahun mendatang menagih umat Islam bekerja lebih keras lagi menghadapi segala cabaran dan dugaan.

Semakin hari semakin rancak persada negara di warnai dengan pelbagai lakaran dan norma asing yang ini disemai di tanah air ini. Akhirnya jika ia tidak dibendung anak watan tidak lagi akan menghargai budaya dan adat resam tempatan yang telah sekian lama dipasak dengan lunas agama.

Apa yang telah berlaku telah tercatat sebagai sejarah. Tiada siapa yang dapat mengubahnya. Dan sejarah itu pasti berulang. Itulah lumrah alam. Oleh hal yang demikian kita tidak dapat lari dari memikirkan apa yang telah berlaku kepada kita.

Jika kita soroti apa yang telah berlaku sepanjang tahun, tentu banyak perkara yang akan merungkai minda kita. Dari sudut perundangan Islam pula, sudah tentu kalendar tahun 2014 dilakar dengan pelbagai persepsi yang positif dan negatif.

Isu hak jagaan anak mualaf masih belum dapat diselesaikan lagi. Tuntutan puak liberalisme dan pluralisme masih segar dalam ingatan kita dan semakin hari semakin membimbangkan.

Terkini sekumpulan 25 orang Melayu mempertikaikan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam. Terdapat juga laungan yang mahukan Malaysia menjadi sebuah negara sekular secara penuh. Tidak lekang juga di dada akhbar segolongan yang masih mempertikai pelaksanaan undang-undang jenayah syariah atas apa juga alasan termasuklah alasan yang mungkin akan mengakibatkan akidah mereka juga boleh dipersoal.

Belum sempurna

Semua fenomena di atas adalah manifestasi bahawa perjuangan memartabatkan Islam di bumi Malaysia masih belum mencapai matlamatnya. Usaha mengarusperdanakan syariah perlu dilipat ganda dan disusun atur dengan lebih sistematik bagi mencapai kejayaan. Apa yang sangat menyedihkan mempersoalkan institusi agama ini bukan hanya dibuat oleh orang bukan Islam tetapi juga di kalangan orang Islam.

Semoga tahun mendatang ini akan menjadi lebih baik khususnya berkaitan perkembangan agama Islam di tanah air. Walaupun bibit-bibit penambah baik itu telah mula dirasainya, ia bukannya suatu jaminan agar umat Islam berasa selesa dan menghentikan perjuangan.

Melihat kepada cabaran-cabaran yang akan dihadapi kelak, sebenarnya sudah tiada masa untuk umat Islam berseronok dan terkinja-kinja menyambut tahun baru. Tahun baru mesti disambut dengan penuh keazaman dan komitmen agar Islam diletakkan di tempatnya. Bukan caranya menyambut tahun baru dengan pesta-pesta liar yang langsung tidak menggambarkan adat ketimuran budaya bangsa dan agama.

Saya juga mengharapkan pergeseran di kalangan umat Islam akan dapat diperbaiki. Perpaduan antara umat Islam dan bukan Islam pula akan dapat ditingkatkan di samping saling hormat menghormati antara satu sama lain sejajar dengan prinsip Rukun Negara dan Keluhuran Perlembagaan dan kedudukan istimewa Islam di negara kita. Kedudukan istimewa agama Islam sebagai Agama Persekutuan perlu direalisasikan dan dalam masa yang sama agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Ini bermakna agama lain boleh diamalkan di Malaysia selagi ia tidak menjejaskan keamanan dan kedamaian terhadap Agama Persekutuan.


PENULIS IALAH PRESIDEN PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM).