August 26th, 2016

Khutbah Jumaat: “Memberi Makna Kemerdekaan ”

Petikan Khutbah Jumaat 26 Ogos 2016: JAIS

“Memberi Makna Kemerdekaan ”

Ayat yang ke-37 dari surah an-Nahl yang menjadi ayat pembukaan khutbah hari ini menyatakan bahawa Allah SWT telah mengutuskan para rasul-Nya kepada setiap umat bermula dari Nabi Adam AS hingga kepada Rasul terakhir Muhammad SAW. Antara lain Rasul di utuskan bertujuan untuk membebaskan manusia dari menjadi hamba kepada sesama manusia mahupun hamba kepada kongkongan nafsu yang mendorong kepada kemaksiatan.

jais.jpgOleh itu perancangan seharusnya dilakukan dengan baik untuk memberikan kemerdekaan kepada setiap jiwa insan agar dapat tunduk dan patuh kepada Nikmat kemerdekaan yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan mengambil contoh dari perjuangan Rasulullah dan para sahabatNya

Merancang untuk mengisi kemerdekaan dengan menjadikan negara sebagaI “baldatun Taiyibatun Warabbun Ghafuur” bukannya suatu cerita yang hanya berada dalam khayalan atau suatu slogan untuk menjadi halwa telinga, bahkan ianya suatu realiti yang jelas dan mempunyai asas-asas yang kukuh bersunber dari kitab suci Al-quran.

Ini seperti yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah Saba’ ayat 15;  “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba', ada satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua buah kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Lalu dikatakan kepada mereka), “Makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya. (Negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!.

Antara elemen penting untuk mencapai hasrat negara berkebajikan dan mendapat keampunan Allah SWT adalah melalui penjanaan ilmu fardu ain dan fardu kifayah.

Ilmu fardu ain ialah yang bersangkutan keimanan kepada Allah dan beriman kepada alam akhirat yang menjadi asas kukuh untuk seseorang itu mengabdikan diri kepada Tuhan. Bagi ilmu fardu kifayah pula perlu adanya pembinaan rakyat yang berkemahiran dalam menguasai bidang-bidang pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi, perindustrian, kemasyarakatan, keselamatan dan kesihatan.

Negara merdeka yang berjaya pastinya mempunyai perancangan yang berkualiti dalam pendidikan bangsanya. Negara memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran, berintegriti dan sanggup berjihad dalam memenuhi keperluan pembangunan sesebuah bangsa dan negara.

Negara boleh jadi terjajah tanpa disedari jika rakyatnya tidak berupaya menjadi watak utama dalam apa-apa jua sektor pembangunan ekonomi dan terus bergantung kepada tenaga asing.

Pemimpin dan rakyat dalam sebuah negara yang merdeka seharusnya berjiwa besar dan saling mempercayai dan yakin dengan keupayaan sendiri daripada menggunakan tenaga luar yang secara tidak langsung menyumbang kepada pelbagai masaalah sosial dalam negara. Ini sudah pasti akan membebankan negara dari sudut perbelanjaan selain dari berlakunya penjajahan secara tidak langsung.

Negara yang merdeka juga dapat membuat perancangan pendidikan yang tersusun kemas. Pegangan akidah yang mantap, beramal dengan syariah Islamiah dan berakhlak mulia adlah asas kepada pembinaan ummah dan negara. Hanya dengan pegangan agama yang kukuh di samping memilikki kemahiran dalam pelbagai lapangan kehidupan akan menjamin ummah terhindar dari belenggu kejahilan, tidak terperangkap dalam ajaran sesat, syirik kepada Allah SWT, tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti ekstrimis, dan mengelak perselisihan yang membawa kepada perpecahan sesama Islam.

Kejahilan dalam agama juga menyebabkan seseorang itu boleh terperangkap dalam gejala keruntuhan moral yang dahsyat seperti perzinaan, sumbang mahram, pembunuhan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa, ketagihan dadah, judi dan minum arak, terlibat dalam pesta hiburan yang melampau, dan gejala maksiat yang lain.

Allah SWT yang menganugerahkan keamanan dan kemerdekaan kepada kita menghendaki supaya kita mensyukuri nikmat kemerdekaan dengan tunduk dan patuh kepada perintahnya seperti yang telah dijelaskan melalui surah alHajj ayat 41;“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. (Ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.

Allah SWT menghendaki kita ummah yang dianugerahi dengan kemerdekaan supaya merebut peluang untuk beribadah kepadanya dengan melakukan amal kebajikan dan menghindarkan perkara yang mengundang kemurkaannya.

Pejuang kemerdekaan tanah air terdahulu telah membina kesatuan yang kukuh bagi membebaskan negara. Mereka berjuang bersama walaupun dari kepelbagaian latar belakang keturunan, ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Mereka bersatu cintakan negara demi mencapai cita-cita untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah seperti kata-kata hukamak;  “Cintakan Negara adalah sebahagian daripada iman”.

Tidak dapat dinafikan asas kekuatan mereka adalah bersatu teguh bercerai roboh.

Generasi masa kini perlu mengambil iktibar dari apa yang telah di lalui oleh mereka yang terdahulu khususnya dalam membina kesatuan untuk mempertahankan kemerdekaan.

Generasi hari ini mesti mengisi ruang dan merebut peluang yang terbentang dalam negara yang tercinta dengan mengukuhkan ikatan silaturrahim bagi menjana perpaduan yang lebih kukuh.

Hindarilah diri dari terikut-ikut dengan penyebaran berita yang berunsur fitnah, adu domba, dengki, khianat dan lain-lainnya yang akan mengundang kepada perpecahan dikalangan ummat.

Perpecahan dan perkelahian sesama umat Islam khususnya adalah suatu yang mungkar dan mendapat kemurkaan Allah. Perkara ini jika tidak dihindari pastinya akan mengundang perpecahan dikalangan rakyat dan mustahil nikmat kemerdekaan itu dapat dikekalkan.

Firman Allah SWT dalam surah an Nahl ayat 112,  “Allah memberikan satu perumpamaan: sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezeki yang mewah dari serata pelosok, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan (yang meliputi keseluruhannya) disebabkan apa yang mereka telah lakukan”.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita mengambil pengajaran seperti berikut;

1. Umat Islam hendaklah menjadi ejen terbaik dalam mengisi ruang kemerdekaan dengan meningkatkan ilmu pengetahuan disetiap bidang.

2. Umat Islam hendaklah berusaha melakukan amal kebajikan dan hendaklah menjauhi segala bentuk kerja maksiat dan mungkar.

3. Umat Islam hendaklah menerima hakikat bahawa kelangsungan nikmat kemerdekaan yang dinikmati adalah dengan tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT.

4. Umat Islam hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak dalam kancah perselisihan yang membawa kepada perpecahan sesama sendiri yang akhirnya akan mengundang kepada hancurnya nikmat kemerdekaan.

 “Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya serta janganlah kamu saling berbantah, lalu menyebabkan kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan, serta bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati). Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar”. (al-Anfal ; 46)

Friday Sermon Text True Independence

Friday Sermon Text Special Sermon in Conjunction with National Day & National Women’s Day 26 August 2016AD / 23 Zulkaedah 1437H

True Independence

It is sad to witness Muslims subjugated and suppressed in their own countries. Palestine, Syria and Iraq are battlefields that see thousands of their people killed, especially women, the elderly and children who have become victims of brutality.

For us who live in an independent and peaceful country, we should be grateful for the blessings that Allah SWT has bestowed upon us. jawi_logo.jpgGratefulness should be translated into full devotion to Allah SWT through conviction and good deeds in anything that we do in this world.

On Thirty First (31st) of August every year, all Malaysians celebrate the anniversary of our independence. Parades, military displays and marches, cheering of slogans as well as singing patriotic songs and waving flags are exhibited to show our happiness and excitement with our country's independence.

But, are all these enough to reflect the true meaning of independence? Are all these displays of patriotism enough to show our thankfulness for the efforts and sacrifices of past leaders and freedom fighters in the struggle for independence? Islam recognizes independence and freedom.

Free to submit oneself to Allah SWT is considered independence. Free from the shackles of tyranny and violence is also considered independence. Free to practice the Sunnah of Rasulullah SAW is independence.

Therefore, as Muslims, we should understand and appreciate the true meaning of independence through the extensive and complete views of Islam.

For Islam, freedom is not specifically for Muslims alone, but it is also a right that should be enjoyed by people of all races and religion.

As demonstrated by Sayyidina Umar Al-Khattab after conquering Palestine, he allowed the Christians of Palestine to open a church right across from a mosque and to continue practicing their teachings and beliefs.

This is the meaning of freedom and independence that is shaped by Islam. Possessing high levels of tolerance, being a formidable force feared by everyone, but remaining humble in the face of God In the days of early human civilization, women were looked down upon, and considered as an object to satisfy lust and greed.

They were denied their rights, and their dignity was constantly violated. For example, under Babylonian laws, if a man kills another man or woman, the man is not punished. Instead, his wife will be put to death.

Greek civilization created the myth of a mythical woman called 'Pandora', who is said to be the root cause of misfortune befalling mankind.

During their glorious civilization, Rome established the right of a man to take the life of his own wife. Prostitution was widespread among them. In fact, the Arabs, before Islam, considered women as harbingers of misfortune, to the point that many female newborns would be buried alive.

Islam arrived to uplift the dignity of women and to free them from bondage and slavery. Women are given the right to testify in a variety of situations, such as financial transactions, criminal cases, property wills, accusation of adultery (qazaf), sighting of the new moon and so on. In fact, the testimony of Sayyidatina Aisha RA was sufficient enough for the acceptance of hadith. This is proof enough that the testimony of a righteous woman can be accepted.

Women were also given the right to inheritance. Al-Quran indicated this privilege through Surah An-Nisa, verse 7: Which means: “From what is left by parents and relatives, there is a share for men and a share for women, whether the property be small or large, and a determinate share.”

The requirement of Hijab is also a form of independence for women, as protection from any form of harassment. The Quran mentions that hijab is recommended for women so that they are recognized as modest women and prevents them from becoming victims of sexual abuse. Surah Al-Ahzab, verse 59 records: Which means: “O Prophet! Tell you wives and daughters, and the believing women, that they should cast their outer garments over their persons (when abroad): that is most convenient, that they should be known (as such) and not molested. And Allah is OftForgiving, Most Merciful.”

However, some people with cynical views consider hijab as confining women in their garments whereas, as a fact, that is true freedom and true independence, when a woman’s sacred dignity is saved from being the target of abuse and harassment

We have achieved and enjoyed our country’s independence. But, have we thought about another kind of independence which we should strive for – namely, independence in the hereafter that is eternal? The measure of independence there is when we are saved from the Fire and admitted forever into the Paradise of Allah SWT.

We must realize that in order to achieve independence in the afterlife, the journey began the moment we were obliged to act in accordance with Allah SWT’s orders on this earth. We constantly battle with Satan who would whisper evil and lustful thoughts, which would always lead to immorality and syirk, plunging us into the mire of endless sin.

Be aware, for the world is a testing ground. Whether we are afforded blessings or tested by adversity, both will be questioned. In a hadith recorded by Imam al-Tirmidhi Rahimahullah and narrated by Abi Barza Al-Sulami RA, Rasullukah SAW was reported to have said: Which means: "A servant of God will remain standing on the Day of Judgment until he is questioned about his (time on earth) and how he used it; about his knowledge and how he utilized it; about his wealth and from where he acquired it, and in what (activities) he spent it; and about his body and how he used it."

The spirit that soars with the waving of the country’s flag during the National Day celebrations should be praised. A deep spirit of patriotism is evidence of our thanks and gratefulness of the graces and blessings bestowed upon us by Allah SWT.

Therefore, here are some ways on how we can show appreciation for our independence:

First, identify and acknowledge the services and sacrifices of our nation’s freedom fighters. Success and freedom did not come easy. It demands the sweat and blood of past fighters. Hence, honours should be bestowed upon them for their services.

Second, be grateful to Allah SWT for our nation’s independence, as it would not be achieved without His consent. Man can plan and strive, but it is Allah SWT who decides. So, be grateful by having faith, conviction and doing well throughout our lives.

Third, continue the development agenda of the country according to the will and guidance of Allah SWT. Follow the instructions of Rasulullah SAW, and his Companions RHM, in developing Islamic regions around the world. Look at how justice, wisdom, transparency, trust and all their mahmudah attributes protected them while they managed their personal affairs as well as the affairs of their country.

To be individuals who understand the true meaning of freedom and independence, let us reflect and ponder upon the following reminders:

First: Acknowledge and appreciate the services and sacrifices of our country’s freedom fighters, and be grateful with the independence that we have gained, by filling it with acts that are blessed by Allah SWT.

Second: Islam raised the dignity and status of women and liberated them from cultures and traditions that patronised and belittled them.

Third: The meaning of afterlife independence for the Believer is when he receives mercy and blessings of Allah SWT and be rewarded with eternal Paradise.

Reflect on the words of Allah SWT, with regards to the meaning of true independence, in Surah Ali Imran, verse 185:Which means: “Every soul shall have a taste of death: And only on the Day of Judgment shall you be paid your full recompense. Only he who is saved far from the Fire and admitted to the Garden will have attained the object (of Life): For the life of this world is but goods and chattels of deception.”

Khutbah Jumaat: “Watikah bumi merdeka"

Petikan Khutbah Jumaat:  (26 Ogos 2016 / 23 Zulkaedah 1437) JAKIM

“Watikah bumi merdeka"

Kehidupan bermasyarakat merupakan sebahagian daripada fitrah semulajadi manusia. Keinginan ini semakin memuncak terutamanya apabila kehidupan itu berlegar di dalam ruang lingkup sebuah negara.

jakim.jpgLantaran itu, ada sesetengahnya sanggup melakukan apa sahaja usaha, semata-mata untuk mencapai hasrat tersebut walaupun terpaksa mengenepikan kepentingan diri sendiri.

Namun, ada kalanya akibat gagal mengawal diri seringkali permusuhan, perkelahian dan keganasan terjadi.

Lebih menyedihkan, ia terjadi dalam satu bangsa, satu agama bahkan sebuah negara. Bukankah Allah S.W.T telah berpesan supaya kita mengelakkan musibah ini dengan sentiasa bertakwa kepada-Nya menerusi ajaran Islam.


Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-‘An’am, ayat 153: Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya bertakwa”.

Jelasnya, konsep kemerdekaan bukan sekadar membebaskan fizikal manusia tetapi juga rohani dan mental mereka dari belenggu kejahilan bersandarkan panduan wahyu ilahi.

Sebaliknya, akal yang kosong daripada panduan ini akan menyebabkan fahaman, pemikiran dan doktrin mereka gagal memahami maksud Al-Quran dan Hadis dalam konteks yang betul sehingga terjebak dengan fenomena keganasan.

Rentetan itu, terjadilah pelbagai kerosakan, permusuhan dan keganasan yang mengakibatkan kerosakan harta benda, kemusnahan harta awam, terputusnya kasih sayang, kematian jiwa yang tidak berdosa, menjadikan anak-anak yatim piatu dan isteri menjadi janda serta balu.

Hakikatnya, hanya takwa yang dapat memagari hidup kita supaya sentiasa rukun dan damai serta berpadu erat antara satu sama lain.



Perpecahan dan permusuhan merupakan perbuatan atau gejala masyarakat yang sangat dibenci oleh Islam kerana menjadikan umatnya lemah dan tidak mampu menghadapi cabaran yang ada.

Selain itu, kita juga akan hilang daripada mendapat rahmat dan nikmat dari Allah. Sesungguhnya, mereka yang menyebabkan huru-hara dan permusuhan adalah termasuk golongan yang tidak bersyukur atas nikmat Allah bahkan akan ditimpa azab dan seksa yang berat dari Allah S.W.T.


Akhirnya, umat Islam hilang kehebatannya dan terjadilah peristiwa penindasan serta ancaman keselamatan diri, harta-benda dan iman. Hal ini telah banyak berlaku, di mana-mana saja di dunia ini keadaan umat Islam sangat lemah disebabkan permusuhan sesama sendiri.

Di tanah Arab, Afrika, Asia, malah di negara kita Malaysia sendiri tidak terlepas dari bahaya permusuhan sesama sendiri. Akhirnya umat Islam kalah bukan kerana kekuatan pihak musuh, tetapi kalah kerana kelemahan diri sendiri.


Menjelang Hari Kemerdekaan Kali Ke-59 ini, marilah kita sama-sama merenungi bahawa kemerdekaan adalah ibarat watikah yang membolehkan kita memperolehi kebebasan untuk memerintah dan menentu bentuk penyusunan serta agenda pembangunan negara secara teratur.

Ambillah
iktibar daripada sejarah lalu sebagai asas untuk kita membina strategi kekuatan termasuk kekuatan rohani dan kekuatan fizikal bagi mempertahankan nikmat kemerdekaan dan seterusnya mengisi kemerdekaan mengikut acuan dan matlamat kita. Di samping kemampuan pucuk kepimpinan menerajui pemerintahan negara, rakyat juga perlu memberikan kesetiaan sehati sejiwa untuk memastikan kemerdekaan ini berkekalan.

Firman Allah S.W.T dalam Surah an-Nahl, ayat 90:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya”.


Disedari atau pun tidak, sebenarnya terlalu banyak kebaikan dan manfaat yang kita perolehi sepanjang kemerdekaan ini.

Mimbar yakin, sekiranya kemerdekaan itu benar-benar dihayati dan diperjuangkan nescaya segala perancangan dan program pembangunan dapat diatur demi membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat dan negara dengan lancar dan sempurna. Bahkan, tahap kualiti dan taraf hidup rakyat serta rasa cinta yang tinggi kepada negara juga dapat dipertingkat.


Rasulullah S.A.W sendiri mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi kepada tanah air baginda iaitu Mekah. Baginda S.A.W pernah berdialog dengan bumi Mekah tatkala terpaksa berhijrah ke Madinah.

Daripada Ibnu ‘Abbas RA berkata:
Mafhumnya: “Daripada Ibnu ‘Abbas RA berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W, engkau wahai Mekah merupakan bumi yang baik dan paling aku cintai, kalau sekiranya kaummu (pendudukmu) tidak mengeluarkan aku darimu nescaya aku tidak akan menetap di mana-mana tempat selain daripadamu”. (Hadis Riwayat At-Tirmizi)


Untuk merealisasikan impian dan wawasan membina Malaysia sebagai suatu bangsa yang maju, kuat dan berdaulat, setiap warganya perlu mempunyai kesedaran dan keberanian mengambil tanggungjawab dan risiko bagi meneruskan perjuangan memartabatkan kedudukan serta meningkatkan pencapaian umat Islam dalam segala bidang. Tanpa semangat perjuangan, dibimbangi semangat patriotisme mereka akan lemah sehingga boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Lebih memburukkan keadaan, perpecahan ini akan meluaskan penularan fahaman ektremis seperti keganasan yang sangat merbahaya dan menjadi ancaman utama kepada pembinaan negara bangsa. Justeru, sebarang kebangkitan ekstremis yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atas nama jihad Islam perlu dibendung dan ditangani kerana ia bercanggah dengan Islam sebenar dan menimbulkan banyak masalah yang boleh menggugat kedaulatan negara bangsa serta menjejaskan imej Islam. Mereka sebenarnya telah menyemai bibit-bibit perpecahan serta melemahkan unsur-unsur pesefahaman dan persaudaraan sesama Islam dan bukan Islam. Jadi, asas-asas perpaduan seperti semangat kerjasama, toleransi dan persefahaman, kesetiaan kepada negara, bersifat adil dan bertimbang rasa serta bersifat positif dalam hubungan, perlu dipupuk dan diamalkan sebagai syarat utama bagi membina kesejahteraan hidup bermasyarakat.


Alhamdulillah, kita bersyukur kerana masih berkesempatan menyambut HARI KEMERDEKAAN dalam suasana aman damai dan makmur. Untuk itu, mimbar menyeru kepada sidang jemaah sekalian, marilah kita bersama-sama meningkatkan semangat kemerdekaan untuk memelihara kedaulatan Malaysia tercinta ini. Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:

Pertama: Kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara sangat penting dipelihara dalam hidup bermasyarakat dan bernegara berasaskan semangat kemerdekaan, kekuatan ikatan persaudaraan dan kasih sayang agar mendapat keberkatan daripada Allah serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan.
Kedua: Kemerdekaan membolehkan manusia memperolehi kebebasan untuk memerintah dan menentu bentuk penyusunan serta agenda pembangunan negara secara teratur.
Ketiga: Semangat patriotisme yang lemah boleh mencetuskan perpecahan serta berkembangnya fahaman ektremis dalam kalangan masyarakat yang menjadi ancaman utama kepada pembinaan negara bangsa.

Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kariah mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): ”Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang maha Pengampun. (Surah Saba’: 15)