mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Bersederhana dalam berbelanja

Warrad, setiausaha kepada Mughirah bin Syu’bah berkata, “Mughirah bin Syu’bah mengarahkan saya menulis surat kepada Muawiyah, Nabi Muhammad selalu membaca doa ini setiap kali selepas sembahyang wajib: (Tiada Tuhan yang mesti disembah selain Allah, tidak ada sekutu bagiNya.

Seluruh kuasa dan pujian-pujian hanya untukNya, dan Dia berkuasa atas segalagalanya.


Ya Allah tiada siapa yang boleh menghalang apa yang Engkau berikan dan tiada siapa boleh berikan apa yang Engkau halang, dan harta kekayaan seseorang langsung tidak berguna bagiMu).

Mughirah juga mengarahkan saya menulis seterusnya: Nabi Muhammad melarang daripada banyak bertikai, membuang harta, banyak bertanya. Beliau juga melarang daripada menderhakai ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, tidak melaksanakan tanggung jawab, dan memintaminta.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Larangan bazir harta

Umat Islam dilarang membazir harta sebaliknya sentiasa beringat tanggungjawab perlu dilaksanakan kerana harta adalah amanah. Sementara rezeki ditentukan Allah SWT dan tiada siapa boleh menghalang kita mendapat rezeki dan tiada siapa boleh memberi rezeki melainkan Allah SWT.

Justeru, hendaklah kita reda dengan kekayaan dimiliki saudara kita dan bersyukur dengan nikmat dikurniakan Allah SWT kepada kita. Walaupun saudara kita diberi kemewahan, namun datang bersamanya tanggung jawab menunaikan zakat dan bersedekah kepada golongan memerlukan.

Menjalani kehidupan dalam zaman yang mementingkan kemewahan dunia, umat Islam perlu berhati-hati dalam tindakan mereka. Jangan terlalu ikut nafsu apabila berbelanja dan jangan dipengaruhi hasutan syaitan hingga kita jadi terlalu kedekut.

Sebaiknya, amalkan sikap bersederhana kerana itulah yang terbaik bagi umat Islam sebagai umat pertengahan dan sebaik-baik umat dijadikan Allah SWT sebagai khalifah di dunia ini.


Berita Harian Online Agama 28/11/2013
Tags: bazir, belanja, boros, sederhana
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments