September 16th, 2016

Khutbah Jumaat : “Ukhwah Teras Perpaduan Ummah ”

Petikan Khutbah Jumaat 16 Septermber 2016: JAIS

“Ukhwah Teras Perpaduan Ummah ”

Islam merupakan agama yang mementingkan ukhwah dan perpaduan dalam kalangan penganutnya. Oleh itu, ciri utama dalam semua ibadat yang kita lakukan adalah bersandarkan ukhwah serta perpaduan. Contohnya, ibadah khusus seperti solat, puasa, jais.jpgzakat dan haji yang disyariatkan kepada kita adalah antara lainnya bertujuan untuk membina ukhwah serta perpaduan justeru menjadikan kita mukmin yang bersaudara.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10;  “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.

Ayat di atas menerangkan bahawa setiap Muslim yang beriman itu terikat kepada tali kekeluargaan, iaitu satu ikatan yang menjulang perpaduan antara kita sementelah ia mampu mengatasi hubungan darah dan kekeluargaan. Justeru, adalah menjadi kewajipan bagi mereka menjaga ikatan ini dengan amalan tolong-menolong dan menghormati antara satu sama lain. Ia amat bersesuaian dengan pesanan orang tua-tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Inilah ciri-ciri persaudaraan ideal yang telah dibina atas dasar seagama oleh Nabi Muhammad SAW ketika penghijrahan baginda ke kota Madinah.

Menurut sejarah, keunggulan persaudaraan yang tercatat ini berlaku di antara golongan Ansar dan Muhajirin. Dalam konteks ini, mereka telah berjaya membentuk ukhwah atau persaudaraan yang teguh antara satu sama lain. Misalnya golongan Ansar yang memiliki dua helai baju akan merelakan hati menghadiahkan sehelai baju yang dimiliki mereka kepada golongan Muhajirin. Manakala, mereka yang mempunyai dua buah rumah pula akan menghadiahkan sebuahnya kepada keluarga Muhajirin. Tidak kurang juga bagi mereka yang memiliki dua bidang tanah. Sebidang daripada tanah tersebut akan diwakafkan kepada kaum Muhajirin. Begitulah betapa utuhnya persaudaraan yang dijulang dan dihayati oleh masyarakat Islam di zaman Nabi Muhammad SAW.

Dewasa ini, apa yang berlaku hakikatnya ibarat jauh panggang dari api. Mana tidaknya, persaudaraan sesama Islam yang berprinsipkan semangat kekeluargaan dan roh perpaduan dilihat semakin pudar ditelan zaman. Sebagai contoh, ada antara kita yang sesetengahnya jarang sekali bersua muka bersama ahli keluarga mereka. Sehinggakan, mereka langsung tidak mengenali ahli keluarga sendiri. Manakala, ada pula sesetengah jiran tetangga yang bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka saling tidak bertegur sapa dan tidak mengenali antara satu sama lain. Dalam hal yang lain, sesetengah golongan peniaga sekarang ini suka memomok-momokkan golongan pengguna. Bahkan sebahagian majikan sejak kebelakangan ini juga suka mengabaikan kebajikan para pekerja mereka.

Tidak kurang juga, masih terdapat golongan fakir dan miskin dilihat semakin dipinggirkan oleh sebahagian golongan berada. Kini, fenomena hasad dengki, buruk sangka, dendam dan khianat masih lagi bercambah dalam hati masyarakat sejagat tidak ubah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Lebih memburukkan keadaan apabila, ada juga sesetengah ahli, pemimpin serta pengikut parti politik yang bergaduh sesama sendiri hingga menggugat ukhwah umat Islam. persoalannya, mengapakah umat Islam masih lagi berpecah belah?

Antara faktor utama yang mengundang permasalahan ini adalah disebabkan faktor pegangan akidah yang lemah, ketakwaan serta kasih sayang sesama Islam semakin menipis. Ini mengakibatkan maruah umat Islam tidak lagi dijulang tinggi, malah dianggap rendah hari demi hari. Kehidupan sebilangan besar umat beragama Islam mutakhir ini sudah tidak berlandaskan dengan konsep ukhwah serta perpaduan seperti mana yang telah dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Nu’man Bin Bashir RAnhuma bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda;“Perumpaan orang mukmin dalam berkasih sayang, berkasihan belas dan menaruh simpati adalah seperti satu tubuh. Apabila salah satu anggota ada yang sakit, maka seluruh anggota tubuh akan merasainya seperti demam dan tidak dapat tidur malam”.

Marilah bersama-sama kita hayati budaya ukhwah dan perpaduan, sebagaimana kaedah yang telah digariskan Allah SWT.

Antaranya; Pertama; umat Islam hendaklah menjauhi sikap berprasangka buruk, saling mencaci mengadu domba dan mengeji antara satu sama lain kerana perbuatan seebginilah sebenarnya yang menjadi punca perselisihan serta pergaduhan antara kita semua.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 12;“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”.

Kedua; setiap individu muslim hendaklah menjadi anggota masyarakat yang berfikiran positif, tolong menolong, saling membantu antara satu sama lain, elakkan perasaan ego, fanatik dan perasaan serba tidak kena dengan pendapat dan usaha orang lain agar ukhwah akan kita julang secara bersama kelak.

Hal ini seiring dengan firman Allah SWT dalam surah alMaidah ayat 2;“…dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)”.

Ketiga; umat Islam hendaklah sentiasa mengucapkan salam apabila bertemu. Inilah yang akan mewujudkan satu hubungan ukhwah yang baik dan sempurna. Di dalamnya, ada ucapan kebaikan, keselamatan, kesejahteraan, pahala dan doa.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 86;“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”.

Keempat; Memastikan agar segala bentuk hak-hak sosio-ekonomi dan politik dalam kalangan rakyat marhaen sentiasa berada dalam kondisi yang adil dan saksama. Manakala, amalan seperti diskriminasi dan double standard yang menyentuh kepentingan setiap individu hendaklah dihindari sama sekali. Hal ini penting kerana, dengan terlaksananya konsep keadilan, maka di sana akan timbulnya kepuasan diri lantaran ia menjurus kepada wujudnya kerjasama, penghormatan, dan persefahaman antara satu sama lain sekali gus mengukuhkan perpaduan ukhwah sesama umat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 8;“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

Mengakhiri khutbah ini, mimbar ingin menyeru muslimin sekalian agar bersama-samalah menjulang perpaduan dalam kehidupan seharian. Dengan perpaduan, kita boleh memartabatkan kembali kekuatan politik, penguasaan ekonomi serta kualiti sosial umat Islam pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, kita tiada pilihan lain lagi kecuali kembali bersatu dalam bersama-sama menjulang perpaduan berdasarkan ketaatan kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah demi kepentingan generasi masa hadapan.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orangorang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya”. (ali-Imran ; 103).

Friday Sermon: Keeping The Faith, Safeguarding The Nation

Friday Sermon Text 16 September 2016AD / 14 Zulhijjah 1436H JAWI

"Keeping The Faith, Safeguarding The Nation"

16th September 1963 was a significant day in our nation’s history, for it was then that the Federation, consisting of the Malay States, Sabah, Sarawak and Singapore, was declared a country called Malaysia. Thus, the dates is celebrated every year to commemorate jawi_logo.jpgthe historic event. The khatib today shall discuss the sermon entitled "Keeping The Faith, Safeguarding The Nation” as a reminder and reflection for us all.

As servants of Allah SWT, we must be grateful to Him, as he has bestowed upon our country peace, unity and prosperity. In fact, it is only to Him that we pray and ask for such blessings to continue for generations to come. For Muslims who truly have faith and conviction in Allah SWT, these surely are blessings and goals that we dream of and aim to achieve in this world and in the hereafter. It is the result of faith and conviction which are sown in the souls of those who always appreciate the Al-Quran and the Sunnah of the Prophet SAW.

Allah SWT stated in Surah al-Nahl, verse 30:Which means: “To the righteous (when) it is said, "What is it that your Lord has revealed?" They say, "All that is good." To those who do good, there is good in this world, and the Home of the Hereafter is even better and excellent indeed is the Home of the righteous,”

According to Imam Ibn Kathir Rahimahullah, what is meant by „good‟ in the verse read just now are mercy and blessings for those who obey and believe in Allah SWT. Through this verse, Allah SWT has disclosed his promise and provided assurance to His servants who do good, that they will be blessed with goodness in this world and in the hereafter.

Every person in this world must possess a feeling of patriotism. Therefore, this feeling of love for the country is, by nature and grace, bestowed by Allah SWT upon His servants. It is not something that contradicts the teachings of Islam. In fact, love for the motherland was also shown by Prophet Muhammad SAW.

Imam al-Bukhari Rahimahullah recorded a hadith narrated by Abu al-Ansari Humayd RA, where Rasulullah SAW was reported to have said: وكَ َحَّتّى ِإذَا َأشْرَفْنَا عَلَى الْمَدِينَ ُ وَةِ تَب ْ عَلَيْهِ وَ َسَّلّمَ مِ ْن غَز ُ َّّه َصلَّّى الل ِ َأقْبَلْنَا مَ َع الَّنّبِيّ ةِ، ق َالَ: .ُ بّه نحُِ بّنَا وَ ُ يحُِ ُ ل ٌ َجبَ ٌ د ُ ح ُ وَهَذَا أ ُ هَذِهِ َطابَة Which means: "We returned home from the war in Tabuk with the Prophet until we reached Medina, where he said:" This (the town) is good. And this is Mount Uhud, the mountain we love and loves us back.”

Based on these events, the role of the country and motherland as a base for the development and expansion of the message of Islam is very crucial and important Moreover, the physical earth is also the focus of affection and love.

Therefore, as Muslims we should realize this and together maintain peace and harmony of our nation in order to ensure Islam continues to be preserved here.

Fellow Muslims blessed by Allah, Independent Malaysia has gone through a long growing period and can now be considered as matured. We, as citizens, need to reflect and evaluate the achievements of our country.

This is important in determining which areas or issues that can be improved, strengthened, or gained in the future. No country wants a reversal of its achievements and successes.

They all dream to achieve technological progress, economic sustainability, and a glorious civilization. That includes our beloved country. The questions are: What are our actions in determining the standards of progress and modernity? What culture and community should we take as example? What knowledge and history should we leave our future generations?

In the face of this challenging situation, Rasulullah SAW sought to remind and guide us through a hadith recorded by Imam alBukhari Rahimahullah and narrated by Abu Sa'id al-Khudri RA: Which means: "Indeed, all of you will follow the traditions (customs) of the people before you, span by span, cubit by cubit, even if they lead you in a lizard‟s pit too you will follow them." The Companions asked: "O, Messenger of Allah, are they the Jews and Christians?" He replied: "Who else if not them!"

It is clear from the hadith above, what was envisioned by Rasulullah SAW then is evidently displayed today. Our society tends to adopt western culture and way of life. Some of us think, speak, dress, move and live like what was advertised by the Jews and Christians. This is not a good sign. In fact, it should be contained and controlled so that it does not spread and grow until it erodes our own identity. This does not necessarily mean we should not accept or embrace whatever that is good. But, we have to be intelligent enough, to be rational, and to be able to judge wisely for the sake of developing our country’s own civilisation.

The roles and responsibilities of developing the nation lie in the hands of Muslims, be it leaders or ordinary citizens. Each is endowed by Allah SWT with various capabilities.

These efforts would be crippled if one person expects the other to do something, but he is actually sitting idle. Allah SWT stated in Surah Ali 'Imran, verse 104ۀ Which means: “Let there arise out of you a band of people inviting to all that is good, enjoining what is right, and forbidding what is wrong: They are the ones to attain felicity.”

We should not be complacent and be engrossed with whatever enjoyment we already have until it makes us incapable of working to preserve and strengthen the religion and nation. Who would think about the fate of this country for the next 50 or 100 years? Would people be closer to Allah SWT then or further away? May Allah SWT give us strength and awareness to assume this responsibility before it is too late.

To end the sermon today, let us ponder on some conclusions as reflection and guidance for us all:

First: Muslims must strive to avoid disagreement and discord which does not benefit the religion and nation.

Second: Efforts to achieve progress and civilization of the country should be based on the teachings and principles of Islam.

Third: All parties should endeavour to develop the country through the call to perform good and avoid evil.

Allah SWT declared in Surah al-Nahl, verse 97:Which means: “Whoever works righteousness, man or woman, and has Faith, verily, to him will We give a new Life, a life that is good and pure and We will bestow on such their reward according to the best of their actions.”

Khutbah Jumaat: “Keharmonian Asas Pembangunan Negara"

Petikan Khutbah Jumaat: (16 September 2016 / 14 Zulhijjah 1437) JAKIM

“Keharmonian Asas Pembangunan Negara"

Islam merupakan agama petunjuk yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dengan tujuan membawa manusia ke arah keharmonian dan kesejahteraan hidup didunia dan di akhirat. Ia turun dengan ajaran yang lengkap, sempurna dan menyeluruh.Tidak ada satupun urusan hidup manusia yang ditinggalkan, termasuk urusan pembangunan. jakim.jpgDalam lslam, nilai agama bertunjangkan kepada tauhid dan bersendikan akidah dan syariah. Bagi penganut agama lslam, nilai yang dipegang adalah ajaran dan panduan dari al-Quran dan al-Sunnah. Sesungguhnya Islam adalah ad-Din yang merangkumi fitrah manusia, naluri, jasad, roh, akal, individu, masyarakat dan hubungan manusia dengan makhluk-makhluk lain.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 213:
Maksudnya: “Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia apa yang mereka perselisihkan. Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan yang jelas nyata, mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izin-Nya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang betul-lurus (menurut undang-undang peraturan-Nya).”

Allah SWT menciptakan manusia sebagai hamba dan sebagai khalifah di muka bumi ini. Semakin tinggi rasa atau perasaan kehambaan maka semakin layak seseorang hamba itu bergelar khalifah (penguasa, pentadbir dan pengatur) yang memakmurkan muka bumi ini dengan syariat Islam. Dengan syariat itu pula, pastinya akan menghasilkan kehidupan manusia bersifat harmoni, aman damai, bahagia dan sejahtera di dunia dan akhirat. Ini bererti, agama yang di dalamnya terdapat syariat daripada Tuhan adalah untuk keperluan mengharmonikan kehidupan manusia. Itulah agama Islam, yang membawa maksud selamat dan menyelamatkan.

Jelasnya, dengan mengamalkan syariat lslam, maka keadaan aman dan damai akan dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyat sesebuah negara. Akhirnya, agenda perpaduan yang diamalkan membawa kemajuan dengan mudah. Kayu ukur perpaduan amat mustahak kerana ia dapat mengekalkan keharmonian dan kedamaian di negara ini.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 13: Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Berdasarkan ayat ini, kita mendapati bahawa risalah Nabi Muhammad SAW itu membahagikan manusia kepada dua kumpulan iaitu Ummah Dakwah yang merangkumi seluruh manusia, sama ada Islam dan bukan Islam; dan yang kedua, Ummah Ijabah iaitu manusia yang sudah masuk Islam. Apapun pembahagiannya, kedua-duanya adalah tetap umat Nabi Muhammad SAW yang dikenali sebagai masyarakat majmuk berlandaskan kepelbagaian kaum dan agama dalam sebuah negara. Apa yang jelas, Allah SWT telah menjadikan manusia itu pada dasarnya satu keluarga walaupun mereka itu berbeza bangsa dan bahasa.

Sesungguhnya kita sangat beruntung kerana di negara ini walau pun terdapat banyak bangsa dan agama, namun kita masih dapat mengecapi keharmonian dan kebersamaan antara satu sama lain. Sesungguhnya nikmat keharmonian ini wajar disyukuri kerana ia merupakan suatu nikmat yang sangat berharga dan tidak ternilai.
Sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan panduan dan pedoman al-Quran dan as-Sunnah, amat penting untuk kita menampilkan contoh yang terbaik kepada masyarakat bukan Islam. Hal ini bukan sahaja dapat memelihara perpaduan, malah berupaya untuk menarik masyarakat bukan Islam untuk mencintai Islam. Lantaran itu Rasulullah SAW berpesan agar kita mengamalkan akhlak terpuji dan jangan menyakiti orang lain.

Abu Musa al-Asy’ari meriwayatkan:
Mafhumnya: “Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya, “Muslim yang bagaimanakah paling utama?” Nabi bersabda, “Muslim yang paling utama ialah seorang Muslim yang mana orang-orang Muslim (lainnya) selamat dari keburukan mulut dan tangannya”.

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September pada setiap tahun, marilah kita bersama-sama membina kekuatan secara jamaie.

Mengambil ibarat kata, ‘Musang akan lebih mudah menangkap kambing yang bersendirian berbanding menangkap kambing yang duduk di dalam satu kumpulan’. Ya, kita tidak mampu untuk menghadapi kehidupan secara bersendirian. Adapun kesatuan bermasyarakat merupakan kunci dalam mempertahankan kedaulatan negara dari sebarang ancaman dari dalam mahupun diluar.

Perpaduan, persefahaman dan keharmonian yang terbina akan menjadikan bangsa Malaysia dapat bersama-sama membawa Malaysia menjadi sebuah negara contoh yang disegani dunia. Oleh itu, sangat penting kita menunjukkan kesempurnaan dan kekuatan Islam yang sebenar.


Di samping itu, kita juga perlu membersihkan diri daripada sifat kebencian sesama sendiri dan berprasangka buruk terhadap orang lain. Marilah kita mencontohi akhlak luhur Rasulullah SAW yang membalas setiap kejahatan dengan kebaikan, bahkan sentiasa berlapang dada untuk memaafkan musuh-musuhnya. Benih-benih perpaduan dan kebersamaan itu perlu sentiasa dibaja supaya ia terus bercambah dan menyuburi rakyat negara ini dengan kesatuan dan perpaduan yang utuh.

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:

Pertama: Islam merupakan agama yang sempurna dan memelihara hak-hak manusiawi walau berbeza pandangan dan prinsip sebagaimana ajaran Rasulullah SAW dalam memimpin masyarakat hidup dengan harmoni.
Kedua: Cabaran dan ancaman yang berlaku dari semasa ke semasa menunjukkan bahawa setiap situasi yang berlaku memerlukan kesatuan dan kebersamaan masyarakat untuk menghadapinya.
Ketiga: Kebersamaan dan perpaduan yang dikecapi perlu sentiasa dipelihara dan dibajai supaya subur dan bercambah untuk menjamin keteguhan dan kedaulatan negara.

Maksudnya: "Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar ugama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. Kamu beroleh berbagai-bagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu hingga ke suatu masa yang tertentu (bagi menyembelihnya); kemudian waktu menyembelihnya ketika sampai di tanah haram Baitullah yang tua sejarahnya itu". (Surah al-Hajj: 32-33)

Orang beriman reda tempuhi ujian

Aidiladha memberi banyak iktibar kepada umat Islam. Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang diberi pelbagai ujian dan tidak mempersoalkan perintah Ilahi menjadi ukuran tingginya iman Baginda.

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani di IKIMfm menjelaskan kemuncak ujian Baginda turut dikongsi umat Islam yang menunaikan ibadah haji. Sesiapa yang membesarkan syiar Allah SWT, itu menandakan mereka dalam kalangan orang yang bertakwa.



Jemaah haji seluruh dunia berwukuf di padang Arafah berdoa dan memohon keampunan Ilahi. - Foto hiasan
Sebelum menyambut Aidilfitri, umat Islam disyariatkan berpuasa sepanjang Ramadan, manakala sebelum Aidiladha, pada 1 hingga 9 Zulhijah masa paling bernilai.

Pada hari wukuf di Padang Arafah jemaah haji memohon keampunan daripada Allah SWT. Masing-masing datang dari segenap penjuru dunia menadah tangan berdoa kepada Allah SWT supaya mengampunkan dosa mereka.


Aidiladha adalah waktu yang dituntut oleh Allah SWT untuk memperbanyakkan muhasabah diri.

Selain itu, untuk Aidiladha, Allah SWT memberi pilihan kepada umat manusia melakukan ibadah korban.

Rasulullah SAW juga berpesan kepada sesiapa yang berpuasa sunat pada Hari Arafah, Allah SWT mengampunkan dosa setahun yang akan datang dan setahun sebelumnya.

Perbanyak taubat, istighfar

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi slot Mau'izati di IKIMfm, berkata Rasulullah SAW juga menggalakkan umat Islam berpuasa bermula 1 hingga 9 Zulhijah, memperbanyakkan taubat dan beristighfar kepada Allah SWT.

Aidiladha juga memberi banyak iktibar kepada umat Islam terhadap peristiwa dilalui Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim yang nama mereka disebut dalam solat. Mereka adalah nabi yang dianugerahkan Allah SWT kesempurnaan dalam ujian perjalanan hidup.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya mengenai orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut, ayat 1-3)

Bagi orang beriman kepada Allah SWT, ujian demi ujian ditempuhi. Begitulah yang dilalui Nabi Ibrahim dan sebahagian kemuncak ujian dihadapi Baginda turut dikongsi umat Islam yang menunaikan ibadah haji.

Ujian Nabi Ibrahim

Ujian lain ialah bapanya yang tidak beriman kepada Allah SWT dan membina berhala serta diminta Baginda menjualnya.

Di dalam keadaan serba salah, Baginda membawa berhala itu ke sekeliling kampungnya sambil menyebut: "Wahai orang kampung, datanglah membeli berhala yang bodoh ini jika kamu dalam kalangan orang yang bodoh. Belilah berhala yang pekak ini jika kamu pekak dan belilah berhala yang buta ini sekiranya kamu buta."

Akhirnya apabila pulang, Nabi Ibrahim ditanya ayah Baginda, berapakah hasil jualannya. Baginda memberitahu tidak ada satu pun berhala dapat dijual.

Baginda turut diuji apabila dibakar oleh Raja Namrud kerana memusnahkan berhala, dengan kuasa Allah SWT kerana keyakinan hidupnya bergantung hanya kepada-Nya, unggun api yang marak menyala itu menjadi sejuk.

Nabi Ibrahim juga diuji dengan tidak dikurniakan anak tetapi pada usia tuanya, Nabi Ibrahim dikhabarkan oleh malaikat bahawa Baginda akan beroleh zuriat.

Walaupun pada awalnya beliau sukar mempercayainya, namun dengan kuasa Allah SWT, segalanya berlaku.

Setelah lahirnya Nabi Ismail, Nabi Ibrahim diuji lagi apabila diperintahkan oleh Allah SWT supaya membawa isterinya dan anaknya ke suatu tempat yang jauh dari bumi Palestin di bumi Bakkah (Makkah), suatu lembah yang tidak berpenghuni dan tiada sebarang tanaman.

Setiba di sana, Baginda diarahkan Allah SWT untuk meninggalkan keluarganya di situ. Isteri Baginda, Siti Hajar merayu supaya tidak ditinggalkan bersama anaknya, Ismail, tetapi apabila diberitahu itu adalah perintah Allah SWT, Siti Hajar reda.

Satu lagi ujian dihadapi Nabi Ibrahim ialah apabila Allah SWT memerintahkan untuk menyembelih Nabi Ismail. Baginda dan anaknya akur dengan arahan Allah SWT, malah dalam perjalanan menunaikan perintah itu Baginda masih diuji apabila diganggu syaitan.

Nabi Ibrahim mengambil batu lalu dibaling kepada syaitan sambil menyebut: "Dengan nama Allah, aku rejamkan syaitan dan segala puak-puaknya."

Direjam dengan tujuh biji batu yang dilakukan sehingga kini oleh mereka yang melaksanakan ibadah haji yang melontar di jamrah pada Hari Tasyrik.

Iktibar di sebalik peristiwa ini, walaupun perintah Allah SWT itu di luar pemikiran manusia, mentaati perintah itu lebih utama. Jangan sekali-kali mempertikaikan perintah Allah SWT, contohi Nabi Ismail yang merelakan dirinya dikorbankan walaupun akhirnya Baginda ditukar dengan seekor kibas.

Sentiasa lindungi diri dengan doa, "Ya Allah, lindungilah aku daripada kejahatan syaitan yang direjam itu."

Aurat wajib ditutup walaupun terpaksa

BARU-BARU ini kecoh di media sosial dan media arus perdana tentang berita seorang artis yang berhijab tiba-tiba mengambil keputusan menanggalkan tudungnya selepas memakainya selama tiga tahun atas alasan enggan menjadi seorang hipokrit.

Ekoran tindakan tersebut, artis berkenaan me­nerima pelbagai komen negatif serta kecaman daripada masyarakat khususnya di media sosial. Tidak kurang juga yang mendoakan artis itu supaya sentiasa tabah menghadapi segala dugaan.

Jika dilihat secara kasar, memang mudah untuk kita menuduh artis ini sesuka hati namun dari segi hatinya sukar untuk dibuat telahan secara tepat. Dengan kata lain hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Penulis enggan menyentuh lebih lanjut tentang keputusan artis tersebut cuma apa yang dibincangkan dalam siri Kalam kali ini adalah tentang kewajipan kita menunaikan segala perintah Allah walaupun dalam keadaan terpaksa termasuk dalam soal berpakaian.

Hukum memakai pakaian menutup aurat adalah wajib bagi setiap lelaki dan wanita dan hukumnya berdosa sekiranya kewajipan itu diingkari. Untuk wanita Islam hukumnya lebih ketat kerana seluruh tubuh mereka itu adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan manakala aurat lelaki pula adalah antara pusat hingga ke lutut.

Pokok perbincangan kita di sini hanyalah membabitkan aurat antara seseorang wanita atau lelaki dengan mereka yang bukan mahram manakala batas aurat de­ngan mahram serta aurat suami isteri ada hukumnya yang lain.

Berbalik kepada kewajipan menutup aurat, perintah tersebut wajib dipatuhi dan tuntutan mengenainya jelas terdapat dalam al-Quran dalam Surah an-Nur ayat 31 dan al-Ahzab ayat 33 serta beberapa hadis Rasulullah SAW.

Antara kandungan petikan surah an-Nur ayat 31 itu, Allah telah memerintahkan wanita Muslim menutup belahan leher baju yang dipakai dengan tudung kepala mereka serta larangan memperlihatkan perhiasan tubuh kecuali kepada suami, bapa, bapa mertua dan anak-anak serta beberapa golongan lagi yang disebut dengan jelas dalam ayat berkenaan.

Inilah hukum yang melibatkan aurat dalam Islam dan memakai tudung kepala itu adalah satu kewajipan buat wanita Muslim. Oleh itu mahu tidak mahu setiap wanita Muslim wajib mematuhinya walaupun dilakukan secara terpaksa.

Kewajipannya sama seperti ibadat yang lain antaranya menunaikan solat. Walau apa pun alasan, kita wajib bersolat meskipun dalam keadaan terpaksa. Alasan seperti seluar kotor, baju kotor, malas atau terlalu sibuk dengan urusan dunia semata-mata enggan bersolat sama sekali tidak boleh diterima.

Mungkin di saat kewajipan itu dilakukan secara terpaksa akhirnya Allah menganugerahkan cahaya hidayah-Nya kepada kita. Pada masa itu kita akan merasai satu nikmat yang tidak mampu diucapkan melalui kata-kata. Hidayah adalah milik dan rahsia Allah yang seorang pun tidak akan mengetahuinya sampai bila-bila.

Dalam pada itu sering kita terdengar dialog seperti “belum sampai seru” atau “biarlah hati ini benar-benar ikhlas” yang diucapkan oleh sahabat atau kaum kerabat kita apabila ditanya bila mahu berhijrah.

Persoalannya, tahukah kita bila seru itu hendak sampai? Lebih baik setiap kewajipan yang diperintahkan oleh Allah itu ditunaikan meskipun dalam keadaan terpaksa. Entah-entah seru yang ditunggu-tunggu itu tidak akan kunjung tiba sehinggalah saat kematian kita. Adakah itu yang kita mahukan?

Jika itu yang berlaku alangkah ruginya kita? Agama bukan satu eksperimen untuk dibuat uji kaji sebaliknya menjadi panduan hidup kepada kita semua untuk me­nuju ke alam akhirat yang kekal abadi. Ingatlah pesan Rasulullah SAW melalui satu hadis baginda tentang kenikmatan hakiki yang bermaksud: “Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga untuk orang kafir.” - Saifulizam Mohamad Utusan Malaysia Rencana 15 September 2016 6:04 PM

Ancaman terhadap syirik

SEGALA puji bagi ALLAH Tuhan Sekalian Alam yang berfirman: “DIA memerintahkan kamu jangan menyembah melainkan DIA; yang demikian itulah Agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Yusof; 40)

Kita bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali ALLAH; tiada sekutu bagi-Nya. Kita turut bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW adalah hamba dan utusan ALLAH yang diutuskan ALLAH untuk menyeru manusia kepada tauhid mengesakan-Nya dalam ibadah serta mencegah daripada syirik. Baginda SAW telah berjihad pada jalan ALLAH sehingga Baginda menyempurnakan risalah Tuhannya dan ALLAH telah menyempurnakan agama-Nya melalui Baginda serta nikmat-Nya.

Bertakwalah kepada ALLAH, laksanakanlah apa yang diperintahkan dan tinggalkan apa yang dilarang.

Perkara Paling Penting

Ketahuilah perkara paling utama dan penting yang ALLAH perintahkan adalah tauhid iaitu mengikhlaskan ibadah bagi ALLAH semata-mata yang tiada sekutu bagi-Nya dan tidaklah manusia diciptakan melainkan untuk merealisasikan tujuan ini.

Firman ALLAH: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.” (Surah Adz-Dzariaat; 56)

Maslahat dan manfaatnya akhirnya kembali kepada manusia itu sendiri kerana manusia perlu menyembah ALLAH semata-mata untuk mengecapi rahmat-Nya serta selamat daripada azab-Nya.

Maka perintah ALLAH supaya manusia menyembah-Nya untuk maslahat manusia itu sendiri. Adapun ALLAH, Dia tidak bergantung pada sembahan makhluknya mahupun memerlukannya. Bahkan ALLAH tidak mendapat apa-apa manfaat atau kelebihan daripada sembahan hamba-Nya.

Firman ALLAH: “Sekiranya mereka kufur, kamu dan sekalian manusia di bumi maka sesesungguhnya ALLAH Maha Kaya lagi Dipuji.” (Surah Ibrahim; 8)

Adapun perkara yang paling besar dan paling utama dilarang adalah syirik iaitu melalukan suatu ibadah untuk selain ALLAH seperti berdoa, menyembelih, bernazar, rasa takut, berharap dan gerun.

Firman ALLAH: “Sesungguhnya barang siapa menyekutukan ALLAH maka ALLAH mengharamkan atasnya syurga dan tempat tinggalnya adalah dalam api neraka.” (Surah Al-Maa’idah; 48)

Jenis-jenis syirik

Syirik terbahagi kepada dua jenis:

Pertama: Syirik besar menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama dan dia di dunia layak diperangi oleh umat Islam manakala di akhirat dia akan kekal abadi dalam api Neraka Jahanam, diharamkan atasnya masuk syurga dan dia akan dihalang daripada mendapat pengampunan ALLAH serta rahmat-Nya.

Jenis syirik ini berlaku apabila seseorang itu melakukan suatu ibadah untuk selain daripada ALLAH seperti contohnya dia berdoa menyeru meminta bantuan orang mati, menyeru jin syaitan untuk menunaikan hajatnya serta membebaskannya daripada musibah, dan melakukan sembelihan haiwan untuk syaitan bagi mendapat kesembuhan atau selamat daripada gangguan syaitan.

Demikian juga apa berlaku pada hari ini di banyak negara di perkuburan orang-orang soleh di mana sesetengahnya menjadi tempat melakukan upacara penyembahan tertentu selain daripada ALLAH seperti mana yang dilakukan oleh Kaum Nuh AS yang bersikap melampau terhadap orang-orang soleh.

ALLAH menyebutkan ucapan mereka dalam firman-Nya: “Dan mereka berkata: Jangan kamu tinggalkan tuhan-tuhan kamu, dan jangan pula kamu tinggalkan Wad, Sua’, Yaghuth, Ya’uq dan Nasr.” (Surah Nuh; 23)

Asal-Usul Penyembahan Berhala

Dalam Sahih Bukhari, daripada Abdullah bin Abbas RA, dia berkata: “Mereka disebut dalam ayat ini ialah orang-orang soleh kalangan kaum Nuh dan sesudah mereka meninggal, syaitan  membisikkan kepada kaum Nuh supaya meletakkan tanda pada tempat mereka duduk dan dinamakan tempat itu dengan nama orang-orang soleh tersebut. Kaum Nuh melaksanakan saranan tersebut dan tanda-tanda itu tidak disembah hinggalah generasi pertama itu meninggal dunia dan tanda itu dilupakan barulah orang-orang soleh itu disembah.”

Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Muhammad bin Qais, bahawasanya Wad, Sua’, Yaghuth, Ya’uq dan Nasr adalah nama orang soleh kalangan manusia, dan mereka mempunyai pengikut yang meneladani mereka.

Setelah mereka mati, pengikut mereka berkata: "Sekiranya kita membuat patung wajah guru kita tentu kita akan lebih khusyuk dalam ibadah". Maka pengikutnya pun mengukir patung-patung tersebut. Sesudah pengikut-pengikut itu mati dan generasi berikutnya datang, Iblis membisikkan pada mereka: "Sesungguhnya generasi sebelum kamu menyembah patung-patung ini dan dengannya mereka mendapat hujan, maka mereka pun menyembahnya".

Demikian yang berlaku kepada kaum Nabi Nuh AS yang menyembah patung orang-orang mati. Dan hal ini kita dapati turut berlaku dalam kalangan penyembah-penyembah kubur di kebanyakan negara-negara dan ironinya golongan ini mendakwa bahawa amalan mereka adalah sejajar dengan syariat Islam.

Jenis syirik yang kedua: Syirik kecil seperti perbuatan riak, bersumpah dengan selain nama ALLAH dan ucapan seperti “apa yang ALLAH dan si polan inginkan” dan “kalau bukan kerana kamu, hal ini tidak akan berlaku” dan seumpamanya.

Jenis syirik ini tidak menyebabkan orangnya terkeluar daripada agama tetapi ia tetap bahaya dan dosanya adalah besar. Malah ia boleh menyebabkan orangnya jatuh syirik.

Pelajari akidah yang benar

Sekiranya syirik begitu bahaya, maka wajib tiap individu Muslim itu mengetahuinya agar dia dapat menghindarinya. Hal ini dilakukan dengan mempelajari akidah yang benar serta mengetahui lawannya iaitu syirik besar dan syirik kecil yang boleh menggugat akidah. Sesungguhnya barang siapa tidak tahu keburukan dikhuatiri dia akan jatuh ke dalamnya.

Kata Khalifah Omar Al-Khattab RA: “Dikhuatiri lilitan-lilitan Islam itu akan diurai satu persatu sekiranya timbul kalangan orang-orang Islam mereka yang tidak mengenali zaman Jahiliah.”

Sahabat Nabi Huzaifah bin Al-Yaman RA berkata: Dahulu manusia bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebaikan; aku pula bertanya Baginda tentang kejahatan kerana aku khuatir akan terjatuh dalamnya.

Bagaimana mungkin seorang itu berasa selamat daripada syirik sedangkan Nabi Ibrahim AS sendiri takut dirinya jatuh dalam kesyirikan ketika beliau berkata:

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah aku dan anak-anakku daripada perbuatan menyembah berhala. Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan kesesatan yang banyak dalam kalangan umat manusia.” (Surah Ibrahim; 35-36)

Nabi Ibrahim AS tetap tidak berasa selamat daripada syirik walhal beliaulah yang telah menghancurkan patung sembahan kaumnya dengan tangannya. Tetapi beliau tetap berasa tidak aman.

Masakan seseorang itu boleh berasa selamat dan yakin dengan imannya sedangkan tidak ada jaminan sama sekali bahawa seseorang itu akan terselamat daripada ujian dan godaan syirik dan kufur melainkan mereka yang ALLAH teguhkan hati mereka.

Bagaimana mungkin ada kalangan kita akhir zaman ini boleh mendabik dada yakin dirinya tidak akan jatuh dalam syirik sedangkan Nabi SAW berkata kepada para sahabatnya yang terdiri daripada kalangan sebaik-baik umat Islam, kata Baginda:

“Sesungguhnya perkara yang paling aku khuatir atas diri kamu adalah syirik kecil.”  Kata mereka: Apa itu syirik kecil? Jawab Baginda: “Riak. ALLAH menitahkan pada hari kiamat tatkala dia membalas amalan perbuatan manusia: Pergilah kamu kepada apa yang kamu riak untuknya, lihatlah apa balasan ganjaran yang mereka beri.”

Sekiranya Rasulullah SAW khuatir akan syirik kecil terhadap para sahabatnya, bagaimana pula dengan kita yang hidup akhir zaman ini yang penuh fitnah dan pelbagai ujian?

Cinta menuntut pengorbanan

PERHATIKAN dan selami selembar demi selembar kisah Nabi Ibrahim yang diceritakan di dalam al-Quran. Detik-detik mendebarkan yang dialami oleh Nabi Ibrahim dan anak kesayangannya, Ismail.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Nabi Ibrahim pula berkata: “Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, ia akan memimpinku (ke jalan yang benar). “Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong daripada orang yang soleh!” (Surah Al-Soffat: 99-100)

Kisah Nabi Ibrahim pada babak ini mengandungi emosi yang bercampur-campur. Bayangkan, sekian lama Nabi Ibrahim merayu dan mengadu kepada Sang Pencipta betapa dirinya sangat mendambakan seorang anak yang soleh.



Ketika menyembelih haiwan korban, lihatlah ia dengan nilai korban yang betul. - Gambar hiasan

ALLAH menjawab rayuan Ibrahim dengan satu perkhabaran yang sangat menggembirakan. Ismail adalah hadiah yang teristimewa buat Ibrahim. Kata Allah: “Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar”. (Surah Al-Saffat: 101)

Ibrahim menjaga dan mendidik Ismail ibarat menatang minyak yang penuh. Dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Walaupun diuji dengan arahan agar meninggalkan Ismail bersama ibunya, Hajar, di lembah yang kering kontang, namun kasih sayang Ibrahim tidak pernah berkurang, bahkan semakin bertambah.

Mereka berdua berkongsi kenangan hidup yang tidak ternilai. Bersama-sama membina “rumah ALLAH” yang mulia. Kaabah yang kita dapat tatap sampai ke hari ini adalah legasi dari mereka berdua.

Namun, apabila Ismail makin membesar, keimanan Nabi Ibrahim sekali lagi teruji. Zuriat kesayangannya ini diarahkan untuk disembelih. “Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu…”. (Surah Al-Soffat: 102)

Mesej yang diperoleh melalui mimpi ini begitu berat untuk disampaikan kepada Ismail. Tetapi, mimpi golongan nabi adalah sesuatu yang benar. Ia wahyu daripada ALLAH. Ibrahim memahami bahawa mimpi tersebut merupakan arahan dari ALLAH supaya menyembelih anaknya.

Hati mana yang tidak gusar apabila menerima arahan sebegini. Begitu juga dengan Nabi Ibrahim. Terasa berat dan begitu sukar untuk menghadapi pertarungan dengan emosi diri sendiri. Namun, peribadi seorang Nabi tidak akan pernah mengingkari perintah Tuhannya.

Ibrahim sedar dan menerima hakikat bahawa ini adalah sebahagian daripada ujian dan lambang kepada kesempurnaan pengabdiannya kepada ALLAH Azza wa Jalla.

Berhadapan saat sukar

Lalu, kepada anak diceritakan dan ditanyakan pandangan: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?” (Surah Al-Soffat: 102)

Ismail mengerti betapa cinta dan sayang ayahnya kepada dirinya. Ismail sedar ayahnya sedang berhadapan dengan saat yang sukar. Pertarungan antara perasaan kasihkan anak dan cinta kepada Tuhan. Namun, ketika inilah terpancar kesan didikan anak yang soleh semenjak kecil lagi.

Ismail memberikan jawapan membantu ayahnya untuk yakin dan tetap dengan keputusan perlu dilakukan: “Wahai ayahanda, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya-ALLAH, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. (Surah Al-Soffat: 102)

Tunduk dan patuh anak dan ayah kepada arahan ALLAH adalah kemuncak kepada maksud Islam. Al-Quran merakamkannya dengan ayat: “Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami)”. (Al-Soffat: ayat 103)

Islam ertinya menyerahkan diri kepada setiap arahan Allah, redha akur kepada setiap ketentuan. Ibrahim dan Ismail telah membuktikannya dengan penuh kesabaran.

Sebenarnya, apa yang dikehendaki oleh ALLAH bukanlah supaya Ismail mati disembelih oleh Ibrahim. Tetapi, bagaimana Ibrahim menguruskan jiwanya bagi menghadapi ujian keimanan ini.

Ternyata Ibrahim dan Ismail berjaya mengharunginya. Lalu ALLAH menyatakan: “Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”.

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar”. (Surah Al-Soffat: 104-106)

Iman yang dipegang bukan sekadar menjadi siulan di bibir Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail. Ia dibenarkan dengan hati, lafazkan dengan lisan dan dibuktikan dengan tindakan.

Hikmah dan pengajaran

Peristiwa ini benar-benar meninggalkan kepada kita hikmah dan pengajaran yang perlu digali. Dilihat dengan mata hati. Difikirkan dan dihayati. Pujian ALLAH kepada kekasihnya, Ibrahim, kekal hingga ke hari ini.

Ujian, rintangan dan kejayaan Nabi Ibrahim kekal menjadi inspirasi buat generasi berikutnya. Oleh sebab itu, ALLAH menyatakan: “Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian”.

Mungkin kita tertanya-tanya apakah rahsia kekuatan Nabi Ibrahim sehingga beliau berjaya mengharungi ujian yang amat berat ini. Jika diamati di dalam surah yang sama juga, di permulaan ketika ALLAH menceritakan kisah Ibrahim, ada satu rahsia yang telah didedahkan.

Kata ALLAH: “Dan Sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim. Ketika ia mematuhi perintah Tuhannya dengan hati yang suci murni”. (Surah Al-Soffat: 83-84)

“Qalbun Salim” iaitu jiwa yang suci lagi sejahtera. Inilah rahsianya. Jiwa Ibrahim suci dari sebarang unsur yang bercanggah dengan tauhid, iman dan keikhlasannya kepada ALLAH. Berbekalkan “qalbun salim” inilah Ibrahim melaksanakan semua perintah, mengharungi segala mehnah dan menghidupkan dakwah.

Lalu ALLAH memuji hamba dan kekasih-Nya ini: “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim! Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman”. (Surah Al-Soffat: 108-111).

Kisah cinta agung ini tidak akan padam dan diam. Ia akan terus hidup dibaca dan diceritakan. Kisah cinta indah melakar sejarah. Kisah cinta yang memberi penunjuk arah. Kisah cinta yang meninggalkan pelbagai ibrah.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah meletakkan nilai cinta yang suci ini di tempatnya yang betul. Di kedudukan yang tinggi lagi terpuji. Andai benar kita juga punyai cinta, inilah contohnya.

Ketika kita menyembelih unta, lembu dan kambing sebagai korban, lihatlah ia dengan nilai cinta yang betul. Bukan sekadar haiwan ingin disembelih dan dikorbankan. Tetapi, yang tersirat sebenarnya ialah kita mahu mendidik diri dengan menyembelih nafsu yang cintakan harta dan dunia sehingga terabai cinta yang lebih utama.

Kisah cinta Nabi Ibrahim penuh dengan seribu satu pengorbanan. Di mana nilai cinta kita, andai ia hanya menjadi siulan tetapi tidak sanggup untuk dibuktikan. Justeru, percayalah bahawa cinta menuntut pengorbanan. Kisah Nabi Ibrahim jadikan tauladan.

Bukan menyembah Kaabah

HAJAR dan Ismail diarahkan oleh ALLAH supaya dibawa dan ditinggalkan di suatu lembah yang kering kontang. Nabi Ibrahim taat dan patuh dengan arahan ini sekali pun perpisahan dan berjauhan dengan keluarga tersayang bakal menggamit kerinduan yang amat mendalam.

Hajar dan Ismail dibawa berpindah dari bumi Palestin menuju ke satu kawasan yang belum didiami oleh manusia di kawasan Hijaz.

Nabi Ibrahim melakukannya dengan sebab taatkan perintah ALLAH, bukan menurut kehendak isterinya Sarah seperti yang disebut dalam kisah Israiliyat.

Nabi Ibrahim tinggalkan isterinya Hajar dan anakandanya Ismail dengan titipan doa. ALLAH merakamkannya dalam al-Quran:

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahmu yang diharamkan mencerobohinya.

Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatu pun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada ALLAH”. (Surah Ibrahim: ayat 35-37)

Kemudian, semasa Nabi Ibrahim datang menziarahi isteri dan anaknya, ALLAH memerintahkan agar dibina Baitullah. Lalu Nabi Ibrahim berkata kepada Ismail: “Wahai Ismail! Sesungguhnya ALLAH telah memerintahkan aku supaya membina Baitullah”.

Ismail menjawab: “Taatlah perintah ALLAH itu”. Bapanya berkata lagi: “ALLAH juga memerintahkan agar engkau membantuku dalam pembinaan ini”. Ismail bertanya: “Di manakah tempatnya?”.

Nabi Ibrahim menunjukkan tempat yang telah ditunjukkan kepadanya oleh malaikat yang mengiringinya. Mereka pun mula menggali tapak asas binaan serta berdoa: “Wahai Tuhan kami! Terimalah (amalan) daripada kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Riwayat al-Bukhari, no 3364)

Baitullah al-Haram inilah tempat ibadah pertama yang dibina agar manusia dapat menyempurnakan ibadat mereka kepada ALLAH. Baitullah inilah yang dinamakan sebagai Kaabah seperti yang disebut di dalam al-Quran.

Perintah daripada ALLAH

Mari kita fikir sejenak. Nabi Ibrahim dan Ismail bukan membina Kaabah di atas kehendak mereka sendiri. Tetapi ia adalah perintah daripada ALLAH. Mereka hanya melaksanakan apa yang ALLAH kehendaki. Namun, dalam pada itu, mereka tidak putus-putus berdoa agar amalan mereka itu diterima.

Doa-doa Nabi Ibrahim dan Ismail dicatatkan dalam al-Quran:

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada Kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah Kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan Jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

“Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Surah al-Baqarah: ayat 127-129)

ALLAH memakbulkan doa mereka berdua. Telah lahir daripada zuriat keturunan Nabi Ismail, seorang rasul, Muhammad SAW yang menjadi penutup kepada sekalian rasul.

Seruan Haji

Selepas selesai pembinaan Kaabah, Nabi Ibrahim membuat satu seruan yang kesannya dapat dilihat hingga ke hari ini. Itulah seruan haji ke Baitullah. ALLAH berfirman:

“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): “Janganlah Engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahku (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh”. (Surah al-Hajj: ayat 26-27)

Kaabah inilah kiblat yang menjadi penunjuk arah umat Islam seluruh dunia mengarahkan wajah mereka untuk sujud kepada ALLAH. Umat Islam bukan menyembah batu-bata yang menjadi bahan binaan Kaabah. Adakah masuk akal jika dikatakan umat Islam pun menyembah “berhala” di Makkah sedangkan perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah ialah membersihkan semua unsur syirik terlebih dahulu daripada kalangan umat Islam.

Jadi, Kaabah adalah lambang kepada penyatuan umat Islam seluruh dunia. Dari ceruk pelosok rantau mana pun, jika di situ adanya insan bergelar Muslim, dia pasti akan solat dan bersujud kepada ALLAH di satu arah yang sama dengan umat Islam lain.

Oleh sebab itu, mempunyai pegangan tauhid yang jelas adalah prasyarat utama menunaikan apa jua ibadah. Ia akan memastikan kita mempunyai kepercayaan yang betul ketika melaksanakan sesuatu ibadah. Asas penting dalam ibadah ialah kita laksanakan hanya kerana menurut perintah ALLAH dan sunnah Rasulullah sekali pun akal manusia tidak dapat memikirkan apakah di sebaliknya.

Daftar cerai online

IKATAN pernikahan dijalinkan dengan impian untuk hidup bahagia seumur hidup. Daripada perkahwinan maka akan lahirlah zuriat yang diharap membesar menjadi manusia yang besar imannya terhadap Yang Maha Pencipta.

Pun begitu, bukan semua ikatan pernikahan itu akan kekal selamanya. Takdir ALLAH penentu segalanya. Ada ikatan perkahwinan yang terlerai kerana tiada lagi persefahaman antara kedua-dua suami isteri. Ekoran tiada lagi persefahaman, maka perpisahan menjadi jalan penyelesaian yang terbaik.

CARI PELERAIAN

Walaupun wujud perasaan ingin bercerai apabila timbul perselisihan faham, namun suami isteri perlu juga memikirkan implikasinya. Perceraian bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Ia jalan terakhir yang boleh diambil apabila segala usaha untuk memperbaiki keadaan rumah tangga itu menemui jalan buntu.

Proses perceraian bukanlah mudah kerana ia menuntut masa yang perlu diluangkan dan kos. Dalam keadaan sekarang, setiap individu mempunyai komitmen sendiri yang pastinya mengekang untuk menyegerakan urusan perceraian.

Ada antara kita yang bekerja dan pekerjaan itu pula menuntut komitmen yang sungguh ketat sehingga ada proses perceraian yang tertangguh bertahun-tahun lamanya. Urusan perceraian yang tertangguh boleh menyebabkan pelbagai masalah lain berlaku sehingga menyukarkan kehidupan seseorang.

Rehal mendapatkan pandangan daripada Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor, bagi mengulas mengenai inisiatif pihak jabatan tersebut dalam memudahkan pasangan suami isteri yang mahu mendaftarkan perceraian.

Menurut Ab Rahman, Perak menjadi negeri pertama di Malaysia yang memperkenalkan Sistem Pendaftaran Perceraian atas Persetujuan Bersama dan Pengesahan Lafaz Cerai melalui online. Sistem ini dikenali sebagai MySolve.

MySolve merupakan sistem atas talian yang dibangunkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Perak dengan kerjasama Kperak Implementation & Coordination Corporation. URL boleh diakses menerusi laman sesawang mysolve.perak.gov.my.

Sistem pendaftaran perceraian sedia ada dilakukan secara manual. Hal ini mempunyai kelemahan yang telah dikenal pasti. Justeru, pembangunan sistem online adalah dengan objektif meminimumkan kelemahan.

Menurut Ab Rahman, apa yang berlaku sebelum ini, orang awam yang ingin berurusan perlu hadir berulang kali ke mahkamah syariah semata-mata untuk menguruskan pendaftaran kes.

"Melalui sistem ini orang awam boleh akses dari rumah atau mana-mana tempat termasuk di luar negara. Bagi yang bekerja tidak perlu meninggalkan pejabat atau mengambil cuti untuk menguruskan pendaftaran kes. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kesesakan di kaunter mahkamah," katanya.

MY SOLVE MUDAHKAN PENDAFTARAN

Sejak dibangunkan pada penghujung 2015 dan boleh digunakan mulai Januari 2016, MySolve telah menerima lebih 200 permohonan untuk mendaftarkan perceraian mereka. Ini menunjukkan bahawa orang ramai sedar akan kewujudan sistem online ini dan dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Menurut Ab Rahman, Inisiatif Jabatan Kehakiman Syariah Perak untuk membantu pasangan mendaftarkan perceraian mereka dilihat begitu positif. MySolve amat membantu pasangan dalam urusan kes tersebut kerana mereka tidak perlu hadir ke mahkamah berulang kali.

“Mereka hanya perlu hadir pada tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah untuk sesi pendengaran di hadapan hakim dan keputusan akan diperoleh pada hari yang sama. Namun jika pihak tersebut tidak hadir pada tarikh yang ditetapkan, maka permohonan tersebut dianggap terbatal dan pemohon perlu membuat permohonan baharu,” terangnya.

Malah keberkesanan sistem ini juga dapat dilihat melalui tempoh penyelesaian diambil, Menurut Ab Rahman, tempoh tersebut adalah antara satu hingga dua jam sahaja. Tempoh ini termasuklah mulai dari masa proses pendaftaran sehingga memperoleh salinan perintah.

INOVASI

Jika sebelum ini mungkin ada tanggapan mahkamah syariah bagaikan satu organisasi yang ketinggalan dalam sistem online. Kewujudan MySolve menunjukkan bahawa mahkamah syariah ini telah semakin maju dalam urusan atas talian, sekali gus mampu mengubah tanggapan sebegini.

Ab Rahman berkata, MySolve merupakan satu inovasi dalam perkhidmatan penyampaian kepada masyarakat. Mahkamah syariah sentiasa berusaha untuk memperbaiki atau membuat perubahan supaya sentiasa melakukan nilai tambah dalam perkhidmatan selari dengan perkembangan teknologi masa kini.

Selepas mengisi borang MySolve, tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan untuk meneruskan proses perceraian ialah pihak mahkamah akan memberi maklum balas dalam tempoh tiga hari bekerja dan  menetapkan tarikh kehadiran pihak-pihak untuk disoal siasat atau proses sebutan di hadapan hakim.

Menurutnya, pasangan tersebut perlu hadir pada tarikh yang ditetapkan dengan membawa dokumen lengkap, termasuk borang-borang yang boleh dimuat turun dalam sistem.

Melihat kepada keberkesanan sistem pendaftaran perceraian secara online ini, Jabatan Kehakiman Syariah Perak mengalu-alukan jika ada negeri-negeri lain yang mahu mengikut jejak langkah Perak dalam penggunaan sistem MySolve ini.

SALAH TANGGAPAN

Walau telah ditegaskan bahawa MySolve dibangunkan dengan tujuan memudahkan pasangan untuk mendaftarkan perceraian, namun masih wujud salah tanggapan. MySolve dianggap seumpama memudahkan dan mendorong suami isteri untuk bercerai.

Menurut Ab Rahman, aplikasi Mysolve merupakan  inovasi dalam perkhidmatan penyampaian iaitu memudahkan orang awam membuat pendaftaran kes. Pihak-pihak tersebut tidak perlu hadir ke mahkamah semata-mata untuk mendapatkan borang atau khidmat nasihat.

“Setiap pasangan suami isteri yang menghadapi masalah rumah tangga, mereka terlebih dahulu dikehendaki mengikuti khidmat kaunseling atau runding cara keluarga. Ini merupakan proses yang mesti diikuti dan tidak terkecuali. Khidmat runding cara ini akan berlangsung beberapa sesi, bagi memastikan pasangan ini boleh membuat keputusan terbaik.

"Bagi pasangan yang sudah tidak boleh diselamatkan lagi rumah tangganya, maka mereka akan dirujuk kepada mahkamah syariah. Pada peringkat ini, bagi pasangan yang telah mengambil keputusan untuk bercerai secara persetujuan boleh membuat pendaftaran melalui Mysolve,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, bagi suami yang telah melafazkan cerai di luar mahkamah, mereka perlu melaporkan kepada Jabatan Agama dan membuat pengesahan di mahkamah syariah. Pasangan ini boleh membuat pendaftaran online melalui Mysolve supaya perceraian mereka dapat disahkan sabit jatuh talak atau sebaliknya.

"Pasangan yang telah mendaftar kesnya secara online, mereka akan dipanggil ke mahkamah syariah untuk disoal siasat di hadapan hakim dan keputusan akan diperoleh pada hari yang sama,” katanya.

PUNCA KES PERCERAIAN

Ditanya mengenai punca perceraian dalam kalangan suami isteri, Ab Rahman berkata, antaranya adalah tiada persefahaman terutama dalam kalangan pasangan muda. Mereka berkahwin atas dasar cinta semata-mata tanpa membuat persediaan dan dalami ilmu asas berumah tangga. Mereka kurang memahami matlamat perkahwinan, peranan dan tanggungjawab sebagai suami isteri.

"Selain itu, antara punca perceraian juga ialah pihak suami gagal memperuntukkan nafkah diri dan perbelanjaan rumah tangga. Apabila pihak isteri meminta nafkah, ia menjadi punca pergaduhan sehingga mendatangkan kecederaan. Tidak kurang juga perceraian berpunca daripada tabiat buruk yang tidak boleh ditinggalkan seperti penagihan dadah, ais, heroin atau bahan-bahan yang mengkhayalkan yang menyebabkan malas bekerja untuk mendapatkan pendapatan tetap," katanya.

Melihat kepada statistik perceraian yang meningkat dari setahun ke setahun, maka usaha-usaha untuk mengekang hal ini daripada berlaku turut diadakan. Hal ini berpadanan dengan objektif untuk melahirkan keluarga yang harmoni, sekali gus mewujudkan suasana kekeluargaan yang bahagia.

Beliau berkata, usaha untuk mengatasi peningkatan penceraian perlu melibatkan banyak pihak dalam institusi kekeluargaan. Mahkamah syariah hanya memutuskan pertikaian yang timbul dalam rumah tangga. Usaha perlu ditangani sebelum permasalahan rumah tangga dibawa ke mahkamah. Paling utama adalah menanamkan kesedaran kepada setiap pasangan pentingnya ilmu berumah tangga. Ini bermula daripada suasana kehidupan keluarga itu sendiri dan masyarakat setempat.

"Silibus kursus pra perkahwinan perlu dikaji supaya lebih sesuai dengan kehendak semasa. Dicadangkan juga diadakan kursus pasca perkahwinan sebagai usaha untuk menanamkan kesedaran dan kefahaman lebih jitu kepada pasangan. Selain itu, Unit Kaunseling di Jabatan Agama Islam perlu dipertingkatkan fungsi dan peranannya,” ujarnya menutup bicara. Siti Meriam Elias Sinar Harian Rehal 16 September 2016

Ummatan wasata mengisi kemerdekaan

31 Ogos 1957 tarikh bersejarah Persekutuan Tanah Melayu, tamatnya 446 tahun penjajahan kuasa asing. Bermulanya sebuah negara berdaulat Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam konteks mencapai kemerdekaan, Raja-Raja dan pemimpin Melayu mengambil pendekatan sederhana:

1. Penentangan Malayan Union dilakukan secara aman dan berperlembagaan walaupun Parti Komunis Malaya dan sekutu mereka mengadakan mogok dan penentangan secara kekerasan.

2. Menuntut kemerdekaan dilakukan melalui proses rundingan, mesyuarat dan perbincangan meja bulat, tidak menggunakan kekerasan seperti Parti Komunis Malaya mengangkat senjata menentang British dalam peristiwa darurat 1948.

3. Proses menuntut kemerdekaan dilakukan dengan pendekatan politik sederhana iaitu kerjasama dan kongsi kuasa politik dalam kalangan warganegaranya melalui Parti Perikatan dan gabungan rakyat pelbagai kaum.

4. Penubuhan Malaysia 1963 dilakukan dengan penuh kesederhanaan iaitu referendum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bukan melalui kekerasan, sekali gus menolak Revolusi Brunei 1962 yang mendapat sokongan negara jiran.

5. Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan tanpa mengetepikan peranan agama-agama lain.

6. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa melupakan peranan bahasa-bahasa lain.

7. Kedudukan istimewa kaum Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak tanpa menafikan kepentingan sah kaum-kaum lain.

8. Pembangunan ekonomi secara sederhana untuk menyusun semula masyarakat melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1970-1990). Orang Melayu-Islam yang ketinggalan dalam bidang ekonomi pada ketika itu dibela tanpa mendiskriminasikan kaum lain.

9. Perkongsian kuasa antara kaum membentuk perpaduan. Walaupun berbeza etnik dan ideologi, namun visi untuk memajukan negara disamakan. Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, pengagihan kuasa politik mewakili kaum yang ada bagi mengelakkan timbulnya perasaan ketidakpuasan hati. Setiap kaum diberi ruang untuk menubuhkan parti politik masing-masing.

10. Melaksanakan integrasi pendidikan antara ilmu naqli dengan ilmu ‘aqli dan ilmu fardu ain dengan ilmu fardu kifayah di mana para pelajar mempelajari ilmu-ilmu sains, sastera dan sebagainya, mereka juga diajar ilmu pendidikan Islam selain kelas-kelas ilmu fardu ain di luar waktu persekolahan.

11. Sistem pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil turut dilaksanakan bersama sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.

12. Rukun Negara merupakan satu keseimbangan dan kesederhanaan hidup bernegara dalam menyemai perpaduan dalam kalangan rakyat.

Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan pendekatan wasatiyyah yang menekankan ajaran Islam secara sederhana, berimbang dan syumul dalam semua kegiatan hidup dengan memberi penekanan kepada meningkatkan kualiti hidup ummah dari segi ilmu pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi dan kewangan serta perpaduan. Malaysia tidak terpengaruh memilih kecenderungan yang melampau dan ekstrem sesetengah negara yang tidak mengiktiraf kerakyatan kaum-kaum lain, selain penduduk tempatan.

Malaysia mengambil pendekatan sederhana mengintegrasi mereka sebagai masyarakat Malaysia. Kerajaan memilih untuk dipandu falsafah integrasi berbanding asimilasi. Integrasi bermakna kepelbagaian dihormati, dikekalkan seterusnya diraikan. Ia selaras dengan nilai wasatiyyah, tidak ada paksaan dalam beragama. Kepelbagaian asas untuk kenal-mengenal dan kerahmatan. Berbeza dengan kaedah integrasi, kaedah asimilasi menghapuskan perbezaan bagi mencipta identiti yang sama. Inilah realiti ummatan wasata sebagaimana ALLAH SWT firmankan dalam Surah al-Baqarah ayat 143.

Kemerdekaan anugerah ALLAH SWT. Kemerdekaan menjadikan kita sebagai umat beragama dan mengisi kemerdekaan ini dengan ketaatan yang mendekatkan diri kepada ALLAH SWT serta menyeimbangkan kehidupan antara dunia dan akhirat. Sirah merakamkan Nabi Musa AS menyeru kaumnya menghargai nikmat kemerdekaan yang dianugerahi oleh ALLAH SWT dengan memperbaiki diri dan menggunakan kebebasan serta keamanan secara bijak untuk menghindari diri dan masyarakat daripada penjajahan rohani, akhlak dan mental sebagaimana terakam dalam firman ALLAH SWT bermaksud:

"Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Kenanglah nikmat ALLAH kepadamu ketika Ia menjadikan dalam kalangan kamu Nabi-Nabi dan Dia menjadikan kamu merdeka, dan Dia memberikan kepadamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat-umat lain. - Surah al-Maidah : 20

Sirah merakamkan para sahabat sebagai generasi ideal yang amat mensyukuri dan mempertahankan nikmat kemerdekaan Islam. Para sahabat RA mati syahid mempertahankan kehormatan Islam seperti:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Ja’far, ia berkata: Rasulullah mengutus pasukan (dalam perang Mu’tah) dan melantik Zaid bin Harithah sebagai panglima. Nabi bersabda: Jika Zaid terbunuh atau mati syahid, maka pimpinan kalian adalah Ja’far. Jika

Ja’far terbunuh atau mati syahid, maka pemimpin kalian adalah Abdullah bin Rawahah. Lalu umat Islam berjumpa dengan musuh, Zaid mengambil bendera, ia berperang dan terbunuh, kemudian Ja’far mengambil bendera, ia berperang dan terbunuh, lalu

Abdullah bin Rawahah mengambil bendera, ia berperang dan terbunuh, kemudian Khalid bin Walid mengambilnya dan ALLAH memberi kemenangan. Berita ini sampai kepada Nabi SAW, lalu Baginda menemui para sahabat dan bersabda:

"Sesungguhnya kalian akan berjumpa dengan musuh, Zaid mengambil bendera, ia berperang dan terbunuh, kemudian Ja’far mengambil bendera, ia berperang dan terbunuh, lalu Abdullah bin Rawahah mengambil bendera, ia berperang dan terbunuh, kemudian salah satu pedang ALLAH, Khalid bin Walid mengambilnya dan ALLAH beri kemenangan. (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Bukhari).

Wasatiyyah merupakan pendekatan terbaik mengisi kemerdekaan, walaupun perbezaan boleh menjadi punca perpecahan. Pendekatan wasatiyyah mampu menyatukan tanpa merosakkan perbezaan yang wujud. Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya, impian untuk mewujudkan persefahaman dan hubungan yang harmoni boleh dicapai tanpa menghapuskan identiti sesuatu bangsa.  Islam agama yang menitik beratkan urusan pemerintahan dan pembentukan negara yang merdeka serta menyejahterakan kehidupan rakyat secara holistik dan menyeluruh. Situasi ini bertepatan dengan kerangka kemerdekaan yang menjurus ke arah mewujudkan negara yang berdaulat dan makmur dalam limpahan rahmat dan keredaan ALLAH SWT selaras dengan piawaian “baldatun taiyibatun wa rabbun ghafur”, ALLAH SWT berfirman mafhumnya: “…Negeri mu” adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun. (Surah Saba :15).

Kini Malaysia muncul sebagai sebuah negara Islam demokratik dan perindustrian moden. Kesederhanaan yang diamalkan bukanlah kesederhanaan menurut tafsiran pihak luar atau barat, sebaliknya merupakan pendekatan yang dilaksanakan berdasarkan sunnah Rasulullah SAW.

Kebaikan yang diperoleh membawa kebaikan kepada semua masyarakat dan kaum. Negara Islam yang merdeka bukan sahaja dinikmati oleh umat Islam, tetapi juga melimpahi rahmatnya kepada penganut agama lain. Inilah ummatan wasata. Selamat Hari Kebangsaan 2016. Malaysia #SehatiSejiwa.