July 15th, 2015

Teruskan silaturahim walau zaman berubah

ABANG posmen yang singgah sekejap di depan rumah, jarang-jarang memasukkan kad ucapan hari raya lagi di dalam kotak surat. Tidak seperti satu atau dua dekad yang lalu.

Hari ini, menerima kiriman kad hari raya daripada sahabat atau kenalan sudah menjadi perkara yang unik dan agak luar biasa.

Perusahaan percetakan dan penerbitan kad ucapan di seluruh dunia sedang mengalami penyusutan jualan yang kian ketara. Perolehan pendapatan sebuah penerbit dan pengedar kad ucapan terkenal di dunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat umpamanya, merudum dengan begitu jelas sekali.




Sedekad yang lalu, syarikat tersebut mengedarkan kad-kadnya ke seluruh dunia. Ia meliputi kad perayaan Krismas, ulang tahun kelahiran dan perkahwinan, serta kad sempena sesuatu peristiwa seperti hari Valentine, hari ibu, hari bapa dan sebagainya.

Perolehannya sebanyak AS$4 bilion (RM15 bilion) setahun menyusut kepada 77 peratus (2005), 73 peratus (2007) dan 62 peratus (2009).

Selama puluhan tahun yang lampau, kad ucapan termasuk kad Hari Raya Aidilfitri adalah buletin tahunan masyarakat kita. Sejak awal Ramadan, kita pergi ke kedai untuk membeli kad yang sesuai.

Tidak cukup dengan ungkapan bercetak yang disediakan (biasanya ayat 'Maaf Zahir dan Batin'), kita menambah kata-kata kita sendiri dengan tulisan tangan yang menampakkan keakraban peribadi.

Kad ucapan mulai lenyap

Kita pergi ke Pejabat Pos, berdiri dan berbaris untuk membeli setem. Kita tulis alamat sahabat atau kenalan di muka sampulnya dengan jelas.

Kita tampal setem di sudut kanan atas sampul. Kita masukkan kiriman kita ke dalam peti pos, seolah-olah masuk bersama nurani kita sendiri. Menjelang Aidilfitri kita terus menerima kad-kad ucapan hari raya, termasuk menerima kad-kad balasan.

Kini, kad ucapan dalam bentuk kertas bercetak mulai lenyap dalam kehidupan moden, terutama menjelang perayaan besar seperti Aidilfitri.

Bagaimanapun ia masih berlegar dalam skala kecil dalam kalangan keluarga, umpamanya kad ulang tahun perkahwinan atau kelahiran, hari ibu, hari bapa dan sebagainya. Kad-kad ini biasanya lebih mahal daripada kad yang dikeluarkan bagi musim perayaan besar.

Kehidupan moden yang bergerak pantas, memalaskan sesetengah anggota masyarakat untuk melalui proses menghantar kad secara tradisional. Ini kerana mereka memerlukan masa tambahan untuk membeli kad, membeli setem, menulis dalam kad, menulis alamat penerima, menutup sampul, menampal setem dan seterusnya memasukkan kad-kad ke dalam peti surat di Pejabat Pos.

Mereka yang berusia empat puluhan ke atas, mungkin masih terikat dengan nostalgia pengiriman kad-kad Hari Raya. Namun dalam kalangan anak muda, mereka tidak mengalami keunikan tradisi masa lampau itu, kerana mereka hidup dalam zaman teknologi digital.

Tradisi baharu

Kad-kad ucapan yang semakin lenyap adalah collateral damage era digital. Perubahan teknologi sedang menghidupkan suatu tradisi baharu, dan perlahan-lahan membunuh yang lama.

Di tangan atau di hadapan anak-anak muda sekarang tersedia peranti media sosial dan internet. Peranti ini juga sedang meluaskan pengaruhnya kepada generasi yang lebih berumur, kerana kecepatan serta keberkesanan jaringan komunikasinya.

Telefon mudah alih serta internet mula digunakan dengan meluas oleh anggota masyarakat kita. E-mel adalah kaedah perhubungan yang pantas.

Kita juga boleh mewujudkan rangkaian kelompok tersendiri umpamanya melalui WhatsApp dan Telegram. Melalui aplikasi rentas-platform ini kita lebih mudah mengelompokkan senarai nama sahabat yang boleh kita hubungi bila-bila masa dan di mana-mana jua. Inilah media yang sedang mengambil alih peranan kad-kad ucapan.

Pengirim yang sibuk mungkin hanya menghantar teks ucapan. Ada kalanya teks ucapan itu hanya disalin dan dihantar semula.

Yang lebih rajin mungkin menggunakan e-card yang disediakan.

Yang lebih kreatif mungkin mencipta e-card sendiri, beserta ungkapan yang dicipta khas kepada penerimanya.

Teknologi dan gaya hidup berubah.

Akan tetapi kita harus memanfaatkan apa jua teknologi yang ada untuk menyambung silaturahim, umpamanya dengan cara menghantar ucapan kepada sahabat dan kenalan.

Tujuan mempererat serta melestarikan silaturahim, termasuk dalam musim perayaan ini, adalah lebih penting daripada peranti yang kita gunakan.

Lupakan sekejap gajet, berhari rayalah

NAMPAK gaya, sekiranya kita ini masih lagi sesekejap mahu melihat apa yang ada di laman sosial, sesekejap mengemaskini status, sesekejap melayan kawan-kawan di laman sembang, betullah, lupakan saja balik kampung.

Buat apa hendak balik kampung pada Aidilfitri ini, lebih baik duduk diam-diam di rumah sekiranya tidak habis-habis melayan gajet tidak mengira masa.

Kasihan pada orang tua yang tentunya teruja dan asyik hendak bersembang kerana lama tidak berjumpa, tetapi anak pula tangan tidak lekang memegang dan menjeling telefon pintar.

Dan perangai itu, jangan diingat tiada pengikut. Bagi yang sudah berkeluarga akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Lekalah pula mereka bermain macam-macam jenis games.

Dekat rumah sendiri main games, dekat rumah atuk dan nenek pun main games, berhari raya di rumah saudara-mara pun begitu juga.

Justeru tidak hairanlah, ada pihak berseloroh, pada Hari Raya Aidilfitri ini tidak perlulah beri duit raya kepada anak-anak saudara atau pun anak kepada rakan-rakan. Mereka bukannya hairan sangat.

Mereka pun bukan mahu makan sangat. Jadi, tidak perlulah masak banyak dan tidak perlu bersusah payah menyediakan macam-macam jenis kuih. Yang mereka perlukan hanya WiFi percuma. Itu sudah cukup membuat mereka gembira dan leka.

Ada pula yang mengeluh, Internet lembab macam siput apabila sampai di kampung. Yang sibuk difikirkan adalah macam mana ‘hendak hidup’ dalam keadaan Internet terputus-putus atau tiada liputan langsung dalam beberapa hari di kampung. Habislah tidak boleh membuat ‘siaran langsung’ apa yang berlaku di kampung untuk dimuat naik gambar dalam Facebook atau Instagram masing-masing.

Sedar atau tidak, gajet ini boleh menghakis suasana kemeriahan berhari raya. Mana tidaknya, jika di rumah orang tua sendiri dan di rumah saudara-mara pun kita leka dengan gajet, macam mana kita boleh fokus ketika berbual.

Hendak jumpa mereka sudahlah ada yang dapat jumpa setahun sekali, tetapi apabila sudah dapat berjumpa, fikiran dan tumpuan lebih kepada gajet. Sudahnya, tidak banyak yang dapat dibualkan pun.

Ini yang dikatakan yang sudah ada di depan mata diabaikan, yang berada di alam maya pula sibuk bertanya khabar dan diajak berbual. Sedangkan yang dilayan berborak di aplikasi WhatsApp, WeChat, Telegram atau Messengger itu ialah kawan-kawan yang hari-hari pun kita boleh jumpa dan bersembang di tempat kerja, di kolej atau di sekolah.

Saya sendiri pun ada banyak group WhatsApp dan pada pengalaman saya yang lepas-lepas apabila tiba Hari Raya group ini meriah seperti biasa. Jika sekadar menghantar gambar-gambar ucapan Hari Raya Aidilfitri, sesi bergambar dengan keluarga atau hidangan yang disediakan pada hari berkenaan, itu tidak mengapa, tetapi berboraknya seperti hari-hari biasa, tidak henti-henti dan hanya diam bila masuk waktu tidur. Dan terfikir pula saya, masa bila pula mereka ini melayan saudara-mara atau tetamu di rumah.

Sewajarnya, pada Hari Raya Aidilfitri ini, eloklah dilupakan sekejap gajet kerana ini adalah masa untuk bersama-sama keluarga. Aidilfitri adalah masa untuk mengeratkan silaturahim dengan menziarahi keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan. Berkomunikasilah secara bersemuka. Itu lebih berkesan dan bermakna. Dan kita pun ada banyak masa lain lagi untuk bersembang dalam media sosial. Carilah hari lain, bukan pada Hari Raya. - Fauziah Arof Utusan Malaysia Rencana 15 Julai 2015

It’s not really a choice, it’s a must

Vaccination aims to prevent epidemics in our country, and should not just be about our own preference.

EVERYONE wants the best for their children. In this age where information is readily accessible, we can always refer to social media to find out what would be “the best” for our children.

The problem is, how can we be sure that information obtained from social media is accurate and true?

Many would readily accept the information “as is”, using the argument that “people would not share it if it is not true”.

In Malaysia, anti-vaccination opinions seemed to gather some traction circa 2012, partly due to social media. A few personalities have also come on board, proudly announcing that they do not vaccinate their children.

One of the popular arguments put forward by the anti-vaccination movement is that measles, mumps and rubella (MMR) vaccine causes autism. This argument is based on a scientific paper authored by Andrew Wakefield and 12 co-authors in the renowned British medi­cal journal Lancet in 1998. The authors claimed that possible environmental triggers, i.e. the MMR vaccine, were “associated with the onset of gastrointestinal disease and developmental regression”.

This “fact” is shared by proponents of anti-vaccination as proof for their argument. Unfortunately, when the paper was retracted by Lancet in 2010, no one seems to have bothered to share this deve­lopment.

Wakefield was found to have falsified the data used in his study, breached a number of ethical guidelines and had his medical licence revoked.

However, the damage was done. In part due to this article, many parents opted not to vaccinate their children for fear of autism.

Some even argued that vaccination is a part of a bigger conspiracy to enrich pharmaceutical companies. Engrossed with conspiracy theories, we sometimes turn a blind eye to a number of established scienti­fic facts.

Vaccination is a form of preventive medicine, and not a cure or treatment. In an article entitled “Vaccination: A Personal Choice?” published on April 27 this year in The Malaysian Medical Gazette, Dr Kamal Amzan highlighted an often-neglected fact.

He wrote: “Most modern parents have never seen the devastating effects that diseases like polio, measles and whooping cough (pertussis) can have on a family or community.”

While these diseases have been “eradicated”, it does not mean that they no longer exist. Anti-vaccina­tion parents risk the return of these diseases, causing big problems to not just the health authority but to the community and nation.

Vaccination is a preventive mea­sure to keep these diseases at bay.

The concept of al-wiqayah khairun min al-‘ilaj (prevention is better than cure) is very much in line with Islamic teaching.

Islamic legal maxims highlight that “deeds are judged by their goals and purposes.” Vaccination is carried out to prevent a greater harm, to ensure that there is no outbreak of diseases that will pose a great health risk to the community at large.

This ties in to another Islamic legal maxim that “harm must be eliminated”.

All these are very much in line with the higher objectives of sha­riah, in which two of the objectives is the need to protect lives (hifz al-nafs) and protect the progeny (hifz al-nasl).

Vaccination is often associated with Edward Jenner, who successfully developed the smallpox vaccine in 1798. As such, some have the perception that vaccination is a “western agenda”.

Historically speaking, the practice of vaccination can be traced back to the Chinese author Wan Quan in 1549. Inoculation for smallpox, using powdered smallpox scabs, was widely practised during the era of the Longqing emperor of the Ming Dynasty.

Historical documents show that the Turkish Uthmaniah (Ottoman) Empire also practised vaccination.

The Uthmaniah inoculation process was introduced to Britain in 1721 by Lady Mary Wortley Montagu, who was the wife of the British ambassador to Constanti­nople.

She herself had her five-year-old son inoculated against smallpox in 1718 when they were in Constan­tinople. When she returned to London in 1721, she had her daughter undergo the same procedure, this time administered by Charles Maitland, during a smallpox epidemic in Britain.

In the 15th century, Turkish polymath Syeikh Aq Shamsuddin wrote that there was a misconception that diseases “attack” humans on their own. What in fact happens, accor­ding to him, is that diseases are transmitted from one person to another.

Partly due to this understanding as to how bacteria infect humans, the army of Sultan Muhammad al-Fateh underwent preventive measures to ensure that they were not prone to infectious diseases during wartime.

Today, it is imperative that we all remember that vaccination is a preventive measure to minimise the risk of an epidemic.

Parents who choose not to vaccinate are putting the health of other children at risk.

When the number of unvacci­nated children increases above a certain point, we will begin to see preventable diseases, and also era­dicated diseases, returning to the community.

Those who refuse to vaccinate may argue that it is their personal right by exercising their autonomy to decide.

But does an individual’s autonomy take precedence over public interest, especially when it comes to public health? This is something that we should think about very seriously.

We want the best for our children. At the same time, we have to be certain that what we consider to be “the best health option” for our children does not present a health risk to other people’s children. Other parents also want the best for their children. Dr Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh is Senior Fellow at Ikim’s Centre for Science and Environment Studies. The views expressed here are entirely the writer’s own. The STAR Home News Opinion Columnist 14 July 2015

Continuing the spirit of Ramadan , Spend wisely and learn to budget

Spend wisely and learn to budget

AS Eid Fitr or Hari Raya Aidilfitri approaches, many households are busy preparing for the coming festive season. Sadly, the festive excitement often tempts people to overspend.

If we manage our funds wisely, however, we need not find ourselves in financial distress during the festive season. During every festive season, many people have the habit of buying new things to celebrate the occasion.

Those with poor budget management sometimes fail to maximise the benefit of the early disbursement of salaries and the additional Raya bonus.

They will spend till their last ringgit, and continue their shopping frenzy with credit cards, without sparing a thought to the possibility of running up a serious debt, which may include not being able to pay their monthly household bills.

Those who are heavily in debt may soon find themselves on the brink of bankruptcy. It was recently reported that more than 107,000 people have been declared bankrupt in the country from 2010 until April this year.

This is a clear indication that societal awareness on financial management is still low. Creating awareness on financial management should begin in schools.

As such Therefore, the Education the Ministry should create more financial management awareness introduce such programmes in schools.

The government, through Bank Negara, should also change the law by increasing the minimum annual income requirement for credit card applications as well as curb the activities of loan sharks.

Islam also teaches its people to spend moderately and forbids extravagance.

The Holy Koran Quran states: “And they who, when they spend, are neither extravagant nor miserly, and there is ever a just mean between the two”. (Surah Al-Furqan: 67).

As such Therefore, it has always been the duty of all Muslims to spend cautiously and not be wasteful in their expenditure. Happy Eid Fitr to all Muslims. Dr Muzaffar Syah Mallow, senior lecturer, Faculty of Syariah & Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Continuing the spirit of Ramadan

RAMADAN, the holiest month in the Islamic Hijrah calendar, will end in a few days and the eve of Syawal will begin. Fasting in Ramadan will be missed for the lessons of humility and reflections it provides to the initiated. Muslims around the globe will pray that God Almighty will accept their act of obedience and reward them accordingly.

For Malaysian Muslims, it should make us thankful and in tuned to the world, the sufferings and the kind of relationships we are fostering among Muslims and non-Muslims in this blessed country.

Despite the troubles and challenges we are facing and are going to endure, Ramadan should have provided us the break that we need, to realise that there are still roses among the thorns, with regards to the future of this nation.

The spirit of Ramadan is meant to be refined, applied and continued in our lives. Pic by Mohd Yusni Ariffin


Therefore, the eve of Syawal is a day of celebration, for being victorious in restraining oneself from the human need for food, water and the temptation to succumb to the extremes of human desires, either the conscious, such as anger and hatred, or the subconscious ones, like lust or carnality.

It is a day for thankfulness and rejoicing, and, hopefully, as a community, Ramadan would have provided us with a clean slate to move forward as better Muslims, to be useful to our community, fellow citizens and human and living beings.

The spirit of Ramadan should not remain only in the fasting month, but should be refined, applied and continued in our lives. Having said that, I went to several Ramadan bazaars to buy food for buka puasa (breaking of fast) and, more recently, to shopping malls, observing the shopping frenzy.

One factor that is obvious to me is that we are blessed to live in abundance in a relatively safe and comfortable environment, despite society-related issues that need to be dealt with and solutions found urgently.

On that note, however, there are no excuses for us to not be a harmonious and peaceful society. We just need to understand and appreciate the good and values entrenched in our society, either via religion, ethnic or cultural background. This Hari Raya, let us celebrate the positive values that we cherish, regardless of whether we are Muslims.

Let us demonstrate values for the younger generation to emulate. Mutual respect, moderation in our thoughts, actions and words, extinguishing animosity and narrow principles, seeing the good rather than the bad in matters we might differ, empathy towards each other and many more values have made Malaysia what it is now.

We can strive to be better than what we are witnessing in society. Go back to living together in harmony and peace, despite the obvious differences of who we are, based on our ethnicity, culture and religions.

Do not let our abundance be the excuse to sow greed, desire or lust for material gain or superiority. The abundance must not be translated into excesses for a selected minority, oblivious to the plight of many who are less fortunate and in need of assistance.

Reduce talk and do something to improve or change for the better. We should be more patient and considerate towards each other in roads, so that we can return to be with our loved ones during this holiday.

We should bear in mind that it is the smallest of gestures and restraint that gives the biggest impact. We must carry out our responsibilities with pride, integrity and honour, no matter how insignificant we feel our status is in society.

Each one of us has a role to play and contribute to make this nation great. Let this Hari Raya be a turning point in our desire as a nation to be better as one, rather than bitter and divided in our separate ways. In our joyful mood, let us not forget the families and loved ones of victims of the two Malaysia Airlines disasters.

Let us pray that their souls rest in peace and their loved ones will get closure. Celebrating in simple terms is an important milestone to rejoice the victory of choosing the good and moderate against the bad and extreme in our temptations, desires, intention and actions as human beings.

May such a spirit spread to Malaysians, and God willing, we will be on the true path towards becoming a proud and an exemplary society.

Duit raya, bersalam eratkan silaturahim

Ramadan sudah hampir ke penghujung dan lagu-lagu raya sudah mula berkumandang di corong-corong radio serta televisyen. Anak kecil yang paling gembira bila tiba hari raya.

Duit raya, baju raya, kasut raya, tudung raya, songkok raya adalah antara perkara yang tidak boleh tidak ada bila hari raya menjelang.

Kebanyakan persiapan telah disediakan pada awal Ramadan lagi, malah ada yang sudah membeli sebelum Ramadan tiba. Hanya duit raya yang akan diberikan pada hari raya nanti.

Budaya bersalaman

Pengalaman ketika kecil membuatkan kita yang dewasa memahami keseronokan anak kecil mendapat duit raya. Suatu ketika dahulu, walaupun diberikan 50 sen sebagai duit raya, anak kecil sudah amat gembira. Masa berlalu dengan pantas, zaman berubah.

Pemberian duit 50 sen sebagai duit raya sudah ditelan zaman. Pada zaman serba canggih ini, jumlah minimum duit raya sekurang-kurangnya RM1 yang mana nilainya adalah lebih kurang sama dengan 50 sen pada era sebelum ini.

Setiap kali bersalaman dengan bapa saudara atau ibu saudara, mereka pasti menghulurkan duit raya. Ibu bapa akan memastikan anak kecil ini menyimpan duit raya yang diterima dengan baik.

Antara budaya baik diterapkan sebelum menerima duit raya adalah anak kecil itu mesti bersalaman dengan orang tua dahulu.

Budaya bersalaman adalah contoh budaya yang baik, walaupun dikatakan kita menggalakkan anak kecil untuk meminta duit raya.


GENERASI muda perlu didedahkan budaya bersalaman sebelum mendapat duit raya. - Foto hiasan
Dari sudut yang positif, dengan bersalaman juga, kita akan dapat mengenali anak saudara yang jauh yang mungkin hanya ketika hari raya sahaja kita berjumpa.

Dari segi sosial, bersalaman adalah satu tanda kemesraan sesama insan. Ia juga adalah simbol penghormatan antara generasi muda dan tua.

Dalam konteks hari raya, bersalaman sebelum memberi duit raya kepada anak kecil dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama saudara.

Ramai ibu bapa yang mengajar anak kecil mencium tangan orang tua ketika bersalaman dan ini adalah perkara yang baik, kerana ia mengajar anak kecil itu mengenai status generasi serta konsep penghormatan.

Dari sudut pandangan Islam, Allah akan memberikan pahala yang besar kepada orang yang bersalaman. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, yang bererti: "Sesungguhnya seorang Muslim itu jika bertemu saudaranya kemudian bersalaman oleh kedua-duanya, maka gugurlah dosa-dosa mereka seperti berguguran daun-daun dari pokok yang kering ditiup oleh angin kencang, melainkan kedua-duanya diampuni semua dosa mereka meskipun banyak seperti buih di lautan." (Hadis Riwayat Thibrani)

Ketika mereka sudah baligh, ibu bapa haruslah mengajar anak mengenai mahram dan menekankan hanya yang mahram sahaja dibenarkan bersalam, yang bukan mahram, adalah haram pula untuk bersalam.

Galakan solat lima waktu

Ibu bapa juga harus menekankan mengenai solat lima waktu ketika mengerjakan puasa. Ada sesetengah kita terlepas pandang mengenai kewajipan solat dalam mengajar ibadah puasa kepada anak kecil.

Ada yang berpuasa penuh 30 hari, tetapi tidak cukup solat lima waktu sehari semalam.

Hal ini bercanggah dengan ajaran agama iaitu solat adalah tiang agama. Solat lima waktu wajib ditunaikan. Bagaimana duit raya dapat memotivasikan anak kecil bersolat lima waktu?

Ada sesetengah ibu bapa akan memberikan duit raya berdasarkan jumlah hari anak berpuasa penuh. Contohnya, jika anak itu berpuasa 30 hari, maka duit raya yang akan diterima adalah RM30.

Sekarang, cuba kita guna taktik baharu, iaitu jumlah hari berpuasa bergantung kepada cukupnya solat lima waktu. Contohnya, jika anak berpuasa penuh 30 hari, tetapi hanya 15 hari solatnya cukup lima waktu, maka duit rayanya akan dipotong dan dia hanya akan diberi duit raya sebanyak RM15.

Dalam hal ini, anak kecil disarankan mempunyai kalendar puasa dan solat yang mana mereka boleh menandakan hari yang cukup puasa dan cukup solat.

Mudah-mudahan dengan cara ini, anak kecil kita akan terlatih untuk berpuasa serta cukup solat lima waktu. Secara tidak langsung, kita juga telah menekankan kewajipan solat lima waktu di samping berpuasa pada Ramadan.

Galakan menabung

Apabila mendapat duit raya, ada sesetengah anak kecil yang kehilangan duit rayanya. Hal ini adalah kerana mereka tidak tahu mengenai kelebihan menabung.

Sebagai ibu bapa, itu adalah peranan kita untuk mendidik mereka untuk menabung. Ibu bapa haruslah memastikan anak kecil mereka menyimpan duit raya yang diterima dengan sebaik-baik mungkin.

Kita boleh belikan tas tangan atau dompet untuk mereka meletakkan duit raya itu. Kita juga harus memantau proses menyimpan duit raya itu. Aktiviti mengira duit raya adalah perkara yang amat disukai oleh anak.

Mereka berlumba-lumba untuk menjadi orang yang paling banyak mengumpul duit raya dalam kalangan adik-beradik. Di sinilah peranan ibu bapa, kita haruslah menggalakkan mereka menabung duit raya yang diterima.

Ajaklah mereka ke bank untuk menyimpan duit raya supaya mereka berasa lebih bertanggungjawab dan tahu proses yang berlaku di bank.

Bagi anak yang sudah besar, berikan mereka tanggungjawab untuk menekan butang nombor giliran, mengisi borang menyimpan wang dan pergi ke kaunter bersama adik-adik yang lebih kecil.

Beri sebahagian duit raya untuk anak beli barang diinginkan

Berikan mereka peluang melihat jumlah wang yang terkumpul dalam buku bank.

Sebelum menyimpan duit raya di bank, berikan 25 peratus daripada jumlah duit raya untuk anak membeli barang yang mereka ingini.

Perkara ini adalah antara galakan untuk anak kecil menabung kerana dengan ini mereka tahu yang mereka akan mendapat ganjaran daripada menabung.

Malah duit raya itu adalah hak mereka. Mereka akan lebih gembira untuk menabung pada masa akan datang. Justeru, pemberian duit raya sempena Aidilfitri ini bukanlah satu budaya yang tidak memberikan kebaikan, walaupun ada yang mengatakan bahawa pemberian duit raya ini mengajar anak menjadi materialistik.

Lihatlah dari segi positifnya. Semoga Aidilfitri kali ini dapat memberikan kita banyak kebaikan di dunia dan di akhirat.

Khutbah Jumaat ~ “Berhari Raya Dengan Penuh Beradab”

Sedutan Petikan Khutbah Jumaat 17 Julai 2015: JAIS

“Berhari Raya Dengan Penuh Beradab”

Ramadhan al-Mubarak telah pun berlalu meninggalkan seribu satu kenangan ibadah yang sepatutnya tidak terhenti apabila syawal menjelma.

Allah SWT dalam surah alBaqarah ayat 183:  “Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.

Idulfitri adalah anugerah Allah SWT kepada orang mukmin yang telah bermujahadah menunaikan ibadat puasa sepanjang Ramadhan. Ia adalah sebagai tanda kemenangan melawan segala tuntutan nafsu yang meruntun jiwa selama sebulan berpuasa. Nabi Muhammad SAW menyambut Idulfitri dengan penuh kesyukuran lantaran nikmat yang dikurniakan Allah SWT.

Antara perkara-perkara sunat yang sepatutnya telah kita lakukan sebelum solat sunat Idulfitri ialah:

Pertama: Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Idulfitri.

Kedua: Menjamah makanan sebelum keluar. Hadis daripada Anas Bin Malik RA yang memberitahu bahawa: “Rasulullah SAW tidak keluar rumah pada pagi hari raya Idulfitri melainkan selepas baginda SAW memakan beberapa biji kurma” (Riwayat al-Bukhari).

Ketiga: Tidak melalui jalan yang sama ketika pergi dan balik ke tempat solat. Ia berdasarkan hadis dari Jabir RA yang menceritakan bahawa: “Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya". (Riwayat Al-Bukhari).

Keempat: Memakai pakaian dan berwangian yang paling baik.

Rasulullah SAW menyarankan kepada sahabatnya supaya berpakaian cantik. Malah cucu baginda Saidina Hassan juga menyebut bahawa: “Nabi SAW memerintahkan kami supaya memakai pakaian dan wangian yang paling baik yang kami miliki di pagi raya”. (Riwayat al-Hakim dan at-Tabrani).

Kelima: Memperbanyakkan bacaan al-Quran, berzikir, bertahmid dan bertahlil untuk memuji kebesaran Allah SWT.

Sunat melaungkan Takbir selepas jelas terlihatnya anak bulan Syawal dan berakhir apabila hendak menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Bulan Syawal juga boleh diibaratkan sebagai bulan silaturrahim. Betapa Syawal menjadi bulan yang penuh berkat, rahmat meluas dan mendapat keampunan Allah kerana melaluinya umat Islam dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Amalan ziarah menziarahi serta mengadakan rumah terbuka sudah menjadi sinonim pada bulan ini.

Hadis daripada Anas B. Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silaturrahim (dengan ihsan). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sedekah juga turut mewarnai agenda Syawal kita apabila tradisi memberi duit raya kepada kanak-kanak menambahkan lagi keceriaan di hari raya.

Hadis daripada Salman B. Amir RA. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim”.

Keberkatan Syawal perlu terus diraih dimana dalam bulan ini umat islam juga dituntut melaksanakan puasa sunat 6 hari dalam bulan syawal dan ganjaran melaksanakannya menyamai setahun penuh berpuasa. Hadis daripada Abu Ayub Al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu diiringi dengan puasa 6 hari dibulan Syawal, bererti ia telah berpuasa setahun penuh”

Sebagai peringatan daripada khutbah hari ini, mimbar sekali lagi mengajak para Jemaah untuk:

1. Umat Islam hendaklah menyedari bahawa Idulfitri adalah ibadah dan bukannya mengikut dan memenuhi adat semata-mata.

2. Sambutlah Idulfitri dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan serta tidak keterlaluan dan membazir mengikuti syariat yang digariskan Islam.

3. Amalkanlah puasa sunat kerana kita digalakkan melakukan puasa 6 dalam bulan Syawal.

4. Rebutlah peluang untuk bermaaf-maafan dengan menghulurkan tangan terutama kepada ibu bapa, suami isteri, anak-anak dan sahabat handai dengan penuh keinsafan serta ziarah menziarahi dengan batas-batas syarak.

5. Umat Islam hendaklah mengekalkan dan meneruskan amalan-amalan tarbiah yang dilakukan dalam bulan ramadhan seperti membaca alQuran, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah dan beriktikaf di masjid.

“Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku”). (al-Baqarah : 152).

Wallahualam.

Khutbah Aidilfitri ~ Kemenangan Yang Diraih

Sedutan Petikan Khutbah Aidilfitri (17 Julai 2015M/ 1 Syawal 1436H ) JAWI

Kemenangan Yang Diraih

Pada hari yang mulia ini, semua umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidilfitri. Umat Islam merayakan Aidilfitri pada setiap 1 Syawal sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan. Mereka bersyukur kepada Allah SWT atas kejayaan mereka dalam ibadah puasa sepanjang Ramadhan, kerana ibadah puasa itu merupakan suatu ibadah yang bukan mudah untuk dikerjakan oleh semua orang. Melainkan kepada orang yang benar-benar beriman dan bertakwa.

Aidilfitri juga merupakan hari kemenangan secara spritual. Ini kerana ia adalah puncak kemenangan manusia dalam peperangan antara akal dan nafsunya, ia adalah hadiah daripada Allah SWT selepas sebulan umat Islam menyerahkan jiwa raga mereka kepadaNya.

Dalam hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan Abu Dawud Rahimahullah daripada Anas bin Malik RA : ونَ فِيهِمَا فَقَا َل مَا هَذَ ُ ُْم يَوْمَا ِن يلَْعَب عَلَيْهِ وَ َسَّل مَ الْمَدِينَةَ وَلَه ُ َّ ه َصلَّ ى الل َّ هِ ل الل انِ الْي َوْمَانِ ُ سو قَدِمَ رَ ُ عَلَيْهِ وَ َسَّل مَِإ ُ َّ ه َصلَّ ى الل َّ هِ ل الل قَْد َأبْدَل َكُ ْم بِهِمَا ُ سو ب فِيهِمَا فِي ا ْلجاَهِلَِّي ةِ فَقَا َل رَ ُ َُّن ا نلَْعَ ُ وا ك ُ قَال َ َّ ه َّ ن الل مَا يَوْمَ ا ْلَأ ْضحَى وَيَوْمَ الْفِ ْطرِ ُ ا مِْنه ً خَيْر Bermaksud : “Rasulullah SAW ketika datang ke Madinah dan mendapati mereka (penduduk Madinah) mempunya dua hari untuk bersenang-senang dan bergembira maka baginda bertanya : Apakah dua hari ini? Mereka menjawab : Kami menjadikan dua hari ini untuk kami bersenang-senang dan bermain-main ketika zaman jahiliyyah. Maka sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari tersebut dengan dua hari yang lebih baik untuk dirayakan, itulah hari ‘adiiladha dan hari ‘aidilfitri.”

Islam telah mensyariatkan agar kita semua memulakan hari raya dengan melaksanakan solat sunat hari raya yang mana terdapat di dalamnya ucapan-ucapan syukur, zikir, takbir dan doa. Islam juga menekankan aspek Istiqamah dalam Ibadah sekalipun dalam suasana gembira.

Firman Allah dalam surah al-Jin, ayat 16.  Maksudnya : “(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): “Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.”

Islam menganjurkan umatnya agar memupuk perasaan kasih mesra antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada ibu bapa, kaum keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan masyarakat yang ada di sekeliling kita tanpa mengira pangkat dan usia.

Islam juga mengingatkan kita supaya sentiasa berjimat cermat dengan mewujudkan sifat berhemah dalam berbelanja agar jangan pula nanti selepas hari raya ini, kita dibebani dengan hutang yang banyak dan menyulitkan untuk membayarnya. Ini akibat dari sikap kita yang suka berlebih-lebihan dalam berbelanja. Sesungguhnya pemborosan itu amalan syaitan. Seperti yang disebut dalam Surah Al-Isra’ ayat 27: Maksudnya : Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada tuhan

1 Syawal adalah detik kebenaran mengalahkan kebatilan. Saat kebaikan mengatasi kejahatan. Takbir raya bukan untuk mengimbau keindahan kampung halaman, wajah orang yang dirindu dan disayang, kerana lafaz Allahu Akbar, membawa pengertian Allah Maha Besar.

Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim, ayat 7:  Maksudnya: “Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”.

Wallahualam.

Khutbah Jumaat ~ Ganjaran Puasa Setahun

Sedutan Petikan Teks Khutbah Jumaat 17 Julai 2015M/ 1 Syawal 1436H JAWI

Ganjaran Puasa Setahun

Antara tanda diterimanya sesuatu amalan ialah amalan tersebut berterusan. Ini kerana amalan yang baik akan menarik amalan baik berikutnya. Demikianlah amalan-amalan wajib diiringi dengan amalan-amalan sunat. Justeru, ayuh kita sahut seruan Allah SWT untuk memperbanyak amalan kebaikan.

Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap ummat ada arah (kiblat) yang masing-masing menghadapnya. Lantaran itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Bagi Mukmin yang ingin memperbanyak ibadah puasa sunat dan istiqamah dengannya, galakan berpuasa enam hari pada bulan Syawal adalah suatu berita yang menggembirakan daripada Baginda Rasulullah SAW. Sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Ayyub al-Ansari RA : ُ ِسًّت ا مِ ْن َشَّو ا ٍل كَانَ َك ِصيَا ِم الَّد هْرِ َُّم َأتْبَعَه مَ ْن َصامَ رَمَ َضانَ ث Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian menyusulkannya dengan enam hari daripada bulan Syawwal, dia seolah-olah telah berpuasa sepanjang tahun.”

Kita menyedari kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan. Yakinlah bahawa puasa adalah cara untuk memelihara kesihatan tubuh badan kita. Sentiasa berada dalam keadaan kenyang juga tidak menjana perkembangan positif minda, sebaliknya sedikit kelaparan akan menjana kreativiti, inovasi dan daya saing diri sebagai hikmah daripada ibadah puasa selain sentiasa dalam pemeliharaan Allah SWT.

Bagi mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin mengemukakan beberapa kesimpulan sebagai renungan dan bekalan kita bersama.

Pertama: Setiap kita hendaklah bermuhasabah tentang amalan ibadah sepanjang Ramadhan yang lalu.

Kedua: Kita hendaklah meneruskan momentum ibadah pada bulan-bulan seterusnya selepas Ramadhan dan berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan.

Ketiga: Menambah puasa enam hari dalam bulan Syawal selepas Ramadhan merupakan ibadah sunat yang mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 114.  Maksudnya: “Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula bersegera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.”

Wallahualam.