July 1st, 2016

Khutbah Jumaat: “Zakat Fitrah Menyempurnakan Ibadah Puasa ”

Petikan Khutbah Jumaat 01 Julai 2016:JAIS

“Zakat Fitrah Menyempurnakan Ibadah Puasa ”

Kewajipan menunaikan zakat fitrah mengandungi banyak hikmah dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada kita. Antara hikmahnya adalah:

jais.jpg1. Zakat fitrah adalah sebagai penyucian diri kita atas dosa-dosa yang telah kita lakukan dan menutup kekurangan sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan. Riwayat daripada Ibnu Abbas RAnhuma beliau memberitahu bahawa;“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan orang yang berpuasa dari kata-kata yang sia-sia dan kotor dan sebagai makanan bagi orang-orang miskin. sesiapa menunaikannya sebelum solat (‘Idulfitri) maka itu adalah zakat yang diterima, dan sesiapa menunaikannya selepas solat maka itu hanyalah merupakan sedekah dari sedekah-sedekah (biasa)”. (Abu Daud dan Ibnu Majah).

2. Zakat fitrah diwajibkan kepada semua umat Islam tanpa mengira umur, jantina dan latar belakang ekonomi bertujuan supaya setiap umat Islam berpeluang untuk berkongsi rezeki dengan orang susah yang lain.Ia boleh ditunaikan di awal Ramadhan dan wajib diselesaikan sebelum solat ‘Idulfitri.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar RAnhuma beliau berkata bahawa;“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan atas orang-orang sebanyak satu gantang kurma atau satu gantang gandum atas setiap orang merdeka atau hamba, baik lelaki mahupun perempuan dari kaum muslimin”. (Imam Muslim)


3. Zakat fitrah adalah kaedah yang diatur oleh Allah SWT untuk menyatukan hati ummah dan mewujudkan rasa mahabbah dan kebersamaan tanpa mengira pangkat dan darjat. Golongan fakir dan miskin yang menerima zakat akan berasa gembira dalam menjalani ibadah puasa dan menyambut Eidilfitri. Bahkan, amalan menggembirakan hati sesama manusia merupakan amalan yang paling disukai oleh Allah SWT.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar RAnhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling dicintai oleh Allah SWT ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat, dan amalan yang paling Allah sukai ialah kegembiraan yang dimasukkan dalam hati seorang muslim, atau menghilangkan baginya kesulitan, atau menyelesaikan hutang-piutangnya, atau menghilangkan baginya kelaparan”. (Imam at-Tabrani).

4. Allah SWT menjanjikan keberkatan, pertambahan rezeki, kebahagiaan dan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-Nya yang menunaikan zakat. Lebih-lebih lagi sekiranya menunaikan zakat dan bersedekah di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sebaliknya, Nabi SAW memberikan amaran yang keras terhadap manusia yang bersikap bakhil terhadap sesama manusia sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda;“Orang yang bakhil jauh daripada Allah; jauh dari syurga; jauh dari manusia dan hampir dengan neraka”. (Imam at- Tirmidzi).

Berdasarkan laporan kutipan dan agihan zakat fitrah di Negeri Selangor, pada tahun 2015 sebanyak RM21.5 juta telah diperolehi daripada umat Islam yang menunaikan zakat fitrah di negeri ini. Pada tahun yang sama juga, pihak zakat Selangor telah mengagihkan sebanyak RM30.2 juta kepada 44,293 keluarga asnaf fakir dan miskin di Negeri Selangor ini sebagai persiapan mereka menyambut Ramadhan dan Hari Raya Idulfitri.

Sesungguhnya kegembiraan yang dinikmati oleh fakir dan miskin adalah disebabkan sifat kasih sayang yang dizahirkan melalui ibadah zakat yang kita semua tunaikan. Natijahnya, Allah SWT menurunkan rahmat dan keberkatan serta menerbitkan rasa kasih sayang dalam hati setiap jiwa muslim yang melahirkan ukhuwah dan kesatuan ummah tanpa mengira darjat dan pangkat sesama manusia.

Mengakhiri khutbah ini, umat Islam hendaklah mengambil langkahlangkah seperti berikut;

1. Umat Islam hendaklah menunaikan zakat fitrah dengan seikhlas hati kerana Allah SWT.

2. Umat Islam hendaklah melaksanakan ibadah puasa dan ibadahibadah yang lain dengan baik dan sempurna.

3. Umat Islam hendaklah membayar zakat fitrah dengan lebih awal kerana untuk mengelakkan kesulitan kepada umum sekiranya membayar pada saat-saat akhir.

“Ambilah (sebahagian) daripada harta mereka sebagai zakat, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa dan akhlak yang buruk) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); serta doakanlah untuk mereka, (ini kerana) sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. (Ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”. (Surah at-Taubah ; 103).

Friday Sermon Text Advice For The Arrival Of Aidilfitri

Friday Sermon Text 1 July 2016AD / 26 Ramadhan 1437H JAWI

Advice For The Arrival Of Aidilfitri

Each time, with the arrival of the festive season or school holidays, the roads throughout the country would experience a huge volume of traffic. Everyone would  take this opportunity to return to their hometowns, to visit parents, relatives and others. However, jawi_logo.jpgin the excitement of heading to our destinations, we must also be aware of the importance of protecting our self and our family while on the road. This is because, at this moment, the number of road accidents have shown an increase compared to the previous years, especially with the additional number of vehicles on the road each year.

Every day, whether in print or electronic media, there are always reports of fatal road accidents. According to a report issued by the Royal Malaysian Police, a total of nineteen thousand five hundred and seventy two (19,572) accidents were recorded in Ops Selamat 8. Cases of accidents showed an increase of four hundred and seventy eight (478) cases compared to the same period in 2015, but the death rate dropped by twenty eight (28), to two hundred and seventy nine (279), compared to three hundred and seven (307) last year. In a study conducted by the Ministry of Health, traffic accidents have been listed as the fourth cause of deaths in the country

Upon reflection, this data actually warns us that the number of accidents will continue to increase from year to year if motorists and road users are still irresponsible, arrogant and self-centred. Constant reminders to drive carefully on the roads, to observe the speed limit, to always remember your loved ones and others, and that speeding kills, do not seem to have any effect on some road users or are just simply ignored. Based on studies conducted, drivers with selfish attitudes contribute to the rising number of accidents. In addition to that, common traffic violations such as speeding, using the emergency lane, driving while using the phone, and changing of lanes abruptly without using indicator lights, still continue. All these are factors that contribute to the increase in accidents.

Accidents can be avoided if motorists and road users practice responsible, safe, considerate and patient driving attitudes. This coincides with the words of Allah SWT in Surah Al-Furqan verse 63 that was delivered at the beginning of the sermon and has the following meanings: “And the servants of (Allah) Most Gracious are those who walk on the earth in humility, and when the ignorant address them, they say, "Peace!"

Courtesy and integrity are part of the structure and foundation of Islamic societies. Integrity is not limited to relationships between Muslims only. It also encompasses all human relationships. Islam rejects all kinds of crimes and vices that are rejected by nature and common sense, such as selfishness, pride and others. On the contrary, Islam accepts and encourages all kinds of positive characteristics that affects the society in relation to peace and happiness.

Value life and our family by choosing to maintain and take care of them as best as possible. Avoid getting involved in any act or action that may lead to injury and death while on the road. Even with all the rules and laws that are enforced, if we ourselves do not want to change, it shall remain a problem every year.

Allah SWT stated in Surah Al-Baqarah verse 195: Which means: “And spend of your substance in the cause of Allah, and make not your own hands contribute to (your) destruction; but do good; for Allah loves those who do good.”

The momentum of worship performed at the start of Ramadan should be continued even when we are back in our hometowns. It would be even more meaningful if we could perform it together with family and relatives. It can also bring families closer together. In addition, do not neglect our obligation of paying the zakat on time.

Rasulullah SAW stated in a Hadith narrated by Ibnu Umar R.A and recorded by Imam Al-Bukhari as follows: عَلَيْهِ وَ َسَّلّمَ َأمَرَ ُ َّّه ِج َأَّّن الَّنّبِ الَّنّا ِسِإلَى ال َّّصلَاةِ َّيّ َصلَّّى الل و ُ ر ُ بِزَكَاةِ الْفِ ْطرِ قَبْ َل خ Which means: “That the Prophet SAW commands that the zakat is offered before the Eid prayers are performed.”

Ending the sermon today, the mimbar would like to invite members of the congregation to reflect and appreciate the following as guidance and advice:

First: Be careful when on the road and avoid being the cause of accidents or harming others.

Second: Follow all safety guidelines set by the authorities to ensure the safety of our homes and possessions are secured, and to trust in Allah SWT that everything is always under His protection.

Third: Maintain the momentum in worship until the end of Ramadan, wherever we are, and do not forget to perform the obligation of zakat.

Allah SWT declared in Surah Az-Zukhruf verses 12 to 14: Which means: “In order that you may sit firm and square on their backs, and when so seated, you may celebrate the (kind) favour of your Lord, and say, "Glory to Him Who has subjected these to our (use), for we could never have accomplished this (by ourselves), "And to our Lord, surely, must we turn back!"

13 larangan ihram harus dijaga

LARANGAN ihram merupakan satu daripada perkara wajib haji atau wajib umrah. Melanggarnya tidaklah membatalkan umrah atau haji tetapi dikenakan dam. Bagaimanapun, jika ia dilakukan dengan sengaja maka hukumnya berdosa. Apabila bakal haji berniat ihram sama ada ihram umrah atau ihram haji maka wajiblah ke atas mereka untuk menjaga 13 larangan ihram.

Secara umumnya, terdapat 13 larangan ihram yang harus dijaga oleh bakal-bakal haji. Bolehlah saya ringkaskan kesemua larangan tersebut kepada empat bahagian:

a) Pakaian

1. Tidak boleh memakai pakaian berjahit (lelaki)

Melanggarnya dikenakan dam, berdosa jika sengaja


ANTARA larangan ihram bagi lelaki ialah tidak boleh memakai pakaian berjahit. - GAMBAR HIASAN

2. Tidak boleh menutup kepala (lelaki)

3. Tidak boleh menutup muka (wanita)

4. Tidak boleh memakai sarung tangan (lelaki dan wanita)

b) Kecantikan 
(lelaki dan wanita)

1. Tidak boleh memakai wangi-wangian

2. Tidak boleh menyapu minyak

3. Tidak boleh menanggalkan rambut

4. Tidak boleh memotong kuku

c) Alam sekitar 
(lelaki dan wanita)

1. Tidak boleh memburu binatang buruan

2. Tidak boleh memotong atau merosakkan tumbuhan

d) Hubungan

1. Berkahwin, mengahwinkan atau menerima nikah

2. Mukadimah persetubuhan

3. Persetubuhan suami isteri

Firman Allah SWT: “Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan haji.....” (Al-Baqarah:197)

Mengambil falsafah daripada firman Allah SWT itu, haji adalah satu madrasah untuk mentarbiahkan manusia dengan menahan diri daripada dorongan kebiasaan dan hawa nafsu. Ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi memerlukan satu komitmen untuk mematuhi tata cara manasik haji. Ia juga memerlukan pengorbanan keselesaan yang bukan sedikit. Ini bertepatan dengan mafhum hadis bahawa “haji itu adalah jihad” iaitu dengan melawan hawa nafsu.

Ada beberapa larangan ihram yang biasa dilakukan oleh jemaah haji, antaranya:


  • Memakai bau-bauan atau minyak

  • Memotong tiga kuku atau menanggalkan tiga helai rambut

  • Memakai pakaian bercantum

  • Menutup kepala bagi lelaki

  • Menutup muka bagi wanita

Kebanyakan kes ini mereka dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir. Boleh pilih sama ada memotong seekor kambing atau bersedekah dua cupak kepada enam orang fakir miskin (anggaran RM10 ringgit seorang) atau berpuasa tiga hari.

Dam ini dipanggil Dam Kaffarah yang boleh dibayar kepada fakir miskin ahlul Mekah atau setidak-tidaknya kepada petugas Masjidilharam yang memang bermastautin hidupnya di Mekah sehingga akhir hayatnya.Demikianlah sedikit panduan bagi pembaca. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat pada bakal jemaah haji yang akan menunaikan haji pada tahun ini.

Tunai zakat kepada pemerintah

MEMBICARAKAN mauduk tentang duit memang amat mengujakan. Lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri apabila masing-masing memerlukan wang untuk membuat persiapan menyambut hari lebaran. Manusia tidak kira yang kaya atau miskin, memang mendambakan duit untuk hidup.

Begitu juga dengan duit zakat. Apabila umum mengetahui kutipan oleh agensi pemungut zakat seperti Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) mencecah ratusan juta ringgit setahun maka timbullah pelbagai persepsi.


PUSAT Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan mengagihkan kira-kira RM532 juta kepada golongan asnaf di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 2015. GAMBAR HIASAN/BERNAMA

Sudah resmi manusia, tidak ada yang sempurna. Pasti ada sahaja golongan yang tidak puas hati terutama dalam bab agihan zakat. Itulah yang mencetuskan polemik mutakhir sehinggakan wujud saranan agar masyarakat mengagihkan sendiri wang zakat kepada asnaf.

Bagi menjelaskan siapakah asnaf yang layak menerima zakat, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (at-Taubah: 60)

Dengan kata lain, wang zakat tidak boleh diagih sewenang-wenangnya. Perlu ada kajian dan tapisan terhadap penerimanya. Ini supaya menepati lapan kategori asnaf sebagaimana termaktub dalam al-Quran. Mengikut pandangan Imam Syafie, jika diberikan kepada orang yang tidak layak, maka tidak menjadi zakat sebaliknya hanya sedekah. Dan pembayar ‘zakat’ itu tadi wajib menqada zakatnya itu pada tahun hadapan. Itu antara risiko jika kita membayar terus zakat kepada orang yang kita sangka layak. Dari segi agihan zakat pada 2015, PPZ Wilayah Persekutuan mem­belanjakan RM590 juta berbanding RM570 juta hasil kutipan zakat. Da­ripada jumlah itu, kira-kira RM532 juta diagihkan kepada golongan asnaf di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

LZS pula mengagihkan zakat sebanyak RM676.3 juta daripada jumlah kutipan sebanyak RM626.6 juta pada 2015. Semuanya dibelanjakan bagi menyantuni asnaf. Jika diteliti, ternyata kedua-dua institusi zakat itu mengagihkan kutipan zakat le­bih daripada pendapatan yakni hasil kutipan. Jadi, tidak sepatutnya timbul gesaan agar umat Islam membayar sendiri zakat kepada asnaf. Jika ada kes yang mendakwa dinafikan hak menerima zakat yang mudah menjadi viral dalam media-media sosial, selidik dahulu kesahihannya.

Sebabnya, ini wang zakat. Para amil yang dilantik adalah bagi mengurus wang zakat agar ia disalurkan kepada mereka yang layak. Jika bukan asnaf, maka tetap tidak layak dapat wang zakat. Sebenarnya tugas amil berat. Setiap keputusan mereka sama ada yang tepat atau sebaliknya akan dipertanggungjawabkan di hadapan mahkamah Allah kelak.

Jika benar kes sebagaimana didakwa, jangan cepat melatah dan melempar tuduhan pegawai zakat tidak tahu buat kerja, hanya duduk dalam pejabat dan sebagainya. Sebaliknya, salurkan maklumat itu kepada agensi zakat terlibat supaya tindakan segera boleh diambil.

Sekali lagi kita mengajak umat Islam berfikir sebelum memberi. Zakat itu ada roh dan falsafah dalam pelaksanaannya. Menurut ulama Islam, Syed Sabiq di dalam kitabnya: “Di antara tujuan zakat ialah memberikan kecukupan dan menutup keperluan si miskin. Maka hendaklah mereka (orang miskin) diberikan zakat sejumlah yang dapat membebaskannya daripada kemiskinan kepada kemampuan, daripada ke­perluan kepada kecukupan buat selama-lamanya”. (Fikih Sunnah, jilid 3, halaman 87).

Maknanya, apabila diberikan kepada asnaf zakat, khususnya fakir dan miskin hendaklah bersifat memenuhi keperluan mereka. Dalam erti kata lain, zakat bermaksud memberi bantuan secara sistematik dan bermatlamat. Ia bukan sekadar memberi keringanan dalam tempoh sehari atau sebulan dan kemudian penerimanya kembali jatuh miskin. Bahkan matlamatnya adalah mengeluarkan mereka daripada lembah kemiskinan.

Sebab itu, setiap orang Islam wajar menyedari di dalam setiap sen wang zakat yang mahu dihulur, ada lapan asnaf yang berhak di dalamnya. Bahkan menurut pandangan Imam Syafie di dalam kitabnya: “Apabila pemilik mahu membahagikannya (zakat) sendiri ataupun melalui wakilnya, dia wajib membahagikannya sekurang-kurangnya kepada tiga orang daripada setiap golongan (asnaf) sekiranya bilangan mereka tidak dapat dikira”. (Fiqhul Manhaji, halaman 467).

Katakanah kita mengambil lapan asnaf. Ini bermakna, jika kita ada RM80, maka setiap asnaf yang lapan berhak mendapat habuan RM10. Ini adalah ketetapan Allah SWT. Maka, cuba bayangkan jika kita hanya dikenakan zakat RM800 setahun, maka dengan pembahagian lapan asnaf itu dengan sendirinya akan mengecilkan amaun zakat bagi setiap asnaf. Asnaf fakir dan miskin hanya mendapat RM100.

Soalnya, cukupkah RM100 bagi si fakir? Dengan kenaikan kos sara hidup, RM100 itu barangkali tidak mampu bertahan. Maka, adakah pemberian sendiri wang zakat RM100 itu memenuhi kriteria roh dan falsafah zakat yang disebutkan di atas? Untuk itu, Islam menyediakan garis panduan yang terbaik di dalam menunaikan zakat. Ia boleh disabitkan kepada hujah naqal mahu pun akal. Al-Quran dan hadis adalah hujah kukuh yang tidak mampu disangkal. Hujah akal juga menunjukkan, zakat hanya mampu berperanan secara efektif bila dikumpulkan dalam dana yang besar dan dijana pula secara sistematik. Oleh itu, mengeluarkan zakat kepada amil adalah lebih tepat.

Hari ini, atas dasar maslahah ummah dan demi memaksimumkan potensi zakat, maka zakat diinstitusikan pengurusannya. Hari ini juga, amil dilantik oleh pemerintah dan diinstitusikan. Rakyat pula diperintahkan menyalurkan zakat mereka kepada institusi zakat. Maka lahirlah organisasi zakat se­perti PPZ, LZS dan sebagainya.

-

Hari raya dan air mata

SETIAP kali mendengar laungan takbir raya di Malaysia, perasaan sebak mengusik jiwa dan mampu menitiskan air mata. Manakan tidak. Melodinya yang mendayu-dayu, dialunkan pula oleh suara yang merdu, itu semua mampu mengetuk pintu kesedihan di kalbu. Di tambah pula pelbagai kisah sedih disiarkan di televisyen sama ada drama sedih, ucapan sedih anak perantauan tidak dapat pulang, kisah orang tua menyambut hari raya tanpa keluarga, tragedi kemalangan maut di hari lebaran serta pelbagai lagi sudut kesedihan dipaparkan di hari raya. Maka, jadilah hari raya kita penuh dengan babak sedih.

Termasuk juga tradisi kebanyakan tempat di Malaysia yang menziarahi tanah perkuburan selepas menunaikan solat hari raya. Sedangkan ziarah kubur pada hari raya tidak termasuk di dalam sunnah yang dianjurkan. Ziarah kubur secara umum adalah sunnah. Disebut dalam nas yang sahih. Namun, apabila mengkhususkannya pada hari raya dengan tanggapan ia sebahagian dari tuntutan agama, kefahaman ini perlu diperbetulkan. Apabila amalan ini diadakan, ia menambahkan lagi babak kesedihan di hari raya.

Mengapa bersedih?

Mengapa perlu bersedih? Hari raya ialah hari untuk kita bersyukur, bergembira dan membesarkan ALLAH SWT. Setelah berjaya mengharungi ujian mendidik diri dan nafsu selama sebulan Ramadan, maka 1 Syawal ialah detik kemenangan yang diraikan.

Ya, 1 Syawal ialah hari kemenangan dan kejayaan. Maka, raikan ia dengan kesyukuran dan kegembiraan. Bagi siapa? Kemenangan dan kejayaan ini hanya akan benar-benar dirasai mereka yang menjalani ibadah puasa dan menghidupkan Ramadan dengan penuh penghayatan.

Firman ALLAH SWT: "...dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur." (Surah Al-Baqarah: 185)Justeru, segala tahmid dan takbir dilaungkan pada hari ini bagi menzahirkan kemenangan tersebut. Ia bukan hari untuk dipenuhkan dengan episod kesedihan yang berpanjangan. Perhatikan bagaimana ALLAH sendiri memberi panduan apa yang sepatutnya kita lakukan setelah menyempurnakan ibadah puasa.

Syed Qutb ketika mengulas ayat ini dalam Tafsir Fi Zilal al-Quran menyatakan: "Inilah salah satu dari matlamat fardu puasa, iaitu supaya orang beriman dapat menyedari nilai hidayah yang ditaklifkan ALLAH kepada mereka dan mereka akan dapati kesedaran ini dalam hati mereka dalam masa berpuasa, iaitu lebih banyak dari segala masa yang lain.

Hati mereka terhalang dari memikirkan perkara maksiat dan anggota mereka tersekat dari melakukan maksiat kerana mereka benar-benar berasa dan menyedari nilai hidayah itu. Kerana itu hendaklah mereka membesarkan ALLAH yang telah menganugerahkan hidayah ini dan hendaklah mereka bersyukur kepada ALLAH terhadap nikmat ini dan seterusnya hendaklah hati mereka kembali kepada ALLAH dengan ketaatan ini sebagaimana ALLAH menyebut kenyataan berikut kepada mereka di permulaan pembicaraan mengenai ibadat puasa: "Mudah-mudahan kamu bertakwa."

Syeikh Al-Maraghiy pula ketika menghuraikan ayat ini dalam tafsirnya menyebut: "Petunjuk tersebut adalah hukum yang membawa kebahagiaan kamu di dunia dan di akhirat. Perkara itu boleh dilakukan dengan mengingat keagungan-Nya dan kearifan-Nya untuk memperbaiki keadaan hamba-Nya dengan cara mendidik mereka menurut hukum yang dikehendaki-Nya dan memberikan keringanan kepada mereka pada waktu mereka lemah, sesuai dengan keadaan mereka."

Syeikh Rasyid Redha dalam Tafsir Al-Manar  juga menjelaskan maksud ayat ini dengan menyatakan: "Supaya kamu bertakbir membesarkan ALLAH di atas petunjuk yang dikurniakan kepada kamu" daripada hukum hakam yang bermanfaat kepada kamu, dengan cara kamu mengingati keagungan dan kebesaran-Nya, serta hikmah-Nya dalam memperbaiki hamba-Nya.

Sesungguhnya ALLAH mendidik mereka menurut apa yang dikehendaki-Nya dengan hukum hakam dan membentuk adab mereka dengan kewajipan tertentu, dan memberikan kelebihan pada ketika mereka lemah dengan kemudahan (rukhsah) yang sesuai dengan keadaan mereka.

Ini semua bertujuan "mudah-mudahan kamu semua bersyukur" dengan segala nikmat ini dengan mendirikannya mengikut cara yang ditetapkan dan memberikan hak yang sepatunya kepada perkara 'azimh dan rukhsah, maka dengan cara itu kamu akan menjadi orang yang menyempurnakannya.

Hari raya anugerah-Nya

Hari raya adalah hari bergembira dan menzahirkan kesyukuran yang diizinkan oleh syariat. Ia adalah ibadah. Justeru, hari raya juga perlu disambut berpandukan sunnah. Kesucian amalan yang dipelihara selama sebulan semasa Ramadan, usah dicemarkan pada 1 Syawal dan hari-hari berikutnya.

Sedar atau pun tidak, Aidilfitri dan Aidiladha yang kita raikannya saban tahun adalah salah satu rahmat dan anugerah ALLAH buat umat ini. Anas bin Malik menceritakan: "Selepas Rasulullah tiba di Madinah, Baginda mendapati penduduk Madinah mempunyai dua hari yang mereka raikannya pada zaman jahiliah. Lalu Baginda berkata: "Aku sampai kepada kamu semua dan aku dapati ada dua hari yang kamu semua raikannya pada zaman Jahiliah, dan sesungguhnya ALLAH telah menggantikannya bagi kamu dengan dua hari yang lebih baik daripadanya: hari raya korban dan Aidilfitri." (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud & Al-Nasa'ie, hadis sahih)

Syeikh Ali Hasan Al-Halabi dalam bukunya Ahkam Al-'Idyain menukilkan komentar Syaikh Ahmad Abd Al-Rahman Al-Banna, katanya: "Ini kerana hari Aidilfitri dan hari raya korban ini adalah syariat ALLAH, dipilih ALLAH untuk makhluk ciptaan-Nya, dan kedua-duanya juga datang selepas daripada perlaksanaan dua rukun yang besar daripada Rukun Islam, iaitu: haji dan puasa. Pada kedua-dua rukun ini, ALLAH akan mengampunkan dosa mereka yang menunaikan haji dan  mereka yang berpuasa, dan Dia mencurahkan rahmat-Nya ke atas makhluk ciptaan-Nya yang taat..."

Raya ikut sunnah

Dalam keterujaan menyambut hari raya, raikan ia dengan petunjuk Rasulullah SAW. Banyak amalan sunnah di hari raya yang Baginda SAW tinggalkan sebagai panduan. Apabila kita mengamalkannya, maka jadilah hari raya yang kita sambut ini sebagai ibadah yang penuh dengan amalan sunnah.

Tidak salah untuk bergembira pada hari raya. Bahkan inilah yang dituntut. Rasulullah SAW sendiri sedaya upaya ingin melibatkan semua kaum Muslimin berpeluang meraikannya bersama-sama. Maka ditunaikan solat hari raya di tanah lapang dan diajak semua golongan untuk hadir.

Bergembiralah...

Bahkan, jika ada yang ingin zahirkan kegembiraan pada hari ini dengan aktiviti hiburan, ia diharuskan selagi mana dalam batasan syariat. Islam bukan agama kering kontang yang tidak meraikan naluri manusia yang kadang kala perlukan hiburan. Islam adalah agama yang hidup dan ia selari dengan fitrah keinsanan.

Lihatlah kisah berikut bagaimana Rasulullah SAW dan sahabat juga turut bergembira dan mereka mempunyai aktiviti hiburan yang tersendiri. Kata Aishah: "Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau Baginda yang berkata: "Adakah engkau ingin menontonnya?" Jawabku: "Ya." Lalu Baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil Baginda berkata: "Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)." Sehinggalah aku jemu. Kemudian Baginda berkata kepadaku: "Sudah cukupkah (jemukah)?." Jawabku: "Ya." Kata Baginda: "Kalau begitu, pergilah." (Riwayat Bukhari)

Jadi, apa sahaja aktiviti yang boleh mencetuskan kegembiraan pada hari raya adalah diharuskan selagi mana ia masih dalam kawalan syariat. Hari raya adalah hari kesyukuran dan mengagungkan ALLAH. Kesatlah air mata dan bergembiralah!   UstazAbd Razak Muthalib Sinar Harian Rehal 1 Julai 2016

Ketika Ramadan melabuhkan tirainya

SEGALA puji bagi ALLAH SWT Yang Maha Esa lagi Maha Kekal yang memutuskan bagi segala yang ada di dunia ini kesudahan dan penamatnya. Ia sebagai petunjuk buat manusia segala yang datang akan berlalu.

ALLAH datangkan Ramadan bagi melimpahkan kurniaan rahmat-Nya atas hamba-Nya, mengampuni dosa mereka dan melipat gandakan pahala amalan-amalan soleh. Kemudian Dia telah memutuskan bulan berkat ini akan berakhir dan berlalu. Maka barang siapa mendapat keuntungan pada bulan Ramadan ini dia menjadi saksi akan kebaikan bulan ini di sisi ALLAH, mendapat syafaatnya untuk membebaskan dirinya daripada azab serta membolehkannya mendapat ganjaran.

Adapun mereka yang kerugian pada bulan ini, ternyata dia telah membuang masa-masa yang berharga ini dengan hal-hal lara tidak bermanfaat, lalai dan melepaskan peluang. Kelak bulan Ramadan akan menjadi lawannya yang akan menegakkan hujah atasnya di hadapan ALLAH berdasarkan hak-haknya yang tidak ditunaikan dan pantang larang yang tidak dijaga.

Kini kita di penghujung Ramadan. Barang siapa yang berbuat baik sepanjang bulan ini hendaklah dia bertahmid dan bersyukur kepada ALLAH atasnya serta bergembira dengan ganjaran pahala yang menantinya. Adapun mereka bertindak buruk, wajarlah dia bertaubat kepada ALLAH dengan taubat nasuha. Sungguh ALLAH menerima taubat mereka yang berpaling kepada-Nya. Dalam masa yang sama, hendaklah dia mengambil peluang yang tersisa di penghujung bulan berkat ini kerana setiap amalan akan dinilai pada hujungnya.

Istiqamah beramal

Bagi mereka yang telah mengubah haluan hidupnya pada bulan ini dengan beristiqamah di atas jalan Tuhan, hendaklah dia terus kekal di atasnya jangan sampai meruntuhkan apa yang dibina dengan kembali kepada maksiat.

Wahai hamba ALLAH yang telah membiasakan dirinya menghadiri masjid dan mengimarah rumah ALLAH dengan ketaatan serta menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah, teruskan langkahmu ke masjid dan jangan kurangkan kedatanganmu seperti mana orang-orang munafik yang tidak datang ke masjid kecuali dalam keadaan malas. Dan jangan sekali-kali kamu putuskan hubunganmu dengan masjid. Jika tidak nescaya ALLAH akan menutup hatimu.

Nabi SAW bersabda di atas mimbar: "Hendaklah kaum-kaum tersebut berhenti daripada perbuatan mereka tidak menghadiri solat Jumaat atau ALLAH akan menutup hati mereka lalu mereka akan menjadi orang-orang yang lalai." (Riwayat Muslim)

Terus baca Quran, Qiamullail & berpuasa

Bagi mereka yang telah membiasakan diri dengan membaca al-Quran pada bulan Ramadan ini, teruskan bacaanmu. Jangan kamu putuskan hubunganmu dengannya kerana ia tali ALLAH yang kuat. Ia juga petunjuk cahaya dan penawar hatimu. Kelak ia akan memberi syafaat kepadamu di sisi ALLAH dan menjadi hujah bagimu pada hari kiamat nanti. Jangan berpaling daripadanya setelah bulan Ramadan kerana kamu sangat bergantung kepadanya.

Bagi mereka yang telah melakukan qiamullail pada Ramadan, teruskan amalanmu dan jadikan ia sebahagian daripada rutinmu di luar Ramadan walaupun sedikit dan tidak lama. Supaya kamu dapat terus bermunajat dan berdoa memohon daripada ALLAH agar diperkenankan permintaanmu. Nescaya kamu akan tergolong dalam kalangan mereka yang ALLAH sebut dalam firman-Nya: "Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat malam); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut serta berharap." (Surah As-Sajdah: 16)

Buat mereka yang sebati dengan puasa di sepanjang Ramadan, teruskan amalan mulia ini kerana puasa ialah satu tuntutan yang berterusan sepanjang tahun khususnya puasa enam hari pada Syawal.

Sabda Nabi SAW: "Barang siapa berpuasa Ramadan kemudian lalu berpuasa enam di bulan Syawal maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun." (Riwayat Muslim)

Puasalah enam hari ini sama ada pada awal, pertengahan atau  penghujung Syawal, secara berturutan ataupun berasingan.

Di samping puasa enam Syawal, anda juga dianjurkan berpuasa tiga hari setiap bulan, khususnya tiga hari putih di pertengahan bulan ketika bulan mengambang, puasa Hari Arafah, Hari Asyura dengan sehari sebelum atau selepasnya. Demikian juga terdapat puasa sunat Isnin dan Khamis serta puasa 10 hari pertama bulan Zulhijah. Kesemua hari ini dianjurkan kita berpuasa padanya dan barang siapa yang ingin terus menambahnya bolehlah dia berpuasa sehari dan berbuka sehari sebagaimana yang dianjurkan Nabi SAW.

Teruskan bantu & sedekah

Jika anda sudah biasa dengan bersedekah pada Ramadan, teruskanlah amalan murnimu ini sepanjang tahun. Bersedekahlah, sesungguhnya ALLAH akan membalas kebaikanmu. Utamakan mereka yang memerlukan dalam kalangan mereka yang tidak meminta-minta.

Demikianlah ia setelah Ramadan berakhir. Amalan seorang mukmin itu tidak akan berakhir selagi mana hayat di kandung badan. Firman ALLAH: "Dan sembahlah Tuhanmu sehingga keyakinan (ajal) sampai kepadamu." (Surah Al-Hijir: 99)

ALLAH menukilkan perkataan Nabi Isa AS dalam firman-Nya: "Dia (ALLAH) berpesan kepadaku supaya mengerjakan solat dan menunaikan zakat selagi mana aku bernyawa." (Surah Maryam: 31)

Wajib keluar zakat fitrah

Muslimin Muslimat yang dirahmati ALLAH, sesungguhnya ALLAH mensyariatkan buat kita di penghujung bulan yang berkat ini ibadat untuk kita terus mendekatkan diri kepada ALLAH. Disyariatkan atas kita zakat fitrah sebagai satu kefarduan atas orang dewasa dan kanak-kanak, lelaki dan perempuan di samping orang merdeka dan hamba.

Ia adalah zakat tubuh badan kita sebagai pencuci buat orang yang berpuasa daripada hal-hal lara tidak bermanfaat dan dosa-dosa. Ia juga sebagai tanda kesyukuran kita kepada ALLAH kerana dapat menyempurnakan puasa Ramadan serta amalan-amalan kebaikan yang lain pada bulan berkat ini, dan ihsan kita kepada fakir miskin.

Tuntutan zakat fitrah adalah wajib atas setiap individu Muslim dan mereka yang di bawah tanggungan nafkahnya dalam kalangan isteri, anak-anak serta semua yang di bawah tanggungannya.

Anak yang masih dalam kandungan ibunya belum lahir tidak wajib dikeluarkan zakat fitrah baginya. Zakat fitrah dikeluarkan di tempat seseorang itu berada ketika genap bulan Ramadan bagi dirinya dan tanggungan anggota keluarganya.

Waktu mula menunaikan zakat fitrah adalah setelah terbenam matahari pada malam hari raya dan berterusan sehingga tiba solat Hari Raya Aidilfitri. Dibolehkan mempercepatkan serahan zakat fitrah sehari dua sebelum hari raya iaitu pada hari 28 atau 29 Ramadan.

Jika terlewat sampai selesai solat hari raya tanpa keuzuran, orangnya berdosa dan apa yang dikeluarkan itu hanya akan dikira sebagai sedekah sahaja.

Sabda Nabi SAW: "Barang siapa menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat maka ia adalah zakat yang diterima; dan barang siapa menunaikannya selepas solat maka ia hanyalah sedekah antara bermacam-macam-macam sedekah." (Riwayat Abu Daud, hadis sahih) Ustaz Idris Sulaiman Sinar Harian Rehal 1 Julai 2016

Berkira bayar zakat

SUATU hari seorang lelaki separuh baya masuk ke kaunter zakat Selangor di Selayang. Dia bertanya: "Harga zakat fitrah tahun ini berapa ringgit ustaz?". Ustaz menjawab: "RM6", Dengan rupa terkejutnya, lelaki itu menuturkan: "Aih! Kenapa mahal sangat?". RM6 sudah dianggap mahal?

Kisah ini sudah agak lama berlaku tapi masih segar di ingatan Perunding Dakwah Zakat di Lembaga Zakat Selangor (Mais) dan juga pendakwah, Ustaz Hamizul Abdul Hamid. Kongsinya lagi, harga fitrah waktu itu pun masih belum mencecah RM7. Sudah dianggap mahal.

Katanya, di negeri lain, ada yang harga fitrahnya dibahagi kepada dua kategori. Setiap kategori mewakili gred beras yang dimakan. Beras mahal dan berkualiti, ialah RM7. Beras murah dan kualiti rendah, harganya RM5. Itu pun ada juga berlaku insiden yang tidak diingini.

"Seorang ustaz pernah bercerita kepada saya, katanya: "Biar pun ada dua harga fitrah, namun ramai memilih membayar dengan harga terendah.

"Majoritinya, mereka seolah-olah tidak mampu. Walhal, harga RM5 itu ialah bagi orang yang makan beras hancur. Mustahil ramai sangat makan beras hancur. Buktinya, mereka datang ke masjid pakai kereta besar, tetapi bila membayar fitrah pakai harga beras murah. Pelik sungguh." ini cerita benar. Bukan rencah rekaan penyedap kisah.

Realiti manusia, memang berkira dalam urusan pahala. Sebagai amil yang bergelumang dengan pembayar zakat, beliau temui pelbagai jenis pembayar dengan ragam yang berbeza. Termasuklah dalam kalangan yang berkira-kira seperti ini. Apatah lagi jika punya tanggungan ramai, makin terbeliak biji mata dibuatnya.

"Er ustaz... banyak tu, RM70! Tak de diskaun ke?" Sedangkan, itulah nilaian zakat yang wajib bagi dirinya dan tanggungannya. Beliau terfikir, jika mereka menonton wayang pun, pastilah kosnya lebih mahal. Tetapi, tidak pula mereka meminta diskaun kepada penjaga tiket. Apatah lagi jika berhabis membeli perabot baru, kabinet baru berharga ratusan ribu, langsir baru dan sebagainya. Langsung tidak terketar-ketar keluarkan duit, tapi perkara wajib dan dituntut payah ditunaikan.

UJIAN IMAN

Hakikatnya, zakat fitrah memang ujian keimanan. Ia bagi menilai parameter iman kita, di tahap mana setelah sebulan ia dicanai oleh 'sekolah' Ramadan. Adakah iman kita sudah berjaya digemburkan?, Takwa juga sudah semakin subur? Sudah semakin ghairah berebut-rebut dengan amalan berpahala. Sudah tidak sabar mencari ruang melebarkan amal. Sedekahnya seperti air. Zakat seperti angin. Laju tanpa ada yang dapat menghalangnya.

"Ingatlah, keikhlasan dalam memberi inilah bayangan takwa. Bukankah puasa ini sebagai medan mengasah takwa. ALLAH SWT sudah memberikan harapan kepada kita. Mudah-mudahan kita beroleh takwa (firman-Nya dalam Surah Al-Baqarah ayat 183). Sepatutnya, Ramadan menatijahkan takwa. Sayangnya kenapa tidak berlaku?," soalnya.

Beliau mempersoalkan, salah Ramadan atau salah siapa? Sebulan lamanya, nafsu ditekan. Siang berpuasa, penatnya minta ampun. Pedih perut menahan lapar, perit tekak menahan dahaga. Nafsu meronta-ronta mahu bebas, kita berjaya tundukkan. Malamnya, ditekan lagi dengan ibadah. Tarawih 20 rakaat atau lapan rakaat, luar biasa.

Menurutnya, sedangkan pada bulan lain, solat sunat rawatib pun belum tentu dilakukan. Ditambah lagi tahajud dan witir. Qiyam di 10 malam terakhir. Sahur di pagi buta. Ditekan lagi dengan tadarus al-Quran dan zikrullah dan macam-macam lagi. Pendek kata, nafsu menjadi mengah, longlai dan lemah. Hampir pengsan dibuatnya. Natijahnya apa? Sekali lagi, salah Ramadan atau siapa?    

Liat, lupa zakat fitrah

Apakah sebulan Ramadan itu belum mencukupi untuk tunai kewajipan?

DALAM kesempatan yang lain, seorang lelaki pernah mengadu.

"Alamak ustaz, saya dah berdosa."

"Kenapa pula?"

"Saya lupa nak bayar zakat fitrah." Ini satu lagi gejala dalam masyarakat kita. Sebulan lamanya diberikan ALLAH masa untuk menunaikannya, namun masih ada yang terlupa. Apalah yang terlalu sibuk bermain di fikirannya? Mungkinkah mereka terlalu ghairah mahu menyambut hari raya? Atau terlalu sibuk mengaut untung berniaga pada bulan puasa?

MAHU KEJAR AFDAL

"Hari raya itu kan paling afdal membayar zakat fitrah ustaz. Maka, sebab itu saya tunggu dulu nak bayar fitrah. Nak cari waktu paling afdal." Mungkin ada orang yang beralasan seperti ini. Dengar sekali lalu, macam bagus sangat. Ia lah, mahu menunaikan zakat fitrah pada pagi raya.

Sayangnya, pagi raya itu jugalah mereka sibuk. Di kampung seluruh sanak-saudara berkumpul di rumah emak. Bilik air hanya satu. Beratur menunggu untuk mandi. Waktu makin gawat, mandi pun ala koboi sahaja. Akhirnya lambat ke masjid. Sampai sahaja di laman masjid, imam sudah mengangkat takbir. Langsung berlari menaiki tangga dan mengangkat takbir sama. Selepas salam, balik ke rumah dan menyambung misi berziarah ke rumah kenalan dan saudara-mara. Zakat fitrahnya, langsung dilupakan. Hinggalah masuk hari raya ke tujuh, baharulah teringat. Itu pun bila isteri bertanya: "Abang sempat ke bayar zakat fitrah? Bukankah abang lambat sampai ke masjid? Lepas itu kan langsung kita sibuk beraya. Jangan abang lupa sudahlah?."

Pap! Satu tamparan hinggap di dahinya. "Abang lupa!"

Inilah antara penyakit dalam kalangan umat Islam hari ini. Berasa fitrah mahal, memilih harga terendah dan paling tragis, lupa dan liat membayar fitrah. Bayangkan, di mana rasa keimanan, kerana perkara sepenting ini pun dianggap begitu remeh. Di manakah nilaian iman? Di mana pula darjat takwa?

Capai darjat takwa

Itu belum ditambah dengan elemen pembaziran pada Ramadan. Berlebihan pula menyambut Aidilfitri. Belum dihitung segala kos persiapan yang katanya 'sederhana', tetapi tetap berbunyi 'wow' itu.

Ustaz Hamizul, pembaziran wajib dihentikan. Berpadalah dalam segala hal. ALLAH tidak melihat zahir kita, tetapi melihat hati kita. Jika zahir hebat bergaya, tetapi iman longlai tiada gunanya. Jadi, bagaimanakah kita dapat mencapai darjat takwa di sisi Ramadan?

Ustaz Hamizul memberi tip mudah. Mari sama-sama kita amalkan.

1. Tentukan niat. Jika sedari awal kita berniat mahu mencari takwa, maka seluruh kerja dan perbuatan dalam bulan ini menjurus kepada takwa.

2. Kenal pasti amalan takwa. Apakah yang disebut amalan takwa di sisi ALLAH dan itulah yang kita kerjakan. Misalnya bersedekah, berzakat, membantu orang dan mengajak kepada kebaikan.

3. Tutup pintu kepada amalan yang dimurkai ALLAH. Banyak sekali, termasuklah suka membazir, menunjuk-nunjuk, mengumpat, membuang masa dan menyalah guna nikmat ALLAH.

4. Cari geng takwa. Ramadan, geng takwa senang dikenal pasti. Misalnya, mereka orang yang suka berada di masjid, beriktikaf, membaca al-Quran, menyantuni orang yang memerlukan dan menjaga solat jemaahnya. Dampingilah mereka.

5. Mengisi hati dengan nasihat agama. Caranya selalu dampingi majlis ilmu, mendekati orang alim dan orang soleh, banyak membaca buku agama dan motivasi iman dan takwa. Ingatlah, ALLAH memerintahkan kita berpuasa, kerana ia cara terbaik mendidik manusia. Musuh manusia paling utama, si Iblis sudah pun dikurung. Dikunci rapat-rapat. Satu-satunya halangan buat manusia menzahirkan ketaatan, ialah hasutan nafsu.

Menurut Ustaz Hamizul, sebab itulah Ramadan bulan melentur nafsu. Dengan harapan, sebulan berlalu, nafsu sudah terbentuk. Kelak, Iblis pun sukar mengajak nafsu bersekongkol melakukan kejahatan. Ibarat seekor kuda liar yang ganas. Kuda yang ganas, tidak ada manfaat di sisinya. Ia hanya suka memberontak. Maka, Ramadan datang bersama pakej terbaik melunakkan nafsu kita yang ganasnya bak kuda liar itu.

WASPADA DENGAN NAFSU

Akhirnya, cermatilah baik-baik pesanan yang pernah dinukilkan oleh Imam Al-Ghazali dalam hal melentur nafsu lewat pertanyaan ketiganya kepada anak-anak muridnya.

"Apakah yang paling besar di dunia ini?"

"Gunung, bumi, lautan dan matahari." Jawab anak-anak muridnya.

"Semua jawaban itu benar." Kata Imam Al-Ghazali.

"Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah nafsu," Jawapan ini sebenarnya merujuk firman-Nya: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dalam (kalangan penghuninya) jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat ALLAH), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan ALLAH), dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al-A'raff: 179)

Maka kita harus waspada dan berhati-hati dengan nafsu. Jangan sampai nafsu mendorong kita ke neraka. Tunaikanlah zakat fitrah tanpa sebarang rungutan, barulah mudah mendapat barakahnya!.