June 15th, 2016

Puasa untuk kesihatan, Kunyah lama kawal tabiat makan , Moreh dirai
 tradisi mulia

Moreh dirai
tradisi mulia

BOLEH
dikatakan, amalan moreh sudah menjadi satu tradisi wajib bagi umat Islam di Malaysia. Malah moreh antara aktiviti yang dinanti-nantikan selepas majlis berbuka puasa terutamanya di masjid dan surau.

Moreh adalah jamuan makan selepas solat sunat tarawih berjemaah pada bulan Ramadan. Kebiasaannya hidangan ringan seperti mi goreng, kuih-muih dan minuman dijamu kepada jemaah di perkarangan masjid atau surau.

Menariknya, amalan moreh suatu ketika dahulu menyaksikan penduduk setempat berkongsi makanan dari rumah atau potluck.



Sungai Besar 05 Jun 2016 - Calon Barisan Nasional Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi (kanan) menikmati jamuan moreh bersama jemaah selepas menunaikan solat sunat terawih di Masjid Nurul Hidayah, Parit 16, pada Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar, disini, hari ini. Gambar : Hafiz Johari / Pemberita : Team Utusan

Di kampung khususnya, pihak masjid atau surau menyediakan jadual khas yang menyenaraikan nama-nama ketua rumah di kawasan itu bersekali dengan tarikh juadah yang perlu mereka bawa ke masjid atau surau sebagai moreh.

Namun kini, sebahagian besar pengurusan masjid dan surau lebih selesa menggunakan khidmat katering lebih-lebih lagi banyak sumbangan wang diterima daripada orang ramai untuk menaja majlis moreh.

Seperti mana majlis berbuka puasa, moreh juga memberi kesempatan kepada mana-mana individu atau syarikat meraih fadilat besar menerusi sumbangan yang diberi.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa memberi makanan orang berpuasa, maka baginya pahala seperti diperoleh orang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang berpuasa itu sedikit pun juga.” - Riwayat Tirmidzi.

Satu aspek, moreh dilihat dapat ‘mengikat’ golongan muda dan anak-anak melakukan solat tarawih dan witir di masjid atau surau, dan hal itu sekali gus mengeratkan hubungan penduduk kampung daripada pelbagai peringkat usia.

Selain itu, amalan moreh juga dapat membantu golongan miskin dan tidak berkemampuan. Setidak-tidaknya juadah moreh berlebihan boleh dibawa bungkus untuk makan sahur, justeru tradisi moreh perlu diteruskan sampai bila-bila.

Kunyah lama kawal tabiat makan

PERUT adalah pusat kebanyakan penyakit dan ubat paling mujarab untuk menjaga kesihatan ialah mengawal tabiat makan. Dalam Islam, sunnah bagi kita untuk mengunyah makanan sebanyak 44 kali walaupun tiada dalil kuat mengenai amalan itu namun sejarah ada menyebut Rasulullah SAW mengunyah makanan banyak kali sehingga lumat.



TUNGKU (LAHAD DATU), 13 Mac -- Sarif Hamba, 6, dari Kampung Sungai Merah makan berhampiran tempat memasak di pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna Cenderawasih, dekat Felda Sahabat di sini, hari ini.-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA NOTA TERBITAN UTUSAN MALAYSIA KHAMIS14 MAC 2013MUKA 2***archived by KH

Sememangnya, mengunyah makanan sehingga lumat baik untuk sistem penghadaman dan hal itu dibuktikan dalam kajian moden bahawa kunyahan yang lebih lama dapat membantu menangani masalah kegemukan dan obesiti.

Pengkaji di China pula mendapati individu yang mengunyah makanan lebih lama berpotensi untuk menjadikan proses pencernaan beroperasi dengan baik berbanding individu mengunyah makanan 15 kali sebelum menelannya mengalami kadar pengambilan tenaga yang lebih rendah iaitu 11.9 peratus kurang untuk pengambilan makanan yang sama.

Selain itu, tempoh mengunyah makanan lebih lama juga membolehkan makanan bercampur air liur dengan lebih baik. Air liur bukan sahaja membantu untuk melicinkan makanan dan mengurangkan tekanan pada esofagus, tetapi ia juga mengandungi enzim yang menyumbang kepada proses penghadaman.

Kesimpulannya, mengunyah makanan terlalu cepat akan menghalang rembesan hormon yang penting untuk penghadaman bagi menimbulkan rasa kenyang.

Puasa untuk kesihatan

MASYARAKAT Barat mengakui amalan berpuasa selama dua hari seminggu dalam Islam dapat mengembalikan tahap kesihatan manusia ke tahap optimum. Kajian terbaharu Barat membuktikan amalan puasa sunat Isnin dan Khamis yang disyorkan Islam itu mampu memulihkan hormon-hormon dalam tubuh daripada toksid-toksid makanan yang kita ambil.



KUALA LUMPUR 11 Jun 2016 - Orang ramai berbuka puasa di program Iftar @ KL 2016 yang dianjurkan oleh Jabatan kebudayaan dan kesenian negara, kementerian Pelancongan Malaysia di Dataran Merdeka disini hari ini.Gambar: Mohd Shaharani SaibiPemberita: Rizam (Ren Kos)

Malah semasa bulan Ramadan, penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung akan mempunyai bacaan darah mereka yang terbaik menghampiri paras normal. Perkara itu berlaku kerana tahap penggunaan hormon insulin yang digunakan untuk memecahkan bahan makanan terutama karbohidrat kepada molekul tenaga di dalam badan rendah.

Insulin adalah hormon dalam badan terpenting yang mana selain memecahkan karbohidrat kepada tenaga iaitu glukosa serta pembentukan lemak (glikogen), ia juga berfungsi untuk mengawal dan memastikan hormon-hormon lain seperti hormon tiroid, DHEA, tumbesaran, glukagon dan lain-lain berada dalam kapasiti terbaik.

Ketika berpuasa, hormon insulin akan menjadi lebih aktif memperbaiki tahap hormon tiroid agar tindakan dalam badan seperti denyutan jantung lebih stabil dan tekanan darah menjadi lebih normal.

Begitu juga ketiadaan makanan, insulin akan mengarahkan hormon glukagon untuk memecahkan makanan dalam badan untuk ditukar menjadi tenaga. Tindakan ini akan menyebabkan lemak dalam badan berkurangan dan seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung.

Selain itu, insulin juga akan memastikan hormon tumbesaran ‘bertugas’ untuk mengekalkan kesihatan badan dan penghasilan tisu, melakukan proses rejuvanasi, menebalkan tisu kulit, menjadikan tulang kuat dan otot sempurna serta meningkatkan keupayaan seksual dan daya ketahanan semula jadi.

Insulin juga akan memastikan penghasilan hormon DHEA di buah pinggang. DHEA dirembes oleh kelenjar adrenal dan merupakan sejenis hormon steroid yang terlibat dalam penghasilan hormon seksual iaitu estrogen dan hormon testeron.

Antara fungsi DHEA ialah meningkatkan daya ketahanan dan mencegah jangkitan bakteria, mengekalkan fungsi hati dan organ-organ lain serta menjaga kestabilan dan keseimbangan tekanan darah dan paras hormon.

Bagi penghidap kencing manis, tahap gula menjadi normal ketika berpuasa. Ini disebabkan tahap gula dalam darah dalam keadaan optimum iaitu tidak rendah dan tidak juga tinggi.


JAKARTA, 21/7 - PASAR TAKJIL. Seorang pedagang melayani pembeli makanan dikawasan Pasar Takjil Bendungan Hilir, Jakarta, Sabtu (21/7). Pasar yang menyediakan berbagai macam jenis makanan dan minuman untuk berbuka puasa (takjil) tersebut digelar satu bulan penuh selama Ramadhan. FOTO ANTARA/Dian Dwi Saputra/nz/12MASAKAN tradisional Minangkabau, rendang,dipertandingkan pada Festival Rendang Padangdi Taman Budaya Sumatera Barat di Padang baru-baruini.NOTATERBITANKOSMO23 OKTOBER 2015JUMAATMUKA 24***archived by KY

Cara terbaik mengurangkan penggunaan hormon insulin ialah memperbanyakkan makanan protein dan lemak sihat kerana zat daripada sumber makanan itu dapat memulihkan sel badan kita yang keletihan akibat berpuasa. Makanan disarankan seperti telur, daging, ayam, santan serta sayur-sayuran hijau perlu diambil dalam kuantiti banyak.

Sementara itu, untuk mengekalkan tenaga di siang hari, kita digalakkan mengambil makanan berat seperti nasi lemak semasa bersahur. Dalam Forum Utusan Malaysia pada 20 April 2016, saya ada mendedahkan pengiktirafan majalah antarabangsa Time edisi Mac lalu yang menyenaraikan nasi lemak antara 10 sarapan antarabangsa yang sihat.

Sebenarnya, melebihkan pengambilan makanan ketika bersahur berbanding berbuka puasa bersesuaian dengan amalan Rasulullah SAW. Biarpun di bulan Ramadan, kita amat digalakkan meminum lapan gelas air sehari.

Saranan saya, untuk kembali sihat, anda patut memulakannya semasa bulan Ramadan. Jika ingin mengetahui tip pengambilan makanan yang sihat, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan cara betul dan berkesan.

-