May 27th, 2016

Khutbah Jumaat : “Berlumba-lumba Melakukan Kebaikan”

Sedutan Petikan Khutbah 27 Mei 2016: JAIS

“Berlumba-lumba Melakukan Kebaikan”

Berlumba-lumba melakukan kebaikan adalah satu suruhan Allah SWT dan galakan terhadap hamba-Nya yang beriman agar sentiasa melaksanakannya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 148; “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblatnya sendiri) yang mereka menghadap kearahnya (ketika solat). Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua (pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

Di sini jelaslah bahawa Islam adalah satu agama yang mengutamakan perkara-perkara kebaikan dan menggalakkan umatnya supaya berlumbalumba melakukannya. Kebaikan dalam Islam ialah segala perbuatan yang baik dan bertepatan dengan syariat bahkan diredhai oleh Allah SWT. Ia mencakupi aspek ibadah dan hal-hal kemasyarakatan atau “hablum min Allah” (hubungan dengan Allah) dan “hablum min an-Nas (hubungan dengan manusia). Jadi beriman kepada Allah dan mentaatinya adalah satu kebaikan, keikhlasan niat dan beramal dengan ikhlas adalah satu kebaikan dan melakukan kebaikan sesama manusia adalah satu kebaikan

Fitrah atau sifat semulajadi manusia sukakan kejayaan dan kemenangan, tiada seorang pun manusia yang waras mahukan kegagalan. Kalah atau menang, Berjaya atau gagal adalah resam kehidupan. Lazimnya, sesiapa yang berusaha dialah yang Berjaya. Untuk berjaya pula perlukan semangat berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Semangat ini hendaklah ditanam dan disuburkan dalam hati setiap orang yang beriman.

Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersegeralah mengerjakan amal-amal soleh, kerana akan berlaku satu fitnah seperti malam yang sangat gelap. Dalam keadaan itu terdapat juga orang yang disebelah paginya sebagai seorang mukmin dan sebelah petangnya kafir. Begitulah sebaliknya, disebelah petang mukmin dan disebelah paginya kafir. Dia menjual agamanya kerana kepentingan dunia yang sedikit”.

Berlumba-lumba melakukan kebaikan hendaklah berdasarkan keupayaan masing-masing, tidak kira di mana ia berada dan apa jua bidang yang diceburinya. Misalnya, seorang pensyarah di pusat-pusat pengajian tinggi atau guru di sekolah, hendaklah menyampaikan ilmunya kepada pelajar-pelajar atau murid-muridnya dengan sebaik mungkin.

Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 105 yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.

Orang yang beriman dan beramal soleh adalah sebaik-baik umat, kerana ia akan mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah dan beroleh kebahagiaan dan kenikmatan yang tidak ada bandingannya di akhirat kelak. Mereka akan selamat daripada azab Allah SWT dan ditempatkan dalam syurga yang penuh nikmat sebagai ganjaran atas segala amalan kebaikan yang dilakukan di dunia. Inilah janji Allah SWT.

Oleh itu bersegeralah mengerjakan amalan-amalan kebaikan bagi mendapatkan keredhaan dan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT.

Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Segeralah beramal dengan amalan kebaikan sebelum tiba tujuh perkara. Apakah yang kamu nantikan selain papa yang melupakan atau kekayaan yang menyombongkan atu penyakit yang merosakka atau tua yang nyanyok atau mati dengan tiba-tiba atau tibanya dajjal yang merupakan sejahat-jahat makhluk yang di tunggu-tunggu atau datangnya hari kiamat. Maka hari kiamat itu adalah lebih berat dan lebih mengerikan”. (Riwayat at-Tirmizi).

Sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Mukminun ayat 61;Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya”.

Mengakhiri khutbah ini, mimbar ingin mengingatkan seluruh umat Islam agar melaksanakan perkara-perkara berikut;

1. Umat Islam hendaklah meyakini kematian adalah sesuatu yang pasti berlaku dan segala amalan di dunia ini akan dibalas di akhirat kelak.

2. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa kebahagiaan di akhirat bergantung kepada amalan-amalan kebaikan semasa di dunia. Oleh itu berlumba-lumbalah melakukan amalan kebaikan semasa di dunia ini.

3. Umat Islam hendaklah melaksanakan amalan-amalan fardhu dan ditambahkan dengan amalan-amalan sunat terutama sekali dalam bulan Ramadhan yang bakal tiba ini.

“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa”. (Surah ali-Imran; 133).

barakallah_khutbah.jpg

Bertakwalah di mana kamu berada kepadaNya

SEGALA puji bagi ALLAH SWT yang mengutus rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang hak agar dapat dizahirkan atas semua agama yang lain dan memadai ALLAH sebagai saksinya. Kita bersaksi tiada tuhan berhak disembah kecuali ALLAH dan Muhammad adalah hamba ALLAH dan pesuruh-Nya. Selawat ALLAH dan salam-Nya atas Baginda SAW, keluarga dan sahabat Baginda SAW.

Ketahuilah ALLAH telah mengutus Nabi-Nya, Muhammad SAW dengan membawa bersama himpunan kata-kata pedoman yang ringkas lagi padat. Barangkali berbilang hukum-hakam dan ilmu pedoman dirangkumkan dalam sebuah jumlah yang ringkas. Antaranya sabda Baginda SAW: "Bertakwalah kamu kepada ALLAH di mana jua kamu berada; susulilah keburukan dengan kebaikan nescaya ia akan menghapuskannya; dan bergaullah bersama masyarakat dengan akhlak yang baik." (Riwayat Tirmizi, hadis hasan)

Ini adalah hadis yang agung lagi ringkas perkataannya di mana Rasullah SAW menghimpunkan dalamnya hak ALLAH dan hak-hak manusia.

Hak ALLAH dalam hadis ini ialah supaya bertakwa kepada-Nya dengan sebenar-benar takwa. Demikian ALLAH wasiatkan kepada orang-orang dahulu dan yang datang kemudian supaya mereka bertakwa kepada-Nya.

Takwa ertinya seorang hamba mengambil perlindungan bagi melindungi dirinya daripada apa yang ditakutinya agar selamat daripadanya. Seorang hamba yang bertakwa kepada ALLAH adalah seorang yang berlindung daripada kemurkaan ALLAH, azab dan hukuman-Nya dengan melaksanakan ketaatan kepada-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Ada kalanya ALLAH memerintahkan supaya bertakwa kepada-Nya kerana Dialah yang selayaknya ditakuti, digeruni dan diagungkan dalam hati hamba-Nya sehingga mereka menyembah dan mentaati-Nya. Di kala yang lain, ALLAH memerintahkan hamba-Nya supaya bertakwa daripada api neraka.

ALLAH memerintahkan hamba-Nya supaya bertakwa daripada hari kiamat. Seperti mana firman-Nya: "Bertakwalah kamu daripada huru-hara hari yang padanya kamu akan dikembalikan kepada ALLAH, kemudian akan disempurnakan balasan setiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dizalimi." (Surah Al-Baqarah: 281)

PESANAN ULAMA SALAF

Berikut beberapa penjelasan daripada ulama salaf perihal erti takwa. Kata Ibnu Abbas: "Orang bertakwa adalah orang yang berjaga-jaga daripada ALLAH dan balasan-Nya."

Imam Al-Hasan Al-Basri menjelaskan: "Orang bertakwa adalah orang yang memelihara diri mereka daripada apa yang ALLAH haramkan dan melaksanakan apa yang ALLAH fardukan." Menurut Khalifah Umar bin Abdul Aziz: "Takwa itu bukan dengan berpuasa pada siang hari dan solat pada waktu malam lalu mencampuradukkan maksiat antara keduanya. Sebaliknya, bertakwa kepada ALLAH adalah meninggalkan apa yang ALLAH haramkan dan melaksanakan apa yang ALLAH fardukan. Barang siapa yang setelah itu dikurniakan kebaikan, maka ia adalah kebaikan atas kebaikan."

Kata Talq bin Habib: Takwa adalah engkau melakukan ketaatan kepada ALLAH dengan berpandukan cahaya daripada ALLAH dengan mengharapkan ganjaran pahala daripada-Nya; di samping meninggalkan maksiat terhadap ALLAH dengan berpandukan cahaya daripada ALLAH kerana khuatir akan hukuman ALLAH."

Berkata Maimun bin Mahran: "Orang bertakwa lebih banyak melakukan muhasabah atas dirinya berbanding rakan kongsi yang kedekut yang sentiasa mengawasi rakan kongsinya." Ketika menjelaskan firman ALLAH dalam Surah Ali-Imran ayat 102, berkata Abdullah bin Mas'ud RA: "Ditaati dan tidak derhaka terhadap-Nya, diingati dan tidak dilupakan, serta disyukuri dan tidak dikufuri."

Justeru, takwa menjadi wasiat peringatan ALLAH buat sekalian makhluk-Nya. Ia juga wasiat Nabi SAW kepada umatnya. Menjadi kebiasaan Baginda SAW apabila mengutus panglima perangnya Baginda SAW berpesan kepadanya agar bertakwa kepada ALLAH dalam hal yang melibatkan dirinya dan tentera bawah seliaannya. Demikian juga pesanan Baginda SAW dalam khutbah haji Wada' pada Hari Raya Haji di mana Baginda SAW mengingatkan manusia supaya bertakwa kepada ALLAH. Hal ini terus diamalkan oleh generasi salaf soleh kurun demi kurun.

TAKWA DALAM SEGALA KEADAAN

Pesan Nabi SAW: "Bertakwalah kepada ALLAH di mana jua kamu berada." Yakni sama ada ketika di hadapan manusia lain ataupun ketika bersendirian. Sama ada ketika ada orang lain memandang ataupun ketika dalam keadaan sembunyi.

Barang siapa meyakini ALLAH sentiasa melihatnya, zahir dan batin, apa yang ditunjukkan dan apa yang disembunyikan, dan dia berasakan hal tersebut ketika dia bersendirian, keyakinan tersebut membuatkannya meninggalkan maksiat ketika sembunyi.

Seorang lelaki soleh mengutus sepucuk warkah kepada saudaranya: "Saya berpesan kepada kamu agar bertakwa kepada ALLAH yang menjadi penyelamatmu ketika kamu bersendirian dan pengawasmu ketika di hadapan khalayak. Ingatlah ALLAH sentiasa sepanjang siang dan malam. Takutlah daripada ALLAH dengan kadar hampir Dia dengan kamu dan kudrat-Nya atas kamu. Ketahuilah kamu sentiasa di bawah penguasaan-Nya. Kamu tidak akan terkeluar daripada jagaan-Nya kepada jagaan orang lain, mahupun daripada pemilikan-Nya  kepada pemilikan orang lain. Hendaklah kamu berwaspada terhadap ALLAH dengan penuh perasaan gerun dan pengagungan."

Saudaraku,

Takutlah kepada ALLAH dalam segala keadaanmu dan dalam segala tingkah lakumu. Bertakwalah kepada ALLAH terhadap dirimu, isteri dan anakmu. Bertakwalah kepada ALLAH dalam urusan ibadahmu dan tunaikanlah ia seperti mana diwajibkan atasmu. Bertakwalah kepada ALLAH dalam urusan muamalah dan perniagaanmu. Ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram. Bertakwalah kepada ALLAH dalam urusan kerja yang diamanahkan kepada kamu. Tunaikan ia seperti mana diminta.

SIFAT MANUSIA TIDAK SEMPURNA

Seorang hamba tidak akan lari daripada melakukan kesalahan dan akan ada kekurangan dalam menunaikan tanggungjawab dan kewajipan, Nabi SAW memerintahkan supaya kesalahan dan keburukan disusuli dengan kebaikan agar dapat dihapuskan kesalahan dan keburukan tersebut.

Kebaikan adalah kata nama yang menghimpunkan segala apa yang mendekatkan seseorang hamba itu kepada ALLAH. Dan kebaikan yang paling besar yang dapat menghapuskan keburukan dan dosa ialah taubat nasuha, beristighfar dan kembali kepada ALLAH dengan mengingati-Nya, disulami perasaan cinta, takut dan berharap kepada-Nya.

Jodoh itu rezeki, carilah yang terbaik!

SEGELINTIR daripada kita sering ditebak dengan persoalan jodoh. "Kamu belum kahwin lagi? Umur berapa ye?", "Memilih sangat kot, sebab tu payah nak lekat sampai jodoh pun takut nak dekat." Antara kata-kata yang sering menyapa telinga kebanyakan anak gadis dan teruna yang belum sampai jodohnya. Sememangnya persoalan  jodoh bukan urusan kita, jodoh itu rezeki dari ALLAH SWT. Dia yang tentukan segala-galanya.

Jodoh itu rezeki

Jodoh adalah perkara kecil berbanding impian kita untuk menegakkan syiar Islam. Ingatlah, apabila tingginya cita-cita kita untuk menegakkan agama-Nya, insya-ALLAH, Dia akan mempermudah soal jodoh.

Demikianlah ucapan pembuka bicara daripada pendakwah, Ustaz Pahrol Mohd Juoi semasa menyampaikan pembentangannya bertajuk Susah Cari Jodoh dalam Konvensyen Kontrak Cinta Ke Syurga pada 1 Mei lalu bertempat di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor.

"Saya memetik kata-kata seseorang yang saya hormati ilmunya. Dia berkata begini, ALLAH bagi rezeki pada seseorang mengikut keinginannya untuk bertanggungjawab. Semakin tinggi komitmen dia untuk bertanggungjawab semakin banyak rezeki yang ALLAH beri padanya. Kalau dia nak bertanggungjawab sekadar keluarganya mungkin dia dapat rezeki banyak tu, tapi keluarganya, ibu bapanya, ibu bapa mertuanya yang susah dan juga adik beradiknya. ALLAH bagi rezeki mengikut keinginan kita untuk bertanggungjawab, semakin keinginan dan komitmen kita untuk bertanggungjawab semakin besar. Maka ALLAH akan bagi lebih rezeki kepada kita.


Kita mencari jodoh dengan pengharapan daripada-Nya. - Gambar hiasan

"Termasuk dalam soal rezeki adalah jodoh, jodoh adalah rezeki. Pasang dan siapkan cita-cita yang besar. Insya-ALLAH, ALLAH akan hantar orang untuk membantu kita melaksanakan cita-cita yang besar. Katakan, saya ingin rumah tangga yang Islam, supaya tertegaknya baitul Muslim. Dan saya nak melahirkan zuriat yang soleh dan solehah bahkan mujahid dan mujahadah yang dikatakan untuk jadikan imam yang bertakwa. ALLAH akan kurniakan solehah untuk kita dan Lelaki yang 'besar' untuk membantu kita ke jalan-Nya. Jagalah hak ALLAH nescaya ALLAH akan menjaga kita," katanya kepada hampir 150 peserta terdiri dalam kalangan belia.

Menurutnya, hadiah terbaik seorang ayah kepada anaknya adalah menyayangi ibu kepada anaknya yakni isterinya. Jadi carilah bakal suami yang boleh memberikan kita hadiah terbaik. Kata Imam Ghazali: "Sebelum anak-anak dibawa takut kepada ALLAH, hendaklah anak-anak itu dididik supaya takut dan hormat kepada ayahnya terlebih dahulu. Dan siapa yang bertanggungjawab untuk membawa ke arah itu, ibunya (isteri)."

Nasihat beliau, isteri atau ibu jangan perlekeh suami (si ayah) di hadapan anak-anak, tidak boleh! rosak institusi kerana ayah adalah pemimpin. Seorang pemimpin yang lemah lebih baik daripada tiada pemimpin langsung. Kalau anak sudah tidak percaya kepada si ayah, hancur rumah tangga. Isteri atau ibu jangan tuturkan kata seperti: "Itulah ayah kamu, pandai cakap je, tapi tak buat." "Tengok ayah kamu bangkit Subuh pun lambat".

Sedikit sebanyak inti pati dalam konvensyen anjuran Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah, Pusat Bandar Sri Gombak, Gombak. Objektif utama penganjuran konvensyen ini adalah untuk memberi gambaran jelas mengenai konsep mencari jodoh dalam Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah di samping memberi pendedahan akan cara-cara yang dapat dilakukan pihak lelaki mahupun pihak perempuan dalam mendapatkan jodoh.

Selain turut memberi pendedahan kepada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga berkenaan aspek-aspek penting dalam melangsungkan perkahwinan termasuk cabaran yang perlu ditempuhi dalam fasa pertunangan termasuk persoalan adat-adat yang selari dan bertentangan dengan Islam serta pengurusan kewangan yang bijak dalam menuju bahtera pertunangan.

USTAZ Pahrol menyambung lagi, dalam tempoh empat bulan di alam rahim, semua sudah ditentukan ALLAH termasuk yang dikatakan kematian, amalan, rezeki dan siapa jodoh kita. Respons kita terhadap mencari jodoh sama seperti mencari rezeki. Rezeki ada dua bentuk, satu rezeki yang kita cari dan satu lagi rezeki yang cari kita.

"Kalau kita tukar perkataan rezeki itu jadi jodoh, ada dua jawapannya satu kita yang cari jodoh satu lagi jodoh yang cari kita. Cuba kita lihat anehnya rezeki, jadikan cicak sebagai contoh untuk lebih memudahkan kita faham, makanannya adalah serangga yang berterbangan bukan. Kalau kita fikir secara logik, tidak adil bagi ALLAH kenapa cicak tidak diberikan sayap, tetapi kita tidak pernah dengar cicak kebuluran sampai tidak makan, begitu juga dengan periuk kera, ia langsung tidak boleh bergerak, tetapi rezekinya bergerak dan ia boleh makan.

"Di sini, saya tekankan tidak salah kita cari jodoh tetapi dengan keyakinan tinggi, doa, usaha dan tawakal ada jodoh yang akan cari kita. Sebab itu kalau kita lakukan tinjauan, tidak ramai yang berkahwin dengan lelaki pilihan mereka. Majoritinya kahwin dengan individu yang tidak diduga.

"Jangan kita kata: "Ustaz, saya tidak mahu cari cinta, tapi saya mahu cinta cari saya,". Kenalah usaha. Pegang kata-kata ini, Tuhan telah ciptakan rezeki untuk burung tetapi burung kena terbang cari rezeki. Betulkan niat, sangka baik. Insya-ALLAH ada untuk kita," ulasnya lanjut.

Tambah beliau, ada sahabat beliau yang pinangan kepada wanita sering ditolak, namun sahabat itu tidak pernah malu, sahabat itu berpendapat dia mengikut jalan yang baik malah bersyariat pula. Setiap percubaan dikira pahala sebab dia mahu membina masjid. Begitu juga kepada wanita di luar sana, wanita itu menjadi perigi cari timba dan ditolak, itu bukan masalah.

Teladanilah kisah ini, Siti Habsah yakni anak kepada Saidina Umar, Saidina Umar menawarkan anak gadisnya kepada Saidina Ali bin Abi Talib tetapi ditolak, kepada Uthman juga sama dia ditolak akhir sekali kepada Abu Bakar juga ditolak. Apa kata Rasulullah SAW, aku akan kahwini Siti Habsah.

Masyarakat dahulu menganggap perihal cinta ini biasa-biasa, apa yang penting bagi mereka adalah matlamat perkahwinan. Zaman sekarang tidak! Usah anggap cinta itu tuhan sama seperti yang dipaparkan dalam filem mahupun drama tayangan di kaca televisyen. Cinta memang penting tapi biar cinta kita bertasbih kepada ALLAH.

Walaupun, kita sekarang belum mendapat jodoh tetapi niat ALLAH akan dipermudahkan. Ibu bapa niatkan pada anak mahu mempermudah dan cepatkan jodohnya. Sungguhpun saat itu belum ada anak lagi.

Peranan orang tengah

Ustaz Pahrol menjelaskan lagi, ada empat cara cari jodoh pertama: Jadi orang yang baik. Kedua: Ikut pilihan orang baik (orang beriman sifatnya mahu sesuatu yang baik kepada orang lain, waktu dia mahu memilih calon untuk kita dia seolah-olah memilih calon untuknya), ketiga: ikut cara yang baik (baik ikut ukuran adat berbeza dengan ikut aturan syariat), dan keempat: Tawakal dengan bersangka baik (kalau ALLAH lewatkan jodoh aku itu peluang aku bersedia untuk jadi suami yang baik, manalah tahu kalau ALLAH percepatkan jodoh aku tetapi pada masa itu aku tidak bersedia lagi, mungkin itu mudarat bagiku). Hayati firman ALLAH dalam Surah Al-Baqarah ayat 126 untuk memahami dengan lebih jelas perihal ini.

"Jangan ada sangka-sangka yang negatif, tidak mengapa! kalau ALLAH tak bagi kita jodoh pun di dunia ini ertinya Dia simpan jodoh kita di akhirat, sebab ALLAH pilih sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya. Kita lihat dalam kisah Siti Asiah. Siti Asiah adalah orang yang paling solehah dan ALLAH janjikan sebuah rumah dalam syurga kepadanya. Kalau kita fikir kenapa ALLAH kahwinkan Siti Asiah dengan Firaun sedangkan dia boleh dapat yang terbaik. Suaminya membunuhnya dan ALLAH menyimpan kebahagiaannya di akhirat. Dalam satu tarbiah yang saya dengar, calon suami Siti Asiah adalah lelaki terbaik di akhirat nanti. Indah bukan percaturan ALLAH. Dunia ini sekejap sahaja, kalau jadi andartu pun jadilah tapi jangan lakukan sesuatu yang melanggar syariat semata-mata untuk dapat jodoh dan jangan menggadai diri. Bersangka baik dan tawakal. Insya-ALLAH! ALLAH akan jawab doa hamba-Nya.

"Pilih atau jadilah orang tengah yang adil, sama ada ibu, bapa atau guru atau sesiapa sahaja yang bersesuaian untuk menjadi orang tengah kepada pembinaan sesebuah rumah tangga. Tapi harus diingat, ada satu kes di mana seseorang itu menjadi orang tengah dan dia menolong kawannya mencarikan jodoh, sementalah pula dia belum berkahwin. Akhirnya, dia pintas wanita yang dicalonkan untuk kawannya itu sedangkan tidak dibenarkan pinang atas pinangan orang lain," katanya dengan tegas.

Dalam masa yang sama beliau turut menyentuh perihal perlukah berpoligami. Poligami bukan sahaja memerlukan kebijaksanaan tetapi perlu diiringi dengan kesabaran yang tinggi dan jangan dibuat sesuatu itu dengan alasan untuk berseronok atau suka-suka, betulkan niat. Poligami boleh menjadi suatu penderitaan di dunia sebelum melalui penderitaan yang hebat di akhirat jika tersilap langkah.

Bilangan wanita ramai atau lelaki sedikit tidak boleh dijadikan faktor untuk berpoligami sebaliknya, kualiti poligami itu dilihat kepada keupayaan seseorang lelaki  berkenaan. Melihat kepada sejarah Islam, kita lihat kepada berapa ramai dalam kalangan sahabat yang tidak mengamalkan poligami, Ramainya sahabat berpoligami kerana disebabkan ramai lelaki atau suami yang syahid di medan perang menyebabkan janda tidak terbela. Mereka mahu membela nasib balu-balu yang kematian suami.

Akhir kalam, ingatlah wanita dan lelaki di luar sana, carilah pasangan yang benar-benar layak untuk menjadi imam dan makmum dalam hidupmu. Carilah mereka dalam dengan doa, usaha dan tawakal sepenuhnya kepada-Nya. Insya-ALLAH, pasti Dia kabulkan doa hamba-Nya.

Tujuh syarat syahadah

MENURUT akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ), mengucap dua kalimah syahadah adalah syarat sah untuk menjadi seorang Muslim. Amalan seseorang tidak akan diterima dan dianggap bukan amalan soleh, melainkan selepas dia melafazkan dua kalimah syahadah.

Ucapan syahadah yang pertama membawa erti "Aku mengaku dan sanggup menjadi saksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak dan layak untuk disembah, melainkan ALLAH". Manakala ucapan syahadah yang kedua bermaksud "Aku mengaku dan sanggup menjadi saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan ALLAH".

Apabila kita membicarakan perihal rukun Islam yang lain seperti solat, puasa, zakat dan haji, kita sering dihuraikan dengan syarat yang mesti diikuti untuk menjadikan ibadat tersebut sah. Umpamanya solat. Sejak kecil, kita diajar dengan syarat dan rukun solat. Tetapi, jarang sekali kita kita dihuraikan dengan syarat ucapan dua kalimah syahadah. Sedangkan inilah adalah Rukun Islam yang pertama.

Tokoh sarjana Islam, antaranya Syeikh Hafidz bin Ahmad Hakami dalam kitabnya Maa'rij Al-Qabul menyenaraikan sebanyak tujuh syarat syahadah La Ila Illallah.

Pertama: Al-'Ilmu

Al-'Ilmu bermaksud kita mesti mengetahui makna sebenar ucapan syahadah tersebut. ALLAH berfirman: "Maka ketahuilah bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH." (Surah Muhammad: 19)

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW menyatakan: "Sesiapa yang mati dan dia mengetahui bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan ALLAH, maka dia akan masuk syurga." (Riwayat Muslim)

Kedua: Al-Yaqin

Al-Yaqin bermaksud kita mesti benar-benar memahami dan meyakini makna syahadah ini tanpa ada sedikit pun keraguan dan kebimbangan.

ALLAH memberi jaminan kepada orang yang benar-benar yakin dalam firman-Nya: "Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang yang percaya kepada ALLAH dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan ALLAH; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." (Surah Al-Hujurat: 15)

Rasulullah SAW juga mengingatkan syarat untuk masuk syurga bagi orang yang mengucapkan syahadah ialah dia mesti yakin dengan sepenuh hati tanpa ada sebarang ragu-ragu. Sabda Baginda SAW: "...Aku menjadi saksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan ALLAH dan bahawasanya aku (Muhammad) adalah utusan ALLAH, maka tidaklah seseorang hamba yang bertemu dengan ALLAH dalam keadaan tidak ragu-ragu dengan syahadah ini, melainkan dia akan masuk syurga." (Riwayat Muslim)

Orang yang melafazkan syahadah ini kemudian dia yakin dengan maknanya yang sebenar, maka sudah tentu seluruh anggota tubuhnya juga akan patuh untuk beribadah kepada ALLAH tanpa ada sebarang syirik.

Ketiga: Al-Ikhlas

Al-Ikhlas bererti kita melakukan sebarang ibadah dengan penuh ikhlas dan menghindari segala macam bentuk kesyirikan. ALLAH mengingatkan: "...Oleh itu hendaklah engkau menyembah ALLAH dengan mengikhlaskan segala ibadat kepada-Nya. Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada ALLAH ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik)..." (Surah Al-Zumar: 2-3)

Rasulullah SAW juga memberikan berita gembira terhadap orang yang ikhlas. Sabdanya: "Orang yang paling bahagia dengan syafaatku pada hari kiamat kelak ialah orang yang mengucapkan La ilaha illallah dengan penuh ikhlas dari hati atau jiwanya." (Riwayat Bukhari)

Keempat: Al-Sidqu

Al-Sidqu bermaksud jujur iaitu kita mesti melafazkan ucapan syahadah dengan penuh jujur. Jika ada orang yang mulutnya sahaja melafazkan ucapan ini sedangkan hati tidak mengakuinya, maka dia adalah orang yang munafik dan pendusta.

ALLAH menceritakan perihal orang yang bersikap begini: "Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada ALLAH dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan ALLAH dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya." (Surah Al-Baqarah: 8-9)

Jujur dengan ungkapan syahadah juga adalah salah satu benteng kita daripada api neraka. Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seseorang yang menjadi saksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH dan Muhammad itu adalah utusan ALLAH, dengan penuh jujur dari hatinya, melainkan ALLAH akan mengharamkannya masuk neraka." (Riwayat Bukhari)

Kelima: Al-Mahabbah

Al-Mahabbah bererti cinta. Maksudnya kita hendaklah mencintai kalimah syahadah dan segala isi yang terkandung dalam kalimah tauhid. Natijahnya ialah kita akan mempunyai rasa cinta kepada ALLAH melebihi cinta kita kepada orang lain. ALLAH menyatakan antara sifat orang beriman: "(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari ALLAH (untuk menjadi) sekutu-sekutu (ALLAH), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai ALLAH; sedang orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada ALLAH..." (Surah Al-Baqarah: 165)

Keenam: Al-Inqiyad

Al-Inqiyad bererti tunduk dan patuh. Apabila kita mengucapkan ucapan syahadah, kita mesti tunduk dan patuh kepada tuntutan ucapan syahadah. Kita mesti beribadat kepada ALLAH, mengamalkan segala syariat-Nya dan yakin dengan kebenarannya.

ALLAH mengingatkan kita dalam firman-Nya: "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, dan berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan." (Surah Al-Zumar: 54)

Ketujuh: Al-Qabul

Al-Qabul bererti kita menerima dengan rela hati segala isi kandungan dan melaksanakan segala tuntutan ucapan syahadah. Ibadah hanya kepada ALLAH tanpa ada sebarang unsur-unsur syirik. Jika ada orang yang melafazkan ucapan syahadah tetapi dia tidak menerima isi kandungannya, maka dia termasuk dalam golongan yang ALLAH sifatkan dalam ayat berikut: "Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya"; (Ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan ALLAH" - Mereka bersikap takbur mengingkarinya, -serta mereka berkata: "Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?" (Surah Al-Saffat: 35-36)

Tatkala melafazkan ucapan syahadah, ketujuh-tujuh perkara inilah sebenarnya yang terkandung di sebalik ucapan tersebut.

Lafaz yang ringkas, namun ia adalah kunci bagi segala-galanya. Semoga ia terus subur di dalam sanubari kita.

Friday Sermon Text: Instilling Islamic Values In The Family

Friday Sermon Text  27 May 2016/20 Syaaban 1437H JAWI

Instilling Islamic Values In The Family

The family is the foundation of religious education for our children. Parents are teachers and educators whose role is to instil religious values and morals into them. It is through the family that our children acquire their first knowledge through education before any other guidance is given.

Education provided in schools are bound by time and specific syllabus, while the learning process in the family happens continuously. Abdullah Nasih Ulwan spoke of this in his book Tarbiatul Aulad: "Religious education is an effort to provide and nurture children to be good members of the society and to become a righteous person in this life". Therefore, parents should be good examples and role models to the children when they are at their side.

This corresponds to a hadith recorded by Imam Bukhari as narrated by Abu Huraira RA where Rasulullah SAW said: Which means: "Every child is born in a state of innocence and free from any sin. Both his parents will make him either a Jew, a Christian or a fire worshipper. Just like an animal which gives birth to its offspring without any disability, do you see any (young animal) born mutilated before you mutilate them? "

The reality today is that there are many parents who ignore this responsibility and do not manage their children well. This irresponsible attitude of parents, who are ignorant of their children's activities, is the cause of children’s involved in vices. Similarly, the attitude of parents who are more concerned with the so-called academic achievements in line with the requirements of today's world, without any regard to instilling Islamic values and teachings, has resulted in a crisis of morality, such as babies born out of wedlock, abandoned children, bullying and many other social problems and plights.

Children are the responsibility of parents. By neglecting to educate them, parents are betraying their trust. Parents should play an important role in promoting a balanced life for their children. As the Malay saying goes, to bend a bamboo, start when it is still a young shoot. However, do not despair, for if it has already turned into bamboo, another option is to carve it beautifully to create something of value to the public.

Allah SWT declared in Surah Al-Kahf verse 46:  Which means: “Wealth and sons are allurements of the life of this world: but the things that endure Good Deeds are best in the sight of the Lord as rewards and best as (the foundation for) hopes.

Islam has outlined some guidelines to parents in an effort to shape religious education for children, which includes:

First: Building a harmonious environment at home

Second: Becoming good role models

Third: Educating based on age

Educate children according to their age, as stated in the hadith of Rasulullah SAW, recorded by Imam Abu Daud and narrated by Amr bin Shuaib: وا ُ فَرَِّق َ و ٍ عَشْر ُ ُ ْم َأبْنَاء َه ُ ْم عَلَْيهَا و وه ُ اضْرِب َ ِسنِينَ و َسبْعِ ُ ُ ْم َأبْنَاء َه لادَكُ ْم بِال ََّصلاةِ و ْ وا َأو ُ ر ُ م الْمَ َضا ِجع. )رواية أبي داود( ِ ب َيْنَه ُمْ فِي Which Means: "Order your children to offer prayers when they are seven years old and punish them if they leave it at the age of ten years, and separate their beds from yours".

The development of all above can increase the capacity of intellectual potential, self-confidence and values of our children. As a result, these children will be bestowed with exceptional personality, excellent knowledge and an attitude that is in harmony with the natural belief bestowed by Allah SWT.

They would feel embarrassed to do activities that are immoral and contrary to the norms of life, such as breach of trust, corruption, oppressing others and so on. It would be a reflection, and due to the practice, of Islamic values instilled in their lives since young. In due course, the quality of the society will be improved, which, in turn, will ensure the prosperity of our country

To ensure this goal is achieved, parents, schools and communities should work together and combine their energy. Even with good education and exposure to religion provided within the family, it is very difficult to nurture and develop a child’s personality without the support of the school and the community.

These three institutions, family, school and community, cannot be separated. In fact, they are intertwined with each other. This is to ensure that the education received by children will create an individual who is emotionally, mentally and spiritually balanced. Remember, these children will grow up and determine the future of our country. The security and prosperity of the nation will be preserved if our youth are forged and moulded with Islamic values.


To end the sermon today, the mimbar would like to invite the congregation to reflect upon the following points, as guidance and reminder for all of us:

First: The family is the main foundation of religious education for our children. The family provides the process of character building, which will influence our children’s development.

Second: The instilling of religious values will increase the capacity of exceptional intellect, self-confidence and values within families.

Third: Parents should strive to establish and instil religious education among children, through the creation and promotion of a harmonious environment at home, and their education through methods recommended by Islam.

Allah SWT declared in Surah Al-Furqan, verse 74: Which means: “And those who pray "Our Lord! Grant unto us wives and offspring who will be the comfort of our eyes and give us (the grace) to lead the righteous."
barakallah_khutbah.jpg

Khutbah Jumaat: Islam: Agama , Akal dan Ilmu

Petikan Khutbah Jumaat  (27 Mei 2016 / 20 Sya’ban 1437) JAKIM

Islam: Agama , Akal dan Ilmu


Muslim yang sejati akan sentiasa berfikir secara Islam iaitu berfikir dalam suatu kerangka pemikiran yang dipancarkan oleh cahaya agama Islam. Begitu juga dengan pandangan hidupnya yang merupakan suatu jalinan bermakna faham-faham yang dipancarkan oleh al-Qur'an sejajar dengan pandangan hidup baru yang dibawa oleh agama Islam. Namun, perbicaraan mengenai Islam sebagai suatu hakikat secara zahir no titlesahaja adalah tidak memadai. Ini kerana penyerahan diri kepada Allah SWT tanpa disertai ilmu tidak mungkin berhasil. Ilmu menjadi prasyarat utama Islam selain iman dan kewarasan akal. Oleh itu, orang yang tiada akal tidak mungkin berupaya memahami dan menerima ilmu, dan orang yang tiada ilmu tidak mungkin menjadi muslim sejati.

Hal ini menyebabkan, muslim berkenaan akan menutup mata, telinga, dan hatinya terhadap risalah Islam sehingga tidak mengetahui apa yang ditolaknya adalah suatu dosa. Bahkan keengganan menerima agama Islam setelah mengetahui kebenarannya adalah dosa yang lebih besar kerana ia disertai keangkuhan, yakni keengganan tunduk kepada kebenaran secara sedar.

Reaksi ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam Surah al-‘Ankabut ayat 47:
Maksudnya: Dan demikianlah kami turunkan pula kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Al-Qur'an ini. Maka orang yang Kami berikan Kitab (Taurat dan Injil) ada yang beriman kepada Al-Qur'an, dan juga sebahagian dari orang (Mekah) beriman kepadanya; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang yang berdegil dalam kekufurannya.”

Kehilangan cahaya ilmu dan akal ini mengakibatkan salah satu aliran yang sedang menyerang dunia hari ini iaitu Islam Liberal, mendesak agar Islam ditafsirkan secara lebih terbuka dan bebas tanpa terikat kepada manhaj atau landasan yang di bawa oleh Nabi dan ulamak. Pada masa sama, ia seolah-olah cuba mempersoalkan kewibawaan Islam bahkan menyarankan agar kefahaman umat Islam di negara ini diubah agar menepati semangat zaman.

Sememangnya pegangan akal logik semata-mata tidak mempunyai kredibiliti untuk dijadikan hujah pertikaian tanpa berpandukan kepada dalil-dalil syarak yang sahih. Mereka menganggap para ulamak dan institusi agama di negara ini menentang penggunaan akal fikiran dan jahil tentang Islam menyebabkan Islam gagal difahami sebagaimana sepatutnya. Lantaran itu dengan angkuhnya mereka menolak keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama yang menfatwakan sesat mana-mana gerakan yang membawa idea-idea liberal dan pluralisme agama.

Hakikatnya, mereka sendiri hanyut dengan pemahaman yang pelik daripada tokoh-tokoh liberal yang banyak menekankan kepentingan Maqasid Syariah dan kebebasan berijtihad. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 8-12: Maksudnya: Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman sedang mereka hanya memperdayakan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyedarinya. Dalam hati mereka terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta. Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: sesungguhnya kami orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang yang sebenarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.”

Kala manusia bermain dengan kejahilan, maka menjadi kewajiban umat Islam mengenali jahiliyah di samping mengenali Islam. Jika mengenali Islam bertujuan mengamalkannya, maka mengenali jahiliyah pula adalah untuk memperbetulkannya dan mengelak daripada tertipu dengan segala diayahnya. Antara langkah penting ialah bersungguh-sungguh mempelajari Islam dengan baik daripada ulamak yang muktabar dan berautoriti. Sememangnya, mempelajari Islam tidak cukup dengan menghadiri seminar dan bengkel dua tiga hari atau dikutip menerusi internet, tetapi menuntut keseriusan yang amat tinggi dengan mengorbankan masa untuk mempelajarinya.

Firman Allah SWT dalam Surah az-Zumar ayat 9, Maksudnya: Apakah orang yang taat beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri, ia takutkan azab hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya, sama dengan orang musyrik? Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.



Realiti hari ini menunjukkan banyak ancaman yang dihadapi oleh agama, bangsa dan negara kita. Semuanya mengintai-intai peluang untuk menyusup dan menyebarkan racun merosakkan anak bangsa. Penularan ideologi liberalisme, pluralisme, humanisme dan ditambah dengan ideologi kumpulan militan Daesh, amat membimbangkan kita.

Sekalipun di antara mereka hanya menyerang pemikiran, itu sudah cukup untuk meledakkan kemusnahan yang dahsyat. Apatahlagi jika kumpulan ini menggunakan penindasan dan kezaliman dengan sewenang-wenangnya. Apa juga nama yang dipakai oleh mereka, yang jelas pegangan, perjuangan dan tindakan mereka tidak mewakili erti Islam sebenar yang menyeru kepada perdamaian dan keselamatan. Kita perlu sedar bahawa sejak pemansuhan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pada tahun 2010 hingga pelaksanaan POTA (Prevention Of Terrorism Act) pada awal 2014, ramai yang cuba mengambil kesempatan memperjuangkan misi masing-masing dengan mempengaruhi masyarakat untuk bersama-sama mereka atas nama Islam.

Sebenarnya ini bukanlah disebabkan kekuatan mereka tetapi adalah lahir daripada kelemahan kita yang tidak bersatu padu. Kumpulan ini mempunyai agenda tersendiri yang menjadi matlamat mereka, iaitu untuk menggugurkan agama secara sepenuhnya dari masyarakat; untuk menjauhkan fikrah atau pemikiran manusia dari setiap yang mempunyai kaitan dengan ruh, wahyu dan alam ghaib dan dari segala ikatan dengan akhlak, akidah dan keimanan kepada Allah SWT; dan untuk memartabatkan ketuanan akal, kebendaan dan ilhad (ketidakpercayaan kepada agama dan wahyu) dalam setiap urusan kehidupan dan menjadikan Islam hanya sebagai agama ritual semata-mata.

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:

Pertama: Islam wajib dipertahankan dari dirosakkan oleh fahaman kumpulan yang bertentangan dengan fikrah Islam.
Kedua: Pemikiran Islam Liberal dan DAESH merupakan fitnah yang besar terhadap kesucian Islam kerana menggugat akidah umat hari ini dan generasi akan datang.
Ketiga: Umat Islam hendaklah berpegang-teguh dengan ajaran Islam dan bersatu-padu membanteras kesesatan dan penyelewengan akidah, syariah dan akhlak.


Maksudnya:Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang yang demikian, Kami telah sediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah at-Nisa’:18)

barakallah_khutbah.jpg

Azab seksaan Padang Mahsyar

PERJALANAN di alam barzakh pada peringkat awalnya huru-hara kerana kita mengharunginya sendirian, tidak seperti perjalanan di Padang Mahsyar dalam himpunan manusia yang sangat ramai, namun masing-masing bergantung kepada amalan dan keadaannya lebih menggerunkan.

Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah menjelaskan, Rasulullah SAW menceritakan bagaimana Allah SWT akan mengakhiri alam ini dengan mematikan seluruh makhluk dan manusia tidak terkecuali malaikat termasuk Malaikat Izrail.

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani ketika menyambung kuliah lalu dalam slot Mau'izati di IKIMfm menjelaskan Baginda Rasulullah SAW menceritakan ketika Malaikat Izrail mencabut nyawanya sendiri, malaikat itu bertempik dan meraung dengan bunyi yang amat kuat dan menggerunkan.

Rasulullah SAW menyatakan, jika ada manusia dan jin yang hidup pada masa itu mendengar kesakitan Malaikat Izrail, mereka juga akan menemui ajal pada waktu itu juga.

Rasulullah SAW turut menceritakan, selepas berakhirnya seluruh kehidupan, Allah SWT akan membentangkan alam ini dan diratakan seperti kulit binatang yang disamak.

Tiada lagi tempat yang rendah dan tinggi, tanah menjadi rata, itulah keadaan di Padang Mahsyar nanti.

Jasad dihidupkan kembali

Kemudian Allah SWT mengarahkan semua jasad kembali hidup, lalu bangunlah mereka di Padang Mahsyar bagaikan tumbuhnya sayur-sayuran.

Setelah jasad sudah tumbuh dan kembali seperti sedia kala, maka Allah SWT berfirman, "Hiduplah Jibril dan Mikail" dan mengarahkan mereka menghimpunkan roh di suatu tempat.

Rasulullah SAW menyebut, roh Muslimin kelihatan berkilauan sedangkan roh bukan Mukmin kelihatan gelap dan akan masuk ke dalam jasad masing-masing.

Selepas itu, roh akan dikumpul dan dilempar ke dalam sangkakala, kemudian Malaikat Israfil diperintahkan meniup tiupan kebangkitan.

Maka keluarlah roh itu bagaikan lebah berterbangan memenuhi segenap ruang di antara langit dan bumi termasuklah roh yang ada bermula Nabi Adam sehingga berakhirnya kehidupan di bumi.

Roh memasuki jasad melalui hidung dan menjalar ke dalam tubuh badan manusia bagaikan racun daripada sengatan binatang berbisa yang menyerap ke seluruh anggota.

Saat dibangkitkan manusia, bumi mula merekah dan menolak jasad naik ke permukaan. Baginda SAW bersabda: "Aku adalah manusia pertama yang keluar di muka bumi ini.

Sejurus selepas itu Rasulullah bertanya: Hari apakah ini wahai Jibril? Dijawab Jibril kepada Baginda SAW bahawa hari itu adalah hari pembalasan. Tangkas Baginda menyoal lagi: Di mana umatku wahai Jibril?

Rasulullah sayang umat

Ini membuktikan betapa sayangnya Baginda SAW kepada umatnya sehingga pada saat itupun Baginda masih lagi mengambil berat keadaan umatnya.

Rasulullah SAW menjelaskan, setiap manusia yang bangkit tanpa ditutupi seurat benang dan dikhatankan.

Mereka berdiri dalam suasana yang gelap dan hiruk-pikuk selama 70 tahun tanpa dipedulikan oleh sesiapa dan diadili dalam keadaan menangis sehingga kering air mata yang digantikan dengan air mata darah.

Masing-masing dibanjiri oleh air peluh sendiri dan berteriak di antara satu sama lain meminta supaya segera diadili kerana tidak lagi sanggup untuk menanggung seksaan.

Mohon syafaat

Kemudian manusia bergerak mencari Nabi Adam dan memohon syafaat daripadanya, namun Baginda menjawab: "Hari ini adalah hari masing-masing, aku juga tidak mampu berbuat demikian."

Lalu manusia mula memohon syafaat daripada nabi lain yang ditemui, namun semuanya tidak dapat membantu.

Rasulullah SAW bersabda: "Akhirnya umat manusia mencari dan bertemu denganku, lalu aku pergi ke al-Fahsy iaitu suatu tempat di hadapan Arasy Allah SWT dan sujud sambil menangis memohon bantuan Allah supaya mengadili manusia. Selepas itu barulah Allah SWT mula mengadili manusia kerana kasih-Nya kepada Rasulullah SAW.