November 14th, 2019

Khutbah Jumaat Syafaat Sebagai Peluang Terakhir

Petikan Khutbah Jumaat 15 November 2019M l 18 Rabiulawal 1441H JAiS

Syafaat Sebagai Peluang Terakhir

Syafaat bererti pertolongan atau rekomen dari Nabi SAW. Ia adalah menjadi salah satu pegangan yang wajib dipercayai oleh umat Islam.

jais.jpgSebahagian orang lantaran ghairahnya kepada syafaat itu maka ia menamakan anaknya dengah nama Supaat yang berasal dari perkataan Syafaat yang ertinya pertolongan dari nabi SAW pada hari kiamat nanti.

Dalam Al-Quran kalimat syafaat ini disebut sebanyak empat kali, antara lain Allah SWT berfirman dalam surah Taha ayat 109:“Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya, dan kepada orang yang diredai perkataannya”.

Al-Imam Al-Tahawiy ( َ ا ا لط َ ِوي( حا dalam matan Al-Tahawiyyah ( َ ا ا لط َ ِو حا ا ( ٍت ada menegaskan: “Sesungguhnya Syafaat yang disimpan untuk umatnya adalah benar seperti mana yang diriwayatkan dalam beberapa banyak hadis Nabi SAW.

Hadis dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Nabi SAW bersabda “Setiap para Nabi mempunyai satu doa yang mustajab, aku ingin menyimpan doa itu untuk memberikan syafaat kepada umatku pada hari kiamat nanti”. (Riwayat al-Bukhari).

Hadis dari Usman bin Affan, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Tiga golongan yang akan memberikan syafaat pada hari kiamat nanti, mereka ialah para Anbia, para Ulama dan para Syuhada.” (Riwayat Ibnu Majah).

Menelusuri ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih, para ulama menyimpulkan bahawa syafaat terbahagi kepada dua: iaitu Syafaat umum dan Syafaat khusus.

Syafaat umum ialah syafaat yang dikurniakan kepada para Nabi, ulama dan syuhada. Syafaat khusus pula hanyalah dikurniakan kepada Nabi kita Muhammad SAW.

Syafaat ini juga dikenali sebagai alSyafaat al-Uzma ( َ ا ا لش َ ف َ اع ْ ال ُ ت ُ ع ْ ظ َ مى .( Ia adalah permohonan yang dirafakkan oleh baginda nabi SAW kepada Allah SWT supaya disegerakan sesi perbicaraan dan pengadilan setelah lama sengsara menunggu di perhimpunan mahsyar.

Hadis daripada Aisyah Radhiallahu Anha beliau berkata Rasulullah SAW bersabda:“Kamu akan dihimpunkan di padang Mahsyar dalam keadaan tiada berpakaian”. (Riwayat Al-Bukhari)

Selain dari Syafaat al-Uzma ada lagi syafaat-syafaat yang lain yang dianugrahkan kepada Nabi SAW seperti berikut:

Pertama: Syafaat yang diberi kepada para aulia dan solihin untuk meninggikan tingkat kedudukan mereka di dalam syurga.

Kedua: Syafaat untuk menjemput orang-orang yang masih ada saki baki iman dalam diri mereka walau sebesar gandum, mereka dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga.

Syafaat ini diperolehi oleh Rasulullah SAW dengan rasa belas kasihan baginda SAW yang berdoa sambil menangis kepada Allah.

Al-Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis melalui Ibnu Umar Radhiallahu Anhuma bahawa Nabi SAW berdoa “Ya Allah! Umatku umatku (mereka masih berada didalam neraka).

Permintaan Nabi dikabulkan Allah dengan firmannya:“…Kami sesunggunnya redha terhadap umatmu dan kami tidak akan menyakitkan hatimu (maksudnya mereka dikeluarkan dari neraka)”

Keempat: Syafaat yang diberikan kepada Nabi SAW untuk membantu orang yang timbangan amal kebaikannya dan kejahatannya sama berat. Maka dengan pertolongan tersebut akhirnya orang itu berjaya memasuki Syurga

Kelima: Syafaat yang diberikan kepada Nabi SAW untuk memasukkan orang-orang tertentu ke dalam syurga tanpa hisab dan azab. Mereka yang sangat bernasib baik ini akan masuk kedalam syurga melalui laluan khas yang telah ditentukan.

Keenam: Syafaat yang dikurniakan kepada Nabi SAW untuk menyelamatkan orang yang telah melakukan dosa besar dari seksaan neraka.

Hadis daripada Anas Bin Malik Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Syafaatku untuk orang yang melakukan dosa besar dalam kalangan ummatku.” (Imam Ahmad).

Menelusuri khutbah pada hari ini marilah kita mengamati taujihat dan tausiah seperti berikut:

1. Umat Islam mesti yakin bahawa kehadiran Nabi Muhammad SAW ke alam ini adalah membawa rahmat kepada seluruh alam.

2. Umat Islam hendaklah sedar bahawa mandat untuk memberikan syafaat adalah kurniaan dan keizinan Allah Azza wa Jalla.

3. Umat Islam yang ingin mendapatkan syafaat Nabi SAW mestilah tidak pernah menyengutukan Allah SWT.

4. Orang-orang yang ingin mendapatkan syafaat dari Nabi SAW mestilah melayakkan diri dengan memperbanyak amalan dan selawat kepada Baginda SAW.

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (al-Taubah : 128)

Khutbah Jumaat Keluarga Bahagia Dambaan Semua

Petikan Khutbah Jumaat 15 November 2019M/ 18 Rabiulawal 1441H JAWI

Keluarga Bahagia Dambaan Semua

Allah SWT telah menciptakan setiap insan dengan fitrah yang suci. Dengan fitrah ini lahirlah perasaan ingin berkasih sayang serta naluri untuk berkeluarga. Umumnya, setiap insan pasti mempunyai impian dan harapan untuk memiliki keluarga yang bahagia.
jawi_logo.jpg
Di antara faktor-faktor utama yang menjadi punca kepincangan institusi keluarga pada hari ini ialah:

Pertama: Tidak mentaati perintah Allah SWT yang mengakibatkan kehidupan berkeluarga tidak menurut syariat Islam seterusnya ahli keluarga terdedah kepada pengaruh negatif.

Kedua: Keruntuhan rumahtangga yang berpunca dari kurang ilmu berkaitan hal ehwal rumahtangga dikalangan pasangan suami dan isteri sehingga gagal memainkan peranan sebagai ayah dan ibu.

Ketiga: Ketua keluarga tidak berperanan sehingga agagal memikul tanggungjawab berkeluarga dan gagal mengawal emosi dalam setiap tindakan.

Peringatan Allah SWT melalui firman Allah di dalam Surah At-Taghaabun ayat 14:“Wahai Orang Yang Beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagimu, oleh itu berwaspada serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka dan jika kamu maafkan mereka dan tidak memarahi mereka serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepadamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.”

Institusi keluarga yang asasnya terdiri dari ayah, ibu dan anak-anak, kesemuanya memainkan peranan penting.

Justeru, mimbar ingin mengingatkan para jemaah sekalian berkenaan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap insan yang bergelar ayah,ibu dan anak-anak seperti berikut:

Pertama: Tanggungjawab suami dan ketua keluarga.

Seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah wajib memikul tanggungjawab selaku ketua keluarga. Ketua keluarga berperanan untuk membuat perancangan dan menetapkan matlamat yang jelas untuk ahli keluarganya.

Seorang ayah mestilah memastikan kehidupan keluarganya berpandukan syariat agar menjadi contoh ikutan terbaik dan berhasil mendidik isteri dan anak-anaknya dengan akhlak yang mulia. Menjadi satu kewajipan bagi ketua keluarga untuk mencari nafkah yang halal bagi menjamin keberkatan hidup ahli keluarganya.

Seterusnya, seorang ayah juga bertanggungjawab memastikan kesejahteraan keluarganya serta mengawal pergaulan ahli keluarganya dari perlanggaran syariat.

Letakkanlah pergantungan serta pengharapan kepada Allah sepenuhnya sepertimana doa Nabi Ibrahim AS yang terkandung memalui firman Allah dalam Surah Al-Furqan ayat 74:“Dan mereka berdoa dengan berkata : “Wahai Tuhan Kami! Berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkaraperkara yang menyukakan hati kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”

Kedua: Tanggungjawab anak.

Di antara tanggungjawab anak terhadap ibu bapanya adalah dengan mentaati suruhan dan nasihat mereka. Anak-anak juga perlu sentiasa meletakkan rasa hormat dengan bertutur menggunakan nada yang lembut dan tidak sesekali menyakiti ibu bapa dengan bahasa yang kasar.

Berusahalah melayani keduanya dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang serta sentiasa menunjukkan kesediaan untuk membantu ibu bapa dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Anak yang soleh adalah anak yang berbuat baik dan memuliakan ibu bapanya serta sentiasa mendoakan dan memohon keampunan untuk ibubapa sama ada ketika mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.

Setiap ahli keluarga bertanggungjawab untuk saling mewujudkan mahabbah dan mawaddah dalam keluarga. Saling berkomunikasi, bertoleransi dalam perbezaan dan perbincangan serta jujur menjadi asas perhubungan diantara ahli keluarga.

Asas kebahagiaan sesebuah keluarga bukanlah sekadar cukup makan minum, kemewahan tempat tinggal dan kehebatan pakaian, tetapi keluarga bahagia adalah nikmat yang dianugerahkan Allah memalui kebahagiaan dan ketenteraman hati setiap ahli keluarga.

Rasulullah SAW melalui hadith yang diriwayatkan oleh Imam an-Nasai’ daripada Abdullah bin ‘Amru RA: “Seorang lelaki datang berjumpa Nabi SAW dan berkata: “Sesungguhnya aku datang untuk menyatakan taat setia kepadamu untuk berhijrah. Dan aku meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan mereka menangis”, Nabi SAW bersabda: “Pulanglah kepada mereka dan gembirakanlah mereka, sepertimana engkau membuat mereka menangis.”

Akhir-akhir ini, timbul satu kecenderungan baru dikalangan anak-anak muda iaitu aktiviti menunggang basikal lajak. Tindakan anak-anak yang menjadikan jalan-jalan utama sebagai tempat menunggang basikal lajak menimbulkan kebimbangan dikalangan masyarakat.

Spesifikasi basikal lajak yang telah diubahsuai bukan sahaja tidak mematuhi peraturan, bahkan membahayakan keselamatan mereka serta pengguna jalan raya yang lain. Justeru, sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap anak-anak, mimbar menasihatkan agar awasilah pergerakan anak-anak pada setiap waktu dan keadaan. Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan dan keselamatan anak-anak sentiasa terjaga dan terpelihara

Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak kita untuk melihat tiga perkara berikut sebagai panduan dan pedoman bersama:

Pertama: Setiap insan dianugerahkan oleh Allah dengan fitrah untuk berkasih sayang dan memiliki keluarga bahagia.

Kedua: Keluarga bahagia lahir dari anggota keluarga bersahsiah tinggi sehingga dapat melahirkan masyarakat harmoni dan akhirnya meningkatkan kesejahteraan negara.

Ketiga: Setiap ahli keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan anak-anak mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl, ayat 72: “Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri) dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu, anak-anak dan cucu cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal, maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah? ”