September 23rd, 2016

Khutbah Jumaat : “Meniti Rumahtangga Bahagia ”

Petikan Khutbah Jumaat 23 Septermber 2016: JAIS

“Meniti Rumahtangga Bahagia ”

Kehidupan berumahtangga bukanlah semata-mata mencari keseronokan berpasangan, sebaliknya ia merupakan suatu amanah jais.jpgdaripada Allah SWT yang seharusnya dipikul secara bersama oleh suami dan juga isteri.

Firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 32 yang bermaksud; “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

Dalam memenuhi tuntutan dan amanah perkahwinan itu, tidak kurang pasangan suami isteri yang tewas di pertengahan jalan.

Hal ini terbukti melalui kajian demi kajian yang menunjukkan berlakunya kes-kes perceraian hampir setiap hari terutamanya di kalangan pasangan-pasangan muslim. Di negeri Selangor sahaja, jumlah perceraian yang telah direkodkan sepanjang tahun 2013 adalah sebanyak 6028 kes, tahun 2014 pula berjumlah 6912 kes, tahun 2015 berjumlah 7698 kes dengan peningkatan yang mendadak dengan kes harian berjumlah 21 kes.

Ibnu Umar RAnhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah adalah perceraian.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Sekalipun perceraian merupakan perkara yang dihalalkan, namun ia memberikan kesan kerosakan yang sangat besar, seperti putusnya hubungan kekeluargaan, anak-anak akan hidup terbiar, membuka ruang perlakuan zina, keruntuhan moral, meningkatkan jumlah kemiskinan dan memburukkan imej umat Islam dan agamanya.

Apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya perceraian ?

Antaranya adalah :

Pertama: Tidak menghayati tujuan dan matlamat perkahwinan dalam Islam. Islam mensyariatkan perkahwinan kerana mempunyai matlamat yang lebih besar daripada sekadar menunaikan tuntutan nafsu.

Namun, bagi mereka yang tidak memahami tujuan sebenar perkahwinan akan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan perselisihan dengan perceraian.

Kedua: Gagal mengurus perbezaan pendapat dan fahaman antara suami dan isteri. Antara alasan utama yang menyebabkan perceraian di kalangan suami isteri adalah kerana gagal mengurus perbezaan pendapat dan fahaman.

Justeru, suami isteri hendaklah bijak menguruskan perbezaan pendapat dan fahaman bagi menuju kebahagiaan dan kesejahteraan rumahtangga.

Kegagalan suami isteri memahami tugas dan tanggungjawab pasangan masing-masing akan menyebabkan berlakunya perselisihan yang akhirnya akan membawa kepada perceraian.

Ketiga: Campur tangan orang lain dalam rumahtangga. Tidak dinafikan juga, banyak kes perceraian berlaku adalah disebabkan suami ataupun isteri bermain kayu tiga atau skandal dengan orang lain.

Kehadiran orang ketiga ini lazimnya menyebabkan berlaku porak peranda dalam kehidupan suami isteri, di mana sekiranya tidak diselesaikan dengan sebaiknya, maka ia juga akan mengakibatkan perceraian.

Selain daripada itu, tidak dinafikan terdapat pula di kalangan sesetengah ibubapa atau mentua yang terlalu mencampuri urusan kehidupan anak dan menantu, sehingga memburukkan lagi perselisihan antara mereka.

Keempat: Tiada kematangan dalam mendirikan rumahtangga. Banyak berlaku perceraian dikalangan pasangan-pasangan muda yang mendirikan rumahtangga kerana tiada kematangan berfikir dalam mengurus rumahtangga lalu bertindak terburu-buru dengan menceraikan pasangan.

Allah SWT telah berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 21;“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteriisteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.

Justeru umat Islam hendaklah menghayati hikmah disebalik perkahwinan dalam Islam dengan adanya ketenangan, kebahagiaan, kemesraan, pemeliharaan iman dan menjadikan perkahwinan itu sebagai suatu ibadah yang dituntut dalam Islam.

Sesungguhnya antara perkara yang penting juga untuk mengekalkan sesebuah perkahwinan adalah saling berusaha untuk memahami antara satu sama lain; memahami hati budi pasangan, memahami kelebihan dan kekurangan, bahkan juga memahami tugas dan kerjaya pasangan masingmasing. Apa yang paling penting bagi kita adalah sikap bertolak ansur antara satu sama lain dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab seharian. Dengan cara sebegini, kebahagiaan dan keharmonian dalam rumahtangga akan terus dapat dikekalkan, insyaAllah.

Rasulullah SAW sendiri sebagai qudwah hasanah bagi kita telah pun menunjukkan bagaimana caranya kita perlu bertolak ansur dalam kehidupan berumahtangga. Sekalipun baginda sibuk dengan tugas memimpin negara dan menyampaikan risalah Islam, namun baginda tetap mempunyai masa membantu kerja-kerja di rumah.

Baginda memerah sendiri susu kambing, baginda menjahit sendiri bajunya dan baginda melakukan kerja-kerja rumah tanpa meminta bantuan isteri-isterinya.

Saidatina Aisyah RAnha meriwayatkan bahawa beliau pernah ditanya oleh seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada dalam rumahnya? Maka beliau menjawab yang bermaksud: “Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja-kerja rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk menunaikan solat”. (Riwayat al-Bukhari ).

Setiap pasangan suami isteri yang beriman sewajibnya memperbanyakkan amal ibadah dan mendekatkan diri serta sentiasa berdoa untuk mendapatkan kebahagiaan rumahtangga. Ini kerana setiap kebahagiaan itu datang daripada Allah SWT, maka sudah semestinya Allah juga yang berhak menarik balik kebahagiaan tersebut. Justeru, umat Islam amat dianjurkan supaya mengamalkan doa-doa yang ma’thur untuk menjamin kebahagiaan hidup berumahtangga di dunia dan juga di akhirat.

Sepertimana doa yang dianjurkan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Furqan ayat 74;“...“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa”.

Secara kesimpulannya, kebahagiaan di dalam sesebuah rumahtangga banyak bergantung kepada kesungguhan suami isteri dalam melaksanakan perkara-perkara berikut;

1. Umat Islam hendaklah memahami dan meyakini bahawa perkahwinan merupakan ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT yang juga merupakan salah satu daripada maqasid syariah.

2. Pasangan umat Islam hendaklah berusaha mencapai tujuan dan matlamat utama perkahwinan sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam.

3. Pasangan umat Islam hendaklah berusaha untuk saling faham memahami dan bertolak ansur terhadap pasangan masing-masing.

4. Pasangan umat Islam hendaklah sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT agar rumahtangga yang sudah dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

5. Setiap pasangan muslim hendaklah berusaha melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab hidup berumahtangga dan memiliki sifat kesabaran yang tinggi.

6. Umat Islam hendaklha banyakkan bersabar dalam menghadapi sebarang perselisihan yang timbul, dan hindarkanlah keluarga kita daripada bercerai berai, kerana sesungguhnya syaitan akan bergembira apabila melihat ramainya umat Islam yang bercerai berai.

“Wahai sekalian manusia! bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu”. (an-Nisa’; 1).

Friday Sermon Text The Beauty Of Tolerance

Friday Sermon Text  23 September 2016AD / 21 Zulhijjah 1437H JAWI

The Beauty Of Tolerance

It is sad to see that disputes which lead to the fragmentation of Muslims have not receded. In fact, it is like a cancer that has spread jawi_logo.jpgto all parts of the body. This bitter reality has to be swallowed while the cure is never sought. Insults and humiliation are levelled daily towards groups of Muslims who do not share the same thinking and thoughts.

Even worse when some Muslims tend to accuse one another of being infidels. Eventually, there would be extremists who would do whatever it takes to justify the destruction of any school of thought which runs contrary to the beliefs of their group. This crisis has already happened in some Muslim countries. Upon reflection, the diversity of thoughts among servants of Allah SWT is bound to happen. Hence, it requires us to be tolerant and have open minds.

This is stated in Surah Hud, verses 118 to 119: ٱ Which means: “If your Lord had so willed, He could have made mankind one people: but they will not cease to dispute. Except those on whom your Lord has bestowed His Mercy: and for this did He create them: and the Word of your Lord shall be fulfilled: "I will fill Hell with jinns and men all together."

Through observation, most of these differences in opinions and school of thoughts among the society in Malaysia is not too vast. It is not to the extent of their creed departing from the Islamic faith altogether. Examples of these differences include, differences in opinions with regards to acceptable practices, acceptance of weak hadith, determination of jurisprudential issues, differences in Sunnah and acceptable new practices (bida’ah hasanah), clarification of ambiguous verses, acceptance of the Sufi Order and the various methods of politics and of Islamic propagation. All of these are currently much debated today. It is acceptable to debate and argue with each other. But, there are several things that should be given attention to: First: Debate and discourse using the most appropriate words.

As reminded by Allah SWT through Surah An-Nahl, verse 125:Which means: “Invite to the way of your Lord with wisdom and good instruction, and argue with them in a way that is best. Indeed, your Lord is most knowing of who has strayed from His way, and He is most knowing of who is [rightly] guided.”

Second: Do not place negative labels on those who disagree with us. Such labels will lead to public misconception towards a group or school of thought. Remember, such actions will not unite us, but would in fact cause the groups of people to hold on even stronger to their opinions. Anyone who unfairly labels another will be seen as one who has lost his integrity and character, which in turn will make the community even more confused. Thus, rather than solving the problem, the society will be burdened with more problems.

Third: We must be flexible in terms of affiliations or method, as long as it does not affect the principles of Islamic law or detaches us from the completeness of Islam. In the event of a clear breach of those principles, only then can we rule out tolerance. Emulate the tolerant and forgiving attitude of Imam As-Syafi'i, when he led the morning prayers in an area where the community were followers of Imam Hanafi. He did not read the ‘Qunut’ prayer. After the prayers, the congregation asked Imam Ash-Syafi'i why he did not perform the ‘Qunut’ in line with his teachings and school of thought. Imam Ash-Syafi'i replied that he did not perform the ‘Qunut’ prayer out of respect for Imam Hanafi and his followers. He was an imam, who was accepted as an original authority of Islamic law (Mujtahid), whose opinions are followed by millions of people, but was able to forgive and be tolerant, so why can’t we?

Fourth: Do not be quick to judge when receiving information. A trait among those who are tolerant is to scrutinize the validity of the information received. Do not just spread information indiscriminately. Remember the words of Rasulullah SAW, sourced from Hafs bin 'Asim RA and recorded by Imam Muslim: يحَ د َث ب ك ل مَا سَم َع ًا َأ ْن كَفَىُ كَ ذب ب اَُْْرْء Which means: “It is enough for a man to be called a liar when he speaks of everything that he hears.

Apart from the above, do not generalise when judging. For example, if a small number of people within a group commits a wrong, we cannot then assume all members of that group to be responsible, for it will cause us to be unfair to others within the group who are innocent. Therefore, we need to be more sensitive and meticulous, in order to fulfil the criteria of someone who is forgiving and tolerant. Those who fail to possess a tolerant and forgiving mind will react quickly and will often misjudge. As a result, they will make an unfair decision, and it will have a negative impact on themselves, in particular, and on the society, in general.

As part of the community, what should be our stand when dealing with contentious situations due to the differences of views within the community?

Consider the following: First: Make sure whether the disputed matter is in the main principles or in the specifics, such as jurisprudence, which still has room for debate and discussion. There are things already determined, which we cannot be tolerant of, while issues of specifics require us to be more forgiving and tolerant as much as possible, as long as it is within the boundaries of Islamic law.

Second: Be thoughtful and intelligent when assessing priorities. To debate on specifics or to preserve the Muslim brotherhood? Many of us choose to ignore integrity among fellow Muslims and are willing to sever the bonds that unite the people. Why can’t we treat them as human beings who deserve to live in harmony and fairness?

Third: We should not be involved in any debate that is not our area of expertise. We should also not stand firm against something that we have no knowledge of. It is better to remain silent and allow others, with the knowledge and expertise, to debate.

Be tolerant and open our minds... By being tolerant, it will make us calmer, gain respect among friends and foes, simplify the mission of propagation, as well as enable us to live harmoniously within the community.

To end today’s sermon, the mimbar would like to conclude some important points for us to ponder and reflect:

First: Having different opinions is not a big issue, but the arrogance and extremism shown by some Muslims have made it complicated to unravel.

Second: Differences of opinions not handled well would effectively undermine and destroy the Muslim brotherhood. What is the point of winning the argument, but losing the brotherhood?

Third: High level of tolerance is an attitude greatly demanded, in addition to wisdom when presenting arguments and advice.

As stated by Allah SWT in Surah al-Isra’, verse 36: Which means: “And do not pursue that of which you have no knowledge. Indeed, the hearing, the sight and the heart - about all those [one] will be questioned.”

Khutbah Jumaat “Wanita muslim, selembut sutera seteguh besi"

Petikan Khutbah Jumaat  (23 September 2016 / 21 Zulhijjah 1437) JAKIM

“Wanita muslim, selembut sutera seteguh besi"

Dalam negara yang semakin maju, peranan wanita Islam dalam pembangunan sesebuah negara dilihat menjadi amat penting. Apatahlagi, perubahan lanskap jakim.jpgkehidupan yang meliputi ekonomi, budaya, sosial dan pendidikan yang berkembang, menjadikan peluang tersebut terbuka lebih luas untuk mereka memberikan sumbangan kepada pembangunan tersebut. Walaupun ada sebahagian besarnya terlibat dalam bidang profesional dan ikhtisas, namun masih ramai yang belum mengetahui hakikat sebenar pencapaian yang mampu diberikan oleh mereka.

Sekilas meninjau sejarah kedudukan wanita Islam yang memiliki hati selembut sutera ini, semakin hari kita dapati semakin baik berbanding dahulu. Islam telah mengubah status dan kedudukan mereka dengan mengangkat tinggi martabat wanita menerusi pelbagai peranan penting sesuai dengan fitrah dan kudrat diri mereka. Dengan peranan ini, mereka telah memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada suami, keluarga, masyarakat, pemimpin dan negara.

Lantaran itu, Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa prinsip asas dalam aspek kemanusiaan dan keadilan untuk memperjuangkan hak dan kedudukan golongan wanita yang dianggap hina oleh masyarakat jahiliyah di tempat yang selayaknya.

Hal ini telah dirakamkan oleh Allah SWT menerusi Surah an-Nahl ayat 58-59,

Maksudnya: “Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.  Ia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan, sambil ia berfikir), apakah ia akan memelihara anak dalam keadaan yang hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.”

Imam Ibnu Khathir ketika mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT merakamkan sikap keji dan buruk golongan jahiliyah terhadap kaum wanita. Kelahiran anak-anak perempuan disambut dengan kekecewaan, kesedihan, kemarahan dan dianggap sebagai satu keaiban bagi mereka. Mereka dalam kebingungan dan menyangka anak-anak perempuan mendatangkan kefakiran kepada keluarga. Bahkan, mereka sanggup menguburkan mereka dengan pelbagai cara. Amatlah buruk dan terkutuknya perbuatan ini, seolah-olah wanita tidak mempunyai apa-apa nilai bagi mereka.

Sesungguhnya Islam telah membawa cahaya yang menerangi kegelapan hidup masyarakat dengan risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Cahaya ini telah memerangi segala bentuk kezaliman dan memastikan setiap hak manusia tanpa membataskan antara gender lelaki atau wanita terjamin.

Allah SWT telah menjelaskan layanan yang seharusnya diberikan kepada kaum wanita sebagaimana dinyatakan di dalam Surah an-Nisa’ ayat 19,

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi wanita-wanita dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”


Rasulullah SAW juga mengingatkan kita, agar menghargai dan memuliakan kaum wanita sebagaimana yang disampaikan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,

Mafhumnya: “Daripada Abi Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiap yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat, maka janganlah sakiti jirannya, Daku berpesan kepada kamu untuk berbuat baik kepada wanita kerana mereka dicipta daripada tulang rusuk lelaki yang bengkok. Jika diluruskan, akan patahlah ia, dan jika dibiarkan, akan terus bengkok. Daku berpesan kepada kamu untuk berbuat baik kepada wanita” (HR Bukhari dan Muslim)

Al-Quran telah memperincikan di beberapa tempat mengenai kelebihan manusia sama ada lelaki mahu pun wanita di sisi syarak. Sebaliknya, wanita bukanlah diciptakan untuk ‘diperhambakan’ seperti binatang. Mereka merupakan golongan yang mulia lantaran nilai pengorbanan yang sanggup dipikul oleh mereka yang tidak mampu ditanggung oleh lelaki. Fitrah mereka sanggup menanggung, menjaga dan menyusukan anak-anak selain berusaha menjaga perasaan dan hubungan sosial dengan suami dan masyarakat.

         Lebih mencabar lagi, mereka juga memiliki ciri-ciri cepat bertindak, perasaan belas kasihan yang tinggi dalam memenuhi keperluan dan kemaslahatan anak-anak yang amat sesuai untuk membentuk keluarga yang utuh dan harmoni. Inilah keadilan Allah SWT yang Maha Mengetahui peranan setiap makhluk ciptaan-Nya sebagai khalifah di dunia ini.

         Namun sejak kebelakangan ini, nasib para wanita muslimah semakin tertekan angkara perlakuan buruk sesetengah masyarakat terutamanya di negara-negara bergolak seperti di Palestin, Syria, Iraq, Afrika, Myanmar, dan sebagainya. Ada di kalangan mereka diusir, diseksa, disakiti, dizalimi, diperkosa dan dibunuh. Terlintaskah dibenak kita penyeksaan berat yang dialami langsung tidak mencerminkan gambaran identiti mereka yang sebenar. Sejarah banyak mencatatkan ketidakadilan yang dialami oleh para muslimah di dunia ini di tangan-tangan mereka yang tidak berperi kemanusiaan.

Sempena berlangsungnya Sidang Kemuncak Wanita Islam Antarabangsa 2016 pada 23 hingga 25 September 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), beberapa pemimpin wanita Islam seluruh dunia dari pelbagai latarbelakang dan golongan akan berkongsi pengalaman dan idea berkaitan kepimpinan dan pemerkasaan wanita, seterusnya mewujudkan sinergi dan jaringan rangkaian dengan badan bukan kerajaan (NGO) wanita di peringkat global.

Penganjuran ini dilihat sebagai satu pengiktirafan kepada Malaysia selaku negara yang sentiasa memperjuangkan usaha-usaha ke arah memperkasa dan memartabatkan wanita. Sidang kemuncak ini dilihat sangat relevan dengan keperluan untuk memperkasa kompetensi wanita khususnya wanita Islam di Malaysia sebagai contoh ikutan terulung selain menjadi pencetus kepada negara-negara Islam yang lain untuk terus memartabatkan wanita pada kedudukannya yang sebenar selari dengan kehendak syarak.

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:

Pertama:

Islam adalah agama yang memberi keadilan kepada hak dan kemuliaan setiap insan termasuk kaum wanita.

Kedua:

Panduan asas di dalam Islam tidak sedikit pun menghakis kedudukan dan kemuliaan kaum wanita, bahkan menyelamatkan dan memelihara kehormatan mereka.

Ketiga:

Islam mengiktiraf peranan dan sumbangan kaum wanita ke arah pembangunan hidup umat hari ini dan akan datang.

Maksudnya: “Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya kami akan membalasnya dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah an-Nahl: 97)

Perlis Paling Harmoni, mari kita berdialog

ADA yang cuba mempertikaikan pegangan Perlis dalam beragama. Di sini dijelaskan bahawa Perlis sejak tahun 30-an sebelum Merdeka, Perlis melalui gerakan pembaharuan Kaum Muda yang dipengaruhi oleh Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha telah memilih jalan menjadikan segala perbezaan pendapat dikembalikan kepada nas al-Quran dan as-Sunnah. Pegangan para sahabat dijadikan rujukan.

Di samping itu, penggunaan akal yang waras dan rasional yang kuat juga dijadikan panduan dalam beragama. Justeru, pada tahun 1948, Perlis merupakan antara yang terawal memasukkan Ahlus Sunnah wal Jamaah sebagai pegangan rasmi negeri.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Di samping, atas dasar pemikiran yang luas, Perlis tidak mengikat diri dengan hanya satu mazhab, bahkan menerima kesemua mazhab fekah yang berada dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah; Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafii, Mazhab Hanbali dan semua pandangan fekah lain yang ditarjih oleh Jawatan kuasa Fatwa rasmi Negeri Perlis. Ini menunjukkan Perlis paling menerima keluasan Mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Hendaklah diketahui bahawa fatwa rasmi Negeri Perlis tidak akan dikeluarkan melainkan setelah mendapat perkenan DYMM Raja Perlis. Pilihan Istana Perlis ialah pegangan yang tidak mengikat diri dengan mazhab fekah tertentu sebaliknya menerima kesarjanaan kesemua mazhab-mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Buat masa ini, hampir kesemua ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis memiliki PhD dalam bidang pengajian Islam pelbagai cabang. Ada yang bermazhab tertentu khususnya Mazhab Syafii dan ada yang cenderung kepada tarjih. Sebahagian besar mereka bukan orang asal Perlis. Inilah keterbukaan Perlis.

Atas dasar tarjih yang dipilih oleh Fatwa Perlis, maka amalan rasmi negeri Perlis kadangkala ada perbezaan dengan amalan dalam Mazhab Syafii, pun begitu amalan itu tidak lari daripada nas-nas yang dipegang oleh mazhab-mazhab lain dalam aliran Ahlus Sunnah wal Jamaah. Antaranya;

Fatwa Perlis membenarkan membayar zakat fitrah dengan wang (akhirnya diikuti oleh negeri-negeri lain). Ini pandangan asal dari Mazhab Hanafi.

Fatwa Perlis yang terawal membenarkan wanita menjadi hakim mahkamah. Ini setelah ditimbang dari pandangan pelbagai ulama. Dahulu fatwa ini dianggap satu dosa, hari ini sudah ada negeri lain yang mengikutinya.

Fatwa Perlis mewajibkan zakat tanaman selain makanan asasi iaitu zakat harumanis. Ini selaras dengan pandangan Mazhab Hanafi.

Fatwa Perlis bahawa seseorang yang baru menganut Islam hendaklah tidak mengubah nama bapanya. Ini seperti diamalkan di seluruh dunia sejak zaman Nabi SAW (kecuali Malaysia dan Brunei). Hal ini lebih adil untuk keluarganya kerana Islam itu adil untuk semua sekalipun kepada bukan Muslim.

Amalan rasmi Perlis tidak berqunut Subuh. Ini selaras dengan majoriti ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Mahkamah Syariah Perlis memegang pandangan talak tiga sekali gus jatuh satu talak seperti yang diterima pakai di kebanyakan negara Arab, khususnya negara-negara Teluk.

Amalan rasmi Perlis tidak menjaharkan basmalah semasa solat jahar. Ini perkara khilaf yang muktabar dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah dan Perlis memilih tarjih yang demikian.

Perlis menolak amalan tidak ada asas yang kukuh dari segi al-Quran dan as-Sunnah seperti perbomohan yang berunsur khurafat, kenduri arwah yang dibantah oleh semua mazhab termasuk Mazhab Syafii, amalan menjual bahan komersial atas nama agama dan lain-lain.

Pun begitu, tiada fatwa rasmi Perlis yang pernah membid’ahkan khilaf yang muktabar seperti qunut Subuh, basmalah jahar, solat Tarawih 8 ataupun 20. Jika ada  terdengar hal ini, adalah FITNAH semata.

Walaupun ada amalan rasmi negeri Perlis, pun begitu seseorang tidak diambil tindakan undang-undang hanya kerana khilaf yang muktabar. Seseorang awam tidak diambil tindakan kerana berqunut Subuh ataupun menjaharkan basmalah ketika solat di masjid.

Bahkan, masih banyak masjid yang imamnya berqunut dan menjaharkan basmalah, mereka tidak diambil tindakan undang-undang. Jika sesiapa menyatakan imam-imam di Perlis semua dipecat kerana tidak berqunut, mereka adalah PENDUSTA yang akan menjawab di hadapan ALLAH nanti.

Walaupun ada perbezaan pandangan dalam Perlis disebabkan pegangannya yang tidak fanatik kepada hanya satu mazhab, kita tidak pernah mendengar adanya perselisihan pendapat sehingga membawa kepada solat DUA imam, tidak makan sembelihan sesama Muslim, bercerai suami isteri kerana berbeza aliran pendapat dan seumpamanya seperti yang berlaku di negeri-negeri lain.

Pandangan agama dari Perlis juga sederhana. Saya masih ingat apabila bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib membaca fatwa Perlis tentang hak penjagaan anak, kata beliau kepada saya ‘jika semasa saya menggubal undang-undang dahulu ada fatwa yang seperti ini, mungkin kekecohan sekarang tidak sampai sebegini’.

Fatwa-fatwa seperti mengkafirkan sesama Muslim, mengkafir harbikan orang lain yang boleh membawa kepada menumpahkan darah sesama rakyat seperti baru-baru ini, tidak kedengaran dari Perlis, alhamdulillah.

Juga Perlis tidak akan membenarkan penceramah yang suka mengkafir dan memaki orang lain seperti menyebut: ‘mu lah kafir’, ‘hang nak masuk neraka ka’, ‘mufti anjing’ dan yang seumpamanya seperti semua maklum yang berbau pengganas dan ekstremis.

Buku-buku Muhammad bin Abd al-Wahhab yang dikatakan sebagai pengasas wahabi, tidak pernah dijadikan rujukan rasmi di Perlis. Pernah ada seminar tentang Muhammad Abd Wahhab anjuran bersama pihak yang lain di Perlis.

Pun begitu, kesimpulannya pandangan beliau tidak dijadikan rujukan di Perlis. Maka, tiada istilah Wahabi dalam fatwa Perlis. Pun begitu Perlis tidak menyesatkan aliran Muhammad bin Abd al-Wahhab bahkan menganggap beliau -seperti yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dan Dr Wahbah al-Zuhaili- mempunyai sumbangannya yang tersendiri.

Justeru, Perlis mempunyai hubungan baik dengan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Arab Saudi. Maka, Perlis menolak golongan ekstremis Syiah dan Tarekat yang menyatakan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabi SAW itu tidak sah kerana imam-imam kedua masjid tersebut wahabi.

Perlis menolak aliran ekstremis pelampau seperti itu. Perlis menyatakan, mereka itu dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Perlis sering menerima kedatangan imam-imam Masjidil Haram dan Masjid Nabi SAW dengan penuh ukhuwah.

Maka, al-Syeikh Abdul Rahman as-Sudaisi dan selainnya sering datang ke Perlis atas dasar ini. Maka, golongan fanatik yang cenderung kepada mengkafirkan sesama Muslim seperti murid Syiah Hasan Saqqaf menuduh Perlis pusat wahabi.

Jelas, Perlis menerima keluasan akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Walaupun ada pendapat yang ditarjihkan, namun Perlis atas dasar wasatiyyah menerima keluasan tanpa mengkafirkan ataupun menyesatkan sama ada aliran salafi, asyaari ataupun maturidi. Jika ada kritikan ilmiyyah dan bantahan pendapat terhadap pandangan aliran-aliran tersebut itu hanyalah dalam wacana ilmu tanpa pernah ada bukti fatwa Perlis mengkafirkan ataupun menyesatkan.

Ya, Syiah memang ditolak di Perlis kerana ia boleh membawa kepada pertumpahan darah, khurafat yang dahsyat dan fitnah sesama Muslim. Lihat sahaja ceramah anak murid Hasan Saqqaf yang perkataan ‘kafir, murtad, anjing dan segala perkataan jelik tidak lekang di mulutnya.

Tarekat juga tidak diamalkan di Perlis. Ini kerana, ramai golongan tarekat sering terbabit dengan sikap melampau, mengambil kesempatan, khurafat serta merendahkan akal yang waras. Golongan tarekat sering menuduh Perlis wahabi kerana hal ini.

Perlis menolak segala kelompok ekstremis asyairah, maturidiyyah, salafiyyah dan selain mereka. Ekstrimisme tiada tempat di Perlis. Perlis adalah bumi untuk moderate Muslim. Inilah wasatiyyah yang diamalkan di Perlis.

Sama ada hendak dilihat di sudut pro ataupun kontra, parti kerajaan sentiasa menang besar di Perlis. Di masa Kedah jatuh ke tangan pembangkang, Perlis masih kukuh dengan parti kerajaan Pusat.

Di Perlis, pusat-pusat Pas sering kali kelihatan tidak selari dengan pandangan fatwa negeri Perlis dalam amalan. Ertinya, majoriti penyokong kerajaan Pusat adalah dari yang menerima pendekatan Perlis.

Hal ini boleh dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza. Maka, untuk menyatakan aliran Perlis anti kerajaan, mungkin kurang tepat. Jika menyatakan aliran Perlis tegas memberikan pandangan sekalipun berbeza dengan kerajaan Pusat, mungkin lebih tepat.

Semalam ada pertubuhan yang dianggotai oleh beberapa orang tarekat menyebut tentang ajaran di Perlis. Saya melihat kenyataan pertubuhan yang menamakan mereka AMIN melalui pengerusinya iaitu seorang pengamal tarekat Naqsyabandiah Khalidiyah bernama Abd Kareem Said Khadaeid tentang Perlis.

Saya dengan ini menjemput BELIAU berforum terbuka di Perlis tentang ‘Bahaya Ekstremisme Agama’ sesuai dengan apa yang beliau sebut. Jika alasan beliau kukuh, kita boleh menerima pakainya. Jika tidak, andai beliau sebagai seorang insan yang ada nilai diri beliau wajar membetulkan kenyataannya.

(Sekadar Perhatian: Pada 15 November 1984 Jakim mengeluarkan keputusan Tarekat Naqsyabandiah Khalidiyyah sebagai sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam).

Meratapi kematian

MERATAPI kematian atau dalam bahasa Arab disebut “al-Niyahah” ialah perbuatan mengangkat suara ratapan disebabkan kematian seseorang. Termasuk dalamnya ialah menangis yang bersangatan.

Perbuatan meratapi kematian ini menunjukkan seolah-olah seseorang tidak reda dengan takdir ALLAH atau tidak sabar dengan ketentuan dan ujian yang telah ditetapkan ALLAH.

Ia menggambarkan seakan-akan tidak dapat menerima hakikat bahawa orang yang disayangi telah pergi selama-lamanya. Pada zaman sekarang, luahan-luahan perasaan meratapi kematian ini boleh juga berlaku melalui Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya.

Menangislah... tetapi berpada

Jadi, adakah tidak boleh menangis langsung? Islam bukanlah agama yang kering, kaku, keras dan asing daripada fitrah kehidupan manusia. Islam begitu meraikan perasaan insan dan tidak menolak nilai keinsanan.

Jiwa mana yang tidak sedih apabila hilangnya orang yang disayangi. Oleh itu, perasaan sedih dan tangisan yang tidak keterlaluan, bukan kerana penyesalan dan ratapan adalah dibolehkan. Ia adalah fitrah manusia apabila ditimpa sesuatu kesedihan. Hal ini berdasarkan beberapa hadis yang sahih. Antaranya ialah tangisan baginda Rasulullah atas kematian anakandanya, Ibrahim.

Anas bin Malik berkata: Kami datang ke rumah Abu Saif bersama Rasulullah SAW. Abu Saif adalah suami kepada wanita yang menyusui Ibrahim, putera Rasulullah. Baginda mengangkat Ibrahim lalu menciumnya.

Kemudian kami masuk melihat Ibrahim, kami dapati kedua mata Rasulullah SAW menitiskan air mata. Abdul Rahman bin 'Auf berkata kepada Baginda: "Dan engkau wahai Rasulullah (menangis)?!”

Rasulullah berkata: "Wahai putera 'Auf! Sesungguhnya ia adalah rahmat kasih sayang yang kemudian diikuti dengan yang lain. Sesungguhnya mata menitiskan air mata, jiwa ini bersedih dan kami tidak mengucapkan melainkan sesuatu yang diredai oleh Tuhan kami. Dan sesungguhnya perpisahan ini wahai Ibrahim amat menyedihkan”. (Riwayat al-Bukhari)

Haram meratap

Meratapi kematian adalah haram di sisi syariat Islam. Hukum ini disepakati oleh jumhur ulama dan di antaranya ialah para imam mazhab yang empat. (Rujuk: Muhammad Wafa, Ahkam al-Janaiz fi al-Fiqh al-Islami, (Kaherah: Maktabah al-Mutanabbi, 1993), m/s 29).

Bahkan ia disenaraikan di antara dosa-dosa besar, seperti yang disebut oleh Al-Imam Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad al-Zahabi di dalam kitabnya al-Kabair.

Banyak hadis yang melarang keras perbuatan ini. Antaranya ialah:

“Dua perkara berlaku pada manusia adalah kufur; mencela nasab keturunan dan meratapi ke atas mayat”. (Riwayat Muslim)

Imam al-Nawawi rahimahullah ketika menghuraikan hadis ini menyatakan ia bermaksud:

1) Kedua-dua perbuatan tersebut adalah amalan orang kafir dan merupakan akhlak jahiliah.

2) Perbuatan ini membawa kepada kufur.

3) Kufur (yang dimaksudkan ialah) kufur nikmat dan ihsan.

4) Jika ia mengharuskan perbuatan tersebut, maka ia menjadi kafir.

(Al-Nawawi, al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (Beirut: Dar al-Ma’rifah, 2000) 1/245)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya mayat diazab di dalam kubur disebabkan ratapan ke atasnya”. (Riwayat al-Bukhari)

Menurut Syaikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani dalam kitabnya “Ahkam al-Janaiz; jika dilihat pada zahir hadis ini, seolah-olah ia bercanggah dengan kaedah usul dalam syarak seperti yang dinyatakan oleh ALLAH Taala dalam al-Quran bermaksud: "Seseorang itu tidak menanggung dosa seseorang yang lain”. (Surah al-An’am: 164)

Para ulama berbeza pendapat dalam menjawab persoalan ini, dan sekurang-kurangnya terdapat lapan pendapat, dan yang paling hampir kepada kebenaran dan yang rajih ialah pendapat jumhur iaitu: maksud hadis ini ialah sesiapa yang memang telah berpesan supaya diratapi kematiannya, atau dia tidak berpesan supaya tidak melakukannya, sedangkan dia sudah tahu bahawa menjadi adat ahli keluarga atau orang ramai akan melakukannya.

Sebab itu, Abdullah ibn al-Mubarak berkata: "Sekiranya semasa hidup dia telah melarang mereka daripada perkara tersebut (meratapi kematian), (tetapi) mereka melakukannya juga selepas daripada kematiannya, maka tidak ada apa-apa ke atasnya”. Dan yang dimaksudkan azab di sisi jumhur ini ialah hukuman/seksaan. (Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, Ahkam al-Janaiz (Riyadh: Maktabah al-Ma’arif, 1992), m/s 41)

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari telah memberikan huraian yang panjang terhadap maksud hadis ini. Kesimpulannya, hal ini disebabkan si mati tidak mengajar ahli keluarganya tentang larangan meratap kematian tersebut. Maka keluarganya melanggar larangan ALLAH, lalu meratapi kematiannya. (Al-‘Asqalani, IbnHajar, Fath al-Bari, (Beirut: Dar al-Ma’rifah, 1379H) 3/155)

Berkumpul dan menjamu makan

Seorang sahabat Rasulullah iaitu Jarir bin Abdullah al-Bajali telah mengingatkan kita tentang satu perkara penting. Menurutnya amalan ahli keluarga si mati yang menjemput orang ramai berkumpul di rumah dan dibuat jamuan sempena dengan kematian tersebut juga termasuk dalam meratapi kematian (al-niyahah).

Katanya: "Adalah kami menganggap bahawa berkumpul di rumah si mati dan menyediakan jamuan makanan adalah termasuk dalam meratapi kematian”. (Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya (no.6905), Ibn Majah dalam Sunannya (2/2275). Disahihkan oleh Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’ (5/290). Disahihkan juga oleh Syekh al-Albani dalam Sahih Ibn Majah (2/48).

Secara ringkasnya, dalam ilmu hadis, jika mana-mana perkataan daripada sahabat Nabi yang menggunakan lafaz-lafaz seperti “kami disuruh untuk melakukan sesuatu” atau “kami dilarang daripada sesuatu” atau “adalah kami telah mengatakan" atau “kami melakukan sesuatu” dan yang sama maksud dengan lafaz-lafaz ini, maka perkataan tersebut dihukumkan sebagai hadis marfu’.

Hadis Marfu’ ialah hadis yang disandarkan kepada Nabi SAW sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan, taqrir (pengiktirafan) atau sifatnya secara bersambung atau terputus.

Oleh itu, kata-kata Jarir bin Abdullah tersebut menunjukkan Rasulullah mengakui dan mengiktiraf perbuatan atau pun pendapat para sahabat dalam perkara ini. Atau, ia juga menunjukkan perkara tersebut merupakan persepakatan (ijma’) dalam kalangan para sahabat; iaitu para sahabat bersepakat bahawa berkumpul di rumah si mati dan disediakan jamuan makanan untuk mereka yang hadir adalah dilarang kerana ia termasuk dalam perbuatan meratapi kematian.

Selain itu, bagi menjelaskan lagi kata-kata Jarir bin Abdullah tersebut, Imam al-Syaukani –rh- ketika menghuraikan hadis ini menyebut: "(Perkataan tersebut bermaksud) iaitu para sahabat menganggap bahawa berkumpul di rumah ahli keluarga si mati selepas daripada pengebumiannya, dan menikmati jamuan makanan, adalah salah satu jenis daripada perbuatan meratapi kematian; yang mana ia memberikan beban yang berat kepada keluarga si mati dan menyusahkan mereka sedangkan mereka telah  menanggung kesusahan dengan kematian tersebut, dan kerana perbuatan ini juga menyalahi sunnah”. (al-Syaukani, Nail al-Awtar (Mesir: Darul Hadis, 1993) 4/118)

Ikut pesan Nabi, bukan rasa hati

Kehilangan insan tersayang dalam hidup ini amat memeritkan. Sedih dan hiba pasti bertamu di jiwa. Pipi dibasahi dengan titisan air mata. Perpisahan ini amat memilukan. Perginya tidak akan kembali lagi. Hanya tinggal seribu satu kenangan sebagai memori. Justeru, andai benar kita sayangkan si mati, lakukan apa yang dipesan oleh Nabi. Bukan mengikut apa rasa hati.

Dakwah dalam arus kemajuan negara

ISLAM agama dakwah dan kemajuan. Keindahan ilmu agama (naqliah) dan sains (aqli) saling melengkapi. Islam mendorong perubahan dan kemajuan manusia dalam setiap bidang kehidupan.

Kemajuan tuntutan fitrah manusia. Islam pelengkap kepada proses penyempurnaan tuntutan fitrah tersebut. Islam agama yang benar sebagai panduan kehidupan. Sirah merakamkan era kejahilan masyarakat Arab diperbaharui dengan gaya hidup Islam yang mendorong kepada kemajuan.

Kemajuan yang bukan sekadar kepuasan individu, malahan membawa kesejahteraan. Islam berjaya menyatukan jiwa tanpa mengira rupa bentuk individu, bergerak sebagai satu kumpulan dan menguasai tamadun besar yang terakam dalam sejarah dunia. ALLAH SWT berfirman mafhumnya:

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat dan nasihat pengajaran yang baik, dan bahaskanlah mereka secara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk. (Surah al-Nahl: 125).

Sejarah merakamkan kedatangan Islam ke negara ini didorong oleh kemasukan para pendakwah melalui aktiviti perdagangan yang berkembang pesat terutamanya pada zaman kegemilangan Kerajaan Melaka.

Islam disebarkan melalui akhlak dan tingkah laku para pedagang yang terpuji, mendekati pihak istana dan pemerintah sekali gus melahirkan ulul amri dan rakyat yang patuh kepada syariat.

Dakwah merupakan penyebaran agama Islam yang mengandungi 4 komponen utama iaitu :

- daie (pendakwah),

- mad’u (sasaran dakwah),

- maudhu’ al-dakwah (topik dakwah) dan

- uslub wa wasa-il al-dakwah (gaya dan metodologi dakwah).

Istilah dakwah mula diperkenalkan sebagai pengajian Universiti al-Azhar oleh Sheikh Ali Mahfuz, pengarang Kitab Hidayah al-Mursyidin. Sementara di Malaysia istilah dakwah mula dipopularkan pada dekad 70an, sebelumnya lebih dikenali dengan seruan Islam, tabligh dan sebagainya. Mengikut tradisi Islam, terdapat beberapa istilah lain yang turut menyokong makna dakwah iaitu:

- jihad fi sabilillah - jihad di jalan ALLAH.

- al-Amru bi al-Makruf wa al-Nahi ‘an al-Munkar -menyuruh perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran.

- al-Inzar wa al-Tabsyir –amaran dan berita gembira.

- al-Shahadat ‘ala al-Nas – penyaksian kepada sekalian manusia.

- al-Islah - pembaikan

- al-Nash – nasihat.

- al-Tazkir – peringatan.

- al-Tabligh – menyampaikan.

- izhar al-Din – menjelaskan perkara agama.

- iqamat al-Din – mendirikan agama.

- i’laa-u kalimat ALLAH – meninggikan kalimah ALLAH.

- al-Tawasi bi al-Haq – berpesan dengan kebenaran.

- al-Ta’aawun a’laa al-Khair – tolong-menolong dalam kebaikan dan sebagainya.

Perkembangan dakwah berlaku dengan pantas di Malaysia. Para pendakwah mengaplikasikan Islam dalam sistem kehidupan. Asas utamanya bermula melalui institusi pendidikan pondok, madrasah, surau dan masjid.

Aktiviti pengukuhan akidah dan agama diterapkan dalam kehidupan harian. Pelajar cemerlang dihantar mendalami ilmu ke Kota Suci Makkah, Madinah, Mesir, India, Pakistan dan negara Timur Tengah.

Selepas tamat pengajian, mereka menyambung legasi dakwah generasi sebelumnya seperti tokoh-tokoh ulung Tok Pulau Manis, Tuan Tabal, Tok Kenali, Sheikh Haji Abdullah Fahim, Syed Syeikh Al-Hadi, Haji Ahmad Maher, Syeikh Abu Bakar al-Baqir, Haji Abdullah Abbas Nasution dan sebagainya. Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-Raja Melayu ikon terpenting penyatuan ummah serta ketua agama Islam.

Selepas kemerdekaan, pembangunan terus berlaku seiring gerakan dakwah. Penerapan syiar Islam dalam masyarakat diteruskan. Pengurusan Islam secara sistematik dilakukan melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) yang memberi nasihat kepada Majlis Raja-Raja, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam mengurus pentadbiran hal ehwal Islam negeri-negeri.

Urus tadbir MKI dinaik taraf kepada Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri, kemudiannya distrukturkan sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 1997.

Jakim berperanan menyelaras pengurusan hal ehwal Islam meliputi penggubalan dan penyeragaman undang-undang, pembangunan pendidikan, pembangunan keluarga dan sosial, pemantapan akidah, pembangunan fatwa, pengurusan dan pengimarahan masjid, penyebaran dakwah serta pembangunan muamalat.

Beberapa institusi ditubuhkan di peringkat persekutuan selain Jakim seperti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) .

Syiar Islam diaplikasi menerusi Dasar Pendidikan Negara, sistem pengajian pondok dinaik taraf kepada penubuhan Sekolah Agama Rakyat bantuan Kerajaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

Antara institusi pendidikan Islam tersohor lahir dari sistem pendidikan pondok seperti Maktab Mahmud Kedah, Maahad Muhammadi Kelantan, Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Terengganu dan Kolej Islam Malaya.

Usaha diteruskan membawa penubuhan Fakulti Pengajian Islam, UKM, Maktab Perguruan Islam Malaysia, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Akademi Pengajian Islam UM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia.

Kesinambungan diperluaskan dalam institusi kewangan dan pengurusan Islam melalui penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji, Yayasan Dakwah Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam, Bank Islam Malaysia Berhad, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Skim Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) serta saluran media dan hiburan Islam menerusi radio IKIM, Salam FM dan TV Al-Hijrah.

Gerakan-gerakan yang aktif, sama ada oleh agensi kerajaan mahupun NGO menyemarakkan usaha dakwah. Gerakan dakwah berkembang dan lebih tersusun. Antara pertubuhan yang memberi sumbangan kepada perkembangan dakwah seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Hikmah Sarawak, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah, Pertubuhan Bekas Mahasiswa Timur Tengah, Angkatan Belia Islam Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia dan sebagainya.

Inilah tanggungjawab dakwah. Menegakkan amar ma‘ruf, nahi munkar. Ia tidak akan mampu dilaksanakan dengan sempurna kecuali umat Islam mempunyai kuasa politik (kerajaan) kerana hanya melalui sebuah kerajaan mampu melaksanakan perintah dan larang. Inilah wasilah dakwah yang sempurna.

Di Malaysia, Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan yang memberi kesan ke atas kedudukan Islam dalam pentadbiran dan sistem berkerajaan. Perkembangan ini dilihat menerusi pembangunan Malaysia secara bijaksana bermula melalui dasar muhibah dan meninggikan syiar Islam oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, dasar pembangunan Tun Abdul Razak, dasar perpaduan Tun Hussein Onn dan lain-lain.

Pendekatan berimbang diteruskan di bawah pentadbiran Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan pendekatan wasatiyyah menekankan ajaran Islam secara sederhana, berimbang dan syumul dengan memberi penekanan meningkatkan kualiti hidup ummah dari segi ilmu pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi dan kewangan, ilmu pengetahuan serta perpaduan.

Penerimaan nilai-nilai wasatiyyah memberi perkembangan yang baik dalam kehidupan rakyat.  Pendekatan dakwah yang dilaksanakan tidak berdasar paksaan.  Islam disebarkan secara aman, mengelak pendekatan kekerasan, mengutamakan dakwah bil mau’izah wa al-hasanah dan dakwah bil hal. Islam menyatukan rakyat. Dengan petunjuk Islam, Malaysia mampu mencapai kemajuan.   Tan Sri Dr Abdullah Muhammad Zin SInar Harian Rehal 23 September 2016