June 27th, 2015

Elak jadi umat muflis sepanjang Ramadan

Penegasan daripada Nabi Muhammad SAW bahawa orang yang muflis daripada kalangan umat Baginda ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa solat, puasa, zakat, dan pada masa sama datang dengan dosa melakukan kezaliman terhadap orang lain.

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia orang muflis?" Sahabat Baginda menjawab: "Orang muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda."

Nabi SAW bersabda: "Sebenarnya orang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu dan juga memukul orang. Maka akan diambil daripada amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu, kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan orang yang dianiayakannya serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)


SALING bermaafan amat dituntut dalam Islam supaya kedua-dua pihak tidak menyimpan perasaan kurang senang. - Gambar hiasan

Fahami falsafah Ramadan

Sesungguhnya puasa dan solat yang kita lakukan hari ini bukan untuk menjadikan kita orang yang muflis. Namun, penting untuk kita fahami falsafah Ramadan sebagai suatu tarbiah dan latihan menahan diri daripada lapar dan dahaga serta melakukan sesuatu yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Bukan mudah untuk melunakkan hawa nafsu atau menundukkan anak didik syaitan namun, dengan sifat penyayang Allah SWT memberikan satu program khusus dengan tatacara ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sebagai bantuan untuk menjadikan kita hamba-Nya yang salih.

Menyambung perkongsian menerusi slot Usrati yang bersiaran pada jam 5.15 petang, setiap Khamis di IKIMfm, Ustazah Norhafizah Musa menyatakan kehebatan niat terletak kepada tiga perkara iaitu benarnya niat, kuatnya nekad dan azam serta keikhlasan. Rasulullah SAW bersabda: "Setiap amal itu bergantung pada niatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda SAW lagi: "Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya daripada sepuluh kali ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda." Namun Allah SWT berfirman: "Kecuali puasa adalah untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dia sudah meninggalkan makan minumnya dan hawa nafsunya kerana Aku, maka serahkan pada-Ku, Aku yang memberikan ganjaran kepadanya." (Hadis Qudsi)

Oleh itu harus dipastikan bahawa sesuatu niat itu benar dan disertai dengan ilmu supaya tidak terpesong. Kita juga perlu tanamkan niat segala ibadah sepanjang Ramadan ini dilakukan hanya untuk mendekat diri dengan Allah SWT.

Ada beberapa kaedah untuk menguatkan niat supaya sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT antaranya bermonolog dengan Allah SWT dan berniat untuk berada dekat dengan-Nya serta memperbaiki diri melalui ibadah dilakukan.

Apabila kita menjalani ibadah puasa Ramadan, ia seolah-olah melihat diri melalui cermin yang mampu memperlihatkan kekotoran serta kecacatan dalam hati.

Semakin terserlah kelemahan diri, pada ketika itulah kita mengharapkan diri diperbaiki oleh Allah SWT. Waktu inilah kekuatan niat diperlukan dengan saling ingat mengingati antara satu sama lain supaya sentiasa dekat kepada Allah SWT.

Pastikan Ramadan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Adalah sesuatu yang mengecewakan jika kita tidak benar-benar mengenali Allah SWT dan menganggap Allah SWT hanya akan mengurniakan sesuatu setelah kita meminta saja.

Persepsi itu akan menyebabkan kita sentiasa berada dalam kegusaran. Allah SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Cuba renungkan alam yang diciptakan-Nya, ditadbir dalam keadaan yang tersusun rapi kejadian dan pergerakannya.

Jika kita hayati bagaimana al-Quran menggambarkan kebesaran Allah SWT, masalah yang membelenggu kita sebenarnya terlalu kecil.

Persiap diri terima ujian

Kuasa Allah SWT mampu menarik kembali segala kesulitan itu pada bila-bila masa. Jika Allah SWT belum menarik kembali kesukaran dan ujian yang dihadapi, ia berkemungkinan kerana ada banyak hikmahnya untuk diri kita.

Justeru, kita perlu mempersiapkan diri untuk menerima sesuatu ujian dengan hati yang lapang dan penuh kesabaran.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Pemberi Pertolongan, bermula sejak kita lahir ke dunia sehingga kita kembali menemui-Nya. Walau dalam apa juga situasi, seperti berada dalam kesesakan jalan raya, adalah wajar untuk kita sentiasa mengingati dan bertawakal kepada Allah SWT, secara tidak langsung ia mampu memberikan ketenangan kepada diri.

Renungilah firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya lelaki dan perempuan Muslim, lelaki dan perempuan Mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar." (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Semoga kita beroleh segala kelebihan ini melalui tarbiah Ramadan yang Allah SWT kurniakan khusus kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Indonesia’s Islamic Aceh province canes unwed couples

BANDA ACEH, Indonesia: Three couples were publicly caned in Indonesia’s Aceh Friday after the unmarried university students were caught spending time alone together in violation of the province’s strict Islamic laws.

A rowdy crowd of about 1,000 spectators shouted as the three men and three women, aged between 18 and 23, were lashed several times each with a rattan cane in a square in Banda Aceh, the capital of Aceh.

A fourth woman, aged in her 40s, was also publicly caned for committing adultery. One of the women fainted after being caned four times and had to be carried off by officials.


An Acehnese woman convicted for "immoral acts" is lashed by a hooded local government officer
during a public caning at a square in Banda Aceh, Aceh province. AFP PHOTO

An Acehnese woman convicted for "immoral acts" prepares for her punishment to be administered
by a hooded local government officer during a public caning at a square in Banda Aceh, Aceh province. AFP PHOTO

“Hopefully those who are being caned will realise their mistakes and feel remorseful and repent to God so that they can become noble humans again,” Ridwan, an official from the local Islamic sharia law office who goes by one name, said before the caning.

Public caning is a common punishment in Aceh, which is the only province in the world’s most populous Muslim-majority country that is allowed to implement Islamic sharia law, but it is rare for women to be caned.


Gay sex, gambling and drinking alcohol are already punishable by caning in Aceh which began implementing sharia law after being granted special autonomy in 2001, an effort by the central government in Jakarta to quell a long-running separatist insurgency.

A flurry of new Islamic laws have been introduced in Aceh in recent years, drawing howls of protest from rights groups.

Just this week, Banda Aceh banned women from entertainment venues after 11:00 pm unless they are accompanied by a husband or male family member and last month an Aceh district banned unmarried men and women from riding together on motorbikes.

More than 90 percent of Indonesians describe themselves as Muslim, but the vast majority practise a moderate form of the faith. -AFP


An Acehnese woman convicted for immoral acts reacts while lashed by a hooded local government officer
during a public caning at a square in Banda Aceh, Aceh province. AFP PHOTO

An Acehnese man convicted for immoral acts is lashed by a hooded local government officer
during a public caning at a square in Banda Aceh, Aceh province. AFP PHOTO

Korban alam kanak-kanak hafaz al-Quran, hadis

Usianya baru mencecah tujuh tahun, tubuh kecil yang lengkap berjubah putih dan berserban itu tekun mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran tanpa mempedulikan orang di sekelilingnya.

Itulah rutin kehidupan Mohd Amirul Khairi, murid tahfiz paling muda di Pondok Penanti atau dikenali Madrasah Manabi'ul Ulum.

Dia yang berasal dari Cheruk Tokkun, dekat sini memulakan pengajian di sekolah pondok itu sejak berusia enam tahun.

Dalam usia mentah itu, dia dihantar oleh ibu bapanya ke sekolah pondok berkenaan bersama 70 rakan lain untuk menjadi huffaz al-Quran dan Hadis, suatu hari nanti.

Mohd Amirul berkata, dia tidak kekok walaupun mempunyai rakan sekelas jauh lebih berusia kerana yakin ilmu tidak boleh diukur dengan usia.

Tinggal di asrama mudah dalami ilmu agama

"Saya dihantar masuk ke sekolah pondok ini ketika berusia enam tahun. Pada masa itu, saya tidak menginap di asrama, namun selepas beberapa bulan, saya minta kebenaran ibu bapa saya untuk tinggal di asrama bagi memudahkan saya menghafaz al-Quran dan mendalami ilmu agama.

"Di asrama, saya belajar menguruskan diri daripada menyiapkan diri ke sekolah dengan memakai serban dan jubah putih sehinggalah membasuh pakaian.

Pada mulanya memang kekok, namun ia tidak menjadi halangan untuk saya kekal belajar di sekolah pondok ini," katanya.

Sifatnya agak pemalu, namun jelas terpancar kekentalan anak kecil ini. Masakan tidak, ketika rakan seusianya leka diulit keseronokan dengan lambakan gajet, permainan video dan rancangan kartun di televisyen, Mohd Amirul sehari suntuk menghafaz al-Quran.

Tak takut tinggal berjauhan

Tidak timbul erti takut tinggal berjauhan daripada keluarga pada usia yang sangat muda, malah bagi Mohd Amirul, momokan kejadian buli yang sering berlaku di asrama, sedikit pun tidak mematahkan semangatnya.

"Setiap hari, saya akan bangun seawal jam 5 pagi untuk mandi dan mempersiapkan diri sementara menunggu azan Subuh.

Waktu yang ada saya akan mengaji sebelum solat berjemaah. Masa mula-mula masuk ke sekolah ini, saya sudah boleh membaca al-Quran dan selepas setahun di sini, bacaan saya semakin lancar.

Kini, saya sudah mula menghafaz juzuk keempat," katanya.

Anak kelima daripada tujuh beradik yang bercita-cita melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir, ini mahu membuktikan pelajar sekolah pondok dan tahfiz mampu berjaya seperti pelajar sekolah aliran akademik moden.


Rakannya, Muhammad Nur Iman Muhamad, 8, pula mendaftar masuk ke sekolah pondok itu pada usia tujuh tahun.

Sekelas dengan pelajar lain yang lebih berusia pada awalnya memutikkan rasa takut buatnya. Namun, rasa bimbang itu hanya seketika.

Seperti pelajar muda yang lain, 'abang senior' di situ menerima dan melayan mereka dengan baik.

"Di sekolah tahfiz ini, kehidupan kami diatur dengan disiplin yang sangat tinggi. Kami bukan hanya menghafaz al-Quran, malah menjalani aktiviti seperti kanak-kanak lain.

Di sini, kami tidak dibenarkan menonton televisyen dan bagi menggantikan hiburan pada waktu lapang, ustaz akan melakukan pelbagai aktiviti, termasuk gotong-royong, bersukan dan latihan seni mempertahankan diri," katanya.

Murid dilayan sama rata

Muhammad Nur Iman berkata, hidup di sekolah pondok itu ibarat mendiami sebuah rumah yang mempunyai keluarga besar kerana semua murid dilayan sama rata, tidak mengira umur dan latar belakang keluarga.

"Memang ustaz di sini tegas dan garang, namun ia adalah lumrah supaya kami lebih cepat dapat menghafaz al-Quran dengan bacaan yang betul.

Di sini, kami tidak dimanjakan sebaliknya kami diajar erti berdikari walaupun masih kanak-kanak," katanya.

Ditanya rahsianya untuk menghafaz al-Quran, dia berkata, al-Quran perlu dibaca dengan seikhlas hati dan kerap untuk memastikan kelancaran dengan bacaan tajwid yang betul.

"Ustaz di sini selalu berpesan jika hati kita ikhlas, setiap perkara kita lakukan akan mudah apatah lagi jika mahu menghafaz al-Quran," katanya.

Sesekali membetulkan kedudukan serban di kepalanya, Muhammad Nur Iman tidak terkilan melepaskan zaman kanak-kanak seperti rakan seusia yang lain, sebaliknya bersyukur kerana menjadi antara insan dipilih Allah untuk mendalami ilmu al-Quran.



SEBAHAGIAN pelajar tahfiz yang menghadiri kelas hafazan al-Quran
di Madrasah Manabi'ul Ulum, Kubang Ulu, Bukit Mertajam.