May 6th, 2016

Khutbah Jumaat : “Mengenali Beberapa Golongan Perosak”

Petikan Khutbah Jumaat 06 Mei 2016: JAIS

“Mengenali Beberapa Golongan Perosak”

Al-Quran menggunakan kata fasad (kerosakan) dengan makna yang luas yang secara umum bermaksud apa-apa jua jenis kerosakan di muka bumi yang berupa pelbagai aktiviti yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan demikian, setiap orang yang melakukan apa sahaja kemaksiatan, kemungkaran atau kejahatan samada besar maupun kecil, bererti telah berbuat kerosakan.

Surah al-Baqarah ayat 11 dan 12 yang bermaksud; “Dan apabila dikatakan kepada mereka, “janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi”. Mereka menjawab, “sesungguhnya kami hanya orang yang membuat kebaikan. Ketahuilah! Sesungguhnya mereka itulah orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”.

Dalam al-Quran terdapat orang-orang atau kelompok orang yang secara langsung digolongkan sebagai para pembuat kerosakan, antara lain adalah;

1. Pemerintah-pemerintah yang zalim.

Ini dijelaskan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 4;  “Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi dengan melampaui batas, serta dia menjadikan penduduknya berpuak-puak (untuk berkhidmat dengannya). Dia menindas segolongan daripadanya (iaitu Bani Israel) dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anakanak perempuan mereka. Sesungguhnya dia daripada golongan yang membuat kerosakan”.

2. Orang-orang yang tidak beriman dan ingkar kepada Allah SWT.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 40;  “Antara mereka ada yang beriman kepada al-Quran dan ada antara mereka yang langsung tidak beriman kepadanya. (Ingatlah), Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang yang melakukan kerosakan”

Orang-orang yang tidak beriman lagi ingkar juga dianggap melakukan kerosakan kerana mereka enggan mematuhi perintah Allah SWT. Apabila mereka enggan atau ingkar mematuhi syariat Islam sudah pasti mereka akan melakukan pelbagai perbuatan yang bertentangan dengan peraturan syariat.

3. Orang munafik.

Golongan munafik ialah mereka yang berpura-pura beriman, menyembunyikan kekufurannya dan sentiasa merancang melakukan kerosakan terhadap agama Islam.

Hadis daripada Abdullah Bin Amru RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila diberi kepercayaan ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran”. (Riwayat Imam Ahmad)

4. Tukang fitnah.

Fitnah adalah merupakan tuduhan palsu yang diada-adakan yang berniat jahat untuk mengaibkan atau menjatuhkan maruah seseorang yang boleh merosakkan keharmonian dan akhirnya menyebabkan terputusnya silaturrahim dalam keluarga dan masyarakat. Ianya sering dilakukan melalui perkataan, tulisan atau perbuatan. Bahkan si pembuat fitnah dikatakan juga sebagai mengadu domba.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 27; “(Iaitu) orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya dihubungkan (beriman dan menghubungkan silaturrahim dengan Nabi SAW),serta mereka pula membuat kerosakan (dengan melakukan maksiat) di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi (kerana dimasukkan ke dalam neraka selama-lamanya)”.

Pembuat fitnah tidak akan masuk syurga sepertimana sebuah hadis daripada Huzaifah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda; لا يدخلُ الْجنةَ قَتات “Tidak masuk syurga orang-orang yang suka memfitnah (mengadu domba). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebagai kesimpulannya, mimbar pada hari ini menyeru supaya;

1. Umat Islam hendaklah berwaspada dan menjauhi golongan perosak yang boleh menjejaskan akidah.

2. Umat Islam hendaklah mengenal pasti ciri-ciri golongan perosak yang telah dihuraikan dalam khutbah ini.

3. Umat Islam hendaklah membersihkan hati dan jiwa supaya tidak menjadi golongan perosak dalam masyarakat dan selamat hidup di dunia dan akhirat

“Antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang sangat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila dia beredar (setelah mendapat hajatnya), dia berjalanlah di bumi untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternakan dan manusia), sedang Allah tidak suka kepada kerosakan”. (Surah al-Baqarah : 204-205).

Friday Khutbah: Lessons From The Journey Of The Noble One

Friday Sermon Text: 6 May 2016AD / 28 Rejab 1437H JAWI

Lessons From The Journey Of The Noble One

The arrival of the month of Rejab touches the souls of Muslims all over the world, especially when reminiscing the great event that happened to our beloved Prophet Muhammad SAW, namely Isra' and Mi'raj (which is his night journey and ascension to Heaven).

The burden of da’wah work borne by Rasulullah SAW was great indeed, especially because it received strong opposition from the Arabs and in all angles.

Rasulullah SAW started the journey from Makkah, headed towards Palestine, and subsequently transported through the layers of Heaven before arriving at Sidratul Muntaha. Allah SWT stated in Surah al-Isra ', paragraph 1:  Which means: “Glory to (Allah) Who did take His servant for a Journey by night from the Sacred Mosque to the farthest Mosque, whose precincts We did bless,- in order that We might show him some of Our Signs: for He is the One Who hears and sees (all things)”.

The event took place in less than a night, after which the Prophet SAW returned to Makkah. It was a great miracle that has never been accorded to any man, even to the earlier prophets.

The Khatib would like to bring attention of the audience to verses 13 to 18, Surah al-Najm, which was read earlier in the sermon: Which means: “And he (Muhammad) saw him once again, near Sidra-tulMuntaha (the Lotte-tree at the farthest end of the seven heavens, beyond which none can pass). Near it is Janna-tul-M'awa (the rest-house of paradise). Behold the Lotte-tree was shrouded (in mystery unspeakable!) (His) sight never swerved nor did it go wrong! For truly did he see of the Signs of his Lord the Greatest!”

Isra' and Mikraj experienced by Rasulullah SAW has many implications and lessons. Among them is the obligatory five-times-a-day daily prayers. This command is one of the pillars of Islam and is a prerequisite to enter the Paradise of Allah SWT.

Imam Muslim Rahimahullah recorded a Hadith as narrated by Jabir bin Abdillah RA: Which means: "A man asked the Prophet, he said: What are your views if I pray with the prayers that have been required (five daily prayers), fasting in the month of Ramadan, enjoin good and forbid evil, and I do not add anything more to such things. Will I go to heaven? Rasulullah SAW answered: Yes. The man said: By Allah, I will not add anything more to those things."

Through authenticated records, Rasulullah SAW was shown Paradise and Hell, as well as its dwellers, during the Isra and Mi'raj. This reinforces the fact that the reward of Paradise and the punishment of Hell are true. Secondly, it is indeed the place for all mankind to return to.

Life in this world only acts as a testing ground for all mankind. Thus, there is no choice but for mankind to obey the commands of Allah SWT who had created them. Disobeying His commands by committing sin and wrongdoing will invite His wrath.

The world today has witnessed the spread of evil regardless of gender. This hadith, narrated by Ibn Abbas RA and recorded by Imam al-Bukhari rahimahullah: ِ ل َعَنَ رَسُولُ تَشَب ِهِينَ مِ ْن الرِ جَا ِل بِالن ِسَاء عَلَيْهِ وَ َسَّل مَ الْمُ ُ َّ ه ََلَّ ى الل َّ هِ الل ، وَالْم ُت َشَب ِه َاتِ مِنْ بِالرِ جَا ِل ِ الن ِسَاء . )رواه البخاري( Which means: "Rasulullah SAW curses the men who make themselves look like women and women who look like men."

Life in this world is very short. Mankind’s resolve and capacity are also very limited. How unfortunate we are because when we perform a task, we tend to take its value as limited only to this world rather than extending it to the Afterlife, an eternal world.

To end today’s sermon, let us reflect upon these takeaways as a reminder and guidance for all of us:

First: Isra’ and Mikraj was a great event, and a gift from Allah SWT to Rasulullah SAW.

Second: Performing the five daily prayers is an obligation that must be fulfilled by every Muslim.

Third: Stay away from wrongdoing and evil, and try to always cleanse the soul.

As declared by Allah SWT in Surah al-Nur, verse 21: Which means: “O, you who believe! Follow not Satan's footsteps: if any will follow the footsteps of Satan, he will (but) command what is shameful and wrong: and were it not for the grace and mercy of Allah on you, not one of you would ever have been pure: but Allah does purify whom He pleases: and Allah is One Who hears and knows (all things).”

Lambang perkembangan syiar Islam

NEGERI Terengganu merupakan antara negeri yang terkenal dengan budaya dan seni Melayu Islam sejak abad ke-14 Masihi berdasarkan penemuan Batu Bersurat Terengganu. Sehingga kini, Terengganu masih memiliki dan meneruskan pemeliharaan warisan seni Islam tempatan.

Sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Abidin telah menjadi saksi perkembangan Islam di Terengganu. Masjid yang bersejarah ini direkodkan pembinaannya pada sekitar tahun 1790-an di bawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin II. Baginda memerintahkan sebuah bangunan masjid yang diperbuat daripada kayu dibina di atas sebidang tanah di Kampung Masjid.

Masjid Abidin mercu tanda Terengganu

BANGUNAN Masjid Abidin yang terkini di Kuala Terengganu, Terengganu.

Bermula daripada itu, bangunan masjid ini menyaksikan pelbagai perkembangan yang berlaku di Terengganu. Malah ia juga turut mengalami perubahan seiring dengan kemajuan yang dicapai di Terengganu. Bangunan masjid yang didirikan oleh Sultan Zainal Abidin II dalam abad ke-18 Masihi ini tetap mendapat perhatian daripada Sultan yang memerintah selepas baginda.

Sultan Umar telah menukar bangunan masjid daripada kayu kepada bangunan batu. Manakala ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III pada awal abad ke-20 Masihi iaitu pada tahun 1901, baginda telah menaiktaraf dan membesarkan bangunan masjid serta dikurniakan dengan nama Masjid Abidin.

Pada tahun 1972, bangunan masjid ini dibina semula dengan rekaan yang mirip dengan rekaan Masjid Negara di bawah pemerintahan Sultan Ismail Nasiruddin Shah kecuali ia menggunakan kubah kecil berwarna kuning. Bahagian yang paling ketara ialah bahagian menara masjid di mana ia menggunakan rekaan payung yang tertutup sebagai rekaan di bahagian puncak menara.

Namun begitu, ia masih mengekalkan sebahagian bangunan masjid yang masih menggunakan atap genting dan kubah berwarna putih pada waktu itu. Ia seperti menyaksikan gabungan seni bina tempatan dan moden pada waktu itu.

Perkembangan seni bina masjid yang seterusnya ialah ketika pemerintahan Sultan Mizan Zainal Abidin yang menyaksikan pembinaan semula bangunan dan kawasan masjid yang siap sepenuhnya pada tahun 2014. Bangunan masjid yang terbaru berwarna putih menyerlahkan Masjid Abidin sebagai rumah ibadah umat Islam di Terengganu.

Bangunan masjid ini turut dikenali sebagai Masjid Putih dan Masjid Besar. Ia memperlihatkan penggunaan kubah seakan rekaan kubah kecil yang digunakan di Istana Topkapi Istanbul, Turki. Satu lagi bahagian masjid yang mengalami perubahan secara keseluruhannya ialah bahagian menara di mana menara terbaru ini setinggi sembilan tingkat.

Bahagian menara ini juga tidak diasingkan sebagai unit lain tetapi dibina sebagai sebahagian daripada bangunan utama masjid. Masjid ini turut menjadi tempat persemadian bagi tujuh orang sultan yang pernah memerintah dan seorang permaisuri negeri Terengganu. Rekaan bangunan Masjid Abidin yang terkini ini menggabungkan rekaan seni bina Islam tempatan dan luar yang menyerlahkan lagi keagungan Islam di negeri Terengganu. Cintai dan sayangi warisan kesenian Islam tempatan.

-

Dam dalam 
ibadah haji, umrah

DAM dalam ibadah haji dan umrah dari segi bahasa bermaksud darah manakala dari segi istilah pula bermaksud ibadah gantian yang merupakan binatang al-An’am disembelih seperti unta, lembu, kambing/ kibas atau gantinya daripada makanan di Tanah Haram atau puasa dikenakan ke atas mereka yang menunaikan haji atau umrah di atas sebab-sebab yang tertentu.

Dam boleh di kategorikan kepada dua bahagian utama, iaitu sebab-sebab diwajibkan dan jenis-jenisnya.

Ibadah gantian kerana sebab-sebab tertentu

UNTA merupakan binatang al-Anam disembelih dan boleh dijadikan Dam atau ibadah gantian semasa menunaikan haji atau umrah. - GAMBAR HIASAN

Tujuh sebab di wajibkan Dam:


  • Melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa berihram (larangan dalam ihram)

  • Meninggalkan wajib haji dan umrah

  • Melaksanakan Haji Tamattu’ atau Qiran (menurut syarat-syarat tertentu)

  • Luput Wuquf di Arafah setelah berniat ihram

  • Meninggalkan Tawaf Wada’ tanpa uzur syarie

  • Berlaku ihsar bagi mereka yang telah berniat ihram (terhalang daripada menyempurnakan rukun haji atau umrah atas sebab-sebab musuh, penyakit dan sebagainya)

  • Melanggar nazar semasa mengerjakan haji dan umrah

2) Jenis-jenis Dam:


  • Dam Tertib dan Taqdir

  • Dam Tertib dan Ta’dil

  • Dam Takhyir dan Taqdir

  • Dam Takhyir dan Ta’dil

-

Israk & Mikraj penawar kesedihan Rasulullah SAW

KESEDIHAN pertama - Kematian Abu Talib memberikan kesan besar kepada Nabi Muhammad SAW. Sewaktu hayatnya, bapa saudara Baginda SAW inilah yang menjadi benteng kukuh kepada dakwah dan risalah yang dibawanya. Abu Talib memberi jaminan kepada Rasulullah SAW untuk Baginda SAW terus menyampaikan dakwah Islam dan tidak ada pembesar Quraisy yang berani menghalangnya.

Namun, pada tahun ke-10 kenabian Baginda SAW, Abu Talib mati dalam keadaan beliau tidak menjadi seorang Muslim walaupun sehingga ke detik terakhir hayatnya, Rasulullah SAW masih memujuk beliau untuk bersyahadah. Abu Talib malu dan takut apa yang akan dikatakan oleh kaum Quraisy jika dia menerima Islam sedangkan pembesar-pembesar lain memerangi dakwah Nabi SAW. Hakikat inilah yang menyentak perasaan Baginda SAW. Bapa saudara yang banyak berjasa kepada Baginda SAW mati dalam keadaan kufur dan bakal menerima seksaan api neraka kelak.

Kesedihan kedua

Kedudukan dan peranan Khadijah, isteri pertama Rasulullah SAW, begitu dihargai oleh Baginda SAW. Kehadiran beliau memberikan seribu satu makna dan kekuatan buat hidup Rasulullah SAW. Insan yang memberikan keyakinan, keteguhan dan semangat ketika Rasulullah SAW dirundung kebimbangan, ketakutan dan kegusaran semasa zaman awal dakwah digerakkan.

Namun, Khadijah tidak dapat bersama Rasulullah SAW menemani Baginda SAW selama-lamanya mengharungi pahit manis perjuangan. Beliau telah kembali dijemput Ilahi pada tahun yang sama kematian Abu Talib.

Kesedihan akibat kehilangan bapa saudara yang dikasihi belum lagi terubat, lalu ditambah pula dengan pemergian si isteri yang dicintai. Kesedihan di atas kesedihan menimpa diri Rasulullah SAW sehingga tahun itu digelar sebagai 'tahun kesedihan'.

Kesedihan ketiga

Selepas kematian Abu Talib dan Khadijah, penentangan kafir Quraisy terhadap dakwah Rasulullah SAW semakin kuat, sehingga Rasulullah SAW berasakan bumi Makkah ini bukan tempat yang sesuai untuk dakwah. Lalu, Baginda SAW memutuskan untuk hijrah ke Taif, sebuah daerah yang subur menghijau dengan tanaman, mudah-mudahan ia juga boleh disuburkan dengan pohon-pohon Islam.

Berangkatlah Rasulullah SAW menuju ke Taif dengan harapan yang terpendam di kalbu membawa kesedihan di Makkah agar terubat di daerah baru. Namun, harapan itu hanya igauan apabila kehadiran Rasulullah SAW bukan disambut sebagai tetamu, tetapi dihujani dengan lemparan batu. Penduduk Taif tidak menerima dakwah Baginda SAW bahkan mengusir Baginda SAW supaya keluar meninggalkan bumi Taif.

Kesedihan demi kesedihan demi kesedihan yang dialami Rasulullah SAW begitu meruntun jiwa Baginda SAW. Lalu, terungkaplah doa dari dua bibir suci Rasulullah SAW mengadu dan merayu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Mengetahui segala-galanya. Dikatakan Baginda SAW merintih dengan doa ini:

"Ya ALLAH, aku mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Kamulah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu juga Tuhan ku. Kepada siapa Kamu serahkan aku? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa). Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelok urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepada-ku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu reda. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu."

Pujukan, hiburan buat Nabi SAW

ALLAH SWT menjawab pengaduan dan rintihan kekasih-Nya ini dengan satu hadiah istimewa. Ia ibarat satu pujukan bagi merawat dan menghiburkan semula jiwa Rasulullah SAW. ALLAH menjemput kekasih-Nya merasai perjalanan istimewa, naik menghadap dan bertemu dengan Sang Pencipta. Detik inilah yang dinamakan al-Israk dan al-Mikraj.

Ahli sejarah, tidak bersepakat dalam menentukan bilakah tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini. Oleh sebab itu, tarikh 27 Rejab yang begitu popular dengan sambutan Israk dan Mikraj bukanlah tarikh yang tepat. Ini kerana tidak ada hadis sahih yang menyebutnya secara langsung dan jelas.

Israk ialah peristiwa Rasulullah SAW dibawa daripada Masjid al-Haram, Makkah menuju ke Masjid Al-Aqsa, Palestin. Peristiwa ini disebut jelas dalam al-Quran iaitu dalam Surah Al-Isra' ayat 1.

Mikraj pula peristiwa Rasulullah SAW dibawa daripada Masjid Al-Aqsa naik ke Sidratul Muntaha dan Baitul Ma'mur, bertemu ALLAH. Peristiwa ini juga tercatat secara ringkas dalam Surah Al-Najm ayat 11 hingga 18.

Peristiwa bersejarah penuh keajaiban ini berlaku hanya dalam satu malam. Tiada yang mustahil, jika ALLAH yang aturkan. Manakala, detik perjalanan Rasulullah SAW dalam peristiwa Israk dan Mikraj secara lebih terperinci disebutkan dalam hadis sahih yang lain.

Mesej untuk diingati

Terlalu banyak mesej dan pengajaran yang boleh kita ambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj. Ruang terbatas ini tidak memungkinkan untuk dibahaskan secara terperinci. Antaranya ialah:

Pertama: Kedudukan dan kaitan Masjid Al-Aqsa dan kawasan di sekitarnya dengan dunia Islam. Nabi SAW dibawa dari Masjid Al-Haram lalu singgah di Masjid Al-Aqsa sebelum dibawa naik ke atas, tentu ada mesej yang boleh dipelajari oleh kita.

Tragedi dan krisis yang berlaku sekarang ini terhadap Masjid Al-Aqsa, Palestin dan kawasan sekitarnya adalah tragedi ke atas dunia Islam keseluruhannya. Setiap umat Islam mesti berasakan dirinya mempunyai tanggungjawab bagi membebaskan semula Masjid Al-Aqsa dari cengkaman Zionis dengan kadar kemampuannya. Sekiranya perasaan ini tidak wujud, di manakah kesan sambutan Israk Mikraj yang kita adakan saban tahun?

Kedua: Pelihara solat diri sendiri dan ahli keluarga. Kemuncak, peristiwa Israk dan Mikraj ini ALLAH memerintahkan kewajipan solat kepada Baginda SAW dan umatnya. Cara kewajipan solat ini disampaikan sangat berbeza dengan kewajipan lain seperti puasa, zakat dan haji.

Ini menunjukkan kedudukan solat yang menjadi tiang bagi Islam dan diri Muslim. Peliharalah solat. Pelajari dan tunaikan solat mengikut sunnah seperti yang diajarkan Rasulullah SAW. Buat ibu dan ayah, didik dan pesan kepada anak-anak agar mereka mendirikan solat walau di mana berada. Buat golongan pemimpin, ajak dan tunjukkan kesungguhan dalam membentuk rakyat yang mendirikan solat.

'Israk Mikraj' lima kali sehari - ALLAH merawat kesedihan Rasulullah SAW dengan diangkat naik bertemu dengan-Nya lalu difardukan kewajipan solat lima waktu. Justeru, rawatilah kesedihan kita dengan solat. Pujuklah diri dengan solat. Hilangkan kekecewaan dengan solat. Angkatlah nilai diri dengan solat. Carilah kekuatan dan keyakinan diri dengan solat. Kita juga berpeluang untuk 'Israk dan Mikraj' lima kali sehari semalam.

Perintah berlaku ihsan

SEGALA puji bagi ALLAH SWT yang memerintahkan supaya manusia berlaku ihsan dan menyatakan bahawa Dia mencintai orang-orang yang berlaku sedemikian.

Sesungguhnya ALLAH memerintahkan supaya kita berlaku ihsan dalam banyak ayat al-Quran. Dia juga mengkhabarkan bahawa Dia mencintai orang-orang yang berlaku ihsan, memberi ganjaran pahala kepada orang-orang muhsinin dan tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik.

Disebutkan ihsan itu dalam al-Quran ada kalanya dengan dikaitkan dengan iman, ada kalanya dikaitkan dengan Islam dan ada kalanya dikaitkan dengan takwa dan amal soleh. Ini semua menunjukkan kelebihan ihsan serta besarnya pahalanya di sisi ALLAH.

Tiga jenis ihsan

Ihsan dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

Berlaku ihsan dalam beramal: Iaitu mengerjakannya dengan baik dan sempurna.

Berlaku ihsan terhadap orang lain: Iaitu dengan membantu dan berbakti.

Berlaku ihsan dengan ALLAH.

Berlaku ihsan dengan ALLAH adalah tingkatan agama yang paling tinggi. Nabi SAW menjelaskan, ihsan dengan ALLAH adalah dengan kamu menyembah ALLAH seolah-olah kamu melihat-Nya, sekiranya kamu  tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihat kamu.

Ertinya, hendaklah seorang hamba itu menyembah ALLAH dengan berasakan ALLAH dekat dengannya dan bahawasanya ALLAH berada di hadapannya sehingga dia mampu melihat-Nya. Ia akan menimbulkan perasaan takut dan takzim di samping kesungguhan untuk memperelok ibadah yang dilaksanakan serta menyempurnakannya.

Di samping ihsan dalam beramal dan ihsan dengan ALLAH, manusia juga diperintahkan supaya berlaku ihsan terhadap orang lain. Kita diperintahkan supaya menghormati kedua orang tua dan berbuat baik dengan anggota keluarga dan saudara-mara demi menjaga tali silaturahim dengan mereka. Begitu juga dengan jiran tetangga dan tetamu yang datang ke rumah.

Firman ALLAH: "Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terkandas dan juga hamba yang kamu miliki." (Surah An-Nisaa': 36)

Di samping melaksanakan ihsan yang wajib, syariat Islam turut menganjurkan perbuatan ihsan kepada sesama manusia yang berupa perkara sunat seperti bersedekah dan membantu orang yang susah. Tidak terhenti di situ, syariat Islam juga menyeru supaya kita berbuat ihsan dengan mengucapkan perkataan yang baik sebagaimana firman ALLAH:

"Dan berkatalah kepada manusia apa yang baik." (Surah Al-Baqarah: 83)

Hak orang lain yang ada pada kita dalam apa jua bentuk hendaklah ditunaikan dengan cara baik tanpa bertangguh-tangguh ataupun menyusah-nyusahkan urusannya.

Firman ALLAH: "Hendaklah mengikut cara yang baik dan hendaklah menunaikannya dengan sebaik-baiknya."  (Surah Al-Baqarah: 178)

Malah sekiranya ia adalah hutang, dianjurkan supaya kita melebihkan bayaran hutang tersebut sebagai tanda penghargaan atas bantuan yang diberikan. Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik kamu adalah mereka yang membayar hutang dengan sebaik-baiknya." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Ihsan terhadap haiwan

Islam turut mengajar umatnya supaya berlaku ihsan dengan haiwan khususnya ketika hendak menyembelihnya. Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH telah menetapkan ihsan dalam segala perkara; sekiranya kamu membunuh maka bunuhlah dengan cara yang terbaik dan sekiranya kamu menyembelih sembelihlah dengan cara yang terbaik. Hendaklah seorang kamu menajamkan mata pisaunya dan merehatkan haiwan sembelihannya." (Riwayat Muslim)

Berlaku ihsan ketika membunuh dalam hadis di atas menjurus kepada mereka yang dibenarkan oleh syariat Islam untuk kita membunuhnya. Ihsan ketika sembelihan pula adalah merujuk kepada haiwan ternakan dengan menyembelihnya secepat mungkin mengikut cara yang paling mudah tanpa berlengah-lengah dan menyeksanya.

Termasuk dalam apa yang ditegah agama adalah perbuatan memotong anggota badan manusia sesudah dia mati.

Begitu juga perbuatan mengikat haiwan lalu dijadikan sebagai sasaran anak panah sehingga ia mati. Demikian disebutkan dalam hadis Bukhari dan Muslim daripada riwayat Anas bin Malik. Dalam sebuah athar, disebutkan bahawa Ibnu Umar RA melewati sekumpulan manusia yang telah mengikat seekor ayam lalu mereka melontar ke arahnya dengan senjata mereka. Kata Ibnu Umar: "Barang siapa melakukan hal ini sesungguhnya dia dilaknat oleh Rasulullah SAW."

Perbuatan mengurung haiwan sampai ia mati juga dilarang. Nabi SAW menjelaskan, seorang wanita telah masuk neraka gara-gara seekor kucing yang dia kurung tanpa memberi makan mahupun melepaskannya untuk mencari makanan sendiri. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Berbuat baik kepada haiwan yang dituntut agama menjangkau sampai haiwan yang bukan di bawah peliharaan termasuklah haiwan seperti anjing.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Dahulu seorang lelaki mendatangi sebuah perigi lalu dia turun ke dalamnya untuk minum daripada airnya. Dia kemudian melihat seekor anjing yang dahaga berdiri di tepi perigi.

"Kerana berasa kasihan, dia mencabut salah satu kasutnya dan mengisinya dengan air kemudian memberikan kepada si anjing itu minum daripadanya. ALLAH berterima kasih kepada lelaki itu dan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat Ibnu Hibban, sahih)

Jalan melakukan kebaikan cukup banyak sekali. Bahkan antaranya sampai boleh memberi manfaat kepada kita walaupun sesudah kita mati meninggalkan dunia ini. Sabda Nabi SAW: "Sekiranya seorang anak Adam itu mati maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh kepada orang tuanya." (Riwayat Muslim)

Sedekah jariah adalah perbuatan kita mendermakan sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh manusia secara terus menerus walaupun selepas kita mati. Begitu juga dengan ilmu yang dimanfaatkan. Selagi mana ilmu yang diajar sama ada melalui tulisan ataupun dengan cara mengajar terus diamalkan oleh orang lain, maka si guru akan mendapat pahala walaupun setelah dia mati.

Agama belas ihsan

Sesungguhnya agama Islam adalah agama belas kasihan dan ihsan. Nabi SAW bersabda: "Mereka yang mengasihi sesama yang lain akan dikasihi oleh ALLAH; kasihanilah mereka yang ada di muka bumi nescaya kamu akan dikasihani oleh mereka yang di langit." (Riwayat Abu Daud, sahih)

ALLAH berfirman: "Bagi mereka melakukan kebaikan akan dikurniakan kebaikan serta satu tambahan." (Surah Yunus: 26)

Dalam sebuah riwayat Muslim, Nabi SAW menjelaskan bahawa 'satu tambahan' yang dijelaskan dalam ayat tersebut adalah dapat melihat wajah ALLAH di syurga kelak.

Ganjaran melihat wajah ALLAH di syurga yang ALLAH sediakan buat mereka yang melakukan ihsan kebaikan di dunia sangat bersesuaian. Sebagaimana yang telah disebutkan, ihsan bererti menyembah ALLAH seolah-olah dengan dapat melihat-Nya, maka untuk itu ALLAH membalasnya dengan dapat melihat wajah-Nya secara langsung di akhirat.