June 17th, 2016

Khutbah Jumaat : “Ramadhan; Apakah Pesta Juadah atau Ibadah ”

Petikan Khutbah Jumaat 17 Jun 2016: JAIS

“Ramadhan; Apakah Pesta Juadah atau Ibadah ”

jais.jpgKedatangan Ramadhan dinanti dan disambut dengan penuh keinsafan untuk mencari segala macam ganjaran pahala yang dijanjikan khusus oleh Allah SWT sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap amalan anak Adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya”

Kita sedia maklum, sesungguhnya Ramadhan sebagai bulan mendidik jiwa. Kita perlu meningkatkan kesabaran dalam mengurus dan mengawal nafsu daripada perkara-perkara yang merosakkan pahala puasa sama ada melalui percakapan dan perbuatan seperti mengumpat, memfitnah, adu domba, bergaduh dan sebagainya.

Sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA berkata Nabi SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkaraperkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendaklah ia berkata: sesungguhnya aku berpuasa hari ini” (al-Bukhari dan Muslim).

Termasuk dalam konteks mengawal nafsu ialah ketika membeli juadah berbuka di Bazar Ramadhan, yang dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat.

Masyarakat juga diingatkan agar tidak menjadikan bazar Ramadhan sebagai pesta makanan dan medan untuk membalas dendam seharian menahan lapar dan dahaga. Kita sepatutnya meletakkan nilai dan hikmah puasa itu lebih tinggi berbanding nafsu makan yang tidak pernah puas. Janganlah akhirnya nanti bazar Ramadhan menjadi bazir Ramadhan yang menyebabkan kita tewas dalam perjuangan melawan hawa nafsu semasa berbuka puasa.

Kerisauan kita ini dibuktikan oleh beberapa fakta yang dinyatakan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, yang merekodkan sebanyak 15,000 tan sisa makanan dibuang setiap hari sepanjang 2015. Jumlah tersebut boleh memberi makan kepada 11 juta orang untuk 3 kali hidangan sehari. Paling mendukacitakan, jumlah sisa makanan akan meningkat sehingga 15% pada musim perayaan termasuk bulan Ramadhan.

Sumber yang sama memaklumkan bahawa sebanyak 1/3 daripada makanan dibazirkan semasa proses penyediaan, pengeluaran dan penggunaan. Kajian mendapati, satu rumah yang dihuni oleh 5 orang membelanjakan secara purata RM1,100 sebulan untuk makanan sahaja. Sekiranya diambilkira 1/3 daripada makanan dibazirkan semasa proses tersebut, maka nilai makanan sebanyak RM360 dibuang ke dalam tong sampah setiap bulan. Adakah ini cerminan akhlak bagi seorang muslim?

Amalan membazir amat ditegah oleh Islam. Sudah pasti kita tidak mahu tergolong sebagai saudara Syaitan sepertimana yang dinyatakan dalam Firman Allah swt dalam surah al Israa’ ayat 27;“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”.

Tuntutan bersederhana ketika mengambil makanan telah dijelaskan menerusi firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 31; “…dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas”.

Hadis yang diriwayatkan oleh Miqdam bin Ma’di Karib bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya).Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan”. (at-Tirmizi)

Sumber daripada portal Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan supaya masyarakat tidak makan secara berlebihan ketika berbuka. Ini kerana selepas seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap minimum dan meningkat ketika berbuka. Sekiranya kita makan dengan banyak, peningkatan asid akan berlaku dengan mendadak. Keadaan ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan menjejaskan kesihatan. Akibat kekenyangan, badan akan menjadi lesu, lantas mengundang rasa malas sehingga menguzurkan diri untuk beribadah di malam hari.

Marilah kita mencontohi panduan berbuka puasa oleh Rasululullah SAW dengan makanan yang mudah dimakan dan dicerna. Hadis dari Anas Bin Malik RA menceritakan tentang amalan Rasulullah SAW ketika berbuka puasa yang bermaksud: “Rasulullah SAW berbuka sebelum melakukan solat dengan rutab (kurma yang masih basah dan segar), dan jika tidak menemukan rutab, Baginda berbuka dengan kurma, dan jika tidak mendapat kurma, Baginda berbuka dengan meminum beberapa teguk air”. (Abu Daud dan al-Tirmizi).

Dalam sebuah hadis yang lain, baginda SAW menjelaskan dengan maksudnya:“Apabila dihidangkan makanan maka mulailah dengannya (makanan itu) sebelum kamu solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh-gapah ketika makan”. (al-Bukhari dan Muslim).

Mengakhiri khutbah hari ini, maka perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian,

1. Umat Islam hendaklah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini dengan penuh khusyuk dan mempunyai nilai ketakwaan yang tinggi kepada Allah SWT.

2. Umat Islam hendaklah tidak menjadikan Ramadhan sebagai bulan yang membazir dalam membeli juadah makanan untuk berbuka dan bersahur.

3. Umat Islam hendaklah sentiasa ingat bahawa bulan Ramadhan ini merupakan bulan untuk meraih sebanyak-banyak pahala dan keampunan yang disediakan oleh Allah SWT.

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-A’raf; 31)

barakallah_khutbah.jpg

Amal soleh kenderaan ke syurga

DIRIWAYATKAN oleh Abu Hurairah, daripada Rasulullah SAW: "Manusia ini akan dikumpulkan dalam tiga kelompok. Dalam keadaan satu kumpulan adalah mereka yang rindu kepada Allah SWT dan sentiasa takut kepada-Nya. Dan satu kumpulan lagi adalah kumpulan yang berangkat dengan menunggang satu unta berdua, satu unta untuk bertiga, satu unta untuk berempat dan satu untuk 10 orang sedangkan bakinya dihimpun oleh api. Di mana api-api itu akan sentiasa bersama dengan mereka baik pada siang mahupun malam, pagi mahu pun petang."



Kebangkitan kedua berlaku ketika di dunia lagi seperti hadis riwayat Muslim, dinyatakan tanda berlakunya Hari Kiamat adalah keluarnya api dari dalam batu besar dan semua manusia lari mengelakkan diri daripadanya.

Ketika hampir berlakunya Hari Kiamat, Allah akan mula mengumpulkan manusia dan bergerak dalam tiga kumpulan iaitu kalangan orang soleh, kumpulan manusia yang bercampur antara amalan baik dan buruknya dan kumpulan terdiri daripada orang kafir.

Orang soleh rindu bertemu Ilahi

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dalam slot Mau'izati di IKIMfm menjelaskan, orang yang soleh sentiasa merindui untuk bertemu Allah SWT kerana akan memperoleh apa yang dijanjikan oleh Allah SWT berdasar amalan soleh yang telah mereka lakukan.

Sementara dalam hadis menyebut orang yang akan menunggang unta adalah orang yang diampuni dosanya oleh Allah SWT dan tidak diazab, walaupun tahap syurga berbeza-beza sama ada pada tahap paling tinggi atau paling bawah dalam kalangan ahli syurga.

Kumpulan kedua adalah golongan yang akan diazab oleh Allah SWT kerana dosa mereka, tetapi kemudian akan dikeluarkan daripada neraka lalu dimasukkan ke syurga.

Mereka ini pada suatu ketika akan berjalan kaki dan ada ketikanya menunggang unta. Setelah dekat dengan Padang Mahsyar mereka turun daripada kenderaan dan berjalan kaki. Kumpulan ketiga ialah golongan yang berjalan dengan muka mereka iaitu orang kafir.

Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Manusia akan dikumpulkan pada tiga kumpulan iaitu kumpulan pejalan kaki, kedua ialah kumpulan yang berkenderaan dan ketiga ialah manusia yang diusir yang berjalan dengan muka mereka.

Apabila sahabat bertanya kepada Baginda mengenai golongan yang berjalan dengan muka mereka, Rasulullah SAW menjawab: Yang berkuasa menjadikan mereka berjalan dengan kedua-dua kakinya, berkuasa pula menjadikan mereka berjalan dengan muka-mukanya. Sedangkan orang yang bertakwa, pada wajah mereka kelihatan berada pada kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah SWT."

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Pernah suatu ketika Rasulullah SAW berdiri dalam kalangan kami, Baginda memberi satu peringatan yang kuat dengan berkata: Kamu semua ini akan dikumpulkan di Padang Mahsyar Allah dalam keadaan kamu ini tidak beralas kaki, telanjang dan tidak dikhatankan, sebagaimana kami telah awalkan, kami telah memulai penciptaan kamu dan telah kami janjikan kepada kamu dengan janji yang pasti kami tepati di mana kami akan lakukan apa yang telah kami janjikan kepada kamu itu. Orang yang pertama yang akan dipakaikan pakaian pada Hari Kiamat nanti ialah Nabi Ibrahim."

Mudah lintasi titian sirat

Pengusiran yang terakhir adalah ketika manusia dimasukkan ke dalam syurga atau dihumban ke dalam api neraka. Pada waktu ini amal soleh akan berubah menjadi kenderaan memudahkan kita melintasi titian sirat dan menuju syurga, manakala orang yang derhaka kepada Allah SWT akan diusir ke neraka jahanam dalam keadaan mereka berasa amat dahaga.

Friday Sermon Text: Al-Quran: The Divine Revelation

Friday Sermon Text  17 June 2016AD / 12 Ramadhan 1437H JAWI

Al-Quran: The Divine Revelation

We are all fortunate indeed to be the ummah of Rasulullah SAW, who are not only provided with the Sunnah of Rasulullah SAW as a guide jawi_logo.jpgto life, but are also supplied with Al-Quran-ul-Karim as a book of guidance that we can see, read, understand and reflect upon in our pursuit of rewards and blessings from Allah SWT.

Let us look out, and see the problems and disasters that are affecting us today. Moral decadence among the Muslim community, the emergence of various religious ideologies and distorted beliefs, the crime of rape, incest and adultery, have almost become mandatory headlines in the media on an everyday basis.

Similarly, drug abuse, abuse of power, corruption and so on, are becoming rampant. All of them are like a virus that is progressively growing, like a cancer in our society. If we continue to neglect and to stray into the currents of these evil and wrongdoings, then just wait for the punishment from Allah SWT.

Allah SWT has created nature and mankind in perfect form. The creation of man as vicegerent on this earth is accompanied by examples and instructions.

Prophets have been sent time and again to groups of people over the course of history, to guide them, bringing to them books of revelations that are complete with guidelines and references to assist and help the followers.

We are the people of the Holy Prophet Muhammad SAW who had brought with him Al Quran-ul-Karim. With their presence, we should be capable of being faithful servants of Allah SWT, as indicated in Surah Al-Baqarah verses 1-3: Which means: “Alif, Lam, Meem. This is the Book; in it is guidance sure, without doubt, to those who fear Allah; Who believe in the unseen, establish prayer, and spend out of what We have provided for them.”

The culture of appreciating and reflecting upon the contents of the Al-Quran flourishes in our society today. Many organised official events begin with the recital of verses from the Al-Quran and its translation. This practice should be commended and encouraged to continue, especially in mosques.

We cannot only read and listen to the Al-Quran alone, but it must be accompanied by an understanding of the contents. Next, we must ponder, reflect and practice what is learnt, continuously, rather than seasonally. Only then shall we achieve what is promised by Allah SWT in Surah AlAnkabut verse 45: Which means: “Recite, [O Muhammad], what has been revealed to you of the Al-Quran and establish prayer. Indeed, prayer prohibits immorality and wrongdoing, and the remembrance of Allah is greater. And Allah knows that which you do.”

The revelation of the Al-Quran, adds value and builds quality human capital through a person’s better appreciation and understanding of the Al-Quran. It will place such person among the 'Al-Muhsinin’ or among " those who love to do good deeds”.

In addition to calls to appreciate the values contained in the Al-Qur'an, there are also calls for the verses of the Al-Quran to be studied and examined, as the knowledge and understanding gathered from the contents would be able to produce awareness and intelligence, known as ‘Ulul Albab’ (people of wisdom). This has been proven by Muslim scientists and scholars who had created and found new discoveries, in fields such as astronomy, medicine, chemistry, mathematics and so on.

Similarly, there are also Muslim scholars and scientists who study plants, the animal kingdom, languages, and many others. Muslim scientists such as Ibn Rushd, Ibn Sina, Ibn Khaldun, alKhawarizmi, al-Kindi and others, are towering names in the history of Islamic excellence

But, the brilliance and civilized society pioneered by Muslims in the past is now only a distant memory. There is no continuity that can be inherited by Muslims today. Everything needs be studied again through the progress and modernity of the West.

On this blessed day let us now ponder and reflect for a moment. Have we placed the AlQuran at the level it deserves? We are blessed and provided with 24 hours a day in our lives. How many minutes of that time do we assign and spend to read and to appreciate the Al-Quran-ul-Kareem?

Do we allocate enough time to be with it and to appreciate it, or are we spending more time checking Facebook updates, Twitter, Instagram and other social media applications that deceive and expose us to slander and defamation that is more rampant and prevalent now? If we read the Al-Quran, do we understand the meaning of the verses? If it is understood, do we obey and reflect on the essence of the verses?

We, as followers of Prophet Muhammad SAW, a Prophet who was sent to us together with the Al-Qur'an as a guide, should not confine or limit the use of the Al-Quran only as a decoration on our walls or cabinets, or only to be read seasonally. It should be a catalyst for excellence in the community, as enjoyed by Muslims in the past.

The glory achieved by Muslims back then was due to them embracing the teachings of the AlQuran in their daily lives. Therefore, to restore the goals and real objectives of the Al-Quran that was revealed to mankind, let us reflect upon the conclusions that can be drawn from the sermon on this blessed day:

First: The Al-Quran, which is the words of Allah SWT, is the greatest gift bestowed upon us as guidance and reference in our pursuit of His blessings and rewards;

Second: Appreciating the contents of the Al-Quran should be done with sincerity and perseverance in order to obtain His mercy and blessings; and

Third: The Al-Quran is not just to be merely read and understood, but more importantly, it is for us to comply with the orders contained within it and to make it as a guide and rule of life.

Allah SWT declared in Surah Al-Isra ', verse 9:  Which means: “Verily this Al-Qur'an does guide to that which is most right (or stable) of Islam, and given the Glad Tidings to the Believers who work deeds of righteousness, that they shall have a magnificent reward.”

barakallah_khutbah.jpg

Khutbah Jumaat: Al-Quran Acuan Kehidupan Umat Manusia

Khutbah Jumaat (17 Jun 2016 / 12 Ramadan 1437) JAKIM

"Al-Quran Acuan Kehidupan Umat Manusia


Tarikh 17 Ramadhan, merupakan tarikh keramat yang pernah menyaksikan peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW ketika sedang jakim.jpgbermunajat di Gua Hira’. Penurunan wahyu ini, sebagai tanda pengiktirafan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul, yang akan mengembangkan dakwah Islam ke seluruh alam. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW, yang kekal hingga hari qiamat. Ia memperlihatkan kehebatan Allah SWT membuat perancangan yang mana Nabi Muhammad SAW, yang terkenal sebagai seorang ummi, tidak tahu membaca dan menulis, mampu mengingati al-Quran dengan baik setiap kali ia diturunkan.

Mukjizat Al-Quran adalah lebih terserlah kehebatannya, apabila umat Islam selalu membacanya, dan menjadikannya sebagai rujukan utama dalam kehidupan seharian. Mereka yang menjadikan al-Quran sebagai bacaan utama setiap masa, akan dijanjikan ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Setiap huruf yang dibaca akan dikira sebagai sepuluh pahala sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Mafhumnya: “Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka bagi-nya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kebajikan seumpamanya, tidak aku katakan( alif, lam, mim ) itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf. ”(Riwayat Tirmizi)

Al Qur’an diturunkan bertujuan untuk memandu manusia ke jalan yang benar, memberi petunjuk, rahmat, membawa berita gembira, menjadi penawar, peringatan dan cahaya yang menjadi pedoman dan panduan hidup insan serta acuan kepada seluruh umat manusia.

Sebagai umat Islam, sepatutnya kita menjadikan al Qur’an sebagai bacaan utama pada setiap masa. Mereka yang membaca al Qur’an, mendengar, malah melihat al Qur’an pun akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Tambahan pula dengan wujudnya kecanggihan teknologi masa kini, sepatutnya tiada lagi alasan untuk umat Islam tidak celik Al-Quran. Kini naskah al-Quran boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti perisian komputer, aplikasi android, pen bacaan, CD dan boleh dimuat turun dalam telefon bimbit dengan mudah. Teknik-teknik mudah mempelajari Al-Quran juga cukup banyak dan umat Islam mempunyai banyak pilihan untuk mendekati dan menguasai Al-Quran.

Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung dan abadi, berperanan sebagai acuan kehidupan, memandu manusia ke jalan yang benar dan membebaskan manusia dari azab api neraka. Namun persoalan besar timbul di sini apakah yang dimaksudkan dengan Al-Quran sebagai acuan kehidupan? Secara ringkasnya, mimbar yang mulia ini ingin menyatakan, Al-Quran sebagai acuan kehidupan berperanan membentuk kehidupan, manusia berdasarkan kepada tiga ciri utama, iaitu aqidah, ibadah dan muamalat, yang dapat disimpulkan seperti berikut:

Pertama: Berdasarkan kepada Al-Quran bahawa umat manusia diikat dengan aqidah yang satu, bertauhidkan Allah SWT. Oleh itu, sebagai umat Islam kita wajib menolak segala bentuk atau konsep tuhan yang lain selain daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4:
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.

Kedua: Ibadah dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan berbeza sama sekali daripada konsep ibadah di dalam agama dan kepercayaan yang lain. Ia merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah. Justeru, sebagai umat Islam kombinasi kehidupan dunia dan akhirat merupakan unsur Ibadah yang menjadikan seorang hamba itu hidup berpahala dan taat kepada perintah Allah SWT.

Ketiga: Al-Quran bukan sahaja berfungsi sebagai jalan untuk manusia berinteraksi dengan Allah SWT, bahkan dalam banyak hal, ia menyediakan garis panduan dalam aktiviti muamalat sesama manusia. Al-Quran meletakkan panduan prinsip al-adl wal ihsan yang berteraskan kepada akhlak Islam iaitu menghayati semangat keadilan dan muafakat serta menghapuskan penindasan. Justeru, sistem-sistem muamalat seperti kapitalis dan sosialis sememangnya telah jelas menyanggahi prinsip-prinsip Islam.

Kita sedar pada hari ini, pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan pegangan umat Islam dalam menjadikan Al-Quran sebagai acuan kehidupan. Mereka melakukan melalui pencemaran budaya, membangkitkan isu keagamaan, penyebaran fitnah sama ada melalui media massa dan alam siber serta melanggari undang-undang negara. Mereka juga mempertikaikan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, peranan Mahkamah Syariah dan bidangkuasa Raja sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu dan pada akhir-akhir ini, mereka juga mempertikaikan kewujudan dan peranan Institusi keagamaan di negara ini.

Mimbar yang mulia ini, ingin menyatakan bahawa, inilah sebahagian daripada agenda untuk melemahkan pegangan umat Islam, melemahkan acuan kehidupan yang berteraskan kepada Al-Quran, dan yang paling utama ialah agenda untuk melemahkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Justeru, sebagai umat Islam yang mempunyai jati diri, cintakan agama, cintakan Al-Quran, mimbar menyeru, marilah sama-sama kita bersatupadu, mengeratkan perpaduan di kalangan kita agar apa jua usaha mereka untuk menggugat kedudukan agama Islam dan institusinya di negara ini dapat digagalkan. Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT, agar segala usaha untuk melemahkan pegangan umat Islam dapat dihindarkan. Sesungguhnya kekuasaan dan pertolongan Allah SWT sentiasa bersama  hamba-Nya yang taat dan mereka yang benar.

Firman Allah dalam Surah Ali- Imran ayat 160:
Maksudnya:Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri.

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia dan Sambutan Nuzul Al-Quran pada kali ini, mimbar yang mulia menyeru sidang Jumaat dan umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita mengambil langkah-langkah berikut:


Pertama: Meletakkan Al-Quran sebagai acuan kehidupan, dengan menjadikannya sebagai kitab rujukan sepanjang hayat, demi kesejahteraan dunia dan akhirat.
Kedua: Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa memahami dan menghayati kandungan dan petunjuk al-Quran itu. Makna tadabbur yang dijelaskan oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Al-Tafsir al-Munir ialah memerhatikan makna-makna ayat al-Quran dan meneliti kandungannya. Apabila melakukannya kita dapat menghayati sepenuhnya kandungan Al-Quran, bahkan menambah tautan cinta dan rindu berinteraksi dengannya.
Ketiga: Kita hendaklah menolak segala unsur yang cuba untuk mengugat kesucian agama Islam di negara ini. Dalam hal ini, umat Islam hendaklah bersatu tanpa mengira apa-apa latar belakang fahaman, ideologi dan politik.
Keempat: Sesungguhnya Allah SWT memberikan kemuliaan dan mengangkat martabat umat ini, dengan mereka mengamalkan ajaran al-Quran secara menyeluruh dan menjadikannya acuan kehidupan. Oleh itu, mimbar menyeru semua pihak dalam keberkatan Ramadan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengambil manfaat untuk meningkatkan ketaqwaan dan mengubah segala kelakuan buruk dengan mengamalkan segala isi kandung al-Quran supaya kehidupan kita diredhai Allah SWT.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalm surah al-Qamar ayat 17:Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Qur'an untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

barakallah_khutbah.jpg

Keberkatan Sahur, ramai pandang enteng

RUTIN biasa yang perlu dihadapi individu Muslim apabila tiba Ramadan, aktiviti bangun sahur adalah lumrah mereka yang berpuasa. Nabi Muhammad SAW sendiri menggalakkan umatnya supaya bangun bersahur. Teringat penulis zaman anak-anak, sebut sahaja: "Mak, esok kakak nak puasalah." Jawab mak: "Kalau nak puasa kenalah bangun sahur," Mudah saja terjaga dari lena untuk bersama berebut pahala bersahur.

Itu kisah semasa kecil, apabila usia semakin meningkat tinggal pula jauh daripada mak, rutin bersahur kian dilupakan, tapi diamalkan pula makan sebelum tidur.

Minggu ini, Rehal mengisahkan mengenai aktiviti bersahur yang sememangnya dituntut dilakukan ketika Ramadan ini.


Bersahur juga seharusnya mendapat tempat di rumah-rumah dan disambut dengan gembiranya.

Ia dituntut, tapi kenapa ramai yang tidak mengamalkannya, bukan lama hanya sebulan untuk mempraktikkannya. Realitinya, bersahur adalah amalan yang paling gagal dilaksanakan dengan sebaiknya oleh kita (umat Islam).

Paling menyedihkan apabila amalan ini dianggap tiada kelebihannya.

Bersama pendakwah, Ustaz Amly Asenar memperjelaskan sedetilnya perihal nikmat makan pagi yang diberkati ini.

TITIK BERATKAN SAHUR

Ustaz Amly berkata, kefahaman umat Islam terhadap bersahur perlu diperbetulkan. Sebagaimana meriahnya waktu berbuka puasa, sewajarnya begitulah meriahnya waktu bersahur.

"Sahur adalah sebahagian daripada ibadat Ramadan. Malah makanan sahur adalah makanan yang diberkati. Maka, sudah pasti

Rasulullah SAW tidak meminggirkan ibadat ini. Buktinya, Baginda SAW sentiasa mengajak sahabatnya untuk bersahur.

"Lihatlah betapa meriahnya suasana bersahur pada zaman Rasulullah SAW. Seruan demi seruan dilaungkan agar amalan bersahur dilakukan dalam kalangan sahabat Baginda SAW. Sudah menjadi kebiasaan, selepas bersahur, mereka akan  bersama-sama menuju ke masjid bagi mendirikan solat subuh berjemaah. Inilah suri teladan yang baik yang telah ditunjukkan oleh Baginda SAW kepada kita. Namun apakah realiti sahur kita pada hari ini?," tanya beliau.

Menurutnya, bersahur ada keistimewaannya. Agama lain juga berpuasa bukan? Ahli kitab iaitu Yahudi dan Nasrani juga berpuasa. Maka Islam menjadikan sahur ini pembeza antara umat Islam dan mereka. Perkara ini dijelaskan dalam satu riwayat daripada Amru bin Al-As, Rasulullah SAW bersabda: "Perbezaan antara puasa kita (umat Islam) dengan puasa ahli kitab adalah bersahur." (Riwayat Muslim) Oleh itu, bersahur juga penting seperti berbuka puasa. Malangnya tidak begitu. Kita boleh lihat masih ramai yang berasakan mereka tidak perlu bersahur. Mereka hanya.

TEGASNYA, ibadat bersahur juga perlu diberikan haknya kerana objektif berpuasa tidak akan tercapai sepenuhnya dengan meninggalkan bersahur. Sebagaimana bertarawih yang mendapat tempat di masjid, begitulah juga bersahur yang seharusnya mendapat tempat di rumah sebagai tanda nur (cahaya) pada malam Ramadan.

Ustaz Amly mepersoalkan, mengapa kita utamakan berbuka puasa dan mengabaikan bersahur? Kita boleh lihat ramai berpusu-pusu ke bazar Ramadan bagi mempersiapkan diri dan keluarga untuk bersama menikmati saat berbuka puasa dengan pelbagai juadah bagi menggambarkan kegembiraan berpuasa.

Namun hanya segelintir sahaja yang benar-benar mempersiapkan diri untuk menghadapi waktu bersahur.

Tahukah kita amalan bersahur boleh mengundang keberkatan yang amat rugi jika ditinggalkan?

Rasulullah SAW bersabda: "Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada makanan sahur itu terdapat keberkatan." (Riwayat Bukhari)

"Inilah kerugian umat Islam pada hari ini kerana Ramadan adalah bulan penuh keberkatan namun amalan bersahur menjadi amalan yang terpinggir.

Sehinggakan ada segelintir yang bersahur awal sebelum tidur. Mungkin mereka berasa rugi jika bangun untuk bersahur.

"Oleh sebab tidak memahami kenapa disyariatkan amalan bersahur, ramai yang melakukan kesilapan dalam bersahur terutama pada waktunya. Ramai yang memilih untuk makan terlebih dahulu pada tengah malam dan kemudiannya tidur.

Ada yang bangun Subuh dan ramai yang terlajak Subuh. Ini tidak menggambarkan kelebihan bersahur.

Kegagalan ini terjadi kerana bersahur memerlukan kekuatan mental dan keimanan untuk bangun daripada keenakan tidur," ulasnya panjang.

Beliau berkata, tidak dinafikan waktu bersahur bermula dari pertengahan malam sehingga terbit fajar menurut majoriti ulama.

Namun disunatkan supaya melambatkan bersahur. Mengapa? Kerana banyak hikmahnya. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Zaid bin Thabit berkata: "Kami telah bersahur bersama Rasulullah, kemudian kami bangun untuk mendirikan solat. Aku (Anas bin Malik) bertanya: "Berapakah kadar masa antara keduanya (antara selesai sahur dan azan)?" Zaid berkata:

"Kadar bacaan 50 ayat." (Riwayat Muslim) Anggaran 50 ayat ialah sekitar empat minit atau anggaran seseorang mengambil wuduk. Imam An-Nawawi berkata: "Hadis ini menggesa agar dilambatkan bersahur sehingga beberapa ketika sebelum fajar."

Bukan sekadar makan Bersahur bukan sekadar makan tetapi mempunyai objektifnya tersendiri.

Antaranya ialah memberikan kekuatan jasmani untuk berpuasa dan memberikan kekuatan rohani. Memberikan kekuatan jasmani kerana membekalkan tenaga dan menjaga kesihatan orang berpuasa. Lagi hampir dengan waktu berpuasa makan lebih kekal lama tenaga dapat dibekalkan.

Islam tidak mahu umatnya berpuasa dengan perut kosong atau tanpa sebarang persiapan kerana ini boleh menjejaskan kualiti puasa dan kualiti kerja orang yang berpuasa.

Bersahur memberikan kekuatan rohani kerana setiap malam Ramadan perlu diisi dengan ibadat. Perlu dikurangkan tidur dan ditingkatkan ibadat. Maka bersahur membantu untuk mempersiapkan diri untuk beribadat, bukan sekadar untuk makan.

Malangnya, masih ada lagi yang kurang memahami tuntutan bersahur. Mereka hanya bangun untuk makan dan minum tanpa melakukan sebarang ibadat lain seperti solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir. Apatah lagi jika ada yang bersahur terlalu awal dan kemudiannya tidur sehingga terlajak subuh!

Akhir kalam, setiap individu Muslim perlu bangun menunaikan dua tanggungjawab iaitu beribadat dan bersahur. Bersahur bukan sekadar makan. Kemuncak pada penutup ibadat malam ialah solat Subuh berjemaah sebagaimana yang dilakukan Rasulullah SAW dan sahabat. Alangkah indahnya bersahur andainya engkau tahu!

Puasa itu sihat & menyihatkan

IBADAH puasa memberikan banyak keistimewaan. Antaranya dapat merehatkan sistem penghadaman dan pernafasan. Sebelas bulan sebelum ini, mulut, jantung, organ, usus dan nafas bekerja tanpa henti. Ramadan, memberi peluang jentera tersebut memulihkan kembali organ agar berfungsi secara lebih berkesan.

Kerehatan ini memberi semangat baru kepada sel-sel dalam tubuh. Perut manusia bukan hanya tempat menyimpan makanan, bahkan ia adalah pusat menyeimbangkan makanan. Keseimbangan ini akan mudah rosak jika makan secara berlebihan.

Rasulullah SAW menyarankan umatnya bersederhana dalam mengambil makanan dan minuman iaitu 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara. Puasa mendidik dan membantu sistem penghadaman menerima makanan dan minuman pada waktu ditetapkan sahaja.

Sedangkan kebiasaannya, seseorang itu sentiasa menikmati hidangan tanpa mengira waktu dan menu. Ini menjadikan perut bekerja tanpa rehat. Penyelidik dan pakar ilmu perubatan ada menyatakan, puasa mampu mengurangkan kadar toksin dalam badan dan secara tidak langsung meningkatkan imunisasi melawan penyakit.

Rasulullah SAW bersabda: "Berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Tabrani) Puasa dapat menghindarkan penyakit yang datang daripada makanan yang dimakan.

Rasulullah SAW bersabda lagi: "Perut adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit." (Riwayat Muslim) Usahlah kita mencacatkan Ramadan dengan kemeriahan festival bazar Ramadan dan promosi bufet Ramadan yang mula diuar-uarkan sebelum tiba Ramadan lagi.

Ajaib sekali perintah ALLAH SWT untuk hamba-Nya berpuasa agar kita kembali sihat.

Menurut ahli biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan.

Sebab itulah apabila seseorang itu makan terlampau kenyang, otak menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh berasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak bekerja dengan lancar dan memberi peluang untuk melaksanakan aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Inilah panduan dalam membina kekuatan jasmani, emosi dan rohani manusia yang murni.

Makanan halal lagi baik bukan hanya menjaga kesihatan jasmani, tetapi kesihatan rohani (jiwa dan hati).

Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah amalan sunat yang digalakkan. Setiap perkataan dan perbuatan sunnah Nabi SAW ada hikmah dan ganjarannya.

Rasulullah SAW menyatakan kelebihan bersahur melalui sabdanya: "Makan sahur adalah barakah, janganlah kalian meninggalkannya meskipun salah seorang di antara kalian hanya minum seteguk air." (Riwayat Ahmad)

Melewatkan sahur adalah amalan dilakukan Nabi SAW dan sahabat. Sunnah Nabi SAW agar sahur dilewatkan amat signifikan kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan

pagi. Menurut laporan BBC News pada 7 Mac 2003, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian pakar perubatan Pusat Perubatan Harvard, Dr Mark Pereira mendapati mereka yangtidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Satu kajian juga dilakukan Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor kepada 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini menyebabkan anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah).

Penemuan ini juga dilaporkan Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Inilah realitinya beberapa kajian menyatakan pentingnya bersarapan pagi dan kurangnya risiko mendapat penyakit bagi mereka bersarapan pagi dan sebaliknya yang boleh dikiaskan dalam sunnah bersahur bagi Muslim yang berpuasa. Semasa berbuka, makan sedikit demi sedikit lebih baik daripada makan banyak sekali gus.

Makan secara sihat perlu dijadikan amalan sepanjang masa. Adalah penting mengamalkan amalan makan secara sihat iaitu secara sederhana dan seimbang walaupun bukan di bulan puasa.

Zakat jangan disekat

IBADAH zakat adalah lambang ikatan hubungan antara hamba dengan Penciptanya dan hubungan sesama insan yang hidup dalam satu masyarakat. Jika dilihat tujuan ibadah zakat dari sudut agama, al-Quran dengan jelas menyimpulkannya sebagai satu proses pembersihan dan penyucian. Firman ALLAH SWT: "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu dapat membersihkan dan menyucikan mereka." (Surah Al-Taubah: 103)

Lawan sifat bakhil

Maka dengan mengeluarkan zakat, ia dapat membersihkan seseorang daripada menjadi hamba kepada harta yang terlalu cintakannya dan hidup hanya untuk mencari harta. Ia pula dapat menyucikan hati seseorang dengan merealisasikan maksud tauhid dalam dirinya. Insan dengan hakikat yang terlalu cintakan diri dan harta bendanya, akan dapat menghapuskan sifat bakhil yang ada dalam diri dengan mengeluarkan zakat.

Selain itu, seorang Muslim yang menunaikan zakat, telah membuktikan keimanan dan ketaatannya kepada perintah ALLAH. Sebagaimana seorang Muslim perlu akur dengan perintah sembahyang, puasa dan kefarduan yang lain, maka dia perlu tunduk patuh dengan perintah untuk mengeluarkan zakat tanpa sebarang alasan.

Tidak mengharapkan balasan daripada pihak yang menerima zakat, tetapi menanti dengan penuh harapan balasan dan ganjaran daripada Tuhan. Bertitik tolak daripada ketaatannya kepada perintah Ilahi dan didesak oleh tuntutan akidah yang sejahtera, seorang mukmin dengan senang hati akan mengeluarkan sebahagian hartanya untuk diberikan kepada mereka yang layak. Walaupun mungkin terdapat sekelumit perasaan cintakan harta tersebut. Namun, baginya ALLAH lebih dicintai daripada segala-galanya. Sebab itulah sering kali ALLAH menggandingkan orang beriman dengan sifat suka menginfakkan hartanya. Antaranya dalam firman ALLAH:

"Iaitu orang yang beriman dengan perkara ghaib, dan mereka mendirikan solat, dan mereka menginfakkan sebahagian daripada harta yang dikurniakan kepada mereka." (Surah Al-Baqarah: 5)

Seseorang yang mengeluarkan zakat juga sebenarnya melambangkan perasaan syukurnya kepada ALLAH di atas kurniaan nikmat dan rezeki yang tidak terhingga. Seorang Muslim yang bertakwa tidak akan lupa untuk mengucapkan syukur memuji Tuhannya di atas segala kekayaan harta benda yang dicurahkan. Dia tidak akan lupa diri dan sombong dengan harta benda yang dimilikinya. Ini kerana perisai iman dan takwa yang ada dalam dirinya menjadi benteng penghalang daripada terjerumus ke kancah kekufuran.

Kesimpulannya, agama menyifatkan seseorang Muslim yang menunaikan kefarduan zakat telah membuktikan kesempurnaan iman dan takwanya kepada ALLAH. Justeru, dalam melahirkan masyarakat Muslim yang berkualiti, maka pendidikan dan kesedaran mengenai tanggungjawab mereka terhadap tuntutan agama perlu dilipatgandakan. Antaranya ialah kewajipan untuk mengeluarkan zakat.

Prihatin nasib orang lain

Di antara lambang keutuhan masyarakat Islam ialah wujudnya suasana saling tolong-menolong dan lengkap melengkapi antara satu sama lain. Sepertimana firman-Nya: "Dan orang lelaki yang beriman dan orang perempuan yang beriman, sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain." (Surah At-Taubah: 71)

Rasulullah SAW pula menggambarkan masyarakat Islam sebagai satu bangunan yang setiap bahagian melengkapkan bahagian yang lain. Baginda SAW bersabda: "Orang mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu bangunan, ia saling melengkapi di antara satu sama lain." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Masyarakat Islam yang digambarkan dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah sebuah masyarakat yang hidup dalam suasana saling tolong menolong, lengkap melengkapi, tidak mementingkan diri sendiri dan mengambil berat hal ehwal saudara Muslimnya lain. Berdasarkan kepada tuntutan daripada al-Quran dan as-Sunnah, yakinlah bahawa ibadah zakat memainkan peranan penting dalam merealisasikan saranan tersebut.

Boleh basmi kemiskinan

Zakat dapat membebaskan seseorang daripada belenggu kemiskinan yang mencengkamnya, selain daripada ia memenuhi hajat dan keperluan seseorang yang perlukan kepada wang ringgit. Ini semua bertujuan memelihara kemuliaan insan sebagai salah seorang daripada anggota masyarakat yang sebenarnya telah dimuliakan terlebih dahulu oleh Tuhan Maha Pencipta.

Firman ALLAH: "Dan demi sesungguhnya Kami telah memuliakan bani Adam." (Surah Al-Isra': 70)

Prof Dr Yusof Al-Qaradhawi dalam komentarnya menyatakan: "Jika beginilah nilai insan dan kedudukannya di sisi Islam, maka tidak hairanlah syariat telah menetapkan supaya dipenuhi hajatnya dan menjaga keperluannya dan membenarkan tuntutan kehidupannya sehingga dia dapat hidup dan memakmurkan bumi ini dengan melaksanakan tanggungjawab khilafah dan beribadah di dalamnya." (Al-Qaradhawi, Yusof, Athar Al-Zakat fi Al-Afrad wa Al-mujtama', hal. 119)

Seharusnya seorang yang kaya apabila dia mengeluarkan zakat berasai, dia juga adalah sebahagian daripada masyarakat. Sedar dia berperanan untuk membantu orang lain. Bagi mereka yang menerima zakat pula akan menikmati suasana kehidupan dalam satu masyarakat yang prihatin, penyayang dan berhati mulia. Harta kekayaan yang dikurniakan ALLAH dapat dirasai kenikmatannya bersama ahli masyarakat yang lain.

Tuntutan ukhuwah atau persaudaraan Islam tidak akan sempurna selagi mana terdapat dalam sesebuah masyarakat mereka yang masih menderita menagih simpati daripada orang lain akibat kemiskinan dan kefakiran yang melanda mereka. Sedangkan terdapat dalam masyarakat yang sama, mereka yang hidup dengan penuh kesenangan dan kemewahan menikmati kesedapan dunia dan segala perhiasannya.

Di dalam membentuk kehidupan berkualiti, sekurang-kurangnya penekanan kepada usaha untuk membasmi kejahilan, kemiskinan dan penyakit perlu menjadi agenda utama. Ketiga-tiga unsur ini adalah penghalang dalam mewujudkan kehidupan yang berkualiti.

Oleh itu, penulis berpendapat, dengan ibadah zakat ia dapat membantu membasmi kemiskinan yang masih wujud di dalam masyarakat sekiranya proses pengagihan zakat diuruskan dengan telus dan efektif. Seorang yang miskin tidak akan dapat meneruskan pembelajarannya atau pun tidak akan mampu untuk membiayai kos persekolahan anak-anaknya. Begitu juga seorang yang miskin juga tidak akan mampu untuk menampung kos rawatan dan perubatan yang tinggi.

Dalam hal ini, usaha memberi kesedaran mengenai kewajipan zakat perlu digiatkan. Selain itu, proses pengagihannya juga perlu diuruskan dengan sempurna dan memenuhi maksud sebenar pensyariatan zakat. Semoga dengan kerjasama dan gandingan bahu antara  masyarakat dan pihak pengurusan zakat akan dapat membantu membasmi kemiskinan yang masih membelenggu kebanyakan masyarakat. Kecemerlangan yang ditunjukkan selama ini oleh institusi yang menguruskan harta zakat secara adil dan amanah perlu dikekalkan malah ditingkatkan lagi kualitinya.

Bersungguh-sungguh untuk memungut, lebih bersungguh-sungguh untuk mengagih. Semoga zakat dapat menggembirakan jiwa yang sedih dan merawat luka keperitan hidup yang pedih. Reda ALLAH jua yang kita tagih

Cubaan menyamaratakan lelaki, wanita

SEGALA puji bagi ALLAH SWT yang menciptakan lelaki dan perempuan hasil persenyawaan dalam rahim dan membezakan antara kedua-dua mereka dengan menjadikan kaum lelaki tidak seperti wanita.

Firman ALLAH: "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu daripada diri yang satu, yang menjadikan daripadanya pasangannya, kemudian membiakkan daripada keduanya -zuriat keturunan- lelaki dan perempuan yang ramai. Bertakwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan silaturahim dengan kaum kerabat; kerana sesungguhnya ALLAH sentiasa memerhati kamu." (Surah An-Nisaa': 1)



Tanggungjawab lelaki lebih besar berbanding wanita.

Nabi SAW berpesan kepada kaum lelaki: "Peliharalah perempuan dengan sebaik-baiknya." (Riwayat Bukhari & Muslim) Sabdanya lagi: "Aku tidak meninggalkan sesudahku fitnah yang lebih memudaratkan kaum lelaki daripada wanita." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Bertakwalah kita wahai kaum Muslimin dalam menunaikan tanggungjawab terhadap kaum perempuan. Tunaikanlah pesanan ALLAH dan Rasul-Nya terhadap mereka. Peliharalah mereka dengan perlindungan dan jagaan. Sungguh ALLAH telah menjadikan kaum lelaki sebagai pemimpin atas kaum wanita. Ini berdasarkan kekurangan yang ada pada kaum perempuan dari sudut ciptaan dan sifat sehingga membuatkan mereka perlu kepada jagaan.

Akal yang sihat akan dapat mencerap hikmah dan rahsia apa yang lemah dan kurang dari sudut ciptaan dan sifat memerlukan jagaan penuh daripada apa yang sempurna ciptaannya serta kuat sifatnya untuk memperoleh manfaat atau menolak mudarat yang ia tidak dapat lakukan dengan sendiri.

Kaum lelaki dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah kepada kaum perempuan yang berada di bawah jagaannya di samping memenuhi keperluan kehidupan yang lain supaya mereka mendapat perlindungan di rumah dan dapat mendidik anak-anak serta mengurus hal ehwal rumah tangga.

PERANAN MASING-MASING

Ternyata kedua kaum lelaki dan perempuan mempunyai tugas masing-masing yang sesuai dengan asal kejadiannya. Kaum lelaki bekerja di luar rumah manakala kaum wanita dalam rumah. Dengan itu terhasillah satu kolaborasi bijak antara kedua mereka dalam mengurus hal ehwal kehidupan.

Sebagaimana ALLAH telah memberi kelebihan masing-masing kepada lelaki dan perempuan dalam asal kejadian mereka, ALLAH turut memberi sifat-sifat yang berbeza pada mereka sesuai dengan tanggungjawab mereka dalam kehidupan.

Oleh itu, terdapat larangan keras atas setiap jantina untuk menyerupai lawan jantinanya. Telah sabit dalam Sahih Bukhari daripada Abdullah bin Abbas RA yang berkata: "Rasulullah SAW melaknat golongan lelaki yang menyerupai perempuan, dan kaum perempuan yang menyerupai kaum lelaki."

Maklum, mereka yang dilaknat Rasulullah SAW turut dilaknat oleh ALLAH kerana ALLAH berfirman: "Dan apa jua perintah yang dibawa Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya; dan bertakwalah kamu kepada ALLAH; sesungguhnya ALLAH amatlah berat azab seksa-Nya." (Surah Al-Hasyr: 7)

Justeru, seorang lelaki tidak boleh menyerupai kaum perempuan dalam apa yang menjadi kekhususan bagi mereka, dan seorang perempuan tidak boleh menyerupai kaum lelaki dalam apa yang menjadi kekhususan bagi mereka.

Kaum lelaki yang cuba menyerupai kaum perempuan dalam kelembutan dan keayuannya, dan kaum perempuan yang cuba menyerupai kaum lelaki dalam melaksanakan tugasnya, hakikatnya mereka cuba mengubah kejadian ALLAH. Mereka dilaknat atas lisan Rasulullah SAW dan dilaknat dalam kitab ALLAH, sebagaimana firman-Nya: "Dan barang siapa yang dilaknat ALLAH, tiada sesiapa yang akan dapat menolongnya." (Surah An-Nisaa': 52)

PERANCANGAN JAHAT

Kebelakangan ini terdapat suara yang secara lantang dan berterusan menuntut kepada kesamarataan jantina antara lelaki dan perempuan dalam perjawatan dan tugas-tugas supaya mereka dapat berdiri sebaris tanpa sebarang segregasi dan pengasingan.

Kita membaca tulisan-tulisan makalah yang ditulis oleh tangan-tangan yang cacat dan pemikiran yang rosak oleh golongan yang ingin memesongkan fitrah wanita dan menyanggah perintah ALLAH dan Rasul-Nya dalam menjaga kaum Hawa dan memelihara mereka.

Suara-suara mencurigakan ini yang melaungkan slogan-slogan beracun, mereka ingin melihat kaum wanita Muslimah menjadi seperti wanita kafir yang keluar bekerja di luar rumah bergandingan dengan lelaki-lelaki yang bukan mahramnya dalam keadaan mendedahkan rambut kepala dan bahagian aurat yang lain.

Menurut mereka, kaum Hawa mewakili setengah daripada tenaga kerja di mana sekiranya tenaga kerja ini tidak digunakan maka sesebuah negara itu akan kehilangan separuh daripada tenaga kerjanya dan mengakibatkan negara tidak dapat maju ke hadapan.

Demikian pandangan mereka terhadap wanita seolah-olah wanita tidak mempunyai tugas dan tanggungjawabnya yang tersendiri. Mereka membutakan mata daripada melihat tanggungjawab besar dan penting yang harus dipikul oleh wanita di rumah sesuai dengan ciptaannya dan sejajar dengan fitrahnya.

ALLAH Yang Maha Bijaksana menjadikan wanita dengan sifat-sifat yang khas baginya, mereka mempunyai tugas-tugas yang tidak boleh dipikul oleh orang lain seperti mengandung, bersalin, menyusu, mendidik dan mentarbiahkan anak, mengurus rumah tangga, memasak dan lain-lain. Tugas-tugas ini mereka dapat laksanakan di rumah dalam suasana selamat, terjaga, terpelihara kehormatan mereka dan sejajar dengan nilai-nilai fitrah kemanusiaan.

Tanggungjawab ini sama sekali tidak bererti ia kurang nilainya berbanding tanggungjawab kaum lelaki yang bekerja mencari nafkah di luar rumah. Bahkan kaum wanita yang bekerja di luar rumah jelas akan menyebabkan rumah dalam keadaan terbiar tidak terurus. Hal ini satu kerugian besar buat masyarakat yang kehilangan satu aspek penting dalam memastikan kelangsungan pertumbuhan manusia dengan baik dan sempurna. Urusan rumah tangga yang terabai akhirnya terpaksa diserahkan kepada orang luar untuk mengurusnya.

Ironinya, alasan mereka memaksa wanita bekerja di luar rumah adalah kerana jika negara akan kehilangan setengah daripada tenaga kerjanya. Tetapi hakikatnya syubhah ini adalah tertolak kerana ia akan menyebabkan kekosongan di rumah.  Kekosongan ini akhirnya terpaksa diisi oleh orang lain.

PENDEKATAN TIDAK BIJAKSANA

Ternyata mereka terjebak dalam apa yang mereka takutkan. Persoalannya, adakah ini satu pendekatan yang bijaksana atau ia tidak lebih daripada memporak-perandakan institusi kekeluargaan, masyarakat dan negara?

Bahkan lebih buruk lagi tatkala wanita yang keluar rumah menjadi sajian mata-mata khianat dan tangan-tangan perosak. Dia menjadi bahan lahap yang terbuka di hadapan kaum dayus yang berpenyakit di hati.

Siapakah di antara mereka yang masih memiliki sifat kelelakian apatah lagi bahagian iman dan takwa walaupun sedikit rela membiarkan anak perempuannya, isterinya atau kakaknya menjadi bahan tonton pemuas nafsu golongan yang fasik dan sentuhan tangan-tangan yang khianat?

Tidakkah kebinasaan yang menimpa masyarakat lain yang meninggalkan seruan-seruan agama tatkala mereka mengabaikan penjagaan kaum wanita dan membiarkan wanita keluar rumah dalam keadaan tabarruj berpakaian tetapi telanjang sesudah mereka dicabut sifat cemburu lalu diganti dengan sifat dayus sepatutnya menjadi ibrah pengajaran buat kita?

Justeru, wajar kita bermuhasabah terhadap apa yang menimpa masyakat kafir Barat pada hari ini yang telah runtuh institusi keluarga dan masyarakat mereka gara-gara slogan batil dan palsu 'kebebasan, kesamarataan dan kesaksamaan' itu.