September 26th, 2015

Kebaikan tunai haji ketika usia muda

RAMAI dalam kalangan umat Islam memilih untuk menunaikan fardu haji pada usia persaraan iaitu 55 tahun ke atas. Alasan lazim untuk tidak menyegerakan ibadah haji ketika usia muda adalah belum mendapat seru, anak-anak masih bersekolah atau banyak tanggungjawab yang bersifat duniawi perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, sejak Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji mengikut jumlah penduduk sesebuah negara ekoran daripada tragedi terowong al-Muassim pada 2 Julai 1990, umat Islam mula mengubah fikiran dan ingin menunaikan fardu haji secepat mungkin. Dalam tragedi itu sebanyak 19 rakyat Malaysia daripada 1,426 jemaah terkorban.

Sejak dikenakan kuota itu, Tabung Haji (TH) memberi syarat berdasarkan “yang mendaftar dahulu didahulukan” mengikut tarikh dan masa pendaftaran. Sekiranya seseorang itu mendaftar pada usia kanak-kanak atau remaja, peluang baginya untuk dijemput ke rumah Allah SWT ketika usianya masih muda amatlah cerah.

Banyak ganjaran dan keistimewaan yang diperoleh jika menunaikan haji pada usia muda. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman menunaikan haji pada usia awal 30 tahun bersama-sama arwah ibu saya yang ketika itu berumur 65 tahun.

Saya masih teringat lagi ketika bermalam di Mina pada 11,12 dan 13 Zulhijah (hari-hari Tasyriq) untuk melakukan lontaran di ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah. Ketika melontar batu di salah sebuah jamrah itu, saya terpaksa mendukung ibu saya yang berbadan kecil dan rendah.

Saya mengangkatnya daripada bahagian belakang supaya lontarannya sampai pada sasaran dan ketika itu terlalu ramai jemaah yang berpusu-pusu sehingga ibu saya sukar mendapatkan ruang untuk melontar. Ketika itu saya sangat risau kerana jika tersilap langkah dia boleh terjatuh dan dipijak oleh jemaah lain yang tidak putus-putus datang untuk melontar.

Sebelum itu awal-awal lagi saya telah membuat lontaran itu bersendirian. Dugaan yang saya hadapi ketika itu amatlah berat di mana saya hampir-hampir terjatuh kerana dihimpit oleh beberapa lelaki berbadan tegap daripada pelbagai bangsa dan usia bagi menghampiri ruang melontar.

Sebagai seorang wanita muda ketika itu, saya rasa bertuah kerana berjaya melakukan ibadah haji sebaik mungkin. Ketika di sana, faktor usia atau jantina tidak menjadi hitungan, apa yang penting mampu melakukan ibadah haji itu dengan penuh semangat di samping tidak sekali-kali takut dengan kehadiran ribuan jemaah di tempat ibadat.

Sepanjang berada di Mekah dan Madinah, saya sentiasa bertenaga, bersemangat kental selain cekal untuk melengkap dan menunaikan fardu haji bersama-sama ibu dengan sebaik mungkin. Mengapa saya katakan begitu ialah kerana ketika itu usia saya masih muda dan dalam hati kecil saya berkata, jika kali ini aku tidak berjaya menunaikan fardu haji dengan sempurna seperti yang dikehendaki, pada tahun-tahun akan datang aku boleh datang lagi ke sini.

Alhamdulillah, saya berjaya menunaikan haji bersama-sama ibu tercinta dan pulang dengan selamat ke tanah air selepas hampir 40 hari berada di Mekah dan Madinah walaupun pada masa itu keadaan kecoh berikutan tragedi para jemaah berhimpit-himpit, bersesak-sesak sehingga ramai yang terkorban di terowong al-Muassim.

Memandangkan ibadah haji adalah wajib ke atas setiap Muslim yang telah mempunyai kemampuan daripada segi perbelanjaan, tubuh yang sihat, ilmu yang mencukupi dan tiada gangguan dalam perjalanan, maka hendaklah segera menunaikan haji tanpa berlengah-lengah.

Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia masih tidak menunaikan haji (dengan ketiadaan uzur syarie sehingga dia meninggal dunia) maka tiada halangan baginya mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani.” (Hadis At-Tirmizi dan Al-Baihaqi).

- Norila Daud Utusan Malaysia Rencana 26 September 2015 12:08 AM

Terus berlumba melakukan ibadat

AKHIRNYA termakbul juga doa keluarga Allahyarham Shahidan Saad, 52, dan Abdul Habib Lahman, 68, untuk bertemu kedua-duanya biarpun mereka sudah kembali ke rahmatullah.
Bagi jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah, jenazah mereka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Maala atau Al Syaraik Muasissem.
Bagi yang meninggal dunia di Madinah pula, arwah akan dikebumikan di Baqi’ - perkuburan tanpa nisan. Baqi’ seperti hamparan tanah berpasir lembut yang terbentang luas. Setiap kubur ditandai dengan batu tak bernama. Setengahnya tidak bertanda. Setelah dikuburkan, tanah kuburnya diratakan.
Bolehkah kita bercita-cita untuk mati di Mekah atau Madinah?


JEMAAH haji bertawaf mengelilingi Kaabah di kota suci Mekah pada 20 September lalu. Lebih tiga juta umat Islam dari seluruh dunia yang mengerjakan haji tahun ini berhimpun di Padang Arafah pada 9 Zulhijah lalu bagi menyempurnakan wukuf iaitu rukun haji kedua dan utama dalam ibadat haji. AFP

Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan Ahmad dan At-Tirmizi bermaksud: “Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.”
Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, yang mana ulama telah mengistinbat (mengeluarkan) hukum daripada hadis tersebut seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain - bahawasanya harus untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik.
Dan walaupun ada seorang blogger lucah menggila dengan komennya terhadap tragedi kren tumbang itu, pembangunan dan pembesaran Masjidilharam serta sebuah lagi masjid, Masjid Nabawi realitinya penting untuk manfaat seluruh umat Islam.
Di Mekah, pembesaran sebanyak 400,000 meter persegi Masjidilharam membolehkan pertambahan jemaah haji sebanyak empat juta lagi, menjadikan jumlah keseluruhan 10 juta orang.


RAJA SALMAN ABDULAZIZ memerhatikan jemaah haji dari anjung Masjidilharam di Mekah. AFP/SPA

Sejak Raja Abdullah naik takhta pada 2005, baginda telah memulakan langkah secara berperingkat dalam pembesaran Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Kerajaan Arab Saudi cukup maklum bahawa umat Islam yang berkeinginan menjejakkan kaki di tanah suci semakin bertambah bilangannya dari tahun ke tahun. Kalau tidak mengerjakan haji, umrahlah jawabnya.
Niat kerajaan Arab Saudi khususnya Raja Abdullah hanyalah semata-mata untuk memberi keselesaan kepada jemaah. Baginda cenderung mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Hasratnya hanya mahu melihat umat Islam dapat mengerjakan haji terbaik tanpa tergesa-gesa dan bersesak-sesak.
Bagi proses pembesaran Masjid Nabawi yang memakan masa tiga tahun, sasarannya adalah untuk menampung 1.2 juta jemaah tahun depan berbanding 800,000 orang tahun lepas. Kos pembangunan Mekah dan Madinah mencapai SAR300 bilion (Saudi Riyal). Ini termasuk SAR100 bilion di Mekah.
Pembangunan di Masjidilharam dan Masjid Nabawi tidak terhad kepada infrastruktur semata-mata tetapi juga lahiriah. Antaranya, penyediaan sukarelawan dan kerusi elektrik yang diperbanyakkan. Khutbah Jumaat pula boleh diikuti dalam 10 bahasa termasuklah bahasa Rusia, Urdu, Cina, Perancis dan Melayu/Indonesia. Naskhah al-Quran ditambah.
Dari segi sistem pengangkutan, projek kereta api laju Haramain diusahakan pembinaannya menghubungkan Mekah-Jeddah-Madinah. Dipercayai sederas 320 kilometer sejam lebih laju dari tren di Jepun. Jarak Jeddah-Mekah sejauh 80 kilometer, dipendekkan hanya 25 minit. Dan dari Mekah ke Madinah sejauh 410 kilometer mengambil masa empat jam sebelum ini, kelak cuma dua jam perjalanan sahaja apabila beroperasi kereta api laju.
Perkhidmatan kereta api yang mempunyai landasan sepanjang 450 kilometer itu apabila siap kelak akan melalui tiga kawasan utama iaitu Jeddah, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz dan bandar ekonomi, Rabigh. Projek itu memiliki lima buah stesen dengan stesen utamanya terletak di Mekah yang turut dilengkapi dengan sebuah masjid yang boleh menampung 600 jemaah, kawasan pendaratan helikopter dan lebih 500 tempat letak kereta.
Sistem pengangkutan berkenaan dijangka mampu membawa lebih 20 juta penumpang termasuk jemaah umrah dan haji setiap tahun. Dijangkakan juga sebuah bandar haji dalam perancangan, yang mana akan bertindak sebagai pusat sehenti untuk jemaah.
Di Masjidilharam, pembangunan turut melibatkan laluan mataf (bertawaf). Yang lama dirobohkan dan dibina semula untuk memudahkan pergerakan jemaah di dalam mataf itu. Kapasiti kawasan mataf dijangka bertambah daripada 50,000 jemaah setiap jam kepada 130,000 jemaah apabila kerja-kerja pembesaran siap sepenuhnya.
Di Madinah, pembesaran Masjid Nabawi dijangka melibatkan sekurang-kurangnya 23 hotel di bahagian timurnya terpaksa dirobohkan untuk membesarkan ruang solat. Bagaimanapun ia akan digantikan dengan pembinaan 21 hotel baharu. Walaupun musim haji dilaporkan memberi pulangan kira-kira $36 bilion Riyal kepada Arab Saudi namun secara makro, kerajaannya sedang membelanjakan beratus-ratus bilion Riyal lagi untuk pembesaran Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Jadi, pihak keluarga tujuh jemaah haji Malaysia yang terkorban, redalah dengan takdir-Nya.
Dan semasa wukuf kelmarin (23 September 2015), para jemaah haji diyakini memanfaatkan setiap saat berada di Arafah dengan secara maksimum. Ini dilakukan dengan cara berzikir, beristighfar, berdoa dan membaca al-Quran. Di Arafah semalam, iaitu antara Asar sehingga menjelang Maghrib, ‘pintu langit sedang dibuka dan Allah akan memakbulkan doa-doa untuk para tetamu-Nya’. Selain menyerahkan sepenuh keikhlasan diri kepada-Nya, turut dibacakan surah Al-Haj serta Al-Ikhlas sebanyak 1,000 kali, Insya-Allah diharap termakbul doa-doa.
Hakikatnya bukan mudah untuk mendapat haji mabrur. Namun tidaklah sukar memperolehnya jika jemaah haji itu meletakkan sepenuh keikhlasan dan jiwa raganya dalam mengerjakan ibadah kerana Allah. Kesan haji Mabrur itu hanya dapat dilihat setelah enam hari selepas wukuf di Arafah,” kata seorang pakar rujuk Tabung Haji, Datuk Fadzil Awang kepada penulis yang menunaikan haji tahun lalu.
Sepanjang beribadah di tanah suci, jemaah haji diyakini berupaya mengelak atau menangani godaan dan ancaman mendatang.
Ini datang dalam bentuk yang pelbagai. Antaranya, ada kalangan kita mengerjakan umrah banyak kali, kemudian menyatakan bangga (riak) kepada jemaah lain, antaranya kata boleh khatam al-Quran banyak kali di Masjidilharam.
Cuba kita tanya hati kita, kita buat ini semua kerana apa... belum tentu kerana Allah. Berusaha untuk memperoleh haji mabrur juga bermaksud ‘memburu’ haji yang pahalanya telah dijanjikan Allah hanya syurga ganjarannya.
Dan pengertian penghayatan haji sepanjang hayat juga bermaksud bahawa apabila jemaah kembali ke tanah air nanti, sikap untuk berubah ke arah lebih baik mesti ada pada diri. Maknanya, kecende­rungan kita kepada dunia berkurangan dan kepada akhirat bertambah.

Jemaah warga Afrika dipersalahkan

MINA 25 Sept. – Pengerusi Jawatankuasa Pusat Haji Arab Saudi, Putera Khaled al-Faisal menyalahkan ‘beberapa jemaah haji warga Afrika’ yang menyebabkan kejadian rempuhan berlaku di Mina sehingga mengakibatkan kematian lebih 700 jemaah haji.

Beliau yang menegur masalah disiplin jemaah haji serta mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan terhadap insiden itu, berkata demikian sebagaimana yang dilaporkan syarikat televisyen milik Arab Saudi, al-Arabiya TV.

Antara jemaah haji warga Afrika yang dilaporkan berada di lokasi rempuhan adalah termasuk Nigeria, Niger, Mesir, Sudan, Chad dan Senegal

Semalam, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Khaled al-Falih menyifatkan masalah disiplin jemaah haji merupakan punca kejadian rempuhan di Mina.

“Jika jemaah haji mematuhi arahan yang dikeluarkan, kejadian rempuhan ini dapat dielakkan,” kata Menteri Kesihatan itu yang memberitahu kebanyakan jemaah haji bergerak tanpa jadual yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.


1.95 juta jemaah berdaftar sebagai jemaah haji tahun ini termasuk 1.4 juta rakyat asing

Dalam pada itu, Ketua Organisasi Haji Iran, Said Ohadi berkata, seramai 131 warga Iran menjadi mangsa yang terbunuh dalam kejadian rempuhan tersebut.

Katanya, jumlah kematian warga Iran berkemungkinan meningkat berikutan 60 warga negara berkenaan turut mengalami kecederaan.

Sementara itu, Timbalan Duta Indonesia di Riyadh, Sukarno memberitahu, tiga orang warga Indonesia terkorban dalam kejadian rempuhan tersebut manakala seorang lagi cedera dan sedang dirawat di sebuah hospital di Mekah.

Sekurang-kurangnya 717 orang jemaah haji maut manakala 863 lagi cede ra dalam kejadian rempuhan di Mina semalam, yang merupakan kejadian terburuk selepas tragedi terowong Muassim runtuh pada 1990 yang mengorbankan 1,426 orang jemaah.

Berdasarkan laporan media, antara warga negara yang terbunuh dalam kejadian semalam adalah termasuk Iran, India, Turki, Mesir, Indonesia, Pakistan, Filipina dan Sudan.

Gajet disalah guna sebar hadis palsu, tunjuk pandai

Sejak akhir-akhir ini, gajet komunikasi banyak disalahgunakan apabila aplikasi yang sepatutnya memudahkan perhubungan dijadikan medan menyebar maklumat mengelirukan, berbaur fitnah, gambar serta berita tidak dipastikan kesahihannya.

Segelintir pengguna semakin teruja dan seronok menulis, mengubah suai, menghantar gambar berunsur negatif, yang dikongsi dengan tujuan mencari keseronokan tanpa mengambil kira sensitiviti agama, bangsa, masyarakat atau individu terbabit.

Rantaian penyebaran sesuatu berita secara salin dan hantar, diubah suai dengan fakta tambahan. Tindakan itu boleh dikira sebagai menyebarkan berita yang tidak benar dan membawa fitnah.

Menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran, bertujuan mencemarkan nama baik seseorang adalah fitnah. Perbuatan tercela itu dilarang oleh Allah SWT dan orang yang membuat fitnah akan ditimpa azab yang amat pedih.

Dakwah media elektronik

Allah SWT berfirman bermaksud: "Sesungguhnya orang yang mendatangkan fitnah kepada orang Mukmin lelaki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahanam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih." (Surah al-Buruj, ayat 10)

Setiap Muslim perlu berhati-hati dalam menggunakan saluran media sosial untuk berdakwah. - Gambar hiasan


Memaparkan berita berunsur keagamaan dianggap sebagai dakwah alam siber bagi sesetengah pengguna.

Penyebaran berita seperti nasihat, larangan dan suruhan berlandaskan tuntutan agama serta hadis, kerap diterima malah sudah menjadi amalan.

Tidak dapat dinafikan, banyak kebaikan berdakwah menerusi media elektronik, namun seseorang itu haruslah berhati-hati dengan lambakan hadis palsu dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW.

Hadis itu sengaja direka untuk menimbulkan kekeliruan terhadap agama Allah SWT.

Penyebaran hadis palsu adalah dusta terhadap nama Nabi SAW dan hukumnya berdosa.

Daripada al-Mughirah bin Syu'bah, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya berdusta kepadaku tak sama dengan orang yang berdusta atas orang lain. Barang siapa berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia bersiap-siap (mendapat) tempat duduknya di neraka." (Riwayat al-Bukhari)

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Allah SWT melarang hamba-Nya yang beriman percaya kepada khabar angin. Allah SWT menyuruh Mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka kerana tidak semua berita itu benar. Islam telah meletakkan syarat bagi mengelakkan kesan buruk akibat berita yang disampaikan.

Pastinya kita biasa menerima mesej, 'Sila sebarkan SMS ini. Jika tidak kamu akan ditimpa bencana daripada Allah Subhanahu wa Taala' atau 'Jika anda mahukan kejayaan yang akan dikurniakan Allah SWT maka jangan tunggu lama-lama untuk sebarkan e-mel ini kepada 20 orang. Sudah pasti akan datang ganjaran tanpa anda duga.'

Mesej berkenaan boleh membuatkan seseorang berasa ragu-ragu untuk tidak melakukan apa yang diugut oleh penghantar. Kepercayaan terhadap perkara itu boleh menjejaskan akidah.

Kini dosa bukan hanya dilakukan secara bersendirian, tetapi secara perkongsian (berantai) hingga menjadi fitnah secara meluas.

Jalinan perkongsian itu kemudian disebarkan secara lebih luas lagi melalui prinsip tolong-menolong oleh orang yang tersangkut dalam rantaian terbabit.

Sedar atau tidak, pengguna mungkin terjerat dengan penyebaran hadis palsu. Untuk mengelak perkara itu, tindakan pertama adalah merujuk kepada teks hadis yang diiktiraf sahih.

Amalan sedemikian dapat menyelamatkan seseorang dari jatuh ke jurang kehinaan.

Tindakan mendatangkan dosa

Sekalipun tidak menyebarkan cerita palsu, namun jika cerita yang sebarkan itu berniat jahat, untuk mengadu domba atau memburukkan pihak lain tanpa sebarang sebab dibolehkan syarak, maka ia sudah cukup untuk mendatangkan dosa.

Masing-masing ghairah ingin menjadi 'yang pertama' menyebarkan berita baharu diterima. Selain menjejaskan kredibiliti, ia mendedahkan tahap pemikiran seseorang pelaku yang kerap menonjolkan tindakan negatif.

Pemantauan tidak dapat mengawal perbuatan suka 'menyalin dan menghantar'. Sehingga kini, pelbagai cara dilakukan pihak berkuasa, namun perkara negatif itu tetap berleluasa.

Berhati-hatilah menggunakan saluran media sosial dan gunakan dengan cara berhemah dan mengikut landasan ditentukan syarak.

Jangan kita cemari kemudahan disediakan dengan perkara yang hanya akan mendatangkan dosa kepada kita semua.

Musuh Islam licik perdaya pemikiran umat

Melihat zaman jahiliah dahulu, manusia hidup tanpa pedoman dan petunjuk. Cara hidup mereka ketika itu penuh kemaksiatan, kezaliman terhadap golongan lemah dan miskin, perhambaan, penindasan, riba dalam jual beli, telah mewujudkan suasana kehidupan yang jauh dari norma kehidupan sebenar manusia.

Maka, kedatangan Islam telah memberikan satu kesan besar sehingga berjaya menolak corak hidup jahiliah dan mengeluarkan masyarakat Arab dari zaman kegelapan kepada petunjuk, dari kezaliman kepada keadilan serta dari penindasan kepada pembelaan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)

Perutusan Rasulullah bawa kebahagiaan

Perutusan Nabi Muhammad SAW kepada umat manusia membawa kebahagiaan yang besar. Baginda SAW menyelamatkan manusia dari kesengsaraan.

Baginda menjadi sebab tercapainya pelbagai kebaikan di dunia dan akhirat. Baginda memberi pencerahan kepada manusia yang sebelumnya berada dalam kejahilan, membawa hidayah kepada manusia yang sebelumnya berada dalam kesesatan yang nyata. Inilah rahmat Allah SWT bagi seluruh manusia.

Suatu ketika dahulu umat Islam pernah menguasai dua pertiga dunia yang memimpin dengan iman, berpandukan al-Quran dan sunah.

Mereka memerintah dengan penuh keadilan dan telah menunaikan segala amanah dipikulkan di atas bahu mereka. Mereka juga telah menjadi pembawa obor hidayah dan petunjuk ke jalan kebenaran.

Tamadun Islam pernah sampai ke kemuncak ketinggian yang menghimpunkan antara ilmu dan iman, menyambungkan langit dan bumi, menghubungkan dunia dan akhirat, mempertemukan akal dan hati serta menyeimbangkan hak individu dengan kepentingan masyarakat.

Rakyat menjadi mangsa akibat pergolakan, peperangan di beberapa negara Islam ketika ini. - Gambar hiasan
Namun, hari ini keadaan umat Islam bertukar sebaliknya.

Kita menjadi umat yang mundur sedangkan suatu ketika dahulu kitalah yang menerajui kemajuan.

Lihatlah bagaimana nasib umat Islam di beberapa negara Islam yang sedang bergolak menghadapi peperangan saat ini.

Lebih memeritkan, apabila rakyat di negara-negara itu tidak terbela, mereka menjadi mangsa disebabkan kerakusan manusia berhati batu.

Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam.

Antara bentuk serangan ditujukan mereka kepada kita ialah serangan terhadap iman. Hanya dengan iman yang mantap dapat menyelamatkan manusia daripada kebinasaan di dunia sampai akhirat.

Musuh Islam sememangnya sentiasa berusaha menghancurkan iman dan akidah kita. Lihat sahaja bagaimana mereka memesongkan pegangan umat Islam dari petunjuk al-Quran dan al-Hadis.

Apabila iman dan akidah semakin lemah, maka umat Islam semakin jauh dari petunjuk jalan hidup yang sebenar. Akhirnya, mereka akan tersungkur daripada jalan orang Mukmin sejati menuju jalan yang dimurkai.

Segala agenda dan dakyah mereka akan mudah meresapi ke jiwa umat Islam. Bahkan umat Islam juga akan dijangkiti penyakit 'wahan' iaitu cintakan dunia dan bencikan kematian.

Renungkanlah firman Allah SWT yang bermaksud: "Ramai di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW)." (Surah al-Baqarah, ayat 109)

Kedua, serangan terhadap pemikiran. Musuh Islam telah berjaya mewujudkan aliran pemikiran jelas bercanggah dengan Islam seperti pemikiran liberal yang menyamaratakan dan mencampuradukkan semua agama di dunia ini dan sekular yang memisahkan agama daripada urusan seharian.

Kebanyakan pemikiran itu berjaya mempengaruhi umat Islam. Hakikat yang mesti difahami, hanya pemikiran Islam yang berpandukan kepada petunjuk wahyu Ilahi sahaja wajib dipegang.

Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita.

Golongan liberal nafi aturan, syariat

Lihat bagaimana golongan liberal berani menafikan aturan dan syariat Allah SWT seperti menganggap perintah menutup aurat salah satu bentuk diskriminasi terhadap wanita Islam.

Bahkan menganggap mereka yang mengamalkan cara hidup Islam sebagai jumud dan menentang hak asasi manusia. Ketiga, serangan terhadap ibadah.

Realiti hari ini, aktiviti maksiat telah dimanipulasikan oleh musuh Islam menjadi simbol kemajuan dan kemodenan. Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok.

Apa yang ada di benak mereka hanyalah perkara sia-sia dan melalaikan dalam menghabiskan sisa baki umur mereka. Inilah yang menimpa sebahagian daripada kita kerana nafsu dan syaitan telah berjaya menguasai jiwa.

Keperibadian mereka larut dalam budaya dan cara hidup Barat yang bercanggah dengan Islam. Apa-apa yang dibawa oleh Islam dianggap sebagai kuno dan ekstrem sedangkan setiap yang datang dari mereka pula dianggap sebagai maju dan bertamadun.

Persiap bekalan amalan baik


Lihatlah betapa liciknya musuh Islam, tanpa senjata pun berjaya mengalahkan umat Islam. Justeru, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Jangan sekali-kali mengabaikan ibadah wajib seperti solat fardu kerana solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

Renungkan pesanan Nabi SAW menerusi hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah: "Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang yang terasingkan itu."

Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini. Mulakan dengan diri sendiri dan ahli keluarga masing-masing.

Persiapkan senjata ilmu agama yang mantap serta sematkan dalam jiwa dengan iman dan takwa.

The significance of Aidiladha; The haj — a renewal for Muslims everywhere

The haj — a renewal for Muslims everywhere

NOWHERE is Islam revealed in all its glory and greatness but in the plains of Arafah outside the Holy City of Mecca when Muslims performing the haj, the most significant among the Five Pillars of Islam, gather to perform the final rites of their pilgrimage. It usually falls during Wukuf Day, on the 9th and 10th day of the Muslim calendar month of Zulhijjah.

One’s pilgrimage to Mecca is only considered complete once the pilgrim has reached Arafah on that day. The gathering at Arafah is a Muslim’s biggest day as this is when pilgrims seek redemption for all their sins and beg forgiveness from the Almighty.

It must be remembered as well that it was at Arafah during his final haj that Prophet Muhammad (pbuh) delivered his last sermon, enjoining all Muslims to open themselves before Allah and live anew, having been thus blessed by the Almighty. Soon after, the Prophet Muhammad (pbuh) passed away.

Arafah is also revered as a place that best resembles Mashar, the place that all Muslim faithful will awaken on Judgement Day in the next world.


Pilgrims praying upon Mount Arafat outside Mecca. REC


The pilgrimage is noteworthy far beyond its precepts and biddings. In the Quranic verse, in Surah Al-Nasr, it is stated that the pilgrimage is for all humankind.

A deeper and larger meaning to the performance of the haj can be discerned by relating the concepts of redemption, renewal and rebirth to the sense implied in the mentioned surah.

For Malaysians of all faiths, the time has come for us to perform the ultimate pilgrimage by seeking redemption for all the bad deeds that we have inflicted upon one another on the basis of half-truths and lies in the above-mentioned realms.

We can do a renewal and a rebirth by coming out clean and, as the Malay saying goes, “Balik kepangkal jalan” (Go back to where you began).

Renewal that covers attempts by the authorities to integrate the different races in the country via multi-focused activities is something that will take time. This is due to the multiracial and multireligious make-up of a society like ours.

Getting the people to unite in a ‘renewal’ exercise can take different forms and may all end up in cultural tangles that may even lead to unexpected results. We can have sit-ins, occupy, street demonstrations and even lightning-strikes.

But the support for these may not be all that representative of the multiracial composition of the country. Other problem areas include, for instance, the “no” from Muslim students to the sharing of dormitory-space together with students of other races.

Invitations for applications from other racial groups other than Malays to join the military, police and other security organisations have not been that encouraging every time these were started.

If renewal is going to take too much time in getting effective results, then try rebirth as a means of a system-change in the country. The danger signs here are that no one has come close to defining what they really want.

Statements reported have given some indications, but generally, the “yellow shirts” demonstration had the hopes that the present government has to resign en bloc, and if this failed, they wanted the head of the government to step down for what he had been alleged to have done.

The charges brought against the demonstrators by the police had clearly accused them of inciting the people to bring down an elected government. In short, the discussion above conveys a sense that all the three concepts — redemption, renewal and rebirth — can only operate if there is actually a “new beginning” to be exercised by everyone, regardless of their religions or cultural origins.

This is also what Malaysian pilgrims in Mecca will want to realise at the end of their haj. We wish them all success.

To the families and kin of those who had lost their loved ones in the recent crane collapse tragedy in Mecca, we extend our deepest condolences and also our prayers for their loved ones.


The significance of Aidiladha

MUSLIMS in Malaysia and most of their brethern around the world will observe Aidiladha, which means the “Feast of the Sacrifice” today.

Also known as Hari Raya Haji or Hari Raya Qurban in Malaysia, Aidiladha is one of the most important events in the Islamic calendar. It honours the willingness of Prophet Ibrahim to sacrifice his son, Ismail, as an act of obedience to Allah’s command – and Allah's mercy in putting a ram in Ismail's place at the last moment, according to Islamic traditions.

As Arab news channel Al Arabiya explains it, “Muslims believe that the very moment Ibrahim raised the knife, God told him to stop, that he had passed the test and to replace Ismail with a sacrificial ram.”

Aidiladha also marks the end of the haj, the annual pilgrimage to Mecca, when millions of Muslims make the mandatory journey to the holy city of Mecca, in Saudi Arabia.

Muslims will sacrifice cows, goats, lambs, among other animals in remembrance of Prophet Ibrahim’s devotion to Allah and, after that, distribute the meat to family and neighbours as well as the needy.

They begin the day with morning prayers at the mosque, followed by visits to family and friends and the exchange of food. Prophet Ibrahim’s act of faith conveys a powerful message: making sacrifices should be a part of our everyday activities and not merely a once-a-year occurrence.

It is hard to give up things that are close to our hearts, but that is what sacrifice is all about. The question is, are we prepared to part with a bit of our wealth to help those who are in need or freely offer to undertake charity work?

The answer is around us. The life of our society, now alarmingly tense, is characterised by anti-social behaviour, drugs, mental illness, homelessness, family break-ups, teenage pregnancies, recreational sex, and elder abuse and neglect, among others.

Sadly, we keep seeing greed, arrogance and a “me-first” attitude that puts individuals above anything else, including moral values.

Repression and violence are in danger of becoming the accepted norms. Corrupt people believe they can get away with their crimes and think nothing of resorting to vicious means to protect their interests.

We continue to read about children abusing their elderly parents. Sadly, older persons who are frail and vulnerable cannot help themselves and depend on others to meet their most basic needs.

At the same time, we hear of busy parents who have no time for their young ones in need of parental guidance and attention. Who do we blame when they take drugs, get pregnant or bully others?

Some may say that, as a society, we have lost our moral bearings, and that is a frightening thought. When Muslims assemble in the congregation of prayer today, they will pray for forgiveness and strength of faith.

They will find themselves responding to the spirit of the day to purify their hearts and souls. Aidiladha urges Muslims to fully grasp the spiritual meaning of sacrificing in the name of Allah and for the good of mankind. Selamat Hari Raya Aidiladha. NST Opinions Editorial 24 September 2015