mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Tawaf dan permasalahan

TAWAF merupakan salah satu daripada rukun-rukun haji dan umrah. Jika ia tidak dilakukan, haji dan umrah menjadi tidak sah. Selain mengetahui perkara-perkara yang melibatkan syarat-syarat dan sunat-sunat tawaf, bakal jemaah haji juga perlu mengetahui pelbagai isu melibatkan tawaf yang sering dirujuk kepada guru-guru pembimbing di Tanah Suci.

Antara isu-isu tersebut adalah seperti berikut:

1Melakukan tawaf qudum bagi jemaah yang melakukan haji ifrad atau qiran adalah sunat. Mereka diharuskan melakukan tawaf qudum selama mana mereka masih belum lagi berwukuf.

Selepas melakukan tawaf qudum, diharuskan bagi mereka melakukan saie haji. Jika tawaf qudum tidak dilakukan sehinggalah mereka berwukuf, saie haji tersebut wajib dilakukan selepas mereka melakukan tawaf haji (ifadah).

2Sah tawaf bagi jemaah yang uzur dengan menaiki kereta sorong dengan mengikuti syarat-syarat tawaf. Begitu juga sah tawaf bagi yang menyorong kereta sorong tersebut dalam masa yang sama.

3Bagi jemaah yang berulang alik antara penginapannya dengan Masjid Haram Mekah, mereka mempunyai pilihan sama ada melakukan solat tahiyatul masjid atau tawaf tahiyatul bait ketika masuk ke dalamnya.

Jika dia mahu melakukan tawaf tahiyatul bait, afdalnya dia berbuat demikian. Sekiranya dia melakukan solat sunat tawaf selepas itu, dia turut mendapat pahala sunat solat tahiyatul masjid.

Jika dia tidak mahu melakukan tawaf tahiyatul bait, lakukanlah solat sunat tahiyatul masjid.

4Kadang-kadang ketika melakukan tawaf, muazzin menyeru untuk ditunaikan solat jenazah. Dalam masalah ini, adalah afdal jemaah meneruskan tawaf jika tawafnya itu tawaf wajib. Jika tawafnya itu tawaf sunat, adalah afdal dia turut sama menunaikan solat jenazah.

5Sebelum jemaah keluar dari Tanah Haram Mekah selepas selesai kerja-kerja haji, wajib mereka melakukan tawaf wada' melainkan bagi orang-orang yang dikecualikan seperti wanita yang sedang berhaid.

Tawaf wada' ini dilakukan setelah semua urusan sudah diselesaikan. Sebaik sahaja melakukan tawaf wada', jemaah terus meninggalkan Mekah kecuali jika ada hajat-hajat yang tertentu.

Inilah sebahagian besar isu-isu yang berkaitan dengan tawaf yang perlu diketahui oleh bakal jemaah haji supaya mereka dapat melakukan ibadat tawaf tersebut dengan sempurna.

DR. JAMALLUDDIN HASHIM ialah Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA)  Utusan Malaysia Online Bicara Agama 05/07/2013

Tags: haji, tawaf
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments