July 11th, 2016

Manfaatkan 
rumah terbuka, Adab di rumah terbuka Syawal

Adab di rumah terbuka Syawal

RUMAH terbuka atau open house sudah sinonim dalam kalangan umat Islam hari ini terutamanya apabila tibanya Syawal. Syawal juga dirasakan seolah-olah tidak lengkap tanpa mengadakan rumah terbuka.

Dalam penganjuran rumah terbuka ini biasanya tuan rumah akan menerima kunjungan kaum keluarga, sanak saudara dan rakan-taulan di kediaman masing-masing bagi sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri manakala ada segelintir umat Islam yang berkemampuan memilih mengadakannya di hotel-hotel mewah dan dewan-dewan besar. Tidak kurang juga ada yang sanggup berbelanja mewah dan berhabis-habisan semata-mata untuk mengadakan rumah terbuka dengan alasan bulan Syawal hanya sekali dalam setahun.


SPEAKER Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Muhamad (empat dari kanan) melayan sebahagian daripada tetamu berbilang kaum di Ayer Molek, Melaka, kelmarin. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

Meskipun Syawal hanya setahun sekali namun sebagai tuan rumah perlulah bijak dalam menguruskan majlis agar tidak berlaku pembaziran. Berlebih-lebihan dalam sambutan atau menunjuk-nunjuk dalam penganjuran keraian sehingga akhirnya menjadi beban kepada diri sendiri dan keluarga adalah dilarang sama sekali oleh Islam.

Hakikatnya, Islam menganjurkan umatnya supaya bersederhana dalam segala hal terutamanya dalam mengadakan rumah terbuka. Amalan ini adalah selari dengan apa yang ditekankan oleh Islam menyuruh umatnya beristiqamah setelah berakhirnya Ramadan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka tetaplah (istiqamah) engkau wahai Muhammad di jalan yang benar seperti yang diperintahkan bersama orang yang bertaubat dan janganlah kamu melampaui batas.” ( Hud, 11: 112). Justeru meraikan rumah terbuka pada hari lebaran ini tidak semestinya secara besar-besaran namun apa yang penting niat kita untuk memuliakan bulan tersebut dengan penuh ke­syukuran.

Selain itu, dalam mengadakan majlis rumah terbuka umat Islam wajib menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang secara jelas dilarang oleh Allah SWT. Ada dalam kalangan umat Islam yang merosakkan ketaatannya selama sebulan sepanjang Ramadan hanya pada hari pertama Syawal. Mengadakan rumah terbuka dengan melayan tetamu sehingga meninggalkan solat, tidak menutup aurat, pergaulan bebas tanpa batas antara lelaki dan perem­puan yang bukan mahram, makan yang terlampau sehingga membahayakan kesihatan dan sebagainya.

Walaupun amalan rumah terbuka bukanlah satu syariat yang diwajibkan oleh Islam sempena Hari Raya Aidilfitri, namun jika dilakukan menurut garis panduan syarak amalan tersebut boleh menjadi satu ibadah. Konsep rumah terbuka ini sebenarnya menyediakan ruang luas kepada umat Islam untuk terus melakukan amalan yang dituntut oleh Islam. Antaranya, memberi peluang kepada umat Islam untuk ziarah-menziarahi, mengeratkan silaturahim, bermaaf-maafan, bertukar-tukar fikiran dan dapat melayan serta menjamu tetamu yang hadir.

Di samping itu, amalan kunjung-mengunjungi ini juga membolehkan persaudaraan yang selama ini renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang jauh menjadi dekat dan sebagainya. Lantaran itu, akan terbentuk satu ikatan kasih sayang yang mengeratkan sesama insan.

Sebagaimana Islam sangat menggalakkan agar sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan silaturahim dan ukhuwah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (al Hujarat: 47: 10).

Dalam pada itu, Islam telah menggariskan beberapa adab ketika mengadakan rumah terbuka. Sebagai tetamu perlulah berniat baik atas kunjungannya, tidak memilih-milih tempat untuk berkunjung seperti rumah orang berharta, berpangkat dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat manakala waktu berkunjung pula hendaklah memilih masa yang sesuai. Janganlah berkunjung pada waktu awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaan pada waktu tersebut pihak tuan rumah sedang berehat.

Begitu juga dengan adab bersalam–salaman dan berjabat tangan mestilah dilakukan mengikut lunas-lunas Islam. Jangan pula kita mengikut budaya Barat bersalaman tanpa mengira lelaki ataupun wanita. Majlis rumah terbuka juga perlu dijauhkan daripada menjadi medan pergaulan bebas antara te­tamu yang bukan mahramnya. Pergaulan bebas serta percampuran secara melampau antara lelaki dan perempuan boleh mengundang majlis yang asalnya untuk mendapat rahmat Allah SWT, bertukar menjadi majlis yang mengundang kemurkaan Allah SWT.

Selain itu, sebagai tetamu, seboleh-bolehnya kita menjaga adab terutama ketika mengambil juadah yang disediakan. Cuba elakkan makan dengan tamak dan gelojoh di rumah terbuka. Makanlah sekadarnya dan ingatlah masih ada ramai tetamu yang akan datang untuk menjamu selera. Menjaga adab bertamu pen­ting agar tidak tercemar dan dapat menjaga imej kita sebagai tetamu serta disenangi oleh tuan rumah.

Sementara itu, bagi tuan rumah, beberapa adab yang perlu dipelihara antaranya, mestilah berniat ikhlas menerima kunjungan dan bukannya menunjuk-nunjuk serta memilih tetamu yang berpangkat untuk diajak bersembang. Tuan rumah perlulah menghormati dan memuliakan semua tetamu. Ingatlah bahawa memuliakan dan me­layan tetamu dengan baik, adalah amalan para Nabi dan Rasul terdahulu.

Konsep rumah terbuka sepanjang bulan Syawal adalah satu amalan yang baik. Walaupun penganjurannya hanya dilihat sebagai satu budaya masyarakat di Malaysia, namun jika caranya betul dengan menepati adab-adab yang bertiangkan syariat Islam serta jauh daripada perkara-perkara tercemar yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT, ia boleh dianggap ibadah dan wajar diteruskan.


Manfaatkan 
rumah terbuka

MUSIM rumah terbuka datang lagi. Bermula pada hari raya pertama lagi, sudah ramai yang mengadakan rumah terbuka. Walaupun pada hari raya pintu rumah sentiasa terbuka, tetapi bezanya, rumah terbuka diiringi dengan jemputan. Maknanya, ada hidangan istimewa untuk tetamu yang datang.

Ada yang berebut-rebut hendak mengadakan rumah terbuka. Ada yang sudah jadi rutin, mesti adakan rumah terbuka setiap tahun. Yang tidak pernah buat rumah terbuka pun hendak buat rumah terbuka. Pendek kata, dalam kalangan keluarga ataupun rakan-rakan, ada yang sudah menempah tarikh dan masa awal-awal lagi untuk mengadakan rumah terbuka supaya tidak bertembung dengan yang lain.

Bagi negara kita yang mewah dengan makan minum, tidak ada halangan untuk mengadakan rumah terbuka. Yang hendak datang pun tidak ada masalah kerana masing-masing mempunyai kenderaan. Cuma yang menjadi masalahnya adalah jika seseorang itu berada di luar kawasan dan tidak sempat untuk menghadirinya.

Kita juga mensyukuri nikmati keamanan negara yang memudahkan kita bergerak ke mana-mana untuk memenuhi undangan dan tuntutan sesuatu majlis. Oleh itu, rumah terbuka yang diadakan selalunya mendapat sam­butan menggalakkan.

Bagi yang memahami konsep hari raya dan rumah terbuka, tetamu yang datang bukan hanya untuk mengisi perut semata-mata tetapi yang pentingnya adalah untuk bertemu, mengucapkan selamat hari raya dan bermaaf-maafan dengan sanak saudara dan rakan-rakan yang tidak sempat ditemui sebelumnya kerana rumah terbuka biasanya tempat semua berkumpul.

Rumah terbuka mendatangkan pelbagai kesan positif dalam kalangan anggota masyarakat dan ahli keluarga. Hubungan yang lebih akrab akan terjalin menerusi rumah terbuka. Maka tidak hairanlah, di kampung-kampung pun sudah diadakan rumah terbuka untuk merapatkan anggota masyarakatnya.

Di kawasan-kawasan bandar pula, ikatan kejiranan dan perpaduan kaum dapat dimantapkan lagi kerana proses kenal-mengenal akan lebih mudah berlaku dalam majlis-majlis seperti ini selain daripada aktiviti gotong-royong, hari keluarga dan sebagainya.

Penulis berpendapat, pengisian rumah terbuka ini sangat penting untuk mencapai matlamatnya. Rumah terbuka bukan hanya untuk bersuka ria di samping merasai juadah yang disediakan tetapi dari aspek lain, majlis mestilah memfokuskan kepada tujuan sambutan hari raya itu sendiri iaitu untuk bermaaf-maafan sesama kita.

Rumah terbuka bukan untuk menunjuk siapa lebih hebat dalam menyediakan makan minum beraneka jenis sampai tidak habis hendak dimakan, dan bukan juga untuk meraikannya dengan makan minum yang tidak halal, riuh-rendah seperti parti dengan majlis tari-menari dan sebagainya.

Kesucian Aidilfitri mesti dipelihara meskipun tetamu yang dijemput berbilang bangsa. Kita sangat bimbang rumah terbuka dicemari dengan acara-acara yang tidak diingini terutamanya sambutan yang diadakan oleh anak-anak muda di kawasan bandar.

Rumah terbuka juga mestilah disambut secara sederhana. Pembaziran selalu berlaku kerana pertembungan rumah terbuka yang diadakan oleh individu tertentu.

Di kawasan-kawasan padat penduduk, biasanya setiap hujung minggu, rumah terbuka diadakan dan ada yang terpaksa memenuhi lebih daripada lima undangan setiap hari. Penyediaan makan minum mestilah diambil kira supaya tidak berlaku pembaziran. Bagi yang sudah biasa mengadakan rumah terbuka, mereka sudah mempunyai pengalaman untuk mengetahui kuantiti makanan yang perlu disediakan supaya tidak berlaku pembaziran.

Di samping itu, golongan yang kurang bernasib baik tidak boleh diketepikan untuk diundang sama meng­hadirinya. Adalah lebih bermanfaat jika di sebalik kita meraikan hari yang mulia ini dengan pelbagai jenis makan minum, kita menoleh kepada mereka yang kurang berpeluang merasai nikmat yang sama kita kecapi. - M. Jasni Majed Utusan Malaysia Rencana 11 Julai 2016 6:03 PM

Bersederhana raikan Syawal , Terus pupuk perpaduan

Terus pupuk perpaduan

SAUDARA PENGARANG,

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini adalah masa untuk rakyat berbilang kaum dan agama mengunjungi rumah terbuka berkenaan bagi menggalakkan integrasi dan perpaduan di negara ini.

Kos sara hidup tinggi serta kuasa membeli yang berkurangan tidak melemahkan semangat umat Islam untuk mengadakan rumah terbuka dan menyambut hari raya kerana mereka sememangnya telah dididik untuk meraikannya dengan cara lebih berhemat.


AMALAN mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri mampu menggalakkan integrasi dan perpaduan kaum di negara ini. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

Hari Raya Aidilfitri memberi makna khas bagi umat Islam kerana bukan sekadar hari kegembiraan dan kesyukuran tetapi juga hari perdamaian, pengampunan dan memupuk persaudaraan serta perpaduan.

Perayaan seperti ini perlu diteruskan setiap tahun kerana dapat mengeratkan lagi hubungan harmoni dalam kalangan rakyat Malaysia berasaskan semangat sebenar 1Malaysia kerana semua agama menggalakkan penganutnya untuk berbuat baik, merendah diri, jujur dan menghormati antara satu sama lain.

Selain Hari Raya Aidilfitri, perayaan lain seperti Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, Hari Gawai dan Kaamatan adalah perayaan yang dapat memupuk keharmonian dan perpaduan antara kaum.

Budaya mengadakan rumah terbuka sempena perayaan berkenaan harus dipraktikkan oleh semua orang supaya hubungan erat dapat dibina dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Kini, kita telah sampai pertengahan 2016. Oleh itu, sudah tiba masanya bagi kita mempertingkatkan aspirasi untuk memupuk semangat persahabatan berdasarkan perkongsian dan menghormati antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang sosial, ekonomi dan agama.

Kita tidak harus membenarkan struktur sosial yang terbukti berjaya mewujudkan keamanan yang dibina sejak kemerdekaan pupus disebabkan oleh penghasut semata-mata.

Ini juga masanya untuk kita mempercepatkan subjek silang budaya di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar di negara ini.

Kanak-kanak di peringkat tadika dan sekolah rendah boleh dibentuk untuk menjadi seorang yang ‘buta warna’ iaitu dapat berinteraksi dengan semua tanpa mengira warna kulit seseorang itu.

Keseriusan ancaman kepada masyarakat seperti dadah dan pedofilia boleh ditangani jika wujud hubungan perpaduan yang kuat dalam masyarakat kita. Orang ramai perlu bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan seperti polis untuk melawan ancaman-ancaman tersebut.

Dalam pada itu, jika budaya keselamatan boleh diterapkan dalam kalangan pengguna jalan raya, penunggang motosikal dan pemandu pengangkutan awam; kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan sempena musim perayaan kali ini.

Ini adalah kerana kira-kira 80 peratus kemalangan jalan raya berlaku disebabkan faktor kecuaian manusia termasuk mengguna lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat, memandu melebihi had laju, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit dan tidak memakai topi keledar.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, pemimpin politik harus menghentikan permainan politik mereka dan bekerjasama rapat dengan semua lapisan masyarakat untuk membantu rakyat.

Hentikan retorik politik dan berilah tumpuan terhadap isu-isu berbangkit terutamanya keperluan rumah mampu milik dan kesan peningkatan kos sara hidup terhadap kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah serta golongan miskin di bandar.

Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam dan marilah kita bersama-sama menghormati kepelbagaian kita dalam semangat 1Malaysia.


Bersederhana raikan Syawal


SAUDARA PENGARANG,

SAYA mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Dalam kesibukan kita berhari raya di kampung halaman, berpakaian baru, menghias rumah dan menyediakan kuih-muih, saya berharap kita semua tidak melupakan prinsip sederhana dalam setiap tindakan.

Walaupun kita disunatkan berhias dan bergembira pada hari raya tetapi ini bukan bermakna kita boleh berlebih-lebihan sehingga melampaui batasan kemampuan diri.

Sebaliknya kita perlu berbelanja mengikut kadar kemampuan masing-masing, berjimat cermat dan tidak boros.

Janganlah kita terlalu mengikut kehendak hawa nafsu yang ingin bermegah-megah, sehingga berbelanja melebihi keperluan dan sanggup berhutang.

Sikap sedemikian hanya akan membuatkan kita dibebani hutang selepas hari raya nanti.

Allah SWT menegah perbuatan membazir dalam surah al-Isra’ ayat 26-27 yang bermaksud: “Janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang boros itu saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Sebenarnya, tujuan kita menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah untuk meraikan kemenangan setelah berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan.

Oleh itu, eloklah kita bersikap sederhana terutama dalam menjamu selera. Kita hendaklah berpada-pada dalam menjamah hidangan yang disediakan di rumah terbuka dan makan sekadar yang perlu sahaja.

Begitu juga sebagai tuan rumah kita juga perlu merancang apakah menu hidangan yang sesuai kepada tetamu agar makanan terbabit tidak terlalu banyak sehingga berlaku pembaziran yang dibenci Allah SWT. Nurul Hidayah Akilah Ishak Utusan Malaysia Forum 11 Julai 2016 6:04 PM

Selamat Hari Raya or Eid Mubarak? To Eid or not to Eid

To Eid or not to Eid

JULY 11 — I read with interest the article written by Surekha Yadav titled “Selamat Hari Raya or Eid Mubarak?” (Malay Mail Online, July 10, 2016). Indeed, I am sure all of us have noticed the gradual encroaching of the Arabic language in recent years. The writer was certainly correct in saying that Arabic - or any language for the matter - is a rich and beautiful language. If given the opportunity, I too would like to learn the Arabic language.

However, the over-usage of Arabic terms nowadays may only serve to overwhelm and alienate non-speakers of the language. Two weeks ago during an Interfaith Buka Puasa event, I had the privilege of hearing the Islamic prayer or ’doa’ being recited in English. For the first time in my 25 years of age, I fully understood the prayer recited by my Muslim friends. The words and content of the prayer were so meaningful and so sincere that I felt tears welling up in my eyes. And I felt a tinge of sadness, that I have missed out on such a beautiful aspect of Islam for so many years just because I am a non-Arabic speaker.

While Arabic terms can be introduced, care should also be taken to preserve the local culture. Surekha hit the nail on the head when she said Malay culture is more than just the culture of one people, but it is deeply entrenched in Malaysian and even South East Asian culture. Growing up in Malaysia, for example, we are quite accustomed to wishing one another ‘Selamat Berbuka Puasa’ or ‘Selamat Hari Raya’. But when Arabic terms become the popular norm, many of us non-speakers are left to flounder at a loss. Do I wish my friends Selamat Hari Raya or Eid Mubarak? Will saying ‘Selamat Hari Raya’ make me look un-cool? But what does Eid Mubarak actually mean? Is it just Eid Mubarak, or Selamat Eid Mubarak? And the (unnecessary) angst goes on.

Most importantly, we need a common language to impart interfaith understanding among our multicultural society. Due to Islamophobia, Islam has been badly misunderstood in some communities. Even in a majority Muslim country such as Malaysia, religious tensions are at an all time high. Perhaps rather than creating an elitist club, what we really need is to build a simple bridge that can connect us with one another. - Florence Yeap The Malay Mail Online Opinion What You Think Monday July 11, 2016 06:25 PM GMT+8

Selamat Hari Raya or Eid Mubarak?

JULY 10 — I am a sucker for the holidays. Deepavali, Chinese New Year, Christmas — I love all the pomp and fanfare that comes along with each festival.

But my personal favourite is definitely Hari Raya because I get to enjoy it as an enthusiastic outsider so all of the kueh tarts but none of the stress.

And Hari Raya brings out the most amazing outfits. Colour-coordinated families from five-year-old son to one-year-old daughter perfectly matched by accents or fabric to the young couple posing stylishly in an Instagram perfect post at void decks across the island — all clad in sarong kebayas and baju kurungs of every possible colour.

I also love the food. A visit to the Geylang Raya bazaar is an absolute must and this year the gentrification of this tradition was both heartening and sad.

The introduction of all these newfangled trends and foods (from a rainbow bagel to macaron ice-cream sandwiches) and the queues that formed by these stalls eclipsed the staples of prawn vadai and the iconic Ramly burger stands but at least it brought more young people to the festivities and that can’t be a bad thing.

Maybe we just need a little more inventiveness — rainbow prawn vadai for next year perhaps?

A woman shops for a songkok at a Ramadan bazaar in Singapore on July 4, 2016. — Reuters picA woman shops for a songkok at a Ramadan bazaar in Singapore on July 4, 2016. — Reuters picBeyond the sights, sounds, colours and flavours of the bazaar — there are the spreads waiting at the welcoming homes of Muslim friends and families; Ayam Bakar Padang, Lontong, Sayur Lodeh, Sambal Sotong, Udang Sambal Petai, Ayam Masak Opor and the desserts again capturing the myriad of colours that come with this celebration.

I love all of it.

Except one thing that has become increasingly prevalent — have you noticed lately that nobody says “Selamat Hari Raya” any more. More and more people are switching to “Eid Mubarak” casually, unthinkingly and nearly instinctively.

A Malaysian friend says she noticed it almost immediately after returning to KL from abroad in 2014. Suddenly, the billboards were saying the Arabic greeting of “Eid Mubarak” instead of the native Malay “Selamat Hari Raya.”

The Sultan of Johor summed this up when he explained why he preferred to use terms like “Hari Raya” instead of “Eid al-Fitr”, or “buka puasa” instead of “iftar” as “I have been using these Malay terms since I was a child... I have no intention of replacing these terms with Arabic.”

Why are we using Arabic? It is a beautiful language and carries with it a rich culture but my concern is this culture is eclipsing the authenticity of our local culture.

Malay culture is much more than just the culture of one people — it is in many ways the spirit of this corner of the world. Black and white photographs of my mother in a well-stitched kebaya or the endless repertoire of P. Ramlee songs my Uncle can croon are all testament to this.

I worry that we are beginning to frame this South-east Asian identity as less than its Arabic counterpart and this would be a shame because losing the culture would cause us to lose so much of what makes this region proud.