mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Kelebihan umat Nabi Muhammad

Umat Nabi Muhammad SAW adalah umat yang sangat bertuah dan beruntung kerana mereka dipilih Allah SWT sebagai sebaik-baik umat. Umat Nabi Muhammad SAW terpilih untuk mengikut ajaran yang paling hebat iaitu ajaran al-Quran.


Walaupun umat Nabi Muhammad SAW hadir sebagai umat terakhir, mereka diiktiraf oleh Allah SWT dalam al-Quran. Firman-Nya yang bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (Surah ali-Imran, ayat 110)


Allah SWT mengiktiraf umat Nabi Muhammad sebagai umat terbaik kerana keimanan mereka yang teguh kepada Allah SWT, melaksanakan perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya sama ada yang zahir mahupun batin.

Mereka juga mengikuti segala panduan termaktub dalam al-Quran dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian serta meninggikan syiar Islam.


Taubat diterima

Kelebihan umat terbaik, taubat mereka diterima di mana-mana tempat berbanding umat terdahulu yang taubat mereka diterima di tempat tertentu. Mereka dikurniakan pahala yang sama seperti golongan terdahulu walaupun umur mereka tidak panjang dengan anugerah lailatulqadar.
Umat Nabi Muhammad SAW juga dikurniakan kelebihan dapat memasuki syurga lebih awal daripada umat terdahulu walaupun mereka diutus Allah SWT sebagai umat akhir zaman. Umat Nabi Muhammad SAW juga dikurniakan syafaat di akhirat kelak.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhan semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (daripada mendapat sebarang perkara yang diingininya).” (Surah al-Khauthar, ayat 1-3)


Ensiklopedia Al-Quran Berita Harian Online Agama 03/01/2013
Tags: muhammad, nabi, taubat, umat
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments