July 15th, 2016

Khutbah Jumaat : “Vaksin; Pencegahan Demi Kemaslahatan ”

Petikan Khutbah Jumaat 15 Julai 2016:JAIS

“Vaksin; Pencegahan Demi Kemaslahatan ”

Kehidupan berkualiti menjadi matlamat bagi setiap manusia. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian untuk menjamin jais.jpgkehidupan berkualiti, ialah aspek kesihatan yang merupakan nikmat yang sangat bernilai daripada Allah SWT. Tanpa kesihatan yang baik, kita tidak mampu menjalankan tugas dan kewajipan sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

Nikmat sihat yang diberi perlulah disyukuri dan dijaga sebaiknya, supaya kita boleh terus beribadah. Kita dituntut mengamalkan gaya hidup secara sihat sebagaimana yang telah diajar Rasulullah SAW. Kita juga hendaklah berhati-hati supaya dapat mencegah segala bentuk penyakit yang berpunca daripada pemakanan, persekitaran, emosi serta tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan.

Baru-baru ini negara telah dikejutkan dengan wabak penyakit berjangkit iaitu difteria yang telah meragut 2 nyawa kanak-kanak di negeri Melaka dan Kedah. Akhbar melaporkan sehingga 30 Jun 2016, sebanyak 13 kes difteria diseluruh negara dengan 5 kematian direkodkan melibatkan kanak-kanak, disamping peningkatan wabak demam campak sebanyak 873 kes.

Ujian perubatan mendapati mangsa tidak menerima imunisasi difteria yang lengkap dan meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan. Di negeri Selangor pula, sebanyak 23 kes demam campak dilaporkan pada tahun 2014, telah meningkat kepada 498 kes pada tahun 2015, manakala 403 kes dilaporkan pada suku pertama tahun 2016.

Islam menegah segala perkara yang membawa kemudharatan kepada seseorang dengan menutup dan menyekat segala ruang yang boleh memudaratkan dan membinasakannya sebagaimana ianya bertepatan dengan " yang" bermaksud “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.

Penggunaan vaksin dalam imunisasi merupakan pencegahan yang boleh mengelakkan penyakit berjangkit seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus dan polio. Apa yang meragukan masyarakat ialah sumber serta status halal vaksin tersebut!.

Pada dasarnya Islam melarang penggunaan ubat daripada sumber yang haram berdasarkan hadis daripada Abu Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda;“Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara) yang haram”.

Walau bagaimanapun, sekiranya tidak menemui ubat dari sumber yang halal, sedangkan sesuatu penyakit itu perlu dicegah demi memelihara nyawa manusia, maka diharuskan penggunaannya mengikut kadar yang diperlukan sahaja. Ini menepati kaedah fiqh iaitu " yang bermaksud “keadaan-keadaan dharurat itu mengharuskan perkara yang dilarang”.

Kaedah Fiqh ini bersumberkan dengan Nas al-Quran melalui firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 173;“…maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Menurut Dr. Wahbah Zuhaili, dharurat berlaku ke atas seseorang satu keadaan yang bahaya atau kesusahan yang sangat berat, yang mana dibimbangi berlakunya kemudharatan atau kesakitan terhadap jiwa, anggota, maruah, akal atau harta.

Pada ketika itu diharuskan melakukan yang haram atau meninggalkan yang wajib atau melewatkan daripada waktunya, demi menolak kemudharatan daripada berlaku.

Perbahasan mengenai vaksin dalam imunisasi telah dibincangkan sejak tahun 1989 lagi di mana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengharuskan penggunaannya. Keharusan ini berdasarkan kaedah fiqh yang telah dinyatakan sebelum ini.

Program imunisasi melalui vaksin yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertepatan dengan tuntutan syariat Islam yang meletakkan penjagaan nyawa (hifz an-nafs) ke atas umatnya sebagai matlamat utama. Lantaran itu, Islam mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh menyebabkan kesihatan dan nyawa berada dalam kebinasaan.

Ibubapa pula tidak perlu gusar dan ragu-ragu kerana perkara ini telah dikaji dan dibincang dengan teliti oleh golongan pakar dan profesional dalam bidang perubatan dan hukum syara’. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 43; “…Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”

Mengakhiri khutbah minggu ini, mimbar Jumaat ingin menegaskan bahawa;

1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa sakit dan sihat adalah datangnya daripada Allah SWT. Walaubagaimanapun manusia wajib berusaha dan berdoa untuk mendapatkan yang terbaik.

2. Umat Islam hendaklah sentiasa berdoa dan berusaha untuk mengelakkan segala musibah. Namun jika berlaku juga musibah tersebut maka hendaklah menerimanya dengan sabar dan redha.

3. Oleh kerana pengambilan vaksin ini diharuskan dalam Islam, maka ibubapa perlu mengambil vaksin untuk anak-anak sebagai langkah pencegahan daripada penyakit berjangkit dan komplikasi.

4. Umat Islam hendaklah merujuk dan bertanya kepada pakar-pakar dalam bidang tertentu untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat yang tepat.

“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya”. (Fussilat ; 46)

Friday Sermon Text The Call Of Peace For All

Friday Sermon Text 15 July 2016AD / 10 Syawal JAWI

The Call Of Peace For All

The world today is shocked and appalled by the acts of terrorism and violence occurring everywhere. The tragedy of the Iraq invasion and occupation, attacks on Palestinians, shootings in France, bombings in Indonesia, Turkey and Bangladesh, and the jawi_logo.jpgrecent bombing in the holy month of Ramadhan at the anNabawi Mosque in Madinah, are tragedies devastating to our souls.

Such events are becoming more and more common, as if without any end in sight. Worse still, the western media is taking advantage by associating all these violence to the teachings of Islam, which is fuelling the 'Islamophobia' virus in the world community.

Thus, Muslims around the world should not be silent and mute. If we do not respond or act, we may be accused of supporting terrorism. Ultimately, we are trapped and are unable to be defenders of Islam.

Muslims should rise up and speak the truth: that violence is not part of the teachings, or way, of Islam. In fact, they are actions that contradict human nature and are actually driven by lust and desire.

Surah al-Baqarah, in verse 213 of the Al-Quran, which was read by the khatib earlier, clearly states this. Allah SWT declared: Which means: “Mankind was [of] one religion [before their deviation]; then Allah sent the prophets as bringers of good tidings and warnings and sent down with them the Book in truth to judge between the people concerning that in which they differed. And none differed over the Book except those who were given it - after the clear proofs came to them - out of jealous animosity among themselves. And Allah guided those who believed to the truth concerning that over which they had differed, by His permission. And Allah guides whom He wills to a straight path.”

Any form of violence is rejected by all religions, especially Islam. In fact, the life and teachings of Rasulullah SAW did not promote Islam through violence. Rasulullah SAW’s message was fairness and justice among humanity, and against tyranny.

These were the goals of all the Prophets, as stated by Allah SWT in Surah Yunus, verse 47:  Which means: “To every people (was sent) a messenger: when their messenger comes (before them), the matter will be judged between them with justice, and they will not be wronged.”

As the final Messenger sent to mankind, the call by Rasulullah SAW is universal and relevant at all times until the Day of Resurrection. If it is true that the religion of Islam advocates violence and injustice, it would not have spread to all corners of the world and would not have a place in the human heart, because it would conflict with nature. The allegation that Islam encourages violence is just baseless slander.

Acts of violence and tyranny against humanity are part of this evil which should be stopped. This is the call of Allah SWT in Surah Ali 'Imran, verse 104;  Which means: “Let there arise out of you a band of people inviting to all that is good, enjoining what is right, and forbidding what is wrong: Those will be the successful.”

According to Dr. Wahbah al-Zuhayli, this is a command to Muslims as a whole, because it is impossible to do individually. This is the true role of Muslims. Inaction is not the right choice. In fact, inaction can harm Islam.

Fellow Muslims blessed by Allah, Islam recognizes the rights that exist in every human being, such as the right to possessions, families and especially the right to life.

Therefore, human life is precious in Islam. A life cannot be taken arbitrarily without reasons allowed by the Shariat and the law. It is not limited only to Muslims, but also to non-Muslims.

This is stated in the hadith by Rasulullah SAW, as narrated by Abdullah bin Amr R.A and recorded by Imam al-Bukhari R.H.: مِ ْن مَ ِس ُ وجَد ُ َّ ن رِيحََُا ت ِ ا ً ا لَْم يَرِ ْح رَاِئحَةَ ا ْلجَّنَ ةِ وَإ يرَةِ َأ ْربَعِينَ عَام ً عَاهَد ُ مَ ْن قَتَ َ ِّ م Which means: "Those who fight (kill) mu'ahad (non-Muslims who have made an agreement not to fight), shall not smell the fragrance of Paradise though its fragrance can be smelt at a distance of forty years (of traveling)."

This is the true meaning of Islam, as it is spread around the world with the aim of imparting peace and prosperity for mankind to live in this world and in the hereafter, and not otherwise.

To end today’s sermon, let us ponder upon these conclusions as guidance for all of us.

First: Living in peace is a form of blessing from Allah SWT which must be appreciated by every human being.

Second: The accusation that Islam is a religion of violence is totally false.

Third: Muslims must rise up and act to spread Islam, as well as to convey a message of peace to the world community.

Allah SWT declared in Surah Al 'Imran, verse 110:  Which means: “You are the best of peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah. If only the People of the Book had faith, it were best for them: among them are some who have faith, but most of them are perverted transgressors.”

Jejaki sunnah Nabi bukan tapak kaki

MELIHAT rakaman video mereka yang bersungguh-sungguh mengusap dan mencium barang yang didakwa replika tapak kaki Rasulullah SAW membuatkan saya terfikir dan tertanya-tanya. Apakah yang mendorong mereka bertindak sedemikian?

Hanya satu jawapan yang terlintas. Semuanya atas rasa cinta. Cinta yang terpendam kepada seorang insan pilihan, kekasih ALLAH SWT, Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan sangkaan ini benar.

Demi cinta


Buktikan benarnya kita mencinta Nabi SAW dengan mengamalkan Sunnah. AFP PHOTO/SAIF DAHLAH

Muslim mana yang tidak cintakan Baginda SAW? Mana mungkin seorang manusia yang mengaku seorang Muslim tetapi dalam masa yang sama benci Rasulullah SAW. Tidak sama sekali!

Cintakan Rasulullah SAW pula tidak akan ada nilainya melainkan ia dibuktikan dengan amalan. Cintakan Rasulullah SAW perlu diikuti dengan mengamalkan Sunnah. Inilah yang telah ditunjukkan oleh sahabat dan salafussoleh. Kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dibuktikan dengan menghidupkan Sunnah. Tidak masuk akal sekiranya ada yang mendakwa cintakan Rasulullah SAW, tetapi melakukan perkara bidaah, khurafat dan syirik yang dilarang oleh Rasulullah SAW.

Cintakan Rasulullah SAW sepatutnya mendorong kita berpegang dengan hadis-hadis yang sahih. Agak pelik jika mendakwa cintakan Rasulullah SAW, tapi dalam masa yang sama tidak ambil kisah dengan hadis-hadis palsu.

Rebut peninggalan Nabi

Rasulullah SAW kembali ke pangkuan cinta agungnya dengan meninggalkan wasiat yang sangat penting. Pesan Baginda SAW: "Aku tinggalkan buat kalian dua perkara. Selagi mana kalian berpegang teguh dengan kedua-duanya, kalian tidak akan sesat selama-lamanya: Kitabullah (al-Quran) dan Sunnahku." (Riwayat Malik, Al-Hakim, Baihaqi, Ibnu Nashr & Ibnu Hazm. Hadis sahih lighairihi)

Justeru, jika benar cintakan Rasulullah SAW, inilah dua peninggalan Rasulullah SAW yang perlu kita beri tumpuan. Berebutlah untuk membaca, belajar, memahami, amal, hayati, sebarkan dan pelihara ia sungguh-sungguh.

Rasul terdahulu ALLAH kurniakan kepada mereka mukjizat tertentu yang sesuai dengan keperluan pada masa tersebut dan ia tidak kekal wujud sampai ke hari ini. Namun, mukjizat terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW terus kekal wujud dan terpelihara hingga ke hari ini. Itulah al-Quran. Mukjizat agung yang boleh kita sentuh, tatap, baca dan rasai kehebatan isi kandungannya.

Kehebatan mukjizat al-Quran tersebut ditambah pula dengan kesempurnaan Sunnah Baginda SAW yang menjadi penghurai dan pelengkap kepada al-Quran. Sesiapa sahaja yang membaca al-Quran pasti akan mendapat keberkatannya. Apatah lagi jika mengamalkannya. Sesiapa yang mempelajari Sunnah yang sahih dan mempraktikkannya pasti akan mendapat keberkatan.

Keberkatan yang dilimpahkan ke atas mereka yang membaca, mempelajari dan mengamalkan al-Quran dan sunnah adalah perkara yang jelas dan pasti. Jika inginkan keberkatan, raihlah ia melalui al-Quran dan sunnah. Berebut-rebutlah untuk memahami al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

Terkesan dengan replika?

Agak pelik dan hairan apabila keberkatan melalui al-Quran dan sunnah seakan dianggap sebagai perkara biasa, seolah-olah tidak menarik dan seperti dipandang sebelah mata. Tetapi, apabila dibawakan barang-barang lain yang didakwa peninggalan Rasulullah SAW, sambutan yang ditunjukkan begitu luar biasa.

Replika tapak kaki Nabi SAW misalnya. Walaupun secara terang dinyatakan ia hanyalah replika, tetapi tetap diraikan penuh penghormatan. Lebih parah apabila dianjurkan upacara khas dengan tujuan mengambil berkat dari replika yang direka tersebut. Dibalut, ditatang, diarak dan dicium. Dicium dengan penuh penghayatan dan berasa sebak hingga menitiskan air mata. Sedangkan ia hanyalah replika dan tidak dapat dipastikan pun itulah bentuk tapak kaki Nabi SAW yang sebenar.

Ketika tindakan tersebut dilakukan, sudah pasti ia tidak dilakukan hanya sekadar suka-suka tanpa ada tujuan. Sudah pasti ia dilakukan dengan mempunyai kepercayaan tertentu. Paling asas ialah untuk mengambil keberkatan.

Berkat hanya daripada allah

Apabila menyentuh soal keberkatan, kita perlu bertanya, keberkatan daripada siapa yang kita mahukan? Siapa yang berhak dan berkuasa mutlak untuk memberikan keberkatan? Jawapannya hanya satu, ALLAH sahaja yang boleh mengurniakan keberkatan berdasarkan kehendak dan pilihan-Nya.

Oleh itu, sebarang amalan, perkataan, tempat, suasana dan apa sahaja yang ingin dikaitkan dengan nilai keberkatan, ia mestilah bersandar kepada nas dan dalil yang sahih. Apa-apa amalan yang didakwa ada keberkatan tetapi tidak berpaksikan kepada dalil yang sahih, maka ia tidak ada jaminan. Hanya ALLAH yang berhak memberi jaminan adanya keberkatan kerana hanya ALLAH yang mampu memberikan keberkatan. Hanya Rasulullah SAW yang boleh menjanjikan keberkatan daripada ALLAH kerana hanya Baginda SAW yang menerima wahyu.

Ustaz, Tok Syeikh, habib-habib, Tok Guru pondok dan sesiapa sahaja 'orang agama' tidak mampu memberikan keberkatan dan menjanjikan keberkatan melainkan apa yang telah dijanjikan oleh ALLAH dan rasul-Nya.

Eksploitasi agama

Orang-orang yang memakai gelaran agama perlu bertanggungjawab dalam membentangkan agama kepada masyarakat. Bawalah masyarakat kepada memahami al-Quran dan Hadis Baginda SAW dengan cara yang betul. Perasaan cinta masyarakat awam terhadap Rasulullah SAW perlu diposisikan dengan betul iaitu melalui pengajian ilmu untuk mendapatkan kefahaman yang sahih terhadap al-Quran dan sunnah.

Janganlah seolah-olah dilihat kecintaan masyarakat terhadap Rasulullah SAW 'dipermain-mainkan' oleh golongan agama dengan menyuruh mereka melakukan sesuatu yang tidak pasti jaminannya daripada ALLAH dan rasul-Nya. Lebih malang jika orang agama mengeksploitasi unsur-unsur agama demi kepentingan diri sendiri. Secara tidak langsung membawa pengikut untuk membesarkan dirinya bukan membesarkan al-Quran dan Hadis-Hadis Rasulullah SAW.

Justeru, jika benar cintakan Nabi SAW, bacalah al-Quran, fahami dan amalkannya.

Jika benar cintakan Nabi SAW, bacalah hadis-hadis yang sahih, fahami dan amalkan sunnah-sunnahnya.

Jika benar cintakan Nabi SAW, ucapkan selawat yang sahih kepada Baginda SAW tanpa perlu pun untuk menunggu upacara-upacara tertentu yang menelan belanja beribu ringgit untuk dibayar kepada tukang selawat.

Jika benar cintakan Nabi SAW, lazimi majlis-majlis ilmu yang berkualiti. Pengajian agama yang menyajikan hujah, dalil dan nas yang sahih serta mampu membentuk kematangan berfikir dan menggerakkan individu Muslim menjadi umat yang berkualiti.

Jika benar cintakan Nabi SAW, tinggalkan unsur-unsur bidaah, khurafat dan unsur syirik.

Jika benar cintakan Nabi SAW, berusahalah untuk ikuti cara bagaimana sahabat cintakan Baginda SAW.

Jika benar cintakan Nabi SAW, bersihkan Islam dari hadis-hadis palsu.

Jika benar cintakan Nabi SAW, berjuang dan pertahankan sunnah Baginda SAW.

Ayuh! Jejakilah Sunnah Nabi SAW, bukan replika tapak kaki!

Fahami Aidilfitri dalam erti sebenarnya

SATU Syawal, agenda tahunan takwim umat Islam saban tahun merayakan Hari Raya Aidilfitri, dan hari ini adalah hari ke-10 kita menyambutnya.

Masyarakat Islam di sini merayakannya dengan pelbagai cita rasa dalam berpakaian, hiasan rumah, jamuan aneka kuih muih dan budaya ziarah menziarahi. Namun dalam kemeriahan menyambutnya, terlintaskah di hati kita apakah sebenarnya hikmah merayakan Aidilfitri, apakah mengikut keinginan kita ataupun mengikut syariat Islam?

Islam menetapkan hari raya dua kali dalam setahun iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. Kedua-dua hari raya ini ada kaitannya dengan syariat Islam. Berdasarkan sebuah hadis, Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedang penduduknya sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: "Hari apakah yang dua hari ini?" Mereka menjawab: "Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah." Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH SWT menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Riwayat Abu Daud & An-Nasai)

Aidilfitri turut dieja 'Idul Fitri adalah gabungan dua perkataan iaitu 'Id dan Fitr. 'Id bererti kembali (kembali kepada ALLAH). Islam meletakkan perayaan sebagai ibadah dan ketaatan terhadap-Nya. Fitr (fitrah) bermaksud hari kembalinya kesucian kepada kita (dahulunya berasal daripada seorang yang suci daripada noda dan dosa sewaktu dilahirkan. Di dalam melalui perjalanan kehidupan tentulah ada terpalit dosa dan kesalahan). Dengan hadirnya Aidilfitri, seolah-olah mengembalikan kita kepada fitrah dengan terhapusnya dosa rentetan ibadah puasa yang dilaksanakan sepanjang Ramadan.

Bukan sekadar rai

Aidilfitri adalah hari kegembiraan kerana dapat menempuh ujian tahunan yang ditetapkan bagi menguji siapakah yang terbaik dalam melaksanakan ibadah kepada-Nya. Aidilfitri juga hari kemenangan secara spritual kerana ia adalah puncak kemenangan manusia dalam peperangan antara akal dan nafsunya, ibadah puasa di bulan Ramadan adalah senjata terkuat menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung terhadap dosa.

Pensyariatan perayaan utama dalam Islam berlaku selepas pelaksanaan ibadah yang besar rukun Islam. Aidilfitri disambut selepas berpuasa, manakala Aidiladha disambut selepas umat Islam menunaikan ibadah haji. Begitulah sambutan perayaan dalam Islam yang mempunyai hikmah yang besar. Ringkasnya, perayaan bukan sekadar hari yang diwarnai dengan kegembiraan dan beraneka juadah sebagaimana hari ini.

Matlamat utama perayaan dalam Islam antaranya:

- Mengajak umat Islam kembali kepada ALLAH dalam setiap urusan kehidupan.

- Satu ibadat kepada ALLAH.

- Keperluan untuk turut sama memikirkan nasib orang lain di sekeliling. Setiap individu sanggup berkorban melihat insan lain turut bahagia sepertinya. Manusia yang dianugerahkan kesenangan perlu berusaha menzahirkan tanda kesyukuran kepada-Nya dengan membantu golongan tidak berkemampuan.

- Kegembiraan pada hari raya adalah kemuncak ketaatan dan ubudiyyah kepada ALLAH. Umat Islam dituntut menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran melalui bersolat, bertakbir, bertasbih dan bertahmid.

- Gambaran mukmin yang gembira melaksanakan ibadah.

Sambut meriah Syawal

Rasulullah SAW menganjurkan beberapa sunnah yang memaknakan Aidilfitri dari sambutan adat kepada ibadah sekali gus meraih keredaan ALLAH, seperti melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan anak bulan Syawal jelas kelihatan (secara hisab atau rukyah), menghidupkan malam hari raya dengan zikir dan qiamullail serta mengerjakan solat sunat seperti solat sunat tasbih, mandi dengan niat kedatangan Aidilfitri pada pagi raya sebelum ke masjid dan memakai bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok serta banyak lagi.

Kita juga disarankan mendoakan dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain seperti mengucapkan 'taqabbala ALLAH minna wa min kum' (semoga ALLAH menerima daripada kita dan menerimanya daripada kamu).

Usaha menimbulkan suasana kegembiraan pada hari raya adalah sebahagian daripada syiar Islam. Rasulullah SAW membenarkan penduduk Madinah bergembira apabila munculnya Aidilfitri dan Aidiladha sebagaimana hadis Rasulullah SAW: "Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliah." Sabda Baginda SAW lagi: "Sesungguhnya ALLAH menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." (Riwayat An-Nasaai)

Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat. Jabir RA meriwayatkan Rasulullah SAW menukar jalannya pada Aidilfitri pergi dan balik solat hari raya melalui jalan yang berlainan. Tujuan Baginda SAW ialah bertemu dengan lebih ramai orang yang berbeza untuk bersalaman sekali gus memohon kemaafan zahir dan batin.

Perbanyakan bersedekah dalam suasana kemeriahan hari raya tanpa melupakan golongan yang kurang bernasib baik. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa melepaskan seorang mukmin itu suatu kesusahan daripada kesusahan dunia, ALLAH akan melepaskan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan di akhirat." (Riwayat Muslim)

Umat Islam juga disarankan mengerjakan puasa sunat enam hari bulan Syawal. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa setahun." (Riwayat Muslim)

Aidilfitri semestinya diraikan dalam kerangka syariat supaya nilai keimanan tidak tercemar dengan amalan yang menyalahi. Sewajarnyalah ibadah puasa mampu mentransformasikan dan menyuburkan nilai-nilai terpuji dalam diri sepanjang hayat. Inilah wasatiyyahnya seorang Muslim.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Wa Lillahi Al-Hamd.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Min Al-Aa'idi Waal-Faaizin. Kullu a'm wa antum bi khair.

Erti kalimah Syahadah & tuntutannya

SEGALA puji bagi ALLAH SWT yang tidak menjadikan sesiapa sebagai anak-Nya dan juga tidak mempunyai sekutu dalam penciptaan-Nya.

Sesungguhnya rukun Islam yang pertama ialah dua kalimah syahadah bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah kecuali ALLAH dan bahawasanya Muhammad adalah utusan-Nya.

Rukun ini menjadi asas bagi rukun Islam yang lain dan menjadi dasar bagi segala hukum agama. Sekiranya asas ini kuat akan tertegaklah segala amalan yang lain, diterima ALLAH dan bermanfaat bagi orangnya.

Adapun sekiranya ia rosak atau cacat akan rosaklah segala amalan yang lain, menjadi punah dan menjadi seperti fatamorgana yang disangka air oleh orang yang haus tetapi realitinya tiada apa-apa dan tidak memberi apa jua manfaat kepada orangnya.

Malah ia menjadi seperti pasir yang mudah ditiup angin dan tidak meninggalkan apa-apa buat orangnya dan akhirnya penat lelah sahaja yang diperoleh manakala di akhirat pula orangnya menanggung kerugian yang tiada kesudahannya.

Penting untuk kita faham kedua-dua kalimah syahadah ini mempunyai makan dan tuntutannya. Orang yang melafazkannya perlu memahaminya sebelum beramal dengan kandungan lafaznya. Jika tidak, sekadar mengucapkan dua lafaz syahadah ini tidak memberi apa-apa manfaat.

Tuntutan kalimah syahadah

Kalimah syahadah Lailahaillallah adalah perakuan tiada yang berhak disembah kecuali ALLAH dan segala sembahan yang disembah selain daripada ALLAH adalah batil. ALLAH menjelaskan dalam firman-Nya: "Ini kerana sesungguhnya ALLAH, Dialah sahaja Tuhan yang sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang disembah selain daripada ALLAH itulah yang nyata palsunya, dan sesungguhnya ALLAH jualah Yang Maha Tinggi Keadaannya, lagi Maha Besar." (Surah Al-Hajj: 62)

Daripada segi tuntutannya pula, kalimah Lailahaillallah menuntut supaya kita mengesakan ALLAH dalam ibadah yang kita lakukan dengan tidak menyembah apa juga selain daripada-Nya. Seseorang yang melafazkan kalimah ini bererti dia telah membebaskan dirinya daripada segala sembahan selain ALLAH. Dia juga melaksanakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang.

Atas sebab inilah ketika Nabi SAW menyeru orang kafir Makkah mengucapkan kalimah syahadah ini mereka memahami kalimah ini menuntut supaya mereka mengesakan ALLAH dalam segala bentuk sembahan yang dilakukan dan meninggalkan sembahan berhala mereka.

Atas kefahaman ini mereka enggan mengucapkannya, malah mengingkarinya. ALLAH menukilkan perkataan mereka dalam al-Quran, firman-Nya: "Patutkah dia (Muhammad) menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan itu hanya satu?

Sesungguhnya ini ialah satu perkara yang pelik!." Dan keluarlah ketua-ketua daripada kalangan mereka (memberi kata-kata perangsang dengan berkata): "Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu.

Sesungguhnya sikap ini ialah satu perkara yang amat dikehendaki. Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan Tuhan) ini dalam agama mutakhir ini; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata." (Surah Saad: 5-7)

Inilah yang diertikan dengan lafaz Lailahaillallah iaitu mengesakan ALLAH dalam segala bentuk sembahan dan meninggalkan segala sembahan yang lain.

Pemuja kuburan kini

Golongan Arab dahulu memahami erti kalimah syahadah kerana mereka fasih makna Bahasa Arab yang dituturkan. Berbeza dengan pemuja kubur pada hari ini. Mereka tidak faham makna Lailahaillallah yang mereka lafazkan kerana itu mereka tidak melaksanakan tuntutannya. Tidak hairanlah mengapa mereka mudah mengucapkan kalimah Lailahaillallah tetapi dalam masa yang sama mereka menyembah orang mati di kubur.

Dari sudut ini, orang musyrikin Makkah lebih faham makna Lailahaillallah berbanding golongan pemuja kubur pada hari ini. Tinggal lagi mereka tidak melafazkan kalimah syahadah itu.

Adapun golongan pemuja kubur pada hari ini, mereka mungkin mengucapkan kalimah syahadah Lailahaillallah tetapi dalam masa yang sama mereka seru dan memohon pertolongan selain daripada ALLAH dengan perkataan mereka: “Wahai Ali! Wahai Hussain! Wahai Abdul Qadir! Madad-madad (bantuan-bantuan)!”

Mereka menyeru nama-nama orang yang sudah mati memohon pertolongan dan bantuan mereka dalam menunaikan hajat mereka atau membebaskan mereka daripada kesulitan. Mereka tawaf di keliling kubur mereka dan melakukan sembelihan.

Tinggal lagi, apa faedah mereka mengucapkan kalimah syahadah Lailahaillallah itu?

Apa faedahnya sekiranya mereka dikira kaum yang tidak berakal yang tidak mengerti di mana akhirnya sebagaimana firman ALLAH: "Mereka telah melupakan ALLAH maka ALLAH turut melupakan (tidak menghiraukan) mereka." (Surah At-Taubah: 67)

Ternyata mereka termasuk dalam kalangan kaum yang ALLAH sebut dalam firman-Nya: “Perbuatan buruk mereka itu telah dihias dan dijadikan indah (oleh syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka, dan ALLAH tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang kafir.” (Surah At-Taubah: 37)

Tunaikan solat & kewajipan agama yang lain

Termasuk dalam tuntutan kalimah syahadah Lailahaillallah ialah menunaikan solat kerana ia adalah rukun kedua selepas mengucapkan dua kalimah syahadah.

Demikian juga mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan, menunaikan haji di Makkah jika berkemampuan, melaksanakan kewajipan agama, dan meninggalkan larangannya.

Ternyata sahabat Nabi SAW di bawah pimpinan Abu Bakar As-Siddiq RA telah memerangi golongan yang enggan menunaikan zakat walaupun golongan tersebut dalam masa yang sama tetap mengucapkan kalimah syahadah. Hujah mereka ialah kewajipan mengeluarkan zakat termasuk dalam tuntutan kalimah syahadah Lailahaillallah. Ia tidak boleh dipisahkan.

Dikatakan kepada Imam Al-Hasan Al-Basri (wafat 110H): “Sebahagian orang mengatakan barang siapa mengucapkan Lailahaillallah maka dia akan masuk syurga.” Kata beliau: “Barang siapa mengucapkan kalimah tersebut kemudian dia melaksanakan hak dan kewajipannya maka dialah yang akan masuk syurga.”

Turut dikatakan kepada Wahab bin Munabbih (wafat 114H): Bukankah kalimah Lailahaillallah adalah kunci syurga? Kata beliau: “Benar. Tetapi bukankah kunci itu memiliki giginya? Jika engkau datang membawa kunci yang bergigi akan terbukalah pintu buat engkau. Adapun sekiranya engkau membawa kunci yang tidak bergigi ia tidak akan dapat membuka pintu itu.” 

Perbuatan syirik & maksiat

Sebagaimana syirik besar menyekutukan ALLAH bertentangan dengan kalimah Lailahaillallah, demikian juga segala perbuatan maksiat selain daripada syirik. Ia akan mencacatkan kalimah ini dan mengurangi pahalanya bergantung pada dosa yang dilakukan oleh si hamba itu.

Akhirnya, apa yang dituntut atas seorang Muslim itu adalah supaya mengucapkan kalimah Lailahaillallah dengan memahami maknanya dan beramal dengan tuntutannya secara zahir dan batin. Setelah itu hendaklah dia istiqamah di atas jalan ALLAH.

Syawal bukan bulan membazir, Syawal penanda aras tarbiah Ramadan

Syawal penanda aras tarbiah Ramadan

RAMADAN sudah berlalu meninggalkan kita 10 hari lalu. Sambutan Aidilfitri terus meriah di sana-sini. Bergembira dalam Syawal tidak ditegah. Malah Rasulullah SAW sendiri membenarkan umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri asalkan dilaksana dan dizahirkan dalam bentuk yang diterima Islam.

Alhamdulillah, demikian nikmat hidup di Malaysia. Suasana aman dan damai membolehkan kita menyambut hari raya dengan penuh gembira dan ceria di samping keluarga tercinta.

Sayangnya, dalam kegembiraan Aidilfitri, masjid dan surau kembali sepi. Jika dalam Ramadan, setiap waktu solat masjid dan surau dipenuhi jemaah. Waktu subuh yang dulunya mencecah lima ke enam saf kini, yang tinggal berjemaah boleh dibilang dengan jari.


Syawal juga dikaitkan dengan perbuatan pembaziran kerana persiapan meraikan Aidilfitri secara berlebihan. - Gambar hiasan

Sebenarnya, inilah penanda aras orang Mukmin sama ada tarbiah madrasah Ramadan yang ditempuh selama 30 hari itu berjaya mendidik seseorang bertakwa atau tidak? Inilah yang ditegaskan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)”? (al-Ankabuut: 2)

Semasa Ramadan, syaitan dirantai dan dibelenggu, yang ada hanya nafsu. Kini selepas hari raya fitrah, syaitan kembali bergabung dengan sekutu lamanya iaitu nafsu untuk melihat sejauh mana kentalnya pertahanan yang ada dalam diri orang Islam.

Barangkali yang ‘hebat’ dalam Syawal adalah bilangan yang solat sunat Aidilfitri. Dapat dilihat di mana-mana pun, waima di kampung atau di ibu kota, bilangan yang hadir berjemaah pada Rabu, 6 Julai melimpah ruah. Namun, pada solat Jumaat dua hari kemudiannya, bilangan jemaah tidak sepadat dan sesendat solat hari raya.

Kejayaan puasa kita sebenarnya diukur selepas kita melewati bulan Ramadan. Ada orang sepanjang Ramadan pergi ke masjid dan surau, tetapi selesai Ramadan, perkara itu tidak lagi dilakukan maka itu namanya ‘hamba Ramadan’ bukannya hamba Allah.

Ulama tersohor, Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata, jadilah kamu hamba-hamba Allah dan jangan kamu menjadi hamba Ramadan. Kun rabbaniyyan wala takun ramadhaniyyan maksudnya berbuat baik bukan hanya bermusim.

Jika sepanjang Ramadan kita bersungguh-sungguh menghidupkan malamnya dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiam (solat tarawih), ia sepatutnya diteruskan pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajud. Demikian juga dengan solat sunat-sunat yang lain dan juga budaya membaca al-Quran. Jangan dibiar al-Quran suci dalam debu.

Selain itu, antara amalan lain disarankan selepas Ra­madan adalah mengerjakan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun. (Riwayat Muslim)

Mereka yang berjaya diubah oleh tarbiah Ramadan adalah insan yang amat beruntung kerana terlepas daripada kehinaan sebagaimana dinyatakan oleh Baginda SAW. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Amat jauh daripada rahmat Allah SWT bagi sesiapa yang sempat bertemu bulan Ramadan, tetapi tidak menggunakan peluang dengan sebaiknya, maka Allah tidak mengampunkannya.” (Riwayat Hakim).

Dalam kesempatan Aidilfitri, amalkan ziarah menziarahi dan merapatkan hubungan baik (ukhuwah) sesama Muslim. Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Mohd Radzi Mohd Zin Utusan Malaysia Rencana 15 Julai 2016 6:15 PM



Syawal bukan bulan membazir

Kedatangan Syawal sewajarnya dilihat sebagai bulan peningkatan amalan kepada yang benar-benar menghayati keistimewaan di sebalik bulan kemenangan ini.

Diharapkan madrasah Ramadan mampu meraih darjat ketakwaan dan Syawal meningkatkan kualiti kehidupan.

Ibadah puasa secara tidak langsung mampu mendidik akhlak untuk melakukan ibadah sebaik mungkin, menyemarakkan rumah Allah SWT dan mengutamakan ibadah secara berjemaah.

Malah ketika Ramadan, umat Islam banyak bersedekah, meraikan golongan tidak berkemampuan. Semua itu menjadikan Syawal bulan yang sangat indah.

Malangnya, setiap tahun kita berdepan masalah berkaitan kesesakan jalan raya, kehilangan harta benda yang secara tidak langsung turut menyumbang kepada peningkatan jumlah jenayah.

Apa yang menyedihkan, berlaku peningkatan kecelakaan akibat kemalangan jalan raya serta meningkatnya jumlah kemalangan yang meragut nyawa.

Selain itu, Syawal juga dikaitkan dengan perbuatan pembaziran kerana persiapan meraikan Aidilfitri secara berlebihan.


Ajal dan maut adalah kepastian yang sudah ditakdirkan oleh Allah SWT tetapi apabila berlaku kejadian tidak diingini menjelangnya Syawal, ia secara tidak langsung mengaitkan bulan ini dengan bulan mengundang kesedihan akibat kelalaian sendiri.

Masjid kembali sepi

Meraikan Aidilfitri itu seharusnya disambut dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan. Sesungguhnya tidak ada satu pun kejadian dijadikan Allah SWT dengan sia-sia, melainkan ada hikmah di sebalik semua itu.

Sebagai orang beriman, kita seharusnya mengambil iktibar atas segala yang berlaku.

Ketika Ramadan masjid meriah dengan jemaah tetapi fenomena itu kembali sepi pada penghujung Ramadan kerana kesibukan melakukan persiapan sempena kedatangan Aidilfitri.

Pusat beli-belah dan bazar padat dikunjungi orang ramai yang ada kalanya berbelanja lebih berbanding bulan lain.

Elak pembaziran

Umat Islam yang berbelanja lebih dan melakukan pembaziran walaupun pada masa yang sama sedang menjalani ibadah puasa, akhirnya hanya akan berada dalam kerugian sama ada dari aspek ekonomi mahupun ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Sememangnya ibadah puasa bukan untuk meningkatkan aspek ekonomi atau kekayaan tetapi ia akan dapat meningkatkan tahap keimanan kepada setiap individu yang bertakwa kepada Allah SWT.

Syawal pula sepatutnya menjadikan kita terus istiqamah beribadah seperti sepanjang Ramadan.

Sebaliknya, sebaik berakhir Ramadan, Syawal yang menyusul memperlihatkan masjid tidak semeriah semasa bulan puasa.

Rasa syukur, sabar, ikhlas dan istiqamah tidak seakan merosot apabila sikap semua kembali kepada asal.

Kesimpulannya, boleh dikatakan ibadah puasa yang kita lakukan pada Ramadan lalu hanyalah sia-sia dan kita tidak mendapat apa-apa pengajaran di sebalik madrasah Ramadan itu.

Pastinya kita tidak mahu kesungguhan beribadah selama ini menjadi sia-sia.

Jangan sesekali Syawal ini hanya istimewa di sebalik gelarannya sebagai bulan kemenangan kepada umat Islam yang berusaha menjalani ibadah puasa pada bulan sebelumnya.

Manfaat bulan mulia

Diharapkan semoga kita tidak tergolong dalam kalangan yang kerugian dan tidak beroleh apa-apa manfaat di dalam bulan mulia ini.

Sebaliknya sebagai umat Islam, kita mampu untuk meraih keuntungan dari sudut ekonomi dan dapat meningkatkan tahap keimanan kita kepada Allah SWT jika segala niat untuk melakukan kebaikan serta mempertingkatkan diri dilakukan secara istiqamah, bukan bermusim.

Kemusykilan tawaf dan penjelasan , Gabung puasa enam dan ganti

TAWAF merupakan satu amalan dalam ibadat haji dan umrah yang memerlukan kepada ketelitian semasa melakukannya kerana ia mempunyai hubung kait dengan kesucian (memerlukan wuduk). Antara kemusykilan yang selalu berlaku semasa tawaf:

1. Persentuhan tanpa lapik antara lelaki dan wanita yang halal semasa tawaf


  • Pendapat marjuh dalam Mazhab Syafie menyatakan tidak batal wuduk jika bersentuhan lelaki dan wanita tanpa syahwat sebagaimana yang disebut oleh Ibn Suraj dan al-Rafi’ie dan pendapat yang paling tepat dengan Maqasid Syariah untuk diguna pakai semasa tawaf

Perlukan ketelitian bagi pastikan kesempurnaan

ADA pendapat paling kuat dalam Mazhab Syafie menyatakan tidak batal wuduk semasa tawaf jika bersentuhan lelaki, wanita tanpa syahwat. - GAMBAR HIASAN

2. Semasa tawaf, bersentuh atau tersentuh dengan Hijr Ismail atau Kelambu Kaabah. Bagaimana keadaannya?


  • Tidak sah tawaf yang tersentuh tersebut, batal dan diulang semula pusingan yang tersentuh itu

3. Bagaimana ragu-ragu niat tawaf?


  • Tawaf ada lapan jenis:

    - Tawaf Qudum

    - Tawaf Umrah

    - Tawaf Haji

    - Tawaf Sunat

    - Tawaf Nazar

    - Tawaf Wada

    - Tawaf Tahiyatul Bait

    - Tawaf Tahallul


  • Bagi tawaf haji dan umrah tidak perlu kepada niat kerana sudah berniat dalam ihram – umrah. Jika dia niat juga tidak mengapa. Tawaf selain daripada yang dua tersebut wajib niat.

4. Antara salah satu syarat semasa tawaf mesti menutup aurat. Apakah hukumnya jika terbuka aurat semasa tawaf dan ditutup segera?


  • Kalau ditutup dengan segera dimaafkan, jika sengaja batal tawafnya.

5. Adakah sah umrah apabila seseorang tidak tawaf tetapi ia bersa’ie dan bergunting?


  • Seseorang yang tidak tawaf walaupun bersaie dan bergunting maka umrahnya tidak sah. Ia dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir kerana mengerat rambut sebelum tiba masanya. Dia dikehendaki menyempurnakan Tawaf Umrah dahulu diikuti dengan saie dan bergunting.

6. Jemaah haji membuat Tawaf Ifadhah seramai empat orang dan mereka yakin bahawa mereka bertawaf tujuh kali pusingan. Tetapi seorang jemaah haji yakin belum cukup tujuh kali pusingan dan dia terus mengikuti tiga rakannya itu saie. Apakah hukum tawaf dan sa’ie jemaah haji itu?


  • Oleh kerana jemaah haji tersebut yakin belum sempurna tujuh kali, maka dia dikehendaki menyempurnakan tawafnya untuk mencukupkan pusingan dan mengulangi sa’ienya.


Gabung puasa enam dan ganti

Lebih baik dilaksanakan berasingan

7. Apakah hukum jemaah haji sihat mengerjakan tawaf dengan menggunakan kerusi roda semata-mata kerana tidak mahu bersesak-sesak?


  • Tawafnya sah tetapi makruh.

8. Orang yang jatuh sakit di Mekah dan dia dikatakan (uzur syarie) sejauh manakah kedudukan tersebut yang ada kalanya boleh diupah dan ada kalanya tidak boleh diupah?


  • Yang boleh diupah bagi yang uzur syarie hanya melontar sahaja. Tawaf dan saie tidak sah diupah kepada orang lain. Sebaliknya, seseorang itu hendaklah mengerjakan sendiri tetapi diharuskan mengupah orang lain untuk menolaknya dengan kerusi roda.

9. Bagaimana dengan kedudukan tawaf bagi jemaah haji memegang tangan isteri dalam keadaan berlapik semasa tawaf dan pada masa sama terangsang syahwat?
Bagi permasalahan ini, jika dalam keadaan syahwat tetapi tidak keluar air mazi maka sah tawaf tersebut.


  • Namun perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa tetapi tidak dikenakan dam.

  • Dam bagi kategori mukadimah persetubuhan hanya diwajibkan jika sentuhan tersebut tidak berlapik.


Gabung puasa enam dan ganti

Apa hukum menggabungkan puasa ganti dan enam Syawal. Adakah cara ini dibenarkan?

JAWAPAN

Dalam satu kaedah, difahami bahawa amalan sunat dapat menumpang amalan fardu. Contohnya solat tahiyyatul masjid dapat menumpang solat fardu. Apabila masuk masjid, disunatkan untuk solat sunat tahiyyatul masjid sebelum duduk.

Namun jika solat fardu sedang dilakukan maka tidak perlu lagi solat sunat tahiyyatul masjid. Sebaliknya terus solat fardu bersama imam. Seolah-olah solat sunat tahiyyatul masjid sudah termasuk dalam solat fardu.

Pertahankan kesucian Islam, Perpecahan punca umat Islam lemah

Perpecahan punca umat Islam lemah

DAKWAH Islamiah adalah suatu usaha untuk membentuk pemikiran dan sikap manusia supaya berada di dalam satu acuan yang ditentukan oleh Allah SWT. Untuk mencapai matlamat tersebut banyak halangan terpaksa dihadapi oleh dakwah.



WANITA Iraq ini meratapi tragedi serangan bom oleh pengganas Daesh di kejiranan Karrada di Baghdad, sehari sebelum Aidilfitri pada 3 Julai lalu yang mengorbankan 292 orang. AFP

Justeru atas permasalahan inilah pihak Majlis Dakwah Negara (MDN) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil inisiatif mengadakan perhimpunan agamawan kebangsaan pada 20 Julai ini di Bangi, Selangor bagi membincangkan pelbagai persoalan tentang masalah ini.

Perhimpunan ini dijangka dihadiri seramai 500 peserta yang terdiri daripada tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan agamawan dari seluruh negara.

Perhimpunan ini akan membincang dan menumpukan isu-isu yang berkaitan dengan persoalan dakwah dan perpaduan iaitu satu-satunya benteng kekuatan yang masih ada untuk mempertahankan maruah dan nasib umat Islam di negara ini selepas kekuatan yang lain seperti ilmu pengetahuan, ketenteraan, ekonomi, politik dan lain-lain sudah roboh dan runtuh.

Kekuatan ukhuwah Islamiah dan perpaduan inilah yang masih tinggal yang perlu dipertahankan oleh seluruh umat Islam. Sekiranya ikatan ukhuwah Islamiah dan kekuatan perpaduan ini turut roboh maka tunggulah kehancuran dan malapetaka yang akan menimpa umat Islam.

Di samping itu kita juga melihat bagaimana Barat sewenang-wenang menggunakan media bagi mengecam orang Islam dan negara-negara Islam dengan pelbagai istilah.

Mereka menggambarkan Islam sebagai penghalang kepada kemajuan dan kerana itulah masyarakat Islam dilihat sebagai ortodoks, fundamental dan konservatif.

Istilah-istilah itu kemudiannya menjadi lebih keras dan kasar sehingga menampakkan setiap tindakan yang diambil oleh orang Islam sebagai menakutkan sehingga terlahir Islamofobia, dan dikaitkan dengan keganasan, pembunuhan, rampasan kuasa dan tindakan jenayah lain.

Maka dengan itu ikon Islam sudah dilihat sebagai sesuatu yang salah dan bertentangan dengan kebebasan manusia. Begitu juga menara masjid telah dilihat sebagai faktor yang mendorong kepada keganasan.

Perspektif salah ini sedang berkembang dalam masyarakat Barat sehingga ada negara berusaha menggubal undang-undang bagi melarang apa sahaja unsur yang boleh dihubungkan dengan Islam.

Persoalan ini bukanlah mudah untuk ditangani sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak bagi melakarkan kembali kemurnian Islam sehingga berjaya mengikis pandangan serong terhadap apa yang mereka fahami mengenai konsep perang suci atau jihad.

Jika ada sebarang salah faham, perselisihan hendaklah diselesaikan secara yang paling baik dan berhemah, tidak ikut melawan dengan kekerasan.

Usaha dialog yang aktif juga akan mengikis gejala Islamofobia rasa gerun dan takut kepada agama Islam dan penganutnya oleh sebahagian masyarakat dunia pada hari ini.

Globalisasi sebenarnya telah dimulakan oleh Islam. Kalau kita lihat sejarahnya, perkembangan Islam walaupun pada awal kemunculannya hanya dalam kalangan orang Arab, keluasan pengaruhnya telah menjalar ke seluruh pelosok kehidupan manusia. Hampir tidak ada negara yang tidak mempunyai penganut Islam, walaupun majoritinya bukan Islam.

Kini, jumlah penganut Islam adalah yang kedua terbanyak selepas penganut Kristian. Menurut anggaran, dalam 10 orang penduduk dunia, empat orang beragama Islam. Ini membuktikan walaupun ada cercaan dan usaha memburuk-burukkan Islam, penganut Islam terus bertambah sehingga berupaya mengatasi penganut agama lain selain Kristian.

Ada juga pendapat mengatakan dalam masa 100 tahun lagi, Islam akan muncul sebagai agama yang paling banyak penganutnya. Ini kerana pertumbuhan semula jadi dan pertambahan umat Islam baru meningkat begitu cepat berbanding agama-agama lain.

Faktor globalisasi yang mendera orang Islam menjadikan lebih ramai yang bersimpati. Simpati ini terus menyebabkan mereka melihat kelompok agama lain yang menyeksa masyarakat Islam sebenarnya melakukan keganasan.

Dari sudut ini, Islam semakin mendapat kekuatan apabila masyarakat Barat turut mempersoalkan tindakan kerajaan mereka memenjarakan orang Islam tanpa diberikan hak membela diri dan dibicarakan. Masyarakat Islam sebenarnya telah dihukum berdasarkan prasangka.

Ini menarik minat para cendekiawan Barat menilai kembali Islam dan akhirnya mereka menemui Islam sebagai agama terbaik yang pernah hadir dalam kehidupan manusia.

Banyak tokoh yang kita dapat jadikan teladan mengenai pencarian ini, termasuk Jeffrey Lang, seorang pakar matematik yang telah menulis beberapa buah buku mengenai keyakinannya terhadap Islam walaupun sebelumnya beliau seorang ateis.

Masalah dakwah seterusnya ialah pengaruh Barat yang menebal dalam kalangan orang Islam. Ini disebabkan hampir keseluruhan masyarakat Islam pernah dijajah oleh Barat.

Walaupun sekarang semua negara Islam telah merdeka, namun kesan penjajahan fikiran masih wujud.

Oleh kerana penjajah yang pernah menguasai negara-negara Islam terdiri daripada orang Kristian Barat yang kebanyakan sistem nilainya tidak sama dengan sistem nilai Islam, maka pemikiran dan perwatakan masyarakat Islam sehingga sekarang banyak yang bercanggah dengan yang dianjurkan oleh Islam.

Untuk mengikis pengaruh yang dianggap telah sebati ini memerlukan usaha yang lebih, kerana terpaksa menghadapi banyak masalah yang merintang.

Demikian juga dengan pengaruh kebendaan yang agak menebal dalam kalangan sesetengah masyarakat Islam. Oleh kerana kebanyakan negara Islam mempunyai kedudukan ekonomi yang baik, maka pengaruh tersebut sukar untuk diatasi sedangkan Islam mementingkan bukan sahaja kesenangan di dunia malah juga di akhirat. Ciri-ciri yang dibawa oleh Islam seperti ini akan bertembung dengan jiwa kebendaan yang melihat kesenangan bagi manusia itu semata-mata ada di dunia sahaja.

Masalah lain ialah perpecahan dalam kalangan umat Islam. Rata-rata umat Islam di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam sendiri berpecah menjadi beberapa kumpulan.

Akibat daripada perpecahan ini banyak masalah tidak dapat diselesaikan. Walaupun Islam sangat mengambil berat kepada perpaduan, tetapi masyarakat Islam terus berpecah dan menjadi lemah.

Banyak sebab mengapa umat Islam berpecah, antaranya kerana lahirnya berbagai-bagai parti politik dan pertubuhan dakwah, sedangkan sebahagian daripada umat Islam adalah jahil tentang Islam dan ramai yang buta huruf.

Di samping itu, orang Islam mempunyai sifat taksub kepada pemimpin. Akibat perpecahan ini, dakwah menghadapi masalah kerana sesuatu kumpulan tidak akan senang untuk menerima buah fikiran dari bukan kumpulannya.

Demikian juga wujudnya anggapan bahawa tanggungjawab dakwah bukan urusan setiap orang Islam dengan adanya anggapan sedemikian dalam kalangan orang Islam sekarang, maka tugas dakwah dibiarkan kepada sekumpulan orang sahaja. - Mohd Shauki Abd Majid Utusan Malaysia Rencana 15 Julai 2016 6:10 PM


Pertahankan kesucian Islam

SIRI serangan keganasan yang berlaku di beberapa negara penghujung Ramadan dan awal Syawal lalu bukan sahaja merencatkan sambutan puasa dan hari raya malah lebih teruk lagi telah mencemarkan nama baik, imej dan juga kesucian agama Islam.

Antara serangan keganasan yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Daesh atau dikenali militan IS ini ialah yang berlaku di Arab Saudi, Bangladesh dan Iraq. Malah buat pertama kalinya pihak polis negara kita turut mengisytiharkan letupan bom tangan di kelab malam Movida di Puchong pada 28 Julai lepas sebagai angkara Daesh.

Oleh kerana dalang serangan ini mengaku Islam maka masyarakat dunia terutamanya Barat dengan mudah melabel orang Islam sebagai pengganas dan berbahaya. Ini sekali gus meningkatkan lagi Islamofobia dalam kalangan masyarakat dunia. Sentimen anti-Islam serta prejudis terhadap agama Islam dan orang Islam semakin merebak dan membimbangkan. Akibatnya imej dan kesucian agama Islam terus tercemar dan tercalar.

Walaupun kita tidak setuju dengan persepsi, prejudis dan tuduhan melulu pihak Barat terhadap agama Islam kerana Islam tidak pernah mengajar untuk melakukan perbuatan zalim dan terkutuk sehingga mengorbankan nyawa dengan sewenang-wenangnya namun persepsi barat itu tetap ada asasnya. Serangan pengganas yang bertopengkan jihad terutamanya selepas tragedi 9/11 di Amerika Syarikat, menambahkan persepsi negatif mereka.

Negara kita yang selama ini selamat turut terheret sama dalam serangan bom di Puchong yang didalangi oleh anggota Daesh. Walaupun pihak berkuasa secara aktif dan agresif cuba membendung penularan pengaruh militan IS di negara kita termasuk menangkap individu yang disyaki ada kaitan, namun jelas anggota kumpulan ini semakin berani dan mula menjadikan negara kita sebagai antara lokasi sasaran yang terbaru. Malah kita juga pernah dikejutkan dengan video yang jelas mencabar pihak polis sebelum ini jika mengganggu aktiviti kumpulan mereka, yang mengesahkan kumpulan ini memang ‘berani mati’ dan sanggup melakukan apa saja.

Dalam hal ini kita tidak boleh memandang enteng lagi ancaman dan pengaruh kumpulan pengganas Daesh ini. Kita sebagai umat Islam wajib melakukan sesuatu untuk memulihkan kembali imej Islam serta mempertahankan kesucian agama suci ini.

Bagi penulis masalah utama umat Islam pada hari ini ialah kita tidak pernah bersatu. Perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan umat Islam terlalu nipis dan mudah dirobek. Kita terus bercakaran dan bertelagah sesama sendiri baik merebutkan kuasa, harta mahupun kedudukan. Secara ringkasnya umat Islam terpisah akibat perbezaan ideologi, fahaman dan aliran politik dan juga ekstremisme agama. Ini ditambah tindak-tanduk kumpulan liberal yang sering mencetuskan kontroversi dan kekeliruan dalam ka­langan umat Islam.

Hakikatnya kita seringkali gagal untuk membezakan antara tuntutan agama dengan keperluan dan kemahuan masing-masing. Di negara kita sendiri umat Islam terbahagi kepada beberapa kumpulan mengikut ideologi dan topi politik masing-masing.

Misalnya kita ada orang Islam UMNO, kita ada orang Islam Pas dan kita juga ada orang Islam versi PKR dan PAN malah dalam DAP juga ada orang Islam. Kita sering bercakaran dalam hal politik kepartian yang sekali gus menjarakkan lagi kesatuan dan persaudaraan kita sebagai orang Islam.

Persoalannya di mana kekuatan kita? Walaupun umat Islam adalah penduduk paling ramai di negara ini malah Islam telah dimasyhurkan sebagai agama rasmi bagi Persekutuan namun percayalah kita tidak akan jadi kuat andai terus bercakaran sesama sendiri.

Jadi kita perlu mengembalikan penyatuan, perpaduan dan kekuatan umat Islam di negara kita. Penulis percaya Malaysia boleh memainkan peranan yang penting dalam membetulkan pandangan dan persepsi negatif masyarakat Barat terhadap Islam dan orang Islam.

Di peringkat domestik, kita perlu terus buktikan betapa orang Islam bukan semuanya pengganas sebaliknya di Malaysia kita mampu bersatu, maju ke hadapan dan boleh jadi negara dan masyarakat Islam contoh kepada dunia luar. Hal ini tidak mustahil untuk dilakukan kerana di negara kita, Islam adalah agama rasmi dengan penduduk paling ramai. Andai kita simpan baju dan topi politik masing-masing, kita boleh bersatu atas nama Islam.

Apa guna kita bercakaran sesama sendiri andai akhirnya kita gagal mempertahankan kesucian dan kedudukan agama kita. Tiada guna juga andai kita miliki kuasa tetapi agama Islam tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya. Jadi sekali lagi marilah kita bersatu atas nama Islam. Ingat sebagai umat Islam adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga, memelihara dan memartabatkan kedudukan dan kesucian agama Islam.

Dalam pada itu, negara kita boleh terus memainkan peranan aktif di peringkat global untuk membantu memulihkan nama baik Islam yang semakin tercalar. Kita perlu menggunakan pengaruh yang ada dalam platform lebih besar seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memperbetulkan persepsi negatif terhadap Islam.

Bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh. Cukup-cukuplah agama Islam terus dijadikan sebagai kambing hitam. Selama mana lagi kita hendak berdiam diri dan membiarkan perkara ini terus berlaku. Ambillah iktibar atas semua yang berlaku selama ini dan buat sekian kalinya marilah kita bersatu demi menjaga imej dan nama baik serta memartabatkan kesucian agama Islam baik di negara kita mahupun di seluruh dunia.