June 16th, 2016

Al-Quran peneman setia Ramadan

Ramadan bulan yang diturunkan al-Quran, maka sebaik-baiknya kita menjadikan al-Quran sebagai teman dengan sentiasa membaca, serta menghayati isi terkandung dalam kitab suci yang juga mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW.

Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman menerusi segmen Ibrah di IKIMfm berkongsi kisah doa Nabi Ibrahim yang dimakbulkan Allah SWT pada malam al-Qadr dan kaitan secara langsung antara Nabi Ibrahim dengan Ramadan.

Beliau memetik firman Allah SWT yang bermaksud: "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.



Muliakan Ramadan dengan membaca al-Quran supaya mendapat keberkatan. - Foto hiasan
Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu." (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Allah SWT menghadirkan kisah Ramadan selepas mengisahkan mengenai perjuangan Nabi Muhammad SAW menghadapi kerenah cucu-cicit Bani Israel daripada zaman Nabi Musa.

Di sebalik ayat mengenai Ramadan, terdapat 184 ayat lain berkaitan kefarduan puasa iaitu apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW sama dengan yang dibawa oleh Nabi Ibrahim.

Jika diperhatikan struktur Ramadan dalam surah al-Baqarah, Allah SWT menjelaskan mengenai kefarduan berpuasa diikuti bulan Ramadan dan turunnya al-Quran pada bulan mulia itu.

Matlamat insan bertakwa

Matlamat setiap daripada kita adalah untuk menjadi insan bertakwa dan demi mencapai matlamat itu memerlukan kekuatan luaran serta dalaman.

Faktor luaran melatih diri menahan nafsu makan dan minum jika makanan ada di hadapan matanya. Allah SWT mahukan kita bertakwa dengan turut disertai faktor dalaman iaitu membina sistem pertahanan diri.

Takwa bukan semata-mata takut, tetapi lebih kepada membina sistem perlindungan diri supaya kita selamat daripada ancaman musuh.

Orang yang mengetahui ada musuh hadir selepas Ramadan, mereka akan menyediakan Ramadan sebagai benteng supaya bertakwa kepada Allah SWT.

Tidak semua orang akan mendapat ketakwaan, hanya yang benar-benar faham kenapa Ramadan datang bakal memperolehnya.

Al-Quran yang diturunkan ketika Ramadan mengajak kita membaca, memahami serta menghayati ajaran serta perintah di dalamnya supaya kita mengetahui seterusnya mencari tuhan yang menurunkan al-Quran.

Hikmah diturunkan al-Quran juga perlu dikaji melalui pembacaan kerana semua sudah diceritakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang ingin mengetahui dan mendapat manfaat daripada ilmu daripada al-Quran.

Menjadikan al-Quran sahabat melalui amalan bertadarus antara cara terbaik mencapai ketakwaan kerana puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi istiqamah melakukan amalan baik sepanjang Ramadan.

Keistimewaan diberi Allah SWT kepada hamba-Nya tidak sepatutnya dipersiakan dan doa orang yang berpuasa juga mustajab pada bulan barakah ini.

Doa Nabi Ibrahim kepada Allah SWT dirakamkan dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat (firman-Mu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Baqarah, ayat 129)

Doa Nabi Ibrahim dimakbulkan Allah SWT pada malam al-Qadr yang diturunkan al-Quran selepas Nabi Muhammad SAW menjadi Rasul. Doa Nabi Ibrahim akhirnya dimustajabkan oleh Allah SWT.

Kuasai ilmu, iman kawal emosi

Allah SWT mengurniakan hati dan rasa untuk merasai nikmat-Nya seperti nikmat iman, kemuliaan serta pengampunan Allah SWT yang memberi kekuatan dalam hati untuk terus memanfaatkan sepenuhnya dalam kehidupan.

Dalam Islam, soal emosi sangat penting bagi setiap individu kerana berkait rapat dengan perasaan. Oleh itu, Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam segmen Islam Itu Indah berkata, pengurusan emosi perlu diketahui supaya mampu mengurusnya dengan baik.

Beliau berkata. manusia yang berdosa perlu bertaubat dan syaratnya ialah rasa menyesal iaitu emosi yang memainkan peranan memberi garis panduan kepada umat Islam supaya takut serta patuh dengan larangan Allah SWT. "Rasa datang dari hati di mana terletaknya iman seseorang menandakan keyakinan kepada Allah SWT.

Begitu juga dengan takwa yang terletak dalam hati.

Sentiasa berzikir hati jadi tenang dan emosi stabil. - Foto hiasan


Rangkuman dari hati mendorong tindakan manusia mengikut apa yang dirasainya.

Hati akan jadi baik apabila selalu menyebut zikrullah," katanya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

Emosi juga akan mempengaruhi cara berfikir dan jika cara berfikir itu salah, maka tindakan akan menjadi salah.

Perbaiki diri

Oleh itu, jika umat Islam tidak berfikir dengan baik dan tidak merasai setiap kelebihan serta ganjaran yang Allah SWT berikan, semua itu akan dipinggirkan serta disia-siakan begitu sahaja.

Perkara itu ada kaitan dengan pencarian ilmu. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu." (Surah Fatir, ayat 28)

Umat Islam perlu melihat situasi yang tersendiri dan perlu memperbaiki diri. Ilmu yang ada bukan bermaksud seseorang itu berjaya dari segala aspek.

Contohnya, ada segelintir individu yang cemerlang dalam mata pelajaran, tetapi tidak melaksanakan solat. Hal ini menerangkan ilmu itu tidak semestinya mampu mengawal rasa dan emosi, tetapi hanya membangunkan fikiran. Berjaya dalam pelajaran tidak bermaksud akan berjaya dalam kehidupan.

Justeru, individu Muslim mestilah menguasai ilmu disamping mentaati perintah Allah untuk mencapai kebaikan. Tindakan itu dapat melahirkan seorang yang menjiwai ilmu dan terbit rasa yang baik dari hatinya.

Profesor Hamka berkata, 'hujung akal, pangkal agama' di mana manusia mencari-cari sesuatu adalah bermula dari agama.

Agama meletakkan kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan manusia itu pada tauhid dan iman seseorang. Jika iman dipelihara dengan baik, segala bentuk perbuatan tidak akan mempengaruhi emosi.

Umat Islam dituntut minta nasihat

Orang yang beriman akan sentiasa merujuk pada Allah SWT dan tindakannya mengikut syariat Islam serta mereka tidak berasa dukacita.

Bagi mereka yang tiada pegangan ini, setiap tindak balasnya akan menyebabkan berlaku perkara yang di luar kawalan akal fikiran.

Perasaan dendam dan marah akan menyelubungi hidupnya tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat dan sentiasa berpandukan kepada alim ulama untuk membentuk peribadinya.

Marah dan emosi yang tidak terkawal adalah sebahagian daripada sifat syaitan. Oleh itu, jauhi sifat marah dan berusaha memperbaiki diri dari semasa ke semasa supaya dapat meningkat keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Baca, dengar al-Quran 
bawa ketenangan

SEORANG penyelidik di sebuah klinik di Florida, Amerika Syarikat (AS), Dr. Al Qadhi dalam kajiannya berjaya membuktikan bahawa dengan mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran, seseorang itu akan dapat merasakan perubahan pada dirinya.

Perubahan itu melibatkan penurunan tekanan darah, kesedihan berkurangan dan memperoleh ketenangan jiwa. Kajian itu disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung dan regangan otot.


MENDENGAR bacaan ayat-ayat suci al-Quran boleh menenangkan fikiran dan menyembuhkan penyakit. GAMBAR HIASAN/AP

Hasil ujian itu, beliau membuat kesimpulan, bacaan ayat-ayat al-Quran mempunyai kesan besar sehingga 97 peratus untuk menenangkan fikiran dan menyembuhkan penyakit.

Kesimpulan itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kajian lain yang dilakukan oleh doktor berbeza. Misalnya, kajian oleh Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston, AS.

Terlibat dengan kajian itu adalah lima sukarelawan iaitu tiga lelaki dan dua wanita. Kelima-lima mereka tidak memahami bahasa Arab dan tidak diberitahu akan diperdengarkannya bacaan ayat-ayat al-Quran.

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali itu dibahagikan kepada dua sesi, iaitu diperdengarkan ayat-ayat al-Quran dan petikan dalam bahasa Arab yang bukan daripada kitab suci itu.

Hasilnya, sebanyak 65 peratus responden memaklumkan merasa tenang ketika mendengar bacaan al-Quran berbanding 35 peratus yang menyatakan mendapatkan ketenangan apabila dibacakan ayat-ayat yang bukan daripada kitab suci berkenaan.

Al-Quran juga dikatakan boleh memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi.

Menurut beberapa penyelidikan yang dijalankan sebelum ini, bayi berusia dua hari yang diperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran akan tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Utamakan prinsip bersandarkan dalil sahih , Roh tidak kembali ke dunia

Roh tidak kembali ke dunia


RAMADAN datang lagi. Kemuliaan dan kelebihannya dirasakan tidak perlu lagi dihuraikan kerana majoriti umat Islam arif tentangnya. Pasang surut ‘kemeriahannya’ secara asasnya terbahagi kepada tiga fasa - 10 hari pertama saf masjid dan surau meriah dengan jemaah, 10 hari kedua semakin berkurangan dan 10 hari terakhir yang tinggal hanya imam serta beberapa penunggu setia masjid sahaja.

Masuknya Ramadan, antara topik popular dalam laman sosial ialah tentang isu pulangnya roh untuk meninjau dan mengutip pahala daripada anak-anak serta saudara-mara mereka yang masih hidup.

Alam barzakh bermaksud pemisah antara  dua alam

TANGGAPAN mengenai 'percutian' roh pada Ramadan bukannya daripada ajaran Islam tetapi ia merupakan elemen daripada agama lain. - GAMBAR HIASAN

Maka ramailah yang akan berkongsi maklumat ini tanpa terlebih dahulu memperinci kesahihannya. Alasan lazim yang diberikan, “aku dengar ada ustaz kata begitu. Guru agama aku pun cakap benda sama...,”.

Perlu diperbetul bahawa kesahihan mengenai isu agama bukannya berdasarkan kepada nama individu tetapi wajib bersandarkan kepada sumber asal agama iaitu al-Quran, sunnah yang sahih, ijmak dan kias.


Fokus kali ini merupakan hasil susunan jawapan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri dan beberapa tokoh agama lain mengenai isu pulangnya roh orang mati.

HAKIKAT ROH


Sebenarnya pengetahuan manusia mengenai roh terlalu sedikit. Firman Allah, “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu daripada perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja,” (al-Isra’: 85)

Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di Rahimahullah di dalam tafsirnya, Taysir al-Karim al-Rahman: ayat itu menunjukkan tentang kelemahan manusia iaitu dalam sesetengah perkara mereka tidak mampu untuk mencapai dan mengetahuinya. Disebabkan itu, Allah memerintahkan Nabi Muhammad SAW agar menjawab persoalan mengenai roh ini dengan menyerahkan urusannya kepada Allah.



Baling 30 Okt 2010- susulan maut. JENAZAH mangsa dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan Islam Kg Baru, Mukim Siong Baling semalam gambar: Azman Md Noor

Mereka yang meninggal dunia, roh mereka tidak mungkin kembali semula ke dunia, sama ada untuk menziarahi ahli keluarga atau membalas dendam.

Antara dalil-dalil:

1. “Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).” (al-Mu’minuun: 100)

l Imam Ibn Jarir al-Tabari menukilkan riwayat Mujahid Rahimahullah (tabiin dan juga anak murid kepada Ibn Abbas r.a.) bahawa barzakh di dalam ayat itu ialah hijab (seperti tembok penghalang) antara orang yang telah mati untuk pulang ke dunia.

2. “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa daripada badannya, jiwa orang yang sampai ajal semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajal yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” (al-Zumaar: 42)

l Ayat di atas menunjukkan bahawa roh orang mati tidak akan kembali, bahkan Allah yang berkuasa menahannya daripada kembali ke dunia. Ini seperti riwayat daripada Sa’id bin Jubair Rahimahullah (tabiin dan juga anak murid kepada Ibn Abbas r.a.) yang mengatakan bahawa telah dikumpulkan antara roh-roh orang yang hidup dan mati (di dalam mimpi) kemudian Allah menahan roh orang mati dan melepaskan roh orang yang hidup kepada jasadnya semula.



BERDASARKAN dalil naqli, roh orang mati tidak mungkin kembali semula ke dunia, sama ada untuk menziarahi ahli keluarga atau membalas dendam. - GAMBAR HIASAN

3. Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad di dalam musnadnya daripada Jabir r.a.:


“Telah berkata kepadaku Rasulullah SAW: Wahai Jabir! Adakah kamu tidak mengetahui bahawa Allah SWT telah menghidupkan ayahmu dan berfirman kepadanya: “Mohonlah kepada-Ku”. Lantas ayahmu berkata: “Kembalikanlah diriku ke dunia hingga aku terbunuh (dalam jihad fi sabilillah) sekali lagi. Maka Allah berfirman: “Aku telah memutuskan bahawa mereka (yang telah mati) tidak akan kembali lagi ke dunia.”


KESIMPULAN

Berdasarkan kepada nas dan pendapat para ulama, kami (Irsyad al-Fatwa) nyatakan bahawa roh tidak mampu untuk pulang ke dunia kerana ia berada di satu alam yang dinamakan barzakh.

Nas yang sahih lagi jelas seperti yang terdapat pada hadis Jabir r.a menjadi pemutus dan penghukum di samping tafsiran para mufassirin mengenai ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dalam isu ini, yang mana menunjukkan bahawa roh tidak dapat kembali ke dunia.



AMALAN menyalakan pelita dan lampu pada penghujung Ramadan antara lain bertujuan mengimarahkan bulan mulia itu dengan ibadat, namun terdapat juga segelintir yang mengaitkannya dengan simbolik menunggu kepulangan roh. - GAMBAR HIASAN

KEBIASAANNYA pada zaman dahulu menjelang penghujung Ramadan, kebanyakan rumah di kampung mula dihias dengan pelita minyak tanah, terutamanya di sepanjang jalan masuk ke kawasan halaman rumah.

Selain bagi menimbulkan suasana menjelang Aidilfitri, dikatakan bahawa tradisi itu kononnya bertujuan meraikan kepulangan roh-roh keluarga untuk melihat waris-waris yang ditinggalkan. Roh yang baik peluangnya amat tinggi untuk dibenarkan ‘turun’ ke dunia, manakala bagi yang kurang amalannya hanya mampu ‘menggigit jari’.

Kononnya apabila roh pulang, perkara pertama yang bakal dilakukan ialah kembali ke kubur untuk melihat jasad mereka sebelum meneruskan perjalanan ke rumah pusaka, anak-anak dan rumah orang yang selalu mendoakan mereka.

Roh ini akan kembali ke Luh Mahfuz pada malam 1 Syawal bersama ‘poket’ yang sarat dengan amalan-amalan yang disedekahkan oleh waris-warisnya.

Sementara itu, Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam yang juga pengasas Pusat Rawatan Islam Darussyifa, Datuk Dr. Haron Din turut mengulas mengenai isu ini.

Antara penjelasan beliau:

l Orang meninggal dunia bermaksud rohnya berpindah ke alam baqa’ yang bermula dari kubur.


ANAK soleh yang selalu mendoakan kedua ibu bapa yang meninggal dunia mampu memanfaatkan mereka di alam barzakh. - GAMBAR HIASAN

- Hadis Nabi SAW menyebut (yang bermaksud), “Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia,”

l Barzakh bermaksud pemisah atau penghalang seumpama sebuah tembok kukuh yang memisahkan di antara dua alam.

- “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.” (Surah az-Zumar, ayat 42)

l Banyak ayat al-Quran dan Hadis yang menunjukkan bahawa roh si mati berada dalam suatu kepungan barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Alam barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

l Logiknya, jika roh boleh kembali ke dunia, melakukan pelbagai perkara, sudah tentu orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Haron Din mengakui terdapat tanggapan segelintir bahawa roh kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad tertentu. Berdasarkan kepada pengalamannya, ada yang mendakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya serta mampu mengubat orang melalui ilmu yang diperoleh daripada orang telah mati.

Jawapan ini boleh dirujuk melalui:

www.muftiwp.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan-s/irsyad-fatwa/945-irsyad-al-fatwa-ke-112-bolehkah-roh-orang-yang-telah-mati-kembali-ke-dunia

www.darussyifa.org/SJ001.php.

KEBIASAANNYA pada zaman dahulu menjelang penghujung Ramadan, kebanyakan rumah di kampung mula dihias dengan pelita minyak tanah, terutama di sepanjang jalan masuk ke kawasan halaman rumah.



SATU jasad satu roh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, roh kembali ke alam barzakh. - GAMBAR HIASAN

Selain bagi menimbulkan suasana menjelang Aidilfitri, dikatakan bahawa tradisi itu kononnya bertujuan meraikan kepulangan roh-roh keluarga untuk melihat waris-waris yang ditinggalkan. Roh yang baik peluangnya amat tinggi untuk dibenarkan ‘turun’ ke dunia, manakala bagi yang kurang amalannya hanya mampu ‘menggigit jari’.

Kononnya apabila roh pulang, perkara pertama yang bakal dilakukan ialah kembali ke kubur untuk melihat jasad mereka sebelum meneruskan perjalanan ke rumah pusaka, anak-anak dan rumah orang yang selalu mendoakan mereka.

Roh ini akan kembali ke Luh Mahfuz pada malam 1 Syawal bersama ‘poket’ yang sarat dengan amalan-amalan yang disedekahkan oleh waris-warisnya.

Sementara itu, Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam yang juga pengasas Pusat Rawatan Islam Darussyifa, Datuk Dr. Haron Din turut mengulas mengenai isu ini.

Antara penjelasan beliau:

1. Orang meninggal dunia bermaksud rohnya berpindah ke alam baqa’ yang bermula dari kubur.

- Hadis Nabi SAW menyebut (yang bermaksud), “Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia,”

2.Barzakh bermaksud pemisah atau penghalang seumpama sebuah tembok kukuh yang memisahkan antara dua alam.

- “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.” (Surah az-Zumar, ayat 42)

3.Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menunjukkan bahawa roh si mati berada dalam suatu kepungan barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Alam barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

4. Logiknya, jika roh boleh kembali ke dunia, melakukan pelbagai perkara, sudah tentu orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

“Semuanya tidak benar dan ditolak oleh Islam. Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan roh, dalam istilah Arab disebut ‘tanasuthil arwah’ - reincarnation. Elemen ini wujud dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

“Umat Islam mesti beriman bahawa roh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk ke dalam diri orang lain. Satu jasad satu roh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, roh kembali ke alam barzakh.

“Apabila tiba hari Kiamat, jasad akan dijadikan semula dan roh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah SWT,” katanya.


KONONNYA apabila roh pulang, perkara pertama yang bakal dilakukan ialah kembali ke kubur untuk melihat jasad mereka sebelum meneruskan perjalanan ke rumah pusaka. - GAMBAR HIASAN

Haron mengakui terdapat tanggapan segelintir bahawa roh kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad tertentu. Berdasarkan kepada pengalamannya, ada yang mendakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya serta mampu mengubat orang melalui ilmu yang diperoleh daripada orang telah mati.

“Semuanya tidak benar dan ditolak oleh Islam. Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan roh, dalam istilah Arab disebut ‘tanasuthil arwah’ - reincarnation. Elemen ini wujud dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

“Umat Islam mesti beriman bahawa roh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk ke dalam diri orang lain. Satu jasad satu roh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, roh kembali ke alam barzakh.

“Apabila tiba hari Kiamat, jasad akan dijadikan semula dan roh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah SWT,” katanya.

Jawapan ini boleh dirujuk melalui:

www.muftiwp.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan-s/irsyad-fatwa/945-irsyad-al-fatwa-ke-112-bolehkah-roh-orang-yang-telah-mati-kembali-ke-dunia

www.darussyifa.org/SJ001.php.


Utamakan prinsip bersandarkan dalil sahih

KEPERCAYAAN pulangnya roh ke dunia untuk menjenguk waris pada malam tertentu seperti Jumaat dan Ramadan atau menyelesaikan dendam yang terbantut merupakan anasir agama asing yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

Mengulas mengenai perkara ini, Pensyarah di Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz menegaskan bahawa prinsip mengutamakan dalil adalah “tulang belakang atau nyawa” agama yang wajib dijaga.

“Jika tulang ini patah atau bengkok, kesucian Islam akan tercemar dengan garapan manusia yang kuat berkhayal atau dipengaruhi anasir luar. Disiplin dalil, nas, hujah dan fakta merupakan perjuangan para ulama semenjak zaman sahabat sehingga kiamat.

“Kepercayaan ini seakan bercanggah dengan keadilan mahkamah Allah di akhirat kelak. Ini kerana si mati mahu segera mendapat keadilan tanpa perlu menunggu balasan akhirat,” katanya

Tambah beliau, semasa Ramadan ‘tazkirah’ media sosial tentang kepulangan roh mulai dikongsi ramai tanpa fikir. Ia tidak disokong oleh nas atau dalil yang sahih.

“Ia disebar bagai ombak besar yang merempuh semua disiplin Islam. Akibatnya masyarakat awam yang tidak mengenal disiplin agama sekali lagi dirosakkan mindanya dengan cerita karut dan khurafat tentang percutian roh pada Ramadan.

“Perlu ditegaskan, roh manusia yang sudah mati tidak boleh sama sekali pulang ke dunia. Mereka tidak pulang pada malam Jumaat, tidak juga pada bulan Ramadan atau pulang menuntut bela sebagai hantu,” katanya.

Antara dalilnya ialah:

1. “Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah, dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati),” (al-Naml [27:65]).

Elak guna ‘ayat 1,000 guna’ untuk halalkan matlamat

2) Nikmat yang diperoleh oleh roh orang beriman di alam barzakh jauh lebih besar dan lebih hebat. Apa perlunya mereka pulang ke dunia untuk mendapat nikmat dunia yang sungguh biasa? Jika dikata pulangnya mereka kerana mahu mengutip pahala hasil sedekah orang masjid atau anak cucu, maka kuasa Allah mengatasi segalanya. Kuasa-Nya merentas alam. Doa yang dipanjatkan oleh keluarga roh si mati boleh terus disalurkan ke alam barzakh tanpa perlu mereka pulang ke dunia.

AYAT 1,000 GUNA

Abdullah Bukhari bagaimanapun mengakui meskipun pelbagai hujah naqli (wahyu) dan aqli (logik) dikemukakan bagi menafikan kepercayaan karut tersebut, namun orang jahil yang tiada disiplin ilmu Islam lazimnya bakal menyanggah dengan ayat “1,000 guna” mereka iaitu:

“Ia tidak mustahil pada kekuasaan Allah kerana Allah itu Maha Berkuasa. Boleh sahaja Allah dengan kuasa-Nya yang tidak terbatas membebaskan roh yang beriman pada Ramadan atau malam Jumaat untuk pulang ke dunia,”

Jika begitu logik mereka, maka ini jawapannya:

“Malam tadi saya didatangi Jibril a.s. yang memeluk erat sambil mengajarkan Surah al-‘Alaq. Sejurus selepas itu saya dilantik sebagai nabi akhir zaman selepas Nabi Muhammad SAW. Jadi, anda semua perlu beriman kepada kerasulan saya. Jika ada yang tidak bersetuju dengan pelantikan saya sebagai Rasul, maka ini hujah ayat 1,000 guna saya.

“Ia tidak mustahil pada kekuasaan Allah kerana Allah itu Maha Berkuasa. Boleh sahaja Allah dengan kuasa-Nya yang
 tidak terbatas melantik saya sebagai nabi akhir zaman selepas Nabi Muhammad,” katanya.

Tegas Abdullah Bukhari, memang Allah Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja, tetapi perlu dipahat kemas dalam hati bahawa Allah juga sudah meletakkan sunnatullah atau undang-undang-Nya yang tidak akan diubah. Antara yang tidak akan berubah sampai kiamat adalah roh orang yang sudah mati tidak boleh pulang sama sekali ke dunia untuk apa sahaja tujuan.

“Sebarang dakwaan menyanggah hukum dan undang-undang Allah ini wajib ditolak. Jika tidak, agama suci ini akan jadi “agama secukup rasa” yang bergantung kepada penganutnya.

“Jika mahu lebih pedas tambahlah cilinya. Jika mahu lebih masin, tambahlah garamnya. Jika mahu lebih manis, tambahlah gulanya. Jika disiplin ini digunakan bagi memahami agama ini, maka hilanglah keagungannya, runtuhlah kegemilangannya,” katanya.

-