April 1st, 2016

Friday Sermon Text: Celebrate Diversity, Strengthen Unity

Friday Sermon Text 1 April 2016AD / 23 Jamadilakhir 1437H JAWI

 Celebrate Diversity, Strengthen Unity


Issues of differences and disagreements often cloud the soul and mind of mankind. But, it is an inevitable fact and part of the sunnatullah governing the creation of man.

Conflicts not only exist in worldly affairs, but have also expanded into religious life.

Differences and disputes have occurred due to diversity of ability, differences in way of thinking, and in variety of languages, cultures, customs and backgrounds, as well as different perceptions and conclusions towards a particular argument or passage.

In verses 118 to 119, Surah Hud at the beginning of the sermon; Which means: "And if the Lord (O’ Muhammad) has so willed, He could have made mankind one people. (But he did not do so), and that is why they will not cease to dispute. Except those on whom the Lord has bestowed His Mercy, (they are united in the religion of Allah SWT); and for (the purpose of the dispute and grace) that Allah SWT made man. And thus completed the promise of the Lord: Behold, I will fill Hell with the jinn and mankind (the guilty)."

Ibn Kathir r.h states that it is clear, through the verse above, that disputes still exist among people in matters of religion and belief, they are divided into various sects and opinions. Ikrima r.h also felt that they still disagree in terms of the instructions.

Thus, Islam has outlined the ethics and etiquette of managing differences, especially among Muslims, which are discussed as follows:

First: Identify the limits of different opinions and do not transgress The differences occurring among Muslims since the time of the Companions until now manifests the celebration of diversity within Islam. This phenomenon is helpful and positive if the differences do not exceed the limit and become offensive, while still maintaining manners and proper etiquette as outlined by the law. Keep in mind that we are only permitted to accept differences of opinion for matters considered juz'i (partial) or Zanni (not conclusive), while in matters of policy or Qat'i (ultimate) we are totally prohibited from questioning and disagreeing.

Second: Sincere intention and not by impulsion or driven by desire Sincerity is a virtue which is demanded of all Muslims for any deed to be accepted by Allah SWT. It is an obligation and a key for someone who wants to find or uphold the truth so that he would not be overcome by desire.

Arrogance in the search for truth is also a trait or habit that should be eliminated. As reported by Imam al-Tirmidhi and narrated by Ka'b bin Malik RA, Rasulullah SAW said: جوهَ الَّن ا ِسِإ ُ ُ َأ ْو يَصْرِ َف بِهِ و َ ُ سفََُاء اَرِ َي بِهِ ال ُ َأ ْو لِيم َ لَمَاء ل َيْهِ ُ جَارِ َي بِهِ الْع ُ مَ ْن َطلَ َب الْعِلْمَ لِي الَّن ارَ ُ َأ ْدخَلَه ُ الل . )رواه الترمذي( َّ ه Which means: "Whoever seeks knowledge for the sake of arguing with the scholars, or to mock the ignorant, or to gain attention, then Allah SWT will commit them to the damnation of Hell."

Third: Avoid self-glorification, prejudices and always preserve Islamic unity One of the properties that we should avoid when differences of opinion occur is being uncompromising and adamant, even when faced with the fact that our position is indefensible, like the Malay saying ‘menegakkan benang yang basah’. Truth belongs only to God and He alone has the right to determine, whether for an individual or a group.

Allah SWT has declared in Surah al-An'am verse 159:  Which means: “As for those who divide their religion (with disputes based on lust) and break up into sects, you have no part in them in the least: their affair is with Allah: He will in the end tell them (on the Day of Resurrection) the truth of all that they did”.

Fourth: Embrace brotherhood and the Islamic camaraderie Islam emphasizes on Muslim camaraderie. Accordingly, even if a discrepancy arises, every Muslim should preserve manners, behaviour, and actions, so as not to cause strife. Harsh words, insults, vilification and slander should be avoided.

As stated by Allah SWT in surah al-Hujurat, verse 12: Which means: "O, you who believe! Shun much suspicion (lest you think thoughts that are prohibited) Indeed, some assumption is sin; and do not spy nor find fault and stigmatization of people; and do not some of you swear at each other. Would one of you like to eat the flesh of his dead brother? (If so slander) then of course you loathe it. (Thus, abhor such) and fear Allah; Allah is Relenting, Merciful. "

Differences of opinion is by no means a hostile act. Although our views may differ, it is still not an excuse for the community or society to break apart.

First: Disputes and differences of opinion among mankind is natural and is proof of the greatness of Allah SWT.

Second: Disputes and differences which are extreme and unmanageable will invite discords and divisions among mankind.

Third: Any dispute that occur must be referred back to the Al-Quran and As-Sunnah, which are the major sources of reference and guidance in Islam.

As stated by Allah SWT in Surah al-Nisa, verse 59:  Which means: "O you who believe! Obey Allah SWT and obey Rasulullah and the ulil Amri (leaders) among you. And if you disagree (dispute) in a matter, then go back to (the Book of) Allah SWT and the (sunnah) of Rasulullah SAW, if you truly believe in Allah and the Day of Resurrection. That is better (for you), and more deserving in the end. "

Wallahualam.

Khutbah Jumaat “Umat Muafakat Negeri Berkat”

Petikan Khutbah Jumaat 01 April 2016: JAIS

“Umat Muafakat Negeri Berkat”


Pepatah Melayu ada mengatakan, “bulat air kerana pembetong, bulat kata kerana muafakat”, “bersatu teguh bercerai roboh”. Pepatah ini amat berkait rapat dengan semangat untuk mengajak para anggota masyarakat supaya sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama, bertolak ansur dan tolong menolong antara satu dengan yang lain.

Budaya ini amat penting bagi melahirkan satu masyarakat yang saling menyayangi sesama sendiri dan pada masa yang sama boleh menjauhi segala anasir yang boleh memecah belahkan perpaduan dan kesatuan dikalangan mereka.

Muafakat akan tercapai hasil wujudnya semangat kerjasama dan perasaan sehati sejiwa di kalangan anggota masyarakat. Maka untuk mengekalkan hubungan permuafakatan sesama anggota masyarakat, hendaklah bersifat dengan sifat-sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan meninggalkan segala adab, akhlak, tatalaku serta sifat-sifat mazmumah iaitu sifat-sifat keji dalam diri masing-masing.

Bagi pihak yang mengharapkan terlaksananya pemuafakatan, kedamaian, keharmonian dan ketenangan perlu bersungguh-sungguh mengamalkan tingkah laku dan adab yang baik.

Hendaklah sentiasa bersikap baik sangka, menjauhi amalan fitnah, dan penyebaran berita yang tidak benar, sentiasa berwaspada dengan pelbagai maklumat yang sangat mudah disebarkan melalui media sosial dan sentiasa berusaha meningkatkan ukhuwah serta mengukuhkan silaturrahim

Kata-kata Syed Rasyid Redha: “Marilah kita bekerjasama dalam perkara yang telah disepakati, dan kita saling maaf memaafkan pada perkara yang kita berbeza pendapat” sangat wajar untuk dihayati bersama

Firman Allah SWT yang terkandung dalam surah al-Anbiya ayat 107;  “Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.

Dalam konteks masyarakat kita, rahmat juga disebut sebagai berkat. Berkat atau rahmat ini akan diberikan oleh Allah SWT dalam pelbagai bentuk. Sebahagiannya diberikan dalam bentuk; kesihatan, pencapaian, kejayaan, penghasilan, kelebihan, kecukupan, kegembiraan, ketenangan, kedamaian, keharmonian dan keseronokan.

Keadaan ini turut digambarkan melalui sebuah hadis daripada Abdullah Bin Amru RA bahawa Rasulullah SAW bersabda;  “Orang yang menyayangi akan disayangi oleh Allah. Jadilah kamu orang yang menyayangi di bumi dan kamu akan disayangi (dirahmati) oleh Allah, Rahmat itu berasal dari perkataan Ar-Rahman. Barangsiapa yang mendekatkannya maka Allah mendekatinya, barangsiapa yang menjauhkannya maka Allah menjauhinya”. (Riwayat at-Tirmizi).

Mengakhiri khutbah kali ini, umat Islam amatlah dituntut supaya;

1. Berpegang kepada tali Allah untuk bersatu berdasarkan syariat Allah SWT.

2. Umat Islam hendaklah sentiasa menjauhi segala anasir yang boleh memecahbelahkan kesatuan masyarakat dan sentiasa menjalankan usaha yang boleh membawa kepada pemuafakatan demi mewujudkan masyarakat yang bersatu.

3. Umat Islam hendaklah menghayati dan mengamalkan nilai-nilai mulia ketika bergaul dan berkomunikasi serta menjauhi perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

4. Umat Islam wajib memantapkan muafakat. Allah SWT akan menurunkan rahmat dan berkatnya samada dari langit ataupun dari bumi untuk kebaikan semua manusia dan makhluk lain seluruhnya.

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah, lalu menyebabkan kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan, serta bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati). Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”. (Surah al-Anfal: 46).

Wallahualam.

Usah kecewa jika tak dapat penghargaan manusia

Manusia yang memiliki sifat suka menghargai akan mempunyai naluri menyayangi apa sahaja yang dimiliki dan mampu memberi penghargaan kepada orang lain dengan memberi pujian dan galakan kepada mereka.

Melalui program Islam Itu Indah setiap Rabu, jam 10.30 pagi di IKIMfm, Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengajak kita supaya lebih bersyukur terhadap apa yang kita miliki dan berusaha dengan ikhlas untuk merebut keredaan Allah SWT.

Manusia yang memiliki sifat suka menghargai akan mempunyai naluri menyayangi apa sahaja yang dimiliki. Melalui program Islam Itu Indah setiap Rabu, jam 10.30 pagi di IKIMfm, Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengajak kita supaya lebih bersyukur terhadap apa yang kita miliki.



Umat Islam harus menghargai kesihatan dengan mengamalkan senaman dan makanan seimbang. - Gambar hiasan
Beliau menceritakan kisah Imam Sufyan al-Thauri seorang ulama terkenal yang memberi layanan luar biasa terhadap Imam Abu Hanifah yang datang menziarahinya.

Apabila ditanya kenapa beliau begitu menghormati Imam Abu Hanifah, beliau memberikan empat alasan.

Katanya, Imam Abu Hanifah dihormati kerana ilmu, akhlak, usia dan peribadinya.

Ilmu, akhlak paling berharga

Harga diri bukan terletak kepada barangan, tetapi kualiti diri dari segi ilmu dan akhlak.

Kedua, hanya orang yang memiliki harga diri sahaja mampu menghargai orang lain sedangkan orang yang tidak memiliki harga diri tidak akan mampu menghargai orang lain.

Hari ini kita lihat ada orang yang menghina dan merendahkan orang lain termasuk dalam media sosial. Itu sebenarnya perlambangan kepada rasa rendah diri orang itu.

Baginda SAW menunjukkan contoh teladan yang tinggi dalam menghargai dan memuji orang lain. Baginda SAW bersabda: "Sahabatku ibarat bintang di langit."

Beri gelaran baik

Baginda turut memberi gelaran yang baik seperti 'Pedang Allah' dan 'Singa Allah' kepada sahabat sebagai menghargai mereka.

Isterinya Saidatina Aisyah digelar 'Humaira' bahkan Baginda SAW menghargai makhluk lain seperti binatang serta pedang, dengan memberi nama sebagai menunjukkan penghargaan.

Nabi SAW mampu memberi penghargaan kepada orang lain kerana Baginda SAW memiliki harga diri yang paling tinggi.

Walaupun Baginda dituduh dengan pelbagai tuduhan seperti orang gila, ahli sihir, namun ia tidak melemahkan atau menjejaskan peribadi Baginda.

Seorang pemimpin hendaklah sentiasa menghargai orang bawahan dengan memberikan pujian dan galakan kepada mereka.

Selain menghargai orang lain, kita juga hendaklah bersyukur dengan pekerjaan yang dimiliki kerana ramai di luar sana yang masih menganggur.

Contohnya, seseorang yang syukur memperoleh pekerjaan akan menghargai tugas dan tanggungjawab diamanahkan, membuatkan dia bekerja dengan lebih tekun, bersungguh-sungguh serta berdedikasi.

Namun, bagi orang yang tidak menghargai pekerjaan atau kurang nilai syukur terhadap rezeki Allah SWT berikan, tidak akan berusaha untuk memperbaiki mutu pekerjaan.

Bahkan, ada juga yang tidak melaksanakan amanah diberikan itu sebaik mungkin.

Begitu juga jika kita mempunyai nilai penghargaan yang tinggi kepada diri, kita akan menjaga kesihatan tubuh badan untuk mengelak penyakit yang boleh menjejaskan diri serta ibadah kepada Allah SWT.

Nilai penghargaan penting kerana orang yang menilai ilmu dimiliki akan mengamalkan serta berkongsi dengan orang lain.

Dengan cara itu ia dapat memberi manfaat kepada orang lain kerana kurniaan yang tidak dimanfaatkan akan menjadi sia-sia.

Ilmu pendukung dakwah Islam

Ilmu serta kefahaman terhadap ajaran Islam akan menjadi pendukung terhadap dakwah Islam yang murni.

Namun jika tidak menghargai ilmu dimiliki dengan cara mengamalkannya dalam kehidupan, ia tidak dapat diteladani atau dimanfaatkan oleh orang lain.

Hakikatnya, dalam kehidupan ini apa sahaja usaha dan perbuatan baik jangan sesekali dilakukan hanya kerana manusia semata-mata kerana sifat manusia itu tidak sempurna.

Tetapi andai ada yang memuji, anggap ia sebagai penghargaan.

Andai usaha dilakukan tidak mendapat sebarang pujian, jangan sesekali susah hati atau kecewa kerana penghargaan yang tertinggi untuk direbut adalah penilaian daripada Allah SWT.

Kasih sayang ibu

SEORANG anak dibesarkan oleh ibu angkat sejak usianya masih bayi lagi. Dia tidak pernah kenal dan tahu siapa ibu yang mengandungkannya selama sembilan bulan 10 hari.

Adalah sesekali ibu angkatnya menceritakan serba sedikit mengenai ibunya tetapi langsung tidak terdetik perasaan untuk menyayangi ibu lain selain ibu angkatnya.

Sehinggalah suatu hari, ibu kandung mahu mengambil hak penjagaan anak itu. Namun, anak itu meronta-ronta tidak mahu tinggal bersama ibu kandungnya.

Situasi berkenaan walaupun jarang kedengaran tapi tetap berlaku dalam masyarakat hari ini. Ada anak yang tidak hormatkan ibu tiri dengan alasan bukan dia yang lahirkan mereka, ibu tiri mendera mental dan fizikal (ala-ala kisah dongeng Cinderella) dan bermacam lagi. 

Renunglah, Islam adalah agama yang dibina atas rasa hormat dan kasih sayang. Keluarga pula adalah asas kepada individu dan negara. Islam begitu menitik beratkan pertautan antara kasih sayang dalam keluarga.

Namun sebagai ujian dalam aturan ALLAH SWT dalam hidup manusia, tidak ada hubungan yang sempurna. Ada kalanya sebuah keluarga itu sempurna terdiri daripada ayah, ibu dan anak-anak. Ada kalanya hanya suami dan isteri. Ada kalanya ibu dan anak. Ada kalanya hanya anak sahaja tanpa ayah dan ibu. Ini semua hikmah yang begitu mendalam maknanya.

Talian darah

Pendakwah, Ustaz Amly Asenar berpendapat, situasi ini semua memberi peluang untuk manusia saling melengkapi antara satu sama lain atas dasar kasih sayang. Saling menampung dan melupakan kekurangan diri. Saling memberi dan menerima. Ini yang menyebabkan kasih sayang itu mahal harganya. Sebagaimana Nabi Zakaria menjaga Maryam, Maryam menjaga Nabi Isa, Halimah As-Sa'diah menjaga Nabi Muhammad SAW, Abdul Mutalib menjaga Baginda SAW dan Baginda SAW menjaga Zaid bin Haritsah.

"Tiada ruang untuk terpinggir dalam Islam. Setiap orang mempunyai hak untuk dijaga dan diberikan kasih sayang sama ada berbentuk ahli keluarga, keluarga angkat, keluarga susuan dan kebajikan negara. Malangnya, dunia semakin melahirkan institusi yang bersifat material dan pentingkan diri.

"Antara kasih sayang yang tertinggi ialah kasih kepada ibu. Ibu dalam erti kata kasih sayang. Tidak kiralah sama ada ibu yang melahirkan, ibu angkat, ibu tiri dan ibu susuan. Kesemua mereka ini berperanan memberikan kasih sayang, menjaga dan mendidik," katanya kepada Rehal.

Menurut beliau, bagi seorang anak tanggungjawab sebenarnya ialah menjaga kembali ibu dengan kasih sayang. Kadangkala talian kasih sayang lebih kuat daripada talian darah. Inilah hikmah yang amat bermakna. Tidakkah kita terharu jika melihat ibu dan anak yang saling berkasih sayang sedangkan mereka tiada pertalian darah?

Situasi di atas adalah dalam konteks kasih sayang. Namun dalam konteks yang berkaitan dengan syariat, ada hak bagi ibu sebenar yang tidak ada pada ibu angkat dan lain-lain. Umpamanya seperti hak nasab, ketaatan, aurat dan sebagainya. Maka setiap kategori ibu ini perlu memahami posisi mereka dalam konteks syariat. Ini bukanlah bermaksud Islam merendahkan nilai kasih sayang yang telah mereka curahkan. Cuma untuk menjaga keutuhan sistem kekeluargaan yang menjadi teras dalam Islam.

Bagi si anak, hargailah sebaiknya setiap kasih sayang yang diberikan tanpa mengira ibu sebenar atau bukan. Tidak membezakan antara mereka sebagaimana mereka tidak membezakan ketika memberikan kasih sayang. Ibu angkat atau ibu tiri, apabila mereka mencurahkan kasih sayang maka mereka berhak dihormati dan disayangi.

Asasnya ialah berbuat kebaikan sesama manusia. Jika ALLAH menyuruh membuat kebaikan kepada semua manusia. Apatah lagi kepada insan yang telah banyak membuat pengorbanan secara khusus kepada kita walaupun mereka tiada pertalian darah. Mereka memeluk dan mengasihi anak angkat atau anak tiri seperti anak sendiri. Mereka ini lebih utama diberikan kebaikan dan kasih sayang.

Islam tidak letakkan hierarki  siapa harus ditaati dahulu

Ramai mengajukan soalan antara ibu kandung, ibu mertua, ibu tiri, ibu susuan dan ibu angkat, siapa yang perlu didahulukan dan dihormati?

Pendakwah Ustaz MK Azman Daud menjelaskan, dalam konteks ini, kita harus faham kedudukan ibu kandung, ibu mertua, ibu tiri dan ibu susuan adalah sama dari segi hak, tanggungjawab dan batasan aurat. Cuma kedudukan mereka tidak sama hanya dalam aspek pewarisan harta pusaka. Manakala kedudukan ibu angkat adalah sama seperti orang luar kerana tidak ada kaitan dari segi hubungan darah dan perkahwinan.

Beliau menyambung lagi, seorang anak mempunyai hubungan rapat dengan ibu kandungnya kerana ada hubungan nasab keturunan. Manakala hubungannya dengan ibu mertua adalah kerana disebabkan perkahwinan dengan anak perempuannya. Ibu tiri mempunyai hubungan dengan anak tirinya melalui perkahwinan ayahnya.

Ibu susuan juga adalah mahramnya disebabkan hubungan penyusuan. Keempat-empat wanita ini adalah mahram kepada anak lelaki, iaitu wajib bagi seseorang anak itu untuk mentaati mereka.

"Kedudukan ibu angkat adalah tidak sama dengan keempat-empat wanita tadi kerana tiada pertalian antara anak angkat dan ibu angkat sama ada pertalian darah, perkahwinan mahupun disebabkan penyusuan. Maka tidak wajib untuk seseorang anak angkat untuk mentaati ibu angkatnya.

"Islam tidak meletakkan hierarki keutamaan siapa yang harus ditaati dahulu sama ada ibu kandung, ibu mertua, ibu tiri mahupun ibu susuan. Tanggungjawab anak terhadap mereka adalah sama. Berdasarkan kepada firman ALLAH SWT: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa." (Surah al-Isra': 23)," jelasnya.

Menurutnya, ibu tiri berhak mendapat layanan dan perlakuan yang baik daripada anak tirinya. Apatah lagi jika ibu tiri itu seorang isteri dan ibu yang baik, memberi kasih sayang tanpa berbelah bagi, menjaga keselamatan anak-anak tirinya dan menjalankan tanggungjawab sama seperti ibu kandung. Tidak wajar untuk anak-anak membenci dan memusuhi ibu tirinya hanya disebabkan rasa cemburu dan marah kerana berkahwin dengan ayahnya.

Eratkan silaturahim

Menghubungkan silaturahim dengan orang yang dicintai ayah amat disarankan sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar: "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya bakti yang paling baik adalah jika seorang anak menyambung tali persaudaraan dengan orang yang dicintai ayahnya." (Riwayat Muslim & Tirmizi)

Perlu diingat, ketaatan bagi seorang anak terhadap ibunya termasuk ibu tiri tidak akan berubah walaupun ibunya bertindak zalim dan kejam terhadap dirinya. Apabila si ibu itu menyuruh anaknya melakukan perbuatan yang mensyirikkan ALLAH dan perbuatan lain yang bertentangan dengan agama, maka ketika itu si anak tidak perlu lagi untuk taat. Ibu yang menzalimi atau menganiaya anaknya dengan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai ibu akan dihisab dan dihukum oleh ALLAH. Begitulah juga jika ibu kandung dan ibu mertua memaksa anak menantunya bercerai tanpa sebab, maka si anak tidak boleh mematuhinya kerana ia bertentangan dengan hukum syarak.

Ustaz MK Azman berkata, sama ada anak lelaki atau perempuan, masing-masing mempunyai tanggungjawab yang sama untuk mentaati ibunya.

"Dalam bicara ini saya tidak menyentuh mengenai kewajipan anak terhadap ibu angkatnya kerana kedudukan ibu angkatnya seperti orang luar. Bagaimana pula jika berlaku pertembungan antara kehendak suami dan kehendak ibu, siapa yang perlu didahului? Dalam hal ini, suami adalah pemimpin dalam rumah tangga. Maka wajib si isteri untuk mentaati suaminya berbanding ibunya. Firman ALLAH: "Wahai orang yang beriman, Taatlah kepada ALLAH, Rasul dan pemimpin dalam kalangan kamu." (Surah An-Nisa': 59)

"Jika isteri taat pada suaminya dan hal ini tidak disenangi oleh ibu si isteri sehingga ibunya meminta supaya si isteri itu meninggalkan suaminya, maka suruhan tersebut tidak boleh ditaati oleh si isteri kerana ia membawa kepada kemaksiatan. Bagi mewujudkan keharmonian rumah tangga, suami memainkan peranan yang cukup besar bagi meraikan keperluan dan bersikap ihsan terhadap kedua-dua ibu bapanya," kata beliau lagi.

Menurutnya, sebagai anak lelaki, berdosa sekiranya dia mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu kandungnya yang masih hidup tetapi lebih suka melayani dan menggembirakan ibu angkat atau ibu mertua. Hal ini memang berlaku dalam masyarakat kita. Bila ditanya kenapa buat begitu? Maka dijawab oleh si anak ini, malas nak balik kampung, jauh sangat. Ada pula yang jawab, biarlah ibu kat kampung dah ada adik-beradik lain yang jaga, ibu mertua tidak ada sesiapa yang jaga. Ada juga yang beralasan dia benci dengan ibu kandungnya, miskin, tak beri kasih sayang seperti mana yang dia dapat daripada ibu angkat ataupun ibu mertuanya.

Fahami ungkapan ini: "Ibumu seperti telaga. Telaga yang dipenuhi dengan keberkatan dan kasih sayang. Apabila ibumu sudah meninggal dunia, maka tertutup pintu keberkatan buatmu. Ibumu hanya miskin harta tapi dia kaya dengan kasih sayang. Setiap kali dalam fikiran dan doanya hanya dititipkan buatmu semoga engkau kembali ke pangkuannya."

Ketahuilah, betapa ramai anak-anak yang mengalami kesukaran dalam hidup, rezeki tidak pernah rasa cukup, keluarga yang dibina tidak rasa bahagia, hati tidak tenang, sentiasa ditimpa masalah. Setelah dihayati rupanya tidak ada keberkatan daripada seorang ibu. Seorang ibu yang berkecil hati dengan anak. Seorang ibu yang ditinggalkan dan diabaikan oleh anak. Kembalilah dan mohonlah ampun daripada ibumu. Insya-ALLAH hidup engkau akan diberkati.

Tolak ansur

Ustaz MK Azman berkata, kadangkala akan berlaku pertembungan antara permintaan ibu kandung dan ibu mertua dan dalam situasi berkenaan anak dan ibu bapa dianjurkan untuk berbincang dan bertolak ansur.

"Sebagai contoh jika ibu kandung membuat permintaan kepada anaknya untuk menghantarnya ke hospital manakala ibu mertua meminta menantu serta anaknya untuk balik ke kampung atas urusan penting pada tarikh yang sama, maka si anak dan menantu perlu berbincang dengan kedua-dua ibunya agar mereka tidak berkecil hati. Ibu bapa akan lebih faham jika masalah yang timbul itu dibincang secara baik.

"Ibu bapa juga perlu memahami bahawa anaknya juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibu mertua. Adakalanya anak-anak tidak dapat menunaikan tanggungjawab dengan adil kepada kedua-dua belah pihak hanya disebabkan oleh sikap ibu bapa dan mertua yang ego dan pentingkan diri sendiri," jelasnya.

Konklusinya, terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar berbanding ayah. Ini kerana ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan ketika mengandung. Kedua, si ibu menghadapi saat getir ketika hendak melahirkan. Bertarung antara hidup dan mati. Ketiga, setelah anak dilahirkan si ibu menghabiskan banyak masanya untuk melayani kehendak dan ragam si anak.

Ibu sering bersabar dengan kerenah anak dan tidak putus-putus mencurahkan kasih sayang. Ketika si anak menghadapi masalah, maka ibulah tempatnya untuk mengadu. Atas kesukaran yang dihadapi oleh si ibu maka wajar si anak lebih taat, patuh dan layani dengan baik pada ibu berbanding bapanya.

Dakwah tanpa suara

DAKWAH bukan hanya disebarkan kepada insan sempurna fizikalnya bahkan menyeluruh untuk seluruh umat manusia. Ramai yang mengambil remeh perihal dakwah terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) kerana dalam pemikiran mereka, ia tidak penting.

Firman ALLAH SWT: "Dan Kami tidak mengutuskanmu wahai Muhammad, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pemberi berita gembira dan peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui." (Surah Saba': 28)

Dakwah bermaksud mengajak masyarakat kepada kebaikan dan secara langsung kita akan terfikir dakwah itu hanya untuk orang yang sempurna fizikalnya tanpa terlintas di fikiran di dunia ini masih mempunyai insan istimewa seperti golongan OKU.

Hayati firman ALLAH yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang yang beruntung." (Surah Ali-Imran: 104) untuk memahami tujuan sebenar berdakwah.

Dakwah tanpa suara ialah kita berdakwah menggunakan bahasa isyarat kepada golongan OKU khususnya golongan pekak dan bisu dengan menggunakan bahasa isyarat tangan kepada mereka. Justeru itu, ia mula mendapat tempat di hati golongan muda untuk mempelajari bahasa isyarat yang tidak ramai dikuasai oleh masyarakat kini.

Tenaga pengajar pendidikan khas di ibu kota, Cikgu Syar Meeze Mohd Rashid menyifatkan profesion sebagai guru golongan OKU ini adalah sangat mencabar.

Katanya, bukan sesuatu yang mudah untuk bergelar guru kepada golongan ini kerana selain perlu bersabar dengan karenah yang pelbagai ragam, guru juga perlu menggunakan teknik mengajar yang bersesuaian supaya sampai kepada mereka secara telus.

Sehubungan dengan itu, kita sebagai manusia normal perlu sedar akan kehadiran mereka dan jangan biarkan golongan ini terpinggir kerana kita tidak mempunyai cara atau teknik untuk mengajak mereka melakukan perkara yang sama seperti insan lain.

Menurut Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) yang juga penasihat kepada Persatuan Kelab Sahabat Faqeh di Usim, Ustaz Norakyairee Mohd Raus berkata, golongan OKU ini makin dipinggirkan daripada mendapat tunjuk ajar dan pendidikan agama yang sepatutnya. Ini kerana kita tidak mengetahui bagaimana cara untuk mengajar mereka sedangkan mereka mempunyai kemampuan dan kemahiran untuk melaksanakan rukun ibadah dengan sempurna seperti insan normal yang lain.

"Golongan OKU adalah golongan yang dipandang rendah oleh masyarakat. Kita langsung tidak menyedari bahawa golongan istimewa ini yang patut diambil berat dengan mengajak mereka bergaul dengan insan lain tanpa rasa terpinggir.

"Sesungguhnya, dakwah ini sangatlah luas dan masyarakat perlu membuka mata bahawa dakwah bukan sahaja untuk masyarakat yang cukup sifatnya bahkan golongan OKU juga perlu diberi keutamaan dengan menggunakan teknik tertentu. Janganlah kita hanya mementingkan diri sendiri dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada-Nya untuk mengajak golongan ini menuju keredaan-Nya," katanya.

Buruknya sifat hasad dengki

SEGALA puji bagi ALLAH SWT yang memberi kelebihan atas sebahagian hamba-Nya berbanding yang lain. Sesungguhnya Dialah yang mempunyai limpah kurnia Yang Maha Besar. Ternyata ALLAH memberikan banyak kelebihan kepada manusia berbanding banyak ciptaan-Nya yang lain.

Satu sifat buruk yang ALLAH perintahkan supaya kita menjauhinya dan membersihkan diri kita daripadanya ialah sifat hasad dengki. Nabi Muhammad SAW menegah kita daripada sifat tersebut dalam sabdanya: "Jangan kamu saling dengki mendengki." (Riwayat Muslim)

Baginda SAW turut menjelaskan akibatnya dalam sabdanya: "Jauhilah kamu sifat hasad. Sesungguhnya hasad itu memusnahkan kebaikan sebagaimana api membakar kayu." (Riwayat Abu Daud, sahih)

Sesungguhnya hasad dengki adalah seburuk-buruk sifat makhluk. Ia adalah sifat Iblis laknatullah ketika dia mencemburui Nabi Adam AS apabila ALLAH meletakkan kedudukan Adam melebihi kedudukan malaikat tatkala ALLAH menciptakannya dengan tangan-Nya, memerintahkan malaikat sujud kepadanya, mengajarnya nama-nama segala sesuatu dan membenarkannya tinggal di syurga. Ternyata Iblis yang mencemburui Adam terus menerus berusaha mengeluarkan Adam dari syurga sehingga dia benar-benar berjaya mencapai hasratnya itu.

Hasad dengki juga mendorong seorang anak Adam membunuh saudara kandungnya secara zalim setelah ALLAH mengurniakan kepadanya nikmat dan menerima korbannya. ALLAH menceritakan kepada kita kisah kedua anak Adam tersebut agar kita menjauhi sifat hasad dan supaya kita mengetahui akibat buruknya.

Sifat orang Yahudi

Sifat dengki terhadap orang lain adalah sifat kaum Yahudi sebagaimana ALLAH sebutkan dalam kitab-Nya di beberapa tempat. Mereka telah mencemburui Nabi SAW atas apa yang ALLAH berikan kepadanya dengan melantiknya menjadi seorang Nabi SAW dan mengurniakannya kedudukan yang tinggi.

Mereka mengkufuri kenabian Baginda SAW walaupun dalam masa yang sama mereka tahu kebenaran Baginda SAW dan meyakini Baginda SAW adalah seorang nabi. Kaum Yahudi juga turut mencemburui umat Muhammad SAW atas kurniaan yang ALLAH berikan kepada mereka dalam bentuk hidayah (petunjuk) dan iman.

Firman ALLAH: "Ramai dalam kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) mengharapkan jika sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana hasad dengki yang timbul dalam diri mereka, sesudah nyata kepada mereka kebenaran itu." (Surah Al-Baqarah: 109)

Hasad adalah sifat tidak suka akan suatu nikmat kelebihan yang ada pada orang lain dan mengharapkan supaya nikmat tersebut hilang daripada orang tersebut. Antara kesan buruknya adalah:

Hasad bererti seolah-olah kita tidak bersetuju dengan apa yang ALLAH takdirkan dan tidak berpuas hati dengan pembahagian nikmat-nikmat-Nya. Ini kerana orang yang hasad beranggapan orang yang dicemburuinya itu tidak layak untuk menerima apa yang ALLAH berikan kepadanya dan bahawasanya orang lain lebih layak.

Orang berhasad mengingkari kebijaksanaan ALLAH dalam pengurusan dan pembahagian nikmat-Nya. Hakikatnya segala apa yang ALLAH kurniakan dan apa yang ALLAH tidak kurniakan kesemuanya adalah berdasarkan hikmah kebijaksanaan yang sangat tinggi. Tetapi orang yang hasad mengingkari hal ini.

Dengki mendengki juga mendorong kepada kebencian dan permusuhan antara manusia. Ini kerana orang yang hasad membenci orang yang dicemburuinya. Walhal, hal ini bertentangan dengan kewajipan Muslim terhadap saudara seagamanya.

Sabda Nabi SAW: "Jangan kamu saling hasad dengki, jual beli dengan cara najasy, benci membenci atau saling berpaling antara kamu. Dan jangan pula seorang kamu menjual atas jualan sesama kamu. Jadilah hamba ALLAH yang bersaudara." (Riwayat Muslim) 

Hasad akan mendorong orangnya berusaha untuk menghilangkan nikmat yang ada pada orang yang dicemburuinya dengan apa cara sekalipun walaupun barangkali sampai ke tahap membunuh. Sebagaimana yang berlaku atas anak Nabi Adam yang ALLAH ceritakan dalam firman-Nya: "Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) kepada mereka kisah dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya; iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada ALLAH) lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) daripada yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!." (Habil) menjawab: "Sesungguhnya ALLAH menerima (korban) daripada orang yang bertakwa." (Surah Al-Maa'idah: 27)

Akhirnya dia bertindak membunuh saudara kandungnya yang mengundang baginya kerugian di dunia dan akhirat. Malah dia juga akan dipertanggungjawabkan atas setiap pembunuhan secara zalim di dunia ini memandangkan dialah orang pertama yang mengajar berbuat begitu. Sebab apa ini semua berlaku? Tidak lain dan tidak bukan kerana hasad dengki.

Bersihkan diri

Hasad juga menghalang individu berkenaan daripada menerima kebenaran yang datang daripada orang yang dicemburuinya. Malah orang berhasad akan terus menerus kekal dalam kebatilannya yang akan mengundang kemusnahannya sebagaimana yang berlaku kepada Iblis laknatullah apabila dia mencemburui Nabi Adam sehingga dia enggan tunduk kepada perintah ALLAH untuk sujud. Hal ini menyebabkan Iblis dihalau dan dilaknat ALLAH serta dijauhkan daripada rahmat-Nya.

Hasad mendorong orangnya untuk mengumpat dan mengadu domba terhadap orang yang dicemburuinya. Sedangkan perbuatan mengumpat dan mengadu domba adalah dua sifat buruk dan dosa besar.

Hasad menyebabkan orangnya sentiasa dalam keadaan gelisah tidak tenang apabila dia melihat apa yang ALLAH kurniakan kepada orang lain sedangkan dia tidak bersetuju dengannya tetapi dalam masa yang sama tidak mampu menghalangnya. Kerana itu dia terus berasa resah gelisah umpama api yang kehabisan bahan bakarnya lalu membakar dirinya sendiri. 

Dengki mendengki juga menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat apabila sebahagian kelompok berasa tidak senang dengan sebahagian kelompok yang lain di samping benci dan memusuhi mereka.

Sesiapa mendapati dirinya ada sifat hasad ini, hendaklah dia bergegas berusaha untuk menghilangkannya. Hendaklah dia beringat perasaan hasad akan mengundang mudarat atas dirinya di dunia dan akhirat. Dalam masa yang sama, dia tidak akan dapat mengapa-apakan orang yang dicemburuinya itu.

Ketahuilah segala sesuatu itu di tangan ALLAH. Mintalah kurniaan daripada-Nya nescaya Dia akan memperkenankan. Sesungguhnya tiada sesiapa yang dapat menghalang apa yang ALLAH beri dan tiada sesiapa pula mampu memberi apa yang ALLAH halang.

Tabi'in: Sambung legasi sahabat pelihara hadis

IMAM Al-Suyuti dalam Tadrib Al-Rawi menyebutkan golongan tabi'in ialah mereka yang berjumpa dengan sahabat dalam keadaan Islam dan mati juga dalam Islam. Keutamaan golongan tabi'in selepas golongan sahabat tidak perlu dipertikaikan lagi. Merekalah generasi yang mewarisi perjuangan sahabat dalam menyampaikan risalah Islam.

Pujian dan pengiktirafan kepada mereka tercatat jelas dalam al-Quran: "Dan orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) daripada orang Muhajirin dan Ansar, dan orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), ALLAH reda akan mereka dan mereka pula reda ke atas Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar." (Surah At-Taubah: 100)

Antara sumbangan terbesar tabi'in ialah meneruskan usaha memelihara ketulenan riwayat hadis yang diwarisi daripada golongan sahabat. Di antara mereka terdapat tujuh orang yang terkenal sebagai tokoh ilmuwan (fuqaha' al-sab'ah) iaitu Sa'id bin Al-Musayyib, Al-Qasim bin Muhammad, 'Urwah bin Al-Zubair, Kharijah bin Zaid, Abu Salamah bin Abdul Rahman, 'Ubaidillah bin Abdullah bin 'Utbah dan Sulaiman bin Yasar.

Dalam ruang terbatas ini, mari kita berkenalan serba ringkas dengan dua tokoh tabi'in iaitu Said bin Al-Musayyib dan Muhammad ibn Sirin.

Said bin Al-Musayyib

Beliau ialah Said bin Al-Musayyib Ibn Huzn Al-Qurashi Al-Makhzumi. Bapa dan datuknya adalah dalam kalangan sahabat. Beliau dilahirkan pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab memerintah atau empat tahun sebelum beliau menjadi khalifah. Sebahagian berpendapat beliau dilahirkan dua tahun sebelum Umar Al-Khattab menjadi khalifah. Meninggal dunia pada tahun 94 hijrah dalam usia 75 tahun. (Tarikh Al-Islam li Al-Zahabi 6/371)

Said bin Al-Musayyib adalah pembesar dan pemimpin dalam kalangan tabi'in. Seorang yang dihormati, thiqah, kuat beribadat, warak dan banyak meriwayatkan hadis.

Said bin Al-Musayyib sanggup berjalan jauh beberapa hari semata-mata untuk mencari sebuah hadis. Imam Ahmad bin Hanbal berkata: "Said bin Al-Musayyib adalah dalam kalangan tabi'in yang paling thiqah dan hadis mursal yang diriwayatkan oleh beliau adalah sahih."

Beliau banyak meriwayatkan hadis yang diambil daripada Abu Bakar, Umar, Uthman, Zaid bin Thabit, Aisyah dan Abu Hurairah. Antara ahli hadis yang meriwayatkan hadis daripada Said bin Al-Musayyib pula seperti Salim bin Abdullah, Ibn Shihab al-Zuhri, Qatadah, Yahya bin Said al-Ansari dan lain-lain lagi.

Muhammad ibn Sirin

Muhammad ibn Sirin Al-Ansari dilahirkan dua tahun sebelum kematian khalifah Uthman bin Affan. Dibesarkan di rumah Anas bin Malik kerana bapanya adalah seorang hamba yang telah dibebaskan oleh Anas bin Malik.

Beliau adalah seorang yang bersifat warak, zuhud, alim, pakar dalam bidang fiqh, penghafaz dan sasterawan. Memiliki akal fikiran yang tajam dan pintar. Meninggal dunia pada tahun 110 hijrah, ketika berusia 77 tahun.

Muhammad bin Sirin adalah salah seorang tokoh tabi'in yang banyak meriwayatkan hadis. Beliau meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, Zaid bin Thabit, Abu Hurairah, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar dan ramai lagi.

Beliau memang terkenal sebagai seorang yang thiqah dan sangat berhati-hati ketika meriwayatkan hadis. Antara kata-katanya yang terkenal ialah: "Sesungguhnya ilmu ini (hadis) adalah sebahagian daripada urusan agama. Maka, periksalah daripada siapa kamu mengambil agama kamu."

Era tabi' al-tabi'in

Selepas golongan tabi'in, perjuangan mereka disambut pula oleh generasi selepas itu yang dikenali sebagai tabi' tabi'in. Mereka ialah generasi yang bertemu dengan tabi'in dalam Islam dan mati juga dalam keadaan Islam. Tokoh-tokoh hadis pada zaman tabi' al-tabi'in juga ramai. Antara mereka ialah:

Al-Awza'i

Beliau ialah Abd Rahman bin 'Amr Al-Awza'i. Dilahirkan pada tahun 88 hijrah dan wafat pada tahun 157 hijrah. Beliau ialah tokoh hadis dari negeri Syam.

Al-Awza'i adalah salah seorang tokoh hadis yang hebat pada zamannya. Al-Zahabi memetik kata-kata Al-Hakim yang menerangkan mengenai kedudukan Al-Awza'i, katanya: "Al-Awza'i adalah tokoh hadis pada masanya secara umum dan khususnya bagi penduduk Syam. Beliau seorang yang thiqah, banyak menghafaz hadis dan ahli fiqh."

Beliau meriwayatkan hadis daripada 'Ata' bin Abu Rabah, Muhamad bin Muslim Al-Zuhri, Rabia'h bin Yazid, Al-Qasim bin Muhammad dan lain-lain lagi.

Antara ahli-ahli hadis yang meriwayatkan daripada beliau pula ialah Syu'bah bin Al-Hajjaj, Abdullah bin Al-Mubarak, Yahya bin Said Al-Qattan dan lain-lain lagi.

Waki' bin Al-Jarrah

Waki' bin Al-Jarrah lahir pada tahun 129 hijrah dan wafat pada tahun 197 hijrah. Beliau juga seorang tokoh hadis yang hebat dalam kalangan tabi' al-tabi'in. Beliau meriwayatkan hadis daripada Hisham bin 'Urwah, Sulaiman bin Mahran Al-'Amash, Ismail bin Abu Khalid dan selainnya.

Antara ahli-ahli hadis yang meriwayatkan hadis daripada Waki' ialah Ahmad bin Hanbal, Abdullah bin Al-Mubarak, 'Ali bin Al-Madini, Sufiyan Al-Thauri dan lain-lain lagi.

Waki' bin Al-Jarrah adalah seorang yang kuat hafalannya dan juga seorang yang thiqah.

Sufiyan bin 'Uyainah

Sufiyan bin 'Uyainah juga adalah tokoh hadis dalam kalangan tabi' al-tabi'in. Dilahirkan pada tahun 107 hijrah di Kufah, dan meninggal dunia pada tahun 198 hijrah.

Beliau meriwayatkan hadis daripada Muhammad bin Muslim Al-Zuhri, 'Amr bin Dinar, Abdullah bin Dinar dan lain-lain lagi. Antara ahli-ahli hadis yang meriwayatkan daripadanya pula ialah Sulaiman bin Mahran Al-'Amash, Abd Aziz ibn Juraij, Sufiyan Al-Thauri dan lain-lain lagi.

Sufiyan bin 'Uyainah adalah seorang yang thiqah dan banyak meriwayatkan hadis. Ibn Hajar Al-'Asqalani memetik kata-kata yang disebutkan oleh Imam Al-Syafie, katanya: "Kalau tidak ada Imam Malik bin Anas dan Sufiyan bin 'Uyainah, nescaya hilanglah ilmu (hadis) di Hijjaz."

Demikianlah beberapa tokoh dalam kalangan tabi'in dan tabi' tabi'in yang diceritakan serba ringkas. Banyak babak kehidupan mereka yang perlu diterokai. Masih terlalu besar sumbangan mereka yang perlu diselusurkan. Mereka hidup dengan penuh bermakna. Seluruh kehidupan berbakti kepada agama. Mengharungi susah payah menuntut ilmu, mencari hadis dan menyebarkannya. Semua itu tercatat dalam sejarah dinukilkan ulama  berkredibiliti. Hanya tinggal kehendak kita sahaja untuk membaca dan mencari mutiara hikmah yang boleh diteladani dan disuburkan dalam kehidupan hari ini.