mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Jangan buang masa

MASA dalam kehidupan sangat penting. Setiap masa mestilah diisi dengan perkara-perkara atau kerja-kerja ng berfaedah dan amalan yang baik. Masa juga penting untuk seseorang itu melaksanakan kerja, ibadah dan tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

MASA dalam kehidupan sangat penting. Setiap masa mestilah diisi dengan perkara-perkara atau kerja-kerja ng berfaedah dan amalan yang baik. Masa juga penting untuk seseorang itu melaksanakan kerja, ibadah dan tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Fenomena masa kini menyaksikan banyak dalam kalangan kita dikategorikan sebagai membazir atau membuang masa. Ini termasuk buang masa dengan melayari Internet, bermain permainan komputer, melayari Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya.

Kalangan remaja juga sering terbuai lalai dengan permainan komputer, lagu-lagu yang mengasyikkan hingga melupakan tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar, anak serta warganegara.

Dala era globalisasi, di mana-mana sahaja manusia sibuk dengan gajet dan telefon bimbit yang canggih yang banyak melalaikan daripada memberi faedah yang berguna kepada manusia.

Sebenarnya pelbagai peralatan canggih yang dicipta itu jika digunakan dengan betul akan dapat memanfaatkan kehidupan kita.

Sayangnya ia sering disalahgunakan. Tambah menyedihkan peralatan itu digunakan ke arah yang negatif.

Nabi Muhammad SAW kerap berpesan dengan sabda baginda yang bermaksud: Janganlah kamu memandang rendah akan satu-satu kebaikan. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, usah lalai membuang masa dengan tidak melakukan amalan kebaikan. Apatah lagi sekiranya berkaitan dengan ibadah wajib bagi seorang yang mengakui beragama Islam dan mengakui tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh-Nya.

Banyak amalan yang mudah dan ringan boleh dilakukan dalam kehidupan harian kita. Kesemua ini menjanjikan pahala yang besar.

Bahkan ada juga amalan yang menjadi pembuka pintu syurga. Amalan-amalan ini dipanggil amalan mudah kerana mudah dilakukan dengan tidak perlu mengeluarkan belanja yang mahal dan tenaga yang berat.

Allah SWT berfirman dalam (hadis Qudsi): “Hai anak Adam, luangkan waktu untuk beribadat kepada-Ku, nescaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku menghindarkan kamu daripada kemelaratan. Kalau tidak, Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan kerja dan Aku tidak menghindarkan kamu daripada kemelaratan.” (riwayat at Tirmizi dan Ibnu Majah)

Amalan yang baik serta bermanfaat boleh dilakukan dan dijadikan kebiasaan dalam kehidupan kita. Sebagai ibu bapa didiklah dan bimbinglah anak-anak dengan melakukan amalan kebaikan ini dan tidak hanya membuang masa serta lalai dengan permainan komputer.

Orang yang beriman dimasukkan ke syurga kerana rahmat dan kasih sayang Allah SWT dengan amal ibadat yang dilakukan.

Sebab itu, setiap Muslim perlu rajin melakukan amalan yang dinilai sebagai ibadah dan sentiasa menunjukkan rasa ikhlas ketika melaksanakan ibadah tersebut.

Rasulullah SAW bersabda: Amal kebaikan yang disukai Allah ialah yang mudah, meskipun sedikit. (riwayat al-Bukhari)

DR. AMINUDIN MANSOR ialah bekas pendidik berkelulusan ijazah Kedoktoran Persuratan Melayu, UKM. Utusan Malaysia Online Bicara_Agama 20131113
Tags: masa
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments