mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Mendakap tangan ketika berdiri

SELEPAS kita melakukan takbiratulihram, kedua-dua belah tangan hendaklah didakapkan. Bagaimanapun, para ulama telah bersepakat bahawa tiada sebarang dalil yang mewajibkan kedudukan tangan seumpama ini dan ia bukanlah rukun mahupun syarat sah solat. Ia hanyalah sunat menurut beberapa mazhab.

Hujah mereka kerana dalam sebuah hadis ketika Nabi SAW mengajar seorang lelaki yang teruk cara solatnya, maka apabila Nabi SAW menyuruh lelaki itu solat semula dan mengajarkannya cara bersolat, Nabi SAW tidak pun menyebut tentang kedudukan tangan.

Maka ini membuktikan bahawa ia bukanlah perkara yang wajib. Demikian pandangan Imam al-Syawkani yang juga diutarakan oleh Syeikh Atiyyah Saqar dan lain-lain. (Min Ahsanil Kalam Fil Fatwa, Syeikh Atiyyah Saqar)

Walaupun demikian, meletakkan tangan pada kedudukan sedemikian adalah salah satu sifat kebiasaan solat Baginda Nabi SAW.

Dalil berdakap tangan

Berikut adalah beberapa hadis Nabi SAW yang menyebut tentang bentuk pergerakannya:

* Sahabat Nabi bernama Wail r.a menggambarkan sifat solat Nabi dengan katanya, Kemudian Nabi SAW meletakkan tangan kanannya di atas permukaan tangan kirinya dan pergelangan dan awal lengan. (riwayat Muslim dan Ahmad, terdapat juga riwayat Abu Daud sedemikian)

* Daripada Ibnu Mas’ud r.a menceritakan yang bermaksud: “Sesungguhnya Nabi SAW lalu di sebelahku ketika aku solat, tatkala itu aku meletakkan tangan kiriku di atas tangan kananku, maka Nabi SAW membetulkan lalu meletakkan tangan kananku di atas yang kiri.” (riwayat Abu Daud)

* Daripada Wail bin Hujr berkata, “Aku bersolat bersama Nabi SAW dan Nabi meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya lalu meletakkannya di atas dadanya.” (riwayat Ibnu Khuzaymah, sahih menurutnya dan Abu Daud)

* Daripada Abi Jarir daripada ayahnya yang bermaksud, “Aku melihat Ali kwh. memegang tangan kirinya dengan yang kanannya di sendinya lalu diletakkan di sebelah atas pusatnya.” (Dalam sanad hadis ini terdapat Abu Talut Abd. Salam bin Abi Hizam. Abu Daud mengkritiknya)

* Daripada Ali kwh. yang bermaksud: Sesungguhnya sunnah Nabi SAW meletakkan telapak tangan di atas telapak tangan yang lain dan diletakkan di bawah pusat.” (riwayat Abu Daud)

Cara berdakap tangan

* Berdakap tangan dan meletakkannya di atas dada.

* Berdakap tangan dan meletakkannya di antara dada dan pusat. Ia adalah pandangan mazhab Syafie. (Rawdhah al-Talibin hlm. 105, Mughni al-Muhtaj, al-Syarbini, 1/181; Syarah Sahih Muslim, al-Nawawi, 4/114)

* Berdakap tangan dan meletakkannya di sebelah bawah dari pusat. Hadis yang terdapat dalam bentuk ini adalah daif menurut Imam Abu Daud dan lain-lain. Ia adalah pilihan mazhab Hanafi dan Hanbali. Bagaimanapun mazhab Hanbali mempunyai lebih daripada satu pandangan.

Kesimpulan

Setelah meneliti dalil-dalil dan pandangan para ulama berdasarkan kaedah mengeluarkan hukum yang benar, pada hemat penulis buku ini adalah bebas untuk memilih, sama ada meletakkan tangan di atas dada atau meletakkannya di antara dada dan pusat.

Walaupun demikian, sesiapa yang ingin memegang pendapat yang lain, ia terpulang kepada mereka dan keyakinan ilmu yang ada pada mereka.

Syeikh Atiyyah menyebut bahawa hikmah meletakkan tangan di atas dada kerana di dalam dada terdapat anggota yang terpenting dan termulia bagi manusia iaitu hati. Menurut kebiasaannya apabila seseorang sayangkan sesuatu barangnya, maka ia akan menjadikannya di bawah kawalan dan jagaan tangannya.

Bagaimanapun, Syeikh Atiyyah Saqar mentarjihkah pandangan yang meletakkan tangan kanan atas kiri di sendi tangan kiri, lalu meletakkannya di bawah dada dan di atas perut.

Apa pun pandangan yang dipilih, kita mesti memahami sebaliknya bahawa ini ialah perkara cabang yang sememangnya terdapat perbezaan ijtihad.

Justeru, Imam Ibnu Qadamah al-Maqdisi al-Hanbali mengingatkan kita dengan katanya, “Tidak harus taksub dengan satu pandangan, khilaf dan bertengkar dalam hal luaran yang kecil seperti ini tanpa mementingkan khusyuk yang merupakan roh solat dan asas utama penerimaan Allah SWT adalah fenomena tidak sihat.

Utusan Malaysia Online Bicara_Agama 20131127

Tags: solat
Subscribe

  • Didik masyarakat benci arak

    TIDAK syak lagi meminum arak atau ketagihannya adalah haram di sisi agama Islam. Islam melarang umatnya daripada melakukan sesuatu yang memudaratkan…

  • Waspada terhadap sumber yang haram

    DALAM era globalisasi melalui pelbagai aspek, khususnya ekonomi kian merudum memberikan satu cabaran kepada kita untuk berusaha menjana sumber…

  • Orang malas 
haram dapat zakat?

    Baru-baru ini ada seorang ustaz menyatakan bahawa orang miskin yang malas tidak layak dan haram diberikan zakat. Ini kerana, ia akan menjadikan…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments