October 21st, 2016

Khutbah Jumaat: “Persiapan Menghadapi Hari Yang Dijanjikan ”

Petikan Khutbah Jumaat 21 Oktober 2016: JAIS

“Persiapan Menghadapi Hari Yang Dijanjikan ”

Firman Allah SWT dalam surah ali Imran ayat 102;“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim (beragama Islam)”.

jais.jpgTahukah kita apakah hari yang dijanjikan itu? Iaitu saat dimana ditiupkan sangkakala oleh Malaikat Israfil. Pada tiupan pertama, seluruh alam ini binasa, bukit bukau menjadi debu yang berterbangan, bintang-bintang dan cakerawala gugur bertaburan, bangunan-bangunan tinggi tersungkur menyembah bumi dan pada hari itu semua makhluk menjadi binasa. Yang tinggal hanya Allah SWT yang bersifat Baqa’.

Kemudian selepas itu ditiupkan pula sangkakala yang kedua, maka seluruh umat manusia akan dibangkitkan oleh Allah SWT daripada kubur masing-masing, dan inilah yang dikatakan sebagai hari yang dijanjikan oleh Allah SWT telah tiba seperti mana yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah az-Zumar ayat 68;“Ditiupkan sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi secara mendadak, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masingmasing)”.

Dengan ini jelaslah kepada kita tentang hari yang dijanjikan itu, iaitu hari di mana setiap orang akan kembali kepada Allah SWT untuk menerima balasan bagi setiap apa yang telah kita kerjakan di dunia ini. Jika kita melakukan perbuatan yang baik, maka kita akan mendapat balasan yang baik disisi Allah SWT. Adapun sebaliknya, sekiranya kita melakukan perbuatan dosa dan maksiat maka balasan buruk akan menunggu kita di sana kelak. Ingatlah setiap apa yang dijanjikan oleh Allah SWT ini merupakan suatu yang wajib kita imani. Tidak dapat tidak, hendaklah kita meyakininya dengan sepenuh keimanan.

Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah RAnhu bahawa Rasulullah SAW bersabda;“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Pertama, pemimpin yang adil. Kedua seorang pemuda yang hidup membesar dengan beribadah kepada Allah. Ketiga seorang yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid. Keempat, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah. Kelima, seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata “Aku takut kepada Allah SWT”. Keenam, seseorang yang bersedekah secara rahsia hingga seolah-olah tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta ketujuh, seorang yang berzikir kepada Allah ketika bersendirian hingga berlinang air matanya”.

Kita tidak tahu bila kita akan mati. Kita tidak tahu bila kiamat akan berlaku. Namun apa yang perlu kita buat ialah persiapan untuk menghadapi mati yang mana ianya wajib ke atas setiap yang hidup. Ingatlah bahawa setiap perbuatan kita di dunia ini direkod oleh Allah SWT melalui dua malaikat-Nya iaitu Raqib dan Atid. Dan rekod amalan itu akan diserahkan kepada setiap insan pada hari yang dijanjikan itu.

Firman Allah SWT dalam surah al-Insyiqaq ayat 7-12;“Maka sesiapa yang diberi buku catatan amalannya di sebelah tangan kanannya, maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, dan ia akan kembali kepada kaum keluarganya (yang beriman di dalam syurga) dengan perasaan gembira. Dan sesiapa yang diberi buku catatan amalannya dari sebelah belakangnya, maka dia akan menderita (dengan) pembakaran api neraka yang marak menjulang”.

Mengakhiri khutbah hari ini, umat Islam diseru supaya;

1. Yakinlah bahawa kehidupan di dunia ini hanya untuk sementara sahaja dan kita akan bertemu pada hari akhirat kehidupan yang kekal buat selama-lamanya.

2. Yakinlah bahawa setiap amalan kita akan direkod dan diperlihatkan pada hari akhirat kelak.

3. Buatlah persiapan dengan memperbanyakkan amalan-amalan yang soleh sebelum datangnya hari kematian yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.

4. Yakinlah bahawa hanya amalan-amalan soleh sahaja yang akan dibawa bersama ketika bertemu dengan Allah SWT.

“Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); Hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang dia telah sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari mendatang (hari Akhirat). Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat Menyeluruh Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan”. (al-Hasyr; 18).

Friday Sermon Text Steadfast In Practicing The Sunnah

Friday Sermon Text 21 October 2016AD / 20 Muharram 1438H JAWI

Steadfast In Practicing The Sunnah

Indeed, the arrival of Rasulullah SAW was the greatest gift of Allah SWT upon mankind. There is no better role model to follow than him. We should emulate his personality, character and mannerisms in our daily life. It is true that there are many leaders in this world whom we can idolise, but do they all have the quality of character and personality like him? Of course, the answer is no. Even in the book entitled "100 Most Influential Persons in History" written by Michael H. Hart, the Prophet Muhammad SAW has been jawi_logo.jpgplaced at the number one position.

This clearly shows that Rasulullah SAW is the best and most special person among all human beings. Not only was he able to change people, but he was also able change the world after his death. Therefore, let us strive to emulate the way of life of Rasulullah SAW by practicing what he had carried out and performed in his life, in terms of worship, manners or even Islamic attitude, in order to achieve the pleasures and graces of Allah SWT.

This coincides with the words of Allah SWT in Surah Al-Ahzab verse 21: Which means: “You have indeed, in the Messenger of Allah, a beautiful pattern (of conduct) for any one whose hope is in the graces and blessings of Allah and the Final Day, and who engages much in the Praise of Allah.”

Among the most favoured deeds, or Sunnah, of Rasulullah SAW is the Tahajjud prayers. It is one of the voluntary prayers performed by Rasulullah SAW that we are very much encouraged to perform. This prayer is performed with a minimum of 2 rakaats, or more than 2 rakaats if able to.

Come, let us constantly perform the Tahajjud prayers, up to the point that we will regret not performing it. Sacrifice some sleep at night in order to be awarded a high position and to receive priceless rewards from Allah SWT, as mentioned in Surah Al-Isra' verse 79:Which means: “And pray in the small hours of the morning: (it would be) an additional prayer (or spiritual profit) for you: soon will your Lord raise you to a Station of Praise and Glory!”

Rasulullah SAW also performed the voluntary Dhuha prayer as a daily practice in his life. It is performed from the time the sun has risen to a certain height, until just before the time for Zuhur prayers. It can be performed two, four, six, eight or twelve rakaats according to the will of each individual.

The Dhuha prayer does not necessarily have to take place in the mosque or mussola. We can perform it in the office or at work before starting the day’s work. It only takes 5 minutes to perform and will not interfere with the productivity of our work.

Furthermore, the Dhuha prayer has a remarkably good virtue, as told in the hadith Qudsi recorded by Imam Abu Daud rahimahullah and narrated by Nu'aym bin Hammar RA, where Rasulullah SAW was reported to have said: عََّزّ وَجََّّل ُ َّّه ِ فِي َأَّوّ ِل نَهَارِكَ ٍ ل الل : يَا ابَْن آدَمَ، رَ َكعَا ُ و ُ يَق ِ عْ ِجزْنِي مِ ْن َأ ْربَع ، َأ ْكفِكَ آََِِهُ ُ لاَت . Which means: “Allah SWT said: ‘Sons of Adam, do not fail in performing four rak`ahs in the beginning of the day (the time of Dhuha) as it will be sufficient for the latter part of the day.”

Based on the hadith above, the voluntary Dhuha prayers is likened to a key that will open the eagerly awaited door of sustenance. Therefore, let us make the Dhuha prayers a daily practice in order for the sustenance we receive be increased with the permission of Allah SWT.

Rasulullah SAW was also fond of voluntary fasting. One of the voluntary fasts practiced by Rasulullah SAW was the Three (3) Day fast perfomed every thirteenth, fourteenth and fifteenth day of every Hijri month. This is also known as the White Days Fast (Yaum al-Bidh). Rasulullah SAW had also fast on Mondays and Thursdays, on the day of Arafah (which is on 9th of ZulHijjah), on the day of Ashura (which is on 10th of Muharram) and Six Days in Shawwal.

Indeed, there are many hadith that explains the advantages of voluntary fasts mentioned above. Among the hadiths that explain the virtues of fasting three days in each month, is the hadith recorded by Imam Al-Bukhari and narrated by 'Abdullah bin' Amr bin Al-Aas, where Rasulullah SAW was reported to have said: لِّهِ ُ الَّدّهْرِ ك ُ ٍم َصوْم ثَلاثََةِ َأَّيّا ُ َصوْم Which means: “Whoever fasts three days every month it is as if he had fast all his life

Such is the reward to be gained by those who fast as practiced by Rasulullah SAW. Therefore, let us train ourselves to perform voluntary fasting in order to obtain as many rewards as possible from Allah SWT.

Be aware that Rasulullah SAW also emphasized on the practice of asking for forgiveness through istighfar on a daily basis. Although Rasulullah SAW was a man above any wrongdoing and safeguarded from committing any sin or error, he still made the practice of asking for forgiveness a routine in his daily life.

This is based on the hadith recorded by Imam Al-Bukhari and narrated by Abu Hurairah Rahimahullah RA where Rasulullah SAW was reported to have said: ً بِإلَيْهِ فِي الْيوِْم َأ ْكثَرَ مِ ْن ََبْعِيْنَ مََّرّة وْ ُ ُ الَّلّه وََأ ت ُ ِإنِّي لَأ َْتَغْفِر َّّهِ و   Which means: "I swear by Allah that I seek Allah's Pardon and turn to Him in repentance more than seventy times a day." As normal human beings who cannot escape from committing sins and wrongdoings, we must continuously seek forgiveness from Allah SWT, as taught by Rasulullah SAW. Indeed, the door of forgiveness and mercy of Allah SWT is always open for His servants who are repentant

To conclude today’s sermon, the khatib would like to invite the congregation to reflect upon the following as a guide for us all:

First: Practice and perform the Sunnah of Rasulullah SAW throughout our lives.

Second: Tahajjud and Dhuha prayers as well as fasting are among the Sunnah that must be adopted and practiced in order to receive mercy and love from Allah SWT.

Third: The Sunnah of asking for forgiveness through Istighfar every day is a practice that puts us in the graces and mercy of Allah SWT.

As stated by Allah SWT in Surah Al-Ahzab, verses 45-46: Which means: “O Prophet! Truly We have sent you as a Witness, a Bearer of Glad Tidings, and Warning (to those who are unrepentant), And as one who invites to Allah's (grace) by His leave, and as a lamp that spreads light.”

jawi_logo.jpg

Khutbah Jumaat: Tanggungjawab bersama melestarikan alam sekitar

Petikan khutbah Jumaat 21 Oktober 2016 / 20 Muharram 1438 JAKIM

Tanggungjawab bersama melestarikan alam sekitar

Alam sekitar adalah anugerah Allah yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Kebanyakan makhluk, amat bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini terutamanya manusia. Apa yang jelas, Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia. Bumi yang luas dijadikan tempat
tinggal manusia, gunung-ganang sebagai pasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan.

jakim.jpgFirman Allah SWT dalam Surah ar-Rahman ayat 3 - 6:Maksudnya: Dialah yang telah menciptakan manusia. Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima penyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu kayan, masing-masing tunduk menurut peraturan-Nya”.

Namun mutakhir ini, beberapa negara di dunia digemparkan dengan kejadian bencana alam yang meragut ratusan ribu jiwa dan kerugian berbilion ringgit harta benda dalam sekelip mata. Bahkan ada kawasan yang dahulunya menghijau dan indah telah menjadi padang jarak padang tekukur. Kini, negara kita juga tidak terlepas daripada berdepan dengan kejadian bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, jerebu, ribut, kemarau dan ombak besar Tsunami. Justeru, sekiranya alam sekitar ini tidak dijaga dengan baik nescaya banyak bencana akan berlaku dan menjejaskan kesejahteraan negara.

SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,
Menyedari bencana alam adalah sebagai hak mutlak Allah SWT yang tidak diduga, maka kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam mengurus dan mengurangkan kesan bencana alam perlu dipertingkatkan. Lantaran itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri bertindak sepantas mungkin untuk menangani bencana alam bersama-sama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Namun usaha tersebut perlu diperkukuhkan melalui sokongan dan kerjasama padu semua pihak sama ada swasta, badan bukan kerajaan dan orang ramai.

Masyarakat perlu menyedari hakikat bahawa apabila bencana berlaku, masyarakat merupakan kumpulan pertama yang akan berhadapan dengan musibah tersebut. Justeru itu, penerapan terhadap kesedaran bencana dalam kalangan masyarakat adalah amat penting bagi mengurangkan impak sesuatu bencana. Pada masa yang sama, masyarakat perlu melibatkan diri secara aktif dalam pengurusan bencana ini sama ada sebelum, semasa dan selepas ia berlaku.

Bagi memastikan keselamatan kita terjamin maka langkah-langkah berikut perlu dilakukan iaitu (i) mengenal pasti dan memetakan jenis risiko bencana yang wujud di lokasi penempatan; (ii) mengenal pasti petunjuk-petunjuk awal sebelum bencana berlaku; (iii) mengenal pasti tempat selamat atau pusat pemindahan untuk berlindung sekiranya berlaku bencana; dan (iv) merancang aktiviti-aktiviti sebelum, semasa dan selepas sama ada untuk mencegah dan mengurangkan kesan bencana.

Sikap masyarakat yang sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, membersihkan saliran yang tersumbat, mengenal pasti jiran terdekat yang sukar untuk berpindah teutamanya Orang Kelainan Upaya (OKU), warga tua, wanita hamil, kanak-kanak amat diperlukan. Di samping itu, kita juga perlu menyimpan nombor-nombor perhubungan yang penting seperti pihak polis, bomba, pertahanan awam dan unit kecemasan hospital bagi memudahkan pemindahan dan proses menyelamat dilakukan.

Seiring dengan konsep khalifah yang di beri amanah untuk mengurus dan mentadbir bumi ini dengan sebaiknya, maka sangat penting kita memastikan sumber yang ada dimanfaat sebaik-baiknya serta dijauhkan daripada bencana. Ini bagi memastikan kesinambungan hidup generasi anak cucu kita yang akan datang dapat menikmati dan merasainya. Persoalannya, adakah kita meninggalkan sesuatu yang lebih baik atau sebaliknya untuk anak cucu kita?.

Firman Allah SWT dalam ayat 165 Surah Al-An’am:
Maksudnya: Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Hakikatnya, pelbagai bencana dan kerosakan alam sekitar yang berlaku di seluruh dunia, khususnya di Malaysia adalah di sebabkan oleh kerakusan dan kecuaian manusia itu sendiri. Oleh itu, kita masih mendengar kejadian pembakaran terbuka, pembuangan sampah sarap, tumpahan minyak, pelepasan kumbahan / industri, pembalakan haram dan pembukaan tanah bagi tujuan pembangunan yang tidak terkawal.

Fenomena ini mengakibatkan sering terjadi musibah dan bencana yang besar seperti banjir, pembakaran hutan, tanah runtuh, ketidaktentuan cuaca, kemarau berpanjangan, pencemaran sumber air serta udara, kejadian ternakan dan haiwan mati (sama ada di darat atau air) dan sebagainya. Hal ini telah menjejaskan urusan harian manusia dan menyebabkan tadahan air di empangan-empangan utama semakin berkurangan sehingga catuan air terpaksa dilakukan.

Firman Allah SWT dalam Surah ar-Ruum ayat 41:
Maksudnya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Sesungguhnya kejadian bencana yang menimpa di negara ini dan beberapa tempat lain di dunia perlu kita jadikan iktibar. Ia menyedarkan kita bahawa harta benda adalah pinjaman dan dunia adalah sementara sahaja. Selain itu, kita dapat melatih diri dengan sikap redha dan sabar serta menginsafi diri agar jangan sekali-kali lalai terhadap amanah Allah SWT di muka bumi ini.

Sempena dengan Hari Alam Sekitar Negara pada 22 Oktober ini, mimbar menyeru hadirin sekalian, marilah kita sama-sama berganding bahu dan bersatu padu untuk sama-sama memakmurkan bumi Allah ini dengan sebaik-sebaiknya. Ambillah manfaat segala yang ada di bumi ini tanpa melakukan pembaziran agar dapat diguna dan dinikmati oleh generasi akan datang. Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:


Pertama: Memastikan bumi ini dimakmurkan dengan sebaik-sebaiknya adalah suatu amanah dalam konteks individu, ahli keluarga, masyarakat dan juga negara.
Kedua: Amalan menjaga kebersihan persekitaran akan menjamin keseimbangan ekosistem dan merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada kita dan generasi akan datang.
Ketiga: Alam sekitar yang diuruskan dengan baik dapat mengekalkan kesihatan dan menjadikan kehidupan manusia sejahtera.

Maksudnya: Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Salih. Ia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya.(Surah Hud: 61)

Kebersamaan memerangi rasuah

AJARAN Islam menetapkan bahawa menjadi tanggungjawab umat Islam untuk melaksanakan aktiviti amar makruf (menyuruh melakukan kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah melakukan kejahatan). Dalam hal ini umat Islam berperanan untuk mengajak manusia agar beriman serta mentaati segala perintah Allah SWT dalam memastikan lima perkara asas iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dipelihara sebaik mungkin.

Pelaksanaan tanggungjawab itu hendaklah dilakukan dengan penuh amanah. Jika tidak, segala bentuk kemungkaran dan kemaksiatan akan berleluasa serta kebenaran tidak dapat ditegakkan. Firman Allah SWT di dalam surah al-Anfal, ayat 27:


MAFHUM daripada sabda Rasulullah SAW, pemberi dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka. - GAMBAR HIASAN

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”

Masalah rasuah yang berleluasa dalam masyarakat pada masa ini adalah sebahagian daripada perkara mungkar malah merupakan satu jenayah yang membimbangkan semua pihak. Apatah lagi, ia telah menular dan menjadi darah daging dalam kehidupan masyarakat di semua tempat, persis penyakit barah yang sedang merebak dalam tubuh negara.

Andaikan perkara ini berlanjutan, sudah pasti ia semakin membesar, memakan dan mereput tonggak-tonggak utama negara, sekali gus menggugat keimanan serta menggoncang ketetapan hati sehingga mengakibatkan bencana besar kepada negara.

Rasuah yang berleluasa boleh menghakis sistem keadilan, nilai-nilai murni dan menggugat pemerintahan secara demokratik. Seterusnya, bakal lahir anggota masyarakat berperibadi buruk lagi hina kerana rela menggadai maruah agama dan diri demi mengejar wang ringgit, pekerjaan, jawatan, pangkat, hadiah serta sebagainya.

Berdasarkan laporan, lazimnya penglibatan rasuah dalam politik, sektor perkhidmatan awam, swasta dan orang awam adalah meliputi perbuatan meminta dan menerima suapan, menawar dan memberi suapan, membuat tuntutan palsu serta menyalahgunakan kedudukan jawatan untuk tujuan suapan. Barangkali kita terlupa bahawa Allah SWT telah menegaskan di dalam Surah al-Baqarah ayat 188:

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi SAW bersabda: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka.” - Riwayat Tabrani.

MENGAPA RASUAH BERLAKU

Persoalan besar timbul ialah mengapa amalan jenayah rasuah ini berlaku? Berdasarkan laporan antara lain ia berpunca daripada kegagalan individu mengawal nafsu, tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja.

Sememangnya ini bertepatan dengan pesanan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ka’ab bin ’Iyadh r.a.: “Sesungguhnya setiap umat ditimpa fitnah (ujian) dan fitnah bagi umatku ialah harta.”

Dalam nada yang sama, Imam Ibnu al-Qayyim menegaskan bahawa antara perkara yang menjadi penghalang bagi umat Islam ialah terjadinya fitnah syubhat (kekeliruan) dan fitnah syahwat (dorongan hawa nafsu). Secara tuntas, mereka yang terlibat dengan jenayah ini membawa implikasi buruk terhadap sistem pembahagian kekayaan negara yang tertumpu kepada orang tertentu sahaja, meningkatkan kadar inflasi dan berleluasanya kezaliman dalam masyarakat.

Lebih malang, ia merugikan golongan berpenat lelah mencari rezeki halal menggunakan tulang empat kerat yang tidak terlibat secara langsung dengan pengurusan harta negara.

Dengan adanya agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kes jenayah rasuah seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), diyakini lebih banyak manfaat akan dapat diraih oleh masyarakat dan negara. Namun, perjuangan ini tidak membawa apa-apa kesan sekiranya tiada kebersamaan daripada pelbagai pihak dan masyarakat untuk memastikan rasuah dibanteras.

Justeru, kesedaran, sokongan dan peranan semua pihak amat diperlukan bagi menyokong segala aktiviti dan usaha mencapai matlamat.

Diharapkan keseriusan kita memerangi jenayah rasuah ini secara bersama dapat melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta sebagaimana dituntut oleh syarak.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 2:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”

Ingatlah!
 Isu rasuah adalah isu rakyat. Untuk itu, setiap rakyat perlu benar-benar merasai kehadiran SPRM seolah-olah ia kepunyaan bersama. Di samping itu, SPRM juga diharapkan dapat mengekalkan nilai integriti dan sentiasa menjalin kemesraan dengan rakyat di sebalik ketegasannya membela rakyat memerangi perasuah 
secara habis-habisan.

PEDOMAN

* Nilai integriti, sifat amanah dapat menjadi benteng kepada sebarang perbuatan negatif termasuk rasuah.

* Menjadi golongan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran bakal menambahkan kemakmuran bumi Allah dengan benih-benih kebaikan.

* Prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban hendaklah diserapkan ke dalam minda masyarakat agar wujud rasa tanggungjawab dalam diri.

“Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” (Surah Ali Imran: 104)

Integriti membasmi kemiskinan

MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui bahawa 17 Oktober (semalam) adalah International Day For Eradication of Poverty atau Hari Pembasmian Kemiskinan Dunia yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan ini dimulakan pada 17 Oktober 1987 yang mana kira-kira 100,000 orang telah berkumpul di bandar raya Paris bagi memperingati nasib mangsa-mangsa kemiskinan, keganasan dan kebuluran. Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menganggarkan terdapat seramai 1.1 bilion kanak-kanak di dunia ini yang hidup dalam kemiskinan dan 4.3 bilion atau 59 peratus daripada penduduk dunia hidup dengan pendapatan di bawah AS$5 sehari.

Bank Dunia pada Oktober 2015 telah menetapkan garis kemiskinan mutlak pada paras pendapatan di bawah AS$1.90 sehari. Sebelum ini garis kemiskinan adalah AS$1.25 pada 2008 dan AS$1 pada 1990. Dalam analisisnya, Bank Dunia menyatakan 47.5 peratus rak­yat di Afrika hidup di bawah paras pendapatan AS$1.90 sehari de­ngan negara-negara Asia Selatan di tang­ga kedua sebanyak 36 peratus dan Eropah hidup dalam suasana kemakmuran dengan penduduk di bawah garis kemiskinan hanya mencatatkan angka 0.5 peratus.

Penarafan World Bank pada 2015 itu juga meletakkan Luxembourg sebagai negara terkaya dengan pendapatan per kapita penduduk sebanyak AS$101,393 dan Burundi negara Afrika Tengah yang bergolak iaitu bekas jajahan Belgium yang mempunyai penduduk seramai 10 juta sebagai negara termiskin di dunia dengan pendapatan per kapita sebanyak AS$276 setahun. Burundi adalah tempat tinggal dua kaum utama iaitu Hutu (85 peratus) dan Tutsi (14 peratus) yang terjebak dalam persengke­taan etnik diketuai Presiden Pierre Nkrurunziza, graduan Sains Sukan berusia 52 tahun yang berdarah campuran yang mana ibunya dari kaum Tutsi dan bapanya dari etnik Hutu dan terselamat daripada rampasan kuasa oleh jeneral angkatan tenteranya pada 13 Mei 2015.


ORANG ramai menyemak kelayakan sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Padi Emas, di Johor Bahru, tahun lepas. UTUSAN

Suka atau tidak, kita terpaksa mengakui bahawa rasuah adalah faktor penyumbang utama kepada kemiskinan di dunia. Sebab itulah Transparencies International (TI) sewaktu melancarkan keputusan International Corruption Perception Index 2015 menyatakan bahawa lebih 6 bilion daripada 7.5 bilion penduduk dunia hidup dalam sistem yang korup.

Tangkapan dua orang pegawai tertinggi Jabatan Air Negeri Sabah baru-baru ini dengan rampasan ratusan juta ringgit telah memperkuatkan lagi korelasi antara ­rasuah dan kemiskinan yang mana Index Human Development - Poverty In Malaysia bagi 2012 menunjukkan Sabah mengungguli senarai sebagai negeri termiskin di Malaysia dengan catatan indeks 8.1 iaitu jauh melepasi paras purata ditetapkan iaitu 1.7 dengan Melaka dilaporkan sebagai negeri paling kurang tahap kemiskinannya iaitu pada indeks 0.1 dan diikuti rapat Selangor di tangga kedua dengan indeks 0.4.

Jika kita tinjau salah sebuah negara yang dilabelkan sebagai buruk tahap rasuahnya dalam Indeks Persepsi Rasuah TI iaitu Somalia yang hanya mencatat skor lapan peratus satu anak tangga di hadapan Syria yang berada di tangga terakhir dengan skor 4 peratus, jelas menunjukkan rakyat Somalia hidup dalam kemiskinan dan berada di tangga 172 daripada 196 negara di dunia dengan pendapatan per kapita sebanyak AS$552 setahun yang mana Presidennya, Hassan Sheikh Mohamud, 61, iaitu lulusan sarjana dalam bidang kejuruteraan dari Amerika Syarikat telah gagal untuk memulihkan sistem di negara Islam yang serba korup hingga terjebak dalam perang saudara dan keganasan berterusan.

Sebagai rakyat marhaen, kita ternanti-nanti akan kandungan Bajet 2017 yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Jumaat ini dan amat berharap agar belanjawan kali ini adalah mesra rakyat yang akan memberikan tumpuan kepada ­usaha-usaha pembasmian kemiskinan dalam kalangan masyarakat terutamanya bumipu­tera luar ban­­dar dan seterusnya me­­macu usa­ha-usaha ke arah mempertingkat­kan pendapatan rak­yat se­­jajar dengan aspirasi besar nega­ra mencapai status negara berpenda­patan tinggi iaitu pada paras AS$15,000 setahun.

Pada ketika ini, penarafan Bank Dunia 2015 meletakkan pendapatan per kapita penduduk Malaysia pada angka AS$9,501 iaitu di tangga ke-59 dunia.

Justeru, untuk mencapai kemakmuran ekonomi dan membebaskan masyarakat dari kepompong kemiskinan, semua pihak wajar bekerja keras dan memiliki naluri untuk memiliki sesuatu yang lebih daripada keperluan asas seperti diunjurkan cendekiawan Islam Ibnu Khaldun dalam karyanya Al Muqadimmah. Keprihatinan pemimpin terhadap kebajikan rakyat miskin yang tertekan kehidupannya akibat peningkatan kos hidup adalah amat perlu.

Membantu rakyat miskin berpendapatan rendah melalui bantuan-bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada kadar yang lebih tinggi, program 1Azam dan sebagainya adalah sesuatu yang amat mulia di sisi Islam ­seperti firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Iaitu orang yang mengherdik anak-anak yatim dan tidak memberi makan kepada orang miskin.” - (surah al-Maun ayat 1-3).

Kita sewajarnya memuji usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah kepe­mimpinan baharunya yang telah berjaya membongkar satu demi satu skandal rasuah, penyeleweng­an dan salah guna kuasa berskala besar dan adalah diharapkan agar usaha-usaha inklusif dan berterusan ini akan berupaya memulihkan keyakinan pelabur dan seterusnya membawa Malaysia kepada tahap kemiskinan sifar pada dekad-dekad akan datang.

Tasawuf boleh cegah rasuah

BUKU ditulis pendakwah, Pahrol Mohamad Juoi menarik untuk dibaca kerana boleh dikaitkan dengan isu pembongkaran rasuah melibatkan nilai wang yang luar biasa banyaknya di Sabah, baru-baru ini.

Apakah puncanya seseorang itu terus mengumpul wang dan harta dalam jumlah terlalu banyak walaupun tidak akan mampu menghabiskannya sehingga ke akhir hayat?

Dalam buku ini, penulis menjelaskan rasuah berpunca daripada sifat tamak yang terdapat dalam diri individu berkenaan.

“Ingin ditegaskan bahawa kemiskinan bukan sebab utama seseorang itu melakukan rasuah kerana orang kaya pun terlibat dengan rasuah.

“Rasuah bukan disebabkan pangkat rendah kerana orang yang berpangkat tinggi pun terlibat dengan rasuah juga.

“Tidak kira dia kaya atau miskin, pandai atau jahil, apabila ada sahaja sifat tamak, maka seseorang itu berpotensi untuk melakukan rasuah,” tulis beliau.

Jelas Pahrol, sifat tamak itu gagal dikikis kerana sistem pendidikan di negara ini sekarang tidak mampu untuk melahirkan individu yang kuat imannya.

“Orang yang kuat imannya sedar Allah Maha Melihat. Jadi dia tidak akan melakukan rasuah sama ada di belakang ataupun di hadapan orang.

“Sebaliknya, orang yang lemah iman, di depan orang dia tidak akan melakukan kejahatan tetapi jika di belakang orang, dia sanggup melakukannya,” tulis beliau lagi.

Beliau juga meminta semua pihak tidak menganggap orang melakukan rasuah mendapat keuntungan dan ingin mengikut jejak langkah mereka.

“Ya, mungkin mendapat keuntungan dan menjadi kaya dengan segera, tetapi tidak lama.

“Cuba lihat betapa ramainya orang yang kaya, tetapi hidup mereka tidak tenang, hati resah dan perasaan tertekan. Diburu oleh rasa berdosa selalu. Itulah hidup yang hilang keberkatan.

“Wang yang diperoleh secara rasuah tidak akan memberikan kebaikan. Kalau digunakan untuk membeli makanan, segala apa yang kita makan itu tidak halal. Sebab sumbernya, haram.

“Kalau dia dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dia terpaksa meringkuk di dalam penjara. Kebebasannya hilang. Nama dan maruahnya jatuh.

“Rasa malu itu bukan sahaja dialami oleh dirinya, malah oleh ahli keluarganya. Ini baru hukuman di dunia, belum lagi hukuman di akhirat,” tulisnya.

Dalam pada itu, beliau me­negaskan, cadangan untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah rasuah bukanlah jalan penyelesaian muktamad.

“Lihatlah betapa kerasnya undang-undang untuk pengedar dadah iaitu hukuman mati mandatori.

“Tetapi masih ramai yang berani mengedar dadah. Begitu juga dengan hukuman terhadap individu yang melakukan rasuah, walaupun berat tentu masih ada orang yang melakukannya,” tulis beliau.

Untuk mengelak gejala rasuah terus berleluasa, beliau menegaskan, sistem pendidikan yang benar-benar berkesan perlu digubal yang dapat mendidik hati seseorang itu.

“Setiap yang dilahirkan oleh manusia sama ada buah fikiran atau tindakan adalah berpunca daripada hati.

“Kalau hati baik, maka baiklah seluruh perbuatan dan pertuturan. Begitulah sebaliknya, kalau hati jahat dan berpenyakit, maka jahatlah seluruh anggota badan.

“Penyakit hati yang dimaksudkan ini bukanlah penyakit jantung dan barah tetapi penyakit mazmumah (sifat tercela) seperti angkuh, dengki, ego, tamak dan pemarah.

“Tidak ada mesin sinar-X yang dapat mengesan dan membuang sifat terkeji ini kecuali ilmu tasawuf dan didikan daripada guru agama yang ikhlas,” tulis beliau.

Tambah beliau, ilmu tasawuf kurang diberi penekanan dalam sistem pendidikan sedia ada ke­rana wujud salah faham kononnya pengamal ajaran itu ketinggalan zaman dan tidak sesuai pada zaman moden ini.

“Bila disebut sufi (pengamal ilmu tasawuf), orang akan membayangkan individu berjanggut dengan pakaian buruk duduk di mihrab (anjung) masjid sambil menggentel tasbih.

“Makanannya disedekahkan orang, sementara dia duduk sendirian mencari Allah dalam zikirnya,” tulis beliau.

Jelas Pahrol, gambaran ber­kenaan bukanlah cara hidup sufi sebenar kerana golongan itu walaupun tangan selalu memegang tasbih tetapi mereka juga sanggup menggenggam cangkul untuk bertani atau memegang pena bagi memerangi perkara salah.

“Mana individu yang mempunyai keperibadian seperti ini yang dilahirkan pusat pendidikan yang umpama gua-gua yang tegak berdiri sekarang.

“Sesungguhnya, kita amat memerlukan golongan sufi yang hidup dalam kemewahan tetapi hatinya sedikit pun tidak terpaut dengan kekayaan itu.

“Mereka mampu memiliki harta dan kuasa tanpa rasa ­megah. Ya, mereka mampu menguasai dunia tetapi tidak sekali-kali mencintainya,” tulis beliau lagi.

Towards balanced narrative of nation’s history

I WOULD like to address the controversy surrounding the school history curriculum by making these controversial statements:

> No study of history can be truly objective as researchers and scholars are subjective in their interpretation of historical data.

> No historian can be completely unbiased in presenting a perspective of history as he or she comes with a particular mindset.

> No school history textbook writer can be absolutely balanced when he or she has to abide by the guidelines determined by the curriculum development committee of the Education Ministry.

> No government can be truly egalitarian, democratic and fair as the citizenry is diverse and people come from different socio-cultural backgrounds and have multifarious needs.

> No historical narrative of a nation can be complete as, in writing one, the historian has to select from the huge bank of political, economic, scientific, technological and socio-cultural developments and the people that navigate them.

These considerations should be borne in mind before one jumps to the conclusion that one’s own interpretation of history is the right one. The politics of today will become political history tomorrow. In retrospect, historians can be reflective and remove a lot of the immediate emotional context. However, their analyses and interpretation will still contain a fair amount of subjectivity and ambiguity.

So, what is a fair and balanced historical narrative for Malaya and Malaysia that would be acceptable to the protagonists and antagonists involved in this controversy? Can they address their unhappiness rationally and tackle the issues involved with a clear conscience?

Let’s face it! We are all biased and prejudiced. This is the nature of humanity and human existence as we handle life’s challenges and grapple with the inequalities we live with.

It’s the striving towards balance, fairness and justice that drives us to be better than our fathers and forefathers in some aspects of development. It’s the marvellous education and exposure we enjoy today that should make us more understanding, respectful and knowledgeable about the narratives of our people. Family groups and communities have their own genealogies, heritage and legacies which they are proud of. These contribute to the historical narratives of the different ethnic groups that coexist harmoniously in Malaysia.

Let’s keep our eyes, ears and minds open. Let’s see, listen and think more deeply. Let’s not brush aside the viewpoints of other people because we are so sure we are right.

The PCORE-UM history forum themed “The Study of History: Its Relevance and Significance” will address some of these issues. Among the topics to be deliberated are:

> Creating a shared narrative for national harmony,

> History and nation building,

> Goals and objectives of school history,

> History text books and sense of belonging, and

> Sustaining identity in historical writings

Among the speakers are Tan Sri Dr Rais Yatim, Professor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Emeritus Professor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Dr Lim Teck Ghee, Dr Helen Ting, Tunku Munawirah Putra, Dr Ummadevi Suppiah and Dr Ranjit Singh Malhi.

The one-day forum will be held on Saturday, Oct 22 at Lecture Theatre A, Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya. Registration is at 8am and admission is free. A report and recommendations from this forum will be submitted to the relevant agencies and stakeholders.

Datuk Halimah Mohd Said President PCORE The STAR News Opinion Letters 20 October 2016

Power in the wrong hands can be disastrous

“A MAN who has never gone to school may steal a freight car; but if he has a university education, he may steal the whole railroad,” the 26th United States president Theodore Roosevelt said.

The quote was an analogy of how power in the wrong hands would have disastrous effect. Earlier this month, the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) expose of a scandal involving two state officials for water projects in Sabah shocked the nation. The revelation that the culprits had allegedly pocketed millions of ringgit over the years was incredulous.

This was at the expense of thousands of rural folk who are denied of their clean water supply all this while. It certainly does not bode well for the state government, and the opposition has dubbed the state government “clueless”.

While they took their hats off to MACC, the opposition members criticised the state government for failing to keep their officers in check.

Former rural and regional development minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal was not spared criticism, despite him denying involvement in the matter.

Some quarters are urging MACC to investigate if there were federal officers’ involvement in the scandal and wanted MACC to guarantee a thorough probe.

Tenom member of parliament Datuk Raime Unggi said Sabahans were angry and wanted MACC to zero in on individuals and not focus on the state government for loopholes and weaknesses in the system, while Penampang MP Darell Leiking said Sabah was even more famous now, but for the wrong reasons.

The Sabah Water Department director, deputy director, the deputy director’s brother and his accountant had been released on bail pending investigations, while the remand on the fifth suspect — the department’s former deputy director — ended yesterday.

All eyes are on MACC on how it will go about charging the culprits, which might take a lot longer as the list of those involved may grow.

Just the arrest of the fifth suspect was an indication that the corruption goes way back to even before 2010 as recorded by MACC — hinting the situation could be more grave.

In the MACC operation, dubbed Op Water, more than RM115 million, bank accounts and safe deposit boxes were seized from the state Water Department director and deputy.

Other valuables confiscated by commission officers were jewellery, 94 designer bags, nine luxury cars and 127 land titles — all worth RM36.877 million.

MACC revealed that the two senior officers had transferred more than RM30 million to banks abroad.

More than 80 people had their statements recorded by MACC and at least three witnesses attached to the Water Department had voluntarily returned money they purportedly received amounting to about RM1 million.

Also, two luxury vehicles were seized from the former deputy director, who held the post for 11 years before retiring last year.

But before the public rush to paint a picture about the case, there is a need to take a step back and let the authorities complete their probe.

Things might not be as simple as it seems. The case had revealed loopholes in the management of federal funds allocated to Sabah and this was pointed out as far back as three years ago by the then state legislative assembly speaker Datuk Seri Salleh Said Keruak, who is now Communications and Multimedia minister.

Two days ago, Chief Minister Datuk Seri Musa Aman acknowledged the problem and called on ministries that receive federal allocations meant to benefit the people to buck up and that the state would monitor the funds closely.

As Roman Emperor Marcus Aurelius said: “Everything we hear is an opinion, not a fact. Everything we see is a perspective, not the truth.”

And for those who have been passing around the blame and not stepping up to tell the truth, another quote from the legendary figure might be more appropriate — “Waste no more time arguing about what a good man should be. Be one.” Kristy Inus NST News Columnist 20 October 2016 @ 11:01 AM