March 9th, 2016

Khutbah Khas Gerhana Matahari 2016

Petikan Khutbah Khas Gerhana Matahari (9 Mac 2016 / 29 Jamadilawwal 1437) JAKIM

“Menggali Rahsia Keagungan Allah"

Allah SWT telah mencipta langit dan bumi ini dengan penuh keindahan dan kehebatan. Di bumi, Allah SWT ciptakan kita sebagai umat manusia di samping makhluk yang lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, lautan, sungai dan sebagainya. Manakala di langit pula, Allah SWT ciptakan cakerawala yang terdiri daripada matahari, bulan dan bintang yang menghiasi langit serta memberi manfaat kepada hambahamba-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah Yasin ayat 40, Maksudnya: “(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”

Peristiwa gerhana matahari merupakan suatu iktibar kepada umat manusia bahawa kita adalah makhluk kecil dan lemah di sisi Allah SWT. Allah SWT memperlihatkan sedikit daripada bukti kekuasan-Nya kepada manusia melalui peristiwa gerhana matahari yang merupakan salah satu fenomena yang amat mudah bagi-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah Fussilat ayat 37: Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.”

Kejadian gerhana matahari berlaku akibat dari kedudukan sejajar antara matahari, bulan dan bumi. Manakala gerhana bulan berlaku apabila kedudukan sejajar antara matahari, bumi dan bulan. Kedudukan sebegini akan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke bumi kerana itu ia dinamakan gerhana.

Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 5, Maksudnya: “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindahpindah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar; Allah menjelaskan ayatayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui hikmah sesuatu yang dijadikanNya).”

Kejadian gerhana matahari tiada kaitan dengan malang atau celaka sesuatu perkara. Ia merupakan keadaan yang berlaku sejak dahulu kala lagi termasuklah juga pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW yang mana kebetulan ketika itu wafat putera baginda yang bernama Ibrahim. Maka ramai yang menyangka bahawa gerhana itu membawa maksud kesedihan hati Rasulullah SAW.

Oleh kerana itu, Rasulullah SAW bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, مَا لاَيَنكَ ِسفَا ِن لمَِو ِت َأ ُ َّ نه ِ ِ َ و ُ بِهِمَا عِبَادَه ُ ه ف الل يخَوِ ُ ُ هِ القَمَرَ آيَتَا ِن مِن آََّا ِت الل َ َس و ِإَّ ن ال َّ شم حَدٍ مْ مِنهَا ُ َأيت َ م ف مَا بُِكُ ُكشَ ُ مَ َن الَّن ا ِس فَِإذَا ر َحَّت ى ي َ ه وا الل ُ ا ْدع َ ل وا و ُ ا فَ َص ً َشيْئ Mafhumnya: “Rasulullah SAW bersabda bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda-tanda kekuasaan Allah. Allah menakutkan hambahamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan mati seseorang dari kalangan manusia, maka pabila kamu melihat berlakunya suasana (gerhana matahari dan bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan kelihatan semula bagi kamu.”

Sebenarnya kejadian gerhana juga adalah satu peringatan kepada manusia bahawa jika Allah berkehendak menghentikan peredaran matahari, bulan, bintang, bumi dan lainnya sudah pastilah seluruh kehidupan ini akan musnah. Ia juga merupakan peringatan kepada manusia.

Mengakhiri khutbah, sebagai usaha untuk melahirkan keteguhan seterusnya mengekalkan kekuatan iman yang ada dalam diri umat Islam, mimbar menggariskan beberapa nasihat untuk dijadikan pedoman bersama:

Pertama: Fenomena kejadian gerhana merupakan bukti kebesaran Allah SWT yang ditunjukkan kepada makhluk-Nya untuk dijadikan bahan tafakkur.

Kedua: Menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah.

Ketiga: Menghitung, mempertingkatkan dan memperkemaskan amal kebajikan sepanjang masa.

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “ Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikatul Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudain kamu akan diambil kepada tuhan kamu (untuk menerima balasan)”. Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan tuhan mereka (dalam keadaan malu, hina, sambil merayu): “ Wahai tuhan kami! Kami telah melihat dabn mendengar denga sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu), maka kembalikanlah kami ke dunia, supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin.” (Surah as-Sajadah :11-12)

Wallahualam.

Khutbah Khas Gerhana Matahari 2016

Khutbah Khas  9 Mac 2016 JAIS

Gerhana Matahari

Gerhana matahari adalah satu daripada kejadian alam yang memperlihatkan kebijaksanaan Penciptanya dan menjadi iktibar kepada sekelian manusia. Gerhana itu ialah suatu perubahan, suatu kejadian, suatu keagungan dan kebesaran Tuhan yang berlaku pada matahari dan bulan, di mana kejadian ini adalah suatu perkara yang amat mudah bagi Allah Ta’ala melakukannya.

Gerhana matahari adalah suatu peristiwa yang menakjubkan kepada seluruh umat manusia kerana secara tiba-tiba matahari kehilangan cahayanya. Sesungguhnya gerhana matahari yang berlaku merupakan peringatan Allah SWT tentang hari Kiamat dan fenomena ini juga menunjukkan kekuasaan dan kebesaran-Nya ke atas alam ini.

Firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 7-9; “Maka (Jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama”.

Hadis daripada Abu Bakrah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Dan sesungguhnya telah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah SAW berkhutbah dihadapan orang ramai sambil memuji Allah SWT dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah, gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyakkan mengingati Allah. Sabda Nabi SAW: “Wahai umat Muhammad, jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis”.

Pada pagi yang berkat ini, sedarilah bahawa peristiwa gerhana mengingatkan kita kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Malah gerhana juga adalah untuk memberikan peringatan kepada umat manusia agar takut dengan azab dan seksa Allah SWT. Justeru itu, marilah kita menginsafi diri kita dan mereka yang berada di bawah tanggungjawab kita, agar bertaubat kepada Allah Ta’ala dari segala kesalahan dan kesilapan serta menyesali segala kemungkaran dan kemaksiatan yang telah kita lakukan. Kita bertaubat kepada Allah Taala dengan taubat nasuha.

Ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT melalui fiman-Nya dalam Surah Ali Imran ayat 133; “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;”.

Antara hikmah dan pengajaran daripada khutbah ini adalah;

1. Umat Islam hendaklah menyedari dan meyakini akan kebesaran Allah Taala dan keagungannya yang berkuasa melakukan apa sahaja ke atas makhluk-Nya.

2. Umat Islam hendaklah menolak kepercayaan-kepercayaan khurafat yang dikaitkan dengan gerhana matahari atau bulan dengan apa-apa musibah yang berlaku kepada manusia.

3. Umat Islam hendaklah mengambil iktibar daripada berlakunya gerhana ini dengan meningkatkan keimanan serta kembali bertaubat dan mohon keampunan kepada Allah.

4. Umat Islam hendaklah memahami bahawa setiap apa yang berlaku itu mempunyai hikmah dan pengajarannya.

5. Umat Islam hendaklah meyakini dan menyedari bahawa Umat Islam pernah menguasai ilmu-ilmu astronomi yang boleh menjangka berlakunya setiap peristiwa gerhana dengan lebih awal.

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”. (Surah ali Imran : 191)

Wallahualam.

Ikatan kekeluargaan tak bermakna tanpa iman

Syurga dan neraka adalah janji Allah SWT yang pasti buat hamba-Nya. Amalan kita di dunia bakal menentukan destinasi terakhir di akhirat kelak. Bukan urusan kita untuk menentukan siapa yang bakal ke syurga dan neraka kerana urusan syurga dan neraka adalah milik Allah SWT.

Menerusi segmen Ibrah minggu lalu yang bersiaran di IKIMfm setiap Isnin, jam 5.15 petang, Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman berkongsi menjawab persoalan adakah ahli syurga boleh mendoakan keluarga mereka yang berada di neraka?

Jika kita sayangkan seseorang di dunia dan inginkan dia berada di syurga kelak, maka didiklah dia ketika di dunia supaya mendapat pengakhiran yang baik.

Bersangka baik dengan Allah SWT dan hamba-Nya kerana rahmat Allah SWT mengatasi kemurkaan-Nya. Bahkan keberadaan kita kelak ketika di syurga adalah dengan rahmat Allah SWT. Bukan amalan kita yang menjadikan syurga milik kita, bahkan amalan kita adalah asbab untuk mendapatkan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.



Perlu bersangka baik

Maka, hanya dengan kasih sayang Allah SWT yang akan membuat kita masuk ke syurga.

Urusan syurga dan neraka adalah perkara yang menjadi misteri dan kita tidak mengetahui ketentuan-Nya.

Jangan mudah bersangka seseorang itu akan masuk ke neraka. Perlu ada sangka baik kepada Allah SWT.

Apabila membaca ayat Allah SWT dalam al-Quran, kita akan sentiasa mendapati Allah SWT sedaya upaya mahukan hamba-Nya yang beriman masuk ke dalam syurga.

Jika seseorang itu pengakhirannya tidak sebaik yang kita lihat, tetapi kita tidak akan mengetahui hakikatnya dan rahmat Allah SWT kepadanya. Muhammad Syaari turut berkongsi sifat ahli syurga adalah taat kepada Allah SWT dan mereka reda dengan ketentuan Allah SWT.

Ketika di dunia, mereka telah susah dengan pelbagai amalan salih dan amalan kebaikan. Di syurga mereka akan berseronok namun tidak sekali-kali lupa taat akan perintah Allah SWT.

Kata-kata mereka penuh dengan kebaikan. Mereka tidak mengejek, mengata bahkan mengumpat ketika di syurga.

Ahli syurga sangat memahami Allah SWT Maha Adil, telah memberi pilihan kepada manusia ketika di dunia untuk memilih antara iman atau kekufuran.

Allah SWT memberikan masa yang secukupnya kepada manusia memilih jalan takwa atau sebaliknya. Jika seorang hamba memilih jalan kekufuran, maka di akhirat kelak Allah SWT menjalankan tugas-Nya dengan Maha Adil untuk memberi balasan setimpal dengan amalan mereka ketika di dunia.

Pembalasan akhirat setimpal

Ahli syurga sangat memahami hakikat itu dan tidak mengatakan Allah SWT sebagai tidak adil sekalipun yang dihukum itu adalah dalam kalangan ahli keluarga mereka.

Pembalasan di akhirat adalah setimpal dengan amalan ketika di dunia. Ahli syurga sibuk menikmati dan merasai segala nikmat yang ada di syurga.

Mereka sibuk dan tiada masa mengenang mereka pernah ada di dunia. Mereka tidak akan terkenang ahli keluarga ketika di syurga. Allah SWT juga menghapuskan rasa gelisah dan penyesalan terhadap ahli syurga.

Mereka tidak akan bimbang walaupun sedikit terhadap ketentuan Allah SWT.

Ketika di syurga, ahli syurga memahami Allah SWT menentukan sama ada hamba itu menikmati syurga atau diazab di dalam neraka. Allah SWT mencampakkan kasih sayang kepada kita ketika di dunia.

Apabila wujud rasa kasih sayang itu maka kita akan bersungguh-sungguh mempertahankan insan disayangi daripada sebarang ancaman.

Fitrah kasih sayang berubah

Bagaimanapun, ketika di akhirat kelak, peraturan dan fitrah kasih sayang ini akan berubah. Allah SWT mencampakkan rasa kasih dan sayang bukan lagi atas dasar keluarga bahkan atas dasar keimanan serta ketakwaan.

Definisi keluarga akan berubah ketika di syurga. Setiap ahli syurga bagaikan keluarga dan wujud kasih sayang antara mereka. Jika ada di antara ahli keluarga dan orang yang kita sayang itu beriman, maka Allah SWT akan mengekalkan rasa kasih dan sayang sesama kita ketika di syurga.

Allah SWT mencabut perasaan kasih sayang kita ketika di syurga kepada orang yang tidak beriman meskipun ahli keluarga sendiri.

Allah SWT mencabut setiap perasaan tidak baik dalam kalangan ahli syurga. Tidak akan wujud rasa simpati dalam kalangan ahli syurga terhadap ahli keluarga mereka yang melakukan maksiat kepada Allah SWT ketika di dunia dan menerima balasan atas setiap perbuatan mereka.

Ketika Perang Badar, kita dapat melihat fenomena ahli syurga. Ketika perang itu, Abu Ubaidah bin Jarrah membunuh ayahnya sendiri ketika ayahnya bersungguh-sungguh menentangnya.

Inilah peperangan membabitkan ahli syurga yang mana melihatkan ikatan kekeluargaan tidak lagi bermakna sekiranya tiada iman.

Tiada lagi rasa simpati ahli syurga terhadap ahli neraka.

Sumbangan akademik aktivis cambahkan ilmu

Peranan akademik ialah menggali ilmu dan mencerahkan ilmu bagi tujuan bermanfaat. Daripada ilmu itu juga dibina sesuatu yang baharu dan baik; menyatakan yang benar dan membetulkan yang salah.

Tujuan ilmu yang luhur ialah mendekatkan diri manusia kepada al-Khaleq. Al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya' Ulumiddin menulis, 'pendidiklah yang bekerja menyempurnakan, membersihkan, mensucikan dan membawakan hati itu mendekati Allah 'Azza wa jalla.'

Walaupun merujuk kepada peranan pendidik, sudah tentu ia merangkum semua mereka yang mempunyai ketinggian ilmu. Dalam istilah semasa ia merangkum ahli akademik, pensyarah atau ilmuwan yang berada dan sedang menyumbang ilmu pada peringkat tinggi, kata orang lama, menara gading.



SYARAHAN di dewan kuliah. - Gambar hiasan




Dalam menyampaikan ilmu, tidak kira kepada siapa ilmu itu ditujukan, asal ia memberi manfaat, maka seseorang itu dikatakan memberikan manfaat ilmu.

Sumbangan ilmu bukan semata-mata terikat kepada tulisan yang diterbitkan dalam jurnal terbitan antarabangsa atau mana-mana penerbitan eksklusif sahaja.

Akademik yang menulis bahan ilmiah dengan pendekatan popular (diistilahkan sebagai ilmiah popular) dan berkongsi ilmu dengan khalayak awam serta pembuat dasar menghadapi cabaran besar dalam menyampaikan manfaat ilmu.

Adakalanya cabaran yang dihadapinya itu lebih besar daripada menyampaikan syarahan di dewan kuliah atau membuat kajian dalam dunia atau disiplinnya atau menerbitkan karya dalam jurnal.

Akademik aktivis

Akademik yang berada di ruang ilmiah popular lebih bersifat aktivis (saya pendekkan sebagai akademik aktivis). Akademik aktivis ini dimaksudkan sebagai akademik yang aktif dalam masyarakat.

Akademik aktivis ini bukan sahaja memerlukan kebolehan ilmiah yang tinggi, tetapi juga perlu memantapkan kreativiti dalam menyampaikan ilmu yang tinggi kepada khalayak daripada pelbagai lapisan, dimensi dan persepsi hidup.

Penyampaian itu hendaklah disesuaikan atau diseimbangkan antara ilmu dan kefahaman khalayak.

Dalam menyampaikan ilmunya kepada pembuat dasar pula, akademik aktivis juga harus tajam penglihatan dan pengamatan tentang sesuatu perkara serta dapat meneliti dari kaca mata pembuat polisi itu.

Pendek kata, akademik aktivis hendaklah berkebolehan untuk mengimbangi kebolehan sebagai penggali ilmu, pemikir dan pada masa sama menzahirkan idea, teori dan pemikiran dalam bentuk realiti dan amalan.

Berat untuk saya sebut, tetapi saya perlu akui. Tidak semua akademik mampu hadapi khalayak atau pembuat polisi dengan hujah realistik mengenai dapatan kajian (walaupun jumlah mata wang untuk geran penyelidikan sangat besar).

Kebanyakan hasil kajian diterbitkan dalam jurnal akademik, tempatan atau antarabangsa, dengan istilah disiplin masing-masing. Hanya mereka yang pakar sahaja memahaminya.

Hakikatnya tidak mudah untuk khalayak dan pembuat dasar merujuk kepada penerbitan dalam jurnal penuh dengan 'jargon' atau istilah yang susah dan khusus untuk sesuatu disiplin.

Realitinya, bukan mudah untuk orang awam atau pembuat polisi untuk mengakses bahan dalam pangkalan maklumat, walaupun semuanya dibuat atas talian.

Mungkin faktor yuran langganan mahal dan mungkin kurang kepakaran dalam mencari bahan.

Menulis rencana ilmiah popular di akhbar atau majalah, bercakap secara langsung di corong radio dan menjawab secara langsung persoalan daripada khalayak, atau menghadap kamera secara langsung atau rakaman bagi rancangan ilmiah televisyen atau siaran media atas talian juga cabaran yang tidak mudah dihadapi oleh akademik.

Tidak semua ahli akademik mampu melakukannya; bukan kerana rendah ilmunya, sebahagian besarnya kerana sukar menjana kreativiti penyampaian.

Oleh itu, sumbangan akademik aktivis hendaklah diberikan perhatian sewajarnya; mereka tidak perlu diukur dengan ketat mengenai jumlah geran penyelidikan atau citation index.

Saya tidak menolak kepentingan geran penyelidikan atau penerbitan dalam jurnal akademik terpilih atau kepentingan 'citation' bagi tujuan peningkatan dan kematangan ilmu, tetapi pengiktirafan kepada sumbangan akademik aktivis dalam menyampaikan manfaat ilmu tidak boleh dipandang sebelah mata oleh pentadbir universiti.

Hingga kini ada beberapa universiti sudah beri pengiktirafan kepada akademik aktivis ini; tetapi belum semua.

Sajak Saidina Ali RA bermaksud, "Tidaklah kebanggaan selain bagi ahli ilmu, mereka memberi petunjuk kepada orang yang meminta ditunjuk.

Nilai manusia adalah dengan kebaikan yang dikerjakannya. Menanglah engkau dengan ilmu, hiduplah lama!. Orang lain mati, ahli ilmu tetap hidup".