mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Silaturahim jamin hidup lebih cemerlang

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan daripada kalangan kami.” (Riwayat Abu Daud)

Orang beriman adalah mereka yang hidupnya saling hormat menghormati dan kasih mengasihi antara satu sama lain tanpa mengira usia, tua ataupun muda. Orang yang gersang daripada sifat kasih sayang biasanya bersikap ganas dan kasar hingga akhirnya hidupnya menjadi terasing serta terpinggir daripada masyarakat.

Kekejaman berupa penderaan dan kekerasan terhadap golongan yang lemah sama ada terhadap kanak-kanak atau orang tua. Ia perbuatan yang amat dibenci agama kerana sifat zalim dan tidak berperikemanusiaan tidak sepatutnya ada pada diri seorang yang dianugerahkan Allah akal fikiran.

Daripada Anas bin Malik, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memhubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).” (Riwayat Bukhari)

Silaturahim berasal daripada bahasa Arab yang bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. Silaturahim ikatan suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya.

Manusia tidak boleh hidup keseorangan tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu jalinan silaturahim penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya. Ukhuwah dipupuk atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.

-Koleksi hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berita Harian Online Agama 13/04/2013
Tags: silaturahim
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments