January 17th, 2020

Khutbah Jumaat : Jadikan Al-Quran Sebagai Teman

Petikan Khutbah Jumaat 17 Jan 2020M /21 Jumad al-Ula 1441H: JAIS

Jadikan Al-Quran Sebagai Teman

Al-Quran al-karim adalah kitab suci yang mengandungi segala ilmu dan petunjuk yang dapat menjadi pembimbing kepada setiap insan ke jalan yang benar.

jais.jpgMelalui al-Quran kita dapat meraih pelbagai faedah serta hikmah daripada ayat ayat tersebut. Ini termasuklah ilmu dan nilai ketakwaan, keadilan, menjaga hubungan, bukan sahaja sesama insan, bahkan tanggungjawab kita terhadap alam sekitar termasuk haiwan dan tumbuh tumbuhan.

Kitab Al-Quran yang tiada syak di dalamnya dan menjadi panduan bagi mereka yang beriman.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 2: “Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya, ia menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa”

Pada setiap saat dan ketika kita hendaklah sentiasa menjadikan al-Quran sebagai teman sepanjang kehidupan sama ada siang ataupun malam. Hendaklah kita sentiasa merujuk dan memandu diri ke arah jalan kebenaran melalui panduan al-Quran.

Jika kita tidak menjadikan al-Quran sebagai teman sejati dalam hidup ini di khuatiri akan di ambil kesempatan oleh syaitan untuk mempengaruhi setiap tindakan yang kita dilakukan.

Peringatan Allah SWT melalui firmannya dalam Surah al-Zukruf ayat 36 sebagaimana disebut di awal khutbah tadi yang bermaksud: “Sesiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya Syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.”

Khatib ingin berkongsi beberapa cara bagaimana untuk menjadikan al-Quran sebagai teman:

Pertama, sebagai umat islam kita seharusnya mengambil peluang untuk sentiasa mempelajari al-Quran, belajar membacanya, memahami makna ayat-ayat yang dibaca dan berusaha menghayati dalam segenap kehidupan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Radhiallahu Anhu bahawa Nabi SAW bersabda: “Orang mukmin yang selalu membaca al-Quran seperti buah utrujjah, bau dan rasanya enak. Orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah kurma, tidak berbau tetapi rasanya manis. Orang munafik yang selalu membaca al-Quran seperti raihanah, baunya harum tetapi pahit rasanya. Orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah hanzalah, tiada bau dan pahit rasanya.” (Riwayat al-Bukhari).

Kedua, sebagai umat islam kita hendaklah meyakini akan mukjizat alQuran sebagai kitab agung yang dikurniakan oleh Allah SWT yang menjanjikan kemuliaan terutama bagi mereka yang sentiasa mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Firman Allah SWT dalam surah Taha ayat 123:“…Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.”

Ketiga, bagi membuktikan sentiasa bersahabat dengan al-Quran, maka kita perlu berusaha sedaya upaya untuk menghafaz ayat-ayatnya agar hafazan tersebut boleh menjadi penenang, penyubur dan sumber kekuatan bagi mendepani cabaran yang mendatang

Hadis daripada Abu Umamah al-Bahili Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah Al-Qur‟an, kerana ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa„at bagi pembacanya.” (Riwayat al-Bukhari)

Allah menjanjikan bahawa Al-Quran ini boleh memberi ketenangan kepada jiwa-jiwa yang kosong dan bermasalah.

Kepada sesiapa yang menghadapi kecelaruan dalam jiwanya dan merasa tidak tenang, dekatilah al-Quran tidak kira pagi, petang, siang mahupun malam. Baca dan fahamilah, mudah-mudahan menjadi penawar untuk menenangkan kita.

Begitu juga dengan mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran itu, nescaya akan dapat menghiburkan perasaan yang sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta memperoleh petunjuk daripada Allah SWT. Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah SWT.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 28 “Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.”

Mari sama-sama kita ambil iktibar beberapa tausiah penting untuk dijadikan pengajaran dan panduan hidup kita:

1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa al-Quran al-Karim adalah kitab yang diturunkan bagi membimbing manusia ke jalan taqwa.

2. Umat Islam hendaklah menjadikan al-quran sebagai teman sejati dengan membacanya, memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran yang terdapat di dalamnya.

3. Umat Islam hendaklah sentiasa merujuk al-Quran dalam apa jua perkara dan persoalan kerana ia adalah petunjuk dan jalan keluar kepada segala permasalahan di dunia dan akhirat.

“Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiaptiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.” (al-Nahl : 89).

Khutbah Jumaat : Pembangunan Negara Tanggungjawab Bersama

Petikan Khutbah Jumaat 17 Januari 2020M/ 21 Jamadilawal 1441H JAWI

Pembangunan Negara Tanggungjawab Bersama

Islam telah mensyariatkan ibadah zakat sebagai cara untuk mengagihkan harta kepada yang berhak. Ia bukan sahaja dapat melepaskan asnaf daripada belenggu kemiskinan bahkan ia juga dapat memastikan kebajikan mereka terpelihara. Inilah sebahagian hikmah ibadah zakat kepada ekonomi umat Islam.
jawi_logo.jpg
Allah SWT berfirman di dalam surah al-Kahfi ayat 94 : “Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?.”

Imam Al-Syaukani menjelaskan bahawa maksud al-kharaj dalam ayat tersebut adalah ‘apa yang dikutip oleh pemimpin’. Ini termasuklah pemimpin boleh mewajibkan rakyat membayar cukai.

Dalam sejarah, kerajaan-kerajaan Islam telah memperkenalkan Jizyah, iaitu cukai yang dikenakan kepada golongan bukan Islam bagi melayakkan mereka untuk mendapat perlindungan dan penjagaan sama ada harta, keluarga, darah dan lain-lain.

Begitu juga Kharaj, cukai tanah yang diperkenalkan pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a dan juga ‘Usyur, iaitu cukai perdagangan. Ia berkembang seiring keperluan semasa sesebuah negara.

Cukai hakikatnya ialah bayaran yang dibayar oleh rakyat untuk kebajikan diri mereka sendiri. Justeru ia secara tidak langsung adalah suatu bentuk kerjasama antara rakyat dengan kerajaan untuk kepentingan bersama.

Imam al-Tirmizi r.h telah merekodkan hadith daripada Fatimah binti Qays r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya pada harta itu ada kewajipan (hak untuk dikeluarkan) selain zakat.”

Dalam Islam, sesebuah kerajaan mempunyai hak untuk mewujudkan dasar percukaian dalam memungut hasil kepada negara, selagi mana dasar yang digubal menepati prinsip adil, melestarikan kemakmuran negara dan tidak membebankan rakyat.

Justeru, sebagai warganegara yang prihatian, kita mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan ibadah zakat untuk kelangsungan ekonomi umat Islam.

Kita juga bertanggungjawab kepada negara melalui pembayaran cukai sama ada cukai pendapatan, cukai perdagangan dan sebagainya.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah agensi yang memainkan peranan yang penting kepada negara dalam membantu membangunkan kemudahan-kemudahan infrastruktur melalui kutipan cukai perkhidmatan, duti import dan eksport, penyediaan kemudahan di pelabuhan dan lapangan terbang, serta lain-lain yang akan memberi hasil kepada negara.

Selain itu, antara tugas Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga adalah membanteras segala bentuk penyeludupan dan penyelewengan dengan cekap dan berkesan bagi memastikan undang-undang dan peraturan dipatuhi sepenuhnya.

Tanggungjawab memungut hasil dan menyediakan fasiliti perdagangan melalui penguatkuasaan dan pematuhan undang-undang ini adalah bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Bersempena dengan Hari kastam Sedunia ke-38, marilah kita sama-sama memberikan komitmen sebaik mungkin, turut sama dalam membasmi jenayah perdagangan, menolak amalan rasuah dan penyelewengan bagi membantu membentuk persekitaran kondusif dan selamat untuk pembangunan ekonomi.

Firman Allah SWT menerusi surah al-Taubah, ayat 71: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagiannya menjadi penolong bagi yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”

Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah:

Pertama: Kita wajib melaksanakan ibadah zakat untuk kelangsungan ekonomi umat Islam dan membayar cukai untuk kemaslahatan negara dan masyarakat.

Kedua: Kitaran ekonomi yang positif, adil, saksama dan kondusif bukan sahaja akan menjadikan umat Islam sebagai umat yang berkemampuan serta berdaya saing, malah menjamin Maqasid al-Syariah dalam aspek memelihara harta.

Ketiga: Dalam Islam, sesebuah kerajaan mempunyai hak untuk mewujudkan dasar percukaian selagimana dasar tersebut menepati prinsip keadilan, melestarikan kemakmuran negara dan tidak membebankan rakyat.

Ffrman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 188: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orangorang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Melindungi dan mempromosikan kesihatan mental tempat kerja

Persekitaran tempat kerja hari ini memerlukan tenaga kerja yang sedia melibatkan diri, inovatif dan berdaya tahan

Banyak organisasi telah mula memperjuangkan kesejahteraan mental tempat kerja sebagai keutamaan kepimpinan, untuk mendapat manfaat daripada peningkatan produktiviti yang datang dengan pelaburan dalam kesihatan mental.

Mengambil pendekatan proaktif dan pencegahan, para pemimpin boleh membuka jalan dengan mewujudkan budaya tempat kerja di organisasi mereka, di mana pekerja merasa disokong dan selamat untuk mereka meminta pertolongan dan bantuan kesihatan mental apabila diperlukan.

Memastikan keputusan jangka panjang juga memerlukan komitmen dari semua jabatan dan tahap pengurusan.

Sebagai contoh, Ketua Jabatan harus dilatih dan tahu bagaimana untuk berbincang tentang kesihatan mental, untuk mengenali tanda-tanda dan gejala kesihatan mental yang tidak baik dan bagaimana untuk bertindak balas dengan sewajarnya dan memberikan sokongan yang mencukupi.

Organisasi harus melaksanakan pelbagai saluran komunikasi dan program yang menumpukan kepada penurunan stigma dan mendidik pekerja tentang sumber yang ada untuk menyokong kesihatan mental di tempat kerja

Selalunya, tanggapan atau stereotaip dan kebimbangan timbul kerana kurang memahami keadaan kesihatan mental.

Mempupuk kesedaran yang lebih tinggi adalah langkah utama untuk mengatasi stigma yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental di tempat kerja.

Sebagai permulaan, membangunkan dan mengamalkan kod etika yang ketat dan tegas; yang memastikan bahawa diskriminasi (termasuk status kesihatan mental) tidak boleh diterima. Ini perlu disampaikan kepada semua pekerja.

Lebih penting lagi, kod tatalaku harus memacu semua program dan dasar dari masa calon ditawarkan pekerjaan.

Sebagai contoh, pastikan pemohon kerja dinilai dengan adil berdasarkan keupayaan mereka untuk melaksanakan tugas tersebut (misalnya kompetensi, kemahiran, pengalaman yang relevan, dan lain-lain), dan menghapuskan keperluan bagi calon untuk mengisytiharkan keadaan kesihatan mental mereka melainkan jika ada pekerjaan keperluan berkaitan.

Pekerja perlu merasa yakin bahawa mereka akan dilayan dengan adil tanpa akibat dan kesan  negatif jika mereka mendedahkan keadaan kesihatan mental di tempat kerja.

Majikan harus berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan keselamatan psikologi, dan yang membolehkan pekerja berkembang maju tanpa takut diskriminasi.

Memastikan tugas-tugas rutin secara automatik, di mana mungkin, sehingga keupayaan pekerja difokuskan untuk membangun kemahiran yang berharga seperti penyelesaian masalah dan kreativiti, yang akan membuat mereka melibatkan diri dalam jangka panjang.

Kebanyakan pekerja lebih suka kerja yang bermakna dan penuh semangat dan bukannya tugasan rutin yang berulang, yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental.

Majikan boleh memberi pengalaman yang bermakna dengan hala tuju pekerjaan dengan melayani pekerja secara adil dan menyediakan autonomi dan sumber.

Bagaimana, bila dan di mana organisasi mewujudkan persekitaran kitaran kerja yang fleksibil membolehkan pekerja untuk menguruskan kerja mereka dengan lebih baik dan penuh komitmen;  dapat melakukan kerja dengan  lebih baik pada tahap dan dalam persekitaran di mana mereka boleh menjadi yang paling produktif.

Sama seperti mana organisasi berusaha untuk memastikan pekerja mereka adalah secara fizikalnya sihat, kesihatan mental juga merupakan aspek penting untuk mengekalkan pekerja bermotivasi dan produktif.

Majikan yang berusaha memulakan langkah tulen untuk menjaga kesihatan mental pekerja mereka, diajangka  dapat meraih faedah dalam produktiviti dan kadar ketidakhadiran yang lebih baik.

Ini akhirnya mewujudkan tempat kerja yang positif di mana orang mahu bekerja.