mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Bisik Awang Selamat ~ Ibubapa

Menyedihkan... - TERDAPAT satu kajian oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang merentap perasaan Awang.

Menurut kajian itu, kira-kira 26 peratus atau 63,000 warga emas di negara ini tidak pernah diberi bantuan kewangan oleh anak mereka. Manakala 27 peratus lagi menerima sesekali dalam tempoh beberapa bulan sementara 36 peratus menerima bantuan setiap bulan.

Awang kasihan kepada warga emas kategori golongan 26 peratus dan 27 peratus itu.

Apa sudah jadi dengan anak-anak mereka? Isu ini amat serius dan menuntut perhatian menyeluruh masyarakat. Awang percaya kebanyakan anak-anak sebenarnya masih mampu memberikan wang kepada ibu bapa mereka yang biarpun sedikit. Masalahnya, sebahagian anak-anak termasuk dalam kalangan orang Islam meletakkan prioriti yang salah. Perbelanjaan untuk riadah, membeli aksesori kereta dan perbelanjaan lain untuk gaya hidup, lebih diutamakan berbanding untuk ibu bapa.

Keperluan membantu kewangan ibu bapa seharusnya diletakkan dalam bajet anak-anak apabila sudah bekerja. Jadikan ia ketetapan.

Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang tinggi. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ‘‘Keredaan Allah bergantung kepada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua-dua ibu bapa.’’

Renungkan.



Awang Selamat Utusan Malaysia Online Rencana 20130929
Tags: ibubapa
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments