mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Hari Asyura, Syiah tiada kaitan

Asyura bermaksud hari yang ke-10, secara khususnya hari ke-10 dalam Muharam. Hari ini hari yang istimewa di sisi umat Islam. Jika dilihat dari sudut sejarah, secara kebetulan pada hari ini berlaku satu peristiwa hitam di mana cucu Rasulullah SAW iaitu Saidina Husin dibunuh di Karbala.

Peristiwa ini berlaku pada 61 Hijrah. Pada pandangan penganut mazhab Syiah, pembunuh Saidina Husin ialah tentera kerajaan Bani Umaiyah iaitu ketika itu Yazid bin Muawiyah menjadi khalifah. Namun, fakta mengenai siapa pembunuh sebenar Saidina Husin masih tidak dapat dipastikan dengan jelas. Oleh itu, hari Asyura adalah hari kesedihan bagi orang Syiah dan mengikut fatwa sebahagian ulama mereka seperti Sistani, berpuasa pada hari ini hukumnya makruh dan jika ingin berpuasa juga hanya menahan daripada minum sahaja demi untuk turut merasakan perasaan dahaga seperti dialami Saidina Husin dan ahli keluarganya.

Menyambut hari Asyura tidak mempunyai kaitan dengan Syiah. Ini kerana menyambut hari Asyura di sisi Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah dengan berpuasa dan bukannya dengan ritual yang tidak mempunyai kaitan dengan Islam seperti memukul badan, melukakan kepala, bermain api, menyalakan lilin dan sebagainya. Sambutan seperti ini tidak wujud dalam kamus syariat Islam.

Hadis mengenai kelebihan hari Asyura dan gesaan supaya berpuasa diucapkan oleh Rasulullah SAW ketika hayat Baginda sebelum berlaku peristiwa pembunuhan Saidina Husin lagi. Justeru, jika seseorang bergembira dengan hari Asyura seperti bergotong-royong untuk membuat bubur Asyura yang sudah menjadi satu tradisi di negara kita, ia tidak bermakna kita bergembira dengan peristiwa yang menimpa Saidina Husin. Peristiwa pembunuhan Saidina Husin berlaku secara kebetulan 51 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW, cuma perlu diperhatikan, jangan sibuk mengacau bubur Asyura sehingga terlepas puasa sunat. Jadikan bubur yang dikacau bersama sebagai juadah untuk berbuka puasa.


Azhar Abdul Wahab Berita Harian Online Agama 05/12/2012
Tags: asyura, syiah
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments