October 13th, 2016

Perbaharui taubat tanda insaf

Setiap manusia tidak terlepas melakukan dosa. Justeru mereka yang bertaubat dan menyedari kesilapan adalah mereka yang keluar daripada gelap-gelita. Ustaz Muhammad Syaari Abd Rahman menerusi segmen Ibrah di IKIMfm mengajak pendengar sentiasa memperbaharui taubat.

BIARLAH kita menjadi air mengalir yang dapat memberi manfaat kepada hidupan lain dan janganlah jadi seperti air bertakung yang hanya berkeladak dan kotor.

Allah SWT sering kali menggambarkan dalam syurga, bagaimana airnya mengalir di sana sini. Begitulah gambaran kehidupan kita supaya sentiasa mengalir dan bergerak dari satu prestasi ke prestasi yang lebih baik.

PERJALANAN hidup tidak selamanya gelap-gelita, akhirnya akan muncul cahaya. - Foto hiasan


Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman melalui segmen Ibrah di IKIMfm berkongsi kisah mengenai perjalanan kehidupan yang perlu melalui proses hijrah. Katanya, hidup ini seperti fenomena peralihan malam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Maka Aku bersumpah, demi mega; Dan malam serta segala yang dihimpunkannya; Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama: Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)." (Surah al-Insyiqaq, ayat 16-19)

Apabila Allah SWT bersumpah dengan perjalanan malam itu, maka Allah SWT hadirkan kesimpulan daripadanya.

Jika beginilah sifat malam, bermula daripada gelap yang tidak sepenuhnya kemudian menjadi gelap gelita dan akhirnya muncul cahaya daripada purnama yang terang.

Sabar, positif dalam hidup

Begitulah perjalanan kehidupan, ada kalanya kita rasa dalam kegelapan tanpa cahaya dan tempat bergantung, namun kita perlu sabar, positif dan terus bergerak kerana pasti akan ada cahaya yang menanti.

Kita perlu terus melakukan perubahan dan pergerakan serta sentiasa memperbaharui taubat. Orang yang sentiasa memperbaharui taubatnya adalah orang yang menginsafi berada dalam kegelapan lalu ingin keluar daripada gelap-gelita itu.

Manusia sering melakukan kesilapan, tetapi sebaik-baik manusia ialah setelah menyedari kesilapan, maka bersegera insaf dan bertaubat.

Rasulullah SAW bersabda: "Hijrah tidak pernah terputus sampai pintu taubat tertutup dan pintu taubat tidak tertutup hingga matahari terbit dari arah barat." (Riwayat Abu Dawud)

Berubahlah supaya kita tidak dikalahkan oleh rasa selesa yang merosakkan. Kita patut belajar daripada kesilapan Nabi Adam dan Hawa yang pernah melakukan kesilapan.

Ia bukan suatu perkara sia-sia yang ditakdirkan Allah SWT, tetapi pengajaran bahawa kita tidak terlepas daripada dosa dan bersegeralah bertaubat.

Syurga dan neraka disediakan untuk manusia. Yang membezakannya ialah bagaimana neraka disediakan buat pendosa yang ketika hayatnya tidak pernah beristighfar serta bertaubat atas segala dosanya.

Pertingkat diri jadi lebih hebat

Syurga pula buat mereka yang segera bertaubat selepas mengakui kesilapan dan dosa yang telah dilakukan, menginsafi untuk tidak kembali kepada dosa yang lalu.

Justeru, jangan takut meninggalkan zon selesa untuk menghadapi keadaan lebih mencabar. Sebaliknya, serlahkan bakat yang dianugerahkan Allah SWT untuk mempertingkat diri menjadi lebih hebat.

Sering kali kita berada pada satu tahap sehingga datang ujian Allah SWT.

Andai ujian Allah SWT adalah asbab untuk menyerlahkan potensi kita pada tahap lebih baik, biarlah ujian itu juga menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya serta sentiasa menginsafi segala dosa kesilapan kita.

Persaudaraan jamin keamanan dunia

Islam agama yang mementingkan hubungan persaudaraan. Hubungan silaturahim yang baik dan erat kunci kepada keamanan dunia.

Ustaz Rushdi Ramli Al-Jauhary dalam program Islam Itu Indah di IKIMfm membicarakan mengenai persaudaraan mengikut konsep Islam.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali-Imran, ayat 159)

Keterangan ayat itu menjadi sumber inspirasi kepada keazaman umat Islam untuk istiqamah ke arah kebaikan dengan bermujahadah (berpenat lelah) kepada Allah SWT.

Umat Islam yang soleh dan solehah menjadi produk untuk mempamerkan kebaikan dan menjalin hubungan baik kepada seluruh warga dunia.

HORMAT menghormati dalam kalangan ahli keluarga perlu dipupuk sejak kanak-kanak.


Sesuai dengan mesej itu, Ustaz Rushdi Ramli Al-Jauhary dalam program Islam Itu Indah membicarakan tajuk 'Islam agama persaudaraan melangkaui bangsa dan bahasa.'

Katanya, pengertian Islam dari sudut bahasa turut membawa maksud 'thariq' yang bererti jalan kehidupan menjadi panduan merangkumi semua aspek kehidupan. Islam juga membawa maksud 'hukmu' menterjemahkan hukum-hakam yang menjadi prinsip kehidupan.

Keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT yang menjadi prinsip utama agama Islam memberi pendekatan keamanan dibawa oleh agama ini. Oleh itu, orang yang beriman akan selalu memberi keamanan kepada orang lain.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Rahmat persaudaraan

Justeru, apabila umat Islam menghubungkan persaudaraan, mereka akan mendapat rahmat kasih sayang Allah SWT selain dikurniakan pahala dan balasan syurga yang diidamkan dapat dikecapi dengan pengampunan serta syafaat daripada Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda: "Orang Islam yang sebenar adalah orang yang tidak mengganggu orang Islam lain baik dengan lidah mahupun tangannya dan orang yang hijrah itu adalah orang yang hijrah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah." (Riwayat al-Bukhari)

Agama Islam bukan milik sesuatu bangsa sahaja. Perhubungan persaudaraan Islam dapat dilihat apabila tiba musim haji di mana ia adalah himpunan terbesar umat Islam membawa mesej luas untuk disahut setiap umat Islam di seluruh dunia tidak mengira bangsa, bahasa mahupun tempat.

Perkukuh silaturahim

Persaudaraan dan silaturahim dibawa Islam menjadi inti pati utama menentukan keamanan dunia yang membawa keberkatan di akhirat. Rasulullah SAW telah berpesan: "Tidak akan masuk syurga bagi orang yang memutuskan silaturahim." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Amalan mentauhidkan Allah SWT, mendirikan solat, berpegang teguh kepada sifat jujur dan menjauhkan diri daripada perbuatan buruk adalah modul lengkap disediakan Allah SWT kepada hamba-Nya.

Sifat umat Islam akan menjadikan persaudaraan manusia itu istimewa apabila mereka berpegang teguh kepada kalimah 'hablun minan nas' seimbang dengan 'hablun minallah' untuk berpaut kepada pertalian Allah SWT.

Oleh itu, persaudaraan dalam Islam yang menjadi konsep hubungan antara manusia di seluruh dunia dapat melahirkan keharmonian dunia dan akhirat.

Keseimbangan hidup yang bahagia di dunia dan akhirat akan terus dapat dikecapi dengan berpandukan seruan Allah SWT.

Khutbah Jumaat “Kebersamaan memerangi rasuah”

Petikan Khutbah Jumaat 14 Oktober 2016 / 13 Muharram 1438 JAKIM

“Kebersamaan memerangi rasuah”


Ajaran Islam telah menetapkan bahawa menjadi tanggungjawab dan kebersamaan umat Islam untuk melaksanakan aktiviti amar makruf (menyuruh melakukan kebaikan) dan nahi munkar (mencegah melakukan kejahatan). Dalam hal ini kita berperanan untuk menyeru, mengajak atau memanggil manusia agar beriman dan mentaati segala perintah Allah SWT dalam memastikan lima perkara asas (al-Kuliyaat as-Syar’iah al-Khams) iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dipelihara dengan sebaik mungkin. jakim.jpg

Yang perlu kita pastikan ialah pelaksanaan tanggungjawab ini hendaklah dilakukan dengan penuh amanah. Jika tidak, maka segala bentuk kemungkaran dan kemaksiatan akan berleluasa serta kebenaran tidak dapat ditegakkan.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat 27:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”

Masalah rasuah yang dibincangkan oleh masyarakat ini adalah sebahagian daripada perkara mungkar malah merupakan satu jenayah yang membimbangkan semua pihak. Apatahlagi, ia telah menular dan menjadi darah daging dalam kehidupan masyarakat manusia di semua tempat persis penyakit barah yang sedang merebak dalam tubuh negara. Andaikan perkara ini berlanjutan, sudah pasti ia semakin membesar, memakan dan mereput tonggak-tonggak utama negara sekaligus menggugat keimanan dan menggoncang ketetapan hati sehingga mengakibatkan bencana yang besar kepada negara.

Cetusnya kegelisahan ini adalah kerana rasuah yang berleluasa boleh menghakis sistem keadilan, nilai-nilai murni, dan menggugat pemerintahan secara demokratik. Seterusnya, akan lahir anggota masyarakat yang berperibadi buruk lagi hina kerana rela menggadai maruah agama dan diri demi mengejar wang ringgit, pekerjaan, jawatan, pangkat, hadiah dan sebagainya. 

Berdasarkan laporan, lazimnya penglibatan rasuah dalam politik, sektor perkhidmatan awam, swasta dan orang awam adalah meliputi perbuatan meminta dan menerima suapan, menawar dan memberi suapan, membuat tuntutan palsu dan menyalahguna kedudukan jawatan untuk tujuan suapan.

Barangkali kita terlupa bahawa Allah SWT telah menegaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 188:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Kenyataan ini ditegaskan lagi oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh at-Tabrani:

Mafhumnya: “Daripada Ibnu Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda: Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”. (HR at-Tabrani)

Persoalan besar timbul ialah mengapa amalan jenayah rasuah ini berlaku?. Ya, berdasarkan laporan antara lain ia berpunca daripada kegagalan individu dalam mengawal nafsu yang besar, bersifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja.

Sememangnya ini bertepatan dengan pesanan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ka’ab bin ’Iyadh RA:
Mafhumnya: ”Daripada Ka’ab bin ’Iyadh RA belia mendengar Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya setiap umat ditimpa fitnah (ujian); dan fitnah bagi umatku ialah harta”.

Dalam nada yang sama, Imam Ibnu al-Qayyim menegaskan bahawa antara perkara yang menjadi penghalang bagi umat Islam ialah terjadinya fitnah syubhat (kekeliruan) dan fitnah syahwat (dorongan hawa nafsu). Secara tuntas, mereka yang terlibat dengan jenayah ini membawa implikasi buruk terhadap sistem pembahagian kekayaan negara yang tertumpu kepada orang tertentu sahaja, meningkatkan kadar inflasi dan berleluasanya kezaliman dalam masyarakat. Lebih malang lagi, ia merugikan golongan yang berpenat lelah mencari rezeki halal menggunakan tulang empat kerat yang tidak terlibat secara langsung dengan pengurusan harta negara.

Dengan adanya agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kes jenayah rasuah seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mimbar yakin lebih banyak manfaat akan dapat diraih oleh masyarakat dan negara. Namun, perjuangan ini tidak membawa apa-apa kesan sekiranya tiada kebersamaan dari pelbagai pihak dan masyarakat untuk memastikan rasuah dibanteras. Justeru, kesedaran, sokongan dan peranan semua pihak amat diperlukan bagi menyokong segala aktiviti dan usaha mencapai matlamat.

Ingatlah! isu rasuah adalah isu rakyat. Untuk itu, setiap rakyat perlu benar-benar merasai kehadiran SPRM seolah-olah ia kepunyaan kita bersama. Di samping itu, SPRM juga akan mengekalkan nilai integriti dan sentiasa menjalin kemesraan dengan rakyat di sebalik ketegasannya dalam membela rakyat memerangi perasuah secara habis-habisan. Mimbar berharap keseriusan kita memerangi jenayah rasuah ini secara bersama dapat melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan mahu pun swasta sebagaimana yang dituntut oleh syarak dan menepati hasrat kerajaan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2,
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:


Pertama: Nilai integriti dan sifat amanah dapat menjadi benteng kepada sebarang perilaku negatif termasuk gejala rasuah.
Kedua: Menjadi golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran akan menambahkan kemakmuran bumi Allah SWT dengan benih-benih kebaikan.
Ketiga: Prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti hendaklah diserapkan ke dalam ketetapan minda (mind set) masyarakat agar wujud rasa tanggungjawab dalam diri di samping meningkatkan tahap motivasi, kecekapan dan mutu kerja.

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” (Surah Ali Imran: 104)

Friday Sermon Text Save Our Children

Friday Sermon Text 14 October 2016AD / 13 Muharram 1438H JAWI

Save Our Children

In this age of advanced and sophisticated technologies, parents are faced with major challenges in their role of educating and developing the mental and physical needs of their children.

jawi_logo.jpgOne of the major challenges for parents is an addiction to gadgets among children. Most parents introduce and expose their children to gadgets so that they are seen as fulfilling or following the current trend.

However, do we realize that our actions actually expose our children to harm if used the gadgets are used without control? This means that many parents are negligent in fulfilling the trust and responsibility of educating their children.

Remember, Allah SWT reminded us of this negligence and irresponsibility in Surah Al-Munafiqun verse 9 Which means: “O, you who believe! Let not your riches or your children divert you from the remembrance of Allah. If any act thus, the loss is their own.”

There are benefits in using gadgets. However, if it is used beyond the recommended time and without control, it can invite many serious disadvantages. Among the adverse effects are:

First: Effects on Health and Physical Growth Children or adolescents who are too engrossed with games on these gadgets become indifferent with their surroundings. They will become inactive and lethargic, which can affect their health. All these would lead to problems affecting their bodies which is still in its growing stages. This is a total opposite of the philosophy of educating a child in Islam, which highly encourages its followers to be brave and strong. How is it possible for a generation addicted to gadgets to grow up and achieve such goal?

Second: Suppresses Mental Development and Personal Skills Using gadgets without control and limits also hinders brain development of the child, which should be developed in stages according to their age. Not only that, it may also restrict the development of their skills. When the little ones use only one or two fingers to touch the screen of the tablet to play and navigate, it is actually hindering the skill development of all their fingers. As a result, there are some children who are unable to hold a pencil properly when they enter kindergarten. In addition, it will also delay their ability to speak. If you look at the reality right now, there are some children aged two and a half years who is still unable to utter a single word due to being too active with games on gadgets. Not only children, adolescents who are too engrossed with gadgets also develop problems in relation to their attitude, having lost interest and focus in their education and learning.

Third: Negative Impact On Emotions and Soul Games on gadgets have been known to produce negative attitudes in children and adolescents. It can also stimulate rude attitudes, aggressive and impatient behaviour, especially when they want something. The reason for such behaviour is because those gadgets provide satisfaction and a feeling of accomplishment without having to expend much effort, which in turn becomes an addiction that is difficult to eliminate. When they are addicted, their emotions are unstable and will easily rebel and run amok. In addition, it also develops an attitude of indifference towards the society and environment, thus creating an introverted individual who prefers to be alone.

As parents, we are responsible for ensuring they are able to develop in a healthy environment and according to the Islamic way of life.

Allah SWT reminded us of tests and challenges in educating children through His words in Surah At-Nur verse 15: Which means: “Your riches and your children may be but a trial: but in the presence of Allah, is the highest reward.”

If we still want to provide some time for children to play with gadgets in accordance with current requirements and trends, we must ensure the following guideline is followed:

First: Ensure the child's mind and soul are ready Wait at least until the child is two years old and able to converse before we introduce them to gadgets and any related items. It should be supervised by parents in order to strengthen the relationship between them. Parents can also see the potential and development of the child. Remember that the development of a child’s hearing, sight and soul needs to be supervised, which is the responsibility of parents.

Second: Use gadgets for children’s learning Introduce them to educational programs and software. It is good for the development of their mind and soul. If you want to download a game, select one that can help encourage children to learn. Occasionally, provide interactive games to encourage children to think creatively and create successful outcomes. Avoid games that are violent or games that violate the norms of Islamic culture.

Third: Control and limit the use Schedule time for them to play and learn. In addition to that, we must also provide a guide on how to properly use the gadgets to children. Set some rules that must be complied with and always implement good examples, such as stopping the use of gadgets while eating and when speaking to others. Check the children’s’ gadgets occasionally to ensure they are not involved with any negative elements that could harm them. Alternate their use of gadgets with studying and reading the al-Quran. Make sure they perform their daily prayers when the time comes, and teach them to obey the Syariat or Islamic law from a young age.

Let us together educate and guide the next generation of the heirs of our religion, and of our nation, from an early age. At this age, children should have their personal characters developed and formed because, as they become teenagers and later, adults, educating them would be more difficult and filled with problems.

The Malay saying rings true; “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” or "To shape a bamboo, start when it is still a shoot." Another thing we need to remember is that when educating our children, we have to use love, and not use force or aggression. Encourage and guide them to do well with warm hugs and kisses of encouragement. Children will feel loved and appreciated which in turn will make them more obedient and do things cheerfully and voluntarily.

This is the Sunnah of Rasulullah SAW in educating children. Look at what was once told in a hadith recorded by Imam Al-Bukhari and narrated by A'isyah RA: َ ُ ْم، فََِا َل ه ُ َِب ِل ُ ونَ ال ِصبْيَانَ؟ فَمَا ن ُ َِب ِل ُ جَاء عَلَيِِْ وَ َسَّل مَ فََِا َل: ت ُ ه َصلَّ ى الل ِ ِإلَى الَّن بِي ٌّ ي َأ ْعرَابِي َصلَّ ى ُّ الَّن بِ مِ ْن قَلْبِ َك الَّر ْحمَةَ ُ َّ ه ك لَ َك َأ ْن نَزَعَ الل عَلَيِِْ وَ َسَّل مَ:َوََأ ْملِ ُ ُ ه . الل Which means: "A man came to Rasulullah SAW and asked:" Do you kiss children? We never kiss them." To which Rasulullah SAW said:" What else can I do if Allah has deprived affection from your heart.”

Among the conclusions which can be derived from the sermon today are:

First: The use of gadgets among children should be supervised, controlled and guided well by parents and guardians.

Second: Prove our love to children through proper education. Allowing them to play with gadgets without any control or limitations has been proven to invite more harm than benefits.

Third: Children are a trust from Allah SWT and at the same time a test for us. Educate children with guidance, interweaved with love and affection, to guarantee happiness on this earth and in the hereafter for us.

Reflect upon the words of Allah SWT in Surah Al-Hashr verse 3:Which means: “Of no profit to you will be your relatives and your children on the Day of Judgment: He will judge between you: for Allah sees well all that you do.”

Khutbah Jumaat : “Kebatilan Akidah Syiah ”

Petikan Khutbah Jumaat 14 Oktober 2016: JAIS

“Kebatilan Akidah Syiah ”

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa yang diwartakan pada 17 Oktober 2013 menyatakan, “Bahawa fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar kerana mengandungi elemen-elemen antaranya adalah seperti berikut:

jais.jpg1. Mempercayai bahawa Imam mereka adalah Maksum.
2. Mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW.
3. Mempercayai bahawa konsep Khalifah dan Imamah adalah termasuk salah satu Rukun Islam dan ia ditetapkan secara wasiat dan nas.
4. Melakukan acara menyeksa tubuh badan sempena sambutan hari Karbala pada 10 Muharram pada setiap tahun.

Pertama; kesalahan dan kesesatan ajaran Syiah adalah kerana mereka mempercayai bahawa Imam mereka adalah Maksum.

Ulama-ulama Syiah seperti Al-Kulayni dan Muhammad Husayn Ali alKashshif al-Ghita’ menyebut: Imam-Imam Syiah itu adalah disucikan dari dosa dan maksum dari sebarang kesalahan sepertimana para nabi.

Pendapat syiah ini adalah salah, menyeleweng dari ajaran Islam yang benar. Yang maksum adalah al-anbiya’, adapun manusia biasa yang tidak menerima wahyu daripada Allah walau bagaimana tinggi darjatnya sekalipun dia tetap tidak maksum.

Pendapat Syiah itu adalah melampau dengan menganggap Saidina Ali RAnhu dan imam-imam mereka yang lain sebagai maksum dan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Kedua; ajaran Syiah bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah kerana mereka mengkafirkan para sahabat Ridwanullah Alaihim dan mencela mereka, termasuk Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Saidatina Aishah dan lain-lain kecuali Saidina Ali dan beberapa orang sahaja.

Salah seorang ulama syiah yang amat masyhur iaitu Al-Majlisi, ada menyebut: Ali bin al-Husain pernah ditanya seseorang: Bahawasanya bagiku wajib ke atas kamu, tidakkah tuan memberi tahu kepada aku mengenai dua orang lelaki ini, mengenai Abu Bakar dan Umar? Jawab Ali bin al-Husain: Keduanya kafir dan kafir orang yang kasih kepada kedua-duanya (iaitu Abu Bakar dan Umar).

Dakwaan ini adalah batil, menyeleweng daripada kebenaran bahkan bertentangan dengan al-Quran dan Hadith.

Sebagai contoh bertentangan dengan ayat 100 Surah at-Taubah yang dibaca pada permulaan khutbah ini, yang mana Allah SWT dengan jelas memuji sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang terdahulu dan yang lebih awal masuk Islam.

Mereka terdiri daripada kalangan Muhajirin dan Ansar termasuk Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar RAnhuma, Allah redha kepada mereka, dan mereka redha kepada Allah, dan Allah sediakan bagi mereka syurga-syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, dan itu adalah kejayaan yang amat besar.

Menurut Abu Musa al-Ash’ari RAnhu., Sa`id bin al-Musayyab, Muhammad bin Sirin, al-Hasan dan Qatadah bahawa sahabat-sahabat yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah sahabat-sahabat yang mendirikan solat menghadap dua kiblat bersama-sama Rasulullah SAW termasuk Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab.

Dengan ini pendapat Syiah yang mencerca dan mengkafirkan saidina Abu Bakar, Umar dan lain-lain Sahabat Rasulullah adalah batil dan amat menyeleweng. Ini juga bertentangan dengan sebuah hadith riwayat alBukhari daripada Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda;“…Jangan kamu mencela sahabat-sahabatku…”.

Berasaskan kepada ayat al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW tersebut, membuktikan semua Sahabat adalah adil. Golongan Syiah yang mencerca, apatah lagi menghukumkan sahabat sebagai kafir adalah amat sesat, menyeleweng dan bukan dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ketiga; ajaran Syiah yang menyeleweng dan bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah kerana mereka mempercayai bahawa konsep Khalifah dan Imamah adalah termasuk salah satu Rukun Islam dan ditetapkan secara wasiat dan nas. Syiah beriktikad sesungguhnya Rasulullah SAW telah berwasiat, bahawa pengganti Baginda setelah wafatnya adalah Saidina Ali Bin Abi Talib RAnhu.

Al-Kulayni, salah seorang ulama Hadith Syiahtelah menulis dalam kitabnya al-Usul Min al-Kafi, antaranya Abu Ja’far berkata yang bermaksud; “…Allah telah memfardukan perlantikan itu sebagaimana Allah memfardukan solat, zakat, puasa dan haji.

Dakwaan ini menunjukkan bahawa perlantikan Saidina Ali RA sebagai pengganti Rasulullah setelah Baginda wafat adalah daripada Allah SWT sama seperti Allah memfardukan solat, puasa, zakat dan haji.

Dalam kitab ini juga, ada mentafsirkan firman Allah dalam surah alMaidah ayat 55:“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)”. Maksud و dalam ayat ini bagi golongan Syiah ialah Saidina Ali dan anak cucunya yang menjadi imam-imam bagi Syiah. Pendapat Syiah ini adalah batil dan menyeleweng daripada yang sebenar. Ini kerana;

Pertama, perkara itu hanya terdapat dalam kitab Hadith Syiah sahaja, yang kemudiannya terus disebarkan dalam kitab-kitab mereka yang lain. Ia tidak terdapat dalam sebarang kitab-kitab Hadith Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kedua, jika Hadith itu sabit daripada Rasulullah SAW nescaya Saidina Abu Bakar RAnhu sudah pasti tidak akan menerima perlantikan jawatan khalifah tersebut, kerana beliau adalah seorang yang amat berpegang teguh dengan apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW sehingga beliau digelar dengan gelaran al-siddiq.

Maka mustahil beliau akan menerima jawatan sebagai khalifah jika benar Rasulullah SAW telah menentukannya kepada Saidina Ali Bin Ali Talib RAnhu

Rasulullah SAW juga telah memuji Sahabat-Sahabat Baginda dalam beberapa Hadith. Antaranya Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya daripada Abu Hurairah RAnhu yang bermaksud; “Nabi SAW bersabda: Jangan kamu mencela sahabat-sahabatku, sekiranya seseorang daripada kamu membelanjakan (atau mendermakan) emas seumpama gunung Uhud pun tidak akan menyamai satu cupak mereka…”.

Dalam Hadith ini Rasulullah SAW menegah seseorang itu mencela Sahabat-sahabat Baginda. Ini menunjukkan bahawa para Sahabat adalah seorang yang bersifat adil, tidak melakukan pendustaan dan bersifat amanah.

Jika wasiat Rasulullah itu sabit sudah pasti mereka tidak akan mengingkarinya. Apabila mereka melantik Saidina Abu Bakar RAnhu maka ini menunjukkan Rasulullah tidak menetapkan siapa penggantinya.

Keempat; ajaran Syiah yang menyeleweng dan bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah kerana mereka menyeksa dan melukakan tubuh badan mereka sempena sambutan hari Karbala pada setiap 10 Muharram.

Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain.

Perbuatan mungkar ini adalah hanya direka-reka dan bukan daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Malah ianya menyerupai ajaran agama-agama lain.

Perbuatan ini telah bercanggah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Mas’ud RAnhu bahawa Rasulullah SAW bersabda;“Bukanlah termasuk golongan kami, siapa yang menampar pipi, merobek baju dan menyeru dengan seruan jahiliah”. (Riwayat Muslim)

Mengakhiri khutbah Jumaat pada hari ini, kita sebagai seorang muslim hendaklah memahami, meyakini dan melaksanakan perkara-perkara utama seperti berikut;

1. Umat Islam di negeri ini hendaklah berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana pegangan ketua agama Islam negeri ini.

2. Umat Islam hendaklah menolak dan menjauhkan diri daripada sebarang fahaman yang menyeleweng dan bercanggah dengan fahaman dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Syiah, Qadiani, Fahaman Liberal, Militan dan lain-lain.

3. Umat Islam di negeri ini hendaklah menghindarkan diri daripda terlibat dengan upacara-upacara sambutan Hari Karbala bersempena dengan 10 Muharram yang diamalkan oleh golongan sesat Syiah.


“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya selama-lamanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”. (Ali Imran ; 85).