August 4th, 2015

Buat rumah terbuka jangan sampai membazir

Anugerah akal fikiran adalah penghormatan Allah SWT kepada manusia bagi membezakan mereka dengan makhluk lain. Sudah semestinya ia digunakan pada perkara paling utama iaitu mencari keredaan Allah SWT.

Keredaan Allah SWT adalah matlamat semua ibadah yang dilakukan termasuklah puasa yang sudah dan bakal kita lakukan seterusnya.

Matlamat takwa daripada ibadah puasa yang dimaksudkan al-Quran dalam ayat 183, Surah al-Baqarah membawa natijah kepada kemuncak kejayaan ibadah itu iaitu keredaan yang Maha Esa.

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan sesungguhnya kepada Tuhanmu kesudahan setiap sesuatu". (Surah an-Najm, ayat 42).

Kejahilan manusia dalam menentukan matlamat mereka adalah faktor utama yang mengundang kepada kesesatan umat.

Terkadang mereka lebih menumpukan kepada keredaan manusia sehingga membawa kepada musibah syirik terhadap Allah SWT.

Hakikat sebenar, menuntut keredaan semua manusia adalah satu matlamat yang tidak akan tercapai.

BATAS agama dalam melaksanakan jamuan rumah terbuka mestilah dijaga dengan menjauhi pembaziran kerana ia bercanggah dengan kehendak agama. - Foto/gambar hiasan
Maka, keredaan Allah SWT adalah matlamat sebenar kehidupan manusia sehingga bertemu Allah SWT.

Untuk mencapai matlamat sebenar ibadah puasa ialah melalui panduan wahyu daripada insan yang maksum iaitu Baginda Nabi SAW.

Kelazatan ibadah

Al-Quran yang diturunkan pada Ramadan yang baharu berlalu dan masih terasa bahang kelazatan ibadah pada bulan yang penuh keberkatan.

Maka, selepas selesai ibadah puasa Ramadan yang lalu, diharap dapat menjana banyak tenaga dalam proses meneruskan ibadah kita pada bulan seterusnya.

Berbahagialah mereka yang mendapat kemanisan ibadah dengan rukuk, sujud, bersedekah, berzikir dan membaca al-Quran.

Hadis Qudsi menyebut bahawa: "Wahai hamba-Ku, sesungguhnya itulah amalan kamu yang akan Aku hitung dan akan Aku memberi ganjaran untuknya.

Sesiapa yang mendapat kebaikan daripadanya, hendaklah dia memuji syukur kepada-Ku. Jika sebaliknya, janganlah dia menyalahkan orang lain selain dirinya sendiri". (Riwayat Muslim dari Abu Zarr).

Dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini, petunjuk daripada Allah SWT amatlah diperlukan kerana pengaruh keduniaan amatlah tebal ketika manusia berada pada akhir zaman.

Baginda SAW pernah berkata kepada Syaddad bin Aus bermaksud: "Wahai Syaddad, jika kamu melihat manusia berlumba-lumba mengumpulkan emas dan perak, maka pada ketika itu, janganlah kamu lupa menyebut, Ya Allah, aku memohon agar ditetapkan dalam ketaatan, bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran. Aku memohon rahmat dan keampunan daripada-Mu, sentiasa bersyukur terhadap nikmat-Mu serta kesempurnaan ibadah terhadap-Mu. Aku memohon kesejahteraan hati, kebenaran lidah yang tidak bertulang, aku memohon kebaikan dan berlindung daripada sebarang keburukan yang Engkau lebih mengetahui kerana Engkau adalah Tuhan yang mengetahui segala yang ghaib'. (Riwayat Ahmad dan Tabrani).

Manusia mestilah sentiasa berada dalam ketaatan walau di mana mereka berada, sama ada Ramadan atau sebaliknya dan sentiasa berdoa agar ditetapkan hati mereka untuk meneruskan kebaikan.

Saidatina A'isyah pernah ditanya bagaimana keadaan Baginda SAW. Adakah Baginda mengkhususkan suatu hari untuk beribadah atau bagaimana? Maka jawab A'isyah: "Tidak, Baginda SAW tidak pernah menjadikan ibadah sebagai bermusim, malah Baginda SAW sentiasa dalam keadaan beribadah. Adakah kamu mampu berbuat demikian?" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru, kesinambungan puasa dapat diteruskan dengan puasa enam hari pada Syawal kerana ia adalah sunah yang kekal sehingga hari kiamat. Ini dijelaskan oleh hadis daripada Abu Ayub al-Ansari bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan diikuti dengan enam hari pada bulan Syawal, seolah ia berpuasa sepanjang tahun". (Riwayat Muslim).

Ditafsirkan oleh hadis daripada Tsauban dengan menyebut Baginda SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa melakukan satu kebaikan akan dikurniakan ganjaran dengan sepuluh pahala". (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).

Bagaimanapun menyambut hari raya selepas berpuasa enam hari tiada dalam syariat Islam. Ini dijelaskan dengan peristiwa Baginda SAW memasuki kota Madinah ketika itu penduduk Madinah memiliki dua hari kebesaran yang diraikan.

Rasulullah SAW bertanya : "Hari apakah ini? Mereka menjawab, ia adalah dua hari yang kami suka bermain-main padanya pada zaman jahiliah. Maka Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh Allah telah menggantikan kalian dengan yang lebih baik daripadanya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Al-Hakim)

Tiada hari raya pada hari kelapan Syawal

Berdasarkan hadis di atas, Ibnu Taymiyyah berpendapat bahawa tiada hari raya pada hari kelapan Syawal kerana tiada harus bagi seseorang beriktikad bahawa hari terbabit adalah hari raya kerana ia tiada dalam syariat Islam.

Bagaimanapun, majoriti ulama berpendapat bahawa kenduri dan doa selamat adalah diharuskan bersesuaian dengan konsep rumah terbuka khususnya apa yang dilakukan warga kota selepas Syawal.

Program jamuan pada Syawal adalah menjadi kebiasaan warga kota selain memenuhi tuntutan agama dalam mengeratkan silaturahim seperti dianjurkan Islam.

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan jangan kamu sekutukan Dia dengan sesuatu pun juga dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak yatim dan orang miskin dan jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri". (Surah an-Nisa', ayat 36).

Sabda Baginda SAW bermaksud: "Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya, Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: "Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan menyambung ikatan silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu."

Baginda SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain bagaikan satu bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain". (Riwayat Bukhari).

Namun batas agama dalam melaksanakan jamuan rumah terbuka mestilah dijaga dengan menjauhi pembaziran kerana ia bercanggah dengan kehendak agama. Kesimpulannya,

Ramadan yang ditinggalkan mestilah memberi kesan dalam jiwa orang yang beriman sehingga mereka dapat meneruskan momentum ibadah sehingga Ramadan akan datang.

Jika perniagaan yang mendapat pulangan sehingga tahun hadapan, maka perniagaan itu dianggap berjaya. Kejayaan ini mesti diiringi dengan doa dan harapan agar dipertemukan dengan Ramadan yang akan datang.

Kita hendaklah memastikan ibadah puasa dilakukan mencapai matlamat takwa sebenarnya.

Your worldview matters

SOME people believe that life’s journey ends with a new beginning, but others would say that life’s journey ends with an ending. It means, there is no life after death, and no soul that is going to continue to exist.

Today, believing in the soul is considered unscientific, like belie­ving in ghosts. The word “soul” does not have the significance it used to have, not only in daily usage but also in technical fields, such as philosophy and psychology.

The word commonly used to replace “soul” is “mind”, which was used to refer to the conscious im­material substance.

Today, the meaning has changed significantly as the word “mind” is now used as a synonym for “body”, because the mind, from the viewpoint of neurophysiology and neuropsychology, is now regarded as interchangeable with the brain.

According to this view, various aspects of our mental life can be explained in terms of the action of the brain and central nervous system. So humans, according to this view, are just physical creatures, like all other material objects. When the brain stops functioning we are simply dead, and we exist no more.

Naturally, with the rejection of the soul, life after death becomes inconceivable. Even though the thought of an eternal life may sound comforting, it has to be rejected, for the lack of what they call “scientific evidence” to support it.

The scienti­fic unbeliever would suggest that we all face the “real” world (as they see it) rather than believe in a fairy tale.

But what is “reality”? Maybe life after death is real.

If life ends with death, then everything that we do comes to nothing. What meaning or purpose can our life possibly have?

The unbeliever would say that life gets whatever meaning one chooses to give it, and one does not need to believe in the afterlife in order, for example, to believe in truth, beauty, science, making the world a better place to live in, sa­­ving the environment, freedom of speech, democracy and tolerance.

But then again, why does all that matter if life ultimately ends in nothingness?

This brings us to the question of God as the Ultimate Reality, the Creator of all. The rejector would surely raise doubt as to whether He exists or not, or whether it is possible to know Him and His Will.

He would say if faith in God makes some people feel good he will not argue with that, but he personally prefers a more “rational”, open-minded approach to life.

He believes that one shouldn’t think that anything is true unless it is scientifically proven. But has the be­­lief itself been scientifically pro­ven?

So we all look at life very diffe­rently from each other, as if everyone is from a different world. Of course we do not belong to different worlds, but we do subscribe to different worldviews, as a matter of fact.

What is a worldview? A worldview is the set of lenses through which you see the world around you. It is a set of inter-related beliefs that help you make sense of your experiences.

The worldview affects the way you think, how you feel, and how you live your life. Through your worldview, you interpret life in a particular way, and because of that your worldview matters.

To understand further what a worldview is, think carefully about the big questions of life. Think and try to answer these questions. Does God exist? How did everything begin? Who am I? Why am I here? Am I living a good life? What happens after I die?

Vegetables and animals don’t think about all these things but people do. Reflecting about these questions is part of what makes us human.

In fact every one of us has a worldview, even though not everyone will be able to tell and explain what his worldview is. What is your worldview? Do you care to examine it?

Mohd Asham Ahmad is Senior Fellow at Ikim’s Centre for the Study of Syariah, Law and Politics. The views expressed here are entirely his own. The STAR Home News Columnist IKIM Views August 4, 2015