December 26th, 2015

Ibn Taimiyah: Pejuang Ahli Sunnah dibenci Syiah

SYEIKH Al-Islam Ibn Taimiyah atau nama penuhnya Abu 'Abbas Ahmad bin 'Abd Al-Halim bin 'Abd Al-Salam bin Taimiyyah (661H-728H) bukanlah nama biasa di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah.

Beliau seorang tokoh pendidik umat, pejuang keadilan, pembela kebenaran dan pembanteras kebatilan. Berpegang tegas dengan prinsip Ahli Sunnah. Sanggup mempertaruhkan nyawa demi kebenaran yang dipertahankan.

Sebab itu, sejarah hidupnya tidaklah sepanjang masa disambut dan dirai dengan kerusi empuk, dihampar permaidani indah, ditabur dengan harta yang mewah dan dipuji pemerintah. Tidak sedikit cabaran dan dugaan yang ditanggungnya di atas nama kebenaran. Difitnah, ditangkap, diseksa dan beberapa kali dipenjarakan. Namun, itu semua tidak langsung menggoyahkan semangat dan menggugat prinsip kebenaran yang diperjuangkan.

Pemerintah yang menangkap dan memenjarakan beliau mungkin menganggap hukuman tersebut dapat menyekat dakwahnya. Namun, perhatikanlah, penjara hanya mampu menahan jasadnya tetapi tidak mampu menyekat ilmu, nasihat, buah fikiran dan semangatnya untuk disebarkan kepada umat. Berapa banyak karya agung beliau dihasilkan dalam penjara dan ia kekal dimanfaatkan oleh umat sehingga hari ini.

Disayangi Ahli Sunnah

Ahli Sunnah wal Jamaah wajib bersyukur dan berbangga kerana dikurniakan seorang tokoh ilmuwan yang menguasai pelbagai bidang. Ketinggian ilmu beliau dalam bidang akidah, falsafah, tafsir al-Quran, hadis, fiqah, siasah, tasawuf dan lain-lain lagi benar-benar membawa kebaikan kepada umat. Fatwa-fatwa dan pandangan beliau diguna pakai di dunia Islam hingga ke hari ini, termasuk juga di Malaysia. Bahkan turut menjadi penyelesaian kepada umat Islam minoriti di negara-negara bukan Islam.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi mengungkapkan: "Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah dalam kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling jantung hatiku sayangi dalam kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku." (Al-Qaradawi, Kaif Nata'amul ma'a Al-Sunnah, ms: 170, Mesir: Dar Al-Wafa)

Pujian dan pengiktirafan ulama terhadap Ibn Taimiyah terlalu banyak. Jika ada sebarang tohmahan dan fitnah jahat yang dipalitkan kepada Ibn Taimiyah, lantas bangkit sarjana Islam yang akan membersihkan dan membelanya.

Seperti yang dilakukan oleh seorang ulama dari mazhab Al-Syafi'iah, Ibnu Nashiruddin Al-Dimasyqi (wafat 842 H) yang menulis sebuah risalah berjudul Al-Radd Al-Wafir 'ala man Za'ama anna man Samma Ibn Taimiyah Syeikh Al-Islam Kafir (Bantahan yang cukup terhadap orang yang mendakwa sesiapa yang menggelar Ibnu Taimiyyah sebagai Syaikhul Islam maka telah kafir).

Dalam risalah ini, Ibnu Nashiruddin Al-Syafi'i menyebutkan pujian sekitar 85 ulama besar dari pelbagai mazhab: Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali. Kemudian beliau berkata: "Sungguh kami tidak menyebutkan jumlah yang banyak dalam kalangan ulama yang menyatakan akan keimaman Ibnu Taimiyyah dan juga sikap zuhud dan warak beliau." (Ibn Nashiruddin, Al-Radd Al-Waafir, hal 74)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani turut memberi kata pengantar kepada risalah ini dan pujian beliau kepada Ibn Taimiyah. Katanya: "Dan tersohornya keimaman Al-Syaikh Taqiyyuddin (Ibnu Taimiyyah) lebih tersohor daripada  matahari. Dan gelaran beliau dengan Syeikh Al-Islam tetap terjaga di lisan yang suci sejak zaman beliau hingga sekarang dan akan terus lestari hingga hari esok sebagaimana sebelum ini. Tidak ada yang mengingkari hal ini kecuali orang jahil (dungu) atau orang yang menjauhi sikap adil."

Kritikan adil & ilmiah

Kita sayang kepada tokoh umat ini. Namun, sayang kita kepada beliau tidaklah membutakan mata untuk melihat bahawa beliau juga adalah seorang manusia. Tidak terjamin daripada tersilap. Justeru, kita dapati, ada sahaja kritikan ilmiah oleh ulama yang dilakukan terhadap pandangan beliau. Kritikan dengan hujah ilmiah sebegini bukanlah suatu yang janggal dalam disiplin ilmu Islam. Tetapi dengan syarat mestilah ia kritikan yang adil disertai dengan hujah yang ilmiah.

Walaupun begitu, kritikan sebegitu tidak sedikit pun menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai tokoh umat. Apatah lagi untuk memfitnah beliau sebagai pencetus kepada ideologi keganasan. Tuduhan sebegini berunsur jahat. Ia tidak akan keluar melainkan dari mulut orang yang tidak mengenali beliau atau pun dari lidah mereka yang membenci dan memusuhinya seperti Syiah, atau dari Syiah yang berbaju Sunnah.

Memerangi Syiah

Ketegasan Ibn Taimiyah dalam membela Ahli Sunnah daripada serangan musuh, sama ada dari dalaman Islam sendiri atau pun pihak luar tidak perlu dipertikaikan lagi. Antaranya ialah penyelewengan, pendustaan dan fitnah yang dibawa oleh golongan Syiah. Maka, tidak hairanlah Syiah akan menjadikan Ibn Taimiyah sebagai sasaran fitnah jahat mereka.

Hal ini seperti yang diulas oleh sarjana Islam terkenal di kurun ini, Maulana Abu Al-Hasan 'Ali Al-Nadwi dalam bukunya yang ditulis khas mengenai sejarah perjuangan Ibn Taimiyyah, Kata beliau: "Sesungguhnya Al-Imam Ibn Taimiyyah telah bangkit menjawab Syiah dalam banyak tempat dalam bukunya. Dia benar-benar menunaikan tanggungjawab dengan kuatnya mempertahankan Sunnah, akidah Ahli Sunnah, Al-Khulafa Al-Rasyidin dan sahabat yang mulia RA.

Di samping itu dia mengkhususkan menjawab Syiah dalam sebuah kitab khas, dinamakan Minhaj Al-Sunnah Al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam Al-Syiah wa Al-Qadariyyah (Jalan Sunnah Nabi Dalam Menolak Pendapat Syiah dan Qadariyyah)." (Lihat: Abu Hasan 'Ali Al-Nadwi, Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyyah, ms 213 Kuwait: Dar Al-Qalam (t.t)

Di dalam Al-Radd Al-Wafir karangan Ibn Nashiruddin, turut dinukilkan kata-kata dari Syeikh Sadruddin bin Al-Wakiil yang menggambarkan kesungguhan Ibn Taimiyah dalam memerangi Syiah. Kata beliau: "Dan yang paling menakjubkan bahawasanya Ibnu Taimiyyah adalah termasuk orang yang paling gigih menentang ahli bidaah, Syiah Rafidhah, Al-Hululiyah, dan Al-Ittihaadiyah (fahaman wihdatul wujud).

Tulisan beliau mengenai hal ini banyak dan terkenal, serta fatwa-fatwa beliau perihal mereka tidak terhingga. Maka sungguh akan menyenangkan jika mereka mendengar akan kafirnya Ibn Taimiyyah, dan sungguh mereka akan bergembira jika mereka melihat ada ahli ilmu yang mengkafirkan Ibnu Taimiyyah.

Maka wajib bagi orang yang memiliki ilmu dan memiliki akal untuk mengamati perkataan Ibnu Taimiyyah dari karya beliau yang tersohor. Atau dari Ahli Sunnah yang thiqah (dipercayai) dalam kalangan ahli periwayatan/penukilan sehingga dia benar-benar memperoleh perkara-perkara yang dia ingkari dari Ibnu Taimiyyah, lalu hendaknya dia memperingatkan umat dari kesalahan-kesalahan tersebut, dengan maksud untuk memberi nasihat, serta memuji Ibnu Taimiyyah dengan menyebutkan keutamaan beliau pada perkara yang Ibnu Taimiyyah berada di atas kebenaran, sebagaimana kebiasaan (yang dilakukan pada) ulama selain Ibnu Taimiyyah (kesalahan mereka diperingatkan dengan tetap memuji mereka)."

Kekuatan hujah Ibn Taimiyah dalam membongkar kesesatan Syiah membuatkan Syiah tidak senang duduk. Gagal untuk membalas semula hujah, maka tohmahan dan fitnah ke atas Ibn Taimiyah adalah jalan mudah yang diambil oleh Syiah dari zaman dahulu hingga ke hari ini.

Lebih malang, apabila ada dalam kalangan mereka yang mentohmah Ibn Taimiyah ini berlagak seperti pembela Ahli Sunnah. Hakikatnya, mereka membawa pemikiran Syiah tetapi memakai baju Sunnah. Antara yang terkenal hari ini ialah Hassan Al-Saqqaf dari Jordan.

Seruan beliau kepada fahaman bermiripkan Syiah sangat jelas dan ia dilakukan dengan berselindung di sebalik nama Ahli Sunnah. Tulisan beliau yang menyelewengkan kata-kata ulama silam berjaya dibongkarkan. Semua itu dilakukan untuk memburuk-burukkan tokoh-tokoh ulama Ahli Sunnah.

Amat membimbangkan sekiranya ajaran Hassan Al-Saqqaf meresap masuk ke Malaysia dan dijadikan pula sumber hujah dalam agama dan menentukan sesuatu polisi negara. Usaha ini seakan-akan telah dilakukan. Antaranya dengan menterjemahkan buku beliau ke dalam bahasa Melayu seperti yang dilakukan oleh anak murid beliau sendiri, Zamihan Mat Zin. Diharapkan pihak kerajaan dan keselamatan bertegas dalam menyekat pengaruh jahat ini yang boleh mencemarkan kesucian agama dan keharmonian negara kita.

Apa pun, Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah akan tetap kekal sebagai permata berharga bagi Ahli Sunnah wal Jamaah. Tidak ada yang membenci atau mentohmah beliau melainkan dia belum lagi mengenali sepenuhnya Ibn Taimiyah, atau dia adalah Syiah atau pun Syiah yang menyarung jubah Ahli Sunnah. Abd Razak Muthalib Sinar Harian rehal 25 Disember 2015

Bulan keliling Kaabah?

GEMPAR dan menggemparkan, viral yang tersebar mengenai bulan mengelilingi Kaabah kembali lagi untuk ke berapa kalinya.

Dan versi penyebarannya dalam tahun 2015 masih sama seperti sebelumnya, cuma pada tahun 2011, variasinya berlainan sedikit. Pihak terbabit telah menggunakan nama Datuk Mazlan Othman bagi mensahihkan viral berkenaan.

Berikutan itu, ahli astronomi amatur dan pemilik portal Falak Online, Shahrin Ahmad memberi pencerahan berdasarkan teori astronomi berkaitan viral yang tersebar. Antara maklumat yang dikongsikan adalah:-

1) Bulan mengelilingi bumi pada jarak purata menghampiri 400,000 km. Saiz bulan dengan bumi hanya 1/4 bumi sahaja. Andai kata bulan berada hampir dengan permukaan bumi, saiznya akan meliputi negara Australia. Jadi bagaimana ia 'boleh' mengelilingi Kaabah?

2) Bulan juga mempunyai daya graviti namun tidak sekuat bumi. Jika bulan menghampiri bumi, bulan pasti akan hancur terlebih dahulu kerana tiada upaya menahan kekuatan graviti bumi.

3) Ayat yang menyatakan 'kejadian' ini berlaku setiap 100,000 tahun sekali tidak berdasarkan mana-mana kajian pun.

4) Jika kita meninjau sana sini, sehingga ke hari ini, tidak pernah ada mana-mana kenyataan seumpama (apa yang dikatakan oleh artikel berkenaan).

5) Jika benar ia akan berlaku, pasti sudah ada ulasan panjang lebar mengenainya, bukan sahaja daripada Nasa (yang diyakini ramai tidak percaya), tetapi mesti ada daripada jaringan agensi angkasa negara-negara lain seperti ESA, JAXA, Angkasa, Lapan dan banyak lagi.

6) Selain itu, jika 'ia' berlaku sudah pasti penyelidik dari universiti-universiti tersohor dunia turut mengeluarkan kertas kerja kajian atau abstrak penyelidikan dan mengulas dari sudut pandangan akademik, yang mana kita sendiri boleh cross-check maklumat tersebut.

Malangnya, ia tak wujud.

7) Di samping itu, komuniti ahli astronomi amatur yang jumlahnya berpuluh ribu di seluruh dunia, yang mana mereka ini selalu mencerap langit setiap hari, akan turut mengulas dan memberi pandangan menerusi forum-forum perbincangan seperti cloudynights.com, http://www.iceinspace.com.au/ dan sebagainya, tetapi malangnya tiada seumpama ini.

8) Laman-laman web majalah astronomi yang popular seperti skyandtelescope.com, astronomy.com, astronomynow.com , universetoday.com dan banyak lagi akan mengeluarkan artikel menjelaskan panjang lebar mengenainya (jika ia berlaku) tetapi tiada satu pun yang mengulasnya.

9) Lihat sendiri Live feed dari Tanah Suci di http://makkahlive.net/ dan boleh lihat sendiri apa yang berlaku di sana.

10) Saya pernah mengulas isu ini pada tahun 2011 di http://www.falak-online.net/portalfalak/bulan-keliling-kaabah-pulak-dah

11) Angkasa juga pernah keluarkan kenyataan pada tahun 2011 di https://www.facebook.com/notes/agensi-angkasa-negara-angkasa/bulan-mengelilingi-kaabah/251976368158509

12) Maka kesimpulannya, cerita ini adalah tidak benar sama sekali kerana ia sama taraf dengan cerita mengenai Kiamat 2012 dijelaskan (http://www.falak-online.net/portalfalak/bumi-bergelap-3-hari-satu-penjelasan-ilmiah)

Dunia bergelap 15 hari (http://falakonline.net/semesta/2015/10/ulasan-bumi-bergelap-15-hari-fakta-atau-auta/)

Isu tiga hari bergelap akibat solar storm (http://falakonline.net/semesta/2014/10/ulasan-kepada-isu-3-hari-bergelap-dan-kaitan-dengan-solar-storm/)

Sinaran kosmik dari Marikh dan dua matahari di Kanada di (http://bit.ly/2mataharikanada retograde Marikhdan kesan putaran bumi, http://bit.ly/marikhretograde)

Marikh akan jadi sebesar bulan (http://falakonline.net/semesta/2014/08/wow-27-ogos-2014-ini-marikh-akan-jadi-sebesar-bulan-best-nye-ye-ke/) dan banyak lagi. Semua cerita ini bertaraf hoax (tahyul).

13) Kejadian alam semesta ini ada susun aturnya dan undang-undang sunnatullahnya. Undang-undang ini wujud untuk kita memerhati, belajar dan kagum dengan kehebatan Pencipta alam ini, menerusi ayat-ayat manzurah. Baca dan amal ayat daripada Surah Ali-Imran (190 dan 191), dan mudah-mudahan kita menjadi hamba-Nya yang bertakwa. Sinar Harian Rehal 25 Disember 2015

Dakwa tahu tarikh kiamat

Jiran saya hadir satu program ceramah yang disampaikan oleh seseorang dikatakan sebagai wali. Penceramah tersebut menyatakan bahawa tarikh kiraan kiamat ada disebut dalam al-Quran iaitu sekitar 40 tahun lagi. Benarkah dakwaan ini?

Jawapan


Hanya Allah sahaja mengetahuinya

TIDAK ada siapa tahu bila berlaku kiamat kerana ia adalah urusan Allah SWT. Gambar hiasan.

Ceramah agama adalah baik secara umum. Namun begitu, ada ceramah agama yang sedikit tersasar daripada perkara yang sepatutnya. Ini kerana ceramah agama dicemari dengan kempen politik, budaya sesat-menyesatkan bahkan mengkafirkan orang lain dan perkara lain yang jelas bertentangan dengan asas Islam.

Satu kemusykilan tentang dakwaan bahawa penceramah adalah wali. Wali di sini ialah wali Allah. Kemungkinan benar ia wali Allah. Namun bagaimana kita dapat mengetahui bahawa seseorang itu adalah wali Allah. Jika dalam ilmu tasawuf, biasanya disebut bahawa tiada mengetahui tentang wali melainkan seorang wali juga. Ini bermaksud hanya seorang wali Allah mengenali wali Allah yang lain. Oleh itu, kita tidak sewajarnya menetapkan keputusan secara pasti bahawa seseorang itu wali Allah. Namun kita hendaklah bersangka baik.


Tentang tarikh kiamat, adalah lebih baik dan selamat untuk kita berpegang dengan nas al-Quran yang menyatakan dengan jelas bahawa tarikh kiamat tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Allah sahaja. Adapun dakwaan bahawa tarikh kiamat akan berlaku beberapa tahun lagi, maka kita jawab bahawa Allah lebih mengetahui.

Kepentingan Masjid 
al-Azhar dalam Islam

NAMA al-Azhar amat dikenali sebagai sebuah universiti Islam terkenal yang terletak di Mesir. Universiti ini diasaskan di sebuah masjid yang diberi nama Masjid al-Azhar sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Fatimiyyah di Mesir pada abad ke-10 Masihi. Masjid ini dibina oleh pemerintah Dinasti Fatimiyyah yang bernama Khalifah al-Mu’izzli Din Allah selepas beliau menakluki Mesir.


Lambang keintelektualan, kesenian Islam Mesir


PEMANDANGAN dari halaman dalam masjid al-Azhar menyerlahkan keindahan senibinanya yang merupakan hasil percampuran seni dan budaya pelbagai dinasti Islam.

Ia telah digunakan untuk sembahyang jemaah buat kali pertama pada tahun 972 Masihi dan seterusnya melebarkan fungsinya sebagai pusat pembelajaran teologi bermula pada tahun 989 Masihi. Masjid ini merupakan masjid jamek yang keempat dibina di Mesir selepas Masjid ‘Amr, al-Askar dan Ibnu Tulun.

Bangunan asal Masjid Al-Azhar adalah lebih kecil daripada bangunan yang terdapat pada hari ini. Bangunan asal masjid ini mempunyai tiga buah kubah dan sebuah menara kecil di atas pintu masuk utama. Hiasan utama yang digunakan ialah hiasan stucco atau plaster yang menggunakan bentuk arabesque, daun palma, dan tulisan kaligrafi Kufik. Hiasan stucoo yang digunakan mempunyai pelbagai gaya hiasan yang membawa kemungkinan bahawa ia ditambah oleh pemerintah Fatimiyyah yang seterusnya.

Sewaktu pemerintahan Khalifah Al-Hafiz, baginda telah memperkenalkan hiasan kaca berwarna di dalam masjid ini. Kaca berwarna hijau dan kuning digunakan sebagai hiasan tingkap.

Antara bahagian masjid yang melalui banyak pertukaran ialah menara masjid. Beberapa pemerintah dinasti Islam telah menukar menara Masjid al-Azhar antaranya ialah Sultan Barquq pemerintah dinasti Mamluk abad ke-14 Masihi yang menukarkan menara asal dengan sebuah menara lebih tinggi diperbuat daripada batu kerana beliau mendapati menara asal terlalu rendah.


GAMBAR lama menunjukkan para pelajar al-Azhar berada di halaman dalam masjid.

Namun begitu terdapat masalah teknikal apabila struktur menara itu rosak dan terpaksa dirobohkan beberapa tahun kemudian. Seorang lagi pemerintah bernama Sultan al-Mu’ayyad telah membina menara baru pada tahun 1444 tetapi ia juga mengalami masalah apabila struktur menara senget dan terpaksa dirobohkan semula.

Sultan Qaytbay telah membina sebuah pintu masuk utama dan sebuah menara di atasnya menggunakan batu yang diukir. Selepas itu, Sultan al-Ghurl pula telah membina sebuah menara yang lebih besar saiznya pada tahun 1510 berhampiran dengan pintu masuk utama.

Seperti masjid Afrika Utara yang lain, masjid Al-Azhar juga mempunyai halaman dalam dan juga kawasan koridor dalam yang dipagari dengan binaan gerbang dan tiang yang digunakan para pelajar dan guru sewaktu sesi pembelajaran. Peranan Masjid al-Azhar sebagai sebuah pusat pembelajaran terkemuka Islam semakin berkembang di bawah pemerintahan dinasti Uthmaniyah yang berjaya menakluki Mesir pada awal abad ke-16 Masihi.

Di bawah pemerintahan Uthmaniyah, para pelajar datang dari seluruh wilayah jajahan Uthmaniyah dan wilayah Islam lain termasuk dari alam Melayu yang datang ke Masjid al-Azhar untuk mendalami ilmu Islam seperti Fikah dan Tauhid.

Bangunan Masjid al-Azhar yang ada pada hari ini merupakan hasil daripada percampuran seni dan budaya pelbagai dinasti Islam dan kerajaan yang memerintah Mesir selepas kejatuhan Dinasti Fatimiyyah. Ia merupakan sebuah tempat warisan Islam yang mesti dilawati jika menjejakkan kaki di Kaherah, Mesir.

Mengenali Rasulullah

Semalam, umat Islam menyambut ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhamad SAW. Insan paling mulia yang membawa rahmat ke seluruh alam dan dijanjikan syurga oleh Allah SWT. Kehebatan baginda dalam semua aspek sama ada keimanan, kepemimpinan dan akhlak tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun di muka bumi ini.

Sebab itu Allah menegaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia juga banyak menyebut dan memperingati Allah (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21)

Menyambut kelahiran atau maulid Nabi SAW tidak cukup dengan berselawat dan perarakan. Lebih utama adalah ke­azam­an untuk mencontohi peribadi baginda yang amat mulia. Ia sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya Engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang tinggi (mulia). (al-Qalam: 4) Malah Saidatina Aisyah ketika ditanya tentang akhlak Rasulullah, menjawab akhlak ba­ginda SAW adalah al-Quran. (Hadis riwayat Muslim)

Maka, seseorang yang benar-benar cintakan Nabi SAW ialah mereka yang terzahir tanda cintanya itu pada dirinya akan mencontohi baginda SAW dengan melaksanakan sunnah-sunnah baginda; mengikuti kata-kata dan amalan-amalan baginda dan beradab dengan adab-adab nabi SAW baik dalam situasi susah atau senang.

Dengan demikian baharulah terbukti kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Ini sebagaimana dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (ali-‘Imran: 31)

Satu daripada cara menzahirkan kecintaan kepada baginda adalah dengan mengenali insan yang bernama Muhammad ini. Betullah kata pepatah Melayu, ‘tak kenal maka tak cinta’. Justeru, sempena memperingati hari keputeraan baginda mari kita mengkaji biodata baginda secara ringkas.

> Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abadul Manaf bin Quay bin Kilab bin Murrah.

> Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abd. Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah.

> Tarikh lahir: Isnin, 12 Rabiulawal tahun ke-53 sebelum hijrah/570 Masihi.

> Tempat lahir: Mekah al-Mukarramah, berhampiran Bukit Sofa (rumah Abu Talib) - kini dibangunkan sebagai perpustakaan.

> Diangkat menjadi nabi pada 27 Ramadan tahun ke-13 sebelum hijrah/690 Masihi di Gua Hira’, Mekah.

> Tarikh wafat: Isnin, 12 Rabiulawal tahun ke-11 hijrah/
 632 Masihi di Madinah al Munawwarah.

> Profesion: Pengembala kambing; ahli perniagaan (sehingga umur 40 tahun) dan kemudiannya dilantik sebagai nabi/rasul. Baginda juga adalah antara lima rasul yang ulul azmi.

> Tanda istimewa: cap kenabian di antara dua bahu.

> Warna kegemaran: putih dan hijau.

> Binatang kesayangan baginda:

a) keldai (empat ekor\dan Dul-Dul adalah keldai yang paling baginda sayang).

b) unta (20 ekor dan ‘Atba adalah unta kesayangan baginda).

c) kuda (20 ekor dan Ya’fur adalah kuda kesayangan baginda).

> Baginda mempunyai 12 isteri dan tujuh anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan.

> Perkara yang khusus kepada Nabi SAW antaranya maksum (terpelihara daripada dosa); dianugerahi kefasihan berbicara; keluarga dan keturunan baginda dilarang menerima zakat; janda baginda dilarang dinikahi orang lain dan Allah izinkan baginda berkahwin lebih empat orang.

> Baginda terlibat dan menjadi panglima tentera dalam 28 peperangan sepanjang tahun pertama hingga ke-11 hijrah.

Semoga dengan mengenali sirah baginda akan membuka hati kita menjadi insan yang sentiasa mencontohi dan me­rin­dui Nabi SAW. Bagi yang berkemampuan, bolehlah menziarahi makam Rasulullah di Madinah kerana ada hadis yang mengatakan perbuatan tersebut persis menziarahi baginda semasa hidup. - Mohd Radzi Mohd Zin Utusan Malaysia Rencana Agama 25 Disember 2015 6:10 PM

Empat cara berpeluang berdamping dengan Rasulullah

Jarak masa peninggalan Nabi Muhammad SAW dengan umatnya sehingga kini sudah menjangkau 15 abad lamanya. Namun, berdasarkan beberapa hadis, Baginda masih memberi ruang kepada seluruh umatnya untuk berdamping dengan Baginda di hari kiamat kelak jika umatnya mampu melaksanakan sunah ditinggalkan.

Berdasarkan hadis Nabi, terdapat empat perkara yang digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam bagi meraih kedudukan bersama Baginda pada Hari Kiamat antaranya sentiasa memperbanyakkan selawat kepada Baginda. Membaca selawat kepada Nabi satu amalan yang amat istimewa.

Banyak sekali bentuk selawat dan pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk melafazkan selawat termasuk dengan cara berlagu atau bernasyid seperti dilakukan pada masa kini.

Unjuran atau galakan berselawat telah difirmankan Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Surah al-Ahzab, ayat 56)


Orang Mukmin yang berselawat mendapat rahmat Allah SWT. - Gambar hiasan



Selain itu terdapat juga sabda Nabi SAW: "Barang siapa yang berselawat kepadaku satu kali selawat dengan penuh ikhlas dari hatinya, maka ia akan mendapat empat keistimewaan pada orang itu iaitu Allah SWT akan memberikan sepuluh rahmat, Allah SWT akan mengangkat darjatnya hingga sepuluh darjat, malaikat akan menuliskan sepuluh kebaikan untuknya dan Allah akan menghapus sepuluh dosa keburukannya." (Riwayat Bukhari, Nasa'i dan al-Bazzar)

Kedua, memelihara dan mengasihi anak yatim dengan melakukan kebaikan serta pertolongan memenuhi keperluan mereka yang merangkumi aspek jiwa, soal hati, kasih sayang juga masa depan mereka.

Mereka yang terbabit menguruskan organisasi anak yatim perlu melakukannya secara ikhlas dan tulus. Semua itu amal ibadah yang penuh keberkatan jika dilakukan secara jujur, ikhlas dan amanah.

Hindarkan diri menjadikan organisasi anak yatim sebagai tempat untuk mendapatkan harta atau imbuhan dengan cara mudah.

Mengurus anak yatim dengan cara yang terbaik menepati sunah Rasulullah SAW dan ganjarannya akan bersama Nabi pada akhirat kelak. Sabda Baginda SAW: "Aku dan orang yang mengurus anak yatim akan duduk di syurga bagaikan ini (Baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah lalu merenggangkannya)." (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Ketiga, menjadi pemimpin yang amanah, benar serta bijaksana. Perlu kita sedari bahawa setiap kita adalah pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat, organisasi, negeri ataupun negara.

Sehubungan itu, kita perlu melaksanakan tugas sebagai pemimpin dengan kaedah yang terbaik mengikut sunah Rasulullah SAW.

Ketika Khalifah Umar Abdul Aziz dilantik sebagai khalifah, beliau menjemput beberapa ulama bertemu dengannya untuk mendapatkan nasihat.

Salah seorang ulama yang datang adalah Hassan al-Basri dan tokoh ulama itu memberikan nasihat: "Anggaplah rakyat seperti ayahmu, saudaramu, dan anak-anakmu. Berbaktilah kepada mereka seperti engkau berbakti pada ayahmu, peliharalah hubungan baik dengan mereka seperti dengan saudaramu, dan sayangilah mereka seperti engkau menyayangi anak-anakmu."

Contohi kepemimpinan Umar

Menyentuh aspek kepemimpinan Umar bin Abdul Aziz sebagai pemimpin dan khalifah umat Islam, beliau pernah melintasi bangunan Baitulmal kerajaannya, tetapi beliau menutup hidungnya sedangkan bangunan itu berbau wangi.

Melihat keadaan itu, seorang pegawai yang bersamanya hairan dan bertanya: "Mengapa khalifah menutup hidung sedangkan kawasan ini berbau wangi?

Umar Abdul Aziz menjawab: Aku tidak mahu memakan harta rakyatku, walaupun sedikit, walau hanya dengan menghidu bau harum ini."

Berdasarkan kisah itu, perlu wujud kesedaran dalam kalangan pemimpin pada setiap peringkat untuk bersikap adil, amanah, jujur dan menguruskan organisasi serta masyarakat dengan sempurna.

Jika ini dapat dilakukan ia menepati sunah Nabi, masyarakat sejahtera dan negara makmur dan mendapat keberkatan Allah SWT.

Keempat, memiliki akhlak mulia untuk membolehkan diri kita berdamping dengan Nabi di syurga kelak. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Iman Baihaqi dan Ibnu Asakir: "Orang yang paling aku cintai dan yang paling dekat denganku kedudukannya di syurga adalah orang yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling aku benci adalah orang yang pemarah, sombong, dan takbur."

Dicatatkan dalam kitab Kanzul Ummal, Nabi Muhammad SAW memerintahkan Ali bin Abi Thalib untuk memenggal tujuh tawanan yang ditangkap oleh pasukan Islam.

Tidak lama kemudian, datanglah Malaikat Jibril menemui Rasulullah SAW, lalu berkata: "Wahai Muhammad, penggallah leher semua yang enam, tetapi jangan penggal leher yang ini. Nabi Muhammad SAW bertanya: Wahai Jibril, mengapa? Jibril menjawab: Dia orang yang berakhlak baik, dermawan dan selalu memberi makanan kepada orang lain. Rasulullah bertanya: Wahai Jibril, apakah ini datang darimu atau Tuhanmu? Jibril berkata: Tuhanku memerintahkan aku untuk itu."

Sesungguhnya Islam menjadikan akhlak dan perlakuan sebagai ukuran kesempurnaan agama bagi seseorang. Ini bermaksud seorang Muslim yang beriman kepada Allah SWT dan rasul-Nya perlu mempamerkan akhlak serta perangai yang baik dalam kehidupan.

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW diutus ke dunia ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang baik bagi manusia atau yang selalu disebut sebagai 'makarimul akhlak".

Kasih sayang asas penyatuan ummah

Hubungan sesama manusia adalah sebahagian daripada kehidupan kita yang mengimpikan kesejahteraan dan kemakmuran.

Kita melihat bagaimana Islam mengajar umatnya berinteraksi sesama manusia dengan cara yang baik dan akhlak mulia.

Islam mengajar kita bahawa seorang Muslim yang beriman akan memegang prinsip asas di mana jika kita tidak dapat memberi manfaat kepada seseorang, maka jangan memudaratkan mereka.

Jika kita tidak dapat menggembirakan, maka jangan sedihkan mereka. Jika kita tidak dapat memuji, janganlah mengeji. Islam menekankan bahawa menggembirakan orang lain adalah satu kewajipan.

Kata-kata pujangga menyebut: "Lakukanlah kebaikan kepada sesiapa sahaja. Jika kebaikan dilakukan pada orang yang betul, maka benarlah kamu. Dan jika dilakukan kepada orang yang salah maka kamu juga sebahagian daripada kebaikan."

Kasih sayang terbina atas sifat rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya dan kerana itulah manusia diciptakan.

Firman Allah SWT: "Jika Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat. Melainkan mereka yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah (kasih sayang) mereka diciptakan." (Surah Hud, ayat 118-119)

Allah SWT menciptakan manusia supaya dapat berkasih sayang antara satu sama lain. Namun, jika persengketaan menjadi pilihan, maka Allah SWT akan menghukum mereka dengan kehinaan.

Oleh itu, kita melihat nama ar-Rahman adalah salah satu nama dan sifat Allah SWT. Mereka yang bersifat demikian, berhak mendapat rahmat daripada-Nya kerana menepati konsep acuan Allah SWT. Hadis Qudsi menyebut: "Jika kamu inginkan rahmat-Ku, maka kasihanilah makhluk ciptaan-Ku."

Kebanyakan sifat kesempurnaan datangnya daripada sifat rahmah (kasihan belas). Kita berlemah lembut, memuliakan orang lain kerana adanya sifat rahmah. Segala-galanya bertolak daripada sifat rahmah.




Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka disebabkan rahmat daripada Allah SWT kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, sudah tentu mereka akan menjauhkan diri darimu." (Surah Ali Imran, ayat 159)

Inilah prinsip Baginda SAW sehingga tiada seorang manusia pun merasa jemu dan sentiasa ingin menghampirinya. Inilah sifat yang perlu dicontohi supaya kita sentiasa disenangi dan dihormati masyarakat walau di mana kita berada.

Kasih sayang erat hubungan

Sifat kasih dan sayang mesti menjadi satu fenomena penting bagi umat mengembalikan mereka kepada penyatuan sebenar. Sifat kasih sayang akan mencetuskan perasaan gembira pada orang lain serta menghilangkan kesedihannya. Sudah menjadi sunnatullah, tidak semua manusia dilahirkan dalam keadaan sempurna.

Kelompok yang tidak sempurna ini atau orang kurang upaya (OKU) adalah sebahagian daripada entiti masyarakat yang perlu dihormati kerana Islam tidak pernah membelakangi mereka. OKU dan orang normal adalah sama dari sudut ibadah serta kedudukan di sisi Allah SWT dan mereka juga ditaklifkan dengan kewajipan sama.

Mereka sentiasa dilayan oleh Allah SWT sebagai seorang hamba, turut diraikan ketika solat lima waktu sebagai menjaga kepentingan mereka.

Sabda Baginda SAW: "Apabila kamu menjadi imam pada solat jemaah, maka ringankanlah bacaan di dalam solat dengan tidak memanjangkan bacaan. Ini kerana mungkin dalam kalangan kamu ada mereka yang sakit, lemah, cacat atau orang tua." (Riwayat Nasai')

Kehadiran mereka yang kurang upaya adalah rahmat kepada orang lain untuk mensyukuri nikmat kesempurnaan dikurniakan kepada mereka.

Bahkan, mereka berpeluang meraih ganjaran apabila menghulurkan bantuan kepada yang lemah. Kita juga harus sedar kesabaran yang ada di jiwa OKU akan memudahkan mereka mendapat syurga Allah SWT di akhirat kelak berbanding kita yang sempurna. Ibnu Qayyim berkata, orang beriman akan melihat wajah Allah SWT kerana ia adalah kemuncak kepada kerinduan penghuni syurga. Beliau mentafsirkan mengenai ayat kelebihan yang diperoleh oleh ahli syurga adalah melihat wajah Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bagi orang yang berbuat baik, ada pahala yang baik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya." (Surah Yunus, ayat 25-26)

Kata-kata 'tambahan' di sini ditafsirkan sebagai melihat Allah SWT. Namun, mereka yang lemah diharuskan berdoa kepada Allah SWT bagi menghilangkan kekurangan, tetapi kesabaran yang dapat dijelmakan dalam jiwa adalah yang terbaik kerana ganjarannya sangat lumayan.

Pernah datang seorang lelaki yang cacat penglihatannya kepada Baginda SAW dan meminta Baginda mendoakan untuknya supaya penglihatannya kembali pulih.

Jawab Baginda SAW: "Jika kamu mahu aku akan mendoakan untukmu dan jika tidak, kamu boleh bersabar dan ia adalah baik bagi kamu. Jawab lelaki itu, baiklah aku akan bersabar."

Demikian juga seorang wanita yang cacat bertemu Baginda SAW untuk didoakan. Jawab Baginda SAW: "Jika kamu bersabar, balasannya adalah syurga. Jawab wanita itu: Baiklah aku akan bersabar wahai Rasulullah demi syurga yang abadi."

Setiap umat miliki kehebatan

Sesungguhnya kekuasaan Allah SWT tiada batasan dan setiap manusia ciptaan-Nya mempunyai kelebihan tertentu. Mungkin dilihat sebagai kelemahan pada satu sudut, tetapi dari sudut yang lain, mereka lebih menyerlah daripada orang yang sempurna.

Malah, ada yang berkebolehan luar biasa sehingga mengatasi mereka yang sempurna. Justeru, golongan kurang sempurna ini mestilah diangkat kerana ada antara mereka yang berkebolehan. Inilah yang dilaksanakan Baginda SAW kepada Ibnu Ummi Maktum sebagaimana hadis daripada Anas Bin Malik: "Bahawasanya Baginda SAW pernah melantik Ibnu Ummi Maktum bagi menggantikan Baginda mentadbir Kota Madinah sebanyak dua kali." (Riwayat Abu Daud)

Kesatuan umat bertolak daripada sifat Allah SWT itu arrahim dan dengan sifat itulah manusia dapat menjelmakan sifat terpuji lain sehingga diangkat oleh Allah SWT sebagai hamba yang mulia disisi-Nya.

Learning from the Prophet

IN the year 628 AD, the Quraisy of Mecca and the state of Medina entered into the pivotal Treaty of Hudaybiyyah. The relationship between the two was hostile, to say the least, and the treaty was to establish peace between them.

Mecca was represented by its emissary Suhayl ibn Amr, while Medina was represented by Prophet Muhammad, the leader of Medina. After terms of the treaty were agreed it was to be put in writing, and the task was given to the Prophet's cousin, Ali ibn Abu Talib.

He first wrote "In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful" (Bismillah ar-Rahman ar-Rahim). Suhayl, objected, saying that he did not know of this 'ar-Rahman' and instead wanted to use the phrase commonly used by Arabs, Muslims or otherwise, which was; "In your name, O God" (Bismika Allahumma).

A few of the Prophet's Companions objected to this, but the Prophet told Ali to write Bismika Allahuma as requested by Suhayl instead.

The Prophet then asked Ali to write the next line; "These are the terms of the truce signed between Muhammad, messenger of God and Suhayl ibn Amir".

Again, Suhayl objected. The Quraisy did not acknowledge Muhammad as the messenger of God and it was for this reason, according to Suhayl, that they opposed him.

"Write instead 'Muhammad ibn Abdullah'." Ali had already written the first version and refused to change it.

But the Prophet asked Ali to show to him where the written phrase, since he could not read. He then wiped it out and asked Ali to write the phrase Suhayl wanted.

Ali did so and continued with the rest of the treaty. The agreement between Mecca and Medina was sealed.

This is one of my favourite anecdotes from the life of the Prophet Muhammad. Many of his Companions felt afterwards that the treaty was more beneficial to the Quraisy and disadvantageous to the people of Medina.

The covenant of the treaty would later be broken by the Quraisy, events which would eventually lead to the Prophet's victorious return to Mecca without any blood being spilled.

Even though the terms initially seemed to favour the Meccans, in the long run the Prophet was proven right.

I have always been passionate about the life and times of the Prophet.

I started young, reading picture books and stories of the Prophet and his Companions.

When I was older, I read biographies and commentaries about his life. With each new perspective gained, my respect and admiration for the Prophet grew.

The Prophet taught his followers that a person's worth before God is not the colour of his skin but the goodness of his heart. The Prophet freed slaves and constantly encouraged others to do so.

At the signing of the treaty, the Prophet could have insisted that he be known as the Messenger of God, yet this was not an issue for him. He could have also insisted to phrase Bismillah ar-Rahman ar-Rahim but he knew that it was more important to sign the treaty rather than get caught up with mere phrases.

At a time when women were ill-treated and discriminated against, the Prophet empowered them and elevated their status in society.

When infanticide of female babies was widespread amongst the Arabs, he forbade the barbaric practice. When he was insulted and pelted with stones in Taif, he did not retaliate nor did he ever bore a grudge against them.

When he came to Medina, he established the Constitution of Medina. The Constitution of Medina guaranteed religious, political and cultural rights to all the people of Medina, regardless of race or religion - centuries before the Magna Carta was signed and sealed.

For example, according to one account, an innocent Jewish man, maliciously accused by a Muslim of a crime he did not commit, obtained justice from the Prophet.

The Prophet also laid down rules of war, such as the prohibition on harming women, children and aged men, mutilating bodies and destroying plants and livestock.

There are many more lessons which one can and should learn from how the Prophet lived his life. For Muslims, there is no better role model. We have been enjoined to emulate the way he lived his life.

But have we done so?

We are selfish when he was selfless, we are greedy when he was generous, we are proud when he was humble, we are disrespectful when he was respectful, we are unkind when he treated others with kindness, we discriminate and persecute when he was a paragon of fairness and trust. We are quick to take offence when he was patient and rational. We deny and restrict rights when he guaranteed freedom for all.

Unfortunately, we have failed to learn from the enduring legacy of his life.

In our zeal to become the defenders of the religion, we Muslims have forgotten or ignored what the Prophet taught us.

The Prophet attracted many to embrace Islam, but the way we treat others paint a negative picture of the religion.

Why not take the opportunity, this Maulidur Rasul, to learn and re-learn the ways of the Prophet?

It will most not only make us better Muslims, but also teach many lessons on how to be good human beings to our fellow Malaysians. Syahredzan Johan A The STAR Columnist Humble Submission Monday, 13 January 2014 | MYT 10:29 PM

Let’s focus on our similarities

THE birthday of Prophet Muhammad on Maulid-ar Rasul and that of Jesus Christ on Christmas fall on consecutive days. This unique overlapping of events can give us inspiration to focus on the similarities as a means to bring people together for prosperity with peace and harmony

Today, Dec 24, the eleventh day of Rabi-al Awal, the third month of the Islamic calendar, marks the birth of the Prophet of Islam, Muhammad. On this day and almost every day during the month, Muslims all over the world, commemorate the birth on varying scales, from a simple family gathering at home to massive rallies and processions to show respect and reverence to the Prophet.

The Quran says that Muhammad “is a mercy to mankind”. Irrespective of the sectarian divide that is plaguing Islam, all Muslims are united in showing respect to the Prophet, who is a common reference point for the “ummah” – the community of believers. The Prophet is a model for leadership and human conduct and behaviour. The remembrance events reiterate and reverberate the mission on which Islam is founded.

Tomorrow, Dec 25, Christmas will be celebrated. Technically, the day marks the birth of Jesus Christ (called Nabi Isa by the Muslims).

In common parlance, Christmas is a festival of all sorts, transgressing religious bounds, no doubt embellished by commercial elements. Christmas is now a global phenomenon. The spirit of Jesus and his mission continues.

The Islamic Hijrah calendar is based on a pure lunar system without intercalation or adjustment of an additional month to synchronise every fourth year with the Gregorian calendar which is based on the solar reference system. Therefore, all annual Islamic events advance about 11 days each year and thus embrace the events and festivals of other faiths.

This is a unique characteristic of Islam to be in alignment with other religions and cultures. The Gong Xi Raya (when the Chinese New Year falls at the same time with the Id-al Fitr) and Deepa Raya (when the Hindu festival Deepavali falls at the same time with Id-al Fitr) are well known to Malaysians.

The Maulid-ar Rasul, the birthday of the Prophet of Islam and the birthday of Jesus Christ falling at about the same time this year brings to the fore a significance that needs recognition. From a historical and genealogical perspective, Islam and Christianity have many lessons to offer for preserving human conduct and dignity.

Christianity and Islam emanate from a common Abrahamic (Nabi Ibrahim ) fountain. From that stand point, the Quran is explicit in the relationship of Muslims with the “people of the book (scriptures),” a reference to Christians and others.

Islam recognises the existence and the legitimacy of other spiritual paths. This inclusive approach of Islam, advocated by the Prophet needs to be promoted vehemently in the present day context, when interfaith relations are at a low ebb.

In fact, a Muslim is not a Muslim if he does not believe in Jesus Christ and the other messengers of God, who were sent from time to time. In this regard the message of Jesus Christ, his miraculous birth, his death and the proposition of his return one day is entrenched in the Islamic belief system.

Jesus said, “Think not I have come to abolish the Law and the Prophets; I have come not to abolish them but to fulfil them. For truly, I say to you, till Heaven and earth pass away, not an iota, not a dot will pass from the Law until all is accomplished” (Matthew 4: 17-18).

Within the Islamic world and in the (so called) Christian West, there are apparent contradictions.

While the Islamic (mainly the Arab-speaking) world is torn apart by internal strife and sectarian violence, the affected Muslims are seeking refuge in the Christian West.

The ensuing refugee problem has reached a crisis point akin to the sad state of affairs at the end of World War II.

The Muslims from Syria for example, are given a humani-tarian treatment in Germany and in other European countries. In this respect, the bold and resolute action of Angela Merkel, the Chancellor and leader of the Christian Democratic Union of Germany, has attracted praise from all over the world.

Such a stance, despite other political overtures has demonstrated the fact that respect for human life lies beyond geographical borders and religious boundaries.

The Prophet of Islam himself faced persecution in his place of birth, Mecca. His flight to Medina, a momentous turning point for Islam itself, was welcomed by the people of Medina with open hands and with a recital of songs of joy.

The same lyrics were reenacted recently by an Ottawa school choir in Canada. Sung in its original Arabic form by schoolchildren, mainly Christians with a sprinkling of children from other faiths, the moment captured the ethos of migration and the welcome gesture to the migrants, assuring them continuation of life with safety and security.

The choir arranged and conducted by one Robert Filion was meant initially for fostering diversity and cultural inclusion in Canada. It became a welcome rhythm to the Syrian refugees entering Canada.

The Prophet of Islam was tasked to preach God’s guidance to preserve unity. He emphasised that unity of mankind is far stronger than that which can be claimed by national, social, colour or race preferences.

Unfortunately, that universal message appears to have been subverted by a few causing turmoil, in Islamic countries. The principle fortunately is alive elsewhere, even in Christian countries.

Let us Muslims, Christians and people of other faiths take a cue on this occasion of the overlapping commemoration of two great personalities the world has been blessed with and affirm our common and mutual understanding of and for each other.

Let us focus on similarities as a means to bring people together and prosper with peace and harmony. Happy Maulid-ar Rasul and Merry Christmas. Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther The STAR Home News Opinion Letters Thursday, 24 December 2015