August 12th, 2016

Khutbah Jumaat : “Nikmat Yang Dilupakan ”

Petikan Khutbah Jumaat 12 Ogos 2016: JAIS

“Nikmat Yang Dilupakan ”

Sesungguhnya kita tidak mampu untuk menghitung nikmat yang Allah berikan kepada kita seperti kesihatan tubuh badan, kewarasan fikiran, ketenangan dan keamanan, harta kekayaan, pangkat dan kedudukan, zuriat keturunan, ilmu pengetahuan, hasil tanaman, binatang ternakan dan pastinya nikmat yang terbesar dan teragung ialah nikmat Islam dan Iman.

jais.jpgFirman Allah swt dalam surah Ibrahim ayat 34;“Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian daripada segala yang kamu mohonkan kepada-Nya. Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah dapat kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat zalim (menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya) lagi sangat kufur (tidak mensyukuri nikmat Tuhannya.”

Betapa banyaknya nikmat yang dikecapi setiap saat, lantas Allah SWT melontarkan persoalan-Nya sebanyak 31 kali dalam surah ar-Rahman iaitu;  “Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)?

Mimbar ingin berpesan, janganlah sesekali kita mendustai nikmat yang telah dan sedang dianugerahkan, tetapi ingat!, nikmat itu merupakan ujian Allah untuk menilai prestasi keimanan dan ketaqwaan seseorang hamba kepada Pencipta-Nya

Apakah nikmat yang sering melekakan malah dilupakan oleh manusia? Hadis daripada Ibnu Abbas RAnhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan manusia, iaitu nikmat sihat dan masa lapang”. (Riwayat al-Bukhari).

Berdasarkan hadis tersebut, bagaimana amalan kita sepanjang 365 hari atau 8760 jam atau 525,600 minit yang berlalu setiap tahun? Adakah kita memanfaatkan nikmat sihat dan masa lapang dengan betul?

Nikmat sihat dan masa lapang berkait antara satu sama lain. Ramai manusia yang tertipu dan terpedaya dengan kedua-dua nikmat tersebut. Seseorang yang sihat bertenaga belum tentu mempunyai masa lapang kerana disibukan dengan urusan dunia sehingga terlupa bekalan untuk akhirat. Begitu juga seseorang yang mempunyai masa, memiliki harta, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana telah tidak bertenaga.

Nikmat sihat yang diberi, perlulah disyukuri dan dijaga dengan baik supaya kita boleh terus beribadah. Kita dituntut mengamalkan gaya hidup secara sihat sebagaimana yang ditonjolkan oleh Baginda Rasulullah saw. Kita hendaklah mencegah segala bentuk penyakit yang berpunca daripada pemakanan, persekitaran, emosi serta tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan seperti ketagihan merokok dan vape, ketagihan arak, penyalahgunaan dadah dan ketagihan amalan seks bebas.

Begitu juga dengan ruang dan peluang dimasa lapang wajar dimanfaatkan sebaiknya. Kita perlu merancang kehidupan agar setiap degupan jantung, denyutan nadi dan hembusan nafas, dimanfaatkan untuk berbakti kepada agama-Nya, tanpa membiarkan seminit pun berlalu dengan sia-sia, apatah lagi menghabiskan masa sihatnya untuk melakukan maksiat.

Tidak kira siapa kita, sama ada pemimpin, ahli profesional, pekerja, ibubapa, pelajar, kita adalah khalifah di atas muka bumi ini yang telah diamanahkan oleh Allah untuk melaksanakan urusan agamaNya mengikut keupayaan setiap individu. Kita perlu menilai prestasi diri terhadap aktiviti yang dilaksanakan setiap masa dan berazam untuk memastikan hari ini lebih baik daripada semalam selagi nikmat masih dikurniakan oleh Allah.

Mimbar juga ingin mengingatkan supaya kita tidak bertangguh dalam urusan kerja kebaikan seperti mendirikan solat, menunaikan zakat, bertaubat dan lain-lain kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku sesaat dihadapan. Allah SWT berfirman dalam surah ali Imran ayat 133;“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa;”.

Semuanya itu adalah penyesalan yang tidak membawa apa-apa makna. Ibn Mas’ud berkata yang bermaksud; “Tiada yang aku kesalkan dalam sehari ketika terbenamnya matahari selain daripada umur aku menjadi pendek, sedangkan amalan aku tidak bertambah”.

Mengakhiri khutbah kali ini, marilah kita mengambil pengajaran seperti berikut;

1. Umat Islam hendaklah meyakini dan menyedari bahawa kehidupan kita semata-mata bergantung kepada nikmat dan rahmat Allah SWT.

2. Umat Islam hendakah meyakini bahawa kehidupan dunia adalah sementara dan apa yang akan dibawa di hadapan Allah SWT adalah amalanamalan yang diredhainya.

3. Umat Islam hendaklah manfaatkan setiap nikmat dan masa yang diberikan oleh Allah SWT untuk melaksanakan amal-amal soleh bagi memajukan agama, bangsa dan Negara.

4. Umat Islam janganlah menunggu hingga lewat usia untuk melaksanakan perintah Allah SWT.

“Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya). Hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang dia telah sediakan (daripada amalamalnya) untuk hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat Menyeluruh Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan”. (al-Hasyr ; 18)

Khutbah Jumaat: “Cintai keamanan bencikan keganasan"

Petikan Khutbah Jumaat 12 Ogos 2016 / 9 Zulkaedah 1437 JAKIM

Cintai keamanan bencikan keganasan

Kebelakangan ini, dunia digemparkan dengan pelbagai berita siri serangan pengganas terhadap beberapa negara seperti Iraq, Perancis, Turki,
jakim.jpgBangladesh, dan Arab Saudi. Perihal keganasan ini seakan satu fenomena yang berlarutan dan membawa kesan berangkai yang menakutkan banyak pihak. Rentetan itu, Malaysia juga tidak terkecuali dengan beberapa siri keganasan yang mengakibatkan kecederaan parah dan kerugian yang besar. Hal ini membawa satu kata sepakat bahawa kita menolak keganasan dan tindakan ini adalah di luar norma kemanusiaan dan batas sosial sejagat termasuk setiap agama menolak perlakuan yang berasaskan keganasan dan radikalisme.

Keganasan adalah satu tindakan yang menjadikan perlakuan kehidupan dalam situasi yang radikal dan ganas seperti pembunuhan bertujuan menyahut seruan menentang sesuatu dasar yang dilihat bertentangan dengan ajaran atau kepercayaan sesuatu golongan. Secara teknikalnya, siri keganasan ini kerap timbul berpunca daripada fahaman yang mengaku mengamalkan ajaran Islam sebenar atas nama jihad sebagai cara untuk menyucikan segala ‘kekotoran’ dan salah satu jalan mudah untuk ke syurga sepertimana dilakukan oleh militan Daesh.

Lebih membimbangkan, wabak doktrin ini sedang merebak dengan sangat luas terutama dalam kalangan belia yang cetek ilmu dan naif dalam pengetahuan sejagat.


Hakikatnya, fahaman ini sangat jauh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar yang mendidik kita supaya sentiasa cintakan keamanan dan tidak menyakiti mereka yang tidak bersalah semata-mata untuk berjihad melawan apa juga perkara yang diperkatakan sebagai kekotoran umat dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T dalam Surah an-Nisa’, ayat 93:
Maksudnya: “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.”

Walau bagaimanapun kita amat bersyukur kerana Malaysia mempunyai mekanisme yang unik dan tersendiri dalam menangani keganasan ini. Salah satu resipi utamanya ialah sikap kesederhanaan (wasatiyyah) yang diamalkan sehingga melahirkan sikap saling menghormati, memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain. Mimbar percaya, semangat dan sikap mulia ini masih tetap kukuh, walaupun kadangkala ada terdengar isu yang menyentuh sensitiviti sesetengah pihak yang dibangkitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Apa pun, sebenarnya sikap kesederhanaan ini jika dihayati mampu menangkis dan menolak fahaman ekstrem, radikal dan liberal. Bahkan kita dapat mengelak daripada menterjemahkan kefahaman Islam dalam neraca yang sempit dan menyebabkan kita mudah tertipu dengan dakyah kumpulan pengganas yang mendustakan agama dan merosakkan kesucian Islam.

Bagi membendung aktiviti keganasan ini, maka ancaman ini perlu dikekang dan ditangani secara berkesan dengan pelbagai program dan tindakan serius agar rakyat negara ini tidak terjebak dengan ideologi golongan ekstrem berkenaan. Pada masa sama, semua institusi keluarga, pendidikan dan sosial perlu memainkan peranan dengan mengambil tahu aktiviti anak-anak supaya tidak terjebak atau menyertai sebarang bentuk anasir sedemikian. Jangan sesekali kita memandang remeh perkara ini, tetapi teruslah bekerjasama membanterasnya dari awal dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa selain memantau aktiviti, berkenalan dengan kawan-kawan mereka, ambil tahu apa yang mereka lakukan pada waktu senggang dan ke mana mereka pergi seharian.

Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi. Oleh itu di peringkat kerajaan dan swasta, penguatkuasaan lebih ketat terhadap pengaruh media sosial dan saluran bahan informasi digital perlu terus dipertingkatkan melalui pelaksanaan polisi yang mampu memagari keganasan daripada masuk ke dalam negara.

Sehubungan dengan itu, penekanan kepada pengisian program kesedaran dan keamanan kepada golongan belia dipercayai mampu mendidik mereka supaya lebih sensitif terhadap keamanan sejagat, seterusnya melahirkan generasi yang cintakan keamanan membenci keganasan.


Generasi muda perlu dilindungi daripada ancaman keganasan, radikalisme dan segala macam unsur yang merosak dan memusnahkan jati diri mereka agar dapat bersama-sama menjadi benteng untuk mempertahankan kedaulatan negara. Ingatlah, keganasan bukanlah cara yang sebenar untuk kita menjadi wira negara ini tetapi sebenarnya mereka yang mempunyai kualiti atau jati diri yang baik itulah perwira sebagaimana yang ada pada diri Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W dan para sahabat serta generasi terdahulu telah menunjukkan bahawa mereka benar-benar menunaikan tanggungjawab dan peranan mereka dalam meninggikan syiar Islam sebagai agama yang membawa rahmat. Justeru, kita juga perlu memainkan peranan yang sama sebagai agen yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran termasuk aktiviti dan tindakan keganasan.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 104:
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.”

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:

Pertama: Hidup dalam keadaan aman adalah nikmat Allah S.W.T yang wajib disyukuri oleh setiap manusia.
Kedua: Umat Islam hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dengan akitviti keganasan yang mencemarkan imej Islam sebenar.
Ketiga: Umat Islam hendaklah mencontohi keperwiraan Rasulullah S.A.W. yang membawa mesej rahmat dan keamanan seluruh alam.
Maksudnya: Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. (Surah al-Baqarah : 204-205)

Friday Sermon Text : Assistance Provided, Citizens Aided

Friday Sermon Text: 12 August 2016AD / 9 Zulkaedah 1437H JAWI

 Assistance Provided, Citizens Aided

Giving to charity and contributing a portion of our wealth or earnings to help those in need is considered a revered act and a requirement in Islam. Moreover, Islam has made it obligatory for every Muslim to give zakat, as it is one of the Pillars of Islam. Surely this practice has its own wisdom in Islam. Accordingly, the khatib today shall discuss a sermon entitled, “Assistance Provided, Citizens Aided”jawi_logo.jpg

As true believers, we believe that Allah SWT has set different measures of sustenance to be received by each human being. Some are rich, some are poor, some are happy, some face difficulties, and so on. This is to ensure that every human being will be sensitive to, and are aware of, the fate of those around him and not only think of himself. In fact, Islam encourages its followers to give part of their sustenance or earnings to those in need, which in turn, is considered good practice and will gain the attention of Allah SWT.

This is evident through the words of Allah SWT in Surah Ali 'Imran, verse 92, which was read at the beginning of this sermon, and carries the following meanings: “By no means shall you attain righteousness unless you give (freely) of that which you love; and whatever you give, of a truth Allah knows it well

Islam’s instruction to give zakat and to perform charity is not aimed at taking advantage of the wealthy and rich. On the contrary, every person should strive to improve their economy and that of their families so as to be free from the practice of begging or asking from others, and ultimately to be able to perform charity and give zakat themselves.

The practice of charity is not just for the rich. In fact, it is more favoured and honourable if it is done by ordinary people. This is wisely mentioned in a hadith narrated by Abu Hurairah RA and recorded by Imam Nasa'i: ل ُ ُ ح تَْأم ٌ ح َشحِي ٌ ل قَا َل َأ ْن تَ َصَّ د َق وََأنْ َت َصحِي ُ َأ ُ ي ال َّ صدَقَةِ َأفْ َض َّ هِ سو َل الل ل يَا رَ ُ ٌ ُ قَا َل رَج الْعَيْشَ وَتَخْش َى الْفَقْر َ . )رواه النسائي( Which means: "A man asked: O’ Messenger of Allah, which charity is the best? The Prophet answered: You should give charity while you are healthy and you feel very hard to give out anything, you love life and are afraid of falling into poverty”.

The responsibility to help and defend the poor and the needy, is placed on the shoulders of every individual Muslim and their leaders (Ulil Amri). Cooperation in this role should be concerted and strong. As such, each individual is responsible to pay the zakat through institutions and collectors who have been appointed by the authorities. This was stated by the Companions RA in declaring allegiance to Rasulullah SAW, as stated in a hadith narrated by Abdillah bin Jarir RA and recorded by Imam al-Bukhari: عَلَيْهِ وَ َسَّل مَعَلَىِإقَا ِم ال َّ ص ُ َّ ه ت الَّن بِ لِ َّي َصلَّ ى الل ن ْص ِح بَايَعْ ُ ُ الَّز كَاةِ وَال ِ يتَاء ِ م. )رواه ُ ْسلٍِ لَاةِ وَإ ُكُ ِ ِّ م البخاري(

Which means: "I have pledged allegiance to Rasulullah SAW on matters concerning the establishing of regular prayers, the giving of zakat, and offering advice to every Muslim."

It is evident from the hadith that the giving of zakat is deemed as part of Islamic teachings and declared as an agreement between the people and their leaders. The people are responsible to pay zakat while the authorities are responsible to manage it. In addition, paying zakat through the related Treasury or department (Baitulmal) will also help empower and strengthen zakat management institutions of our country.

This is because, individually, Muslims are unable to effectively track eligible recipients, collect zakat and distribute them to needy beneficiaries. Not all of the poor would request or beg for assistance, but nonetheless, it is still our obligation to assist them.

Allah SWT stated in Surah az-Zariyat, verse 19: Which means: “And in their wealth and possessions (was remembered) the right of the (needy,) of him who asked, and of him who (for some reason) was prevented (from asking)”.

It is also described in a hadith of Rasulullah SAW, as narrated by Abu Hurairah RA and recorded by Imam Muslim RH: ُ ل ْقمَتَا ِن وَالَّتم ْرَة ُ وَال ُ ل ْقمَة ُ ال ُ د ه ُُ ف عَلَى الَّن ا ِس فَتَر ُ و ُ بِهَذَا الَّ طَّو ا ِف الَّ ذِي يَط ُ لَيْ َس الْمِْس ِكين قَا َل الَّ ذِي لَا تَ َصَّ د َق َّ هِ ُ فَي ُ ن لَه سو َل الل يَجِدُ غِن ًى ي ُغْنِيهِ وَلَا ي ُ ْفطَ ُ يَا رَ ُ ُ وا فَمَا الْمِْس ِكين ُ وَالَّتم ْرَتَا ِن قَال ا. )رواه مسلم( ً ل الَّن ا َس َشيْئ عَلَيْهِ وَلَا يَْسَأ ُ Which means: "The poor person is not the one who goes round the people and ask them for a mouthful or two (of meals) or a date or two. The Prophet's Companions asked: O’ Messenger of Allah, then who is poor? He said: The poor is that who has not enough (money) to satisfy his needs and whose condition is not known to others, that others may give him something in charity, and who does not beg of people."

Thus, Islam teaches us to be sensitive to the situation of those in need even if they do not beg or ask for it. Giving to someone who requests for it is easy, while giving to someone who is really in need but does not ask, is far more difficult. Nonetheless, it is the responsibility of every Muslim and the authorities to fulfil this requirement

Remember the warning by Rasulullah SAW regarding those who deliberately ask or beg, as narrated by Hubsyi Rahimahullah RA and recorded by Imam Ahmad bin Junaadah:( ُ ُ فَُكََأَّن مَا يَْأك ٍ مَ ْن َسَأ َل مِ ْن غَيْرِ فَْقر Which means: "Whoever begs from others without being in any difficulty, is akin to eating the coals of Hell."

To address and eliminate the issue of beggars and begging syndicates, all communities should come together and collaborate with government agencies to combat this unhealthy social ill. People are encouraged to provide information and report begging activities in their surrounding areas to the nearest relevant authority for further action.

To end the sermon today, let us ponder on some of its conclusions, as a reflection and guide for us all:

First: The practice of giving zakat and charity reflects on our excellence, eminence and generosity as Muslims.

Second: Muslims are responsible towards the authorities and their leaders to pay the zakat through the Treasury (Baitulmal).

Third: All parties must strive to deal with the problem of begging which misappropriates the charity we give and takes advantage of our generosity.

Allah SWT declared in Surah Saba ', verse 39:  Which means: "Verily my Lord enlarges and restricts the Sustenance to such of his servants as He pleases: and nothing do you spend in the least (in His cause) but He replaces it: for He is the Best of those who grant Sustenance”.

Syafaat Rasulullah selamat umat

SYAFAAT bererti memohon pertolongan atau mengharapkan sesuatu yang boleh membantu ketika berada di saat kesukaran seperti di Padang Mahsyar.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW menceritakan, apabila manusia berada dalam keadaan saling bertengkar dan pelbagai rupa di Padang Mahsyar, akhirnya mereka bertanya satu sama lain berapa lamakah mereka akan berada dalam keadaan itu?

Masing-masing meluahkan keinginan untuk mencari syafaat yang boleh menyelamatkan mereka ketika itu.
Akhirnya mereka memutuskan untuk meminta bantuan daripada Nabi Adam.

Menurut Rasulullah, kelompok manusia yang berani mencari Nabi Adam untuk memohon syafaat adalah dalam kalangan ulama yang hidup selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Kelompok ulama ini akan bergerak mencari Nabi Adam dan apabila bertemu, mereka meminta Baginda memohon kepada Allah SWT supaya mengadili manusia di Padang Mahsyar ketika itu.

Nabi Adam tidak berani berbuat demikian kerana berasa pernah melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT.

Baginda menyuruh mereka meminta pertolongan daripada Nabi Noh. Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi slot Mau'izati di IKIMfm berkongsi riwayat Abi Hamid dalam kitabnya Kashful Ulum Al-Akbar yang menceritakan manusia mula bergerak mencari Nabi Noh selama kira-kira seribu tahun.

Selepas bertemu Nabi Noh, Baginda juga sangat takut kepada Allah SWT kerana kaumnya berpaling daripada ajaran yang dibawanya. Nabi Noh meminta mereka menemui Nabi Ibrahim.

Pencarian manusia di Padang Mahsyar berterusan seribu tahun lagi. Apabila bertemu Nabi Ibrahim, Baginda tidak mampu membantu dan mencadangkan supaya mencari Nabi Musa.

Seribu tahun kemudian mereka bertemu dengannya tetapi Baginda juga tidak dapat berbuat apa-apa dan meminta kelompok manusia itu mencari Nabi Isa. Selepas seribu tahun dan bertemu Nabi Isa, Baginda juga tidak berani membantu kerana sangat takut dengan kemarahan Allah SWT.

Nabi Isa meminta memohon bantuan daripada Nabi Muhammad SAW. Rupa manusia berbeza-beza Sepanjang pencarian itu, kelompok manusia berada dalam keadaan rupa yang berbeza-beza.

Apabila bertemu Rasulullah SAW, mereka berkata: "Ya Rasulullah, kami sudah lama berada di Padang Mahsyar ini. Tolonglah berdoa dengan menggunakan syafaat yang ada padamu, supaya Allah SWT mempercepatkan pengadilan kita sebelum dihisab di sisi-Nya."

Baginda mula sujud, lalu Allah SWT bertanya kepada malaikat walaupun mengetahui sebabnya kenapa Rasulullah SAW berbuat demikian.

Malaikat menjawab: "Ya Allah, sesungguhnya Muhammad itu mengharapkan sesuatu daripada-Mu. Rasulullah SAW bersujud sambil menangis dan merayu: Ya Allah tolonglah lakukan sesuatu untuk mengadili umatku ini."

Lalu Allah memerintahkan umat Baginda yang belum dihisab, masuk ke dalam syurga melalui pintu yang terletak di sebelah kanan.

Menurut Rasulullah SAW, mereka yang masuk ke dalam syurga tanpa dihisab dan diazab adalah manusia yang semasa hidupnya dahulu tidak pernah mendapatkan bantuan bomoh atau menjadi bomoh yang mensyirikkan Allah SWT.

Abu Hurairah bertanya kepada Rasulullah: "Siapakah orang yang paling gembira apabila mendapat syafaat daripada kamu pada Hari Kiamat kelak, ya Rasulullah? Baginda menjawab: Wahai Abu Hurairah, aku fikir bahawa tidak ada seorang pun yang akan bertanya kepadaku soalan ini, orang yang paling gembira adalah mereka yang mengucapkan Laila illallah Muhammadur Rasulullah dengan tulus ikhlas daripada hatinya dan berusaha menjauhkan apa yang dilarang oleh Allah SWT."

Qadi bin Iyat berkata, lima syafaat Rasulullah SAW iaitu syafaat umum bagi seluruh umat manusia, syafaat kedua ialah untuk memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa dihisab terlebih dahulu, syafaat ketiga untuk mengeluarkan umatnya yang berdosa daripada memasuki neraka, syafaat keempat untuk mengeluarkan umatnya yang berdosa daripada neraka dan syafaat kelima untuk meninggikan darjat penghuni syurga.