August 11th, 2016

Konflik yang tiada faedah, Pentingkan rangka utama solat

Pentingkan rangka utama solat

EMPAT mazhab utama yang menjadi ikutan umat Islam mempunyai persamaan jelas dalam mendirikan solat. Cuma yang menjadi perbezaan hanyalah dari segi pelaksanaan rukun solat. Ini timbul kerana wujudnya perbezaan pemahaman dan tafsiran ulama mazhab berkenaan terhadap hadis Rasulullah SAW berkenaan solat.

“Misalnya, permulaan angkat tangan dan letak tangan. Letak tangan ada banyak cara, ada yang letak atas dada, bawah pusat dan lain-lain. Semua cara itu berlandaskan hadis.

Tolak tepi perkara tidak berkaitan

SUJUD dalam solat yang khusyuk mampu mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Tetapi bila kita kata hanya pandangan kita sahaja yang betul. Misalnya, letak atas dada adalah kaedah nabi dan lain-lain itu bukan kaedah nabi, dan itulah yang akan menjadi konflik sesama umat Islam,” kata Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir ketika ditemui di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Pendakwah bebas itu menjelaskan bahawa perbezaan sedemikian tidak seharusnya wujud sekiranya umat Islam berlapang dada dan meluaskan ilmu pengetahuan mereka tentang solat.

Umat Islam masa kini seharusnya menjadikan para ulama terkenal zaman dahulu sebagai teladan dalam menerima perbezaan pendapat. Contohnya, Imam Syafie ketika mengimamkan solat subuh di kawasan mazhab Hanafi.



ILMU solat di peringkat sekolah hanyalah peringkat asas sahaja kerana sesuai dengan keupayaan minda mereka.

Imam Syafie tidak membaca doa qunut atas alasan menghormati pendapat dan pandangan mazhab Hanafi. Ini kerana berdoa qunut pun ada dalil hadis dan yang tidak berdoa qunut pun ada dalil.

“Namun begitu, perbezaan sedemikian tidak seharusnya mengganggu fokus jemaah lain. Contohnya, memakai pakaian yang mempunyai gambar atau tulisan yang boleh mengundang fitnah.

“Samalah dengan nada bacaan yang terlalu kuat atau mendepa tangan terlalu luas ketika mengangkat takbir, walaupun perbuatan tersebut tidak akan membatalkan solat seseorang,” katanya.



SUJUD....antara waktu yang paling mustajab berdoa. GAMBAR HIASAN

Justeru, etika bersolat tidak hanya mematuhi syarat wajib, sah dan rukun solat tetapi perlu menitikberatkan aspek kewajaran agar tidak mengganggu fokus diri sendiri dan jemaah di sebelah.

Selagi rangka utama solat dipatuhi, kita seharusnya berlapang dada dan bersikap terbuka jika wujud perbezaan tertentu ketika solat berjemaah.

Antara contoh yang sering kita lihat adalah aspek rukuk. Ia bergantung kepada bentuk badan seseorang walaupun apa yang disarankan adalah kedudukan rukuk itu seperti sudut 90 darjah.

“Sudah tentu ia susah untuk mereka yang berperut boroi atau besar tetapi kedudukan rukuknya mesti lebih rendah daripada berdiri. Samalah dengan sujud. Sama ada turun tangan atau lutut dahulu, ada riwayat hadis Rasulullah SAW dan kita boleh guna kedua-duanya ketika hendak sujud.

“Semuanya itu hanyalah dari segi afdal atau tidak sahaja kerana masing-masing berdasarkan pemahaman dan tafsiran ulama terhadap hadis Nabi SAW,” katanya.



Konflik yang tiada faedah

DALAM ibadat solat, terdapat aspek syarat wajib, sah dan rukunnya yang mesti difahami dan dilaksanakan dengan betul. Meskipun terdapat khilaf atau perbezaan pandangan dalam kalangan para ulama, namun perbezaan tersebut tidak sewajarnya dijadikan punca perbalahan dan perpecahan dalam masyarakat.

Antara perbezaan yang sering ditimbulkan ialah cara mengangkat takbiratul ihram, mendakap tangan, turun untuk sujud sama ada tangan atau lutut dahulu dan duduk antara dua sujud.

rukun_2.jpg rukun_3.jpg

“Wujudnya perbezaan atau pertikaian dalam soal pelaksanaan syarat dan rukun solat kerana ia berdasarkan kefahaman ulama mazhab sebelum ini terhadap hadis Rasulullah SAW.

“Selagi ia menepati syarat wajib, sah dan rukun solat itu, solat tersebut sah walaupun pelaksanaannya barangkali berbeza antara satu mazhab dengan mazhab yang lain,” kata seorang pendakwah bebas, Salehuddin Abu Samah.  Hanya berkisar soal afdal atau sebaliknya

rukun_5.jpgrukun_5a.jpg

Kurang pengetahuan taksub

Ketua Bahagian Jaminan dan Kajian Syariah di sebuah bank tempatan itu menegaskan bahawa umat Islam tidak perlu berkonflik dalam hal sedemikian selagi ada hujah daripada hadis Rasulullah SAW yang sahih.

Namun, jika jelas bertentangan dengan panduan yang diajar oleh Rasulullah SAW, adalah sewajarnya ditinggalkan perkara tersebut dan contohnya, guna batu sebagai pelapik untuk sujud atau tepuk tiga kali paha semasa bagi salam.

“Sepanjang pengetahuan dan pengajian kami, tiada hadis Rasulullah SAW yang sahih menyatakan sedemikian. Ini kerana, solat adalah ibadat dan bukannya sesuatu yang boleh direka-reka mengikut nafsu manusia,” katanya.

Lebih penting, Salehuddin berpendapat bahawa berlakunya pertikaian dan perbalahan terhadap aspek pelaksanaan solat dalam kalangan masyarakat kerana wujudnya sikap taksub dan ditambah pula dengan ketiadaan ilmu yang sahih dan tepat.

Mereka kurang terdedah kepada sistem pengajian dan pembelajaran ilmu solat lebih tersusun dan guru yang berpegang kepada rujukan jelas, autentik dan mempunyai kredibiliti.

“Mereka bukan hanya akan pertikaikan jika wujud perbezaan terhadap apa yang diamalkannya, bahkan berkeras mempertahan apa yang difahami walaupun ia sekadar soal afdal atau tidak sahaja,” katanya.

rukun_7.jpgrukun_7a.jpg

rukun_7b.jpgrukun_8.jpg


Iman, takwa sandaran kebahagiaan

Rezeki yang hadir dalam rumah tangga bermula daripada keredaan Allah SWT. Kebahagiaan dalam rumah tangga tidak semestinya dicari, tetapi perlu dibawa masuk.

Pembinaan kebahagiaan pasangan suami isteri dikongsikan bersama ahli keluarga untuk memperoleh keberkatan Allah SWT. Kebaikan sebuah negara dan masyarakat berasaskan kebahagiaan keluarga yang harmoni.

Kepentingan kebahagiaan keluarga menjadi topik perbincangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam rancangan Islam Itu Indah di IKIMfm yang mengupas 'Petanda kebahagiaan dalam rumah tangga'.

Petunjuk kebahagiaan rumah tangga terletak pada tiga perkara iaitu hubungan keluarga dengan Allah SWT yang dirujuk kepada sifat takwa iaitu berhati-hati menjaga hukum Allah SWT dengan setiap ahli keluarga melaksanakan suruhan Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

Meluangkan masa bersama antara faktor mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan. - Foto hiasan/Mohd Asri Saifuddin Mamat



Menjaga solat

Tanda aras takwa ialah melaksanakan tanggungjawab ditetapkan kepada seseorang termasuk menunaikan solat yang menjadi tiang agama dan perkara utama dituntut dalam Islam.

Perkara kedua adalah akhlak yang dicapai melalui keserasian dan kesefahaman setiap ahli keluarga dalam rumah tangga yang membuka ruang serta peluang positif membawa ke arah keharmonian dan kebahagiaan sesebuah keluarga.

Hakikatnya akhlak terbina daripada keluarga, jika yang disemai akhlak yang baik ia akan terserlah pada ahli keluarga itu dan diriwayatkan oleh at-Tirmizi,

Rasulullah SAW bersabda: "Orang Mukmin yang paling sempurna iman adalah yang paling baik akhlaknya."

Contohnya, pemimpin yang baik akhlaknya bersama masyarakat hasil didikan dan amalan baik diterapkan dalam keluarga. Akhlak yang menterjemah kepada kelembutan sesuatu perbuatan terbahagi kepada tiga perkara iaitu melalui kesopanan pertuturan, sikap dan tindakan serta cara membuat keputusan.

Perkara ketiga iaitu tanggungjawab antara semua ahli keluarga. Suami isteri akan terus memperoleh hak dan manfaat jika menjalankan peranan dan memenuhi tanggungjawab kepada pasangan serta ahli keluarga lain.

Tanggungjawab itu pula perlu dilaksanakan dengan 'Itqan' yang bermaksud melakukan sesuatu penuh komitmen, kemahiran tinggi yang mempunyai ilmu pengetahuan serta beriltizam mencapai kecemerlangan hidup.

Pengurusan masa, ekonomi

Menjadi suami isteri adalah tugas profesional di mana kemahiran melaksanakan tanggungjawab dan perhubungan berkomunikasi dapat menjadikan setiap pasangan ikhlas.

Ciri-ciri pasangan yang berjaya pula bermula daripada pengurusan masa yang betul dan mempunyai pengurusan ekonomi kewangan keluarga yang baik.

Pengurusan konflik dan tekanan juga perlu diambil kira. Kebahagiaan rumah tangga dan keluarga dapat dicapai apabila keluarga berjaya menyediakan keperluan, kemudahan serta keselesaan untuk semua ahlinya.

Pengurusan kehidupan dilakukan secara berterusan mampu melahirkan kesejahteraan. Kebahagiaan keluarga perlu disemai dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.