mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Mukmin sejati tak rela Islam diperlekeh

Anas berkata, “Satu ketika Nabi Muhammad SAW dan Muaz menunggang tunggangan bersama. Muaz duduk di belakang Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW memanggil: Wahai Muaz! Muaz menjawab: Saya sentiasa patuh kepada tuan wahai Rasulullah. Nabi Muhammad SAW memanggil lagi dan dijawab oleh Muaz sehingga tiga kali.

Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda: Seorang hamba Allah yang mengaku tidak ada Tuhan selain Allah dan mengaku percaya Nabi Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, pengakuan yang sungguh-sungguh dari lubuk hatinya, Allah tidak benarkan dia kekal di dalam api neraka.


Muaz bertanya: Wahai Rasulullah, bolehkah saya beritahu kepada orang ramai supaya mereka berasa gembira? Nabi Muhammad SAW berkata: Tentu mereka berserah saja tanpa berusaha.

Muaz menyampaikan juga apa yang diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW itu ketika dia hampir meninggal dunia kerana takut berdosa menyembunyikan ilmu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Melihat perkembangan hari ini, adalah menyedihkan apabila ada dalam kalangan umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, tetapi tidak bersungguh-sungguh mempertahankan hak Allah SWT.

Sebaliknya, mereka seakan-akan merelakan agama Islam diperlekehkan oleh bukan Islam, malah secara tidak langsung menyokong tindakan yang menyebabkan berlaku kekacauan serta pecah-belah termasuk antara semasa saudara Islam.

Jabir berkata: “Seorang Arab dusun datang berjumpa Nabi Muhammad SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, apakah dua perkara yang menyebabkan kita masuk syurga atau neraka?

Baginda bersabda: Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan dia tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, dia masuk syurga. Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan dia menyekutukan Allah dengan sesuatu, dia masuk neraka.” (Riwayat Muslim)


Berita Harian Online Agama 21/10/2013
Tags: islam, mukmin
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments