mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Pertahan agama tanpa kompromi

Sikap terbuka disalahgunakan penganut agama lain

Maruah ialah nilai kebaikan atau kemuliaan atau kehormatan yang perlu dipertahankan. Tidak ada maruah yang lebih tinggi bagi seseorang Islam melainkan mempertahankan keimanan dan keislamannya.

Insiden yang melanda agama Islam mutakhir ini menggambarkan maruah agama Islam terus diperlekehkan pihak tertentu sama ada disedari atau tidak umat Islam.

Firman Allah bermaksud: “Dan mereka orang kafir sentiasa memerangi kamu hingga mereka mahu memalingkan kamu dari agama kamu. Kalau mereka sanggup melakukan yang demikian dan sesiapa di antara kamu yang murtad berpaling tadah dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya yang baik di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya selama-lamanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 127)

Walaupun kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan sudah cukup jelas, namun maruah Islam terus dicabar semata-mata kerana solidariti umat Islam dilihat semakin lemah.

Situasi sebegini perlu dihayati oleh setiap umat Islam memandangkan sebahagiannya dilihat tidak sensitif dengan perkembangan semasa yang dilihat boleh mencabar maruah umat dan kesucian agama.

Tak serius bela agama

Umat Islam hari ini tidak begitu bersungguh-sungguh membela agama ketika berdepan dengan situasi yang memerlukan sokongan mereka. Agak malang apabila ada umat Islam merasa malu untuk menonjolkan diri sebagai seorang Islam. Malu untuk menjadi seorang yang benar-benar beriman dan segan menjadi Muslim yang berani mempertahankan agamanya sewaktu dicabar.
Lebih malang lagi apabila adanya orang Islam yang turut membantu musuh dengan memberi kepada mereka memfitnah Islam. Sepatutnya kesucian Islam perlu dipertahankan tanpa sebarang kompromi.

Sepatutnya seruan untuk mengajak umat Islam untuk sama-sama mempertahankan maruah agama rasmi Persekutuan tiada yang terkecuali. Usah dilupakan strategi jahat musuh yang bergerak sekian lama.

Firman Allah bermaksud: “Dan mereka orang kafir sentiasa memerangi kamu hingga mereka mahu memalingkan kamu dari agama kamu. Kalau mereka sanggup melakukan yang demikian dan sesiapa di antara kamu yang murtad berpaling tadah dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya yang baik di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya selama-lamanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 127)

Seorang Islam sejati akan berbuat apa saja demi mempertahankan maruah agamanya, melebihi kepentingan diri dan keluarganya. Mempertahankan agama dan kesuciannya adalah tanggungjawab yang wajib dipikul secara bersama. Ia perlu diperjuangkan hingga ke akhir hayat.

Musuh Islam sentiasa tidak berpuas hati dengan agama yang lurus dan benar ini. Mereka sedaya upaya merancang dengan pelbagai strategi bagi mencapai maksud dan tujuan halus.

Firman Allah yang bermaksud: “Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu wahai Muhammad sehingga engkau menurut agama mereka yang terpesong itu. Katakanlah kepada mereka: Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya wahyu yang memberi pengetahuan kepadamu berkaitan kebenaran, maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Justeru, umat Islam perlu berhati-hati dan berwaspada apabila berdepan dengan strategi mereka. Usah biarkan kita menjadi leka dan mudah tunduk dengan melayani kehendak musuh.

Musuh Islam tak pernah jemu

Perlu disedari bahawa musuh Islam tidak pernah kenal erti jemu untuk menghapuskan Islam dan umatnya di atas muka bumi ini. Mereka menggunakan pelbagai strategi yang dikaji sekian lama termasuk mengelirukan umat Islam, terutama yang nipis ilmu agamanya.

Sesungguhnya Muslim sejati dan hakiki tidak akan menggadai agamanya, tetapi sebaliknya rela berkorban apa saja demi mempertahankan kesucian agama Islam daripada dicemari dan dipersendakan walaupun menghadapi apa juga rintangan dan halangan daripada pihak musuh.

Firman Allah yang bermaksud: “Patutkah sesudah mengakui dan menerima perjanjian itu, mereka mencari selain daripada agama Allah? Padahal kepada-Nya tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepada-Nya mereka dikembalikan.” (Surah Ali Imran, ayat 83)

Melihat kepada perkembangan mutakhir yang berlaku kepada agama Islam di negara ini, umat Islam sepatutnya bertanggungjawab untuk sama menjaga kesucian dan identiti agama.

Sikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara yang membabitkan dasar akidah dan tauhid disalahgunakan agama lain. Perkembangan yang berlaku hari ini amat berbahaya kerana matlamat mereka untuk mengelirukan umat Islam semakin hampir tercapai matlamatnya seperti dalam isu kalimah Allah.

Sikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat berbahaya. Mereka benar-benar memanfaatkan ruang kosong akibat daripada pertelingkahan dan perbalahan yang berterusan sesama umat Islam akibat perbezaan fahaman politik masa kini. Kerapuhan perpaduan sesama umat Islam menjadi senjata utama pihak musuh untuk menguji daya tahan umat Islam.


Amran Zakaria Berita Harian Online Agama 14/09/2013
Tags: agama
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments