mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Tidakkah kau dengar suara Tuhanmu?

SEJAK lama dahulu, manusia cuba untuk memahami alam ini. Mereka membuat pelbagai kajian tentang alam semesta, penciptaan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Pelbagai uji kaji dilakukan, banyak penemuan dan teori diperkenalkan, khususnya oleh ahli-ahli sains dari Barat. Bagaimanapun, selepas penemuan-penemuan itu disahkan, mereka terkejut kerana rupa-rupanya semua itu telah dinyatakan dengan jelas 1,400 tahun dahulu oleh kitab suci al-Quran!

Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu? ialah sebuah buku yang menghidangkan pelbagai bukti dan hujah tentang keagungan mukjizat al-Quran.Ia bukan saja tidak pernah bercanggah, malah jauh mendahului sains. Bagaimanapun, sebahagian manusia masih tidak sedar, atau masih angkuh untuk mengakui keagungannya.

Antara lain buku ini mengupas penjelasan al-Quran dalam bidang astronomi, penciptaan alam semesta, oseanografi, fizik, perubatan dan fitrah haiwan, yang semuanya mengejutkan para saintis sehingga ramai antara mereka yang telah memeluk Islam.

Artikel-artikel itu merupakan himpunan daripada ruangan Al-Quran dan Sains yang disiarkan oleh majalah Infiniti. Penyumbang maklumat kepada setiap artikel itu pula ialah Profesor Madya Dr. Mohd. Arip Kasmo, Pensyarah Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dapatkan buku ini kerana artikel-artikel yang disiarkan sangat perlu dijadikan koleksi bagi meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah SWT.

Istimewanya buku ini ialah ia dipersembahkan secara berwarna dan disertakan dengan fakta-fakta ringkas sebagai maklumat sokongan bagi memudahkan pembacaan. Fakta-fakta itu pula dipersembahkan secara santai dan senang difahami.

Buku ini sangat menarik dan sesuai dibaca oleh semua peringkat umur, setebal 196 halaman dan mula berada di pasaran mulai pertengahan Disember 2013. Hanya RM15 senaskhah.

Antara artikel paling menarik:

- Ombak di atas ombak

- Keluarnya api dari dasar laut

- Ubun-ubun yang menipu

- Di sebalik nama Haman

- Hujan keluar dari celah awan

- Alam yang semakin mengembang

- Matahari dan bulan berenang di laluannya

- Al-Quran mengira kelajuan cahaya

- Al-Quran menguak kiraan E=Mc2

- Pemisah antara lautan dan banyak lagi.



Utusan Malaysia Online Bicara Agama 20140112
Tags: agama
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments