November 18th, 2016

Khutbah Jumaat : “Ketagihan Gajet; Selamatkan Anak-Anak Kita ”

Petikan Khutbah Jumaat 18 November 2016: JAIS

“Ketagihan Gajet; Selamatkan Anak-Anak Kita ”


Di zaman yang semakin maju dan serba canggih ini, ibu bapa berhadapan dengan cabaran besar untuk menjayakan peranan mendidik dan membangunkan mental serta fizikal anak-anak mereka. Antara halangan utama bagi ibu bapa masa kini untuk jais.jpgmendidik anak ialah kehadiran gajet.

Disebabkan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman, ramai ibu bapa membelikan gajet seperti tablet, telefon pintar, iPad dan sebagainya kepada anak mereka. Malah ada yang menjadikannya sebagai hadiah meraikan hari lahir anak mereka.

Tidak kurang juga yang menjadikan gajet sebagai teman bermain si kecil agar ibu bapa dapat melakukan kerja-kerja mereka dengan tenang tanpa gangguan.

Namun, sedarkah kita bahawa tindakan ini memberi banyak keburukan kepada perkembangan si anak jika ia digunakan tanpa kawalan.

Lebih membimbangkan lagi apabila gajet yang diberikan itu digunakan tanpa kawalan dan panduan. Hakikat ini membuktikan betapa ramai ibu bapa yang lalai dalam menyempurnakan amanah mendidik anak-anak mereka.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ibnu Umar RAnhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda;“Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepimpinannnya. Seorang ketua negara akan diminta pertanggungjawaban tentang rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) dari hal-hal yang dipimpinnya”.

Penggunaan gajet memang ada manfaatnya. Namun jika digunakan tanpa panduan dan kawalan, ia terbukti memberi kesan negatif kepada anakanak kita.

Menurut hasil kajian yang dikeluarkan oleh Akademi Pediatrik Amerika, kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak wajar didedahkan dengan teknologi ini, mereka yang berusia 3 hingga 5 tahun dibenarkan hanya sejam dan yang berusia 6 hingga 17 tahun dihadkan hanya 2 jam sehari. Penggunaan gajet melebihi kadar masa yang disarankan dan tanpa kawalan boleh mengundang pelbagai keburukan yang serius malah boleh mengancam nyawa.

Di antara kesan buruk tersebut ialah :

Pertama: Menjejaskan Kesihatan Dan Tumbesaran Jasmani.

Kanak-kanak yang terlalu asyik dengan permainan gajet menjadi tidak ambil peduli mengenai perkara yang berlaku di sekeliling mereka dan kurang aktif untuk melakukan aktiviti luar. Ini secara tidak langsung menyebabkan tumbesaran mereka terbantut kerana tidak memperoleh keperluan makan minum secara teratur. Begitu juga remaja yang seharian bermain dengan gajet menjadi tidak aktif, badan mereka lesu hingga menjejaskan kesihatan. Ia juga boleh menjejaskan kualiti tidur kerana otak mereka terlalu aktif dan sukar untuk bertenang akibat mata terlalu lama tertumpu kepada skrin gajet. Semua ini mengundang masalah pada tubuh badan mereka yang sedang membesar. Bukankah ini sangat bertentangan dengan falsafah pendidikan anak dalam Islam yang sangat menganjurkan agar umatnya tampil gagah dan kuat. Mana mungkin generasi yang membesar dengan budaya ketagih gajet akan mencapai matlamat ini.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah RAnhu bahawa Rasulullah SAW bersabda; ِ“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah berbanding mukmin yang lemah.”


Kedua: Membantutkan Perkembangan Mental dan Kemahiran Fizikal.

Bermain gajet juga membantutkan perkembangan otak si kecil yang sepatutnya dibangunkan secara berperingkat mengikut usia mereka. Bukan itu saja, ia juga boleh menyekat perkembangan kemahiran mereka. Apabila si kecil hanya menggunakan satu atau dua jari menyentuh skrin tablet untuk bermain, ia sebenarnya membantutkan perkembangan kemahiran seluruh jari mereka. Akibatnya ada di kalangan kanak-kanak yang tidak mahir memegang pensel apabila masuk ke pra-sekolah ataupun tadika. Di samping itu juga ia akan melambatkan kemampuan mereka bercakap. Jika dilihat realiti pada masa kini, terdapat kanak-kanak berusia dua tahun setengah pun masih belum dapat menuturkan walau sepatah perkataan akibat terlalu aktif melayan permainan gajet. Malah remaja yang aktif bermain gajet ini juga bermasalah dari sudut sikap, hilang minat dan tumpuan kepada pelajaran.

Ketiga: Memberi Kesan Negatif Kepada Emosi dan Jiwa.

Permainan gajet dikesan sangat mempengaruhi sikap negatif pada kanak-kanak dan remaja. Ia juga boleh merangsang sikap kasar, agresif dan kurang sabar jika inginkan sesuatu. Puncanya kerana peralatan tersebut mampu memberikan keseronokan secara mudah tanpa perlu bersusah payah yang akhirnya mengundang ketagihan yang sukar dihentikan. Bila sudah ketagih, emosi mereka tidak stabil lalu akan mudah mengamuk dan memberontak jika kemahuan mereka dihalang. Selain itu, ia juga membentuk sikap tidak peduli dengan persekitaran sehingga ramai dari kalangan mereka tidak mahu ambil bahagian dalam aktiviti keluarga mahupun rakan sebaya.

Di sinilah tanggungjawab kita sebagai penjaga mereka. Pastikan mereka mampu membesar dengan persekitaran yang sihat dengan cara hidup Islam.

Bukankah Allah SWT pernah mengingatkan kita tentang ujian dan cabaran dalam mendidik anak-anak di samping ganjaran yang besar yang disediakan, sebagaimana firman-Nya di dalam surah Al-Taghabun ayat 15:  “Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.”

Kasihi dan selamatkanlah anak-anak kita. Perbetulkanlah cara kita mengasihi anak-anak dengan mengawal setiap apa yang diingini untuk diberikan kepada mereka. Memberi apa sahaja permintaan anak tanpa kawalan bukanlah bukti sayang, malah ia pasti membinasakan mereka. Apa perlunya kita berikan gajet permainan ini kepada mereka dalam usia yang masih mentah? Berikanlah mereka hak untuk membesar dengan sempurna tanpa sebarang gangguan dan pengaruh negatif.

Jika kita masih mahu memberi ruang untuk anak bermain dengan gajet sesuai dengan keperluan semasa, kita perlulah memastikan beberapa panduan berikut dipatuhi, antaranya:

Pertama: Pastikan tahap minda dan jiwa anak telah bersedia. Sekurang-kurangnya telah mencapai usia dua tahun dan mampu bertutur untuk memperkenalkan kepada mereka peralatan gajet dan sebagainya. Ia perlu diawasi oleh ibu bapa kerana dapat mengeratkan lagi hubungan antara mereka di samping mengawal permainan yang sesuai. Selain itu, ibu bapa juga boleh melihat potensi serta perkembangan si anak. Ingatlah bahawa perkembangan pendengaran, penglihatan dan jiwa anakanak perlu diawasi dan menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa.

Firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 36:“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”

Kedua: Gunakan gajet untuk tujuan pembelajaran kepada anakanak. Kenalkan mereka dengan perisian-perisian yang bersifat pendidikan dan pelajaran yang baik untuk perkembangan minda dan jiwa mereka. Jika mahu memuat turun aplikasi permainan, pilih yang boleh membantu menggalakkan anak belajar. Sesekali berikan permainan yang bermanfaat untuk menggalakkan anak berfikir secara kreatif serta mencipta kejayaan. Elakkan dari permaianan yang berunsur ganas dan melanggar norma-norma budaya Islam yang murni.

Ketiga: Kawal dan hadkan masa penggunaan. Di samping itu mereka juga perlu memberi panduan penggunaan gajet kepada anak-anak. Tetapkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dan sentiasa menerapkan teladan yang baik seperti berhenti menggunakan gajet ketika makan dan berbual dengan orang lain. Periksa gajet anak-anak secara berkala untuk memastikan mereka tidak terjebak kepada gejala negatif yang merosakkan mereka. Silih gantikan permainan gajet dengan mengulangkaji pelajaran dan membaca al-Quran. Jadualkan masa mereka untuk bermain dan belajar. Pastikan juga mereka dapat mendirikan solat bila sampai waktunya. Ajar mereka untuk mematuhi syariat sejak kecil. Ibu bapa perlu bersabar mendidik anak mematuhi syariat khususnya dalam mendidik mereka mendirikan solat.

Perkara ini telah ditegaskan oleh Allah SWT dalam Surah Taha ayat 132:“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Marilah bersama-sama kita didik dan bimbing generasi pewaris agama dan bangsa kita bermula sejak usia awal mereka. Di peringkat usia kanak-kanak inilah sewajarnya kita lakukan pembentukan peribadi mereka kerana mendidik mereka setelah meningkat remaja dan dewasa, sudah pasti mengundang kepayahan dan pelbagai masalah. Benarlah kata pepatah; “Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Seperkara lagi yang perlu dipastikan ialah mendidik anak perlulah disempurnakan dengan penuh kasih sayang, bukan secara paksa apatah lagi dengan kekasaran. Ajak dan bimbing mereka melakukan kebaikan dengan pelukan mesra dan ciuman galakan. Anak-anak akan terasa dikasihi dan dihargai lalu mudah menurut kata dengan perasaan ceria dan sukarela. Inilah sunnah Rasulullah SAW dalam mendidik anak-anak.

Lihatlah apa yang pernah diceritakan dalam sebuah hadith riwayat Imam Al-Bukhari daripada A’isyah RAnha yang bermaksud; “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW, seraya bertanya: “Kamu mencium kanak-kanak? Kami tidak pernah mencium mereka.” Lalu baginda SAW bersabda: “Apa lagi yang mampu aku lakukan sekiranya Allah telah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu”.

Kesimpulan yang dapat dipetik daripada bicara khatib pada hari ini, antaranya ialah :

1. Penggunaan gajet di kalangan anak-anak perlulah diawasi, dikawal dan dipandu dengan baik oleh ibu bapa dan penjaga mereka.

2. Buktikan kasih sayang kita kepada anak-anak dengan didikan yang tepat. Membiarkan mereka bermain dengan gajet tanpa kawalan ternyata banyak mengundang kemudharatan berbanding manfaatnya.

3. Anak-anak adalah amanah dan ujian Allah untuk kita semua. Didiklah mereka dengan aqidah, syariat dan akhlak Islamiyyah. Berikanlah kasih sayang bagi menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.

“Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan.”. (al-Mumtahanah ; 3).

Friday Sermon Text Realising The Agony Of Hell

Friday Sermon Text 18 November 2016AD / 18 Safar 1438H JAWI

Realising The Agony Of Hell

Do we realize that every action and practice we commit in this world will either be rewarded or punished by Allah SWT in the Hereafter? The message about punishment in Hell has been mentioned in the Al-Quran, as essentially a form of threat and warning from Allah SWT, directed at those who are careless, disbelieving and disobedient. It is a reminder for us to be careful in carrying out jawi_logo.jpgour daily tasks and worship

Allah SWT declared in Surah al-Tahrim, verse 6.  Which means: “O, you who believe! Save yourselves and your families from a Fire whose fuel is Men and Stones, over which are (appointed) angels stern (and) severe, who flinch not (from executing) the Commands they receive from Allah, but do (precisely) what they are commanded.”

According to al-Qurtubi r.h, in respect of this verse, the angels referred to are the Zabaniyah angels, or guardians of Hell, who possess harsh disposition. They will not show mercy on anyone, even if we appeal for clemency.

Not only that, Allah SWT has also described Hell in more detail, through Surah al-Hijr, verses 43 to 44: Which means: “And verily, Hell is the promised abode for them all! To it are seven gates: for each of those gates is a (special) class (of sinners) assigned.”

Based on this verse, we can understand that the inhabitants of Hell are allocated an abode each in accordance with their sins and crime. This view has also been reinforced by Ibn Kathir r.h.

Allah SWT also described the condition of those who receive the punishment of Hell, in Sura an-Nisa ', verse 56:Which means: “Those who reject our Signs, We shall soon cast into the Fire: as often as their skins are roasted through, We shall change them for fresh skins, that they may taste the penalty: for Allah is Exalted in Power and He is Wise.”

Such is the condition of those who shall be punished by Allah SWT in the Hereafter. Their appearance and existence shall be constantly changed and renewed by Allah SWT, so that the punishment can be continuously felt by them, as the body they have at that time would not be able to withstand the torment of Hell Fire.

Even though the world population since Prophet Adam AS has increased tremendously, nevertheless Hell created by Allah SWT shall never be full. Allah SWT stated in Surah Qaf, verse 30: Which means: “One Day We will ask Hell, "Are you filled to the full?" It will say, "Are there any more (to come)?"

The verse is clear proof that there will always be space and room in Hell, fit to be inhabited by those who reject and disobey Allah SWT. Similarly, in relation to the enormity of Hell, Abu Huraira r.a narrated that Rasulullah SAW had once said:Which means: "The fire you feel (in this world) is only a part of seventy parts of the fire of hell. Rasulullah SAW was asked: Messenger of Allah, one part of it alone is enough (to punish the perpetrators). He said: Duplicate that with sixty nine times as hot."

There are a number of criteria and characteristics of people who will occupy Hell. We should take this as a lesson in order to know what to avoid, so as not to become an inhabitant of Allah SWT’s dreadful Hell.

First Group: People who are adamant and stubborn in their disobedience As human beings, we are created by Allah SWT in a state that is prone to commit mistakes. However, Allah SWT would always keep the door of repentance open, as a sign of His love and affection for us. It is unfortunate if we continuously ignore His mercy and stubbornly remain in a state of disobedience and sin.

If we do that, Allah SWT has prepared punishment for us in the hereafter. Allah SWT stated in Surah Qaf, verse 24:  Which means: "Throw, throw into Hell every stubborn Rejecter (of Allah)!”

Second Group: People who often prevent good, violate religious laws, and are in denial of the truth. In reality, there are some people who are callous and hard hearted, who try to prevent others from doing good. They also shamelessly violate the tenets of religion that have been prescribed by Allah SWT.

Even worse, there are those who spread doubt among the people regarding the truth of Islam. Such groups should rightly belong in Hell in the hereafter. As a continuation of the verse read just now, Allah SWT stated in Surah Qaf, verse 25:ھ ھ ھ Which means: "Who forbade what was good, transgressed all bounds, cast doubts and suspicions.”

Third Group: People who worship those other than Allah SWT Allah SWT has sent prophets and apostles throughout the times, to correct the faith and beliefs of people about the Oneness of Allah SWT.

But, there are some who chose to remain adamantly opposed to the teachings of the Messenger of Allah and to remain in a state of disbelieving. Are the gods they worship besides Allah SWT capable of freeing them from the punishment of Allah SWT? Allah SWT declared in Surah Qaf, verse 26:  Which means: "He Who worships another god besides Allah SWT: Throw him into a severe penalty."

Of late, the occurrence of various natural disasters is a sign that the end of the world is drawing near. Although we are preparing ourselves with various efforts and measures to deal with such disasters, but if Allah SWT wills them to happen, certainly no one can stop Him.

Hence, let us multiply our good deeds and strengthen our faith in our Creator as preparation for the Day of Judgment, which is certain to come. The mimbar would also like to take this opportunity to remind the congregation to remain vigilant and maintain personal and family safety when faced with such natural disasters.

To conclude today’s sermon, the khatib would like to present some of the conclusions, as reflection and consideration for all of us.

First: Every bad deed or action committed by us on this earth shall receive its fitting punishment in the Hereafter.

Second: Allah SWT’s descriptions of Hell in the Al-Quran, in the form of warnings and admonitions, are intended as reminders for us.

Third: As Muslims, we must always multiply our good deeds and pray to Allah SWT in order to avoid punishment in the Hereafter.

Allah SWT declared in Surah al-Talaq, verse 8.  Which means: “How many populations that insolently opposed the Command of their Lord and of His messengers, did We not then call to account,- to severe account?- and We imposed on them an exemplary Punishment.”

Buka mata hati lihat yang tersurat

Kepedihan dan kesedihan yang datang bersama dalam ujian yang kita hadapi sematkanlah dalam hati dan bersangka baik kepada Allah SWT.

Sekiranya kita belum nampak kebaikan yang Allah SWT berikan melalui takdir ujian itu menunjukkan ilmu pengetahuan kita tidak mampu mengukur dan menjangka ilmu Allah SWT yang Maha Luas.

Pujuk hati untuk menerima takdir walaupun mungkin mengambil masa untuk kita melihat kebaikan di sebalik kepahitan, kepedihan dan kesakitan yang diberikan Allah SWT.

Perkongsian Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam rancangan Islam Itu Indah bersama pendengar di IKIMfm pada setiap Rabu jam 10.15 pagi yang lalu, masih meneruskan perbincangan mengenai topik 'Saat Diri Diuji' (Bahagian kedua)'.

Kegagalan, kerugian, kesakitan, perpisahan dan kematian mempunyai kebaikan jika semua itu datang daripada Allah SWT. Hikmah yang berlaku itu mungkin kita tidak dapat melihat disebabkan oleh mata hati kita yang buta.

Bukalah mata hati untuk melihat sesuatu yang tersirat daripada yang tersurat supaya kita selalu dapat dihubungkan dengan Allah SWT untuk ditambahkan keimanan.

Oleh yang demikian, Pahrol terus mengingatkan bahawa bersangka baik dan ingatlah kepada Allah SWT kerana kaedah itu akan menjamin kebaikan hidup.

Hal ini dapat kita lihat menerusi firman Allah di dalam hadis qudsi di mana sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman: "Aku (Allah) adalah seperti sangkaan hamba-Ku terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku".

Bersangka baik

Untuk mendapat kebaikan dari sesuatu ujian mesti bermula dengan bersangka baik kepada Allah SWT. Apabila bersangka baik kepada Allah SWT, maka hati menjadi tenang dan fikiran menjadi lapang.

Segala emosi dan pengurusan diri akan menjadi tenteram. Namun begitu, sifat diri manusia yang lemah tidak terkecuali untuk terlanjur bersangka buruk kepada Allah SWT.

Sekiranya berlaku sedemikian, maka bertaubatlah dengan sebenar-benarnya dan mulakanlah bersangka baik. Allah SWT bersifat ar-Rahman dan ar-Rahim juga sifat-sifat baik daripada-Nya. Yakinlah bahawa Allah SWT memberi ujian sepadan dan setimpal dengan kemampuan kita untuk menghadapinya.

Sebagai contoh, apabila kita ingin menempah baju dengan seorang tukang jahit berpengalaman dan cekap untuk mengukur dan menjahit, beliau akan menyiapkan baju sesuai mengikut saiz tepat berdasarkan bentuk badan kita.

Ujian yang datang itu sesuai dengan kemampuan seseorang manusia untuk menerima dan menempuhi segala-galanya kerana Allah SWT Maha Adil dan Dia tidak pernah sesekali bersifat keterlaluan dalam menguji seseorang hambanya.

Perkara ini dapat kita lihat menerusi firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 286, yang bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya".

Saat dan ketika apabila Allah SWT memberikan ujian, Dia meminta kita mengeluarkan seluruh potensi diri yang tidak disangka dan dijangka oleh diri.

Sebagai contoh, sekiranya kita dikejar oleh anjing maka kita akan berlari sekuatnya sehingga tidak terjangka kita mampu melangkah seluasnya melintasi lopak air dan parit untuk menyelamatkan diri.

Walau ujian sakit yang diberikan menyebabkan kita menderita sakit, Allah SWT mengetahui kita berupaya menyelesaikan ujian tersebut dengan cara yang paling terbaik.

Didik dekat kepada Ilahi

Ujian adalah didikan daripada Allah SWT kepada hamba-Nya untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan yang maha pencipta.

Sekiranya kita sentiasa rasa selamat dan selesa dengan tahap iman yang sedia ada, sedangkan diri kita belum berada di tempat yang betul di sisi Allah SWT, maka sebab itulah Allah SWT menurunkan ujian untuk memperbetulkan keadaan diri kita.

Hal ini termasuklah ketika diri diuji, Allah SWT mahu kita menggunakan sepenuh kekuatan yang ada dalam diri disamping melaksanakan kaedah yang terbaik dengan memantapkan ibadah solat dan berdoa.

Oleh itu, setiap ujian juga membawa pengajaran supaya menjadi lebih soleh serta dapat meningkatkan lagi ketakwaan kepada Allah SWT.

Ambillah manfaat ujian yang diberikan oleh Allah SWT itu dengan bersangka baik kepada-Nya dan pelajarilah hikmah daripada ujian tersebut supaya kita dapat menjadi sebaik-baik hamba.