May 20th, 2016

Khutbah Jumaat : “Bahagiakanlah Ibu Dan Ayahmu”

Petikan Khutbah Jumaat 20 Mei 2016: JAIS

“Bahagiakanlah Ibu Dan Ayahmu”

Ayat yang dibaca pada permulaan khutbah ini iaitu Surah Luqman ayat 14 yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya yang telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah (dari awal mengandung hingga akhir susuannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu serta kepada Aku jua tempat kembali”

Allah telah mewajibkan kepada semua manusia untuk mengasihi dan membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa dengan penuh kasih sayang kerana sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka sungguh tidak terkira.

Marilah sama-sama kita membuka mata ahli keluarga kita dan masyarakat supaya mengasihi kedua-dua ibu bapa, renungilah setiap pengorbanan serta titisan peluh ibu bapa yang mengalir untuk menjaga kita sejak kecil hingga dewasa.

Insan yang tersayang yang bergelar ibu, merupakan insan yang mengandungkan kita, melahirkan serta membesarkan serta mendidik kita hingga menjadi dewasa.

Begitu juga dengan seorang ayah, yang merupakan insan yang sedikit pun tidak mengeluh walaupun penat bekerja mencari rezeki demi menyara kehidupan keluarga. Betapa besarnya pengorbanan mereka kepada kita.

Dalam melayari kehidupan ini, tanpa mereka berdua siapalah kita.

Mentaati ibu bapa dan berbuat baik kepada mereka adalah sebesarbesar kebajikan yang menghampirkan seorang hamba kepada penciptaNya. Sikap ini akan menambahkan lagi kasih sayang terhadap mereka.

Benar, ibu bapa tidak mengharapkan balasan wang ringgit serta kemewahan daripada anak-anak mereka, sebaliknya mereka hanya mengharapkan perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak sahaja.

Apabila sempurnanya kasih sayang serta perhatian dalam keluarga, akhirnya akan terbinanya masyarakat yang soleh, penuh kasih sayang dan hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

Hadis daripada al-Miqdam Bin Ma’di Karib RA bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Sesungguhnya Allah berwasiat kepada kamu (untuk berbakti) dengan ibu–ibumu (diulang tiga kali), sesungguhnya Allah berwasiat kepada kamu (untuk berbakti) kepada bapa-bapa kamu, sesungguhnya Allah berwasiat kepada kamu (untuk berlaku baik) kepada keluarga yang terdekat, maka utamakanlah yang lebih dekat”. (Riwayat Ibnu Majah).

Berdasarkan hadis ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa orang yang paling utama untuk kita taati, berbakti dan berbuat baik ialah ibu kita. Setelah itu, berlaku baik kepada ayah kita dan seterusnya ialah ahli keluarga kita yang terdekat. Hal ini tidak dapat dinafikan lagi, ibulah insan yang paling banyak berkorban dan bersusah payah untuk memberikan yang terbaik untuk kita, ibulah yang mempertaruhkan nyawanya untuk melahirkan kita, menderita dan bersusah payah membesarkan kita.

Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abi Umamah RA bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat yang bermaksud; “Apakah tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapanya?” sabda baginda SAW; Mereka berdua adalah syurgamu ataupun nerakamu”. (Riwayat Ibnu Majah).

Hadis daripada Muawiyah Bin Jahimah as-Sulami RA bahawa Rasulullah SAW bersabda; . “Lazimilah (mentaati dan berbakti) kepada ibu kamu kerana syurga itu di bawah tapak kakinya” (Riwayat An-Nasaie).

Benar, setiap perbuatan itu ada balasannya. Allah telah menjanjikan kebaikan yang tidak terkira terhadap ketaatan dan amal bakti yang dicurahkan oleh seorang anak kepada ibu bapanya.

Antaranya,

Pertama; Mentaati ibu bapa, dapat menambahkan umur dan meluaskan rezeki.

Hadis daripada Anas Bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Sesiapa yang suka bahawa dilanjutkan usianya dan ditambah rezekinya hendaklah ia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya dan menyambungkan kasih sayangnya (iaitu terhadap mereka)”. (Riwayat Imam Ahmad)

Kedua; Berbakti kepada ibu bapa menghapuskan dosa.

Hadis daripada Ibnu Umar RA menceritakan bahawa seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah SAW lalu berkata, “wahai Rasulullah!, bolehkah aku bertaubat?” maka baginda bersabda, “adakah kamu mempunyai ibu?” Jawab lelaki itu, “tiada”. Lalu, baginda bertanya lagi, “adakah kamu mempunyai ibu saudara perempuan?” jawabnya, “ya!”. Sabda baginda “berbaktilah kepadanya”. Oleh yang demikian, amat jelas sekali, betapa pentingnya berbakti kepada ibu bapa, meskipun kepada saudara ibu bapa. Hal ini kerana dengan berbakti, seorang anak dapat menghapuskan dosa-dosa besar. (Riwayat at-Tirmizi).

Ketiga; Berbakti kepada ibu bapa menjamin masuk syurga.

Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia,”. Lalu baginda ditanya: “Siapa ya Rasulullah?” jawab Rasulullah SAW, “Sesiapa yang mendapati kedua orang tuanya (dalam usia lanjut), atau salah seorang daripada keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan memelihara orang tuanya sebaik-baiknya). (Hadis Riwayat Muslim).

Hadis daripada Abdullah B. Amru RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan meminta izin untuk turut serta dalam berjihad. Nabi SAW bertanya kepadanya: “Apakah kedua orang tuamu masih hidup?” lelaki tersebut menjawab “ya, mereka masih hidup”. Baginda SAW bersabda, “Berbakti kepada keduanya adalah jihad”. (Riwayat Imam Muslim).

Menelusuri khutbah pada hari ini, maka kita sebagai umat Islam hendaklah;

1. Mentaati dan mematuhi kedua ibubapa melebihi segala-galanya selagi mana mereka tidak menderhakai Allah SWT.

2. Mengutamakan kasih saying terhadap ibubapa dengan menghormati dan membalas jasa mereka.

3. Umat Islam dilarang menyakiti hati ibubapa kerana balasannya adalah neraka Allah SWT.

“Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya, atau keduaduanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah", dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”. (Surah al-Isra’ : 23).

Wallahualam

Khutbah Jumaat: “Kemanisan Sifat Redha ”

Khutbah Jumaat:  (20 Mei 2016 / 13 Sya’ban 1437) JAKIM

“Kemanisan Sifat Redha ”

Menjadi sunatullah mengatur kehidupan manusia di dunia ini ada kalanya naik dan turun, senang dan susah, sihat dan sakit dan sebagainya. Boleh dikatakan setiap manusia sentiasa akan diberikan ujian tertentu. Namun kita perlu yakin bahawa semua itu untuk mendidik diri umat Islam agar bersabar dan redha dengan ketentuan Allah SWT. Pastinya dengan itu nanti, Allah SWT akan menaikkan kedudukan orang yang redha itu semakin dekat dengan-Nya.

Sememangnya Allah SWT amat mencintai hamba-Nya ketika mana diberikan ujian mereka bersabar. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Sa’ad bin Abi Waqqas RA bahawa,
قُلتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَيُّ النَّاسَ أَشَدُّ بَلاَءً؟ قَالَ: الأَنبِيَاءُ ثُمَّ الصَّالِحُونَ ثُمَّ الأَمثَلُ، فَالأَمثَلُ مِنَ النَّاسِ، يُبتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ. فَإِن كَانَ فِى دِينِهِ صَلاَبَةٌ زِيدَ فِى بَلاَئِهِ، وَإِن كَانَ فِى دِينِهِ رِقَّةٌ خُفِّفَ عَنهُ، وَمَا يَزَالُ البَلاَءُ بِالعَبدِ حَتَّى يَمشِى عَلَى ظَهرِ الأَرضِ لَيسَ عَلَيهِ خَطِيئَةٌ
Mafhumnya: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling berat ujiannya?”. Jawab baginda: “Para Nabi, kemudian orang Soleh, kemudian mereka yang (darjatnya) sama seperti itu. Sesiapa sahaja seperti golongan ini, akan diuji sesuai dengan kualiti Deen (agama) nya. Jika pegangan agamanya kuat dan teguh, maka semakin berat ujiannya. Sebaliknya jika agamanya lemah, maka ujian diringankan. Dan ingatlah ujian itu akan terus menimpa manusia sehingga dia berjalan di atas bumi ini tanpa dosa”.

        Jelasnya, sifat redha itu adalah nikmat Allah SWT yang sangat besar kepada manusia. Ia adalah anugerah rabbaniah yang hebat dan ibadah hati yang tinggi kedudukkannya di sisi Allah. Mereka yang memakmurkan hatinya dengan iman, mengenal Allah SWT, beriltizam dengan segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya, mengawal dirinya daripada alpa dengan kelazatan dunia, maka dia akan memperoleh kemanisan sifat redha ini.

SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,

Sifat redha adalah asas yang membentuk jati diri manusia dan penyempurna iman. Tidak lengkap Islam seseorang tanpa sifat redha kepada Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul.

Hakikatnya, sifat redha menjadikan seseorang muslim itu merasai kemanisan iman.
Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa’ ayat 65,Maksudnya: “Maka demi Tuhanmu, mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”.

        Orang yang redha sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dan menjauhi perkara yang mendatangkan kemurkaan-Nya. Dalam hal ini, menjadi hak Allah untuk memilih yang terbaik dalam kalangan hamba-Nya yang terbaik. Oleh itu, jangan di keluh-kesah sempitnya rezeki kerana yang memberi rezeki itu adalah Allah.
Ya, memang ada dalam kalangan kita yang keadaannya fakir atau miskin, tetapi itu mungkin merupakan yang terbaik baginya daripada menjadi kaya raya. Mungkin kefakirannya itu, merupakan peluang untuknya memperbaiki diri dan lebih dekat kepada Allah SWT; manakala kemewahan pula menyebabkannya lalai lantas merosakkan kehidupannya. Begitulah juga dengan ujian kekayaan, kesihatan, kesakitan, kejayaan, kegagalan dan sebagainya. Apa juga bentuknya, kita wajib beriman dan redha di atas segala ketentuan Allah sama ada kita suka atau tidak. Inilah indikator keimanan yang ditentukan oleh Allah dan sudah pasti hikmahnya kembali untuk kebaikan kita.

SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,

Sifat redha kepada Allah SWT itu terbahagi kepada dua jenis. Pertama, redha menerima peraturan (hukum) Allah SWT yang di’taklif’kan (dibebankan) kepada manusia. Redha dalam konteks ini merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan takwa dan kepatuhan kepada Allah SWT kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa. Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah ayat 62, Maksudnya: Mereka bersumpah dengan nama Allah kepadamu untuk mencari keredhaanmu, padahal Allah dan Rasul-Nya lebih berhak mereka mendapat keredhaannya, jika betul mereka orang yang beriman”.

Yang kedua, redha menerima ketentuan (qadha’) Allah tentang nasib diri. Kita sedia maklum bahawa manusia ini ada dua keadaan iaitu keadaan positif dan negatif. Ketika mereka positif, mereka boleh menerima dan bersyukur tetapi jika dalam keadaan negatif mereka sukar untuk redha dan bersabar. Jelasnya, individu yang redha didasari oleh kekuatan iman dan akrabnya dengan Allah SWT. Jika diperhatikan kita mendapati sifat sabar, mengingati dan taat kepada Allah, serta memelihara amal ibadah merupakan jalan untuk mencapai keredhaan di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah Taha ayat 130, Maksudnya: “Maka bersabarlah engkau wahai Muhammad akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan sebelah siang; supaya engkau mendapat keredhaan-Nya.”.

Untuk memastikan kemanisan sifat redha ini tercapai, maka antara langkah-langkah terapi diri yang disarankan ialah pertama, mengamalkan sifat Qana’ah (sikap berpuas hati dengan apa yang ada) terhadap nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Kedua, mengamalkan sikap mujahadah an-nafs (menguasai keinginan nafsu) agar kita sentiasa istiqamah dalam melakukan ketaatan dan ibadah kepada Allah SWT. Ketiga, selalu melihat kepada orang yang lebih susah daripada kita.  Dan keempat, perbanyakan doa dan rendahkan diri kepada Allah SWT agar dikurniakan kita sifat redha.
        Sesungguhnya, insan yang berhati redha akan memperoleh kelapangan hati, bersikap Husnuzon (bersangka baik), jauh dari sifat iri hati, hasad dengki dan sikap tamak bahkan memiliki iman yang teguh dan amal soleh yang berkualiti. Di samping itu juga, Allah SWT akan memberikannya jalan keluar daripada setiap kesulitan yang di hadapi. Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:

Pertama: Keredhaan hamba kepada Allah SWT akan melahirkan kecintaan Allah kepadanya.
Kedua: Sifat redha mendatangkan ketenangan rohani dan jasmani kepada manusia.
Ketiga: Allah SWT memberi ganjaran syurga kepada orang yang redha di atas ujian yang diberikan.

Maksudnya:Dan kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, sambil mereka berkata: Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurnia-Nya, demikian juga Rasul-Nya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah.” (Surah at-Taubah:59)

Friday Sermon Text: Prove Your Gratitude

Friday Sermon Text Prove Your Gratitude  20 May 2016AD / 13 Syaaban 1437H JAWI

Prove Your Gratitude

Conviction is a very precious commodity. For those who possess conviction, it signifies that they had gathered all the goodness in the world and the hereafter.

Visualise on these: The difficulties and horrors of war, the endless chaos, living a life of misery under constant pressure to just survive, uncertainties and with no sense of direction. That is the situation faced by our Muslim brothers in unstable and troubled countries and regions.

Fill it with goodwill and gratefulness so that it will remain for as long as it can. Do not ever betray this tranquillity and security by committing wrongdoings and misdeeds, as warned by Allah SWT in Surah An-Nahlu, verse 112, which was delivered at the beginning of this sermon, which means: “Allah sets forth a parable: a city enjoying security and quiet abundantly supplied with sustenance from every place: yet was it ungrateful for the favours of Allah: so Allah made it taste of hunger and terror (in extremes) (closing in on it) like a garment (from every side) because of the (evil) which (its people) wrought.”

Islam emphasizes on peace and security of a country. Rasulullah SAW illustrated that peace is one of the greatest blessings in this world, as narrated by Abu Salamah bin 'Ubaidullah RA and recorded by Imam At-Tirmidhi RHM: د نْيَا ُ ال ُ ت يَوْمِهِ فَكََأَّن مَا ِحيزَ ْت لَه ُ و ُ ق ُ ا فِي سِْربِهِ عِنْدَه ً ى فِي َجسَدِهِ آمِن ً عَاف ُ مَ ْن َأ ْصبََح مِنْكُ ْم م Which means: "Whoever among you, in the morning, has a body in good health, feeling a sense of security in his life, has enough food for the day, it is as if the whole world is gathered for him."

Observing how our beloved Rasulullah SAW faced and overcame challenges in governing Madinah, he should be an inspiration to us on how we should govern the community and country in order to remain peaceful and prosperous.

The Madinah Charter is one of the best examples of a constitution that helped propel Madinah into becoming a progressive and successful Islamic nation. As a result, Rasulullah SAW successfully established peace, security and prosperity in times of heightened hostility between tribes.

The main thrusts of the charter are:

First: Rasulullah SAW is the Head or Leader of the State for all people of Madinah and if there are disputes or disagreements, it shall be referred to him.

Second: The people of Madinah is prohibited from being hostile among each other or cultivate any animosity among themselves. They are expected to be united in the name of the people of Madinah.

Third: All the people of Madinah are free to practice their own religious rites and ceremonies.

Fourth: The people of Madinah are required to cooperate with each other and to work out a solution should economic problems arise, and to collectively defend the city of Madinah from attacks by enemies from outside Madinah.

Fifth: The security of Jews living in Madinah is guaranteed, as long as they adhere to the agreement stated in the charter.

Emulate Rasulullah SAW’s intelligence in governing and stabilizing a country of diverse races, tribes and religions. May it be a guide for us in steering this beloved country towards greater achievements and prosperity.

Always be mindful that a safe and peaceful country allows us to perform our daily activities without fear or apprehension.

A diverse community made up of various races and religions can continue to enjoy cultural and religious activities peacefully and smoothly without any disturbance and animosity.

In addition, a prosperous and peaceful country will be able to attract tourists to come and visit. The presence of foreign tourists will provide employment opportunities to the people in the hospitality, food and cultural industries.

These job opportunities will generate a source of income which in turn will improve the economic position of the citizens. Peace and prosperity can also be a factor in attracting foreign investors to invest in Malaysia.

Foreign investors will be more confident to invest in a country that is safe and peaceful.

These blessings of peace must be maintained in order to ensure prosperity for our future generations.

The question is, how do we maintain the peace and prosperity that we are enjoying now? Among them are:

First: The value of understanding and respect between members of the society should be the main agenda in maintaining the security of a country. Avoid negative elements that insult or vilify any group, race or religion.

Allah SWT has forbidden any action that offends the practices and worship of other religions other than Islam, including its symbols.

Allah SWT has stated this in Surah Al-An'am, verse 108:  Which means: “Revile not those whom they call upon besides Allah lest they out of spite revile Allah in their ignorance.

Thus have We made alluring to each people its own doings. In the end will they return to their Lord and We shall then tell them the truth of all that they did.”

Second: Instil the spirit of mutual cooperation for the betterment of everyone involved. This can be seen when Malaysia established cooperation with neighbouring countries through ASEAN.

Third: Efforts must be made to lower the crime rate. Apart from the law already in force, the government and the citizens must work together to implement programs that educate the public to stay away from crime or activities that could be detrimental to the country.

Use every medium available, as suggested by Allah SWT through Surah Al-Anfal verse 60: Which means: “Against them make ready your strength to the utmost of your power including steeds of war to strike terror into (the hearts of) the enemies of Allah and your enemies and others besides whom you may not know but whom Allah does know. Whatever you shall spend in the cause of Allah shall be repaid unto you and you shall not be treated unjustly.”

To end the sermon, among the conclusions that can be drawn and reflected upon are:

First: The blessings and benefits of peace are priceless. There are many whose life are uncertain and without direction when these blessings and benefits of peace and security are taken away from them.

Second: Enjoy and maintain the blessings of peace by filling it with matters of piety and conviction to Allah SWT, because we will be held accountable for it in the Hereafter.

Third: Let us contribute whatever we can to ensure the preservation of peace is achieved and maintained, as well as to avoid things that will divide us and destroy the prosperity that we have always enjoyed in this beloved nation.

The gift of peace comes from Allah SWT alone. Reflect upon the words of Allah SWT in Surah Quraish, verses 3-4: Which means: “Let them adore the Lord of this House. Who provides them with food against hunger and with security against fear (of danger).” الذ ِكْرِ ا ْلحَِك َ َّي اكُ ْم بِمَا فِيْهِ مِ َن الآيَا ِت و ِ إ َ نَفَعَنِي و َ ِ، و رْآ ِن الْعَظِيْم ُ ل َكُ ْم بِالْق َ لِْي و ُ ه َكَ الل بَار ، ِ يْم وَ ُ ه ُ ُِإَّن ه تَه َ مِنْكُ ْم تِلاو َ تَقََّب َل مِنِ ي و َ و الْعَظِيْمَ لِ ْي َ ه وا الل ُ َأ ْستَغْفِر َ ل قَوْلِ ْي هذَا و وْ ُ ُ ُ.َأق ع الْعَلِيْم ُ ال َّ سمِي الَأ ْموَات، َ ُْم و مِْنه ِ ؤْمِنَا ِت الَأ ْحيَاء الْمُ َ ؤْمِنِيْنَ و الْمُ َ الْمُ ْسلِمَا ِت و َ لِسَا ئِرِ الْمُ ْسلِمِيْنَ و َ ل َكُ ْم و َ و الَّر ُ وْر ُ وَ الْغَف ُ ه ُ ِإَّن ه ُ ه ْ و حِيْم ُ. ُ ف

barakallah_khutbah.jpg

Tiga proses bersih hati kotor

KITA memerlukan semangat kuat untuk membersihkan hati daripada segala kekotoran oleh nafsu dan hasutan syaitan yang merosakkan kerana bukan senang melawan godaan yang menjurus kepada perkara melalaikan.

Sentiasa berusaha mencari kebaikan dalam hidup, menyucikan jiwa dengan melakukan amal ibadah yang diredai Allah SWT.

Usaha membina hati yang bersih memerlukan kita bercakap perkara baik, banyak berzikir, membaca al-Quran dan mengingati Allah SWT.

Ahli psikologi menganjurkan kepada mereka yang mahukan perkara baik dan positif mengelak daripada bercakap perkara yang buruk, mengumpat serta iri hati.

Dalam bahasa psikologi menyebut sifat negatif akan meresap tenaga kebaikan yang ada dalam diri seseorang.

Program Islam Itu Indah di IKIMfm bersama Ustaz Pahrol Muhammad Juoi membicarakan mengenai kepentingan memiliki hati yang bersih kerana umat Islam akan bertemu Allah SWT di akhirat.

Justeru, mereka perlu bersiap sedia dengan semua amalan baik. Seperti mana kita membersihkan diri daripada segala kekotoran lahiriah, menyucikan diri dengan mengangkat hadas, mengambil wuduk sebelum menunaikan solat, begitu juga hati perlu disucikan sebelum dipersembahkan kepada Allah SWT apabila tiba waktunya.

Perumpamaan seorang yang mahu menanam pokok bunga di halaman rumah, perlu membersihkannya terlebih dahulu sebelum ditanam dengan pokok kesukaan.

Sebelum hati ditanam dengan perkara baik, hendaklah dibuang terlebih dahulu kekotoran pada hati supaya sifat baik mudah mekar subur dalam hati.

"Kita tidak akan menanam pokok di kawasan penuh dengan lalang dan pohon-pohon yang akan merosakkan tanaman serta menjadikan tanaman tidak subur," katanya.

Tiga proses bersih hati

Tambahnya, dalam kaedah tasauf terdapat tiga proses perlu dilalui untuk membersihkan hati iaitu takhalli, tahalli dan tajalli.

Takhalli ialah usaha membuang segala sifat mazmumah dalam diri, kemudian tahalli iaitu berusaha menanam sifat mahmudah.

Manakala tajalli pula ialah mengekalkan kebaikan dalam diri dan buah daripada kebaikan yang telah tertanam.

Namun jika kita gagal membersihkan hati atau membiarkan hati kotor, sukar untuk menjalani tiga proses itu. Nabi Muhammad SAW sebelum melalui peristiwa Israk dan Mikraj dibedah hatinya buat kali kedua walaupun sudah 12 tahun diangkat menjadi Rasul.

Baginda tetap dibedah untuk membersihkan hatinya daripada sebarang kekotoran. Selepas hati Baginda SAW diisi dengan iman, ilmu dan hikmah, barulah dibawa menaiki burak menuju ke langit.

Pengalaman itu sewajarnya menjadi iktibar kepada umat Islam untuk sentiasa memelihara hati kerana dengan jiwa yang bersih, barulah semua perkara baik dapat dihasilkan.

Andai diri masih terbelenggu dengan hasutan syaitan serta pujukan hawa nafsu, proses pembersihan hati sukar dilakukan.

Memiliki ilmu juga penting kerana dengan ilmu yang ada, usaha ke arah memperbaiki diri dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Nik Hasnah Ismail  Berita Harian Kloumnis Khamis 19 Mei 2016 @ 6:05 AM

Mahasiswa perlu holistik, mantap spiritual

TAHUN 2016 menjadi saksi pelbagai fenomena yang menggemparkan masyarakat Malaysia serta memberi impak besar terhadap pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat. Malaysia menempa nama di pelbagai arena dan gelanggang dunia.

Inovasi anak muda negara kita diiktiraf pada peringkat global, sumbangan belia kita mendapat perhatian dunia serta banyak lagi kejayaan yang mengharumkan nama belia negara pada peringkat nasional dan antarabangsa.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan gejala sosial, peningkatan statistik jenayah, gangsterisme serta kejadian lain membabitkan golongan muda bergelar mahasiswa, amat dirasai masyarakat.

Namun, apa yang membimbangkan ialah kejadian jenayah dan masalah sosial ini tidak menunjukkan tanda akan berlaku pengurangan.

Bahkan, ia sudah menjadi wabak yang jika tidak dibendung akan menjadi barah, seterusnya akan merugikan negara. Di mana silapnya?

Selepas hampir enam dekad kita merdeka, apakah sistem pendidikan negara masih gagal untuk mendidik masyarakat?

Atau silapnya pada peringkat pendidik itu sendiri yang tidak menghayati falsafah pendidikan negara yang sepatutnya menjadi tunjang kepada pendidikan atau pentarbiahan pelajar yang akhirnya menyebabkan pelajar kurang memahami erti sebenar pendidikan?

Atau pendidikan hari ini hanya menekankan mengenai pembangunan intelektual mahasiswa, tetapi tidak mengiktiraf kedudukan spiritual dalam pembinaan diri mahasiswa?

Lahir graduan holistik

Antara aspirasi pendidikan tinggi negara adalah untuk melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.

Memetik kata-kata seorang tokoh akademik negara, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, dalam ucapannya pada Persidangan Pemimpin Universiti Negara Islam (WICULS) 2015 di Putrajaya baru-baru ini, iaitu 'hati kepada pendidikan itu adalah pendidikan pada hati.'

Ini memberi konotasi bahawa dalam penekanan mengenai pembangunan intelektualisme mahasiswa, penekanan pada pemantapan spiritual mahasiswa itu juga suatu perkara yang perlu dititikberatkan untuk merealisasikan aspirasi pendidikan negara bagi melahirkan graduan seimbang dari segenap sudut merangkumi intelek, rohani dan jasmani.

Sebagai contoh, ketamadunan Barat sering dijadikan kayu ukur yang padanya keistimewaan seperti ketinggian bahasa, nilai integriti dan etika budaya kerja itu, adakah kerana intelektual mereka sahaja? Atau adakah kerana struktur organ otak mereka lebih unik berbanding kita?

Tidak sama sekali kerana lambakan kajian menunjukkan bahawa perkara ini, terhasilnya kegemilangan peradaban tamadun Barat bukan hanya menjadi teladan kerana intelektual sahaja, tetapi juga penekanan mengenai kecerdikan emosi yang menyumbang pemantapan budaya Barat. Bahkan, di Barat bukan sahaja mendidik otak, tetapi juga mendidik bagaimana menguruskan emosi.

Sikap proaktif, efisyen, berdaya saing optimis dalam sektor pekerjaan adalah sifat yang terbit daripada kecerdikan emosi.

Kecerdikan emosi boleh diterjemahkan sebagai kemampuan manusia berinteraksi secara positif dengan diri sendiri dan orang lain.

Justeru, amat penting untuk ahli akademik dan mahasiswa menilai kembali apa yang sepatutnya menjadi kayu ukur kecemerlangan mahasiswa dan mengikis persepsi hanya kepentingan akal perlu diutamakan.

Pembinaan akal dan jiwa mahasiswa serta masyarakat negara, perlu seiring. Seperti Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk berfikir dan mencari jawapan bagi setiap perkara kerana inilah yang akan menyumbang perkembangan budaya ilmu.

Namun, tidak dilupakan bahawa aspek pembangunan spiritual juga menjadi keutamaan dalam membimbing ke mana akhirnya ilmu itu disalurkan.

Dalam konteks Islam, setiap idea dan pemikiran itu perlu dipandu dengan wahyu. Bermakna, segala apa yang difikirkan walaupun itu dianggap sebagai logikal, sekiranya ia bersalahan atau bercanggah dengan syariat digariskan dalam al-Quran dan sunnah, maka ia bukan sesuatu yang baik dan ditegah.

Timbul persoalan, generasi yang bagaimana perlu kita lahirkan? Memetik pandangan cendekiawan Islam, Dr Yusuf Al-Qardhawi iaitu sistem pendidikan perlu melahirkan generasi yang bersandarkan kepada realiti dan keilmuan.

Generasi ini adalah generasi yang berlepas daripada segala sangkaan dan berhukum dengan keilmuan dan kebenaran yang nyata.

Dan inilah ciri yang dimaksudkan mahasiswa holistik yang cemerlang intelektual dan mapan spiritual tunjang kepada aset sesebuah negara.

Hayati falsafah pendidikan

Wajarnya, falsafah pendidikan negara perlu dihayati oleh segenap pihak dan lapisan masyarakat agar aspirasi dan hasrat kerajaan dalam melahirkan mahasiswa yang holistik bagi mencapai Wawasan 2020.

Penghayatan ini sepatutnya merentasi sempadan politik, perkauman dan perbezaan agama agar pembinaan akal dan jiwa itu lebih menampakkan Malaysia sebuah negara yang produktif di mata dunia.

Pemahaman terhadap falsafah pendidikan negara ini juga perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian, tidak hanya oleh pembuat dasar, bahkan juga pelajar, pendidik dan semua pihak.

Bekas Presiden Indonesia, Soekarno juga pernah mengatakan bahawa, 'berikan aku 1,000 orang tua, maka akan ku cabut semeru dari akarnya dan berikan aku 10 pemuda, maka akan ku goncang dunia'.

Generasi muda hari ini harus mempunyai jati diri kukuh, dilengkapi ilmu yang padu, juga punya pegangan agama yang mapan agar mampu memimpin negara pada masa akan datang.

Dunia ini adalah milik anak muda dan tanpa mereka, dunia begitu lambat bergerak, lesu serta tidak berkutik dan tidak akan berubah. Mereka adalah aktor di panggung dunia yang akan mencatur landskap sosiopolitik, dengan kepongahan mereka juga dunia menggelegak dengan pergolakan dan pertarungan.

Tanpa anak muda dunia, akan sesepi bintang di langit malam atau tanah perkuburan.
. Imran Razalle Berita Harian Rencana 19 Mei 2016 @ 6:00 AM

Semua makhluk, malaikat mati

Rasulullah SAW menyebut jarak antara satu tiupan dengan tiupan berikutnya mengambil masa selama 40, tanpa dijelaskan oleh sahabat sama ada ia 40 tahun, hari atau bulan.

Tiupan kedua sangkakala oleh malaikat Israfil menyebabkan kematian seluruh makhluk di langit dan bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatkanlah) hari ditiup sangkakala, lalu terkejutlah, gerun gementar, makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah; dan semuanya akan datang kepada-Nya dengan keadaan tunduk patuh. Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, pada hal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia amat mendalam pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Naml, ayat 87-88)  

Ibnu Rafiq menyebut, terbelahnya langit terjadi di antara dua tiupan dan pada waktu itu bintang berhamburan jatuh berguguran, matahari serta bulan tidak lagi bersinar, maka suasana bertukar.

Begitulah digambarkan seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun menghadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. Dan engkau akan melihat orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu. Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka." (Surah Ibrahim, ayat 48-50)

Tiupan ketiga seluruh penghuni dibangkit semula

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, menerusi slot Mau'izati di IKIMfm, tiupan ketiga ialah tiupan yang membangkitkan semula seluruh penghuni untuk menghadap Allah SWT. Manusia mengalami ketakutan yang amat sangat disebabkan azab Allah SWT dan melihat suasana di Padang Mahsyar.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa mengerikan) itu, tiap-tiap ibu yang menyusukan akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau melihat manusia mabuk, pada hal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan." (Surah Al-Haj, ayat 1-2)

Apabila semua makhluk dimatikan, malaikat maut (Izrail) datang menghadap Allah SWT dan menyebut: "Wahai Allah, penghuni langit dan bumi semuanya telah mati kecuali mereka yang Kamu kehendaki sahaja. Lalu Allah bertanya: Siapakah yang masih hidup? Malaikat Izrail berkata: Wahai Tuhanku, yang hidup adalah Engkau, yang Maha Hidup dan tidak akan mati, dan malaikat yang menjaga Arasy-Mu, Jibril, Mikail dan diriku. Allah berfirman: Matilah Jibril dan Mikail. Allah menjadikan Arasy boleh berkata-kata: Ya Tuhanku, benarkan Jibril dan Mikail itu mati. Allah membentak kepada malaikat penjaga Arasy: Diam kamu! Sesungguhnya Aku telah menetapkan kematian siapa sahaja yang berada di bawah Arasy-Ku, oleh kerana itu kedua-duanya mesti mati. Lalu dicabut nyawa mereka dan datang semula malaikat Izrail menghadap Allah dan berkata: Ya Allah, Jibril dan Mikail sudah dimatikan, tinggal diriku dan malaikat yang menjaga Arasy. Allah memerintahkan pula malaikat menjaga Arasy dimatikan.

Langit, bumi digulung

Kemudian Arasy diperintahkan oleh Allah supaya mencabut sangkakala daripada tangan Israfil dan dia pula yang memegangnya.

Malaikat Izrail datang bertemu Allah semula dan memberitahu bahawa malaikat penjaga Arasy juga telah mati.

Akhirnya malaikat Izrail juga dicabut nyawanya disertai tempikannya yang amat mengerikan. Yang tinggal hanyalah Allah SWT yang kemudian menggulungkan langit dan bumi bagaikan menggulung lembaran-lembaran kertas dan melipatnya dengan tiga kali lipatan.

Lalu Allah bertanya dengan tiga kali tempikan: Di manakah raja-raja dan pembesar-pembesar serta mereka yang berkuasa di atas dunia dahulu? Milik siapakah pada hari ini?

Lalu Allah SWT menyebut: Hari ini hari Allah yang memiliki segala sesuatu."

Cara mualaf amal agama

KEPADA yang memilih Islam sebagai kehidupan baharu, mungkin mereka bertanya bagaimana hubungan mereka dengan kehidupan yang sebelumnya. Apakah mereka perlu melupakannya ataupun bagaimana?

Pegangan hidup yang sebelum ini boleh membantu tentang cara beramal dengan pegangan hidup kini.

Penganut agama salib umpamanya melihat ‘salvation’ atau penyelamatan dari dosa sebagai matlamat kehidupan. Dosa ini disebut sebagai dosa asal atau dosa warisan kerana moyang manusia yang pertama iaitu Adam dan Hawa mengingkari larangan Tuhan semasa di syurga. Oleh kerana rumpun manusia adalah keturunan Adam, mereka mewarisi dosa ini dan jalan untuk menebus dosa ialah melalui seorang penyelamat dan bukannya dengan menebusnya sendiri melalui taubat umpamanya.

Penyelamat ini ialah Jesus dan setelah penyelamat ini tiada, tugas mengampunkan dosa diteruskan melalui segolongan manusia yang bergelar paderi yang memiliki kuasa mengampun yang dianugerah tuhan.

Penganut agama salib yang beralih kepada Islam akan mendapati tiada sistem paderi dalam Islam kerana tiada dosa warisan yang hendak ditebus.

Ulama tidak sama dengan paderi kerana ulama tidak memiliki kuasa mengampun dosa. Lagipun dalam sistem paderi, kuasa mengampun mesti melalui proses penganugerahan kuasa tersebut dan bukan melalui cara lain.

Sebaliknya ulama hanyalah orang yang diiktiraf ilmunya tetapi pandangan agamanya boleh disanggah jika hujahnya lemah.

Ulama bukannya mereka yang terpaksa melalui satu proses penentuan untuk penganugerahan statusnya supaya layak dan sah digelar ulama dan dengan itu mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pegangan hidup seseorang. Malah, sesiapa yang memenuhi syarat untuk membaca khutbah Jumaat boleh berdiri di mimbar untuk menyampaikannya walaupun itu seorang jurutera.

Kerana tiada dosa untuk ditebus dan dengan itu tiada segolongan manusia untuk menebuskan dosa, nasib hidup seseorang dalam Islam terletak kepada dirinya sendiri dan ditentukan melalui amal salih atau tingkah-laku yang mendatangkan kebaikan untuknya.

Untuk melakukan amal salih, kita tidak hanya bergantung kepada akal fikiran. Sebagai manusia kita mempunyai nafsu dan keinginan. Nafsu dan keinginan boleh mempengaruhi fikiran serta membuat keputusan dan berkelakuan. Oleh itu, kita mesti memiliki satu perantara yang boleh mengimbangi akal dan nafsu supaya fikiran dan tindakan akan mendatangkan kesaksamaan. Perantara ini adalah petunjuk dari langit yang membimbing kita untuk membuat keputusan yang bernas serta memberi natijah yang saksama kepada diri dan semua.

Sebagai contoh, kita semua berkehendakkan kepada air. Namun kita tidak rasa puas hanya dengan mempunyai air bersih dan berkhasiat untuk minum dan hidup. Kita juga inginkan air yang berasa enak dan lazat. Ada di antara kita yang suka minum kopi tetapi kopi yang berbagai rasa dan jenama seperti café au lait dan café latte. Tetapi lebih dari itu, kita inginkan air yang bebas dari kandungan yang memudaratkan kesihatan. Namun begitu, ada sesetengah orang berkecenderungan untuk meminum minuman yang bukan sahaja disahkan akal tetapi juga oleh sains dan perubatan sebagai memudaratkan badan, minda dan kesihatan.

Sehubungan itu, sebuah petunjuk yang boleh memantapkan pendirian supaya yang dipilih dan diikuti adalah yang membawa kebaikan semata amat diperlukan. Kita bertuah kerana petunjuk sebegini sememangnya ada. Ia diberikan melalui segolongan manusia yang bergelar Nabi dan Rasul. Nabi dan Rasul menghubungkan Tuhan dengan kita dengan menyampaikan isi kandungannya yang bernama wahyu serta mengajar inti ajarannya melalui amalan hidup mereka.

Justeru, untuk kita yang hidup hari ini, wahyu bernama al-Quran menjadi panduan, Nabi Muhammad SAW menjadi contoh bagaimana wahyu diamalkan, mereka yang berilmu yang bergelar ulama memberi pandangan tentang bagaimana wahyu dan Sunnah Nabi dipraktikkan sesuai dengan suasana persekitaran dan budaya tempatan, kita yang beramal menggunakan akal untuk memilih antara pandangan yang berbeza mana yang mudah dipraktikkan tanpa menyalahi wahyu dan Nabi, kesemuanya supaya kita dapat menjadi khairu ummah iaitu manusia yang terbaik minda, akhlak dan peribadi.

Amalan malam nisfu Syaaban

KITA sedang berada dalam bulan Syaaban dan hampir menemui satu malam yang dinamakan malam nisfu Syaaban. Sudah tentu pada malam tersebut mempunyai keistimewaan tertentu kerana bulan Syaaban sendiri sudah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahawa catatan amalan kita akan dipersembahkan kepada ALLAH dalam bulan Syaaban seperti yang terkandung di dalam hadith baginda SAW yang diceritakan oleh Usamah bin Zaid r.a dan diriwayatkan oleh al Nasa’i: Wahai Pesuruh ALLAH, saya tidak pernah melihat tuan berpuasa lebih banyak daripada tuan berpuasa di dalam bulan Syaaban.

Baginda SAW menjelaskan: Itulah bulan yang sering diabaikan kebanyakan orang. Ia datang antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang diangkat di dalamnya segala amalan kepada Tuhan sekalian alam. Dan aku cukup suka jika amalanku diangkat sedangkan aku sedang berpuasa.

Sebagai bukti betapa baginda SAW sangat mengharapkan rekod dokumentasi catatan amalan baginda dipersembahkan kepada ALLAH dalam keadaan baik walaupun baginda SAW terpelihara daripada dosa dengan memperbanyakkan berpuasa di dalam bulan Syaaban sebagaimana Baginda SAW berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Ini disebabkan laporan  amalan dipersembahkan kepada ALLAH pada detik-detik itu.

Itulah kelebihan bulan Syaaban secara umum. Namun pada malam menjelang 15 Syaaban, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa pada malam itu ada keistimewaannya tersendiri.

Maka masyarakat Melayu sangat menghargai dan tidak melepaskan peluang merebut peluang besarnya kelebihan pada malam itu dengan mengadakan beberapa ibadat seperti  membaca Yasin di surau dan masjid.

Ada yang membacanya sebanyak tiga kali dan diakhiri bacaan doa tertentu. Ada yang menyarankan solat tertentu dan ada yang berpuasa keesokan harinya.

Sebenarnya tiada amalan khusus yang diwajibkan pada malam nisfu Syaaban. Adalah menjadi bid’ah jika kita mewajibkan ibadat tertentu pada malam itu, namun melakukan sebarang ketaatan pada malam itu sebagai memenuhi malam yang sangat istimewa itu adalah tidak dilarang.

Membaca al-Quran dari mana-mana surah termasuk surah Yasin juga dikira sebagai satu ketaatan. Hendak membaca banyak kali pun tiada halangan tetapi bukan bilangan yang dikejar, tetapi bacalah dengan memenuhi hak-hak bacaan yang sebenar dan lakukanlah dengan tertib, tadabbur dan ta’aqqul.

Baca sekali dengan tartil dan penuh penghayatan jauh lebih baik dari membacanya secara tergesa-gesa untuk mengejar bilangan. Selepas itu bacalah apa-apa doa yang kita hajati kepada ALLAH. Tidak terikat dengan doa yang biasa dibaca sebelum-sebelum ini.

Namun kalau kita berhasrat membaca doa sedia ada pun tiada halangannya selama mana kita tidak menganggap ibadat tadi adalah agenda wajib pada malam itu. Lakukanlah solat sunat mutlak ataupun solat sunat yang disunnahkan Nabi SAW pada bila-bila masa seperti solat sunat tasbih dan sebagainya pada malam itu. Pada keesokan harinya, jika ada yang sudah melazimi dan memperbanyakkan berpuasa dari awal bulan Syaaban bolehlah meneruskan puasa sunatnya.

Namun ada satu tawaran hebat daripada ALLAH SWT pada malam itu. Iaitu tawaran pengampunanNya pada malam itu sangat lumayan, namun terdapat dua golongan yang terkeluar dari tawaran berkenaan.

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadith yang diperakui oleh ulama sebagai hadith yang paling sahih berkaitan dengan kelebihan malam nisfu Syaaban: ALLAH akan muncul (rahmat dan pengampunannya) kepada seluruh makhlukNya pada malam nisfu Syaaban dan mengampunkan seluruh makhlukNya kecuali orang yang mensyirikkan ALLAH dan orang yang saling bermusuhan (Hadith Riwayat al Tobroni).

Kelebihan pada malam itu ialah tawaran pengampunan terbuka luas. Ibadat paling utama pada malam itu ialah membersihkan diri, keluarga dan masyarakat dari gejala syirik dan semua perkara yang mengarah kepada kesyirikan.

Alangkah baiknya pada malam itu masyarakat diingatkan bentuk fahaman yang membawa kepada pegangan menidakkan kuasa mutlak ALLAH SWT seperti fahaman yang memfokuskan manusia dan kehendaknya agar dipenuhi, melihat hukum-hakam agama sebagai penghalang kepada kebebasan mutlak individu, fahaman meletakkan aqal melepasi nas-nas syarak, menghalalkan dan mengiktiraf hubungan terlarang dan sebagainya.

Ini adalah contoh menidakkan kuasa mutlak ALLAH dan mengecilkan had kuasa agama pada ruang lingkup terhad dan selebihnya diserahkan hak kuasanya ditentukan oleh makhlukNya.

Ibadat yang paling utama pada malam itu ialah menamatkan permusuhan sesama saudara Islamnya. Jangan kita tersilap, hadir ke masjid beramai-ramai, membaca Yasin sampai tiga kali, berdoa selepas itu memohon keampunan, namun masih menyimpan permusuhan sesama sendiri yang akan menghalang pengampunan ALLAH SWT.

Dalam isu kelebihan malam itu, ALLAH meletakkan sebaris orang musyrik dan orang bermusuhan sebagai golongan yang terkeluar dari tawaran pengampunan ALLAH SWT.

Israk & Mikraj melalui solat

SOLAT boleh diumpamakan sebagai Israk dan Mikraj bagi seorang Muslim. Semasa bersolat seseorang insan sewajarnya berada dalam keadaan patuh, sebagaimana seseorang yang dibawa menghadap pemimpin atasan, semestinya berada dalam keadaan kagum, badan segar tanpa malas, mata tidak berkedip melihat sekeliling manakala hati penuh bersemangat.

JASAD, HATI FOKUS ALLAH

Hakikat inilah yang sepatutnya dihayati seseorang yang mengerjakan solat. Jasad dan hati difokuskan sepenuhnya menghadap ALLAH. Supaya sampai ke destinasi yang dituju, seseorang perlulah melepaskan dirinya dari terpaut dengan perkara keduniaan.

Penumpuan sepenuhnya kepada ALLAH secara mutlak dengan mengucapkan takbir dan tahmid, memuji kebesaran dan keagungan Ilahi, bermunajat serta berdoa memohon pertolongan dan hidayah supaya dikurniakan kecemerlangan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Mengerjakan solat wajib ke atas Muslim yang baligh, berakal ('aqil) dan suci daripada haid atau nifas serta tidak gila atau mabuk.  Solat adalah ibadat yang mesti dikerjakan oleh diri setiap orang dan tidak boleh diganti orang lain.

Sesiapa yang mengingkari wajibnya solat lima waktu, hukumnya menjadi kafir dan murtad kerana telah jelas kefarduannya. Mereka yang meninggalkan solat kerana malas atau sibuk dengan urusan yang lain, tetapi masih beriman dan percaya dengan kefarduan solat, hukumnya fasiq dan berdosa besar kecuali bagi mereka yang baru memeluk agama Islam.

Meninggalkan solat lima waktu boleh menyebabkan kepada hukuman yang berat di akhirat kelak.

ALLAH  berfirman: "Kemudian mereka (yang taat) digantikan oleh keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat), mereka akan menghadapi azab di dalam neraka kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh." (Surah Maryam: 59-60)

Kajian saintifik ada menunjukkan betapa indah dan sempurnanya agama Islam sehingga setiap kewajipan yang diperintahkan mempunyai kelebihan dan manfaat tersendiri.

Satu penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) iaitu; Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim, Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok melalui geran Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2009 menunjukkan fakta saintifik kebaikan ibadah solat yang bukan sahaja memberikan manfaat rohaniah tetapi juga manfaat fizikal dan mental apabila dilakukan dengan tekun serta postur yang betul.

Mereka membongkar fakta positif kebaikan solat daripada sudut saintifik antaranya menurunkan kadar denyutan jantung, mengurangkan sakit pinggang, memperbaiki disfungsi ereksi (DE) dan mengaktifkan otot lantai pelvik.

Kajian yang dilakukan bermula 2005 melalui kaji selidik dan uji kaji mendapati mereka yang mengikuti lima tabiat lazim Rasulullah SAW iaitu tetap bersolat, faham bacaan, solat berjemaah atau sendirian, rukuk 90 darjah, kedudukan kaki yang betul semasa sujud dan duduk tahiyat mempunyai kesihatan yang baik.

Subjek kajian menjalani ujian kesihatan menyeluruh sebelum dan selepas menunaikan solat sunat dua rakaat. Hasil kajian menunjukkan subjek yang menepati lima perkara tersebut bukan saja lebih sihat bahkan lebih tenang selepas menunaikan solat.

Maklumat kajian ini dimuatkan dalam buku Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains (Edisi Melayu), Salat : Benefits from Science Perspective (Edisi Inggeris), Pencegahan Sakit Jantung dari Perspektif Holistik, Sakit Pinggang Kaedah Rawatan melalui Prinsip Pemulihan serta Postur dan Pergerakan Solat, Senaman Regangan & Pergerakan Solat. Semua buku berkenaan dihasilkan dengan kerjasama pakar perubatan berkaitan bidang masing-masing.

Solat berjemaah lebih afdal berbanding solat sendirian. Fadilatnya dirakamkan dalam sabda Baginda SAW: "Solat berjemaah lebih afdal daripada solat berseorangan dengan kelebihan 27 darjat." (Riwayat Bukhari)

ADA CAS ELEKTRIK

Kelebihan solat berjemaah turut terbukti dari segi saintifik yang diakui oleh pakar sains fizik universiti di Amerika Syarikat; Prof John Herbert selepas membuat kajian mengenai tujuan dan kelebihan solat berjemaah.

Hasil kajian beliau mendapati sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mampu menyeimbangkan cas elektrik positif dan negatif yang terdapat dalam tubuh manusia menjadikan tubuh lebih segar dan bertenaga. Tubuh manusia terdiri daripada cas elektrik iaitu cas positif dan negatif.

Setiap aktiviti harian sama ada bekerja, beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga yang menyebabkan berlakunya pertukaran cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas tersebut. Ini menyebabkan tubuh berasa letih dan tidak bermaya.

Cas ini perlu diseimbangkan semula untuk dipulihkan secara menunaikan solat berjemaah yang merangsang pertukaran cas elektrik dalam tubuh. Pertukaran cas yang banyak perlu bagi menyediakan cas elektrik dalam tubuh yang benar-benar seimbang dan pengumpulan tenaga yang secukupnya. Penemuan itu membuka pintu hatinya, mendapat hidayah ALLAH dan memeluk agama Islam.

Solat yang sempurna mengikuti sifat solat Baginda SAW. Tatacara solat ini dapat diketahui melalui sunnah berdasarkan sabda Baginda SAW: "Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat." (Riwayat Bukhari)

Malangnya hari ini, ramai dalam kalangan kita bersolat dalam keadaan lalai, masih ada yang menjeling melihat mesej di telefon bimbit dan tidak ketinggalan yang sering mempertikaikan solat orang lain. Bayangkan jika berada di hadapan raja dalam sesuatu majlis.

Pakaian rasmi mengikut protokol, telefon bimbit ditetapkan dalam mod senyap, duduk dengan tertib menghormati majlis dan protokol. Masalahnya apabila menghadap ALLAH semasa bersolat, kebanyakan tidak menjaga adab sepenuhnya.

Solat membezakan Muslim dan bukan Muslim. Apabila seorang Islam meninggalkan solat, dia meruntuhkan tiang agama. Muslim yang memelihara solat dan tetap mengerjakannya bererti dia memelihara agamanya. Sesiapa yang mensia-siakannya, seolah-olah mensia-siakan kewajipan agama seluruhnya.

Solat semulia-mulia rukun Islam selepas dua kalimah syahadah. Tanpa solat runtuh agama seseorang. Jika diibaratkan dengan manusia, kedudukannya ialah kepala. Orang yang tidak mempunyai kepala tidak hidup, demikian tidak hidup agama bagi orang yang meninggalkan solat.

Solat rutin harian seorang Muslim dan tali perhubungan antara hamba dan Tuhan-Nya. Solat mengandungi kelazatan bermunajat, melahirkan sifat u'budiyyah kepada ALLAH, bertawakal dan memohon keampunan serta kesejahteraan dari-Nya.

ALLAH berfirman: "Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.  Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh  kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kikir kecuali orang yang mengerjakan solat yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya." (Surah Al-Ma'arij: 19-23)

Solat membawa taqarrub kepada ALLAH yang memperkuatkan ketahanan jiwa, menyelamatkan diri dari godaan syaitan dan hawa nafsu. Solat juga membawa ketenangan jiwa dan kedamaian fikiran. Diriwayatkan Rasulullah SAW apabila ditimpa kesusahan atau keserabutan, Baginda SAW berkata: "Rehatlah kita wahai Bilal dengan mengerjakan solat." (Riwayat Abu Dawud).

Inilah wasatiyyahnya Muslim yang sihat menjalani cabaran seharian tanpa lupa tanggungjawab dan hubungan terhadap Pencipta-Nya.

Mahu doa dimakbulkan, amal apa Nabi SAW baca

TIDAK dinafikan kita sering kali berdoa kepada ALLAH SWT minta segala macam benda dan perkara. memang itulah tujuan ALLAH menyuruh sekalian hamba-Nya berdoa. Bahkan Nabi Muhammad SAW acap kali berdoa dan meminta kepada ALLAH ketika waktu siang atau malam, senang atau susah dan lapang atau sibuk.

Cumanya apabila Baginda SAW berdoa dan meminta kepada-Nya, Nabi SAW berdoa dengan kalimah dan perkataan yang umum. Alasannya supaya ALLAH memakbulkan doa tersebut kerana ia merangkumi setiap perkara yang dihajati tanpa dibatasi. Jika boleh, semasa berdoa kepada ALLAH gunakan lafaz yang Nabi SAW baca. Hafal doa Nabi SAW tersebut dan berdoalah dengannya.

Atas inisiatif untuk mengikuti amalan yang dilakukan Nabi SAW, pendakwah, Ustaz Ahmad Tajuddin Idris Al-Manhaji berkongsi doa yang sering diamalkan setiap kali usai solat, doa yang bermaksud: "Ya ALLAH, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksaan kubur, seksa neraka jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal." (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Macam mana saya boleh amalkan doa ini? Kerana saya pernah terbaca dalam sebuah kitab yang menerangkan bahawa Nabi SAW sering berdoa untuk minta perlindungan daripada empat perkara. Apa itu empat perkara tersebut?   "Pertama, Nabi SAW minta berlindung dari azab kubur, kedua Nabi SAW minta berlindung dari azab neraka jahanam, ketiga Nabi SAW mohon berlindung dari fitnah ketika hidup dan setelah mati dan yang terakhir Nabi SAW minta berlindung dari fitnah dajjal. Sejak saya terbaca akan doa Nabi SAW ini, saya terus menghafalnya dan mengamalkannya setiap hari dalam setiap waktu solat," katanya yang telah mengamalkan doa ini lapan tahun lepas.

Menurutnya lagi, memang Nabi SAW membaca doa tersebut dalam solat Baginda SAW ketika habis membaca tahiyat akhir dan apabila difikirkan sejenak, memang dahsyat dan bagus sekali doa berlindung dari empat perkara tersebut.  Kuasa memakbulkan doa adalah milik-Nya, bayangkan kalaulah ALLAH tidak memakbulkan doa kita yang lain dan Dia hanya memakbulkan doa kita dalam empat hal tersebut sahaja betapa nikmat dan beruntungnya kita dunia dan akhirat.

Ustaz Ahmad Tajuddin menyarankan kepada pembaca semua, agar rajinkan diri untuk hafal dan amalkan doa empat perkara tersebut agar kita terhindar darinya segala yang tidak elok.

Lakukan amalan ikhlas kerana-Nya

SEGALA puji bagi ALLAH SWT yang menjadikan jin dan manusia untuk menyembah-Nya lalu Dia memerintahkan manusia supaya mengesakan-Nya dan taat kepada-Nya.

Hendaklah kita bertanya diri kita dan bertafakur sejenak, mengapa kita diciptakan? Sesungguhnya kita diciptakan untuk menyembah ALLAH semata-mata dan tidak menyembah sesuatu yang lain.

Ibadah adalah kata nama yang menghimpunkan segala apa yang dicintai ALLAH dan diredai-Nya daripada amalan dan perkataan yang zahir mahupun batin.

Berdasarkan definisi ini, ibadah merangkumi segala apa yang dilakukan oleh seorang manusia itu dengan anggotanya, segala perkataan yang diucapkan dengan lisannya dan segala apa yang diniatkan dalam hatinya yang disyariatkan oleh ALLAH untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Maka solat, zakat, puasa, haji, berjihad fi sabilillah dan amar makruf nahi mungkar kesemuanya adalah ibadah anggota dan ibadah harta. Adapun berzikir mengingati ALLAH dengan bertasbih, bertahlil, bertakbir, bertahmid dan segala zikir yang disyariatkan adalah ibadah lisan. Kepercayaan, niat serta ikhlas dalam beribadah pula adalah amalan hati.

BERGANTUNG PADA NIAT

Niat adalah asas segala amalan. Sekiranya ia baik maka baiklah segala amal ibadah yang dilakukan. Malah perkara-perkara rutin dalam kehidupan seharian juga akan berubah menjadi ibadah sekiranya ia dilakukan dengan niat yang betul.

Misalnya tidur, sekiranya ia diniatkan untuk menguatkan diri ketika berpuasa tanpa meninggalkan apa jua kewajipan maka ia akan berubah menjadi ibadah.

Membayar nafkah keluarga (isteri dan anak-anak), sekiranya dengan niat melaksanakan perintah ALLAH dan menjauhi apa yang dilarang oleh ALLAH maka ia akan bertukar menjadi ibadah.

Oleh itu, wajar bagi setiap Muslim berusaha mendapatkan keredaan ALLAH dalam segala tindak-tanduknya dan dalam segala urusan kehidupannya. Demikian sikap hamba ALLAH yang tunduk berharap keampunan dan rahmat-Nya.

Malah itulah yang diperintahkan ALLAH atas nabi-Nya. Firman-Nya: "Katakanlah: Sesungguhnya solat-ku, ibadah-ku, hidup dan mati-ku, hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama. Katakanlah: Patutkah aku mencari Tuhan selain ALLAH, padahal Dia lah Tuhan bagi setiap sesuatu." (Surah Al-An'aam: 162-164)

Justeru, adalah wajib bagi setiap Muslim untuk melaksanakan ibadahnya kepada ALLAH semata-mata kerana Dialah Tuhan segala sesuatu. Sama sekali dia tidak boleh mengalihkan ibadahnya kepada selain ALLAH; tak kira sama ada kepada berhala, kepada manusia sama ada yang hidup atau yang sudah mati, kepada raja, untuk hawa nafsunya ataupun untuk mendapatkan apa jua bentuk habuan dunia, dan bukan juga untuk riyak menunjuk-nunjuk.

Suatu ibadah yang dicampuradukkan dengan syirik akan menyebabkannya terbatal dan tertolak.

Firman ALLAH: "Dan sekiranya mereka berbuat syirik nescaya akan luputlah amalan perbuatan mereka." (Surah Al- An'aam: 88)

Firman ALLAH lagi: "Dan telah diwahyukan kepada-ku dan kepada mereka yang datang sebelum-ku sekiranya kamu melakukan syirik nescaya akan terbatallah amalan kamu dan kelak kamu akan tergolong dalam kalangan orang yang rugi." (Surah Az-Zumar: 65)

Sebagaimana Muslim disuruh supaya memelihara amalannya daripada jatuh ke dalam kancah syirik, dalam masa yang sama dia diperintahkan supaya menjaga masa dan umurnya daripada disia-siakan.

Ini sebagaimana yang dapat difahami daripada firman-Nya: "Sesungguhnya solat-ku, ibadah-ku, hidup dan mati-ku, hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam." (Surah Al-An’aam: 162)

Ini kerana masa dan umur seorang mukmin berharga dan terhad. Ia tidak boleh dibazirkan untuk sesuatu yang tidak bermanfaat.

KEBANYAKAN MANUSIA

Sekiranya kita lihat kebanyakan manusia, kita akan dapati kebanyakan mereka mengambil sikap tidak peduli.

Mereka hidup di dunia ini umpama haiwan ternakan bahkan lebih buruk lagi. Paling tidak haiwan ternakan melaksanakan tujuan hidupnya. Berbeza dengan manusia tersebut yang belum lagi menunaikan tanggungjawabnya di dunia.

Haiwan ternakan juga tidak mempunyai kehidupan sesudah dunia ini untuk ia dihisab dan diberi balasan sebagaimana keadaan manusia. Berbeza dengan kebanyakan manusia yang telah meninggalkan tanggungjawab ibadah secara total lalu hidup secara bebas seolah-olah dia tidak mengenali

Tuhannya ataupun beriman dengan hari pembalasan.

Sebahagian yang lain pula memenatkan diri mereka dengan menyembah sesuatu yang memudaratkannya dan tidak memberi apa jua manfaat di kala mereka menyembah selain ALLAH.

Firman ALLAH: "Dia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain daripada ALLAH, yang tidak dapat

memudaratkannya dan tidak pula dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Dia menyeru dan menyembah makhluk yang mudaratnya lebih dekat daripada manfaat yang diharapkannya; sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu." (Surah Al- Hajj: 12-13)

MASYARAKAT ISLAM

Kebanyakan mereka yang mendakwa Islam dan tinggal bersama masyarakat Islam dan barangkali mempunyai ibu bapa beragama Islam, mereka mengabaikan jenis ibadah yang paling penting sesudah mengucap dua kalimah syahadah iaitu solat yang menjadi tiang agama.

Sebahagian mereka tidak solat sama sekali ataupun mereka solat sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Hakikatnya mereka tidak masuk Islam sepenuhnya. Nabi SAW bersabda: "Antara seorang hamba dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat; dan barang siapa meninggalkannya maka dia telah kufur." (Riwayat Muslim)

Terdapat dalam kalangan mereka yang lalai dalam menunaikan solat apabila mereka mengerjakannya di luar waktunya. Sebagaimana mereka yang melewatkan solat Subuh sehingga matahari terbit atau mereka yang menghimpunkan kelima-lima solat fardu dan menunaikannya sekali gus dalam satu waktu. Sedang firman-Nya:

"Maka kecelakaan besar bagi orangorang solat. (Iaitu) mereka lalai daripada menyempurnakan solatnya." (Surah Al- Ma'uun: 4-5)

ALLAH berfirman lagi: "Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat dan menurut hawa nafsu; maka mereka akan menghadapi azab. Kecuali mereka yang bertaubat." (Surah Maryam: 59-60) Lalai mengerjakan solat dan cuai dalam melaksanakannya adalah dengan melewatkannya daripada waktunya tanpa ada keuzuran syarie. ALLAH mengancam mereka dengan kecelakaan dan azab kecuali mereka yang bertaubat.

Ketahuilah pelaksanaan ibadah menjadi urusan yang paling wajib dan hak yang paling utama untuk ditunaikan. Maka hak ALLAH atas hamba-Nya adalah untuk mereka menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa jua sembahan yang lain.

Demikianlah seruan sekalian nabi dan perkara pertama yang mereka seru kaum mereka kepadanya. Firman ALLAH: "Dan sesungguhnya Kami telah utus seorang rasul dalam setiap umat; (untuk mereka menyeru)

hendaklah kamu menyembah ALLAH dan menjauhi segala taghut (sembahan selain ALLAH)." (Surah An-Nahl: 36)

Ternyata setiap seorang rasul telah mengucapkan apa yang difirmankan oleh ALLAH: "Beribadahlah kepada ALLAH; tiada Tuhan bagi kamu selain daripada- Nya." (Surah Al-A'raaf: 59)