June 16th, 2015

Tilawah al-Quran: Satu mukjizat

SUNGGUH mengasyikkan dan menenangkan minda apabila menghayati bacaan al-Quran yang diperdengarkan oleh para qari dan qariah majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang baru berlalu.

Keindahan bacaan al-Quran di samping suara pengalunnya yang merdu menatijahkan ketenangan dan keinsafan kepada pendengar yang mentadabbur bacaan ayat-ayat suci al-Quran tersebut. Keindahan dan keunikan bacaan al-Quran bertitik-tolak daripada kemukjizatan bahasa al-Quran. Kemukjizatan bahasa al-Quran terserlah daripada susunan huruf al-Quran, perkataannya dan gaya bahasanya.

Di samping itu bacaan al-Quran padanya nilai kemukjizatan kejiwaan atau al i`jaz al nafsiy. Gabungan dua kemukjizatan ini menatijahkan keinsafan, ketenangan, ketenteraman dan kedamaian.

Dapatan kajian ilmiah menunjukkan degupan jantung yang stabil apabila diperdengarkan bacaan al-Quran. Majalah al-ayat melaporkan sepasukan pengkaji telah membuat kajian makmal dan merumuskan bahawa tumbuhan yang diperdengarkan bacaan al-Quran tumbuh dengan normal.

Mengimbau sejarah pengislaman Saidina Umar al-Khattab yang mendengar adiknya Fatimah membaca surah Taha, lalu berkata:“...bacaan itu telah memasukkan daku ke dalam Islam.” Tufail RA penyair terkenal di zaman jahiliah memeluk Islam kerana terpegun dengan keindahan bahasa al-Quran yang dibaca oleh Rasulullah SAW.

Kesemua ini menjelaskan nilai kemukjizatan bahasa dan kejiwaan di dalam al-Quran.

Apakah elemen yang menjadikan bahasa dan bacaan al-Quran suatu keunikan dan kemukjizatan?

Pertama, gabungan dan susunan huruf al-Quran yang membentuk kalimah al-Quran, begitu juga kalimah al-Quran yang membentuk ayat al-Quran. Bacaan ayat-ayat suci hasil gabungan huruf dan kalimahnya membentuk rentak yang indah dan mempesonakan. Perlu ditegaskan bahawa setiap huruf, kalimah dan ayat al-Quran adalah mutawatir justeru, rentak bacaan al-Quran akan hilang keindahannya jika dibuang walau satu huruf. Sebagai contoh, jika anda membaca ayat pertama dan kedua daripada surah Yasin dan anda buangkan huruf ‘waw’ maka hilanglah keindahan rentak bacaan ayat al-Quran.

Kedua, keindahan gaya bahasa al-Quran dapat diselami oleh setiap insan yang mendengarnya sama ada orang Arab atau bukan Arab bahkan kepada mereka yang bukan Muslim sekalipun. Hati mereka pasti terdetak lantaran keindahan gaya bahasa al-Quran.

Syed Qutb menceritakan pengalaman beliau ketika menjadi imam di dalam sebuah bahtera. Selepas mengimamkan solat beliau telah didatangi oleh seorang wa­nita Yugoslavia lantas menyatakan keterujaannya yang terpegun dengan bunyian yang mengasyikkan iaitu bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Ketiga, walaupun al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf (tujuh qiraat) namun keindahan gaya bahasanya tetap tidak terjejas. Rasulullah SAW bersabda: “Diturunkan al-Quran dalam tujuh huruf.” (Riwayat al-Bukhari)

Keempat, kaedah ilmu Tajwid al-Quran yang diterima secara Tauqifiy (Ketentuan daripada Nabi SAW) menyumbang ke arah kesempurnaan keindahan bahasa al-Quran justeru, mereka yang mengabaikan ilmu Tajwid al-Quran ketika membacanya akan menjejaskan keindahan bahasa al-Quran begitu juga keindahan rentak bacaan al-Quran. Sebagai contohnya surah al-Nas, jika dibaca tanpa ‘mad’ ketika waqaf akan menjejaskan sama sekali keindahan rentak bacaan.

Mustafa Sadiq al-Rafi’iy menyatakan ghunnah (dengung) yang diabaikan dalam bacaan ayat al-Quran akan menghilangkan keindahan bacaan al-Quran.

Kelima, rentak bacaan al-Quran yang indah juga terbina atas gabungan makhraj (tempat keluar sebutan huruf) huruf dan sifat-sifat hurufnya yang sesuai. Al-Rafi’iy menjelaskan al-Quran dengan ketinggian bahasanya dapat memastikan keindahan kalimahnya walau terhimpun di dalamnya lapan atau sembilan huruf seperti perkataan “fasayakfikahum”(surah al-Baqarah:137).

Sedangkan penyair terkenal di zaman Jahiliah, Umru` al-Qais gagal mengolah huruf-huruf pada perkataan ‘mustayszirat’ dalam qasidah ‘muallaqat’. Ahli-ahli ilmu Fasahah Arab sepakat mengatakan perkataan tersebut tidak fasih kerana adanya unsur-unsur Tanafur al-Huruf (penggunaan huruf yang tiada keserasian).

Keenam, ayat-ayat al-Quran kebanyakannya diakhiri dengan huruf ‘Mim’ dan ‘Nun’ (diwaqafkan atas mad ‘aridh atau mad Lin). Ini menjadikan akhiran ayat-ayat tersebut menarik apabila dibaca dan diperdengarkan.

Ketujuh, gabungan dan susunan baris al-Quran juga ternyata membentuk keindahannya yang tersendiri bahkan, susunan baris yang dianggap thaqil (berat) oleh orang Arab, diolah oleh al-Quran dengan indah.

Ternyata al-Quran ialah kalam Allah SWT yang sarat dengan nilai keunikan dan kemukjizatan. Bukan sahaja dari sudut syariat, bilangan atau sains dan teknologi bahkan dari sudut bacaan dan bahasanya juga terkandung nilai keunikan dan kemukjizatan.

Semoga kita sama-sama menghayati bacaan al-Quran.   - Dr Mohd Fahmi Abdul Khir Utusan Malaysia Rencana 16 Jun 2015 1:35 AM

Waktu rehat dalam bulan Ramadan dan pantang larang pengurusan masjid

Pantang larang pengurusan masjid

Harap wakil-wakil jabatan agama yang terbaca apa yang saya tulis dapat memberikan penjelasan.

Saya juga memohon 
dipanjangkan persoalan saya berkenaan pengurusan masjid di Malaysia ini kepada pihak berkenaan.

1. Masjid adalah satu kemudahan wakaf. Kemudahan-kemudahan yang ada bukan hanya untuk bersolat malah lebih lagi terutama dalam menarik jemaah mengimarahkannya.

Malah, orang kafir juga dibenarkan tumpang guna kemudahan-kemudahan yang ada sebagai teknik dakwah.

Teduhan, tandas, taman dan tempat-tempat selain ruang solat sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya ke jalan Allah.

Malangnya, ada yang dikunci kerana bimbang barangan dicuri.

Sampaikan pagar untuk masuk parkir pun dikunci, kena panjat untuk tumpang solat atau guna tandas.

2. Larangan mandi di masjid. Ini tidak masuk akal, bersuci adalah tuntutan Islam. Syarat sah solat.

Bagaimanakah seseorang yang berhadas besar ingin menunaikan solat jika masjid melarang jemaah mandi di masjid walaupun bilik mandi dibina dengan duit wakaf?

3. Larangan penggunaan sebarang kasut termasuk selipar tandas.

Disyaratkan berkaki ayam dalam tandas masjid-masjid tertentu, kebanyakannya di Selangor.

Mana lebih suci, tanah yang mengotori lantai tandas atau najis yang tempias ke lantai tandas?

Sekian persoalan-persoalan saya. - Mohd Ghazali Shariff Pudin Utusan Malaysia Rencana Agama 16 Jun 2015



Hadkan waktu rehat dalam bulan Ramadan

Seperti mana yang kita semua maklum, seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadan beberapa hari lagi.

-Sebagaimana kebiasaannya, umat Islam termasuk di Malaysia akan mempersiapkan diri untuk menempuhi bulan Ramadan ini dengan lancar dan teratur.

Ingin saya nyatakan di sini, sebahagian besar dari kita tetap bekerja mencari rezeki seperti mana biasa di bulan Ramadan ini tidak kira sama ada berkerja sendiri mahupun bergaji tetap.

Sebagaimana yang kita maklum, penjawat awam akan datang bertugas berdasarkan waktu anjal secara tiga peringkat. Secara keseluruhannya, pejabat kerajaan akan beroperasi bermula 7.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Di sini saya ingin menarik perhatian Jabatan Perkhidmatan Awam agar dapat melakukan sedikit perubahan waktu bekerja terutamanya bagi kakitangan awam.

Saya mencadangkan agar waktu rehat bagi pejabat awam dipendekkan setengah jam dari waktu biasa untuk tempoh bulan Ramadan sahaja dan membolehkan pejabat kerajaan ditutup lebih awal iaitu pada pukul 5 petang.

Waktu rehat yang sedia ada bermula pada pukul 1 petang hingga 2 petang (Isnin-Khamis) manakala 12.15 tengahari hingga 2.45 petang (Jumaat).

Saya mencadangkan waktu rehat Isnin-Khamis dipendekkan menjadi dari pukul 1 petang hingga pukul 1.30 petang 
sahaja sementara pada hari Jumaat pula dipendekkan kepada pukul 12.30 petang hingga 2.30 petang.

Secara keseluruhannya pejabat-pejabat kerajaan akan di buka bermula 7.30 pagi sehingga 5 petang pada bulan Ramadan ini.

Keadaan ini akan memudahkan penjawat awam untuk memberi tumpuan lebih kepada persediaan untuk berbuka puasa bersama keluarga, mempersiapkan diri untuk menunaikan solat tarawih dan menumpukan lebih kepada ibadah-ibadah yang lain.

Saranan ini selari dengan dengan gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam twitternya agar kita lebih menumpukan kepada persiapan untuk menyambut Ramadan yang penuh barakah ini, di mana Allah SWT telah menjanjikan pahala amal ibadah kita akan dilipatgandakan.   - Red Antz Gombak, Selangor Utusan Malaysia Rencana Agama 16 Jun 2015


Menghitung antara untung dan rugi

LAPORAN media mengenai pe­rebutan tapak gerai Ramadan baru-baru ini sangat menarik untuk dibincangkan. Diberitakan bahawa berlaku kekecohan sehingga melibatkan pergaduhan ketika bantahan aman berhubung pembahagian tapak bazar Ramadan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.

Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan.


PERGADUHAN tercetus antara dua kumpulan ketika bantahan aman berhubung pembahagian tapak bazar Ramadan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), baru-baru ini. China Press

Lebih dikesalkan pergaduhan itu ada kaitan dengan bulan Ramadan iaitu tidak puas hati dengan pengagihan tapak bazar kepada peniaga di kawasan terbabit.

Kes seperti ini jarang dilaporkan di media. Namun, penulis percaya, ia sering kali berlaku. Lebih-lebih lagi dalam tempoh ‘panas’ seperti Ramadan, sambutan perayaan dan sebagainya.

Persoalannya, adakah perkara ini diajar dalam Islam? Mengapa perlu sehingga bergaduh hanya kerana tapak berniaga? Wajarkah tindakan ini?

Dalam keadaan ekonomi pada masa kini, penulis secara peribadi berpendapat bahawa ramai pihak berlumba-lumba untuk mendapatkan gerai Ramadan kerana beranggapan bahawa Ramadan adalah pintu rezeki bagi mereka.

Namun, penulis ingin mengajak masyarakat untuk sama-sama berfikir tentang untung rugi di bulan Ramadan ini.

Dalam konteks gerai Ramadan ini sebagai contoh, ramai beranggapan dengan membuka gerai tersebut akan mendapat pendapatan yang baik. Justeru, berlumba-lumbalah mereka untuk mencari tapak untuk berniaga.

Anehnya, ada pihak yang tak pernah membuka gerai atau kedai makanan pun sebelum ini pun juga berlumba-lumba untuk mendapatkan tapak untuk berniaga. Habis bulan Ramadan, tutuplah gerai mereka tersebut.

Berdasarkan pemerhatian penulis sendiri, ada kalangan masyarakat yang sanggup belajar memasak dua tiga hari semata-mata untuk membuka gerai di bulan Ramadan. Boleh bayangkan bagaimana rasa atau keadaan makanan atau minuman yang disediakan oleh mereka nanti?

Dalam tulisan ini, penulis tidak berniat untuk mengatakan bahawa tidak elok bagi ‘peniaga segera’ untuk membuka gerai dalam bulan Ramadan. Namun, marilah sama-sama kita menghayati untung rugi sebenar dalam perniagaan Ramadan.

Untung bagi sesetengah orang dilihat dalam bentuk kebendaan. Tetapi sebenarnya konsep untung adalah sangat luas. Ia bukan sahaja meliputi perkara-perkara yang boleh disentuh dan dilihat, malah menjangkau kepada ganjaran di akhirat nanti.

Lebih elok kita mendapat untung di akhirat berbanding di dunia. Lebih cantik lagi jika ketika mendapat ke­dua-duanya. Apa yang tidak diingini ialah untung di dunia tetapi rugi di akhirat.

Persoalan untung rugi ini membawa kepada imbauan pertemuan penulis dengan seorang usahawan kedai makanan popular di bandar raya Alor Setar, Kedah baru-baru ini. Makanan dan minuman di kedai ini bukan sahaja sedap malah harganya berpatutan.

Semasa membayar makanan, penulis bertanya sama ada gerai ini akan dibuka seperti biasa pada bulan Ramadan. Jawab juruwang tersebut yang juga pemilik kedai bahawa mereka akan menutup operasi sepanjang Ramadan. Mereka tidak akan berniaga sepanjang Ramadan kerana sudah banyak mereka rugi pada Ramadan tahun lalu.

Pelik kalau meniaga di bulan Ramadan akan rugi. Ini kerana gerai Ramadan menjadi tempat tumpuan orang ramai. Kunjungilah mana-mana sahaja bazar Ramadan pasti akan sesak dengan orang ramai. Bagaimana pula dikatakannya boleh rugi?

Jelas beliau, sepanjang Ramadan yang lalu, tidak pernah sehari pun kedainya ditutup. Banyak keuntungan diperoleh kerana setiap hari jualan makanan dan minuman habis terjual. Buka sahaja pintu kedai pada jam 4 petang sudah ada ramai pelanggan menunggu. Dua jam kemudian sudah habis dan boleh tutup kedai.

Namun, apabila difikirkan kembali timbul persoalan apakah keuntungan seperti ini yang dicari dalam bulan mulia ini atau ada perkara lain yang lebih menguntungkan? Adakah Rasulullah SAW mengajar kita bahawa bulan Ramadan adalah bulan untuk bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki?

Memang tidak dinafikan bahawa berniaga adalah sunnah. Namun, jika sampai ke tahap bergaduh dan be­rebut untuk gerai perniagaan adalah sesuatu yang kurang wajar. Banyak untung yang diperoleh, tetapi banyak pula kerugian yang terpaksa ditanggung kelak.

Bagi sesetengah masyarakat yang baharu hendak memulakan perniagaan, mesti banyak perkara yang perlu dilakukan. Bermula dengan persediaan di awal pagi sehinggalah menutup kedai pada lewat waktu Maghrib. Sepanjang tempoh ini, banyak masa dan tenaga diperlukan.

Apa yang dibimbangkan ialah hal-hal ini akan membantutkan usaha untuk menambah amal dan kebajikan.

Sebagai contoh, peniaga terpaksa mengambil masa untuk menutup kedai yang kadangkala membawa kepada waktu Isyak. Jika ini berlaku, peniaga mungkin terlepas peluang untuk bersembahyang sunat Tarawih secara berjemaah di masjid.

Namun, jika sudah biasa dengan perniagaan, itu cerita lain. Malah, jika peniaga dapat menguruskan masa dengan baik tidak menjadi masalah.

Peniaga juga harus bimbang jika niat berniaga tidak mengikut sunnah. Mungkin tujuan berniaga lebih kepada untuk mengambil kesempatan atas nafsu makan orang berpuasa dan bukannya menganggap ia sebagai satu ibadah.

Begitu juga halnya dengan proses penyediaan makanan, kualiti makanan dan lain-lain lagi haruslah mengikut garis panduan Islam. Jangan sampai untung seminit, rugi bertahun-tahun. - Dr Ram Al Jaffri Saad ialah Pengarah Penerbit UUM (UUM Press) dan Pensyarah Kanan Perakaunan Islam, Pusat Pengajian Perakaunan (SOA), Universiti Utara Malaysia. Utusan Malaysia Rencana 16 Jun 2015 1:37 AM

Becoming a generous individual

Islam recognises that generosity is not exclusively reflected in spending of wealth and money, but also include other good deeds such as spending our time with the needy, teaching them and physically helping them.

ISLAM advocates generosity as the integral part of individual character building. Muslims should strive to the best of their abilities towards be­­coming a generous individual, al­­ways ready to help those who are in hardship, deprived and destitute.

By being generous, an individual will willingly take constructive ac­tions which will benefit their society as a whole. On the other hand, Is­­lam opposes stinginess and re­­gards it as a disease of the heart, and the impetus of bad characters and corrupt actions.

Those who really understand the true teachings of Islam will never fear to give anything in the name of charity and helping others, no matter how small it may be, with complete satisfaction, willingness, a cheerful face, and accompanied by nice words.

Those who understand the religion will not only be concerned about their own need, but also that of others. They strive to do as much as they are able to, while they have unwavering conviction that Allah the almighty will reward them, no matter how big or small their contributions.

Indeed, whatever one spends for charity Allah the almighty will reward it in multiple in this world and in the next.

The holy Quran mentions: “The example of those who spend their wealth in the way of Allah is like a seed [of grain] which grows seven spikes; in each spike is a hundred grains. And Allah multiplies [His reward] for whom He wills and Allah is all-Encompassing and Knowing.” [Quran 2: 261]

And also: “But whatever thing you spend [in His cause] – He will compensate it; and He is the best of providers.” [Quran 34: 39]

In this connection, the Prophet said: “Every day two angels descend and one of them says, ‘O Allah! Com­­pensate (more) to the person who gives (in charity)’; while the other one says, ‘O Allah! Perish the one who withholds (charity)’.” [Narrated by Al-Bukhaari]

It is also important to always be reminded that spending to help others and solving other people’s hardship will never impoverish one’s wealth in the slightest; instead, Allah will bless, purify and increase the wealth, as the Prophet said: “Charity does not decrease wealth.” [Narrated by Muslim]

Hence, every Muslim should pay attention to this reminder because undoubtedly in our life today we are facing various financial burdens and constraints, as a result of changing internal and external economic events that escalate our cost of living.

This factor may make us think that there is not much left in our meagre income, and it will shrink further if we give or contribute to others.

Essentially, Islam recognises that generosity is not exclusively reflected in spending of wealth and mo­­ney, but also encompasses other good deeds such as spending our time with the needy, teaching them knowledge and physically helping them.

Allah says: “Never will you attain the good [reward] until you spend [in the way of Allah] from that which you love ...” [Quran 3: 92]

It was reported by the Prophet’s companion, Jabir, that the Prophet never said “no” to anyone who asked him for something. [Narrated by Al-Bukhaari and Muslim]

By being generous, one is provi­ding a great service to society. Those who are in need will not only be happy as they can fulfil their lives and solve their hardships, but what is more important is that it will prevent them from doing wrong things or being involved in illegal activities, such as falling into criminal activity, which is often directly attributed to poverty.

Over the years we have seen the growing trend of generosity among Muslims in this country.

In part, this is reflected in the increasing figures of zakat collections throughout the country, and the setting up of many waqaf funds and foundations.

Many young Muslims in the country today have voluntarily spent their life promoting and championing charity services to help the needy through private charity foundations or non-governmental organisations.

Thus, every Muslim must strive and be always motivated to develop this virtuous trait of generosity as an integral part of his or her character building.

It is important to grasp the opportunity given to us by Allah almighty whilst we are still living in this world, and not wait until such time that is no longer useful to us, as Allah reminds us in the Quran: “And spend [in the way of Allah] from what We have provided you before death approaches one of you and he says, ‘My Lord, if only You would delay me for a brief term so I would give charity and be among the righteous’.” [Quran 63: 10]

Indeed the blessed and holy month of Ramadan is coming in a couple of days, and may we be able to take the opportunity to develop our good character for the benefit of our nation and mankind.

The writer would like to take this opportunity to wish all Muslim readers, Ramadan Kareem.

> Mohamad Azhar Hashim is a Fellow at Ikim’s Centre for Economic and Social Studies. The views expressed here are entirely his own. The STAR Home Opinion Columnist 16 June 2015

Mukjizat khusus Nabi Sulaiman

ANDA pernah menonton filem fiksyen Dr. Dollitle lakonan Eddy Murphy? Filem itu mengkhayalkan watak Dr. Dollitle yang dianugerahkan kemampuan memahami bahasa haiwan. Pastinya itu sekadar fiksyen yang dikhayalkan manusia. Persoalannya, adakah manusia benar-benar mampu memahami bahasa haiwan? Yang pasti, ia adalah mukjizat khusus Nabi Sulaiman as

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: “Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung dan kami telah diberikan serba sedikit daripada tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (daripada Allah) yang jelas nyata. (al-Naml: 16)

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya membawa riwayat Isra’iliyyat yang panjang menceritakan bagaimana Nabi Sulaiman as menterjemahkan kicau dan bunyi beberapa ekor burung kepada rakyatnya (Tafsir al-Qurtubi). Saya agak terkejut ketika meneliti tafsir ayat ini kerana terdapat beberapa riwayat yang seakan menyebut Nabi Muhammad SAW juga memiliki kemampuan memahami bahasa haiwan.

Dalam sebuah musafir baginda, para sahabatnya mengambil seekor anak burung daripada ibunya. Setelah baginda SAW pulang daripada urusannya, baginda melihat si ibu burung melompat-lompat sambil mengembangkan sayapnya.

Berkemampuan memahami bahasa haiwan pada tahan pertama dan tertinggi

KEMAMPUAN Nabi Sulaiman as mendengar bunyi burung dan haiwan lain adalah mukjizat khas buat baginda. - GAMBAR HIASAN

Rasulullah SAW lalu menegur para sahabatnya yang bermaksud: Siapakah yang mengejutkan (si ibu burung) ini dengan (merampas) anaknya. Kembalikan anaknya kepada ibunya. (Sunan Abu Dawud)

Dalam sebuah hadis lain disebut, baginda SAW masuk ke dalam sebuah kebun seorang lelaki Ansar. Baginda didatangi seekor unta yang merengek dan mengalir air matanya. Baginda menyapu kepala unta lalu ia mulai diam. Selepas itu baginda memanggil pemilik unta itu lalu berkata: Mengapakah kamu tidak takutkan Allah pada (amanah) binatang ini yang Allah jadikan kamu pemilikinya. Sesungguhnya ia (unta) “Mengadu padaku yang engkau selalu melapar dan meletihkannya (memaksanya kerja lebih).” (Sunan Abu Dawud)

Kagum

Kita juga seakan kagum dengan sesetengah pakar haiwan yang seakan tahu dan mengerti kehendak sesetengah haiwan yang mereka gauli. Perhatikan firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 38 yang bermaksud: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

Perkataan “umat sepertimu” seakan menunjukkan haiwan hidup dalam kerajaan tersendiri yang mempunyai struktur sosial, tabiat hidup dan “bahasa” yang digunakan untuk berinteraksi sesama mereka. Manusia yang rajin mengkaji tabiat haiwan akan mampu memahami “ke-umat-an” mereka itu.

Jika mahu disimpulkan, kemampuan memahami bahasa haiwan terbahagi kepada tiga tahap iaitu;


  • Ketika Nabi Sulaiman as mendengar bunyi burung atau haiwan, minda baginda as terbuka 100 peratus menangkap setiap patah perkataannya. Ini tahap pertama dan tertinggi yang menjadi milik khusus baginda seorang.

  • Apabila Rasulullah SAW mendengar atau melihat tingkah laku sesetengah haiwan, Allah SWT mengilhamkan baginda SAW makna umum bahasa atau tingkah laku si haiwan. Ia juga mukjizat baginda SAW, cuma peratusannya jauh lebih rendah berbanding mukjizat Nabi Sulaiman as.

  • Bagi manusia yang rajin mengkaji, berkampung bersama haiwan, mereka mampu memahami tabiat haiwan secara umum. Inilah tahap ketiga yang diperoleh berdasarkan pengalaman dan kajian.

Menginspirasikan manusia dengan ilmu

ILMU adalah perkara paling berharga dan bernilai dalam kehidupan manusia. Ilmu adalah bekalan yang bukan saja memanfaatkan mereka yang memilikinya, malah memberi inspirasi kepada yang lain.

Baru-baru ini, saya berkesempatan melancarkan Johor Corporation Education Sponsorship Programme (JESP) dan menyampaikan amanat kepada 33 pelajar yang terpilih mendapat biasiswa berkenaan.

Mereka adalah antara insan terpilih mendapat pembiayaan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi. Namun, semua ini terjadi kerana ramai di luar sana melabur, menyokong dan tidak putus berdoa supaya pelajar kita berjaya.

Bakat, potensi serta kebolehan mereka tidak mungkin terbongkar jika tidak kerana pelaburan, pengorbanan dan doa pelbagai pihak. Ayah dan ibu tidak pernah letih mengabdikan masa, mencurah keringat, wang ringgit, malah seluruh jiwa raga, membesar dan mendidik kalian dengan penuh kasih sayang.

Guru budiman sentiasa memberi rangsangan dengan dedikasi luar biasa, walaupun pelajar bukan darah daging mereka. Pastinya juga kerajaan, yang tidak pernah sekali-kali mengabaikan kewajipan memberikan kemudahan dan peluang terbaik kepada putera puteri bangsa.

Malah, kerajaan secara konsisten, sejak 30 tahun lalu, melabur hampir 20 peratus belanjawan tahunan negara hanya untuk pendidikan. Ini sekali gus, menjadikan Malaysia negara membangun paling banyak melabur dalam pendidikan.

Peluang bina masa depan

Kita dapat lihat bagaimana ribuan sekolah dibina, lengkap dengan segala kemudahan supaya semua anak Malaysia, punya ruang dan peluang membina dan mengejar masa depan.

Ratusan ribu guru kita terlatih. Pergilah ke desa terpencil di Long Lama di Sarawak; di Long Pasia, Sabah; di Dabong, Kelantan atau di Tasik Banding, Perak.

Pasti akan ada guru terlatih yang keluar meninggalkan nikmat kemewahan hidup kota menyantuni anak desa kita yang punya cita-cita.

Justeru, walau sehebat dan setinggi manapun pendidikan dan pencapaian perjalanan kehidupan pelajar nanti, ingatlah pada mereka yang pernah melabur dalam kejayaan kalian.

Kenanglah pengorbanan besar mereka. Betapa kalian sangat bertuah kerana punya peluang dan ruang untuk jadi pintar, berilmu, berjaya. Justeru, jadilah peguam besar, doktor pakar, akauntan berjaya, ahli perniagaan ternama.

Jadilah apa dan sesiapa saja. Namun, selagi kita belum menoleh ke belakang, tunduk ke bawah, melihat dan memahami nasib anak bangsa lain, yang masih berjuang dengan takdir, yang masih merempat di biru laut dan di kuning darat, pada saya, kita sebenarnya belum berjaya.

Apa gunanya kejayaan besar itu, jika ia hanya menjadikan kita kecil dan kerdil di mata masyarakat kerana kita lupa asal dan permulaan kita.

Ingatlah, sejauh mana kita terbang, kita tidak akan boleh dan harus pernah terpisah daripada masyarakat. Kerana itulah, kita ada tanggungjawab untuk kembali dan menyumbang kepada mereka, khususnya yang membolehkan kita berjaya.

Hanya apabila kita kembali dan mula menyumbang, kita akan jadi warga budiman, faham akan tanggungjawab, berjiwa besar dan berpandangan jauh.

Ilmu jadi inspirasi

Kejayaan menguasai tahap ilmu tinggi bukan saja memanfaatkan mereka yang memilikinya, tetapi menjadi inspirasi yang lain untuk turut terdorong berjaya.

Sehubungan itu, marilah kita seru dan inspirasikan semua anak muda di Johor khususnya dan Malaysia amnya. Biar siapa pun mereka. Biar apa pun warna, agama dan tutur bahasanya. Yang marhain atau yang dhuafa.

Kita mesti tanam dan menyemat dalam pemikiran bahawa mereka punyai bakat, potensi, cita-cita dan kebolehan. Mereka juga harus bermimpi untuk hidup dengan aman, selesa, selamat, berjaya dan bermaruah.

Kita mesti beri kesedaran bahawa kalau kita diberi peluang, mereka juga dibukakan peluang. Kalau kita boleh lakukannya, mereka juga mampu.

Inilah cerita di Malaysia dan di Johor, mengenai bagaimana kita saling berdiri dan menyokong satu sama lain. Sesungguhnya, saya amat bimbang jika ramai dalam kalangan generasi muda kita akan ketinggalan.

Lebih-lebih lagi, persaingan dunia globalisasi hari ini sangat hebat di luar sana. Persoalannya, bagaimana kita akan jadi pemain dalam Komuniti ASEAN dan pelbagai proses liberalisasi perdagangan.

Bagaimana kita ingin mendahului persaingan sains dan teknologi yang kini menjadi penyelesaian kepada banyak masalah manusiawi dan isu global. Bagaimana kita akan jadi negara berpendapatan tinggi, maju dan terbaik, jika hanya sebahagian kecil bangsa berilmu dan maju dalam pendidikan.

Namun, persoalan ini boleh dijawab dengan kekuatan ilmu. Bukan saja menguasai ilmu, tetapi memanfaatkan ilmu serta mengangkatnya sebagai inspirasi dan suluhan kepada yang lain.

Saya berharap banyak lagi pihak dapat melabur bagi menjayakan sektor pendidikan negara kerana pendidikan bukan sekadar platform mengizinkan kita menyumbang, sebaliknya membuka ruang kolaborasi dan penyepaduan semua pihak.
Khaled Nordin Berita Harian Kolumnis 16 Jun 2015

Fasting and Food

THE fasting month can be a challenge to those with chronic illnesses. As Muslims, they are obligated to fast but at the same time, doing so may result in serious health issues. Find out how you can fast without complications.

1 DIABETES

To ensure good blood glucose control, diabetics must ensure that they follow these steps.

Do not skip sahur

Sahur, the meal eaten just before dawn, should be taken as late as possible just before imsak to avoid unnecessary prolonged fasting.

Sahur should have a balance of carbohydrates, wholegrains and wholegrain products, lean protein, fruit and vegetables. It will provide satiety and long­lasting energy to maintain blood sugar levels throughout fasting.

Limit foods high in salt, such as processed foods and fast food to reduce risk of dehydration.

Also, drink plenty of water during sahur to stay hydrated


The fasting month can be a challenge for those with chronic illnesses. Reuters


Never delay buka puasa

Start with one or two dates or one serving of fresh fruit with plain water to restore energy.

Dates or fresh fruit which are rich in fibre, vitamins and minerals is a good carbohydrate source that provides instant energy after fasting for long hours.

After maghrib prayers, the main meal should comprise complex carbohydrates from rice, noodles or bread with low fat protein sources such as fish and lean meat with fruit and vegetables


Avoid problems by having healthy and balanced meals which include fruits and vegetables


Ensure consistency in carbohydrate intake

Be mindful of carbohydrate sources and portion size at each meal.

Excessive carbohydrate intake may lead to hyperglycemia (high blood sugar level) while too little may cause hypoglycemia (low blood sugar level).

Choose complex carbohydrates such as brown rice, wholegrain bread and biscuits.

Avoid refined carbohydrates such as white rice, white bread and sugary food such as carbonated drinks, fruit drinks and juices, sweetened kuih and dessert.

Supper after terawih can be taken as replacement for pre bedtime snacks Have a glass of an oat drink or low fat milk, one to two slices of wholemeal bread or three to four pieces of wholegrain crackers.



Avoid eating fast food as they are high in sodium which aggravate the illness


Adjust time for medication

Discuss with your doctor on the adjustment on timing and dosage of oral medication or insulin regime to minimise the risk of high hypoglycemia.

Frequent blood glucose monitoring is encouraged before meals and two hours after a meal to determine changes in blood glucose level. — The above are guidelines from Pantai Hospital Kuala Lumpur dietitian Hin See Ling.


2 HYPERTENSION

Consult your doctor before you start fasting. You may need to adjust your medication accordingly to ensure your blood pressure is under control. Continue to control sodium intake during fasting month.

You are advised to omit/limit foods high in salt/sodium such as processed meats (sausage, nugget, fishball and burger patty), canned products, pickles and salted food (salted egg, cencaluk) and limit the consumption of condiments and flavouring agents which are oftenly high in sodium.

Eat food from all major food groups to get a wholesome and nutritious meal which is low in sodium and high fibre during buka puasa and sahur which include complex carbohydrates, fruit and vegetables, meat or a meat substitute.

Limit intake of sodium especially during sahur to control blood pressure and limit your thirst. — PHKL dietitian Ong Min Ying

3 GASTROESOPHAEGAL REFLUX DISEASE (GERD)

It is not uncommon for people to “reward” themselves with large portions of fatty, fried and sugary dishes during buka puasa.

This further aggravates symptoms of Gerd, which include burning sensation in the chest and throat.

While you should not skip sahur, it is not advisable either to eat large meals during this time.

Eat a well balanced meal for sahur and buka puasa. Avoid high fat foods such as fried food, or foods with excessive amount of coconut milk.

Avoid beverages that contain caffeine (coffee/tea) which may trigger gastric reflux and cause dehydration due to the diuretic effect. — PHKL dietitian Ong Min Ying

4 HEART DISEASE

Ramadan is an opportunity to change your eating habits and improve self­discipline in dietary control, especially for those with heart disease.

For buka puasa, eat a healthy and balanced meal that’s low in fat such as grilled or baked foods. If you are having chicken, remember to remove the skin.

Instead of eating cookies and pastries as snacks, take fruit as these help to boost your fibre and vitamin intake.

Don’t skip sahur as it is important to ensure you have sufficient energy to last through the fasting hours.

A simple yet healthy food choice for sahur is oats with low fat milk taken with fresh fruit.

This provides soluble fibre that reduces cholesterol and provides a slow release of energy. — PHKL dietitian Ong Min Ying

5 KIDNEY DISEASE

Kidney disease patients who are on haemodialysis need higher protein intake to compensate for protein loss during dialysis.

They should avoid foods high in phosphorus and potassium.

Limit intake of vegetables and fruit which are high in potassium such as banana, jackfruit and dates.

Avoid drinking excessive fruit juices when breaking fast. Do not over consume water or other beverages after breaking fast.

Stick to your usual fluid allowance.

A glass of water or lemon juice and a serving of low potassium fruit such as guava, orange, apple, papaya is a good option to minimise potassium intake.

Limit dates to two to three a day. Limit foods high in phosphate such as nasi lemak, coconut milk based dishes and soft boned fish (anchovies, sardines), lentils, beans and egg yolks and items such as kuih lapis, French toast and kaya.

Avoid foods high in sodium such as salted egg and fish, pickles, processed meat, instant noodles and soup dishes cooked with bouillon cubes.

Excessive sodium intake can cause fluid retention in the body which can be dangerous for people on haemodialysis. — PHKL dietitian Hin See Ling.

6 STOMACH ULCER

Stomach ulcers are painful sores that happen when the thick layer of mucus which protects the stomach from digestive juices is reduced.

To ensure healthy fasting, spread food intake into smaller and frequent meals which includes sahur, a light snack for breaking of fast, evening meal after Maghrib prayer and prebed snack after tarawih.

Never skip sahur. Try to eat as late as possible, just before imsak.

Having a good and balanced meal with complex carbohydrates from whole grains cereals, lean protein, fruit and vegetables will provide sustainable energy and make you feel less hungry throughout the day.

Do not delay buka puasa. Have a glass of non acidic fresh fruit juice or a portion of non acidic fresh fruit or three dates with plain water.

This offers instant energy and rehydrates your body after long hours of fasting.

When you eat after maghrib, watch the food portion. Have a healthy and balanced meal comprising complex carbohydrate, fruit and vegetables.

A light snack which is low in fat and high in fibre (such as oatmeal drink with low fat milk) may be taken after Tarawih.

Avoid deep - fried pastries and those made with coconut milk.

Avoid caffeinated drinks such as coffee and tea.

These are natural diuretics and can cause your body to excrete more water and make you feel thirsty and dehydrate. — PHKL dietitian Hin See Ling

7 ANAEMIA

Anaemia occurs when a person has an abnormally low amount of red blood cells.

The most common type is iron deficiency anaemia.

They should still follow their normal diet during the fasting month. Include iron rich food during sahur and the evening meal after breaking fast.

Examples are red meat, boiled egg, fish and chicken.

Vegetarians can obtain iron from fortified cereals, tofu, chickpeas as well as from vegetables such as kangkung and fern shoots. Include vitamin C rich fruit and vegetables to enhance the absorption of iron.

Consume a glass of fresh orange juice for better iron absorption Avoid taking iron rich food with coffee or tea as caffeine inhibits iron absorption.

Maintain adequate hydration by drinking enough water during non fasting hours.

Minimise sweet pastries.

Opt for food rich in iron such as stuffed tofu or sweet beancurd as snacks. — PHKL dietitian Hin See Ling

8 GOUT

Gout is caused by hyperuricemia (excessive uric acid in the blood).

This occurs when the body produces too much, or does not excrete enough, uric acid.

Ensure you take your meals for buka puasa, a light snack after terawih and don’t skip sahur.

Eating regular meals will help you obtain enough energy and nutrients during the fasting month.

Avoid high energy foods (fried, rich, greasy and sugary food) which are usually served during fasting month.

Limit servings of protein to two to three a day.

One serving equals one palm sized (80g) meat/fish/poultry or two eggs. High intake of protein is a known risk factor for elevated uric acid level.

Be aware of the hidden protein in food. It can be found in foods such as murtabak, satay and kuah kacang, nasi lemak with added dishes such as beef rendang. — PHKL Head of Dietetic, Wong Wen Yin