October 7th, 2016

Khutbah Jumaat : “Apabila Wang Menguasai Diri ”

Khutbah Jumaat 07 Oktober 2016:  JAIS

“Apabila Wang Menguasai Diri ”

Hari ini, kita terbeban dengan kenaikan harga barang, cukai GST, dan kenaikan tol-tol di lebuhraya yang pasti akan menambahkan bebanan yang ditanggung. Kita juga terbeban masalah sosial dan jenayah dalam masyarakat yang semakin membimbangkan. Hal ini berpunca daripada wang, manusia sanggup melakukan apa cara sekalipun untuk mencari keuntungan dan kesenangan walaupun jais.jpgterpaksa melakukan kejahatan dan kerosakan yang akan menyusahkan orang lain. Disebabkan kerana wang, pelbagai masalah berlaku.

Kerana wang, ada dikalangan manusia menghadapi masalah rumahtangga yang semakin kritikal. Hal ini berlaku disebabkan kerana ibu bapa sibuk mencari nafkah dari pagi hingga ke larut malam sehingga terabai tanggungjawab terhadap keluarga. Anak-anak hidup dalam keadaan terbiar dan tidak terurus serta tidak mendapat perhatian yang sewajarnya kesan daripada ibu bapa yang terpaksa bekerja semata-mata. Lantaran itu, sudah pasti akan menyebabkan anak-anak terjerumus dalam keadaan yang tidak sihat seperti ponteng sekolah, terjebak dengan dadah, pergaduhan, kes buli dan lain-lain.

Kerana wang, berapa ramai di antara manusia yang tergolong dalam golongan anak yang derhaka yang sanggup memutuskan hubungan silaturrahim dengan ibu bapa mereka. Ibu bapa tidak dipedulikan, kesihatan dan makan minum mereka tidak diuruskan, mereka dibiarkan hidup kesepian tanpa kasih sayang, mereka dianggap sebagai orang gaji yang menjaga kepentingan anak dan menantu, malah ada yang ditinggalkan dirumah kebajikan orang –orang tua.

Namun, apa yang paling menyedihkan kita, ada yang sanggup memukul, mencederakan dan membunuh ibu bapa sematamata kerana wang apabila keinginan mereka tidak dipenuhi. Adakah ini balasan kita terhadap ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan didikan yang secukupnya?

Kerana wang, ada dikalangan manusia semakin tamak. Perasaan belas kasihan, bertimbang rasa, bantu membantu dan membuat kebajikan sudah tidak wujud dalam diri mereka. Mereka hanya lebih mengejar keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan kesusahan yang dihadapi oleh masyarakat disekelilingnya.

Sebagai contoh, perumahan hari ini terutamanya dibandar semakin mahal untuk dimiliki kerana meningkat harganya secara mendadak. Hal ini akan menyukarkan generasi akan datang untuk memiliki rumah sendiri. Pada masa yang sama, sewaan rumah dibandar juga meningkat dengan kadar yang tinggi dan bertambah pada setiap tahun, pasti akan menyusahkan golongan kurang berkemampuan untuk menyewanya. Ada dikalangan mereka yang sanggup menjadi gelandangan kerana tidak mampu memiliki rumah atau menyewanya, walaupun tergolong dikalangan orang-orang yang bekerja.

Kerana wang, ada manusia yang sanggup menjadi hamba wang dengan melakukan kegiatan jenayah seperti mencuri, menculik, membunuh, pecah amanah, rasuah, penindasan, keganasan, ajaran sesat dan melakukan kezaliman-kezaliman lain. Sedangkan perbuatan tersebut dilarang oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 18;“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan”

Kerana wang, ada manusia yang menjadi keras hati, kedekut dan bakhil. Mereka beranggapan, bahawa wang yang mereka perolehi ini adalah daripada hasil usaha dan titik peluh mereka sendiri yang tidak boleh dikongsi oleh sesiapa. Mereka sanggup membiarkan saudara-saudara seagama mereka berada dalam kesusahan dan kesukaran.

Firman Allah SWT dalam surah ali-Imran ayat 180;“Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jugalah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (Mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?”.

Mimbar hari ini ingin mengingatkan sidang jemaah sekalian bahawa, tidak salah untuk kita mencari wang yang banyak bagi meningkatkan taraf kehidupan ekonomi keluarga.

Malah Islam menggalakkan umatnya supaya berusaha mencari wang untuk tujuan menjalani kehidupan harian memenuhi keperluan perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, janganlah jadikan wang menguasai diri, mendatangkan permasalahan dan kemudaratan dalam kehidupan kita.

Justeru itu, mimbar Jumaat hari ini menyeru supaya;

1. Umat Islam hendaklah mengukuhkan akidah, syariah dan akhlak Islam supaya kehidupan kita tidak dikuasai oleh wang dan kebendaan.

2. Umat Islam hendaklah memastikan sumber-sumber kewangan yang diperolehi didapati daripada sumber yang baik dan halal.

3. Umat Islam janganlah menjadi hamba wang sehingga lalai untuk mengerjakan ibadat kepada Allah SWT.

4. Umat Islam hendaklah menjauhi segala bentuk penyelewengan dan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan); jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui (Apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari Akhirat). (Ingatlah) Demi sesungguhnya! kamu akan melihat api neraka yang marak menjulang. Selepas itu demi sesungguhnya! kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah nikmatinya)!”. (at-Takaatsur ; 1-8).

Friday Sermon Text: The Liberation Of Makkah: A Message Of Peace For All Time

Friday Sermon Text 7 October 2016AD / 6 Muharram 1438H JAWI

The Liberation Of Makkah: A Message Of Peace For All Time

Some time before the Treaty of Hudaybiyah was agreed and signed, Rasulullah SAW had a dream in which he and his Companions would enter the city of Makkah and the Grand Mosque, some of them with their heads shaved while some others had their hairs cut. jawi_logo.jpgThe Prophet SAW said that his dream would come true. The news then spread rapidly among the population, including among the hypocrites, or the Munafiq, the Jews and the Christians.

After the Treaty of Hudaybiyah was signed and Muslims were barred from entering Makkah, the hypocrites mocked Rasulullah SAW with regards to the dream he had. They pointed out that Rasulullah SAW’s dream was a lie. At this point, verse 27 of Surah al-Fath was revealed to Rasulullah SAW:Which means: “Truly did Allah fulfil the vision for His Messenger: you shall enter the Sacred Mosque, if Allah wills, with minds secure, heads shaved, hair cut short, and without fear. For He knew what you knew not, and He granted, besides this, a speedy victory.”

The conquest and liberation of Makkah was the pinnacle of victory for all Muslims. The event enabled Islam to cleanse all ignorance and idolatry that had encircled the Holy Kaabah for a long time. The Holy Land had reverted to its rightful state, by the cleansing of all things evil and illegal.

No record before of anywhere else in this world, that a great conquest of a city does not involve violence, cruelty, destruction or even bloodshed. What was even more amazing was that the citizens who were conquered did not at all show any opposition but instead, followed and obeyed the teachings of the conqueror.

Based on the above, it was more a liberation of a city rather than a conquest. It was a liberation meant to liberate mankind from the clutches of tyranny and wrongdoings. The poor, who were previously always restless, appeared with brightly shining faces. The women who were once uncovered and her dignity exposed, had her dignity restored, and of minds that were bound, they became sharp with thoughts.

Fathu Makkah is a strong evidence to silence the envious mouths of those who are against the religion, who continuously accuse Islam of being a religion of brutality, a religion that incites violence and encourages destruction. At the same time, it also clears the negative perception of some people who are still confused with the teachings of Islam.

Imam Abu Dawud RH, recorded this saying of Rasulullah SAW, which was narrated by Abbas RA:Which means: "Whoever enters the house of Abu Sufyan, shall be safe. Whoever locks his door, shall be safe. And those who enter the Holy Mosque shall be safe.” Islam is a religion that advocates peace in order to achieve prosperity, especially prosperity in the afterlife. Indeed, peace in the afterlife is a continuation of a prosperous life in this world. Someone whose beliefs, faith, and morality in this world are correct and true, will not be subjected to chaos in the Hereafter

The arrival of Islam in Makkah also showcased the excellence of Islam in uniting all races. Islam has never rejected any nation, race, tribe, or clan who wants to be together under its graces. Even warring factions can be united and learn to accept each other as brothers. These standards and values cannot be found in religions other than Islam.

From the efforts of Rasulullah SAW and his Companions in liberating and opening Makkah, we can take many lessons. Among them is the passion and persistence in carrying out missionary efforts. Words such as despair, surrender, admitting defeat and such, were never once expressed when shouldering the burden of spreading the message of Islam. Even when Rasulullah SAW and his Companions were further tested, they always had faith and complete reliance in Allah SWT. Patience was the key to their victory.

The Conquest and Liberation of Makkah by Muslims came to the attention of great powers of the world back then, such as Rome and Persia. More than that, it was viewed as a threat to both the empires. This was the ultimate victory of Allah SWT, not in terms of land size or landform, but in terms of truth and divine guidance that spread within the souls of men which in turn would distinguish all thoughts of wrongdoing. Their fears were justified as, a few years later, the Roman and Persian empires, which were for a long time the two greatest empires in the world, collapsed and fell at the hands of Muslims.

In matters of instructions and guidance to mankind, it is the right of Allah SWT. However, the task of implementing the approach, strategy, and organization in delivering propagation and teachings, is the responsibility of every Muslim. Thus, the establishment of Islam in Makkah was a major platform for the quick and efficient spread of Islam throughout the world. Since then, after the haj season, throughout the year Muslims would perform the Umrah, and return to their respective countries to spread the teachings and the Islamic message of peace, continuously until the end of days. It is like water, flowing strong and free from the top of the hill. It will still flow, even if blocked.

The world today witnesses mankind in turmoil, chaos, and unable to find solutions to achieve continuous and true peace. We, as Muslims, would definitely dream of Islam to again be victorious and regain its peak. We want Islam to spread throughout the world, to wherever human beings are. We expect all of mankind to receive the mercy and love of Allah SWT. Events such as the Conquest and Liberation of Makkah, or Fathu Makkah, has provided enlightenment and motivation for us. Therefore, let us not delay any longer to be the agent in spreading the message of peace and prosperity to others around us

To end today’s sermon, let us ponder on some takeaways from it:

First: The Conquest and Liberation of Makkah is proof that Islam is a religion of mercy, peace, and prosperity for all people at all times.

Second: Fathu Makkah exhibits the excellence of Islam in uniting all races regardless of nation, race, tribe, or clan.

Third: Let us spread the message of peace and well-being of Islam by practicing the morals and life of real Muslims.

Allah SWT declared in Surah al-Nasr, verses 1 to 3: Which means: “When comes the Help of Allah, and Victory, (when you, O’ Muhammad, successfully conquers Makkah). And you shall see the people enter Allah's Religion in crowds, celebrate the praises of your Lord, and pray for His Forgiveness: For He is Oft-Returning (in Grace and Mercy).”

Khutbah Jumaat: “Biar pahit menjadi ubat”

Petikan Khutbah Jumaat  (7 Oktober 2016 / 6 Muharram 1438) JAKIM

“Biar pahit menjadi ubat"

Berhibur dan berekreasi adalah fitrah semulajadi manusia yang bertujuan untuk menenangkan fikiran, mendamaikan jiwa, merehatkan rohani, dan sekaligus memberikan kesihatan kepada jasmani. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa manusia memerlukan aktiviti yang
jakim.jpgmembolehkan mereka aktif dan tidak jumud, dilanda kemurungan serta pasif. Dalam konteks ini, bersukan adalah salah satu langkah yang dapat memberi kesan positif kepada jasad dan jiwa manusia untuk jangka panjang.

Islam membenarkan semua jenis sukan selagi ia menepati garis panduan yang ditetapkan oleh syarak. Malah, Rasulullah SAW pernah bersukan dan menggalakkan umatnya belajar berenang, menunggang kuda dan memanah. Secara logiknya keadaan ini menyumbang kepada lahirnya umat Islam yang kuat fizikal dan sihat untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara daripada ancaman musuh. Bukan itu sahaja, sukan juga adalah medium dakwah yang berkesan dalam menyampaikan mesej Islam kepada orang Islam dan yang bukan Islam sekaligus mencipta pembangunan sebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni.Tuntasnya, individu yang sihat merupakan aset penting ke arah mencapai pembangunan sesebuah negara.

Kita mengakui hakikat bahawa kegagahan tubuh badan menjadi kelebihan kepada mereka yang mementingkan kesihatan kerana ia dapat mempertingkatkan tahap kekuatan jasmani dan rohani serta meningkatkan tahap kecerdasan pemikiran seseorang kerana akal yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat.Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 247:

Maksudnya: “Nabi mereka berkata: “Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”.

Individu dan masyarakat yang sihat mampu menghindarkan diri mereka daripada penyakit kronik yang menyerang jasmani dan rohani. Ini sudah pasti akan meningkatkan kualiti kesejahteraan emosi, mental dan fizikal serta tahap rohani mereka. Kita perlu menyedari bahawa kesihatan tubuh badan adalah anugerah Allah SWT yang sangat tinggi dan tidak boleh disalahgunakan sehingga kita lupa kepada perintah-Nya. Perbuatan ini menyebabkan kita tergolong dalam kalangan orang yang kufur dengan pemberian tersebut.

Dalam konteks ini, Dasar Sukan Negara 2009 telah menetapkan halatuju dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Selain untuk memastikan gaya hidup masyarakat yang positif, sukan juga merupakan agen perpaduan yang berkesan bagi segenap lapisan masyarakat.

Malaysia adalah antara negara yang telah terbukti berjaya menggunakan sukan sebagai platform kepada pengukuhan integrasi nasional yang melangkaui batasan agama, bangsa dan politik. Malah baru-baru ini, kita mampu meraih kejayaan di Sukan Olimpik dan Paralimpik yang amat membanggakan, hasil kesungguhan atlet dan penyediaan peruntukan tahunan yang besar daripada Kerajaan bagi membangunkan program sukan.
Disebabkan hal itu, kita hendaklah menjadikan sukan sebagai satu budaya hidup dengan melibatkan diri dan menyertai program-program sukan tanpa mengira usia dan kedudukan bagi mengekalkan kecergasan tubuh badan seterusnya dapat menunaikan amal ibadah dengan lebih sempurna dan khusyuk.

Sabda Rasulullah SAW:
Mafhumnya: “Daripada Abi Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ˜kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.” (HR Muslim)


Menurut Imam Ibnul-Qayyem, pergerakkan ialah asas kepada sukan kerana ia menolong badan membuang sisa makanan dengan cara tabii. Walaupun diperingkat awalnya agak sukar ibarat menelan ubat yang pahit tetapi ia penawar yang sangat berkesan dan menjadikan badan semakin aktif, meningkatkan imuniti badan serta melindunginya daripada serangan penyakit.

Dalam Islam, kita dapat melihat kebanyakan amal ibadah mengandungi gerakan yang menolong badan mengekalkan kekuatan fizikal apabila ia di amalkan dengan sempurna seperti solat dan haji. Ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan jasmani itu merupakan elemen penting dalam melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera seterusnya dapat menyumbang kepada pemeliharaan kedaulatan agama, bangsa dan negara. Ini juga selaras dengan prinsip pensyariatan yang digariskan dengan menjaga lima perkara yang menjadi tunjang kehidupan sejahtera (Maqasid as-Syariah) iaitu, memelihara agama, jiwa, maruah, harta dan keturunan.

Pada hari ini, sukan bukan hanya sekadar aktiviti masa lapang semata-mata bahkan mempunyai peranan yang lebih luas. Ini kerana menerusi sukan semangat mahabbah, perpaduan dan keharmonian antara individu dapat dijalinkan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan negara. Begitu juga di peringkat antarabangsa, sukan merupakan salah satu medan yang boleh digunakan untuk mengangkat martabat sesebuah negara. Ini kerana kejayaan dalam pertandingan sukan berprestij atau penganjuran turut dikaitkan dengan lambang kemajuan sesebuah negara selain dikagumi dan menjadi contoh kepada negara dunia yang lain.

Sempena Hari Sukan Negara 2016 yang disambut pada 8 Oktober ini, mimbar menyeru sidang jemaah sekalian, marilah kita bersama-sama membudayakan sukan sebagai nadi kehidupan masyarakat yang cergas, cerdas dan cemerlang. Mudah-mudahan dengan itu, agenda pembangunan negara dapat diteruskan dan meningkatkan kesedaran rakyat untuk melibatkan diri dengan sukan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan (Sporting Nation).

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:


Pertama: Islam amat mementingkan penjagaan kesihatan jasmani kerana ia merupakan elemen penting dalam melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera seterusnya dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Kedua: Memiliki tubuh badan yang sihat dan kuat akan memudahkan seseorang itu mengerjakan suruhan Allah SWT dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan selesa.
Ketiga: Menerusi sukan, semangat mahabbah, perpaduan dan keharmonian antara individu dapat dijalinkan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan negara. Ia turut memangkin penyebaran dakwah dengan lebih berkesan, inklusif dan kondusif.

Maksudnya: “Salah seorang dari perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.” (Surah al-Qasas: 26)

Ilmu bersih jiwa, jadikan umat hebat

Hari Jumaat adalah hari ilmu, di mana kita terutamanya kaum Adam akan berhimpun untuk mendengarkan ilmu daripada khatib ketika solat Jumaat. Islam amat menekankan kepentingan ilmu dan khutbah Jumaat sendiri membuktikan penyebaran ilmu itu sangat penting.

Jumaat juga adalah hari muhasabah kita untuk menilai hijrah ilmu kita adakah di tahap lama atau ada ilmu baharu yang kita pelajari.

Melalui perkongsian dalam segmen Ibrah yang bersiaran di IKIMfm saban minggu, Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman berkongsi ibrah dan pengajaran melalui surah al-Jumu'ah.

Surah yang mempunyai 11 ayat ini bukan sahaja menceritakan mengenai perintah solat Jumaat, tetapi surah ini turut menceritakan dan menitik beratkan soal ilmu dan pendidikan.

Maka di hujung surah ini barulah Allah SWT mendatangkan cara untuk mendapatkan ilmu menerusi khutbah Jumaat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dialah yang mengutuskan dalam kalangan orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat Allah (yang membuktikan ke-Esaan Allah dan kekuasaan-Nya) dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Surah al-Jumu'ah, ayat 2)

Empat tugas Rasulullah

Sekiranya kita menghayati ayat kedua ini, kita dapat melihat Rasulullah SAW mempunyai empat tugas.

Pertama membacakan ayat Allah SWT kepada kaumnya berkali-kali.

Kedua menyucikan mereka berkali-kali. Kemudian, mengajar mereka berkali-kali al-Kitab dan terakhir mengajar mereka berkali-kali al-Hikmah.

Ayat ini mengajar kita tentang proses pendidikan yang sepatutnya dilalui oleh kita. Apa yang disebutkan oleh Allah SWT menerusi ayat ini adalah sesuatu yang sangat besar kerana apa yang akan terjadi kepada kita sekiranya kita melalui empat proses pendidikan ini. Kita akan menjadi umat yang paling digeruni di seluruh dunia.

Allah SWT menyebut bagaimana kaum yang tidak boleh menulis dan membaca kemudian diutuskan seorang rasul yang dahulunya buta huruf, tidak dipandang oleh masyarakat dan akhirnya apabila melalui proses pembelajaran dan pendidikan, terus dapat menguasai dunia. Maka dengan ini mari kita memahami sesuatu tentang ilmu yang dibawakan dalam Surah al-Jumu'ah.

Rasulullah SAW membacakan kepada kaumnya tentang ayat Allah SWT seperti yang disebutkan di dalam Surah al-Jumu'ah. Ertinya Rasulullah SAW menerangkan kepada kaumnya cara memandang makhluk yang ada di alam ini sehingga datang kepada jiwa sanubari mereka bahawa perjalanan alam ini rapi diatur oleh yang Maha Berkuasa.

Proses membacakan ini apabila mendengarkan sahaja ayat al-Quran daripada Rasulullah SAW, mereka akan mengakui bahawa alam ini tunduk kepada Raja, Allah SWT manakala proses yang kedua Rasulullah SAW menyucikan mereka.

Proses menyucikan ini Rasulullah SAW mendekati mereka selepas membacakan ayat Allah SWT kepada mereka. Maka Rasulullah SAW membersihkan jiwa mereka daripada perangai jahiliyyah. Rasulullah SAW membersihkan hati mereka kerana hati merupakan raja kepada tubuh manusia.

Proses ketiga Nabi SAW mengajar dan berinteraksi dengan mereka. Apabila hati sudah mula jinak, inilah proses terbaik Rasulullah SAW untuk mengisi hati mereka dengan isi kandungan al-Quran.

Fahami ayat al-Quran

Lalu Rasulullah SAW mengajarkan mereka ayat al-Quran bukan sekadar membaca bahkan memahami dengan jelas setiap ayat di dalam Al-Quran. Kemudian Rasulullah SAW mentafsir dan menterjemahkan ayat itu kepada mereka.

Menurut ulama, tafsiran itu yang disebut sebagai al-Hikmah. Antara maksud al-Hikmah di dalam ayat ini juga adalah sunah dan sirah.

Maka dapatlah kita simpulkan setiap proses yang Rasulullah SAW lakukan kepada kaumnya dengan membaca, mengajar dan menghuraikan ayat Allah SWT ini sebagai hadis Rasulullah SAW dan inilah dikatakan Hikmah di dalam konteks Surah al-Jumu'ah.

Maka, setiap daripada kita perlu jadikan hari Jumaat peluang untuk berdakwah melalui khutbah yang disampaikan kerana proses yang dilakukan oleh Rasulullah SAW seperti diceritakan di dalam Surah al-Jumu'ah ini mampu mengubah dunia.

Jangan abai akidah untuk dunia

Hukum halal haram bertujuan menjaga kehormatan agama, memelihara maruah diri dan menyediakan peradaban yang tinggi nilainya. Ustaz Rushdi Ramli Al-Jauhary menerusi rancangan Islam Itu Indah di IKIMfm membicarakan halal haram tanda cinta Allah kepada manusia.

Islam terbit daripada dua perkataan iaitu 'aslama' yang bermaksud menyerah diri dan 'salam'. Manusia beragama Islam akan terus taat pada perintah Allah SWT dan menyerahkan diri kepada-Nya, sesuai dengan maksud Islam itu agama selamat untuk setiap individu Muslim.

Kalimah syahadah yang diucapkan menyaksikan bahawa pendirian umat Islam itu teguh dan patuh pada ALLAH SWT mengikut syariat Islam.

Ustaz Rushdi Ramli Al-Jauhary menerusi rancangan Islam Itu Indah di IKIMfm membicarakan tajuk 'Halal haram tanda cinta Allah pada manusia' berkata, Islam agama yang membimbing kepada cara hidup betul (way of life) dari setiap aspek kehidupan.

Malah ia memberi mesej pengisian meliputi hukum, patuh, taat dan tunduk. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu." (Surah al-Ma'idah, ayat 3)

Istilah halal merujuk kepada perkataan 'halla' bermaksud merungkai dan melepaskan. Kalimah haram merujuk perkataan (mamnu') yang membawa maksud hormat.

Hukum halal dan haram dalam Islam bertujuan menjaga kehormatan agama, memelihara maruah diri dan menyediakan sebuah peradaban yang tinggi nilainya.

Agama Islam mempunyai sistem dan rukun tertentu berpandukan al-Quran dan sunah Rasulullah SAW. Oleh itu, Islam agama lengkap dan menyeluruh serta sesuai untuk kehidupan manusia tidak mengira bangsa mahupun keturunan walau di tempat berbeza.

Menjaga nasab, keturunan

Hukum halal dan haram turut mempengaruhi penjagaan harta benda. Contohnya, Allah SWT menjaga kehormatan manusia melalui harta benda mereka dengan mengharamkan amalan riba dalam sistem jual beli supaya harta tidak mudah diambil oleh orang lain tanpa mengikut syarat tertentu.

Selain itu, kepentingan halal dan haram juga untuk menjaga nasab dan keturunan supaya manusia tidak terjebak perlakuan zina yang menjerumuskan kepada kehinaan dan mengundang balasan dosa daripada Allah SWT.

Apabila kaedah halal dan haram diutamakan, maka akal manusia turut terpelihara daripada perkara merosakkan kewarasan fikiran seperti minuman keras.

Umat Islam tidak perlu risau dan terbeban dengan istilah haram kerana Allah SWT mengetahui apa yang terbaik untuk umat-Nya. Firman-Nya yang bermaksud: "Dialah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikat-Nya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah rahmat-Nya kepada orang yang beriman (di dunia dan akhirat)." (Surah al-Ahzab, ayat 43)

Oleh itu, perkara buruk yang berlaku kepada manusia seperti fitnah, mengumpat dan menjatuhkan maruah sesama Muslim amat ditegah dalam agama Islam untuk menjaga kehormatan sesama insan.

Kasih sayang Allah SWT kepada umatnya amat jelas dan nyata tanpa mengira harta, pangkat atau darjat. Justeru, umat Islam perlu terus istiqamah bertakwa kepada Allah SWT dengan sesungguhnya serta sentiasa bermuhasabah diri.

Tidak gadai akidah kerana habuan dunia

Mukmin yang diberikan kefahaman agama tidak akan sanggup menggadaikan akidah semata-mata untuk mendapat habuan dunia, tidak akan mencintai dunia hingga melupakan kehidupan di hari akhirat.

Mereka sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya. Allah SWT mengingatkan umat Islam dalam firman yang bermaksud: "Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)." (Surah al-An'am, ayat 160)

Undang-Undang Keluarga Islam lebih adil, pragmatik

UNDANG-UNDANG Keluarga Islam yang digubal dan diluluskan di negeri-negeri di negara ini merupakan undang-undang bertujuan menyatukan peruntukan mengenai perkahwinan, nafkah, penjagaan dan perkara lain berkaitan kehidupan berkeluarga. Ia hanya terpakai bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam sesuatu negeri itu.

Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 pula adalah akta berkaitan perkahwinan monogami, pengupacaraan, pendaftaran perkahwinan dan perceraian, ia hanya terpakai kepada orang bukan Islam mengikut syarat-syarat tertentu. Perkahwinan di bawah akta ini juga tidak boleh dilangsungkan sekiranya satu pihak beragama Islam.


SEKIRANYA berlaku perceraian, seorang bapa mengikut Undang-Undang Sivil hanya perlu menanggung anaknya sehingga berusia 18 tahun, berbeza dengan undang-undang Islam iaitu selagi tidak bekerja atau mempunyai pendapatan sendiri. - GAMBAR HIASAN

Walaupun kedua-dua undang-undang ini berkisar dalam tajuk kekeluargaan atau hubungan dalam institusi kekeluargaan namun terdapat banyak perbezaan antara kedua-duanya. Antaranya:

- Perkahwinan sivil mengiktiraf kedudukan anak tidak sah taraf dan anak angkat.

- Mereka akan menikmati faedah yang sama dengan anak kandung.

- Berbeza dengan undang-undang Islam yang mementingkan kekeluargaan iaitu hanya mengiktiraf anak yang dilahirkan selepas enam bulan qamariah sahaja sebagai anak yang sah.

- Anak angkat tidak menikmati faedah sama seperti dinikmati anak kandung umpamanya dari segi pewarisan harta pusaka.

- Seksyen 50 akta tersebut juga menyekat sebarang permohonan perceraian bagi orang bukan Islam.

- Petisyen perceraian tidak boleh diserahkan kepada Mahkamah sebelum tamat tempoh dua tahun dari tarikh perkahwinan melainkan terdapat keadaan atau kesusahan terkecuali yang dideritai oleh pihak itu atau untuk menjaga kepentingan anak.

- Undang-Undang Islam tidak membuat sekatan seperti itu, suami atau isteri boleh memfailkan permohonan perceraian pada bila-bila masa selepas perkahwinan.

- Seksyen 53 akta itu memerlukan pihak memohon perceraian menyatakan alasannya. Piawaian alasan yang diterima ialah perkahwinan itu telah pecah belah dan tidak dapat dipulihkan lagi. Mahkamah boleh menyiasat dan pemohon mesti mengemukakan bukti antara satu daripada berikut:


  • Penentang berzina dan pemohon tidak tertahan lagi untuk tinggal bersama;


  • Penentang mempunyai tingkah laku tidak terjangka menyebabkan agak tidak munasabah untuk pemohon tinggal bersama;


  • Penentang meninggalkan pemohon sekurang-kurangnya dua tahun; atau


  • Mereka tinggal berasingan sehingga dua tahun


- Undang-Undang Islam tidak memerlukan sebarang alasan untuk membubarkan perkahwinan umpamanya talak.


  • Jika terdapat penyalahgunaan talak, suami akan menanggung akibat lain seperti membayar saguhati perkahwinan (mutaah).


  • Ini menunjukkan keindahan dan keanjalan undang-undang Islam agar ia dapat disesuaikan dengan suasana serta kehendak masyarakat.


- Mahkamah Sivil - tuntutan harta sepencarian, sumbangan dalam bentuk wang, harta atau kerja perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum aset itu boleh dikategorikan sebagai aset perkahwinan atau harta sepencarian.


  • Hutang pihak-pihak dan keperluan anak juga perlu diambil kira di dalam membuat perintah pembahagian di Mahkamah Sivil.


- Bagi wanita Islam, pembahagian sebanyak 1/3 boleh diberikan. Sekiranya isteri tidak bekerja dan tidak menyumbang secara langsung, dia masih layak mendapat 1/3 daripada harta sepencarian mereka.


  • Pembahagian sebegini tidak berlaku di Mahkamah Sivil kerana isteri masih lagi menanggung beban untuk membuktikan sumbangannya.


- Mahkamah Sivil - sesuatu perintah nafkah kepada isteri akan sah sehingga suami atau isteri itu mati jika harta tidak bercagar.


  • Terhenti apabila mati suami atau isteri yang untuknya perintah itu dibuat jika harta yang ditinggalkan itu harta bercagar atau apabila suami atau isteri itu berkahwin semula atau hidup dalam penzinaan dengan orang lain.


- Dalam Islam, hak isteri untuk mendapat nafkah adalah hanya untuk tempoh tiga kali suci sahaja atau jika isteri tersebut mengandung sepanjang tempoh itu mengikut yang mana lebih panjang atau jika isteri telah putus haid selama empat bulan sahaja nafkah wajib diberikan oleh suami.

PENJAGAAN, NAFKAH ANAK

- Mahkamah Sivil - bapa hanya perlu menanggung nafkah anaknya sehingga berusia 18 tahun sahaja. Jika anak tersebut hilang upaya maka nafkah wajib diberikan sehingga tidak lagi berada dalam keadaan hilang upaya itu.


  • Masalah akan timbul apabila anak hasil perkahwinan tersebut memasuki universiti yang semestinya berusia melebihi 18 tahun.


  • Bapa tidak lagi bertanggungjawab menanggungnya, ini akan menyebabkan kebajikan terabai dan tidak dapat memfokuskan terhadap pelajaran.


- Situasi ini tidak berlaku bagi Undang-Undang Keluarga Islam kerana tanggungjawab bapa memberi nafkah berlanjutan selagi anak tersebut tidak bekerja atau mempunyai pendapatannya sendiri.

- Kebajikan anak dalam Undang-Undang Keluarga Islam lebih terjamin berbanding yang termaktub mengikut Undang-Undang Sivil

Berdasarkan contoh-contoh yang dikemukakan, jelaslah bahawa memang terdapat perbezaan antara peruntukan dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dengan Undang-Undang Keluarga Islam yang lebih anjal, pragmatik dan adil berbanding undang-undang lain.

Bersatu banteras ancaman liberalisme

PENGARUH dan ancaman liberalisme sememangnya diketahui umum sebagai satu agenda yang sangat berbahaya terutama kepada umat Islam kerana kefahaman tersebut menerapkan kebebasan melampau.

Tidak sahaja menolak dan menyisihkan syariah dalam kehidupan serta cara hidup umat Islam, malah liberalisme juga cuba menghapuskan sistem kesultanan dan masyarakat Melayu berdaulat di negara ini.

Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harrisberkata, pengamal fahaman Barat yang telah menular di negara ini cuba untuk menghapuskan institusi keagamaan, selain menidakkan institusi diraja di Malaysia.

Beliau yang turut bertugas di Pusat Pengajian Lanjutan Mengenai Islam, Sains dan Tamadun (Casis), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, bagi liberalisme, semua perkara tersebut tidak lagi relevan dan perlu dihapuskan, sekali gus menerapkan nilai kebebasan melampau.

Jelas beliau, ancaman liberalisme bukan sahaja akan memberi kesan besar kepada masyarakat majmuk di negara ini, malah sebagai ancaman terbesar kepada negara, agama Islam serta kelangsungan bangsa Melayu.

“Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah negara berpegang kuat kepada ajaran agama Islam, maka perkara ini yang mahu dihapuskan oleh pendukung fahaman liberalisme.

“Ini kerana liberalisme menolak segala kepercayaan dan autoriti dalam beragama termasuk autoriti Allah SWT dan Rasul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pembentangan tajuk Mendepani Arus Muslim Liberal dan Pluralisme Agama bagi Sesi Percambahan Fikiran Wasatiyyah Siri II anjuran Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) di Putrajaya, baru-baru ini.

Pengarah IWM, Datuk Mohd. Yusof Din mempengerusikan sesi percambahan fikiran tersebut.

Yang turut hadir, Timbalan Dekan Fakulti Tun Abdul Razak Sekolah Pengajian Kerajaan, Datuk Dr. Muhammad Hamzah; Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Halim Shin; Ketua Unit Integriti Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Zakkuan Talib; wakil Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dan Institut Integriti Malaysia.

GERAKAN TERSUSUN

Mengulas lanjut, Khalif Muammar berkata, gerakan liberalisme di negara ini sememangnya tersusun malah mempunyai dana yang diperoleh dari luar, selain diperkuatkan dengan jaringan yang luas dan hebat.

Katanya, bukan sahaja mahu Malaysia mengikut aliran liberalisme, lebih teruk lagi apabila mahu negara ini mengikut telunjuk golongan tersebut sepenuhnya seperti mana yang telah berjaya dilaksanakan di negara-negara luar.

Menurutnya, usaha penyebaran dan penularan idea liberalisme di negara ini giat dijalankan oleh golongan tersebut sehingga tujuan utama untuk mengamalkan ajaran Islam terhakis dan peranan institusi-institusi Islam di negara ini dapat dihapuskan.

“Mereka cuba menukar pemerintahan dan sistem politik di negara ini. Oleh yang demikian, mereka cuba memasuki dan menyebar luas idea liberalisme menerusi saluran politik,” tegasnya.

Selain itu, katanya, golongan liberalisme di negara ini cuba menguasai masyarakat dengan menumpukan golongan muda terpelajar sebagai sasaran utama.

Jelasnya, bukan sahaja golongan muda negara mudah diperdayakan dengan idea yang dibawa kononnya segar dan baharu seiring dengan peredaran zaman, malah golongan yang naif itu mudah dipergunakan sebagai pemimpin masa hadapan untuk menyebar luas fahaman tersebut.

“Golongan bijak pandai ini mahu dibentuk untuk menjadi tonggak kepimpinan golongan liberalisme pada masa hadapan dan cuba digunakan untuk mendapat sokongan, selain dalam masa yang sama dibentuk menjadi golongan pemimpin yang mempunyai corak pemikiran yang sealiran dalam liberalisme itu,” katanya.

SEMAKIN BERBAHAYA

Tambahnya, pengaruh kumpulan tersebut dilihat semakin lama semakin besar dan kuat, maka tindakan segera perlu dilakukan oleh agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Malaysia.

Beliau berkata, apabila suara-suara liberalisme, persamaan dan kebebasan ini bersama hak kebebasan semakin berpengaruh, maka pastinya akan merubah landskap politik negara dan lebih malang apabila peradaban Melayu juga akan terhapus.

“Adakah sistem pemerintahan sekarang yang dilihat berjaya mempertahankan kedaulatan Islam dapat dikekalkan pada masa hadapan sekiranya liberalisme meluas di negara ini? Adakah ia juga mampu memelihara sistem kesultanan dan kuasa Melayu untuk dipertahankan?.

“Langkah terbaik untuk membendung ancaman ini, semua agensi dan NGO Islam di seluruh negara perlu bertindak dan bekerjasama membendung fahaman salah ini. Semua jabatan agama Islam negeri perlu memainkan peranan masing-masing.

“Jangan hanya berharap kepada satu atau dua agensi sahaja melaksanakan tugas membendung gejala negatif ini. Pihak yang faham tentang keburukan liberalisme ini perlu bertindak mengatasinya daripada terus menular dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Menerapkan kebebasan melampau - menyisihkan syariah daripada kehidupan, hapuskan sistem beraja, masyarakat Melayu berdaulat.

Gerakan tersusun, peroleh dana besar dari luar negara, mempunyai jaringan luas.

Cuba tukar sistem pemerintahan negara melalui saluran politik.

Menumpukan golongan muda terpelajar dengan idea kononnya segar, selari peredaran semasa.

Golongan sasaran ini bakal diangkat menjadi tonggak kepimpinan masa hadapan.

Pengaruh semakin kuat, tindakan segera amat perlu dilakukan bagi membendungnya. - Utusan Malaysia Rencana 05 Oktober 2016 6:00 PM

Hijrah manifestasi integriti

MENGHADIRI Sambutan Maal Hijrah 1438 pada Ahad, 2 Oktober lalu di Taman Ekspo Agro Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Selangor meninggalkan seribu kenangan dan kesedaran tentang kerdilnya diri ini berbanding pengorbanan yang dilalui oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dalam menobatkan syiar Islam di bumi Allah SWT.

Sambutan Maal Hijrah tahun ini menyaksikan Tun Dr. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah kali ke-21. Anugerah ini mula diperkenalkan pada sambutan Maal Hijrah 1408 yang menyaksikan Dr. Sheikh Mohamad Idris Abdul Rauf Al Marbawi, tokoh ilmuwan Islam berasal dari Lubuk Merbau,Kuala Kangsar, Perak, dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah yang pertama.

Tema sambutan tahun ini iaitu Ukhuwah Islamiah Asas Penya­tuan Ummah adalah menepati permasalahan utama yang sedang kita hadapi di Malaysia dewasa ini iaitu kesukaran untuk menyatukan umat Islam di bawah satu wadah kerana fahaman politik yang berbeza sehingga menyebabkan umat Islam yang meliputi 63.4 peratus daripada penduduk negara ini terus terumbang-ambing dalam kancah perpecahan.

Mengimbau kembali kronologi peristiwa Hijrah, maka banyak nilai integriti yang boleh kita pelajari daripada peristiwa yang berlaku pada 28 Mei tahun 622 itu, iaitu perjalanan Nabi SAW sejauh 340 kilometer (km) dari Mekah ke Madinah. Hijrah mengajar kita akan keperluan untuk berubah daripada amalan yang buruk kepada yang baik. Dalam tahun 620M, Nabi SAW telah berjumpa dengan enam orang daripada suku Bani Khazraj yang berasal dari Madinah yang kemudiannya setelah mendengar akan dakwah baginda telah secara ikhlas memeluk Islam .

Pada tahun 621 iaitu ketika musim haji berikutnya, lima daripada mereka telah membawa seramai tujuh orang lagi warga Madinah bertemu Nabi SAW dan berjanji untuk beriman kepada Tuhan yang satu dan meninggalkan segala amalan keji sebelum ini seperti mencuri, berzina serta membunuh dan peristiwa itu dikenali dengan Baitul Aqabah I.

Atas permintaan mereka, Rasulullah telah menghantar Mus’ab Ibn ‘Umair untuk mengajar orang-orang Madinah tentang Islam. Di musim haji yang seterusnya, seramai 75 orang warga Madinah dari suku kaum Aus dan Khazraj telah datang menemui Nabi SAW dan menyatakan kesetiaan akan melindungi Nabi SAW dan seluruh delegasinya sekiranya mereka berhijrah ke Madinah di mana Nabi SAW telah menjadi pendamai kepada kedua-dua suku kaum yang telah bermusuhan sejak sekian lama. Peristiwa ini dikenali sebagai Baitul Aqabah II.

Hijrah mengajar kita akan erti pengorbanan. Sewaktu kaum Quraish bermesyuarat untuk membunuh Nabi SAW dan Nabi menerima wahyu untuk berhijrah, maka baginda telah berbincang dengan Saidina Abu Bakar untuk bersembunyi di Gua Thur. Pada malam baginda dikepung oleh pihak musuh, Saidina Ali bin Abi Talib telah sanggup untuk tidur di tempat tidur Nabi SAW bagi mengabui mata pihak musuh yang datang untuk membunuh baginda meskipun kesanggupannya itu berkemungkinan boleh meletakkan nyawanya dalam bahaya.

Dalam pada itu, Saidina Abu Bakar telah sanggup menemani Nabi SAW bersembunyi di Gua Thur selama tiga malam dalam keadaan serba kekurangan dan kesulitan sehinggalah pada 17 Mei 622, rombongan baginda memulakan perjalanan ke Madinah dan akhirnya pada 8 Rabiulawal 1 Hijrah atau 24 Mei 622M, rombongan itu sampai ke Quba’ di mana di situlah Nabi SAW telah mendirikan masjid yang pertama dalam sejarah Islam.

Meskipun menghadapi pelbagai rintangan dalam perjalanan dan dikejar oleh tentera musuh diketuai oleh Suraqa bin Malik yang ditawarkan ganjaran 100 ekor unta untuk memburu baginda, Nabi SAW akhirnya sampai ke Madinah pada 12 Rabiulawal 1 H atau 28 Mei 2016. Setibanya di Madinah, baginda disambut dengan penuh rasa persaudaraan oleh orang-orang Ansar yang memberikan apa jua bantuan kepada golongan Muhajirin meskipun mereka sendiri hidup dalam kekurangan.

Inilah satu nilai integriti yang cukup mulia iaitu rasa persaudaraan sesama Islam yang melepasi batasan kaum dan keturunan bagi membantu saudara sesama Islam yang berada dalam kesusahan. Kemuliaan hati orang-orang Ansar Madinah itu diceritakan di dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), dari diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang yang beruntung.” (Surah Al-Hasyr-59 : 9).

Justeru, bersempena dengan Maal Hijrah 1438 maka adalah wajar bagi kita untuk mempereratkan persaudaraan sesama Islam, mengambil semangat ukhuwah silaturahim yang ditunjukkan oleh orang Ansar kepada orang Muhajirin di samping sentiasa menampilkan sikap toleransi dan rasa penghormatan yang tinggi kepada penganut pelbagai agama di negara ini demi untuk melahirkan sebuah masyarakat madani yang berintegriti tinggi menjelang tahun 2020 sepertimana yang digariskan dalam Pelan Integriti Nasional.

Penulis ingin menghayati lagu yang dinyanyikan oleh suku kaum Ansar kepada saudara-saudara mereka suku kaum Muhajirin sewaktu Nabi SAW dan rombongannya memasuki Madinatul Munawarah (Bandar Bercahaya): “Tala’al badru alayna, Min thaniyati al-Wada’, Wajab-al syukru alayna, Ma da’a lillahi da’, Ayyuha al-mab’uthu fina, ji’ta bil-amri al-muta’,ji’ta syaraft al – madina, Marhaban ya khayra da’”.

Maknanya: “ Wahai bulan purnama yang terbit ke atas kita, dari lembah Al Wada’, Dan wajiblah kita mengucapkan kesyukuran, di mana seruan adalah kepada Allah. Wahai anda yang dibesarkan dalam kalangan kami, datang de­ngan seruan untuk dipatuhi. Anda telah membawa ke bandar ini kemuliaan. Selamat datang penyeru terbaik ke jalan Allah.”- Anuar Ahmad Utusan Malaysia Rencana 05 Oktober 2016 6:00 PM