June 10th, 2016

Khutbah Jumaat “Membudayakan al-Quran Dalam Kehidupan”

Petikan Khutbah Jumaat 10 Jun 2016: JAIS

“Membudayakan al-Quran Dalam Kehidupan”

Kita sering diingatkan bahawa alQuran merupakan panduan dan pedoman daripada Allah SWT bagi kita. Namun untuk memastikan kita dapat mengamalkan al-Quran dengan baik kita perlu berusaha bersungguh-sungguh bagaimana untuk memahami ajarannya.

jais.jpgKita perlu memahami apakah kisah-kisah yang ada di dalamnya, apakah tema-tema utama al-Quran yang mempunyai kaitan dengan kehidupan seharian kita dan keluarga.

Bagi muslim yang benar-benar menghayati kitab suci al-Quran Kalamullah bukan sekadar pusaka peninggalan Rasulullah SAW sematamata. Mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW yang diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun ini, diamanahkan supaya manusia dapat mempelajarinya, menghayati seterusnya mengamalkan segala yang terkandung di dalamnya. Itulah panduan yang terbaik. Pembimbing manusia ke arah gaya hidup sebenar dan panduan untuk menjalani kehidupan yang kekal abadi kelak, dengan cemerlang.

Al-Quran diturunkan bertujuan untuk memandu manusia ke jalan yang benar, memberi petunjuk, rahmat, membawa berita gembira, menjadi penawar, peringatan dan cahaya yang menjadi pedoman dan panduan hidup.

Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 57: “Wahai umat manusia ! sesungguhnya telah datang kepada kamu alQuran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakat batin yang ada dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman”.

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa tujuan al-Quran diturunkan adalah sebagai penasihat, penawar dan petunjuk hidayah bagi seluruh umat manusia.

Yang pastinya hari ini, al-Quran semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita, baik yang muda mahupun tua. Membacanya pula kini hanya mengikut musim, tidak lagi dianggap amalan yang perlu dilakukan pada setiap hari. Kalaupun ada yang membaca, sekadar melepaskan batuk di tangga. Belajar ala kadar sahaja, bahkan ada yang membaca al-Quran tanpa mengetahui hukum-hukum tajwidnya. Entah ke mana hukum mad dan panjang pendek bacaannya. Terdapat juga segelintir yang beranggapan bahawa asalkan membaca ianya sudah memadai. Sedangkan membaca al-Quran dengan betul hukum tajwid dan disiplinnya adalah fardhu ain bagi setiap umat Islam. Tersilap menyebut satu hurufnya sahaja sudah boleh mengubah makna bagi satu-satu ayat tersebut.

Rumah adalah suatu institusi tarbiah terawal dalam membentuk sahsiah dan mendidik generasi membaca al-Quran. Justeru, usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan bagi merealisasikan pembudayaan alQuran di rumah. Antaranya:

Pertama: Adalah menjadi kewajipan ibu bapa menunjukkan contoh tauladan kepada ahli keluarganya. Ibu bapa hendaklah sentiasa membaca alQuran di rumah dan memastikan al-Quran sentiasa dibaca oleh ahli keluarga. Mengapa kita mempunyai masa untuk membaca akhbar, majalah, menonton televisyen, melayari internet, berwhatssap, berinstagram dan lain-lain lagi? Kenapa kita tidak boleh memperuntukkan sedikit masa yang terluang untuk membaca al-Quran?

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bacalah al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya ". (Muslim)

Mereka yang membaca al-Quran, mendengar malah melihat al-Quran pun akan diberi pahala oleh Allah SWT.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya diberi satu kebaikan dan satu kebaikan itu dibalas dengan 10 kali ganda pahalanya, tidak aku katakan (alif, lam, mim) itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf ". (al-Tirmizi).

Kedua: Ibu bapa perlu memprogramkan penghayatan al-Quran di rumah secara bersistematik dengan memperuntukkan masa yang sesuai untuk membaca, mempelajari mentadabbur dan mengajar membaca alQuran bersama ahli keluaga. Mengapa ada dikalangan kita sebagai ibu bapa merasa sangat sedih, kecewa atau dukacita sekiranya anak-anak kita gagal dalam pelajaran akademik? Dan kenapa tidak ramai yang merasa sedih atau kecewa jika anak-anak tidak tahu atau buta membaca al-Quran?.

Al-Quran adalah Kalamullah yang mulia yang menjadi ibadah bagi insan yang membaca dan mengamalkannya. Bayangkan!, hanya dengan membacanya sahaja, kita sudah dijanjikan dengan pelbagai ganjaran dan kelebihan. Apatah lagi ditambah dengan memahami, menghayati dan mengamalkan isi kandungannya

Dengan ledakan teknologi hari ini, al-Quran amat mudah untuk didapati. Jika dahulu mungkin agak mencabar untuk membawa al-Quran, tetapi hari ini kita mempunyai telefon bimbit yang boleh menyimpan pelbagai aplikasi alQuran. Oleh itu, jadikanlah mempelajari dan membaca al-Quran sebahagian daripada gaya hidup kita. Luangkan sedikit masa dengan al-Quran pada setiap hari.

Mulakanlah hari kita dengan alunan al-Quran dan akhirilah dengan alunan al-Quran. Begitu juga dengan ahli keluarga kita. Apabila al-Quran menjadi sebahagian daripada kehidupan keluarga ketika berehat dan bercuti barulah kebiasaan tersebut berdamping dengannya berkekalan sehinggakan menjadi minat.

Renungkanlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muaz al-Juhani RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan ia mengamalkan isi kandungannya, pada hari kiamat kelak Allah akan memakaikan mahkota kepada ibu bapanya. Cahaya mahkota itu lebih baik daripada cahaya matahari yang menerangi rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana pendapat kamu mengenai orang (si anak) yang mengamalkan ini (membaca dan mengamalkan al-Quran)”. (Abu Daud).

Menelusuri khutbah pada hari ini maka kita sebagai umat Islam dituntut supaya:

1. Beriman dan meyakini bahawa al-Quran itu adalah panduan hidup yang diturunkan kepada umat manusia.

2. Meyakini segala kandungan al-Quran itu adalah benar, tepat dan sesuai untuk dihayati oleh umat manusia sepanjang zaman.

3. Menjadikan segala kemudahan dan kecanggihan teknologi yang ada untuk membantu mempelajari, membaca dan menghayati al-Quran.

4. Meyakini bahawa membaca al-Quran akan dijanjikan oleh Allah SWT dengan pahala yang berganda-ganda.

“Dan kami turunkan al-Quran sesuatu yang boleh menyembuhkan penyakit (hati) dan menjadi rahmat kepada orang-orang yang beriman dan alQuran itu tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua”. (Surah al-Isra’: 82)

barakallah_khutbah.jpg

Khutbah Jumaat: “Ramadan: Bulan Menjana Taqwa"

Petikan Khutbah Jumaat:  (10 Jun 2016 / 5 Ramadan 1437) JAKIM

“Ramadan: Bulan Menjana Taqwa"

jakim.jpgAlhamdulillah kita bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberi kita peluang untuk menemui bulan yang agung ini iaitu bulan Ramadan. Bulan yang diberkati akan segala amal kebajikan, memperoleh rahmat dan kasih sayang, serta pengukuh ikatan persaudaraan yang dianugerahkan Allah SWT kepada golongan yang hatinya penuh keimanan.

Di bulan ini, Allah SWT mewajibkan umatnya berpuasa pada waktu siangnya dan sunat pula menghidupkan malamnya. Ini sejajar dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 183: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Ramadan adalah anugerah Rabbaniah dan nikmat Ilahi yang sangat agung buat menghiburkan hati orang beriman dan membahagiakan jiwa orang bertakwa. Oleh itu, Allah SWT memberi keistimewaan yang khas berbanding bulan-bulan yang lain sehinggakan setiap detiknya amat berharga.

Paling bermakna, Allah SWT juga menyediakan pelbagai pemberian berharga berupa pahala dan keampunan sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA iaitu:
Mafhumnya: “Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap balasan daripada Allah, akan diampuni dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang menghidupkan malam Al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap balasan daripada Allah, akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (Muttafaqun ‘Alaih)

Setiap kali Ramadan menjelang, baginda SAW selalu menggembirakan para sahabat dengan kata-kata motivasi agar mereka lebih bersedia menyambutnya dengan penuh ketaatan dan merebut peluang yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Ibnu Khuzaimah meriwayatkan iaitu:
Mafhumnya: "Daripada Salman Al-Farisi RA berkata: Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbah di hari akhir bulan Sya’ban, sabda baginda: Wahai manusia! Telah menaungi kamu bulan yang agung, bulan yang diberkati, bulan yang terdapat padaya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, Allah mewajibkan berpuasa di dalamnya, sunat menghidupkan malamnya, sesiapa yang menghampirinya dengan amal kebaikan seolah-olah (pahalanya) seperti pahala fardhu, sesiapa yang mengerjakan amalan fardhu seolah-olah (pahalanya) seperti pahala 70 amalan fardhu, Ramadan bulan kesabaran dan pahala sabar adalah syurga ….."

Sebagai mensyukuri kedatangan bulan penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama mempersiapkan diri untuk meraih segala anugerah yang disediakan. Antara persiapan yang perlu di ambil perhatian bagi menyambut ketibaan Ramadan al-Mubarak iaitu:

Pertama, sedia bertaubat dan kembali kepada Allah SWT. Islam memperuntukkan satu amal soleh yang boleh menghapuskan segala dosa yang dilakukan iaitu taubat sebagai mengimbangi kelemahan manusia. Berasaskan sifat Allah SWT yang al-Tawwab (Maha Penerima Taubat) dan al-Ghafur (Maha Pengampun), sudah pasti Allah tidak akan membiarkan kelemahan hamba-Nya begitu sahaja. Sebagai orang yang beriman kita dituntut agar sentiasa memohon keampunan Allah di atas segala dosa yang telah kita lakukan samada dosa kecil mahupun dosa besar. Usahlah kita tergolong dalam kalangan orang yang suka menangguh-nangguhkan taubat kerana itu menunjukkan keangkuhan dan kesombongan kita dengan Allah SWT.

Kedua, segera mengerjakan amal kebaikan. Bersegera melakukan kebaikan adalah satu suruhan Allah SWT dan sikap terpuji orang yang beriman. Amalan ini akan menjauhkan kita daripada kerugian dan meningkatkan izzah (kemuliaan) di sisi Allah SWT. Kesannya, kita berasa seronok dan bersemangat dalam mengerjakan amalan-amalan fardhu dan sunat sepanjang masa.

Ketiga, rebut peluang memperoleh rahmat Allah SWT.
Rahmat ialah belas kasihan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dikehendaki-Nya. Setiap orang Islam mestilah berusaha untuk mendapatkan rahmat Allah SWT dengan memperkasa keimanan, melakukan transformasi diri dan bermujahadah di jalan yang diredhai oleh-Nya.

Keempat, menjauhi segala perkara yang menyebabkan amalan tidak di terima. Untuk memperoleh kehidupan yang diredhai Allah SWT, maka kita hendaklah sentiasa melakukan segala perkara kebaikan, bermanfaat dan diterima oleh Allah SWT. Allah tidak meletakkan banyaknya amal sebagai prasyarat untuk diterima. Sekali pun amal itu sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas, ia tetap tinggi di sisi Allah SWT.

Dan kelima, meneguhkan tali persaudaraan dalam kalangan masyarakat. Ajaran Islam menuntut umatnya agar sentiasa bersatu padu dan menzahirkan solidariti tanpa berbelah bahagi. Konsep persaudaraan yang berteraskan ikatan rabbani menjadi asas dan instrumen yang efektif kepada perpaduan seluruh umat Islam. Sekiranya kita dapat menghayati konsep persaudaraan ini, nescaya akan lahir sebuah peradaban manusia yang unggul.


Mimbar menyeru sidang Jumaat sekalian, marilah kita bersama-sama merebut peluang yang ada dan memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya. Tingkatkan tumpuan dan kekuatan diri untuk beribadah kepada Allah SWT sebanyak-banyaknya dengan berzikir, membaca Al-Qur’an, mengerjakan solat-solat sunat dan seumpamanya terutamanya solat sunat Tarawih dan witir yang amat dituntut dan afdhal dilakukan secara berjemaah.

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:

Pertama: Bulan Ramadan adalah tetamu agung yang wajib dimuliakan oleh setiap umat Islam dengan bersungguh-sungguh menjayakannya dengan amalan-amalan ketaatan.
Kedua: Berlumba-lumbalah dalam melaksanakan ibadah di sepanjang bulan Ramadan, kerana setiap amalan yang dilakukan akan dilipatgandakan ganjarannya di bulan ini.
Ketiga: Jadikanlah Ramadan kali ini adalah yang terbaik buat diri, jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa kita memperolehi keampunan dari sisi Allah SWT.

Maksudnya:Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran: 133)

Friday Sermon Text: An Opportunity To Multiply Rewards

Friday Sermon 10 June 2016AD / 5 Ramadhan 1437H JAWI

Text An Opportunity To Multiply Rewards

Conviction is among the many great graces of Allah SWT. Lucky indeed for those servants who have conviction in Allah SWT, for He shall provide various forms of blessings and mercies from avenues which they were initially unaware of.

Even more exciting, Allah SWT shall provide ways on how to resolve problems and difficulties currently faced. Therefore, let us together strive to increase the level of our conviction in Allah SWT by obeying His commands and by staying away from all that He has warned us against, while at the same time being steadfast in performing our deeds in His name.

May we be bestowed with life’s blessings and prominent standing in the estimation of Allah SWT. Ramadhan is the best chance for us to reinvigorate the attributes of conviction within us. The main objective of Ramadhan as put forth by Allah SWT is to shape a person with conviction.

Allah SWT stated in Surah Al-Baqarah, verse 183, which was read out at the beginning of this sermon, with the following meanings: “O, you who believe! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, that you may (learn) self-restraint.”

For the faithful, they shall take the opportunity in this month that is filled with many blessings to reinvigorate the faith and conviction within them. For those who are sinful, Ramadhan is just something for them to pass their time away. For them, there is no difference between Ramadhan and the other months.

Our encounter with Ramadhan is not an ordinary meeting, but a meeting which enables us to multiply our rewards and to strive harder than the normal months. Allah SWT requires all His servants to fill the month with acts that prove our obedience and would bring us closer to Him. The rewards are indeed huge.

In a hadith narrated by Imam Muslim Rahimahullah, as reported by Abu Hurairah RA: ُ َأ ْمثَالِهَا ِإلَى َسبْعمِائَة ِضعْ ٍف. عََّزّ وَجََّّل عَشْر ُ ف ا ْلحَسَنَة ُ َضاعَ ُ ُُّل عَمَ ِل ابِْن آدَمَ ي ُ ك قَا َل الل : ِإَّلّا َّّه لِي وََأنَا َأ ْجزِي بِهِ ُ عِنْدَ فِطْرِهِ . َّنّه ٌ مِ ْن َأجْلِي. لِل َّّصاِئِم فَرْ َحتَا ِن فَرْحَة ُ وَ َطعَامَه ُ شَهْوَتَه ُ ال َّّصوْمَ فَِإ ، يَدَع رَبِّهِ عِنْدَ لِقَاء ، الْمِْس ِك ِ ٌ وَفَرْحَة ِ ب عِنْدَ الل . )رواه مسلم( َّّهِ مِ ْن رِيح ف فِيهِ َأ ْطيَ ُ ُ و ُُ وَلَخل Which means: “Each good deed of the sons of Adam shall be multiplied, one good deed with 10 until 700 times. Allah SWT declared: except for fasting, indeed fasting is for Me, and I shall provide the rewards (without limit). They avoid their wanton desires and nourishment because of Me. For those who fast there are two pleasures, the first pleasure is when they break their fast and the second pleasure is when they meet their Lord. And the smell of the mouths of those who fast are, in the estimation of Allah SWT, sweeter smelling than musk.”

Among the best course of action when fasting is to delay the sahur and to hasten the breaking of fast. While the optional solat, such as solat tarawih, are to be performed at the mosques and not at the surau. Not only would the rewards be able to be multiplied, but it may also strengthen the unity and solidarity among Muslims. The same also goes with other optional deeds such as the reading of the Al-Quran, giving charity, performing zikir and so on.

In a hadith narrated by Imam Al-Bukhari Rahimahullah, Abu Hurairah RA reported that Rasulullah SAW had said: ًا ًا وَاحْتِسَاب مَا تَقََّّدمَ مِ ْن ذَنْبِهِ، وَمَ ْن قَامَ لَيْلَةَ الْقَ ْدرِ ِإيمَان ُ فِرَ لَه ُ ًا غ ًا وَاحْتِسَاب مَ ْن َصامَ رَمَ َضانَ ِإيمَان مَا تَقََّّدمَ مِ ْن ذَنْبِهِ. )رواه البخاري( ُ فِرَلَه ُ غ Which means: “Whoever fasts during the month of Ramadhan with utmost faith and sincerity, his sins in the past shall be forgiven; and whoever enlivens the night of Lailatul Qadr with utmost faith and sincerity, then all his past sins shall be forgiven.”

The opportunity afforded by Allah SWT must be utilised as best as possible. Take care not to commit anything that may invalidate such a spectacular offer. Among the matters that should be given attention to are:

First: To better understand and to be consistent with all acts of worship Strive to better understand and to be consistent with all acts of worship performed. Understanding is a form of agreement that ties us to perform something. While being consistent is the attribute of being obedient and being steadfast and unchanging. These are two different things which are really beautiful if they can be combined

In a hadith narrated by Imam AlBukhari RA, from a report by Saiyidatina Aishah R.Anha who said: وََأيْقَ َظ َأهْ ُ وََأ ْحيَا لَيْلَه ُ ُ َشَّّد مِئْزَرَه عَلَيْهِ وَ َسَّلّمَ ِإذَا دَخَ َل الْعَشْر ُ َّّه يّ َصلَّّى الل ُ كَانَ الَّنّبِ ل َه ُ . )رواه البخاري( Which means: Indeed the Prophet Muhammad SAW, when coming to the last ten days of Ramadan, he would increase his acts of worship, enliven the nights and wake up his family members.

Second: Preserving our self from deeds that may negate our rewards Strive to ensure that we shall not do anything which could deny us the rewards for our fast.

This is based on the hadith of Rasulullah SAW, which was narrated by Imam Al-Bukhari Rahimahullah from a report by Abu Hurairah RA: ُ وَشَرَابَه ُ فِي َأ ْن يَدَعَ َطعَامَه ٌ َّّهِ حَاجَة ل زّورِ وَالْعَمَ َل بِهِ فَلَيْ َس ل . )رواه البخاري( ِ ُ مَ ْن لَْم يَدَ ْع قَوْ َل ال Which means: “Whoever does not forsake an untrue word and action, and he performs (the action), surely Allah shall not hesitate to forsake his food and drinks.”

Third: Fasting but not performing solat Ramadhan, which brings us one thousand and one (1,001) benefits, should be taken advantage of, by not leaving out anything that we are obligated to perform. Sad indeed for those who fast but do not perform their obligatory five times daily solat. Surely those who are guilty of that would be blocked from getting the blessings and the benefits on offer during Ramadhan.

Remember, each Pillar of Islam has a connection with one another and complement one another. If the second Pillar of Islam, namely solat, is not performed, then surely the pillars shall fall.

To end the sermon today, the mimbar would like to invite members of the congregation to ponder upon the following, as guidance for us all:

First: Ramadhan is the opportunity for us to reinvigorate the conviction within us. The main objective of Ramadhan as recommended by Allah SWT is to create a person with conviction

Second: Grab this golden opportunity to fill Ramadhan with as many acts of worship as possible, as suggested by Rasulullah SAW, such as performing solat tarawih, reading the Al-Quran, zikir, giving donations and other good deeds.

Third: Safeguard our fast through deeper understanding and being consistent in every act of worship that we do, and protect ourselves from acts that may cancel the rewards received from our acts of worship.

Allah SWT declared in Surah An-Nahl, verse 97:  Which means: “Whoever works righteousness, man or woman, and has Faith, verily, to him will We give a new Life, a life that is good and pure and We will bestow on such their reward according to the best of their actions.”

Puasa asah minda, cegah risiko penyakit

BEBERAPA perubahan fisiologi berlaku kepada tubuh badan sewaktu berpuasa. Antaranya, penggunaan tenaga badan banyak guna karbohidrat dalam badan melalui sumber makanan diambil sewaktu sahur.

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50 peratus daripada pengambilan tenaga yang diperlukan tubuh manusia.

Sekiranya jumlah karbohidrat ini tidak mencukupi, kita akan mula rasa kepenatan, terutama menjelang waktu tengah hari.

Dalam keadaan sebegini, badan juga mampu guna sumber tenaga lain, iaitu lemak. Sumber lemak berada dalam simpanan di hati atau di bahagian otot yang lain.


Penggunaan sumber tenaga ini adalah penting kerana sepanjang tempoh puasa pada siang hari, kita tidak ambil sebarang makanan atau minuman kecuali sewaktu sahur.

Puasa juga memberi kesempatan bagi sistem pencernaan untuk beristirahat.

Secara umumnya, sistem pencernaan manusia ini perlu tujuh hingga lapan jam untuk memproses makanan yang dimakan.

Sebaliknya, dalam keadaan tidak puasa, sistem pencernaan seseorang akan bekerja terus menerus tanpa henti.

Buktinya, kita akan rasa letih sekiranya makanan yang diambil itu lebih daripada hadnya. Untuk pencernaan berlaku tenaga diperlukan. Lebih banyak makanan atau minuman diambil, lebih lama masa dan lebih tenaga diperlukan supaya pencernaan sempurna dan berlaku serapan nutrien tertentu ke dalam sistem tubuh.

Konsep pencegahan

Puasa sebenarnya dapat menghindarkan beberapa penyakit dan mengurangkan risiko menghidapinya, bertepatan dengan konsep amalan baik untuk semua individu iaitu 'pencegahan lebih baik daripada merawat'.

Penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease) antaranya ialah hipertensi, diabetes, hiperkolesterolemia, penyakit jantung dan lain-lain lagi sangat berkaitan dengan makanan yang diambil.

Obesiti juga sering dikaitkan dengan amalan pengambilan makanan tidak seimbang.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan 2010, lebih 60 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mempunyai 'Body-Mass-Index' (BMI) melebihi 25.

Tahap ini bermaksud lebihan berat badan. Obesiti dan lebihan berat badan meningkatkan risiko menghidapi penyakit.

Penyakit juga berpunca daripada apa yang kita makan. Nabi SAW bersabda: "Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" (Hadis riwayat Muslim).

Puasa juga beri peluang kepada kita untuk menjaga dan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Malangnya, apabila tiba bulan Ramadan, kita sering berbelanja lebih dan membeli makanan sesuka hati untuk jamuan berbuka.

Kita seolah-olah terlupa puasa itu mendidik kita untuk kawal hawa nafsu makan dan minum. Makanan dan minuman sepatutnya bersesuaian dan tidak perlu diambil dengan berlebihan.

Ketidakseimbangan pengambilan makanan inilah boleh mengundang penyakit dan kemudaratan.

Benarlah firman Allah bermaksud: "Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan" (Surah al-A'raf:31).

Ramadan juga peluang terbaik kepada perokok untuk mengurangkan atau berhenti terus daripada amalan membazir dan membahayakan kesihatan.

Fakta ilmiah dan bukti sains sudah terlalu banyak dan kempen berhenti merokok dan vape sudah lama dijalankan. Namun, keberkesanannya tidak optimum.

Justeru, objektif puasa dengan menahan lapar, dahaga serta mengelakkan perkara yang membatalkan puasa itu sangat sesuai untuk 'bunuh' nafsu merokok yang saban hari dikaitkan dengan komplikasi kesihatan serius.

Atas penjelasan ilmiah ini, puasa boleh dijadikan satu bentuk intervensi penyakit yang penting. Amalan puasa ini boleh terus dilakukan juga di luar Ramadan.

Puasa mengasah minda

Islam sangat menitikberatkan pembangunan minda dan kecemerlangan intelektual umatnya. Justeru, antara tujuan (Maqasid al-Syariah) disyariatkan puasa di dalam Islam ialah untuk menjadikan orang berpuasa mempunyai sifat takwa.

Sifat takwa ini membawa maksud memelihara diri daripada seksaan Allah dengan mengikuti segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, dan tidak cukup diertikan dengan takut sahaja.

Semua perintah Allah yang disyariatkan pastinya mempunyai faedah dan manfaat, begitu juga dengan segala larangan-Nya yang pasti ada kemudaratan.

Puasa juga beri impak yang sangat baik daripada aspek pembangunan dan keberkesanan berfikir seseorang individu.

Galakan baca al-Quran pada Ramadan dan memikirkan maksudnya serta aplikasi dalam kehidupan adalah satu bentuk latihan meningkatkan keimanan, kerohanian serta melatih pemikiran ke tahap tinggi.

Seorang Muslim yang sentiasa memikirkan penciptaan Tuhan, akan sering merasa 'izzah' kerana keunikan penciptaan dunia dan seisinya itu melangkaui pemikiran normal manusia.

Al-Quran sebagai hidayah dan mukjizat kepada Nabi, menjadi panduan serta sandaran yang mampu membimbing umatnya ke jalan yang benar.

Umat Islam juga perlu didedahkan dengan pelbagai cerita, pengajaran umat terdahulu, nasihat, motivasi kehidupan dan amaran dalam ayat al-Quran kerana semua ini satu bentuk 'meditasi' minda dan boleh meningkatkan intelektual seseorang.

Beberapa bukti sains mengaitkan puasa boleh beri kesan baik ke atas fungsi otak. Ini termasuk meningkatkan fungsi kognitif, meningkatkan rentan stres and mengurangkan inflamasi.

Fungsi kognitif ini sangat berkait rapat dengan kemampuan belajar ilmu baharu, perkembangan percakapan serta kaedah berfikir.

Banyak penemuan saintifik lain antara puasa dan fungsi otak ini telah diterjemahkan ke jurnal sains, dan juga beberapa laman web dijadikan rujukan seperti 'Fasting Center International' (FCI).

Kita tidak dapat nafikan penjelasan ilmu sains sangat sinonim dengan kebaikan puasa. Selamat berpuasa kepada semua Muslim. Semoga kita dirahmati, diberkati dan dikurniakan sifat takwa.

Ramadan ringankan azab kubur

KEDATANGAN Ramadan memang dinantikan oleh Rasulullah SAW dan sahabat, kerana ia adalah hadiah paling istimewa daripada Allah SWT kepada umat Baginda.

Ini antara cara Allah SWT menunjukkan rasa sayang kepada kita. Sebelum diutuskan Nabi Muhammad SAW, umat manusia hanya masyhur dengan bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam.

Allah SWT mula menonjolkan Ramadan kepada umat Muhammad kerana usia mereka yang tidak panjang iaitu antara 60 sehingga 70 tahun.

Kasih sayang Allah SWT kepada manusia masih hidup kerana ketika Ramadan ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam lailatulqadar yang menjadi rebutan orang Mukmin.

Perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dalam slot Mau'izati di IKIMfm setiap Khamis, jam 5.15 petang menjelaskan, Allah SWT juga memberi kelebihan kepada mereka yang meninggal dunia kerana dikurniakan kenikmatan luar biasa iaitu diringankan azab kubur pada Ramadan kecuali mereka yang kufur kepada-Nya.


ALLAH SWT memberi kelebihan kepada mereka yang meninggal dunia kerana dikurniakan kenikmatan luar biasa iaitu diringankan azab kubur pada Ramadan kecuali mereka yang kufur kepada-Nya. - Foto hiasan

Sehinggalah saat kedengaran takbir pada malam hari raya pertama, mereka akan menangis teresak-esak dan menyebut: "Alangkah untungnya kamu yang masih hidup kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk beribadah, manakala kami sudah tidak ada lagi peluang sebegitu rupa."

Manfaat malam lailatulqadar

Mereka yang berpeluang beribadah pada malam lailatulqadar, pahala dikurniakan menyamai ibadah selama 70 tahun.

Rasulullah SAW sering kali berdoa: "Ya Allah panjangkanlah umurku supaya aku berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadan."

Ada beberapa persiapan perlu dilakukan menghadapi Ramadan, pertama ialah memasuki bulan ini dengan ilmu.

Menurut ulama, ilmu itu disusun sejak bulan Rejab apabila Allah SWT meminta kita menguatkan keyakinan melalui peristiwa Israk dan Mikraj.

Memahami Israk dan Mikraj penting kerana hidup kita sering diuji oleh Allah SWT yang ada kala menyebabkan kita hampir berputus asa serta mula menyalahkan takdir. Tidak ada orang beriman yang tidak diuji oleh Allah SWT.

Firman-Nya yang bermaksud: "Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya mengenai orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut, ayat 1-3)

Kepentingan ilmu

Ilmu penting supaya kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang berpuasa ketika Ramadan tetapi masih melakukan perkara mungkar seperti mendedahkan aurat, meninggalkan solat, mengumpat serta melakukan maksiat.

Begitu juga peristiwa pertukaran kiblat ketika Syaaban disebabkan Rasulullah SAW sedih apabila diejek oleh orang Yahudi kerana bersolat ke arah kiblat yang sama dengan mereka.

Lalu Baginda berdoa kepada Allah SWT memohon arah kiblat ditukar, setahun kemudian Allah SWT memerintahkan kiblat ditukar ke arah Masjidilharam.

Peristiwa itu mengajar kita supaya tidak berputus asa terus berdoa dan sentiasa mengharap kepada Allah SWT terutama ketika Ramadan.

Persediaan kedua yang harus dilakukan menghadapi Ramadan ialah perlu ada perasaan sangat menginginkan atau mendambakan hadirnya bulan mulia ini kerana itu tanda orang Mukmin.

Perasaan itu mendorong kita membuat persiapan sebaik mungkin dan bersyukur dipertemukan dengan Ramadan.

Seterusnya, mengetahui apa yang Allah SWT sediakan ketika Ramadan untuk hamba-Nya dan tentukan matlamat ingin dicapai pada bulan ini.

Ulama menjelaskan, Allah SWT menjadikan Ramadan dengan ribuan matlamat supaya kita ditetapkan dalam kalangan mereka yang bertakwa.

Pamer sikap riak di laman sosial

ALHAMDULILLAH, hampir seminggu kita berpuasa. Seperti yang kita maklum, pada bulan Ramadan inilah umat Islam berlumba-lumba ingin melakukan ibadah bagi berasai nikmat yang dilimpahkan sepanjang bulan ini, seperti bersedekah, bertadarus al-Quran, solat sunat tarawih di masjid dan banyak lagi.

Pelbagai ragam manusia kita dapat lihat sepanjang bulan mulia ini, terutamanya di laman sosial. Tanpa disedari, setiap apa yang kita paparkan atau kongsikan dengan rakan dalam talian, akan timbul sedikit rasa riak dalam hati kita, terutamanya aktiviti kita sepanjang bulan Ramadan ini.

Contohnya, muat naik gambar bersolat tarawih 20 rakaat di masjid atau lebih dahsyat memuat video yang membuktikan yang dia sedang bersolat tarawih, lalu dimuatkan di laman sosial.



Keikhlasan yang terbit di awalnya telah bertukar dengan sifat mazmumah, seharusnya ibadah dilakukan secara bersembunyi tanpa menyebarkan kepada umum perihal amalan kita, supaya ibadah yang dilakukan tidak sia-sia.

Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya ALLAH mencintai hamba yang bertakwa, hamba yang berasa cukup dan yang suka mengasingkan diri." Mengasingkan diri bermaksud segala amalan yang dilakukan tidak ditunjukkan kepada orang lain (menunjuk-nunjuk).

GAMBAR JUADAH BERBUKA

Sesetengah daripada kita juga gemar memuat naik gambar juadah berbuka puasa, mungkin niat di hati mahu berkongsi hari ini makan besar atau juadah berbuka sangat lazat dan menyelerakan.

Tidakkah itu dilihat keterlaluan? Sedangkan Nabi SAW menggalakkan umatnya sentiasa bersederhana dalam semua hal, dan perlu merenung hikmah di sebalik ibadah puasa yang diperintahkan ALLAH.

Saban tahun kita berpuasa, renunglah hikmah kita di sebalik ibadat berpuasa itu.

Tidak berasa rugikah kita menahan dari lapar dan dahaga tapi fadilatnya tidak kita ambil dan praktik. Kita perlu mengenangkan bahawa terdapat insan yang tidak berkemampuan dalam hidup mereka yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, dengan kita yang sentiasa cukup makan pakai.

Oleh hal yang demikianlah, kita disarankan untuk berbuka puasa secara bersederhana, tanpa melakukan pembaziran, dan perbanyakan amalan bersedekah kepada fakir miskin agar amalan kita memberi kebaikan kepada insan yang memerlukan.

ALLAH SWT berfi rman dalam Surah Al-A'raaf ayat 31, di mana ALLAH menyuruh kita (Bani Adam) supaya berpakaian bersih dan kemas setiap kali ingin ke tempat ibadah iaitu mengerjakan solat, dan janganlah kita makan dan minum dengan melampau, kerana ALLAH tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Menyedari hakikat di atas, marilah kita bersama-sama menyucikan hati di bulan yang penuh barakah ini, lihat dan selidik kembali setiap amalan yang kita lakukan dengan hati yang ikhlas agar semua amalan kita di bulan Ramadan ini agar tidak sia-sia.

Kaya, miskin bukan ukuran iman

TERFIKIRKAH kita mengapa ALLAH SWT menjadikan golongan kaya dan miskin dalam dunia ini. Bukankah ALLAH Maha Kaya lagi Maha Adil?

ALLAH berfi rman: "Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya dan sesungguhnya ALLAH, Dialah jua Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." (Surah Al-Hajj: 64)

Persoalan yang timbul, jika benar ALLAH Maha Kaya mengapa ALLAH masih menjadikan golongan miskin hidup di dunia ini?

Apakah kita lupa setiap perkara yang terjadi itu juga adalah ujian ALLAH kepada umat manusia? Ketahuilah ujian ALLAH kepada manusia berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada dengan kemiskinan mahupun kekayaan.

Setiap ujian yang ALLAH berikan kepada kita itu adalah untuk menilai sejauh mana keimanan kita kepada-Nya.


Kaya atau miskin,semua itu ujian daripada-Nya.

UJIAN ALLAH

Nikmat kekayaan yang dikurniakan sebenarnya adalah ujian kepada kita (sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat dikurniakan atau kita lalai dengan kekayaan diberikan).

Kemiskinan bukanlah tanda kita terlepas daripada ujian ALLAH, sebaliknya kemiskinan juga adalah ujian ALLAH kepada kita sama ada kita bersabar atau mengeluh dengan ujian ALLAH berikan.

Kekayaan atau kemiskinan bukanlah ukuran keimanan kita kepada ALLAH.

Tetapi keimanan diukur melalui sikap kita kepada ALLAH sama ada bersyukur dengan hikmah kekayaan dikurniakan atau bersabar dengan ujian kemiskinan yang ALLAH berikan.

Kekayaan dan kemiskinan adalah hak ALLAH dan sesungguhnya ALLAH Maha Adil lagi Maha Bijaksana dalam perancangan-Nya kepada umat manusia.

ALLAH berfi rman dalam Surah Saba` ayat 36 dan 37 dan menjelaskan kekayaan dan kemiskinan bukanlah ukuran keimanan seseorang kepadaNya.

Beriman dan beramal soleh adalah ukuran keimanan kepada ALLAH. Setiap ujian diberikan pasti ada hikmah yang tidak kita ketahui.

ALLAH menjadikan adanya golongan kaya dan miskin adalah untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain. Setiap manusia di dunia ini memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing dan tiada manusia yang sempurna di sisi ALLAH.

UKURAN IMAN

Kepada mereka yang memiliki kekayaan, janganlah leka dengan segala nikmat kekayaan yang diberikan itu sehingga kita lupa untuk melakukan amal dengannya.

Rebutlah peluang yang ALLAH kurniakan kepada kita untuk membantu orang miskin.

Berkongsi kekayaan dengan orang miskin juga adalah salah satu cara perbuatan kita bersyukur dengan nikmat ALLAH. Ingatlah, janganlah berasa rugi dalam membantu orang miskin, kerana janji ALLAH itu pasti dan tiada ragu bagi-Nya.

Kepada mereka diberikan ujian kemiskinan, janganlah mengeluh dengan takdir ALLAH kerana itu tandanya ALLAH menguji sama ada kita bersabar atau tidak dengan dugaan-Nya. Ingatlah, setiap orang yang berusaha pasti akan mendapat kejayaan.

Janganlah kita sentiasa menyalahkan takdir ALLAH, sebaliknya salahkan diri sendiri yang malas berusaha dan suka mengharapkan bantuan orang lain.

Kaya bukan bermaksud mulia dan miskin bukan bermaksud hina. Keimanan bukanlah diukur dari kekayaan atau kemiskinan, akan tetapi dari perbuatan beriman dan beramal soleh kepada ALLAH.

Ingatlah! Iman tidak dapat diwarisi.

Firman-Nya: "ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebaikan) diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: 286)

Beri, prihatin pada yang memerlukan

TANGAN. Ada apa dengan tangan? Sekadar untuk makan, minum, menaip, memukul dan lain-lain sahajakah? Tidak, bahkan lebih daripada itu!

Pernahkah kita terfi kir dengan tangan, kita boleh menambah amal?

Sering kali kita mendengar ayat tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Sabda Rasulullah SAW: "Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tangan di atas adalah pemberi dan tangan di bawah adalah penerima." (Riwayat Muslim)

Sedarkah? kita mempunyai kuasa ke atas tangan kita untuk memberi jika mempunyai hati dan jiwa yang prihatin terhadap insan lain yang menderita? Dalam erti kata lain, jika kita mempunyai kesedaran yang tinggi untuk membantu insan lain yang memerlukan, kita akan lebih mudah untuk menghulurkan sumbangan atau bantuan bukan sahaja dengan wang ringgit, tetapi juga dengan tenaga dan doa.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh World Food Programme (WFP), sebanyak 795 juta penduduk dunia (setiap satu daripada 9 orang) tidak mempunyai makanan yang cukup untuk meneruskan kelangsungan hidup dan Asia mencatatkan angka tertinggi yang memiliki penduduk lapar.

Lebih menyedihkan, kekurangan zat makanan menyebabkan 3.1 juta kanak-kanak bawah 5 tahun meninggal dunia setiap tahun manakala satu daripada enam kanak-kanak di negara membangun dikategorikan sebagai kurang berat badan.

Usah disalahkan ibu bapa yang tidak bekerja kerana untuk sesetengah negara, apa lagi peluang yang mereka ada untuk mencari sesuap makanan?

Malawi misalnya, negara yang berada di bahagian selatan Afrika. Malawi disenaraikan sebagai negara termiskin di dunia pada tahun 2015 oleh Bank Dunia dengan pendapatan per kapita terendah di dunia iaitu tidak sampai US$ 300.

Sebagai negara termiskin di dunia, lebih dari setengah penduduk negara ini hidup di bawah garis kemiskinan dengan pendapatan kurang daripada US$ 1 per hari.

Ini hanyalah satu daripada krisis kemanusiaan yang berlaku berbanding pelbagai lagi krisis seperti isu peperangan, pendidikan, kesihatan dan lain-lain.

Barangkali kita tertanya-tanya, bagaimana boleh kita membantu mereka?

Ke mana harus sumbangan kita dihulurkan? Di sinilah kuasa tangan memainkan peranan. Kita boleh memilih untuk menyumbang atau mendiamkan diri sahaja membiarkan saudara kita kaku berdiri tanpa sebarang makanan dan perlindungan.

Di Malaysia, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul dana dan diserahkan kepada mereka yang memerlukan.

Antara NGO yang aktif sehingga ke peringkat antarabangsa ialah Islamic Relief (IR) yang diasaskan di United Kingdom pada tahun 1984. IR diiktiraf dengan status perundingan khas sejak tahun 1993 oleh Majlis Ekonomi & Sosial PBB (UNECOSOC).

Selama bertahun-tahun, IR telah mengembangkan mandatnya untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dalam pelbagai bidang termasuk bantuan kecemasan, pembangunan mampan sosial bersepadu (termasuk perubatan, pembangunan komuniti, pendidikan, kehidupan, tempat tinggal, psikososial) dan pengurangan risiko bencana.

Sehingga kini, IR berkhidmat di lebih 40 negara.

Islamic Relief Malaysia (IRM) pula dilancarkan penubuhannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2005, bertujuan meneruskan bantuan kemanusiaan IR di rantau Asia-Pasifi k. Kini, IRM berperanan sebagai pejabat penjanaan dana (bagi projek antarabangsa dan tempatan) dan pelaksana projek tempatan.

Jika kita tidak mampu untuk menyampaikan sendiri bantuan ke negara-negara seperti Syria, Palestin, Somalia, Bosnia & Herzegovina, Malawi dan lain-lain negara bergolak, mengapa tidak kita menghulurkan sumbangan melalui NGO seperti IRM? Fikir-fikirkan.