July 2nd, 2015

Puasa patut didorong keimanan, bukan warisan adat

Kita akan teliti dalam memilih rumah kerana tahu tujuan pemilikan serta fungsi rumah itu. Jika atap atau lantainya rapuh, maka akan diperbaiki mahupun diganti dengan kadar segera bagi memastikan ia mampu terus melengkapkan peranannya sebagai kediaman.

Tamsilan itu dijadikan mukadimah pertemuan menerusi program Islam Itu Indah bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang bersiaran Rabu lalu di IKIMfm. Namun beliau berkata, ironinya ia tidak berlaku kepada ibadah puasa.

Walaupun tidak tahu peranan ibadah puasa, kita tetap melaksanakan tanpa punya perasaan untuk membaikinya. Menerusi usia yang telah di pinjamkan Allah SWT ini, adakah sudah memenuhi tuntutan dan tujuan sebenar ibadah puasa dilaksanakan?

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Matlamat ibadah puasa

Matlamat ibadah puasa adalah untuk melahirkan insan yang bertakwa yang menjaga hukum-hakam Allah SWT dan sebagai ganjaran, mendapat pembelaan serta keberkatan hidup daripada Allah SWT.

Jika puasa tidak memberi impak takwa seperti melahirkan akhlak mulia, secara tidak langsung ia boleh dijadikan kayu ukur tahap ibadah puasa yang telah dilaksanakan.

Hadirnya takwa dalam diri sewajarnya akan meningkatkan kualiti itqan dalam kerja dengan sifat cekap, berkesan serta produktif. Imbas kembali ibadah puasa yang dilaksanakan, adakah buah takwa sudah menampakkan putiknya atau masih tiada bayangan?

Jika pohon puasa tidak berbuah, Pahrol menyarankan untuk kita melakukan dua perkara. Pertama, selidik kembali benih yang digunakan dan periksa dengan teliti keadaan pohon itu.

Teliti kembali jenis benih dan tahap kesuburannya, dibimbangi benih itu sebenarnya sudah tercemar dengan ulat. Lihat proses ia membesar dan menjadi pohon.

Berdasarkan firman Allah SWT mengenai kewajipan berpuasa dan dikaitkan dengan tamsilan pohon, maka benih itu ibarat iman kerana dengan iman akan membuahkan takwa seperti sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah: "Barang siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Ini bermakna, bagi yang benar-benar melaksanakan ibadah puasa akan keluar daripada Ramadan dalam keadaan bersih daripada segala dosa menepati maksud sebenar 'fitrah' (Aidilfitri) dengan syarat menjalani ibadah puasa penuh keimanan serta keikhlasan kerana Allah SWT.

Ibadah puasa hendaklah dilakukan atas dorongan iman dan kepatuhan pada perintah-Nya, rasa takut serta kecintaan yang hakiki kepada Allah SWT.

Akur dan patuh kepada sumber yang tidak terlihat pada mata, tapi tahu wujud-Nya. Umat Islam perlu muhasabah diri tatkala berbicara mengenai puasa.

Semak kembali tujuan puasa dilaksanakan sama ada kerana iman, ibadah atau adat. Jika berpuasa kerana adat, bermakna ia hanya diwarisi yang diterima daripada nenek moyang serta keturunan terdahulu.

Maka akan lahir umat yang menjaga ketepatan waktu puasa, tetapi mengabaikan ketepatan waktu solatnya. Sedangkan solat itu lebih utama berbanding puasa kerana puasa mengikut adat kebiasaan yang dididik orang terdahulu dan bukannya mengikut iman yang memberi kefahaman jelas kedudukan ibadah puasa.

Terkadang masyarakat Islam lebih berat menitikberatkan ibadah puasa kepada anak berbanding solat. Ibu tidak akan keberatan mengetuk pintu bilik anak mengejutkan untuk bersahur berbanding mengetuk pintu bilik bagi tujuan bersolat Subuh.

Ibadah warisan dalam solat tarawih

Selain itu, ibadah warisan ini dapat dilihat tatkala bersolat sunat tarawih yang serius dilakukan berbanding solat Subuh secara berjemaah.

Berpuasa juga ada kalanya dilakukan atas keinginan meraih hikmah berpuasa bukan sebagai salah satu cara pengabdian diri kepada Ilahi. Tidak dinafikan, ibadah puasa secara tidak langsung dapat membantu dalam pengurusan kesihatan termasuk penurunan berat badan selain dapat merasakan kelaparan orang miskin.

Tetapi hikmah di sebalik ibadah puasa itu tidak boleh diletakkan sebagai sandaran atau dasar dalam beribadah. Jika ibadah dilakukan atas dasar hikmah semata, natijahnya pohon ibadah itu akan goyah dan tidak kukuh. Ibadah yang didorong hikmah adalah tidak konsisten.

Puasa itu menahan dalam erti kata mendidik dan menundukkan nafsu, bukannya sekadar menyekat nafsu. Sesungguhnya nafsu dan kejahatan manusia berpunca daripada dua elemen iaitu perut dan kemaluan.

Jika mampu menjaga perut, bererti berjaya mendidik diri untuk mengawal nafsu seks. Sesungguhnya ujian hawa nafsu itu tidak pernah terhenti. Justeru, hadirnya Ramadan ini dapat mendidik diri untuk 11 bulan seterusnya atas kehebatan serta kemuliaan yang dikurniakan Allah SWT padanya serta memahami realiti kehidupan sebagai hamba yang Esa.

Pada Ramadan ini, setiap individu sebenarnya dapat melihat warna sebenar diri sama ada kebaikan mahupun kejahatan yang wujud pada diri. Jika pada bulan yang sungguh kondusif untuk melihat dan memperbaiki diri masih tegar melakukan kejahatan bermakna diri berada pada situasi berbahaya dan kritikal.

Panahan mata melumpuhkan

‘Ain’ adalah perkataan Arab yang bermaksud mata. Oleh itu, konotasi penyakit ain disebabkan oleh pandangan mata seseorang terhadap sesuatu atau seseorang dengan perasaan kagum, bercampur perasaan hasad. Pandangan tersebut menyebabkan terjadinya kemudaratan terhadap sesiapa yang dilihatnya.

Apabila seseorang melihat seorang lain hingga terdetik di hatinya sesuatu yang berunsurkan negatif, secara tidak langsung dia telah mengainkan orang yang dilihat Itu tanpa disedarinya.


Sihir ain hanya melalui pendangan 02 Julai 2015 2:00 PM

Sihir ini boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu disengajakan atau sebaliknya, tanpa niat. Setiap individu mempunyai kadar peratusan yang tinggi untuk terkena ain atau mengainkan individu lain.

Ia bergantung sejauh mana bersihnya hati dan sekuat mana dalaman individu tersebut. Jika hatinya bersih, sudah pasti ia tidak akan mengainkan orang yang dilihatnya. Begitu sebaliknya, jika kuat dalaman seseorang, sudah semestinya ia dapat menangkis sihir ain. Bisa sihir ain memberi impak dalam pelbagai bentuk sama Ada ringan atau mudarat yang lebih besar hingga membawa kematian.

Andai yang dewasa pun terkadang boleh jatuh, apatah lagi kanak-kanak. Antara kesan yang ringan biasa terjadi akibat sihir ain ialah rasa tidak sedap hati, gusar, lesu tidak bermaya, demam, tiada selera makan dan pucat.

Sebagaimana yang Baginda s.a.w. sabdakan, sihir ain adalah berpunca daripada bisikan syaitan yang membisik di dalam hati. Oleh itu perlu ada perlindungan agar hati mampu melawan bisikan tersebut.

Jika seseorang telah terkena sihir ain, antara rawatan yang perlu dilakukan sebagaimana yang diajarkan oleh Baginda s.a.w adalah dengan dibacakan ayat-ayat ruqyah atau dimandikan.

Kaedah rawatan ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Malik dari Muhammad b. Abu Umamah b. Sahal dari ayahnya, “Mata jahat itu nyata, maka berwuduklah untuk menghadapinya.”

Selain itu, terdapat lagi beberapa kaedah yang diajarkan oleh Ibnu Qayyim bagi merawat sihir ain dan menghalang daripada terkena ain. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan tersebut, dapatkan Al-Islam isu Julai di pasaran sekarang.

Landskap berbeza pandangan

ALIRAN fikiran fikah atau mazhab fikah yang berlainan muncul kerana perbezaan memahami ajaran-ajaran yang terkandung di dalam sumber hukum utama iaitu al-Quran dan al-sunnah yang tidak bersifat definitif atau qatie.

Perbezaan mentafsirkan dalalah al zan atau dalil-dalil yang tidak muktamad menyebabkan munculnya perbezaan pandangan ini. Pendekatan yang berbeza diambil oleh imam-imam juga menyebabkan pandangan yang dikeluarkan itu menjadi berbeza.

Perkara yang demikian dapat difahami kerana pendekatan yang berlainan seperti mementingkan zahir lafaz berbanding maksud lafaz, terlalu berhati-hati atau terlalu memudahkan, terdapat juga kalimah-kalimah di dalam nas-nas mempunyai beberapa makna serta keyakinan terhadap sesuatu periwayatan hadis berbanding hadis yang lain.

Mazhab-mazhab fikah yang empat iaitu mazhab Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki menjadi ikutan khalayak awam dalam persoalan-persoalan fikah. Sebenarnya perbezaan pandangan yang menjurus kepada pertumbuhan mazhab-mazhab fikah ini adalah manifestasi keanjalan fikah Islam itu sendiri. Namun pertikaian mazhab ini seringkali disalahertikan oleh masyarakat umum. Ia kadangkala menjadi sumber perpecahan umat Islam.

Tidak kurang juga daripada lipatan sejarah kita akan dapati umat Islam bersengketa kerana perbezaan pandangan di kalangan mereka. Oleh yang demikian perspektif yang betul di dalam menelusuri landskap perbezaan pandangan ini perlu difahami oleh masyarakat Islam.

Umat Islam perlu memakai lensa Hukum Syarak apabila berhadapan dengan perbezaan pandangan ini kerana di dalam agama lain perbezaan yang ketara berlaku sehingga tidak mengakui golongan yang lain termasuk di dalam agama mereka. Ia amat berbeza dalam Islam.

Umpamanya solat Jemaah di Masjidil Haram ketika ini diimamkan oleh seorang imam sahaja berbanding suatu ketika dahulu solat jemaah ini dilakukan mengikut imam mazhab masing-masing di penjuru masing-masing. Kesepakatan bersolat jemaah dengan seorang imam sahaja menganjak paradigm para ulama agar dapat bersatu di dalam hal-hal agama yang lain.

Terkeliru

Namun hakikatnya, umat Islam sendiri sering terkeliru dengan senario ini. Tidak hairanlah kedengaran suara-suara yang bimbang perpecahan ini dan mahu membebaskan umat Islam daripada pegangan mazhab. Rasional kebimbangan ini dikatakan disebabkan mahu menyelamatkan umat Islam daripada terus berpecah. Lakaran pahit sejarah seperti peristiwa pertumpahan darah yang dimulakan oleh puak Khawarij seringkali dijadikan dalil pandangan ini. Mereka mahukan agama itu dilaksanakan tanpa dipateri dengan pandangan mana-mana mazhab.

Perlu difahami umat Islam, gunakan lensa hukum syarak

Pandangan mazhab-mazhab ini sebenarnya berfungsi sebagai panduan kepada kita agar tidak tergelincir daripada landasan yang sebenar. - GAMBAR HIASAN

Seharusnya mazhab merupakan institusi pendidikan aliran fikah bagi mentafsirkan dalil-dalil syariah. Ia merupakan metodologi fikah untuk mengeluarkan hukum yang mana masih belum disepakati lagi.

Pandangan mazhab ini adalah sebahagian daripada syariah Islam, bukan syariah Islam itu sebahagian daripada pandangan bermazhab. Asas pandangan aliran fikah ini sebenarnya adalah bertitik tolak daripada keyakinan imam berijtihad.

Namun sekiranya terbukti ijtihad tersebut tidak lagi sesuai mengikut keadaan setempat atau semasa dan terdapat dalil lebih kuat, maka ijtihad tersebut boleh ditolak.

Hal demikian amat jelas kerana tidak disyaratkan oleh mana-mana mazhab mengikut segala ijtihad dalam sesuatu mazhab tetapi harus berpindah ke mazhab lain dalam masalah-masalah tertentu. Walau bagaimanapun, ikutan tersebut hendaklah diasaskan kepada dalil-dalil yang menjustifikasikan seseorang itu beralih ke mazhab lain. Ia tidak hanya dilakukan semata-mata mencari perkara yang mudah berlandaskan nafsu atau sampai membawa kepada talfiq yang dilarang.

Begitu juga ikhtilaf ulama ini tidak wajar dilihat daripada perspektif perpecahan dalam kalangan umat Islam tetapi hendaklah dilihat daripada lensa keanjalan undang-undang Islam yang membawa kepada dinamiknya Hukum Syarak itu yang sesuai mengikut tempat dan zaman.

Ia juga melambangkan keluasan fakulti pemikiran ulama silam dalam ilmu fikah yang bersungguh-sungguh menimba khazanah ilmu Islam.

Manifestasi dinamik

Sebagai seorang peguam syarie saya melihat perbezaan pandangan ini sebagai suatu manifestasi dinamiknya undang-undang Islam. Pelbagai hujah dapat dibangkitkan di mahkamah mengenai isu-isu tertentu tanpa perlu memperlekehkan sesuatu hujah yang berlainan. Para peguam menyediakan hujahan mereka dengan penuh berhati-hati semasa memilih hujah manakah yang akan dipertahankan. Pandangan mazhab-mazhab ini sebenarnya berfungsi sebagai panduan kepada kita agar tidak tergelincir daripada landasan yang sebenar. Pandangan terpimpin ini memudahkan para ilmuwan mengkaji dan meneliti sesuatu pandangan dengan lebih objektif kerana piawaian yang tinggi telah pun digariskan oleh para imam semasa menggarap pandangan mereka. Dengan cara ini undang-undang itu dapat dibangunkan dan disesuaikan dengan peredaran zaman.

Kecelaruan masyarakat tentang perbezaan pandangan ini berlaku kerana masyarakat awam sendiri mencampuri urusan para ulama dengan mempertikaikan sesuatu pandangan, memilih satu pandangan berbanding yang lain tanpa mempunyai asas-asas ilmu perundangan Islam yang mantap.

Institusi ifta’ atau kefatwaan itu dilihat sebagai milik awam dan tidak diberikan kepada ahlinya. Inilah kesilapan berlaku yang mana masyarakat awam sebahagiannya mendabik dada atas nama teknologi terkini, mendakwa mampu memperoleh ilmu agama setanding dengan para ulama.

Mereka juga amat teruja dengan kemampuan fakulti akal dan logik. Malangnya mereka tidak menyedari bahawa hal agama tidak boleh menggunakan neraca akal dan logik semata-mata di dalam membuat sesuatu ketetapan.

Terdapat pelbagai metodologi dan kaedah bagi mentafsir dalil naqli ini. Mungkin sebahagian daripada mereka juga terpengaruh dengan kebebasan yang ada di negara barat sehingga menjustifikasikan setiap persoalan itu dijawab oleh sesiapa juga mengikut perspektif mereka sendiri. Mereka mendakwa hak asasi ini perlu diberikan kepada setiap individu tanpa mengira latar belakang.

Dalam masa yang sama terdapat juga suara yang tidak mahu masyarakat Islam dikongkong oleh mazhab-mazhab fikah. Mereka mempromosi umat Islam memilih apa jua pandangan yang dirasakan sesuai kepada mereka dan meninggalkan kebergantungan kepada mazhab fikah.

Al-Quran penawar

RAMADAN terkenal sebagai bulan al-Quran. Allah SWT telah menentukan al-Quran diturunkan pada bulan ini melalui nas yang dinyatakan pada ayat ke-185 surah al-Baqarah, bulan Ramadan diturunkan padanya al-Quran yang menjadi panduan kepada manusia.

Malam diturunkan al-Quran dimuliakan Allah SWT menyamai dengan 1,000 bulan sebagaimana dalam surah al-Qadr ayat 1-3 yang bermaksud: Sesungguhnya Kami turunkan al-Quran pada malam Lailatulqadar. Apakah kamu tahu apa itu malam Lailatulqadar?

Lailat al-Qadr lebih baik daripada 1,000 bulan. Al-Quran adalah kitab terbaik berbanding dengan kitab samawi yang lain kerana Allah SWT telah membuat pengakuan bahawa Ia sendiri menjaganya. Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (al-Hijr: 9)

Kenyataan ini amat benar dan semua orang boleh melihat betapa al-Quran sejak diturunkan tidak boleh diubah, sama ada kurangkan ayat atau penambahan dengan kalimah yang lain. Jika perkara itu berlaku sudah tentu akan ada ulama Islam yang bangkit membetulkannya kembali.

Oleh itu, apa yang ada dalam mushaf pada hari ini adalah ayat-ayat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.



A Palestinian man reads the Koran in al-Aqsa Mosque, on the compound known to Muslims as al-Haram al-Sharif and to Jews as Temple Mount, in Jerusalem's Old City during the holy month of Ramadan June 23, 2015. REUTERS/Ammar Awad

Daya tarik al-Quran begitu hebat. Allah SWT nyatakan dalam surah al-Hasyr ayat ke-21 yang bermaksud: Jika Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah terbelah kerana takut kepada Allah SWT.

Melihat kepada tafsirannya ialah jika gunung diberikan akal ia akan menjadi khusyuk dengan arahan yang terdapat dalam kandungan al-Quran dan merasa takut jika ingkar dengan perintah Allah SWT dengan azab seksa yang tersebut dalam al-Quran sehingga jika begitulah kesan al-Quran kepada gunung, iaitu makhluk Allah yang begitu gagah dan tegak memasak bumi boleh pecah dan musnah bagaimana dengan manusia yang sifatnya lemah dan daif berbanding gunung.

Sejarah banyak membuktikan al-Quran telah masuk ke dalam jiwa dan merubah kehidupan manusia. Sebagai contoh apa yang berlaku kepada Umar Ibnu al-Khattab ra. Pada mulanya beliau mencari Nabi Muhammad SAW untuk membunuhnya tetapi setelah diberitahu kepadanya bahawa adiknya Fatimah dan suami telah memeluk Islam dengan lantas beliau mendapatkannya.



Al-QURAN memberi kesan kepada jiwa pendengar dan pembacanya. - GAMBAR HIASAN

Selepas berlaku perbalahan, terjatuh helaian Quran daripada tangan Fatimah, Ibnu al-Khattab ra. Adiknya menghalang Umar memegang helaian tersebut kerana belum beragama Islam. Selepas berwuduk, Umar membacanya iaitu permulaan surah Taha sehingga lima ayat selepasnya dan berkata ini bukan kalam manusia.

Niat Umar ra berubah daripada hendak membunuh Nabi SAW kepada beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Lihatlah betapa al-Quran masuk ke dalam jiwa Umar dan merubah seluruh kehidupannya daripada cara jahiliah kepada kehidupan berlandaskan al-Quran.

Kisah Raja Najasyi yang beragama nasara bersama penditanya meminta Jaafar Ibnu Abi Talib ra membaca ayat al-Quran. Lantas Jaafar membaca permulaan surah Maryam maka bercucuranlah air mata.

Peristiwa tersebut dirakam dalam surah al-Maidah ayat 83 bermaksud: Dan apabila mereka mendengar al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan mereka ketahui melalui kitab mereka daripada kebenaran al-Quran sambil mereka berkata wahai Tuhan kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan al-Quran) oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang yang menjadi saksi yang mengakui kebenaran Nabi.

Secara umumnya ramai menerima bahawa suara manusia boleh memberi kesan kepada pendengarnya. Jika suara bernada sedih maka sedihlah pendengarnya. Jika suara bernada gembira maka gembiralah si pendengarnya. Bahasa Arab mempunyai tarikan tersendiri.

Penyembuh jiwa



















Muslim men read the Koran during the holy month of Ramadan at the Al-Rajhi mosque east of Riyadh June 21, 2015. REUTERS/Faisal Al Nasser

Satu penyelidikan menyatakan bahawa jika bahasa Arab dialunkan dalam bentuk lagu boleh memberi kesan kepada jiwa ke tahap 30 peratus. Tetapi al-Quran jika dibaca boleh memberi kesan sehingga 70 peratus.

Kajian ini menunjukkan bahawa al-Quran memberi kesan kepada jiwa pendengar dan pembacanya. Pernah berlaku seorang pendakwah Islam membaca beberapa ayat bahasa Arab di hadapan seorang paderi yang tidak mengetahui bahasa al-Quran.

Selepas itu, pendakwah Islam membaca permulaan surah Maryam. Selesai membaca, pendakwah bertanya kepada paderi apa pendapatnya tentang dua potongan ayat yang dibaca.

Amat mengejutkan, paderi berkata adapun bacaan kamu yang pertama (karangan bahasa Arab) ia adalah kalam kamu, tetapi bacaan kamu yang kedua ia bukan kalam kamu kerana hati ku merasa bergetar apabila mendengarnya.

Itulah al-Quran yang Allah SWT sebutkan namanya dengan pelbagai gelaran. Antara namanya ialah al-Kitab sebagai panduan kepada orang yang bertakwa, al-Furqan yang bezakan kebenaran daripada yang batil, al-Nur (cahaya) yang membimbing ke jalan yang lurus, disebut juga ia adalah roh.

Ia sebagaimana dalam ayat 52 surah al-Syura yang bermaksud: Dan demikianlah Kami wahikan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran sebagai Roh (yang menghidupkan hati). Ramai daripada kalangan cerdik pandai barat yang mengkaji al-Quran dan akhirnya mereka mengucap kalimah syahadah.

Perkara ini berlaku kepada Dr. Maurice Bukaile yang mengkaji Mumia Ramsis II. Pada mulanya beliau merasakan penemuaannya tentang kematian Ramsis II, iaitu lemas dalam laut adalah satu hasil yang hebat.

Namun pembantunya memaklumkan bahawa umat Islam mengetahui sebab kematian Ramsis II sejak 1,000 tahun lebih dahulu, berdasar kepada ayat 90, 91 dan 92 surah Yunus. Akhirnya beliau mengakui al-Quran menjadi penawar kepada orang beriman.

Iman mereka bertambah bila dibaca al-Quran Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah SWT (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah.

Akhirnya, sama-samalah kita merebut peluang di bulan Ramadan yang mulia ini membaca al-Quran, memahami dan tadabur maksud kandungannya. Semoga al-Quran terus bertakhta di hati kita dan seterusnya menjadi peneman kita di alam kubur dan pemberi syafaat kepada kita di Hari Kemudian.

Change mindset, world view

IAM born a Malay and was proud to be one. It goes back to history. I noticed my race was at the forefront of freeing ourselves from colonial rule with the help of the other races in our beloved country.

Wikipedia shows the origins of Malays in three models:

PROTO-MALAYS — Also known as Melayu asli (aboriginal Malays) or Melayu purba (ancient Malays), the Proto-Malays are of Austronesian origin and thought to have migrated to the Malay archipelago in a long series of migrations between 2,500 and 1,500 BC;

DEUTERO-MALAYS — From the Iron Age, people descended partly from the subsequent Austronesian peoples, who came equipped with more advanced farming techniques and new knowledge of metals… They settled and established kampung, which serve as the main units in the society. By the end of the last century BC, these kampung began to engage in some trade with the outside world… The Deutero-Malays are considered direct ancestors of present-day Malays; and,

EXPANSION from Sundaland model — A more recent theory holds that rather than being populated by expansion from the mainland, the Ice Age populations of the Malay peninsula, neighbouring Indonesian archipelago and the then-exposed continental shelf (Sundaland) instead developed locally from the first human settlers and expanded to the mainland.

The earliest records of the word “Melayu” or “Malayu” came from a Chinese record that reported a kingdom named Malayu had sent an envoy to the Chinese court for the first time in 645 CE (Common Era). It was recorded in the book, Tang Huiyao, collected by Wang Pu during the Song Dynasty.

It was suggested that the term Melayu originated from the Tamil word “Malaya” or “Malaiur”, which means hill or high ground .

Historically, the Malay population founded several ancient maritime-trading states and kingdoms, notably Brunei, Old Kedah, Langkasuka, Gangga Negara, Old Kelantan, Negara Sri Dharmaraja, Malayu and Srivijaya, and the later Cham and Mon-Khmer settlers.

The advent of the Malacca Sultanate in the 15th century triggered a major revolution in Malay history, the significance of which lies in its far-reaching political and cultural legacy.

Throughout their history, the Malays have been known as a coastal-trading community with fluid cultural characteristics. With such colourful history, I am proud to be a Malay. Nowadays, people have been saying a lot of not-very-positive things about my race.

Should I be angry or reflect on what they say and try to be better? Lazy is synonymous with the Malays, and up to now, our contribution to the economy is not very encouraging.

Houses are built by Indonesians. Food stalls are operated by mamak and Thais. Bangladeshis man convenience stores and work in the plantations. Guards are from Nepal, and Pakistanis sell carpets. What else?

Not much of the economic pie belongs to this race. Property ownership, especially the higher-priced items, is scant.

Most ustaz like to propagate haram rather than present Islam as a way of life and a religion of compassion.

“Compassion” is the most frequently occurring word in the Quran. Each of its 114 chapters, with the exception of the 9th, begins with the invocation “In the name of Allah, the Compassionate, the Merciful”.

Were they themselves not taught about Allah being compassionate and merciful? We see arrogance in some, including among our politicians. Backstabbing and slander is not uncommon. Envy or hasad dengki is prevalent.

There are some 20 furniture shops in a furniture mall along Lebuhraya Damansara Puchong, Selangor, which have been around for some time.

Many shops are manned by foreigners. Not much of the economic pie belongs to the Malays.


However, to find three nasi lemak stalls within a 50m radius can be a challenge. Even the sole representative in the list of top 10 billionaires in the country is looked upon with suspicion because of his successes.

I visited apparel, electrical, kitchen cabinet and many other shops. One distinct difference is the service level. A non-Malay sales staff will take the trouble and time to explain a product and will also recommend something that’s value-for-money or suggest alternatives.

The objective is to make a sale. More often than not, a Malay sales staff will just smile (not all the time) and wait for us to ask questions. I was at Universiti Hospital a few nights ago between 11.30pm and 4am to get treatment.

I must give credit to the staff at the emergency unit for being hardworking at that time of the night with so many patients needing treatment. A special mention here for Dr Gayathri Subramaniam.

Sad to say, some from my own race do not show that spirit. They are busy playing with their smartphones and their service level is wanting.

A few patients were in severe pain, but no one was available to provide wheelchairs or stretchers. Worse still, there was none at the entrance. I am aware that this is not a private hospital but a little bit of care and concern will go a long way.

As for the hospital administration, kindly relook at the workflow and processes. There is plenty of room for improvement. Social ills, you name it: drug abuse, Mat Rempit, unwanted pregnancies, baby dumping, snatch thefts, bullying.

On these records, the Malays are the front-runners. Strangely, corruption is not on the social ill list. It is clearly prohibited in the Quran and Hadith. “And do not consume one another’s wealth unjustly or send it [in bribery] to the rulers in order that [they might aid] you [to] consume a portion of the wealth of the people in sin, while you know [it is unlawful]” (Al-Baqarah 2:188).

Of late, there have been numerous corruption cases but we rarely hear the big fish getting caught or brought to justice. Corruption takes many forms, from graft and cronyism to bribery.

We have also heard of ketuanan Melayu. Yes, Melayu are the rulers, at the helm in politics, government machineries, schools and universities, the courts, television, the military, the police and government-linked companies. However, over the years, changes are not much to shout about and, yet, we blame others for our sorry state of affairs.

With its rich resources, Malaysia should have done better that South Korea economically, and for the Melayu, a better share of the economic pie.

For how long do we want to eat kangkung and nasi goreng? In his last sermon (khutbah), Prophet Muhammad had this to say: “All mankind is from Adam and Eve; an Arab has no superiority over a non-Arab nor a non-Arab has any superiority over an Arab; also, a white has no superiority over black nor does a black have any superiority over white except by piety (taqwa) and good action.”

While others are busy racing towards high-income status, I do not see many Malays following this trend maybe except for rent-seekers.

I think we Malays need to quickly change in mindset, character and world view. Be more inquisitive, creative and a problem-solver, and not be part of the problem.

Be conscious of the change and adapt to it. Let us not be in denial.

If the powers that be do not assist, we start the change ourselves. That is the reason we voted them into office. So much for the ability and quality of our wakil rakyat.

“Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves” (part of al-Ra’d 13:11).

For me, humanity, our beloved country and the wellbeing of its citizens are more important than race or politics.