May 13th, 2016

Khutbah Jumaat: “Martabat Guru Dan Cabarannya”

Sedutan Petikan Khutbah Jumaat 13 Mei 2016: JAIS

“Martabat Guru Dan Cabarannya”

Tanggal 16 Mei setiap tahun telah ditetapkan sebagai sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan. Ini bagi mengingati jasa dan pengorbanan oleh insan bergelar guru. Ingatlah, walau apapun kedudukan kita sekarang, begitu juga kejayaan sesuatu bangsa dan negara, pastinya bermula daripada didikan insan bergelar guru.
Guru merupakan murabbi, pendakwah yang diiktiraf sangat mulia di sisi agama dan masyarakat, kerana mereka mewarisi tugas-tugas para rasul dalam membimbing manusia ke jalan kebenaran dan membentuk tamadun manusia melalui pendidikan dan penyebaran ilmu. Betapa besarnya peranan guru ini kerana mereka sebagai ahli ilmu yang beriman dan bertaqwa, mereka diibarat seperti bintang di langit yang menjadi petunjuk jalan menerangi laluan sama ada di desa atau di bandar, di darat atau di lautan.

Hadis daripada Anas B. Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Sesungguhnya perumpamaan orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan” (Riwayat Imam Ahmad).

Bidang perguruan merupakan suatu pekerjaan yang murni dan baik. Seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia agar menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan tugasannya. Antara cabaran yang sering dihadapi oleh guru ialah berhadapan dengan pelbagai latar belakang masyarakat dan salah faham mereka terhadap peranan guru. Sehinggakan ada sebahagian guru berhadapan dengan penghinaan. Peranan mereka diperlekehkan, malah ada yang sanggup menyakiti dan mencederakan guru.

Firman Allah SWT dalam surah Al Maidah ayat 2;  “...dan hendaklah kamu bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, janganlah pula kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batas-batas ajaran Allah); dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya amat berat azab Allah SWT itu”.

Pada zaman yang serba mencabar ini, anak-anak lebih terdedah dengan pelbagai anasir negatif yang boleh menyebabkan mereka lalai dan leka, sebagai contoh leka dengan telefon pintar, leka dengan internet dan leka dengan pelbagai jenis bentuk hiburan. Mereka lebih percaya kepada maklumat yang diambil daripada internet, yang belum pasti kesahihannya.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan, sebagai pedoman dalam kehidupan kita seharian, antaranya:

1. Umat Islam hendaklah menghormati dan menghargai guru, bukan memperlekeh apatah lagi menghina mereka.

2. Ibu bapa dan juga masyakarat hendaklah berperanan sebagai guru di luar sekolah.

3. Pengurusan masa yang berkualiti amat penting bagi melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan akhlaknya.

4. Negara amat memerlukan modal insan yang berkelakuan baik dan mempunyai kemahiran yang tinggi.

5. Pihak guru juga hendaklah mempersiapkan diri dengan ilmu yang mantap, keperibadian yang mulia dan akhlak yang terpuji agar menjadi contoh dan ikutan yang baik.

6. Semua pihak perlu berganding bahu dalam memartabat pendidikan demi mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat.

Ingatlah muslimin yang dirahmati Allah sekalian, sesungguhnya negara cemerlang terhasil daripada umat yang cemerlang, bangsa cemerlang terhasil daripada keluarga yang cemerlang, keluarga cemerlang terhasil dari individu cemerlang, manakala individu cemerlang terhasil daripada didikan insan bergelar guru.

“Dialah yang telah mengutus di kalangan orang (Arab) yang Ummiy (yang tidak tahu membaca dan menulis), seorang rasul (Nabi Muhammad SAW) daripada kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (daripada iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan hikmah (hukum-hakam yang terkandung di dalam al-Quran atau hadis). Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”.(Surah al-Jumuah : 2).

Friday Sermon Text: Teachers As Nation Builders

Friday Sermon Text: 13 May 2016AD / 6 Syaaban 1437H JAWI

Teachers As Nation Builders

The 16th day of May has been designated as Teachers Day nationwide. This is to remember and commemorate the services and sacrifices of individuals who are called teachers. Remember, no matter what position we hold now or where we are now in life, our achievements and the knowledge we have attained would have definitely started from the guidance and tutelage of a teacher.

A teacher is considered a Murabbi, an educator who not only imparts knowledge through the conventional approach, but also through the holistic approach. They are highly respected by the religion, as well as by the community, because they inherit the duties and responsibilities of the Prophets in guiding people towards the path of truth.

Teachers also shape human civilization through education and dissemination of knowledge. The huge role of teachers is equivalent to the role of stars in the sky which guide mankind at night when they travel, either on land or at sea.

Teachers are also the source of reference to address errors and confusion in the society or community. It is not limited to certain areas only, but encompasses all aspects of knowledge and expertise that exists on earth.

Thus, the Al-Quran has never marginalized a teacher’s role, as indicated by Allah SWT in verses 43 and 44 of Surah al-Nahl, which was recited at the beginning of this sermon, and has the following meanings: “And before you, also the messengers We sent were but men, to whom We granted inspiration: if you do not realise this, ask of those who possess the Message. (We sent them) with Clear Signs and Books of dark prophecies; and We have sent down unto them (also) the Message; that you may explain clearly to men what is sent for them, and that they may give thought.”

Individuals who possess knowledge are individuals who have been chosen by Allah SWT to receive benefits and blessings. Moreover, they are also responsible in preserving and maintaining the religion.

Reflect upon the meaning of this hadith from Rasulullah SAW, as recorded by Imam al-Bukhari RH, and narrated by Mu'awiya RA: Which means: "Whoever Allah wills good things, He will make him someone who meticulously understand matters of religion and indeed, I am only the one that disperses it, but Allah SWT grants it and some of my people still continue to practice the religion of Allah SWT, there is not anyone from amongst those who violate them can damage them, without the command and order of Allah SWT."

Imam alShafi'e RH, for instance, once said: "Malik bin Anas is my teacher. If there is no teacher like Imam Malik and Ibn Uyainah, then the knowledge possessed by these scholars would disappear from this country.”

The teaching profession is not only an occupation that is honourable and noble, but as a teacher, teachers would also have to face many great challenges to educate, guide, develop and nurture each student's moral character. The goal is to shape and develop students who will one day become individuals who will be useful and invaluable to the religion and the nation.

To face the ever increasing challenges in educating students, the Ministry of Education Malaysia is seriously concerned with the role of parents and the community in relation to education.

Thus, e-Sarana (or e-Tools) program as contained in the Malaysian Education Blueprint (MEB) 2013 to 2025 was created. E-Sarana is an effort to increase parental involvement in their children's learning within and outside the school. The skills and expertise parents have are shared, in the effort to help build their children’s education.

Therefore, it is important that parents are involved with their children’s education and take appropriate action to help them achieve future successes.

Parents should also serve as teachers at home. As Allah SWT says in Surah Al Maidah verse 2. Which means: “Help one another in righteousness and piety, but help not one another in sin and malice: fear Allah: for Allah is strict in punishment.”

To end today’s sermon, the mimbar would like to invite the congregation to appreciate and to reflect upon the gist of the sermon delivered, and take them as guidance in our lives, namely:

First: The services and sacrifices of teachers should be respected and appreciated, not ridiculed or humiliated;

Second: Parents and members of the society should also take up the role as teachers outside school;

Third: All parties should work together to uphold the dignity of education in order to achieve happiness and success in this world and in the Hereafter.

Finally, let us together reflect upon the words of Allah SWT in Surah al-Jumu'ah, verse 2: Which means: “It is He Who has sent amongst the Unlettered (the Arabs) an apostle (Muhammad SAW) from among themselves, to rehearse to them His Signs, to sanctify them, and to instruct them in Scripture and Wisdom although they had been, before, in manifest error.”


Khutbah Jumaat: “Guru Pembina Pewaris Wibawa”

Petikan Khutbah JumaatL  (13 Mei 2016 / 6 Sya’ban 1437) JAKIM

“Guru Pembina Pewaris Wibawa”

Guru merupakan murabbi dan pendakwah yang diiktiraf sangat mulia di sisi agama dan masyarakat. Mereka mewarisi tugas-tugas para Rasul dalam membimbing manusia ke jalan kebenaran dan membentuk tamadun manusia melalui pendidikan dan penyebaran ilmu.

Lantaran itu, mengajar dan menuntut ilmu dikatakan sebaris dengan tuntutan berperang di jalan Allah SWT sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam Surah at-Taubah ayat 122, Maksudnya:Dan tidaklah patut bagi orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); maka, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari setiap puak di antara mereka, untuk mendalami ilmu agama, dan untuk mengajar kaumnya apabila mereka kembali kepadanya; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga.”

Hal ini bermakna, guru perlu dihormati atas ketinggian martabatnya seperti yang diterangkan oleh Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin yang memetik nasihat Lukman al-Hakim kepada anaknya iaitu: “Wahai anakku, pergaulilah para guru dan rapatilah mereka dengan kedua lututmu, kerana Allah Taala menghidupkan hati dengan nur (cahaya) hikmah, sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan hujan dari langit”.

Sememangnya martabat profesion keguruan bukan sahaja murni dan baik, tetapi perlu juga menggalas cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk modal insan yang berwibawa dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Umum mengetahui bahawa masa anak-anak berada di sekolah hanyalah 15 peratus sahaja berbanding dengan masa tidur 33 peratus dan 52 peratus lagi masa mereka di rumah dan komuniti.

Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 19, Maksudnya:Syaitan telah menguasai mereka, sehingga mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu orang yang rugi.”

Mimbar yakin, berkat didikan dan asuhan agama yang telah diberikan secukupnya oleh para guru, dapat menyerlahkan lagi sahsiah diri para belia sekalian.

Imam Ahmad dan at-Thobrani meriwayatkan: Mafhumnya: Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada padanya kelakuan pelik dan menyeleweng.”


Islam sangat menitik beratkan peranan ilmu dalam kehidupan dengan menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Ingatlah, budaya ilmu dalam Islam tidak terhad kepada peringkat umur atau taraf seseorang walaupun dia hanya seorang petani.

Bahkan selagi kita masih diberi peluang untuk bernafas, kita di tekankan untuk menggali sebanyak mungkin ilmu. Tetapi Islam amat melarang keras, menuntut ilmu tanpa guru kerana ia
banyak membawa kesesatan yang disemarakkan lagi oleh syaitan.

Bersempena dengan sambutan HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN dan HARI BELIA NEGARA 2016, yang diadakan pada tahun ini, mimbar ingin mengajak sidang jemaah sekalian untuk mengenang dan menghargai jasa guru yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan hari ini.

Mereka tidak minta disanjung tetapi cukuplah kita mengingati betapa besar nilainya dalam kehidupan kita.
Hakikatnya, di sebalik kecemerlangan sesebuah negara, masyarakat, keluarga, belia dan individu itu adalah berpunca daripada kejayaan didikan insan bernama guru.

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:

Pertama: Keperibadian guru perlu dihormati dan dihargai kerana keupayaannya membina pewaris negara bangsa yang berwibawa dan cemerlang.
Kedua: Pembangunan belia yang dijana melalui pembangunan modal insan yang berkualiti dan seimbang akan dapat meneruskan pembangunan negara bangsa dan cita-cita agama.
Ketiga: Gandingan semua pihak dalam memartabatkan pendidikan dan modal insan kelas pertama mampu membawa kebahagian hidup di dunia dan keselamatan di akhirat.

Dan sabarkanlah dirimu bersama orang yang menyeru Tuhan mereka pada pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata; dan janganlah kamu memalingkan pandanganmu daripada mereka kerana mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui lalai hatinya lalai daripada mengingati Kami dan ia menurut hawa nafsunya, dan tingkahlakunya adalah melampaui kebenaran.” (Surah al-Kahfi:28)

Khutbah Jumaat: Guru Pembina Negara Bangsa

Khutbah Jumaat: Guru Pembina Negara Bangsa JAIS (17 Mei 2013/7 Rejab 1434H)

Islam mengajar umatnya supaya memandang tinggi jasa dan pengorbanan seseorang. Antara jasa dan pengorbanan ialah tugas seorang guru yang mana sangat besar baktinya dalam membangun dan mendidik generasi ke arah menjadikan generasi berpendidikan dan berakhlak mulia.

.
Pada 16 Mei setiap tahun, negara kita akan menyambut Hari Guru. Sambutan ini bertujuan untuk meraikan para pendidik di negara kita khususnya yang telah bertungkus-lumus menggunakan kudrat yang ada, mencurahkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didik mereka. Mereka lakukan demi melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dalam membina sebuah negara yang maju dan makmur.
.
Sesungguhnya ilmu pengetahuan adalah suatu yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Oleh sebab itu, Allah SWT telah mewajibkan kita menuntut ilmu sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW  telah bersabda:
kj guru 2Mafhumnya: Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan ke atas setiap muslim.(Riwayat Ibn Majah)
.
.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa guru merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Merekalah yang pertama yang mengenalkan huruf abjad dan segala ilmu pengetahuan kepada kita. Daripada hasil usaha merekalah, lahirnya bangsa yang berilmu dan berpengetahuan luas, tugas mereka tidak terbatas hanya mengajar di bilik darjah sahaja, malah mempunyai tanggungjawab dalam membentuk akhlak masyarakat.
.
Yakinlah tanpa ilmu pengetahuan, hidup manusia pasti dalam kegelapan kerana ilmu itu cahaya yang menerangi kehidupan. Bayangkanlah tanpa ilmu, kehidupan manusia tidak akan maju dan tanpanya juga manusia tidak dapat membezakan antara kebenaran dengan kebatilan. Paling penting, dengan ilmu sahajalah seseorang itu akan terselamat daripada tipu daya syaitan.
.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 269: يُؤْتِى ٱلْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُؤْتَ ٱلْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِىَ خَيْرًۭا كَثِيرًۭا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ Maksudnya: Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sungguh ia telah berikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya”.
.
.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Sebagai seorang guru bukan sahaja menjadi tanggungjawab menyampaikan ilmu kepada anak didiknya, malah yang lebih penting ialah membina negara bangsa. Persoalan besar timbul di sini apakah yang di maksudkan dengan pembinaan  negara bangsa. Secara ringkasnya, mimbar ingin menyatakan bahawa pembina negara bangsa berkait rapat dengan pendidikan yangmenitikberatkan semangat patriotik, jati diri dan  perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.
.
Lihatlah kepada sirah Rasulullah SAW sebagai contoh yang terbaik. Baginda sangat terkenal sebagai seorang negarawan yang bersemangat patriotisme yang sentiasa menyeru umatnya agar cintakan kepada negara. Rasulullah SAW sendiri sebagai pemimpin umat dan bertindak pula sebagai ketua negara telah memberi penekanan khusus dalam membimbing umatnya dengan cara menggesa mereka sentiasa berakhlak mulia, taat beribadah kepada Allah, taat kepada pemimpin dan mencintai negara. Inilah contoh pimpinan yang sebenar kerana bimbingan ini akan menentukan mereka menjadi manusia yang berguna dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Sabda Rasulullah SAW:
kj guru 3Maksudnya: Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang bermanfaat kepada orang lain. ” (Riwayat Al-Tabarani)
.
Hadith ini menjelaskan bahawa manusia yang baik menurut pandangan Islam ialah orang yang hidupnya menggunakan sepenuhnya potensi yang ada untuk memajukan keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara kerana inilah jalan hidup yang dituntut oleh Allah. Mimbar amat yakin bahawa gurulah yang berperanan besar dalam membentuk generasi ini kerana setiap didikan dan teguran senantiasa dipatuhi dan dihormati oleh masyarakat.
.
.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Sudah pasti di dalam membina negara bangsa  ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih kepada negara serta pemimpin secara menyeluruh. Berasaskan kepada dalil-dalil yang jelas daripada al-Quran dan hadith Rasulullah SAW, para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardu kepada setiap muslim manakala menderhaka merupakan satu dosa besar.
.
Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya: ”Taatlah kepada pemerintah kamu walau bagaimana keadaannya, jika mereka perintahkan kamu melakukan perkara yang sesuai dengan ajaran-Ku, maka mereka beroleh pahala, dan kamu juga diberi pahala dengan mentaati mereka. Jika mereka perintahkan kamu melakukan perkara yang tidak sesuai dengan ajaran-Ku, maka dosanya ke atas mereka dan kamu terlepas daripada dosa.” (Riwayat at-Tabarani)
.
Berdasarkan kepada pandangan ulama’ antaranya al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniah bahawa perintah mentaati pemerintah termasuk di dalamnya mentaati para petugas yang dilantik untuk menjalankan tanggungjawab bagi pihak pemerintah seperti tugas menjaga keamanan dan keselamatan yang diamanahkan kepada pasukan polis negara.
.
Menurut pandangan ulama’ seperti Imam Nawawi bahawa: ”Menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram.

Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang sah keputusan pemerintah yang dibuat berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara. Sedarlah jika ada antara kita yang telah tersasar, kembalilah ke pangkal jalan. Percayalah bantahan yang berterusan kepada pemerintah negara yang telah terbukti mampu memelihara agama Islam dan keamanan dibimbangi hanya akan mengundang bala dan murka dari Allah SWT.
.
Justeru, menjadi tanggungjawab mimbar mengingatkan sidang jumaat dan umat  Islam sekalian bahawa semangat membina negara bangsa khususnya kepada  golongan pelajar merupakan cerminan masa depan sesebuah negara. Wahai jemaah dan umat Islam sekalian, Ingatlah bahawa golongan ini meliputi kumpulan sasar yang besar dan meluas. Oleh itu, mereka begitu penting dalam membawa perubahan masa depan sesebuah negara daripada negatif kepada positif, lemah kepada kuat, mundur kepada maju dan terbaik kepada cemerlang.
.
Jika mereka tidak dididik dan diasuh dengan betul dan diberikan maklumat yang tepat dan benar, pastinya sesebuah negara itu akan menempah kehancuran. Justeru, kepada para guru mereka dituntut segala jiwa dan raga demi membina negara bangsa dengan bertindak sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Ingatlah bahawa amanah dan peranan guru bukan hanya sekadar mengajar, malah turun berperanan untuk melahirkan pelajar bukan sahaja hebat inteleknya, malah mempunyai jati diri dan semangat patriotik yang jitu. Itulah antara perkara yang ditekankan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
.
.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah, bersempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini yang bertemakan; “Guru Malaysia: Satu Aspirasi Satu Agenda”, mimbar menyeru marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan anak bangsa kita sentiasa diberikan taufik hidayah oleh Allah SWT dan seterusnya berjaya memainkan peranannya yang sebenar dalam memacu pembangunan negara bangsa yang maju dan dihormati lagi dikasihi Allah SWT.

Marilah sama-sama kita menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru melalui tindakan berikut;

Pertama: Mendoakan kebahagian buat guru-guru, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Kedua: Menziarahi guru-guru untuk mengeratkan silaturrahim.
Ketiga: Menghulurkan apa juga bentuk sumbangan mengikut kemampuan masing-masing kepada institusi pendidikan.
Keempat: Berkatalah dengan lemah-lembut dan jangan sekali-kali menyakiti hati guru.
Kelima: Ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru dan semua insan yang pernah menabur bakti dan budi kepada kita.
.
Buat para guru pula, mimbar berpesan teruslah beristiqomah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa, mudah-mudahan akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Sempena dengan sambutan Hari Guru ini, boleh diibaratkan sebagai satu cara untuk para guru bermuhasabah dan menilai kembali apa yang telah dilakukan di sepanjang perkhidmatan, adakah telah mencapai matlamat dengan sempurna atau pun tidak.
.
Marilah kita sama-sama  memanjatkan doa kehadrat Allah SWT supaya matlamat pemerintah untuk melihat kita dan generasi akan datang memahami tanggungjawab dalam membina negara bangsa terlaksana dengan sempurna melalui pendidikan berkualiti yang disampaikan oleh para guru yang mengaplikasikan semangat pembina negara bangsa dalam diri mereka.
.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah kita merenung firman Allah SWT di dalam surah al-Mujadalah ayat 11:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا۟ فِى ٱلْمَجَٰلِسِ فَٱفْسَحُوا۟ يَفْسَحِ ٱللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُوا۟ فَٱنشُزُوا۟ يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَٰتٍۢ ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌۭ
Maksudnya:Wahai orang yang beriman! Apabila kamu diminta memberi lapang dalam majlis, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan melapangkan untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan akan darjat. Dan Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan.



The higher purposes of syariah

Maqasid have taken centre stage in the contemporary studies of syariah, just as it has also become an engaging theme of the government.

March saw the introduction of Malaysia’s Syariah Index at a Jakim (Islamic Development Department)-sponsored convention in Putrajaya, with the participation of more than 130 experts and researchers from local universities. Malaysia may well be the first to embark on a programme to integrate maqasid into government policy.

This article provides an overview of the syariah blueprint on the importance of maqasid, how they are known and identified.

The principal purposes of syariah are outlined under five main headings: protection of life, preservation of religion, upholding the integrity of the human intellect, protecting the family and protection of lawfully-owned property.

What this means for Malaysia is that the various branches of government will uphold and promote these values within their respective capacities. The maqasid (plural for maqsad) identify the higher purposes of the law, which are meant to be secured through the implementation of that law.

Thus, it is implied that the rules of syariah are not meant for their own sake, but to secure and realise certain objectives.

When the letter of the law is applied in a way that does not secure its intended purpose, the justice and benefit it is meant to secure, or when it leads, on the contrary, to harm and prejudice, the law is most likely reduced to a purposeless exercise.

The laws of syariah are generally meant to secure people’s welfare and justice. But, the detailed rules, commands and prohibitions of syariah also have their specific purposes, which are often identified in the text of the law itself, or by recourse to interpretation and ijtihad (independent reasoning).

One often hears of a clever lawyer bent on working his way through the law at the expense of twisting it to suit his purpose, regardless of what the law might have intended to secure.

This is why the syariah penalises what is called in the fiqh jargon, as al-Mufti al-Majin (a trickster or fraudulent mufti), who does just that, either to please his client or follow his self-seeking interests.

This is a violation of syariah, which is in principle a divine law, and twisting it in such a way is reprehensible. The renowned Andalusian scholar, Ibrahim al-Shatibi (d.1388 CE), who wrote extensively on the maqasid, stressed that a clear understanding of maqasid equips one with the ability to identify instances of distortion and abuse, adding that anyone who manipulates the syariah by isolating its letter from its intent and purpose, is guilty of violating the purpose of the lawgiver.

Knowledge of the maqasid, thus, helps keep the letter of the law and its spirit in harmony with one another.

To illustrate more specifically how the letter of the law can sometimes move in a different direction from its proper intention and purpose, one may look at some of the syariah contracts: the proper purpose/maqsad of sale, for instance, is transfer of ownership of the object of sale from seller to buyer in exchange for a price; the maqsad of lease, is transfer of the usufruct of its object; the maqsad of marriage is procreation of the human species, and that of giving a gift is donation (tabarru’) and show of goodwill — just as another maqsad of giving a gift is transfer of ownership to another party without a consideration.

If any of these contracts are manipulated such that they fail to secure their valid syariah purposes, a distortion is likely to have occurred. When a sale is used to disguise usury (riba), and when marriage is used for hedonistic indulgences and a quick divorce to follow, the purposes of syariah have been distorted in each case.

This is because marriage is a life-long contract with the purpose of procreation of human species, friendship and support, which must not be violated.

How are maqasid known and identified? Maqasid are identified in the clear text of the Quran or hadith, or else by the general consensus (ijma’) of scholars, failing which they may be identified by recourse to ijtihad.

The language of the Quran, or hadith, may either be explicit on a certain purpose, or it may be implicit and require a degree of scrutiny.

For instance, when the text refers to the benefit, rationale, or consequences of its rulings, the judge and jurist are given a certain insight into the purpose/maqsad of that law, which they should strive to secure in their decisions.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah (d.1350 CE) has noted that the number of such references in the Quran alone reaches not just one or two hundred, as some commentators had earlier estimated, but in over 1,000 places.

The Quran has, in diverse manners of expression, identified the reasons, benefits and consequences of adherence to its ordinances, or harm that may accrue from their defiance.

All of these are then used as indicators toward identification of the maqasid. For instance, when the Quran characterises itself as “guidance and mercy” to the believers (10:57), and where mercy and rahmah also signify the most favourite of the 99 Excellent Names of God (as in al-Rahman and al-Rahim) — compassion and kindness becomes a cardinal objective of Islam.

Anyone who uses Islam as a instrument of brutality and oppression is guilty of distortion and abuse. Al-Shatibi has also added inductive reasoning (al-istiqra’) as a reliable method by which to identify the maqasid of syariah.

This means that the researcher looks at the data of the Quran and hadith generally. The text may have made numerous references to a certain purpose without explicitly declaring it as such.

When all such references are read together, their collective meaning emerges and leaves little doubt on the identification of that purpose.

The five maqasid mentioned above were also identified by this method — as they are nowhere so listed in the text. The methodology that is so developed aims at the integrity of maqasid and prevention of unfounded claims in their name.

A mere claim, therefore, that such and such promotes the family, or that it protects the religion and so on would need to be verified before it is made the basis of action or a government policy initiative.
Mohammad Hashim Kamali The NST Columnist 13 MAY 2016 @ 11:01 AM

Atasi panas El-Nino dengan wuduk

MALAYSIA mengalami cuaca panas yang melampau. Sesetengah tempat mencatatkan suhu mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius. Hujan tidak turun di kebanyakan kawasan dan ia berpunca daripada fenomena El-Nino yang melanda negara sejak Ogos 2015.

El-Nino memberi kesan cuaca panas dan kering, jerebu akibat pembakaran terbuka, krisis bekalan air dan penularan penyakit bawaan vektor, air dan makanan. Pendedahan kepada cuaca panas memberi kesan kepada kesihatan manusia seperti strok haba yang membawa kematian. Masyarakat perlu bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya menghadapi fenomena ini.

Maklumat bagi krisis ini boleh dilayari melalui laman web Kementerian Kesihatan (KKM), di samping membuat pemantauan suhu di kawasan persekitaran melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia.

Dalam situasi inilah, Islam mensyariatkan berwuduk sebagai amalan harian, bahkan wajib mendirikan solat lima waktu. Tiada solat tanpa berwuduk terlebih dahulu. Perihal wuduk dinyatakan ALLAH SWT dalam Surah Al-Maidah ayat 6 yang menjelaskan anggota wuduk yang wajib, cara mengerjakannya dan Surah Al-Nisa' ayat 43 juga menyatakan air sebagai agen penyucian wuduk serta perkara membatalkannya.



Wuduk mendidik umat Islam bertanggungjawab dalam memelihara kebersihan diri. Setiap hari anggota tubuh manusia pasti melakukan banyak pekerjaan yang menjadi punca kekotoran dan jangkitan penyakit. Anggota yang paling banyak melakukan pekerjaan ialah tangan, kaki, mulut dan hidung. Anggota lain yang biasanya terdedah kepada debu dan kuman ialah muka, telinga dan kepala.

Berwuduk adalah menyapukan air ke bahagian ini agar kuman dan kotoran punca pelbagai penyakit tidak bertapak lama pada tubuh manusia. Wuduk bertindak sebagai satu agen penyucian fizikal manusia. Bahagian tubuh yang dibersihkan ketika berwuduk adalah bahagian terdedah yang sentiasa menjadi tumpuan mikro organisma pembawa penyakit. Apabila berwuduk, bahagian kulit tersebut dibersihkan sekali gus berupaya menghindari jangkitan penyakit.

Secara khusus, wuduk adalah salah satu daripada aktiviti yang dapat memelihara kesihatan diri. Setiap anggota wuduk yang dibersihkan, sangat berkait-rapat dengan pemeliharaan kesihatan tertentu bagi anggota tersebut iaitu :

Berkumur - Membersihkan dan memelihara mulut dan tekak, melindungi gigi dan membersihkannya daripada sisa makanan yang melekat di celah gigi di samping menghilangkan nafas berbau.

Membersihkan hidung ketika berwuduk dapat menjauhkan bakteria yang masuk melalui hidung daripada dipindahkan ke bahagian organ tubuh lain badan manusia yang menjadi punca pelbagai penyakit.

Basuh muka boleh membersihkan permukaan kulit yang berminyak.

Basuh kepala, tangan dan kedua kaki akan membersihkan organ fizikal manusia yang sangat terdedah kepada bakteria.

Basuh telinga, membersihkan debu dan kotoran yang ada pada telinga yang boleh menyihatkan pendengaran.

Penyucian fizikal yang dilakukan pada bahagian anggota wuduk, tidak dapat dipisahkan dengan penyucian rohani terhadap anggota tersebut. Umat Islam seharusnya sentiasa berusaha untuk berwuduk sekali gus menunaikan ibadah solat lima waktu sepertimana yang disyariatkan.  Anggota-anggota yang sering berdosa disucikan dengan wuduk.

Wuduk mampu memberi kesan yang positif terhadap tubuh manusia sama ada secara jasmani mahupun rohani. Wuduk yang dilaksanakan mengikut tertib berupaya menghindarkan umat Islam daripada pelbagai penyakit yang berkaitan dengan fizikal manusia. Wuduk boleh menjadi terapi yang baik untuk kesihatan diri.

Secara fizikal, wuduk memberi kesan positif kepada jasmani manusia khususnya dari sudut kebersihan tubuh badan seseorang. Mengambil wuduk atau membasahkan diri dapat mengimbangi haba dan suhu badan. Penggunaan air untuk berwuduk menunjukkan ibadah ini berkait rapat dengan kebersihan dan kesihatan diri secara langsung kerana air mutlak yang digunakan adalah air suci lagi menyucikan. Ia boleh disifatkan sebagai agen yang boleh menyejukkan kembali tubuh badan. Penyejukan ini diperlukan bagi mengelak daripada berlakunya kepanasan badan yang melampau.

Oleh itu, umat Islam seharusnya sentiasa berusaha untuk berwuduk dan mengekalkannya selagi tidak ada keuzuran yang menghalang, malahan digalakkan memperbaharui wuduk.

Inilah wasatiyyah seorang Muslim, yang sentiasa beristiqamah melaksanakan perintah-Nya, di samping menangani situasi bahang panas El-Nino yang dihadapi.

Sama-sama kita berdoa kepada-Nya supaya menurunkan hujan bagi mengatasi kemarau dan terhindar daripada kesan kepanasan melampau, semoga cuaca negara kita kembali pulih seperti sediakala.

Diriwayatkan Rasulullah SAW mengangkat kedua belah tangan dan berdoa: Ya ALLAH! Turunkanlah hujan kepada kami, Ya ALLAH! Turunkanlah hujan kepada kami, Ya ALLAH! Turunkanlah hujan kepada kami!." (Riwayat Muslim)

Sunnah puasa di bulan Syaaban

ALLAH SWT telah mengutus rasul dan menurunkan kitab-kitab-Nya serta menyediakan batas-batas arahan dan larangan atau boleh juga disebut sebagai syariat kepada manusia. Ini semua supaya manusia mengabdikan diri dan mentauhidkan ALLAH dalam semua keadaan dan tingkah lakunya. Malah inilah tujuan utama penciptaan makhluk seperti mana yang ditegaskan dalam firman-Nya:

"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku."  (Surah Al-Zaariyat: 56)

Dua syarat ibadat

Satu perkara yang penting dan perlu diberi perhatian ialah segala bentuk ibadah ini tidak akan diterima oleh ALLAH melainkan jika ia dilakukan dengan penuh keikhlasan dan menepati cara yang dilakukan dan diperintahkan oleh Rasulullah SAW. Maka, sebarang bentuk ibadah yang tidak memenuhi dua syarat ini, tidak akan diterima oleh ALLAH, apatah lagi untuk diberikan ganjaran. ALLAH berfirman:

"Maka sesiapa yang percaya dan mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia melakukan amalan soleh dan janganlah mempersekutukan sesiapa pun di dalam ibadah kepada Tuhannya." (Surah Al-Kahf: 110)

Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) ketika mentafsirkan ayat ini menyatakan: "Sesiapa yang mengharapkan ganjaran dan balasan yang baik hendaklah dia melakukan amalan yang bertepatan dengan syariat ALLAH, dan hanya kerana ALLAH (ikhlas) serta tidak ada sekutu bagi-Nya, dan inilah dua rukun untuk diterima segala amalan, iaitu mesti dilakukan dengan ikhlas kepada ALLAH dan menepati syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW." (Rujuk: Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim (Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi, cet.1, 2000), jil. 3, hal. 111)

Hal ini dikuatkan lagi dengan pendapat ulama, antaranya ialah Al-Fudhail bin 'Iyadh: "Sesungguhnya amalan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan tetapi tidak tepat, maka ia tidak akan diterima, dan jika dilakukan dengan tepat tetapi tidak ikhlas, ia juga tidak akan diterima, sehinggalah ia dilakukan dengan penuh keikhlasan dan tepat. Dan ikhlas itu ialah apabila ia dilakukan hanya kerana ALLAH, dan tepat itu pula ialah apabila dilakukan menepati sunnah Rasulullah SAW."

(Rujuk: Ibn Rejab, Jami' al-ulum wa al-hikam (Beirut: Al-Maktabah al-'Asriyah, cet. 3, 2000), hal. 15)

Puasa Syaaban

Bersempena dengan kedatangan bulan Syaaban ini marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk meningkatkan ibadah. Namun, dalam keghairahan beribadah ini, dua syarat utama yang telah disebutkan di atas tidak harus diabaikan begitu saja. Mencontohi Rasulullah SAW dalam melakukan ibadah dan dilakukan hanya semata-mata kerana ALLAH adalah jalan selamat bagi memastikan ibadah yang diamalkan itu tidak sia-sia begitu saja.

Berdasarkan petunjuk Rasulullah SAW melalui hadis-hadisnya yang sahih, Baginda SAW memperbanyakkan puasa sunat pada bulan Syaaban. Hal ini berdasarkan kepada hadis-hadis yang sahih, di antaranya (yang bermaksud): Daripada Usamah bin Zaid RA berkata: "Aku berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa (sunat) di dalam bulan-bulan lain seperti engkau berpuasa di bulan Syaaban."

Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Bulan ini adalah bulan yang sering diabaikan oleh manusia iaitu bulan di antara Rejab dan Ramadan, dan ia adalah bulan di mana segala amalan akan diangkat menghadap Tuhan semesta alam dan aku suka amalan-ku diangkat ketika aku berpuasa."

(Riwayat Ahmad, Nasaa'i dan disahihkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya, Al-Munziri di dalam  Sahih Al-Jami' dan Al-Albani di dalam Silsilah Al-Sahihah)

Daripada Aisyah RA berkata: "Adalah Rasulullah apabila berpuasa, sehingga kita menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadan) melainkan pada bulan Syaaban." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dua hadis di atas adalah hadis-hadis sahih dalam memperkatakan tentang kelebihan bulan Syaaban dan menjelaskan kepada kita bahawa Rasulullah SAW memperbanyakkan puasa (sunat) pada bulan ini.

Oleh itu, memperbanyakkan amalan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berdasarkan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah amat dituntut dan digalakkan tanpa mengkhususkan hari-hari tertentu seperti pada hari Nisfu Syaaban sahaja dan sebagainya.

Sebaliknya amalan sesetengah orang yang mengkhususkan hari-hari tertentu pada bulan Syaaban (contohnya Nisfu Syaaban) untuk berpuasa adalah tidak tepat dan tidak ada sumbernya yang sahih.

Begitu juga mereka yang mengamalkan puasa tiga bulan berturut-turut iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadan; dengan alasan ia adalah sunnah, maka tidak ada dalil sahih yang boleh menyokong amalan ini. Malah ia hanya berdasarkan hadis-hadis yang daif lagi mauduk.

Perbincangan dan penjelasan mengenai hadis-hadis daif mengenai bulan Syaaban ini boleh diikuti melalui artikel yang akan datang. Semoga kita semua diberikan petunjuk dan kekuatan dalam mencontohi dan menegakkan sunnah Rasulullah SAW.