mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Kerja dakwah tiada noktah

DAKWAH didefinasikan sebagai satu usaha untuk menyampai, mengajak atau menyeru manusia untuk mengenali, menerima dan menghayati ajaran serta nilai Islam sepenuhnya.

Usaha itu tidak lagi terhad di masjid, surau atau forum anjuran pihak berwajib agama tetapi gerakan dakwah kini turut menggunakan saluran Internet iaitu Facebook, Twitter, Instagram, blog dan banyak lagi.

Sejajar dengan perkembangan itu, usaha dakwah bukan lagi milik golongan agamawan tetapi milik setiap umat Islam tanpa mengira umur, jantina dan latar belakang pendidikan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Setiap orang mendapat ganjaran yang berpanjangan untuk setiap pertolongan yang diberikannya. Sesiapa yang memberi syafaat yang baik, nescaya ia kan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (an-Nisa: 85)

Ikuti beberapa pandangan individu daripada pelbagai peringkat usia, gender, status dan latar belakang pekerjaan berkaitan dengan tanggungjawab menyampaikan mesej Islam yang sebenar.



HASHNAN ABDULLAH Utusan Malaysia Online Bicara Agama 20140115
Tags: dakwah
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments