mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Bebas yang membinasakan

DARIPADA Aisyah ra, isteri Rasulullah SAW, beliau menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullahpergi dari rumahnya (dari rumah Aisyah). Kata Aisyah: "Kerana itu aku cemburu kepada beliau. Setelah baginda kembali, dia memperhatikan tingkahlaku ku dan baginda bertanya, mengapa engkau hai Aisyah, cemburukah?"

Jawabku: "Bagaimana wanita seperti aku tidak akan cemburu terhadap lelaki seperti anda?"

Tanya baginda: "Apakah syaitanmu telah datang pula menggodamu?" Jawab Aisyah: "Ya Rasulullah, apakah aku bersama syaitan?"

Jawab baginda: "Ya!" Aku bertanya: "Aku sendiri juga?" Jawab baginda: "Ya! Tapi aku dilindungi Tuhanku sehingga aku selamat." (riwayat Muslim)



Generasi muda perlu digerakkan ke arah positif agar pengurusan waktu mereka terisi
dengan aktiviti bermanfaat. - Gambar hiasan

Huraian:

Pendekatan tipu daya syaitan adalah pelbagai. Ini bergantung kepada jenis manusia yang mereka dekati. Mereka membelit orang berilmu melalui ilmunya, sedangkan ahli ibadat dihasut dengan amalnya.

Orang yang kaya dirosakkan dengan harta bendanya, sedangkan orang yang miskin lebih dekat dengan kekufuran disebabkan kesusahan yang dialaminya.

Hadis di atas menerangkan bahawa setinggi manapun ilmu dan sebanyak manapun amalan yang dilakukan oleh seseorang tidak dapat menjamin sepenuhnya bahawa ia akan selamat daripada tipu daya syaitan.

Oleh itu, Rasulullah SAW menasihatkan kita supaya lebih bersabar dan bermujahadah melawan godaan syaitan laknatullah.

l Petikan daripada Senarai Hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Utusan Malaysia Online Bicara Agama 23/11/2012
Tags: masa
Subscribe

  • Didik masyarakat benci arak

    TIDAK syak lagi meminum arak atau ketagihannya adalah haram di sisi agama Islam. Islam melarang umatnya daripada melakukan sesuatu yang memudaratkan…

  • Waspada terhadap sumber yang haram

    DALAM era globalisasi melalui pelbagai aspek, khususnya ekonomi kian merudum memberikan satu cabaran kepada kita untuk berusaha menjana sumber…

  • Orang malas 
haram dapat zakat?

    Baru-baru ini ada seorang ustaz menyatakan bahawa orang miskin yang malas tidak layak dan haram diberikan zakat. Ini kerana, ia akan menjadikan…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments