July 29th, 2016

Khutbah Jumaat “Pahlawan Mempertahankan Negara Demi Agama ”

Petikan Khutbah Jumaat 29 Julai 2016:JAIS

“Pahlawan Mempertahankan Negara Demi Agama"

Sambutan hari pahlawan mengingatkan kita akan jasa dan pengorbanan setiap individu yang telah mempertahankan negara dan tanahair daripada pencerobohan musuh. Sebagai anak bangsa yang cintakan agama, bangsa dan negara sangat menghargai segala jasa mereka jais.jpgyang telah mempertaruhkan nyawa untuk memastikan kedaulatan negara terpelihara.

Penghargaan ini juga diberikan kepada mereka yang telah dan terus berjuang dan berkorban untuk kesejahteraan umat dan negara. Sesungguhnya, keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi oleh negara pada hari ini tidak datang secara percuma. Ia merupakan hasil titik peluh bahkan titisan darah para pahlawan dan pejuang silam yang telah mengukir kejayaan negara pada hari ini.

Tokoh pahlawan tanah air seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Leftenan Adnan dan lain-lain lagi adalah nama-nama besar yang telah melakar sejarah kemenangan dan kejayaan negara kita.

Justeru, kita wajar mengambil pedoman dan tauladan di atas semangat juang yang ditinggalkan oleh pahlawan-pahlawan terdahulu yang telah berkorban apa sahaja mempertahankan negara demi agama.

Seruan Allah SWT yang menyuruh kita membuat persediaan yang ampuh menerusi firman-Nya dalam surah al-Anfal ayat 60;   “Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh-musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda-kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu…”.

Menghayati catatan sejarah peperangan Ahzab atau lebih dikenali sebagai peperangan Khandaq (parit) yang berlaku pada tahun kelima hijrah dalam bulan Syawal (yang sama seperti bulan ini), membuktikan kekuatan tentera dan pahlawan Islam yang berpaksikan keikhlasan dan kejituan iman mereka berjuang kerana Allah SWT.

Tentera Islam bukan hanya berhadapan dengan jumlah tentera musuh yang besar iaitu 10 ribu orang berbanding dengan 3 ribu orang sahaja, bahkan juga berhadapan dengan gabungan tentera bersekutu yang pelbagai dari kalangan musyrikin Quraisy bersama Yahudi Bani Nadhir, Bani Ghatafan dan lain-lain.

Hasil keimanan dan kesabaran tentera Islam, juga mustajabnya doa nabi SAW, maka Allah SWT telah memecahbelahkan gabungan tentera Ahzab ini dan menghantar angin ribut kepada tentera musuh, lalu memberikan kemenangan kepada tentera Islam. Abdullah bin Abi Aufa RA meriwayatkan doa nabi SAW dalam peperangan ini dengan sabdanya:  “Ya Allah yang menurunkan al-Kitab, lagi segera perhitungan (hisab), ya Allah hancurkanlah (gabungan) Ahzab. Ya Allah hancurkan dan goncangkanlah mereka”. (Riwayat al-Bukhari).

Doa ini telah menjadi asas dalam susunan lafaz takbir Hari Raya yang kita laungkan secara kuat beramai-ramai dengan menyebut: “Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah yang esa, Dia telah membenarkan janji -Nya, menolong hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya, dan membinasakan gabungan tentera Ahzab dengan (kuasa -Nya) sendiri”.

Menerusi peperangan Ahzab ini, beberapa pelajaran dan ibrah penting boleh kita ambil berkaitan dengan tentera dan pahlawan Islam yang telah mempertahankan kedaulatan negara Madinah, antaranya adalah;

Pertama: Keimanan yang semakin bertambah kuat ketika melihat ramainya jumlah gabungan tentera musuh yang bakal dihadapi. Sedikitpun mereka tidak gentar dan bimbang, bahkan mereka tetap teguh meyakini segala janji Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 22;

“Pada masa orang yang beriman melihat tentera al-Ahzab, mereka berkata, “Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kami dan benarlah Allah dan Rasul-Nya”. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka sepenuhnya kepada Allah”

Kedua: Kebijaksanaan dan kepintaran pahlawan Islam menyusun taktik dan strategi, serta kebersamaan semua pihak tanpa wujud sebarang perbezaan pangkat. Salman al-Farisi RA telah mencadangkan agar digali parit di sekeliling kota Madinah, lantas disambut baik oleh Rasulullah SAW dan umat Islam.

Taktik ini telah mengejutkan tentera musuh kerana ia tidak pernah digunakan oleh mana-mana bangsa Arab ketika itu dalam sebarang peperangan. Rasulullah SAW juga telah menunjukkan kepimpinan melalui tauladan dan prinsip kebersamaan dengan turut serta menggali parit sebagaimana yang telah dipersetujui.

Al-Barraa’ bin ‘Aazib RA meriwayatkan bahawa:“Ketika hari (peperangan) Ahzab dan Rasulullah SAW sedang menggali parit, aku melihat baginda memunggah tanah daripada parit sehingga debu-debu menutupi kulit perut baginda daripada penglihatanku sedangkan perut baginda mempunyai bulu yang banyak”. (Riwayat al-Bukhari).

Ketiga: Melaksanakan arahan Rasulullah SAW sebagai panglima tentera dengan penuh dedikasi dan berkesan. Ini boleh dilihat menerusi peranan Nu’aim bin Mas’ud RA yang tidak mengisytiharkan keIslamannya telah berjaya memporak-perandakan gabungan tentera Ahzab hingga menjadikan mereka saling tidak mempercayai antara satu sama lain.

Sesungguhnya peperangan itu adalah strategi dan tipu helah. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Peperangan itu adalah tipu helah”. (Riwayat al-Bukhari).

Menurut Syeikh Muhammad Abu Zahrah dalam karyanya al-Wahdah alIslamiah, beliau menegaskan bahawa asas kekuatan perpaduan orang Islam yang berdiri di atas dasar akidah ialah dengan:

1. Perasaan ukhuwwah sesama muslimin

Orang yang beriman itu adalah bersaudara. Tidak boleh berlaku persengketaan yang boleh membawa perpecahan. Jika wujud bibit-bibit pertelingkahan maka ia hendaklah didamaikan. Kesakitan dan ancaman yang dihadapi oleh saudara seakidah merupakan juga kesakitan kita yang perlu ditangani secara bersama ibarat cubit paha kanan, paha kiri akan terasa juga.

2. Kesatuan budaya, bahasa dan sosial

Orang Islam akan mencapai perpaduan dengan adanya persamaan dan kesatuan budaya, bahasa dan sosial sehingga mampu memerangi kumpulan perosak secara bersama. Perpaduan yang terhasil ini akan berjaya mencegah segala pemikiran dan ideologi sesat yang cuba menyusup masuk ke dalam masyarakat, demi mengelakkan kerosakan besar di atas muka bumi.

3. Tiada peperangan antara negara umat Islam

Tiada peperangan antara sesama negara umat Islam akan menjana kekuatan perpaduan mereka. Tidak kira sama ada peperangan tersebut berbentuk pemikiran, ekonomi atau budaya, ia mesti dielakkan sebelum berlakunya perpecahan dan kehancuran.

Mimbar mengakhiri khutbah pada hari ini dengan beberapa pedoman yang perlu diambil perhatian:

1. Umat Islam hendaklah mayakini bahawa mempertahankan kedaulatan negara adalah tuntutan agama yang bakal meraih ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

2. Umat Islam perlu menghargai pengorbanan dan jasa generasi terdahulu yang telah memartabatkan agama dengan mendoakan keampunan daripada Allah Azza wa Jalla untuk mereka.

3. Umat Islam wajib mempersiapkan diri dengan sebarang kekuatan rohani dan jasmani untuk mempertahankan keharmonian dan keamanan negara dari sebarang ancaman musuh.

“Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (al-Ahzab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut serta angkatan tentera (daripada malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. (Ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Ahzab: 9)

Friday Sermon Text The All-Out War Against Drugs

Friday Sermon Text 29 July 2016AD / 24 Syawal 1437H

In conjunction with the International Anti-Drugs Day 2016

The All-Out War Against Drugs

jawi_logo.jpgIn conjunction with the International Anti-Drugs Day this year, the mimbar would like to remind the congregation that drugs is still the main cause of crime and is the Number One enemy of the nation. Every day we are exposed to ever increasing cases of drug abuse among young people, especially teenagers and young Malay Muslims.

Statistics show that in the first three (3) months of this year alone, the number of drug addicts detected was about seven thousand two hundred sixty one (7,261 people). From this total, five thousand five hundred sixty four (5,564) were new addicts.

This indicates that there has been an increase of thirty nine percent (39%) compared to last year. Imagine if the percentage continues to increase, what would the fate of the country be in the future if these youths inherit it? How can they contribute to its political stability, economic strength and progress if they are involved in drugs and drug addiction?

Remember, the ban on drug abuse is based on the ban on liquor, for both of these elements lead to intoxication that damages the brain.

The mimbar would like to call upon Muslims to always refrain from being associated with drug addiction or alcohol. Although various awareness and preventive campaigns have been carried out by the authorities, the eradication of drug abuse and addiction has not been successful.

Therefore, to coincide with the International Anti-Drugs Day theme this year, which is "The All-out War Against Drugs", the mimbar would like to call the congregation to jointly perform their roles to ensure that drug addiction can be eradicated completely.

Allah SWT declared in Surah At-Tahrim, verse 6:  Which means: “O, you who believe! Save yourselves and your families from a Fire whose fuel is Men and Stones (Idols), over which are (appointed) angels stern (and) severe, who flinch not (from executing) the Commands they receive from Allah, but do (precisely) what they are commanded.”

The reality of today, according to Berita Harian, is that Malaysia is not only known as a drug transit country, but is now also known as a country that produces synthetic drugs. Synthetic drugs produced here, especially Syabu (methamphetamine), are considered to be of high quality because the process is masterminded by foreign experts, especially those from Iran.

What makes Syabu easily produced here ibecause the raw materials for production can easily be brought in, or obtained from the local market.

As a result, the value of Syabu seized by the authorities throughout the country last year reached more than RM145 million, more than the RM49 million worth of seized heroin, RM4.5 million worth of seized marijuana and RM59 million worth of seized drugs and other illicit pills. The total amount of seizures mentioned absolutely infuriates and saddens us.

The efforts to prevent drug addiction should not be undertaken by certain parties only. In line with the slogan of the Agensi Anti Dadah Kebangsaan (National Anti Drugs Agency), AADK, namely “Ambil Kisah, Ambil Tindakan” ( "Take Note, Take Action"), it shows that such efforts require the involvement of all parties, including government agencies, non-governmental organizations, educational institutions, employers, neighbourhood watch groups, and even individual members of society from various levels.

The task of eliminating drug trafficking is one of the measures which should be implemented through law enforcement, including tightening checks at border checkpoints and airports. The responsible agencies involved include the AntiSmuggling Unit, Royal Malaysian Customs Department, Immigration Department, police and so on.

If the illicit drugs can be stopped or restricted from entering the country, it will make it difficult for addicts to obtain their drug supply. If the smuggling of drugs can be eliminated from the source, including capturing the distributors and producers of drugs, the supply and availability of drugs in this country could definitely be reduced, or even eliminated altogether. Similarly, for synthetic drugs, the Ministry of Health and other relevant agencies, should control the availability of the materials used to produce such drugs, by limiting the number of purchases of such materials by each individual.

The involvement of non-governmental bodies is also greatly needed in this worthy and noble effort. Not only through awareness campaigns but also through joint activities with drug addicts, such as rehabilitation programmes, the instilling of good values, the building of self-confidence and other related activities. Even if these efforts are only put together and executed by the AADK, but with the involvement of NGOs, these campaigns to rehabilitate drug addicts would definitely be enhanced.

Education is a fundamental aspect in the delivery of knowledge to students, be it at school level or at higher education level. Thus, educational institutions should take this opportunity to expose students to the dangers of drug abuse, the effects and prevention. Establish cooperation with the AADK and the police in designing drug awareness programs regarding drug abuse which are more effective and could have greater impact on the students.

As for the employment sector, every employer should take the responsibility in efforts to prevent drug abuse. The types of work determines the different risks involved. The higher the risk, the more the chances of drugs being abused, especially in work related to manufacturing, construction, mining and so on.

Employees who require maximum energy while working would choose to take drugs as an easy way out to achieve their goals. Therefore, every employer must ensure that their employees comply with the laws and regulations. If there are employees who are involved in drug abuse, employers should immediately take stern action by terminating their employment.

The mimbar would like to invite the congregation to ponder and reflect, as parents, whether we want to see the lives of our children destroyed and are insulted daily, and if we, as the offspring, would like to witness our parents suffer the shame for having a child whose future is destroyed, due to drug abuse?

Therefore, let us together take on the role and responsibility to fight drug abuse and addiction. Be a concerned member of the society when it comes to the problem of drug abuse in the community and environment. If there are incidents of drug abuse in our neighbourhoods, we must take action before it becomes a cancer that destroys the future of our youths.

Neighbourhood Watch groups were created in the neighbourhoods so that we could act concertedly in combating drug abuse. This responsibility also falls within the category of “Amar Makruf Nahi Mungkar” ("Enjoining good and forbidding evil").

Reflect on the advice of Rasulullah SAW, in a hadith narrated by Abu Sa'id al-Khudri RA and recorded by Imam Muslim rahimahullah: بيَِدِهِ فَِإ ْن لَْم يَْستَطِ ْع فَبِلِسَانِهِ فَِإ ْن لَْم يَْستَطِ ْع فَبِقَلْبِهِ وَذَلِ َك ُ غَي ِرْه ُ ا فَلْي ً نْكَر ُ مَ ْن رََأى مِنْكُ ْم م ِإيمَا ِن ف اْل َأ ْضعَ ُ Which means: "Whoever among you sees evil, let him change it with his hand (his own will).If he is unable, then let him change it with his tongue (his advice). If he is still unable, then let him change it with his heart (by not approving of it), and that is the weakest of faith."

To conclude the sermon, let us take some of the lessons from it, which are as follows:

First: The task of combating drug abuse is the responsibility of all parties, such as the government, the society, government bodies and nongovernmental organisations, employers and employees.

Second: An all-out war against drug abuse is part of “Amar Makruf Nahi Mungkar”. ("Enjoining good and forbidding evil") which must be undertaken to preserve Islam from destruction.

Third: Shield and protect our children from being involved in drug abuse, because they are our successors, our next generation.

Allah SWT says in Surah al-Maidah verse 91: Which means: “Satan's plan is (but) to excite enmity and hatred between you, with intoxicants and gambling, and hinder you from the remembrance of Allah, and from prayer: will you not then abstain?”

Khutbah: Semangat kepahlawanan sumber kekuatan ummah

Petikan Khutbah Jumaat: 29 julai 2016 JAKIM

Semangat kepahlawanan sumber kekuatan ummah

Pada 31 Julai setiap tahun, negara akan menyambut Hari Pahlawan sebagai mengenang jasa bakti mereka yang berjuang dan berkorban demi kesejahteraan umat dan negara. Kita mengakui hakikat bahawa segala bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan anggota keselamatan dalam menentukan keamanan negara tidak pernah dilupakan oleh pemimpin dan masyarakat umum.

jakim.jpgMenurut pemerhatian mimbar, kepahlawanan adalah suatu sikap mulia yang menunjukkan jiwa atau sifat kewiraan, kependekaran, kekesateriaan, keperwiraan, keperajuritan, kegagahan, keberanian, dan keperkasaan seseorang dalam mempertahankan sesuatu yang amat disayangi. Oleh itu, kita dapati bahawa kata kepahlawanan itu sangat dekat dengan diri anggota keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan lain-lain agensi keselamatan. Malahan, profesion ini di pandang mulia oleh Islam bahkan satu penghormatan yang tinggi terhadap mereka.

Namun demikian suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah semangat kepahlawanan ini juga amat penting kepada agama Islam. Dalam konteks ini, setiap umat Islam perlu menggunakan semangat ini untuk memastikan akidah, ibadah, syariah, akhlak dan kedaulatan Islam terselamat daripada fitnah atau serangan pihak yang kurang arif mengenai Islam. Untuk itu, kita perlu berani dan tegas dalam menyampaikan mesej kebenaran Islam. Firman Allah SWT dalam Surah al-‘Ankabut ayat 69,

Maksudnya: “Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Sebagai pewaris negara bangsa yang merdeka, kita perlu menyedari bahawa pengorbanan generasi terdahulu amat berharga. Masa yang diambil cukup panjang dan tenaga yang dikeluarkan cukup banyak. Sekarang, kita tidak perlu lagi mengulangi sejarah lama tersebut dari awal. Apa yang utama, tanggungjawab dan tugas kita kini ialah menerus dan memelihara semangat kepahlawanan itu dari jatuh dan terbelenggu semula di tangan musuh. Gesaan ini selari dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Anfal ayat 60,
Maksudnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”

         Justeru, umat Islam dituntut supaya sentiasa bersiap sedia sepanjang masa kerana kedatangan musuh sangat sukar diramal dan persiapan tersebut akan menjadikan kita lebih berwaspada dalam segala aspek seperti meningkatkan soal keselamatan, memperkasakan ekonomi, menaiktaraf pendidikan, memartabatkan agama dan memperkukuh sosial bangsa.

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
Jika ditinjau dari sudut sejarah, semangat kepahlawanan umat Islam ini telah lama wujud. Mereka telah membuktikan kepada kita bahawa antara ciri-ciri kekuatan yang utama adalah terletak pada aspek keteguhan iman dan keikhlasan kepada Allah SWT, serta ketaatan kepada kepimpinan mereka. Sebagai contoh keperibadian Sultan Muhammad al-Fateh dan tenteranya yang berjaya menawan Kota Konstantinopel. Berdasarkan sejarah, usaha untuk membebaskan Kota Konstantinopel ini agak sukar dan memakan masa agak lama iaitu sejak zaman Kerajaan Umaiyyah, Kerajaan Abbasiyyah, dan Kerajaan Uthmaniyyah di mana semuanya menemui kegagalan.
Namun dengan ketekunan beliau mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah SAW dalam peperangan di tambah dengan pengaruh semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, maka beliau berjaya membentuk disiplin tenteranya yang taat kepada Allah dan pemimpin. Keadaan ini pernah digambarkan oleh baginda SAW ketika dalam perang Khandak sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abdullah bin Bisyr al-Khas’amiyy RA bahawa baginda bersabda,

Mafhumnya: “Sesungguhnya Konstantinopel itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.”

Hal ini terjadi bukan sahaja kerana kehebatannya sebagai pemimpin, tetapi semangat kepahlawanannya yang tinggi. Tidak harianlah nama beliau sebagai panglima perang begitu dikenali di benua Eropah. Tuntasnya, kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadi dan didikan rohaninya. Be
liau sangat mengambil berat berkenaan solat berjemaah, solat sunat rawatib dan solat sunat Tahajud yang tidak pernah ditinggalkannya sama sekali. Inilah mengapa beliau dan para tenteranya mampu bertahan dalam apa juga keadaan, tidak mudah mengaku kalah walau ditawarkan pelbagai habuan sebagai balasan mempertaruhkan agama, bangsa dan negara.
         Sebagai iktibar kepada kita semua, marilah sama-sama kita merenungi dan menghayati firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah ayat 111,

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga,(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Sebagai rakyat yang cintakan negara, mimbar menyeru sidang jemaah sekalian, marilah kita menanamkan semangat kepahlawanan yang tinggi dan diredhai oleh Allah SWT. Semoga semangat kepahlawanan ini menjadi sumber inspirasi kekuatan ummah untuk memastikan hidup dalam suasana aman, harmoni dan berdaulat. Di kesempatan ini juga, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT agar melimpahi rahmat kepada para pahlawan yang berjuang dan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:

Pertama: Semangat kepahlawanan mencakupi segenap aspek perjuangan hidup untuk mencapai kesejahteraan umat dan negara tercinta.
Kedua: Pengorbanan pahlawan terdahulu amat berharga dan perlu dipelihara agar tidak jatuh dan terbelenggu semula di tangan musuh.
Ketiga: Kita perlu sentiasa menjana kekuatan iman dan berjuang dengan penuh keikhlasan kerana Allah SWT serta taat setia dengan kepimpinan.

Maksudnya: “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat.” (Surah an-Nasr:1-3)

Cakna perilaku anak

PASTI setiap ibu bapa di luar sana berdepan situasi ini. Anak yang berusia 10, 11 malah 15 tahun merengek bagai si kecil berumur dua tiga tahun meminta ibu bapa membelikan gajet berupa telefon pintar yang boleh mengakses internet.

Kata anak itu, teman di sekolah semuanya mempunyai telefon canggih. Cerita anak itu lagi, seorang kawannya telah mewujudkan grup belajar menggunakan aplikasi WhatsApp menyebabkan dirinya ketinggalan banyak maklumat.

Apa yang akan anda sebagai ibu bapa lakukan? Jika tidak beli berasa bersalah, jika beli tidak boleh dibiarkan, perlu dipantau apa yang diakses si anak.

Benarkah anak-anak kita menggunakan telefon atau sebarang gajet yang dimiliki untuk bersembang dengan kawannya mengenai hal pelajaran, hal sekolah atau anak kita sebenarnya bersembang mengenai perihal seks sesama mereka? Berapa ramai ibu bapa yang 'pandai' menyelongkar aplikasi yang dimuat turun dalam telefon anak?.

Siri kedua seminar keibubapaan Memahami dan Mengatasi Bencana Kerosakan Otak Kerana Pornografi, membahaskan isu ini. Seminar dikendalikan Pengarah Yayasan Kita dan Buah Hati, Jakarta Indonesia, Dra Elly Risman dan dianjurkan oleh Asean Mosque Festival di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Ibu bapa terus leka

Elly atau panggilan mesranya, Ibu Elly menjelaskan, segelintir ibu bapa di luar sana tanpa sedar telah membuka peluang kepada anak-anak untuk menjadi sebahagian daripada sasaran, misalnya  bisnes pornografi dan dadah kerana melakukan banyak kekeliruan dalam mengasuh anak.

"Saya mahu mengajak ibu bapa yang ada di sini berbicara secara imaginasi dengan anak lelaki anda. Benarkah telefon yang dipegang di tangan anak anda hanya digunakan untuk belajar? Tidak terfikirkah anda jika mereka juga turut bersembang perihal seks?.

"Berdasarkan kajian dilakukan United Nation, penggunaan telefon memberikan kesempatan tidak bertepi bagi anak remaja untuk berkomunikasi, mewujudkan grup, bertemu dan terlibat dalam kegiatan seks yang berisiko, sekali gus memicu peningkatan HIV di Segi tiga Api: Bangkok, Jakarta dan Hanoi dua tahun lagi. Sungguh mendebarkan. Situasi ini dianggap bencana di negara saya (Indonesia)," katanya kesal.

Beliau berkata, hampir setiap hari siaran televisyen mahu pun akhbar memaparkan dan menyiarkan kes berkenaan kejadian rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah dan bermacam-macam lagi di Indonesia. Itu yang diberitakan, bagaimana pula dengan kes yang tidak dilaporkan.

Menurutnya, sesuatu perlu dilakukan untuk mengawal keadaan ini. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Pastinya, Malaysia masih dalam kategori selamat dengan kes sebegini, namun, jika ibu bapa masih leka dan terus membiarkan jari si anak mengetik papan kekunci telefon mahu pun gajet lain, ia bakal mengundang padah kepada diri, keluarga juga masyarakat.

Asuh anak era digital

Mudah sahaja, apabila anak menangis terus dibaginya telefon yang dimuat turun cerita kegemaran ramai kanak-kanak, SpongeBob SquarePants.

Gelak si anak melihat keletah kartun yang berada di dalam Lautan Pasifik. Tetapi, tahukah ibu bapa apakah kesan animasi berkenaan kepada pembangunan karakter anak-anak? Kerana itulah pendidikan awal kanak-kanak penting untuk dipelajari ibu bapa moden hari ini. 

"Jika begini cara kita mengasuh anak, kita sudah tahu anak kita akan jadi itu dan ini, dengan mudahnya menjadi sasaran anasir yang tidak elok yakni nasibnya sama seperti anak-anak remaja di negara saya.

"Buku bertajuk The Drug of the New Millenium tulisan Mark B Kastleman yang melakukan kajian bahawa saat pasangan suami isteri melakukan perhubungan kelamin akan mengeluarkan empat atau lima cairan otak. Dan berdasarkan hasil penelitian selama 20 tahun, Mark membuktikan apabila seseorang penikmat pornografi contohnya kanak-kanak dan remaja maka otaknya akan memproses cairan yang sama seperti pasangan suami isteri yang melakukan hubungan kelamin. Jadi sejak umur berapa ibu bapa menggalakkan anak-anak menjadi seperti itu? Ia mungkin bermula sejak memberikan anak gajet dan memasang perkhidmatan Wifi di rumah," kata Elly.

Paparan tidak bermoral: Aktiviti anak perlu dipantau

ELLY mengatakan, anak lelaki lebih cenderung dan dijadikan fokus utama pornografi berbanding anak gadis. Kenapa begitu?

"Pertama sekali, saya mahu ibu bapa yang berada dalam seminar ini kongsikan

Ibu bapa jadikan gajet 'ubat' mengelak anak menangis.

setiap apa yang saya katakan di sini kepada saudara kandung dan ipar. Bukankah anak-anak kita bermain bersama anak-anak mereka. Kami sekarang sedang menangani kes melibatkan anak kecil berusia enam tahun yang mengadakan sadomi dengan rakan sekelasnya. Guru bertanya dan dia katakan perbuatan berkenaan diketahui daripada sepupunya yang ditemui ketika hujung minggu lepas. Ternyata, anak itu sudah disetubuhi oleh sepupunya dan dia sendiri menyetubuhi adiknya yang berusia lima tahun tanpa mengetahui apa-apa.

"Jawapan kenapa anak lelaki dijadikan fokus utama pertamanya, kerana anak lelaki berfikir guna otak kiri sama seperti bapanya, kedua kerana otak kiri lebih memfokuskan kepada apa yang dilihat, ketiga testosteron yang dirembes keluar lebih banyak ada dalam otak lelaki berbanding dalam otak perempuan dan yang keempat kerana kemaluannya di luar (mudah untuk terangsang). Lihat wahai ibu bapa, ini tidak lucu. Saya mahu tegaskan di sini, dengan mudahnya anak kita disasarkan dengan ilmu neuron sains. Ibu bapa tidak boleh terus leka. Cuba hitungkan berapa kali mereka lalui saat seperti pasangan yang sudah berkahwin walaupun mereka belum berkahwin?," katanya lagi yang sering berdepan dengan kes melibatkan terapi anak-anak.

Menurutnya, pornografi telah menyasarkan anak lelaki kita sejak usia mereka lapan tahun lagi (belum baligh). Ibu bapa mesti menekankan kekuatan spiritual (kerohanian) dalam diri anak-anak. Usah terlampau mengharapkan pihak sekolah untuk mendidik anak-anak kita.

Beliau berkongsi ketika di Amerika Syarikat, temannya yang beragama Kristian mengatakan: "Kamu tahu tak kenapa otak anak-anak kita semakin rosak, ini kerana kita tidak mengajar anak untuk menjaga pandangan dan kemaluan mereka," Sejujurnya, beliau menangis sebaik mendengar kata-kata itu.

ALLAH SWT berfirman: "Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (Surah An-Nuur: 30) dan ALLAH juga turut menerangkan dalam ayat 31 surah yang sama.

Otak rosak

Menurutnya. internet mempunyai empat sifat. Pertama, agresif dia yang cepat, mencari dan mengejar anak kita, bukan anak kita yang mengejar pornografi. Kedua, sangat mudah diakses. Ketiga, berpatutan dan murah, senang nak lihat gambar yang tidak senonoh dan keempat anonimus hanya mata orang itu dan ALLAH sahaja yang tahu.

"Pertanyaan saya mudah, sejak bila ibu bapa memberi kemudahan internet di rumah yang memudahkan anak-anak untuk melihat dan bermain itu dan ini?.

"Otak si anak akan rosak!, mereka tidak boleh berfikir dan cepat lupa, jika tidak percaya cuba soal mereka yang terlibat pasti tidak mampu untuk peroleh jawapan daripada mereka. Bayangkan, apabila anak-anak kita semakin ketagih di mana sahaja mereka akan melakukannya sama di sekolah dalam tandas atau di tempat awam," katanya yang mengatakan bahawa di Indonesia terdapat kes melibatkan anak lelaki seawal usia lapan tahun sudah terlibat dengan kes memperkosa.

Aplikasi maya

Beliau berkata, perhubungan cinta antara anak remaja lelaki dan perempuan juga perlu dipantau. Sesuai dengan teknologi moden yang semakin hari semakin canggih dengan wujudnya banyak aplikasi seperti WhatsApp, Line, WeChat, laman sosial Facebook mempunyai simbol-simbol cinta yang pelbagai.

"Ibu bapa perlu tanya anak-anak mereka, simbol apakah ini, tanyakan mengenai sejauh mana perhubungan cinta mereka. Benar, anak-anak tidak akan bagi tahu, tapi cuba nasihatkan mereka untuk sedia berkongsi dengan kita kerana untuk melakukan pornografi tidak semestinya perlu membuka baju.

"Apabila anak anda melihat pornografi ternyata dia mempunyai kecenderungan untuk terlibat dengan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Cegah dari sekarang sebelum terlambat. Permainan dalam talian juga meninggalkan kesan yang negatif, ibu bapa berasakan permainan sahaja, padahal dengan permainan itulah keluarnya bermacam gambar dan simbol lucah," tegasnya.

Pada awal bicara tadi, Elly ada mengatakan kenapa ibu bapa perlu berhati-hati dengan cerita animasi SpongeBob SquarePants kerana ia menggalakkan gaya hidup homoseksual. Tanya diri ibu bapa, sejak bila menanam gaya hidup sedemikian dalam diri anak-anak.

Di Indonesia, Elly menandatangani pemberhentian siaran animasi berkenaan dan ia menjadi trending dibahaskan dalam Twiter. Keadaan itu jelas menunjukkan ramainya peminat animasi berkenaan dan mereka juga seakan anak kecil anda yang menonton animasi berkenaan.

Justeru, jadilah ibu bapa yang cakna (peka) dengan setiap apa yang dilakukan si anak. Apabila anak pulang dari sekolah, periksa beg mereka, tanya apa yang dipelajari, tanya topik apa yang dibualkan bersama rakan mereka.

Sejarah tafsir al-Quran

DEFINISI tafsir dari segi bahasa ialah penjelasan dan huraian. Terdapat satu ayat dalam al-Quran yang menyebut kalimah tafsir, iaitu ayat 33, Surah Al-Furqan: "Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu)."

Tafsir menurut istilah ialah satu ilmu yang dengannya dapat difahami al-Quran iaitu dengan menjelaskan maknanya dan mengeluarkan hukum hakam serta pengajaran yang terdapat di dalamnya. (Sofiah Syamsudin, (2006). Al-Madkhal ila Dirasah 'Ulum Al-Quran. Gombak: UIAM)



Tafsir zaman Nabi, sahabat

Al-Quran adalah kalamullah. Maka, ALLAH SWT sendiri memberi jaminan kepada Rasul-Nya untuk memelihara isi kandungan dan menerangkannya. Firman ALLAH: "Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu. Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan)." (Surah Al-Qiyamah: 17-19)

Oleh itu, Nabi Muhammad SAW adalah orang yang memahami al-Quran secara keseluruhannya dengan begitu mendalam. Bukan setakat itu sahaja, tugas Baginda SAW selanjutnya ialah menerangkan isi kandungan tersebut kepada sahabat. Ini seperti yang dijelaskan ALLAH dalam firman-Nya: "Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya." (Surah Al-Nahl: 44)

Jadi, Rasulullah SAW adalah ahli tafsir al-Quran yang pertama. Baginda SAWlah paling memahami dan mengetahui segala isi kandungan al-Quran.

Sahabat Rasulullah SAW juga mudah memahami al-Quran (walaupun tidak secara detil). Faktor utama ialah kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab yang memang bahasa mereka sendiri. Ibn Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah menyatakan: "Sesungguhnya al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, maka mereka (sahabat) dapat memahaminya dan mengetahui makna-maknanya..." Namun begitu, tahap kefahaman dalam kalangan sahabat ini tidak sama. Ada yang dapat memahami sesuatu ayat secara cepat dan ada yang tidak.

Secara asasnya, sahabat Rasulullah SAW apabila mentafsirkan al-Quran, mereka akan bergantung kepada sumber-sumber berikut:

1. Al-Quran al-Karim: Ada ayat al-Quran yang diturunkan dengan makna yang umum, ada ayat lain yang akan menghuraikannya secara lebih terperinci. Ada juga yang secara umum kemudian ada ayat lain pula yang mengkhususkannya. Inilah yang dinamakan al-Quran ditafsirkan dengan al-Quran.

2. Rasulullah SAW sebagai penghurai kepada isi kandungan al-Quran: Jika ada makna ayat al-Quran yang tidak dapat difahami dengan baik, sahabat akan kembali merujuk kepada Rasulullah SAW. Kadang-kadang, Baginda SAW sendiri yang akan memberikan penjelasan maksud sesuatu ayat apabila ada keperluan.

3. Kefahaman dan ijtihad: Jika sesuatu ayat al-Quran yang tidak ada penjelasannya daripada al-Quran atau pun daripada Rasulullah SAW, maka sahabat akan berijtihad dalam memahami maksud ayat tersebut. Ini kerana mereka adalah bangsa Arab, mengetahui bahasa Arab dengan baik dengan segala bentuk uslub dan balaghahnya. Justeru, dengan kelebihan inilah mereka layak untuk berijtihad dalam memahami maksud sesuatu ayat.

Tafsir selepas zaman Nabi

Tokoh-tokoh tafsir dalam kalangan sahabat, mempunyai pelajar mereka sendiri iaitu tabii'n. Golongan tabii'n mempelajari ilmu tafsir daripada sahabat. Oleh itu, kaedah tabii'n dalam memahami ayat-ayat al-Quran adalah sama dengan kaedah yang digunakan oleh sahabat. Mereka akan bergantung kepada tafsir daripada ayat al-Quran sendiri, tafsir daripada Rasulullah SAW, tafsir berdasarkan ijtihad sahabat dan juga dengan sedikit tambahan daripada ijitihad tabii'n sendiri.

Menurut Dr Muhammad Husain Al-Zahabi: "Mufassir tersebut (dalam kalangan tabii'n), memahami kitab ALLAH berdasarkan keterangan yang dibawa oleh al-Quran sendiri. Kemudian berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh sahabat daripada Rasulullah SAW dan juga apa yang mereka sendiri terima daripada sahabat (ijtihad sahabat). Mereka juga turut mengambilnya daripada ahli kitab berdasarkan apa yang terkandung di dalam kitab-kitab mereka serta melalui jalan yang dibukakan oleh ALLAH kepada mereka melalui cara berijtihad dan kajian kepada kitab ALLAH..." (Al-Qattan, Manna’.(1996). Mabahith fi ‘Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah Al-Risalah)

Kita perlu faham tafsir yang diberikan oleh Rasulullah SAW dan sahabat tidak merangkumi semua ayat al-Quran. Ini kerana, hanya ayat-ayat al-Quran yang sukar difahami sahaja yang akan ditafsirkan.

Sudah tentu, kadar kefahaman di antara suatu generasi tidak sama. Ada ayat al-Quran yang jelas dan senang difahami oleh sahabat tetapi sukar untuk difahami oleh tabii'n. Maka ayat-ayat al-Quran yang tidak ada tafsirannya daripada Rasulullah SAW mahupun sahabat, akan ditafsirkan oleh tabii'n mengikut ijtihad kefahaman mereka.

Keadaan ini berlaku daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Sebab itu pada setiap zaman ada saja ulama yang mendalami bidang ini dan memberikan tafsiran al-Quran kepada masyarakat yang hidup sezaman dengan mereka. Akhirnya, keseluruhan ayat-ayat al-Quran ditafsirkan dan dihuraikan supaya semua itu dapat difahami dengan jelas.

Selepas perkembangan dakwah Islam, sahabat diutuskan keluar ke negeri-negeri tertentu untuk mengajarkan Islam. Sahabat di setiap tempat ini mempunyai pengikut (tabii'n) mereka masing-masing. Contohnya pengikut Ibn Abbas di Makkah ialah Said bin Jubair, Mujahid, 'Ikrimah, Tawus dan 'Ata' bin Abi Rabah. Di Madinah pula, sahabat yang terkenal dengan ilmu tafsir ini ialah Ubai bin Kaa'b. Antara pengikutnya ialah Zaid bin Aslam, Abu Al-'Aliyah dan Muhammad bin Kaa'b. Manakala antara sahabat yang berada di Iraq pula ialah Ibn Mas'ud. Antara pengikut dalam kalangan tabii'n ialah 'Alqamah bin Qais, Masruq, Al-Aswad bin Yazid dan Al-Hasan Al-Basri.

Mufassir yang terkenal dalam kalangan tabii'n ini pula akan menyampaikan ilmu tafsir ini kepada generasi selepas itu yang disebut sebagai tabi' tabii'n. Mereka mengajarkan tafsir berdasarkan kaedah yang digunakan terdahulu oleh sahabat.

Perkembangan ilmu tafsir

Era Al-tadwin iaitu penulisan kitab secara rasmi, bermula di akhir zaman Bani Umayyah dan awal zaman Abbasiyin. Pada masa ini kitab-kitab hadis ditulis secara rasmi. Ilmu tafsir pada ketika ini pula ditulis sebagai salah satu bab daripada kitab hadis. Tafsir yang ditulis pada zaman ini berdasarkan kepada sanad yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW atau sahabat atau tabii'n.

Pada peringkat seterusnya, ilmu tafsir telah mula ditulis secara berasingan. Tidak lagi dimasukkan di dalam kitab hadis. Antaranya ialah seperti yang dilakukan oleh Al-Imam Ibn Jarir Al-Tabari (w310H).

Peringkat zaman seterusnya, keadaan sedikit berubah. Tafsir yang ditulis pada zaman ini tidak lagi disertakan dengan sanad. Jadi, pandangan-pandangan yang dinyatakan tidak disebut sandaran dan sumbernya. Kesannya, masuklah riwayat-riwayat yang maudhuk (palsu) dalam ilmu tafsir. Riwayat yang sahih telah bercampur dengan yang palsu. Inilah permulaan kepada munculnya pemalsuan dalam ilmu tafsir.

Perubahan suasana terus berlaku pada zaman seterusnya. Ilmu semakin berkembang. Munculnya pengaruh ilmu falsafah. Perkara khilaf semakin banyak berlaku. Taksub kepada mazhab masing-masing mula nampak. Tafsir pula kurang disandarkan kepada riwayat-riwayat daripada golongan salaf. Kesannya, ilmu tafsir ditulis berdasarkan kecenderungan masing-masing. Ada  yang mencampurkannya dengan kefahaman ilmu falsafah. Ada yang lebih menjuruskan kepada bidang fiqh, sejarah dan sebagainya.

Kesimpulannya, penulisan tafsir pada ketika ini bercampur di antara ilmu naqli dengan ilmu aqli.

Usah makan harta saudara secara batil

SEGALA puji bagi ALLAH SWT yang mengharamkan kezaliman atas diri-Nya dan menjadikannya haram antara sesama manusia.

Sewajarnya kita bertakwa kepada ALLAH dan berhati-hati jangan kita berlaku zalim terhadap orang lain kerana sesungguhnya kezaliman itu ialah kegelapan pada hari kiamat. Kita perlu menghindari sifat tamak haloba kerana ia memusnahkan umat manusia dahulu.

Firman ALLAH: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu." (Surah An-Nisaa': 29)

Dalam ayat di atas ALLAH melarang perbuatan mengambil harta wang ringgit orang lain dengan cara tidak syarie sebagaimana dibolehkan dalam transaksi muamalah yang harus  dan segala pertukaran barang yang betul atau pemberian tabarru yang menepati syarat sahnya dengan penuh kerelaan tanpa paksaan, atau mengambil harta orang lain berdasarkan hak syarie umpama zakat, nafkah yang wajib dan untuk pembayaran hutang.

Adapun perbuatan mengambil harta orang lain tanpa alasan syarie, ia diertikan sebagai perbuatan makan harta orang lain dengan cara batil. Ia juga kezaliman dan penindasan.

Sabda Nabi SAW: "Tidak halal harta seorang Muslim kecuali dengan kerelaan pemiliknya." (Riwayat Abu Daud, sahih)
Sabdanya lagi: "Sesungguhnya darah kamu, harta dan maruahmu adalah haram terpelihara sebagaimana terpeliharanya hari kamu ini dalam bulan kamu ini dan di bumi kamu ini." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Baginda SAW mengucapkan kenyataan ini di Mina di hadapan jemaah haji pada Haji Wada' tahun 10 Hijrah.

Makan harta secara batil

Terdapat pelbagai cara seseorang itu boleh terjebak dalam memakan harta saudara Muslimnya secara batil. Antara cara yang paling berat dan buruk adalah dengan cara riba. Firman ALLAH: "Orang yang memakan riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu." (Surah Al-Baqarah: 275)

Orang yang makan daripada hasil riba mereka bangkit dari kubur dalam keadaan berjalan terhuyung-hayang dan jatuh tersungkur seakan-akan dirasuk. Ini kerana ketika di dunia mereka kenyangkan perut mereka dengan hasil riba.
Dalam hadis pula, Jabir RA mengatakan: "Rasulullah SAW melaknat orang yang makan daripada hasil riba, wakilnya, kedua saksinya dan penulisnya." Baginda SAW lalu mengatakan: "Mereka adalah sama." (Riwayat Muslim)

Seburuk-buruk bentuk riba adalah dengan menambah jumlah bayaran hutang lebih daripada jumlah dipinjam ketika melanjutkan tempoh masa bayaran semula hutang tersebut buat mereka yang kesempitan untuk melunaskan hutang. Ibarat pemiutang yang berkata: "Aku melanjutkan tempoh bayaran semula hutang kamu dengan syarat jumlah hutang kamu itu ditambah."

ALLAH menjelaskan keadaan berkenaan dalam Surah Al-Baqarah ayat 278 hingga 280.

Turut termasuk dalam erti riba adalah pinjaman yang mengenakan bunga atau faedah oleh bank konvensional pada hari ini di mana ia menyediakan pinjaman kewangannya kepada individu yang memerlukan, ahli perniagaan, pengilang atau badan-badan yang tertentu dengan syarat peminjam akan membayar balik pinjaman dengan kadar faedah tertentu. Faedah ini akan terus bertambah sekiranya peminjam gagal membayar pinjaman mengikut tempoh ditetapkan.

Begitu juga wang simpanan milik pelanggan yang disimpan dalam akaun bank di mana bank memberi nisbah dividen tertentu selepas beberapa tempoh pelanggan menyimpan wangnya dalam bank.

Wang hasil perjudian juga termasuk dalam erti memakan harta orang lain secara batil. Firman ALLAH: "Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah kotor (keji) daripada perbuatan syaitan; oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati ALLAH dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?" (Surah Al-Maa'idah: 90-91)

Mengambil rasuah ialah memakan harta orang lain secara batil dan haram. Daripada Abdullah bin Umar RA, katanya: "Rasulullah SAW melaknat pemberi dan pemakan rasuah." (Riwayat Abu Daud, sahih)

Rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya.

Rasuah turut diertikan ulama sebagai suapan untuk menghalang sesuatu yang hak atau memperoleh sesuatu yang batil.
Baginda SAW bersabda: "Barang siapa darah dagingnya tumbuh dari jalan yang haram maka nerakalah yang paling layak buatnya." (Riwayat Ahmad, sahih)

Turut termasuk dalam erti memakan harta orang lain secara haram ialah perbuatan menipu dalam muamalah dengan orang lain seperti dalam jual beli, sewa dan binaan.

Sabda Nabi SAW: "Barang siapa menipu kami maka dia tidak tergolong dalam kalangan kami." (Riwayat Muslim)
Antara bentuk penipuan adalah menyembunyikan aib kecacatan, kerosakan atau kekurangan pada sesuatu produk dan menzahirkan seolah-olah produk tersebut bagus-bagus belaka.

Pernah suatu hari Rasulullah SAW melewati pasar Madinah dan melihat satu longgokan makanan yang dijual. Baginda SAW memasukkan tangannya dalam longgokan makanan tersebut dan mendapati ia basah. Kata Baginda SAW: "Wahai penjual, apa ini?" Jawab si penjual: "Ia basah terkena hujan." Kata Baginda SAW: "Mengapakah kamu tidak letakkan bahagian yang basah di atas agar dapat dilihat oleh pembeli? Barang siapa menipu kami maka dia tidak tergolong dalam kalangan kami." (Riwayat Muslim)

Demikian juga perbuatan memperdayakan pembeli dengan menaikkan harga suatu produk melebihi harganya yang sebenar. Ia juga termasuk dalam penipuan.

Menipu dalam timbangan termasuk dalam erti memakan harta orang lain secara batil. Demikian adalah sebahagian contoh perbuatan memakan harta orang lain secara batil dan haram. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang berasa cukup dengan apa yang ALLAH halalkan buat kita dan menjauhi apa yang diharamkan-Nya.

Menjadi hamba Allah yang bertanggungjawab

ISLAM adalah satu agama yang komprehensif dan moderate. Islam menggalakkan umatnya bekerja untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Setiap individu Islam mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu tanpa mengira jawatan dan latar belakang. Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam adalah:

* Pertama, tanggung jawab terhadap Allah.


KEBERKATAN kehidupan anak-anak bergantung kepada keredaan ibu bapa. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

Setiap individu Islam wajib mematuhi dan melaksanakan hukum-hakam dan perundangan Allah dalam setiap aspek kehidup­an. Manusia sebagai hamba Allah oleh itu hanya Allah sahaja yang layak disembah selaku Pencipta makhluk dan alam semesta. Sebagai hamba Allah manusia wajib mematuhi segala perintah-Nya secara ikhlas. Firman-Nya dalam Surah 98 (al-Bayyinah) ayat 5 bermaksud: “Padahal mereka tidak disuruh, kecuali supaya menyem­bah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya, dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.”

Menunjukkan sikap tanggungjawab kepada Allah satu amalan yang paling menguntungkan manusia. Allah tidak memerlukan sebarang jasa perkhidmat­an manusia untuk-Nya. Perkara ini dijelaskan oleh Imam Ja’far Shadiq seperti berikut; “Sesungguhnya Allah SWT tidak menciptakan hamba-Nya dengan sia-sia, dan tidak membiarkannya tanpa guna, melainkan Dia menciptakan mereka untuk menampakkan kekuasaan-Nya, dan untuk membebani mereka dengan kewajipan ketaatan kepada-Nya, supaya dengan itu mereka layak mendapat keredaan-Nya. Allah Swt tidak menciptakan hamba-Nya dengan tujuan mendapat manfaat daripada mereka atau untuk menolak bahaya dengan perantaraan mereka, melainkan Dia menciptakan mereka dengan tujuan supaya mereka mendapat manfaat dan menyampaikan mereka kepada kenikmatan abadi.”

* Kedua, tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Setiap individu wajib memenuhi kewajipannya sendiri bagi membentuk keperibadian Islam yang sejati. Iman yang dimiliki bersifat naik turun atau dalam istilah Islam disebut sebagai yazidu wa yanqushu (kadang-kadang bertambah atau kuat dan kadang-kadang kurang atau lemah).

Kecuaian dalam mengimbangi keimanan kadang-kadang boleh menyebabkan umat Islam lalai dan leka dalam kehidupan mereka sehingga sanggup melakukan sesuatu yang merugikan kehidup­an mereka di dunia dan di akhirat.

Allah menyeru umat Islam supaya merenung dan meneliti setiap pergerakan kehidupan di dunia ini bertepatan dengan konsep dan prinsip ajaran Islam. Kejahilan dalam aspek ini boleh menyebabkan umat Islam berte­rusan melakukan kesalahan dan dosa yang perlu dipertanggungjawabkan di depan Allah di hari akhirat.

* Ketiga, tanggungjawab terhadap keluarga.

Wajib bertanggungjawab terhadap keluarga berkaitan de­ngan kewibawaan, kesejahteraan, keselamatan, pendidikan dan kehidupan. Tanggungjawab terhadap keluarga juga sebahagian daripada tanggungjawab diri kerana memelihara diri sendiri berkaitan dengan perintah memelihara iman keluarga.

Allah menyebut dalam al-Quran perkataan quu anfusakum wa ahlikum naara (peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka). Perkara ini dinyatakan oleh Allah dalam Surah 66 (Al-Tahrim) ayat 6 yang bermaksud; “Hai orang-orang yang beriman peliharalah diri mu dan keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

Hubungan anak dan ibu bapa adalah satu kewajipan dalam tanggungjawab kekeluargaan. Ibu bapa adalah individu yang perlu diutamakan dalam kehidupan anak-anak. Keberkatan kehidupan anak-anak bergantung kepada keredaan ibu bapa. Menghormati dan mengambil berat hal ehwal ibu bapa adalah satu kewajipan yang utama dalam sistem kehidupan kekeluargaan umat Islam.

Islam menggalakkan umatnya supaya memelihara hubungan kekeluargaan dan bantu-membantu antara satu sama lain sebagai ahli keluarga sendiri. Ini konsep kehidupan yang perlu dilaksanakan oleh masyarakat Islam. Rasulullah SAW memperi­ngati umat Islam dengan sabdanya yang bermaksud; “Aku berpesan kepada umatku baik yang hadir mahupun yang tidak hadir, mahupun yang kini mereka masih berada dalam tulang sulbi ayah atau rahim ibu mereka hingga hari kiamat, hendaklah mereka menjalin silaturahim dengan sanak-saudara dan kerabat mereka, karena silaturahim merupakan sebahagian dari agama.”

Rasulullah SAW orang yang paling baik dengan ahli keluar­ganya. Perkara ini dijelaskan oleh baginda dengan sabdanya yang bermaksud; “Sebaik-baiknya kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarga, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.”

* Keempat, tanggungjawab terhadap masyarakat.

Setiap individu memerlukan bantuan di antara satu sama lain sesuai dengan kedudukannya sebagai makhluk bersosial. Umat Islam digalakkan supaya tolong-menolong sesama manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Konsep kehidupan kemasyarakatan dalam Islam adalah berbentuk universal di mana setiap kebaikan dan keindahan dikongsi bersama dengan makhluk Allah.

Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dengan maksud­nya; “Seluruh makhluk adalah keluarga Allah. Maka sebaik-baik­nya makhluk di sisi Allah adalah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada keluarga Allah dan membahagiakan mereka.” Sabda baginda lagi; “Sebaik-baik manusia adalah orang yang bermanfaat bagi manusia.”

Berdasarkan kepada penjelas­an di atas maka setiap individu Islam perlu membentuk dirinya menjadi orang yang bertanggungjawab dan diberkati oleh Allah.

-